PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 33 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

33
Bahagiamu bahagiaku. Deritamu deritaku..
“ASSALAMUALAIKUM bang! Abang sihat hari ni? Abang nak tahu, lepas sembahyang subuh tadi, anak abang ni tak henti-henti buat acara menumbuk dan menendang perut Nur. Sakit tau! Nakal betul anak abang ni. Tapi sekarang dia dah diam pulak. Tidur kot macam abang. Agaknya sebab penat sangat beraksi.”

Tangan Zikri aku angkat perlahan lalu aku dekatkan ke perut aku. Mengekek-ngekek aku ketawa kerana geli bila jemari Zikri bergerak-gerak atas perut aku yang sudah membesar.

Sudah tujuh bulan Zikri masih berkeadaan tidak sedar. Naib baik rayuan umi untuk membawa pulang Zikri ke rumah diluluskan oleh pihak hospital. Memang aku pun harap diluluskan kerana aku dah tak larat berulang alik ke hospital tiap-tiap hari selepas waktu kerja. Dengan adanya umi, aku yakin Zikri akan mendapat penjagaan yang baik. Usahkan Zikri yang sememang anaknya, aku yang menantu pun dia layan bak anak sendiri. Kerana tak sanggup melihat aku turun naik tangga, umi sarankan agar aku berubah ke bilik bawah.

Aku berkerja seperti biasa. Cuma aku tak berpeluang lagi masuk shift. Lega sikit aku rasa. Taklah aku rasa penat sangat. Nancy kata, dia akan tolong kerja aku hingga aku selamat bersalin. Tapi apa yang pasti, janji aku pada Zikri akan aku tunaikan. Namun bolehkah aku berhenti kerja, saat-saat macam ni? Kalau aku tak kerja, macam mana kehidupan aku masa akan datang. Aku tak mahu menyusahkan umi walaupun umi dah banyak kali arahkan aku berhenti kerja. Malam semalam sebelum tidur pun umi ada cakap benda yang sama sampai aku rasa serba salah. Aku pandang wajah Zikri yang masih terpejam. Rasa bersalah makin beraja bila teringatkan janji aku pada Zikri. Namun itu janji masa dia masih sihat. Harap-harap dia faham dengan keadaan sekarang.

“Abang! Nur dah nak pergi kerja ni. Abang tidur baik-baik tau. Kalau abang nak apa-apa, abang jerit kuat-kuat panggil umi.” Bisik aku di telinga Zikri.

Bye sayang! Jangan nakal-nakal. Tengahari nanti Nur balik temankan abang.” Aku terus melangkah keluar dari bilik dengan lapang hati. Pintu bilik aku biarkan terbuka agar senang umi nak memantau keadaan Zikri.
Begitulah aku sehari-hari sebelum ke tempat kerja. Aku akan pastikan hal yang bersangkut paut dengan Zikri, aku uruskan terlebih dahulu. Badannya aku lapkan dengan tuala basah agar dia rasa selesa. Lampin pakai buangnya pun aku perlu gantikan segera. Aku tak mahu umi yang buat semua tu. Aku tahu Zikri pasti segan dengan umi.


TENGAHARI itu aku pulang seperti biasa. Mood aku nak masuk rumah jadi mati bila melihat kereta milik Kak Ana tersadai depan rumah. Aku cadang nak patah balik saja ke kilang. Tapi bila mengenangkan wajah Zikri yang sedang menanti aku pulang, aku bantutkan rancangan aku tadi.

Sudah tujuh bulan Zikri koma, baru kini mereka nampakkan bayang. Aku benar-benar terkilan dengan sikap mereka. Rasa macam aku ni orang asing pulak. Apa salah aku sebenarnya?

Masuk saja ke dalam rumah, aku cuba maniskan muka. Sambil bersalam dengan semua aku sedaya upaya menjawab soalan mereka dengan ukiran senyuman yang manis walaupun aku tahu senyuman aku tu benar-benar plastik. Aku tak boleh berdiri lama di situ. Makin lama aku rasa berdosa sangat kerana aku hanya berlakon baik depan mereka. Sedangkan di belakang, tak habis-habis aku mengutuk. Aku terus melangkah laju ke bilik. Pintu bilik aku tutup rapat setelah aku masuk.

“Assalamualaikum bang! Sepanjang kerja tadi Nur asyik rindukan abang saja. Abang rindukan Nur tak?” 

Aku baring sambil letakkan kepala aku atas dada Zikri. Dalam asyik berbual aku terlena atas Zikri. Terbuai seketika kerana degupan jantung Zikri yang mendamaikan.

Lenaku terganggu bila pintu bilikku diketuk seseorang. Terpisat-pisat aku bangun menuju ke pintu. Sebaik saja pintu dibuka, aku lihat emak dan ayah sedang tersenyum depan aku.

“Ada apa mak, ayah?” lembut aku bertanya.

“Mak dah nak balik. Kesian anak-anak Kak Ana asyik menangis. Tak selesa kot duduk rumah orang.”

Aku rasa panas tiba-tiba. Rumah mertua aku ni lengkap semuanya. Tak ada apa yang kurang. Rasanya rumah mertua aku ni sama je mewah dengan rumah ayah. Apa yang tak kena, aku sendiri tak tahu.

“Apa tujuan emak dan ayah datang sini? Kalau setakat datang nak tunjuk cucu-cucu mak yang baru tu, baik tak payah datang.” Kataku dengan nada bersahaja namun jelas tegas. Aku lihat umi dan Kak Ana sudah meluru datang ke arah bilikku.

“Apa Nur cakap ni? Tak baik cakap macam tu. Kak Ana beria-ria datang nak jumpa Nur.” Kata emak lembut.

“Kak Ana saja ke yang nak jumpa Nur? Emak ada hati tak jumpa Nur?” Aku tanya sayu.

 “Kenapa Nur cakap macam tu dekat mak! Kami datang nak tengok keadaan Nur dekat ini. Tapi Nur fikir yang bukan-bukan pulak.” Balas Kak Ana. Namun aku tak pedulikan kata-katanya.

“Nur ni siapa mak? Bukan anak mak ke? Tapi mana emak Nur yang Nur jaga dulu? Nur ni anak pungut ke mak? Anak angkat? Atau anak luar nikah?”

“Nur!” Tempik ayah lantang. Membulat mata ayah merenung aku. Itulah kali pertama aku ditegur dengan rasa amarah ayah. Aku paling pandang ayah dengan renungan tajam. Entah kenapa aku tak nampak dia seperti seorang ayah.

“Nur tak perlukan ayah sebab awal-awal lagi Nur memang tak ada ayah. Nur minta maaf sebab terlalu berterus terang. Nur tak mahu ayah tapi Nur nak mak Nur. Tapi sejak emak temui semula kehidupan baru, mak singkirkan Nur. Nur terima dan redha kerana emak bahagia dengan kehidupan sekarang. Tapi Nur ni siapa pada mak? Mak lebihkan orang yang tak pernah hiraukan emak masa mak sakit dulu. Zikri tak pernah merungut apa-apa tentang hal ni. Tapi Nur tahu dia turut terasa lepas mak kata mak dah tak perlu lagi khidmat dia sebagai dokter mak. Sedangkan selama ni dia tak pernah kenakan apa-apa bayaran ketika merawat emak. Zikri mengajar Nur agar terus hormatkan emak dan ayah tapi emak dan ayah tak pernah nak hormat dia sebagai orang yang berjaya dan bertanggungjawab bawa emak temui jalan hidup emak sekarang. Nur bukan nak mengungkit, tapi sekurang-kurangnya simpatilah sikit pada Nur. Dua puluh tujuh tahun bukanlah tempoh yang sekejap. Dalam tempoh tu, Nur nantikan kasih emak. Nur bahagia bila akhirnya Nur dapat juga merasa kasih itu. Tapi Nur kecewa kerana tak sampai setahun kasih tu dah beralih arah pada orang lain. Suami Nur kemalangan. Tak pernah sekali pun mak datang melawat kami. Yang datang hanyalah Aidil. Itupun sebab nak tutup rasa bersalah. Mana Aidil? Kenapa dia tak datang sekali? Atau kedatangan emak ke ini sebab nak merayu pada Nur agar lepaskan anak kesayangan mak tu dari penjara? Nur minta maaf mak! Nur tak dapat tolong. Suami Nur menderita kerana dia. Nur derita juga kerana dia. Kalau tak kerana anak luar nikah tu, hidup Nur takkan jadi macam ni. Nur takkan berpisah dari emak dan ayah, Kak Ana, Kak Ida serta abang Iman pasti takkan mati!”

Air mata aku dah tak boleh nak tahan lagi. Jatuh jua seiring dengan hati aku yang semakin sakit. Melihat wajah emak, seolah-olah dia tak ada perasaan. Emak sekadar mencuka dan berdiam. Sahlah aku memang tak diperlukan lagi.

“Baliklah mak. Nur minta maaf sebab bersikap kurang ajar dengan emak dan ayah. Halalkan setiap titis susu yang mak pernah beri pada Nur dulu. Nur kecewa. Tak payahlah mak susah hati tentang Nur dekat ini. Tapi rasanya mak memang tak pernah susah hati pun fasal Nur dekat ini. Betul tak? Nur bahagia di sini. Nur kehilangan emak, tapi Allah gantikan dengan kasih umi yang tak berbelah bagi. Nur kehilangan ayah dan adik beradik. Tapi Allah gantikan dengan kasih Zikri dan adik-adiknya. Mereka baik mak! Kasih mereka tak dapat Nur bayangkan dengan kata-kata sebab dengan mak dan adik beradik Nur pun Nur tak pernah nak dapat macam tu. Harap mak tak berkecil hati. Darah yang mengalir dalam tubuh Nur ni tetap milik ayah dan emak. Dan Nur tetap anak mak dan ayah. Zikri harapkan Nur ikut semua sikap emak yang menyayangi suami dengan penuh kasih sayang. Nur akan ikut nasihat Zikri. Tapi Nur takkan pinggirkan anak-anak Nur walau apa pun yang jadi. ” Ucapku teresak-esak.

Tangan emak aku tarik perlahan dan aku cium. Tubuhnya aku peluk erat. Hati aku semakin sebak bila pelukan ku tidak dibalas. Keras sungguh hati emak untuk terima aku sebagai anaknya. Kenapa dengan orang lain senang dia terima?

Tanpa menoleh ke belakang lagi, pintu bilik aku tutup rapat. Aku nak mereka tahu yang aku benar-benar kecewa. Aku menangis sepuas-puasnya di dada Zikri. Tangannya aku tarik. Telapak tangannya aku tekapkan dipipi basahku. Aku harapkan dia mengesat pipi aku. Aku rindukan belaiannya ketika memujuk. Aku tenang bila jemarinya bergerak-gerak di pipi aku. Aku biarkan saja kerana aku suka riaksi begitu.


AIDIL
“MACAM MANA mak? Nur kata apa?” Aku kalut bertanya. Dah tak sabar-sabar nak tahu apa keputusan Nur. Tapi bila lihat wajah keruh makcik Mazuin, aku dah dapat jawapannya. Aku mengeluh lemah. Tak sangka begitu keras sekali hati Nur untuk memaafkan aku.

“Dil jangan risau. Nanti daddy carikan peguam yang handal untuk kes ni. Dil sabar dulu ye?” Pujuk daddy.

Aku dah rasa macam nak menangis. Aku tak boleh bertahan lama dalam sel ni. Lagi lama aku dalam ni, aku boleh jadi gila. Tambah pulak aku tak boleh dijamin keluar. Jadi nak taknak, aku kena bertahan dan bersabar. Menyesal sekarang pun dah tak guna. Benda dah lepas. Kerana cinta aku seakan orang gila. Aku tak sangka begitu benci Nur pada aku. Sefaham aku, Nur bukanlah seperti itu. Tapi aku faham situasinya ketika ini. Isteri mana yang boleh bersabar jika berlaku apa-apa pada suaminya. Tambah-tambah pula masa kejadian mereka baru dua bulan bergelar suami isteri.

Dalam pada itu juga hati aku berasa puas bila daddy beritahu keadaan Zikri sekarang. Entahlah. Aku sendiri tak tahu kenapa dengan hati aku ni. Walaupun rasa menyesal dengan apa yang aku buat, hati aku tetap sukar nak terima Zikri adalah milik Nur.

“Dil nak jumpa dengan Nur, Daddy! Boleh daddy aturkan?”

“Macam mana daddy nak buat kalau dia sendiri enggan. Usahkan dengan Dil, dengan kami pun dia tak ingin jumpa lagi. Hatinya benar-benar terluka.” Ujar daddy lalu melepaskan keluhan berat.

“Mak bersalah dalam hal ni.” Kata Makcik Mazuin perlahan.

“Janganlah mak cakap macam tu.”

“Mak abaikan dia sedangkan selama ni dia banyak berkorban untuk mak.” Suara sebak Makcik Mazuin jelas kedengaran.

“Sudahlah tu! Sekarang ni kita cari jalan dulu macam mana nak selesaikan dulu masalah ni.” Balas daddy tenang.

Daddy! Tolong hubungi Nancy. Dil rasa dia boleh tolong.”

Daddy tak yakin Nancy akan menolong Dil. Diakan kawan baik dengan Nur.”

“Tapi dia kakak Dil. Di yakin dia akan bantu Dil.”

“Yalah! Nanti daddy cuba.”


No comments: