PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 21 December 2014

BAB 33 TERTULIS KAU MILIKKU

33
      KEDATANGAN keluarga Muiz minggu lalu di sambut baik oleh Encik Marzuki sekeluarga. Walaupun sedikit rasa gementar Encik Marzuki cuba buat yang terbaik agar tidak terjadi apa-apa yang buruk semasa perbincangan berlangsung.

      Gementar minggu lalu masih terasa. Kini debaran kembali bertandang kerana menanti kedatangan pihak Faridz yang dijadualkan akan tiba dua hari lagi. Walaupun rasa sedikit terkilan dengan keputusan Huda untuk melangsungkan pertunangan sebelum tamat belajar, dia yakin Huda bijak berfikir.

“Kenapa ni bang..? Saya tengok dari tadi abang gelisah je.”

“Entahlah, hati abang ni berdebar-debar pula menanti kedatangan rombungan Faridz. Bukannya abang tak kenal dengan Basri dengan Normy tu. Masa keluarga Muiz datang minggu lalu, tak pulak abang rasa gementar macam ni.. Hati abang tak sedap..”

“Sebenarnya bang, saya pun rasa tak senang sejak dua menjak ni..” Balas Puan Rohayu sayu sambil menatap wajah suaminya.

“Harap-harap tak ada apa yang buruk berlaku nanti..” Ucap Encik Marzuki sambil mengeluh lemah.


      JAM sudah menunjukkan ke angka dua belas. Lisa masih termenung di ruang tamu. Matanya tepat merenung sebahagian barang-barang hantaran yang bakal dibawa ke rumah Faridz esok. Hatinya menjadi panas membara. Ikutkan hati, mahu saja dihumban barang-barang yang sudah siap digubah cantik supaya hatinya puas. Namun dipaksa dirinya menahan melakukan perkara bodoh itu kerana tindakannya itu bakal mengundang sakit hati mamanya. Dia sendiri melihat kesungguhan mamanya menghias sendiri barang-barang itu. Berita tentang majlis pertunangan Faridz yang akan berlangsung sabtu ini, benar-benar buat hatinya jadi tak tentu arah. Bermacam-macam yang difikirkan untuk menghalang agar majlis itu dibatalkan terus. Namun fikirannya tetap menuju ke jalan buntu.

      Akhirnya Lisa mengambil keputusan untuk keluar melepaskan tekanan di kelab malam. Sepanjang perjalanan Lisa masih berfikir-fikir hinggakan ketika tiba di satu simpang jalan, Lisa tidak sedar lampu merah tiba-tiba menyala. Tanpa menghentikan pemanduan, Lisa terus bergerak membelok ke kanan.

     Dummm! Satu hentakan yang kuat tepat ke arah pintu keretanya. Tidak disedari bila masa datangnya sebuah kereta dari arah kanan simpang jalan. Lisa gagal mengawal pemanduannya yang akhirnya kereta yang dipandu terhumban di sebelah pembahagi jalan. Lori besar enam tayar yang datang dari belakang turut menghentam buntut keretanya hingga menyebabkan Lisa  terhumban keluar dari cermin depan. Lisa lemah terkulai di situ kerana keadaan yang parah.


      DERINGAN telefon rumah kedengaran di meja katil ketika Dato Basri dan Datin Normy nyenyak tidur. Setelah menjawab salam dari si pemanggil, mata Datin Normy membutang. Matanya yang mengantuk terbuka luas sambil mengucap panjang. Bergegas Dato Basri dan Datin Normy bersiap untuk segera ke hospital setelah diberitahu oleh pihak hospital yang Lisa dalam keadaan kritikal.

      Hampir jam lapan pagi, barulah keadaan Lisa diberitahu oleh doktor yang bertugas. Walaupun Lisa sudah melepasi tahap kritikal,dia masih ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi. Lebih malang lagi apabila sebelah kakinya patah akibat hentakan yang kuat. Sebelah matanya pula kemungkinan buta akibat serpihan kaca yang memasuki ke dalam matanya. Datin Normy dan Dato Basri mengeluh kerana tidak tahu bagaimana mahu menerangkan keadaan sebenar pada Lisa. Dapat dibayangkan yang anak mereka itu pasti tidak dapat menerima berita itu. Datin Normy tahu Lisa akan kecewa kerana selama ini Lisa benar-benar bangga dan megah dengan apa yang dimilikinya hingga menimbulkan rasa keegoannya memuncak tinggi.

      Hampir jam enam petang barulah Lisa mula sedar. Datin Normy tidak melengahkan masa lagi lalu terus menghubungi Faridz untuk memaklumkan keadaan Lisa. Harapannya agar Faridz dapat datang kerana sejak sedar, hanya nama Faridz yang disebut oleh Lisa. Walaupun tahu Faridz mungkin akan keberatan memandangkan hari pertunangannya bakal berlangsung, Datin Normy tidak ada pilihan.


ABANG janji, lepas jumpa mama dengan papa, abang balik.” Rayu Faridz cuba meyakinkan Huda yang mula membisu selepas Faridz menceritakan kejadian yang berlaku pada Lisa.

      Dengan rasa hampa Huda menyerahkan telefon bimbitnya pada Encik Marzuki agar Faridz menerangkan sendiri pada orang tuanya. Encik Marzuki yang sedang membaca, terpinga-pinga menyambut telefon bimbit Huda sambil melihat Huda berlari anak menuju naik ke bilik.

     Encik Marzuki melapas keluhan lemah selepas menamatkan perbualan dengan Faridz. Sudah dapat diagak, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku kerana hatinya kurang enak sejak semalam. Di yakin Huda pasti akan lebih terasa kecewa dengan tindakan Faridz . Langkahnya diatur laju menuju ke arah bilik anak gadisnya itu.

“Sudahlah tu..! Kan Faridz dah janji akan balik lepas jumpa dengan dia orang. Itupun atas permintaan Makcik Normy. Faridz tu serba salah sebenarnya..!” Pujuk Encik Marzuki ambil menyeka air mata di pipi basah Huda. Namun Huda tetap begitu. Huda tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh Faridz, apatah lagi jika melibatkan Lisa. Jiwanya cukup panas dengan apa yang pernah Lisa buat padanya.

      Huda cuba memujuk hatinya menerima apa yang sudah berlaku. Harapannya agar Faridz menunaikan janji. Dengan langkah yang lemah Huda menju ke bilik air untuk berwuduk dan bersolat. Selesai solat Maghrib Huda tidak turun makan malam. Dipanjangkan doa dan berzikir agar menemui ketenangan di saat hatinya sedang libur lara.

      Sebelum tidur Huda menerima panggilan dari Affini. Pujukan Affini buat Huda sedikit tenang. Dengan janji dan semangat yang Affini suarakan, menjadikan Huda kembali bersemangat untuk menanti Faridz esok seperti yang dijanjikan.


     DENGAN langkah yang lemah, dipaksakan jua melangkah menemui Lisa. Walaupun tahu Huda kecewa dengan tindakannya, dia terpaksa demi menjaga hati dan perasaan keluarga angkatnya yang banyak berjasa. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia berpatah balik menemui Huda. Memikirkan apa yang pernah dilakukan oleh Lisa padanya dan Huda buat hatinya semakin membenci. Dicuba halau semua perasaan itu ketika berhadapan dengan Dato Basri dan Datin Normy yang sedang menantinya di pintu bilik di mana Lisa ditempatkan.

“Bagaimana dengan Lisa mama, papa.?” Tanya Faridz sambil bersalam dengan Dato Basri.

“Dah sedar. Dia asyik sebut nama kamu je. Mama serba salah sebenarnya, esok kamu kan nak bertunang, mama mintak maaf sebab tak dapat turut serta.” Ujar Datin Normy sayu.

“Tak mengapalah mama, saya dah terangkan pada keluarga Huda. Harap-harap mereka dapat terima.” Ulas Faridz lemah walaupun tahu sukar bagi Huda untuk menerima. Tambahan pulak yang melibatkan diri Lisa.

     Faridz melangkah perlahan menuju ke arah Lisa yang terbaring kaku. Melihatkan keadaan Lisa tak ubah seperti mumia hidup, rasa simpati mula wujud walaupun kecewanya masih berbaki. Mata Lisa yang sudah mula terbuka sebelah membuatkan Faridz cuba memaniskan muka.

“Riz..maafkan I Riz.. I berdosa pada you.” Ucap Lisa tersekat-sekat. Faridz tidak tahu berkata apa-apa lantas hanya mendiamkan diri sahaja. “Tolong jangan tinggalkan I Riz. Temankan I kat sini.. I takut tak dapat jumpa dengan you lagi..” Sambung Lisa teresak-esak.

Relax Lisa..cuba bawa bertenang, I tahu you kuat.” Faridz mula bersuara simpati.

“Janji Riz! Jangan tinggalkan I.. I merayu..please! I masih cintakan you. I tahu you masih sayangkan I.” Lisa terus memujuk rayu.

“Jangan macam ni Lisa, you masih parah.” Pujuk Faridz lagi. Hatinya cukup simpati melihat keadaan Lisa yang cedera parah.

“Janji Riz..janji pada I, you takkan tinggalkan I. I janji akan setia pada you. I mengaku I salah dan izinkan I tebus segala dosa I pada you.” Faridz semakin serba salah dan akhirnya terpaksa mengangguk lemah.

      Faridz keluar dari bilik Lisa setelah yakin Lisa benar-benar sudah lena. Datin Normy memujuk Faridz agar dapat menunggu Lisa sehingga esok hari. Walaupun berasa berat hati, Faridz terpaksa terima demi menjaga hati keluarga angkatnya.

“Macam mana dengan majlis saya mama..? Pasti Huda kecewa kalau majlis tu terpaksa dibatalkan..”

 “Nanti papa cakap sendiri dengan keluarga Huda.” Ujar Dato Basri sambil menepuk -nepuk lembut bahu Faridz.

    
     ENCIK MARZUKI mendengar teliti setiap kata yang disampaikan oleh Dato Basri. Walaupun sedikit terkilan, ditabahkan juga hatinya.

 “Aku tak kisah Basri, kalau nak tunda hari lain. Aku boleh terima, tapi macam mana dengan anak aku, dia ni lain sikit. Baru sangat je berbaik-baik dengan Faridz, ni datang benda lain pulak bagi dia terasa hati. Aku tak rasa dia boleh terima semua ni, semua dah dia sediakan..” Terang Encik Marzuki sambil memperlahankan suaranya. Risau juga kalau-kalau Huda mendengar perbualan itu. Namun belum sempat meneruskan perbualan, suara esakan Huda kedengaran dari belakang. Encik Marzuki terkedu lalu mematikan talian dan terus menuju ke bilik Huda,

 “Sabarlah...” Pujuk Encik Marzuki sambil mengusap lembut rambut Huda.

     Huda cuba bertenang selepas bayang Encik Marzuki hilang di balik pintu biliknya. Sambil memerhatikan satu persatu barang-barang hantaran yang sudah digubah cantik untuk Faridz, Huda melepaskan keluhan. Sebuah beg plastik yang besar dikeluarkan dari laci almarinya dan mula memasukkan barang-barang hantaran tersebut. Setelah yakin tiada satu pun yang tertinggal, bungkusan itu diikat kemas lalu  diletakkan tepi meja soleknya. Dicapai pula bagasinya yang selalu digunakan untuk menyimpan pakaiannya ketika pulang dari Bangi. Semua pakaian yang dibawa pulang dimasukkan satu persatu dan disusun kemas. Melihatkan baju kurung putih yang tergantung kemas di dalam almari, Huda kembali sebak. Baju yang dijahit sendiri berserta labuci yang tersusun indah dirasakan tiada serinya lagi. Dibiarkan saja baju itu tergantung dalam almari lalu menutup kembali pintu almari itu. Huda tidak ingin lagi melihat baju itu kerana hatinya benar-benar sakit. Esok Huda sudah merancang untuk berangkat pulang. Pulang yang entah bila dia sendiri tidak tahu bila dia akan kembali semula ke rumah itu. Jiwanya cukup tertekan dan kecewa kerana Faridz lebih mementingkan Lisa darinya.


      FARIDZ termenung panjang sambil merenung telefon bimbitnya. Wajah manis Huda ditatap sayu. Nombor telefon Huda sudah puas didail berkali-kali, namun tiada satu pun yang terjawab. Beribu-ribu kata sms yang dikirimkan, tapi satu pun tidak berbalas. Faridz yakin, kali ini rajuk Huda pasti lebih sukar untuk dipujuk. Mata Faridz mula berkaca dan dia sebak akhirnya. Sejak semalam puas dia berfikir bagaimana mahu merialisasikan impiannya yang sudah lama menjadi impiannya dan Huda. Namun bila mengingatkan kembali rayuan Lisa semalam, Faridz menjadi lemah semangat.

     Jam sudah menunjukkan ke angka sepuluh pagi. Kepala yang semakin memberat kerana semalaman tidak tidur, makin buat Faridz rasa menyengat. Tadi semasa berjumpa dengan Lisa buat kali kedua, sekali lagi Lisa merayu seperti semalam. Faridz semakin tertekan. Dia akui dia masih sayangkan Lisa tapi hanya sekadar saudara angkat. Kasihnya sudah jauh pergi kepada Huda dan tak mungkin rasa cinta itu beralih pada gadis lain termasuk Lisa.

 “Papa dah terangkan pada pihak sana semalam, dia orang boleh terima.” Pujuk Dato Basri sambil memeluk bahu Faridz.

 “Keluarga Huda memang boleh terima, tapi tidak pada Huda. Bertahun saya menanti dia terima saya, tapi ini yang jadi selepas saya diterima. Saya ni cacat papa, tiada orang yang nakkan saya lagi..” Ujar Faridz sebak.

     Dato Basri melepaskan keluhan lemah. Sejak semalam dia perhatikan Faridz. Pemuda itu seakan sengaja memaksa diri semata-mata untuk menjaga hatinya dan Datin Normy. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Jika difikir-fikirkan balik, sudah banyak yang anak muda itu lakukan untuk kesenangannya sekeluarga.

 “Papa faham keadaan kamu. Macam nilah, kamu baliklah. Kalau kamu tunggu pun apa yang boleh kamu buat. Papa yakin Huda sedang menanti kamu. Soal Lisa biar papa yang uruskan. Tak sanggup papa tengok kamu menderita lagi. Cukuplah sekali dulu yang terjadi, papa masih rasa bersalah. Tapi bila melihat kamu bahagia dengan Huda, papa turut rasa bahagia. Baliklah.! Rasanya sempat lagi ni. Majlis tu selepas zohorkan..? Papa cadangkan Riz bawa Mak Miah” Gesa Dato Basri sambil melihat jam ditangannya yang sudah menunjukkan ke angka sembilan pagi.


      HUDA melangkah turun sambil menjijit bagasinya serta bungkusan barang-barang hantaran Faridz. Langkahnya diatur hingga keluar dan mula memasukkan begasi dan bungkusan beg plastik ke dalam kereta. Langkahnya diatur semula ke dalam rumah sambil melutut di hadapan Encik Marzuki yang sedang selesa bersandar di sofa.

“Huda nak pergi mana ni.?” Tanya Encik Marzuki lemah.

     Semua sudah maklum dengan kejadian yang berlaku. Hajar dan Haizat antara yang turut merasa kecewa.

“Huda nak balik bah. Lagipun banyak yang Huda nak uruskan.”

“Cutikan masih panjang..?” Sampuk Puan Rohayu pula.

“Mana ada panjang mi! memang Huda cadang nak balik awal.” Huda cuba beralasan untuk menutup rajuknya. Segera dia bangun lalu menghenyakkan punggungnya disebelah Encik Marzuki. Lengan orang tuanya itu dirangkul kemas sambil melentokkan kepala di bahu Encik Marzuki. Hatinya tiba-tiba sebak. Air mata yang ditahan sejak tadi gugur juga.

“Jangan diikutkan perasaan.! abah tahu apa yang ada dalam fikiran Huda tu.”

     Huda menggeleng lemah. Tidak tahu apa yang harus diucapkan lagi. Sambil menarik nafas dalam Huda memaksa bibirnya tersenyum.

“Abah janganlah risau..! Abah nak tengok Huda berjaya kan..?” Tanya Huda cuba berseloroh. Encik Marzuki hilang kata-kata lantas hanya mengangguk. “Tolong restu apa yang Huda buat, doakan kesejahteraan Huda.” Rayu Huda perlahan sambil mencium tangan Encik Marzuki.

“Abah sentiasa doakan kesejahteraan anak-anak abah.” Jawab Encik Marzuki sebak.


      PERKARANGAN villa Ariffah sunyi sepi menyambut kedatangannya. Pintu pagar terbuka secara automatik menandakan penghuni dalam rumah itu menyambut kedatangan Huda dengan lapang hati. Afini meluru mendapatkan Huda yang baru keluar dari perut kereta. Wajah Afini yang mendung meyakinkan Huda bahawa kawannya itu juga terasa kecewa. Masakan tidak bila apa yang diangankan selama ini tidak menjadi.

     Melihatkan bungkusan yang besar dikeluarkan oleh Huda dari bonet kereta, Afini yakin, Huda tidak dapat menerima apa yang terjadi. Segala yang diimpikan hancur begitu saja.

“Tolong serahkan pada dia. Aku tak sanggup nak simpan. Lagipun aku tak layak . Hati aku sakit. Sakit sangat-sangat. Aku cuba terima, mungkin memang sudah tertulis, dia dicipta bukan untuk aku..” Ujar Huda sambil meletakkan bungkusan itu di sebelah kaki Afini. Cincin yang sudah lama tersemat di jari manisnya ditanggalkan lalu meletakkan dalam telapak tangan Afini.” Aku tak layak terima.” Ucap Huda sebak.

“Jomlah masuk dulu.” Pujuk Afini lembut. Wajah sayu Huda ditatap lama.

“Aku nak cepat ni.!” Ujar Huda sambil bersalam dengan Mak Miah. Tubuh Afini dipeluk erat dan mereka sama-sama teresak-esak.

“Aku tahu kau kuat Huda. Aku yakin kau dapat harungi semua ni. Kau selalu pesan pada aku macam tu, sekarang aku harap kau dengar pulak nasihat aku.” Ujar Afini sebak. Huda tersenyum sambil mengangguk laju.

“Sampaikan pesanan tu juga untuk dia. Aku yakin dia juga perlu nasihat macam tu. Katakan padanya jangan cari aku, jangan datang jumpa aku, jangan cuba-cuba hubungi aku. Peluang yang aku beri hanya sekali.”
 Terang Huda sambil masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin keretanya.


   -ALONG, Huda dah pergi. Dia pesan jangan cari dia, jangan hubungi dia dan jangan cuba-cuba hubungi dia.. peluang yang dia bagi hanya sekali..-

      Faridz terduduk lemah setelah selesai membaca mesej yang dihantar oleh Afini. Laju air mata lelakinya jatuh berguguran. Faridz sedar, Huda benar-benar terluka. Segera Faridz gagahkan diri untuk menanti Huda di perkarangan asrama Huda. Faridz yakin sudah pasti tempat itu yang dituju dahulu oleh Huda. Faridz berharap agar peluangnya masih ada.


     SEPANJANG perjalanan, air mata Huda murah sungguh mengalir. Semakin diseka makin galak air jernih itu meremes keluar. Tanpa sedar berapa kelajuan yang digunakan sepanjang perjalanan. Sedar-sedar saja, keretanya sudah berada di kawasan pakir kediamannya.

      Jantung Huda berdebar-debar. Cintanya pada Faridz terlalu kuat hingga dapat dirasakan yang lelaki itu ada di situ.

“Tolong jangan buat macam ni pada abang!  Abang merayu, bagi peluang pada abang.”

     Tanpa menoleh ke belakang Huda segara mengeluarkan bagasinya. Suara dari belakang sudah dapat diduga siapa. Bonet kereta di tutup lalu ingin segera melangkah namun cepat-cepat dihalang oleh Faridz.

Please..dengar dulu cakap abang!” Rayu Faridz.

Namun Huda hanya menggeleng kerana dia tetap dengan pendiriannya. Air matanya kembali mengalir. Tangannya yang erat dipegang oleh Faridz cuba dirungkai, namun tenaga Faridz lebih berganda darinya. Akhirnya Huda terduduk lemah di tepi keretanya. Telinganya ditutup dengan kedua-dua belah tangannya kerana tidak mahu mendengar lagi setiap alasan dari mulut Faridz.

“Tolong pergi.! Saya tak mahu tengok muka awak lagi. Saya benci.! Benci.! Saya merayu pada awak. tolong jangan ganggu saya lagi.” Jerit Huda sambil terus bangun dan mengheret bagasinya beredar dari situ.

“Abang tak peduli. Abang tetap tunggu sampai bila-bila, sampai Huda terima abang semula.” Jerit Faridz tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Hatinya sudah nekad untuk teruskan apa yang dikata. Cintanya pada Huda sudah tidak boleh dihalang oleh sesiapa. Hanya kematian saja yang dapat memisahkan mereka. Akan ditunggu sehingga Huda kembali menjadi miliknya. Gara-gara kerana ingin menjaga hati dan perasaan keluarga angkatnya, hatinya yang merana. Faridz cukup-cukup merasa terluka dan menyesal kerana tindakannya.

      Faridz meneruskan pemanduannya pulang ke Perak. Ingin dia bersemuka sendiri dengan keluarga Huda dan merayu agar dirinya diterima kembali. Kata-kata maaf yang sudah diatur agar pihak keluarga Huda dapat menerima apa yang telah terjadi. Faridz tahu walaupun perkara itu begitu pahit untuk ditelan oleh keluarga Huda, dia berharap agar mereka turut faham dengan apa yang dirasa. Akan dicuba tebalkan telinganya supaya dapat menerima kata-kata pedih yang bakal keluar dari mulut ahli keluarga Huda. Namun dia yakin,keluarga profesor seperti Encik Marzuki pasti takkan bersikap begitu. Walau apa pun dia harus bersedia.

      Pemanduan selama tiga jam dirasa terlalu lama walaupun kelajuan yang digunakan mencapai tahap yang menjurus kepada kejadian buruk. Faridz melepaskan keluhan lega apabila selamat sampai di hadapan kediaman Encik Marzuki. Panjang nafas yang diambil sebelum memulakan langkah masuk ke dalam rumah itu.

“Masuklah Faridz. Duduklah.” Semawa Encik Marzuki mesra.

“Saya mintak maaf Pakcik. Saya tak berniat langsung nak sakitkan hati dia. Ini hari penting kami, takkan tergamak hati saya nak lukakan dia..” Luah Faridz sambil menunduk  sayu.

“Kalau dah tahu hari penting korang, kenapa kau lebih pentingkan orang lain? Orang tu dah terang-terang tak ada kaitan dengan kau lagi, yang kau sibuk-sibuk sangat kenapa..?” Tempik Hajar dari pintu dapur.

“Kakak..! Abah tak pernah ajar anak-anak abah bersikap macam tu dengan tetamu. Dengar dulu apa yang Faridz nak cakap.!”

“Nak cakap apa lagi bah? Semua dah jelas. Semua yang adik rancang dah musnah. Semua sebab manusia macam dia ni..! Hey.! Kalau kau tak mahu pada adik aku, cakap terus terang.! Tak payahlah macam nampak sangat  adik aku yang terhegeh-hegeh pada kau. Banyak lagi orang lain yang gila pada adik aku.! Aku pun tak tahu apa yang adik aku pandang pada kau.!” Tempelak Haizat pula lalu menunding jari ke arah Faridz selepas berbicara dengan Encik Marzuki.

“Abang!” Tempik Encik Marzuki lantang. Matanya membutang memandang satu persatu wajah anak-anaknya. “Kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya. Kalau Faridz salah, tak mungkin dia berani jejakkan kaki dia ke sini lagi. Abah yakin Faridz ikhlas.”

     Faridz terkejut lalu memanggungkan kepalanya memandang ke arah Encik Marzuki yang sedang berdiri mengadap kedua-dua anaknya. Tidak disangka dia masih mendapat kepercayaan dari bakal mertuanya. Hatinya benar-benar tersentuh dengan layanan dan kepercayaan Encik Marzuki.

“Kau dengar sini! Jadi apa-apa pada adik aku, aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila. Kau masih bernasib baik sebab abah aku masih percayakan kau..!” Ujar Haizat sambil menurunkan nada suaranya walaupun kata-kata itu berbaur ugutan. Faridz tergamam sambil mengangguk faham.

“Jangan pandai mengangguk je..!” Sindir Hajar sambil memberi jelingan tajam lantas mengatur langkah menuju ke  biliknya.

“Pakcik mintak maaf bagi pihak dia orang. Dia orang tu kembar, sebab tu sebulu.” Ulas Encik Marzuki cuba berseloroh mengharapkan agar Faridz tidak terasa hati dengan layanan anak-anaknya.

“Tak apalah pakcik, saya faham. Kalau jadi pada Afini pun saya tentu akan jadi macam tu jugak. Kalau tak sebabkan saya, dia orang tak jadi macam tu. Cuma satu saja yang saya harapkan dari pakcik. Sudilah pakcik sekeluarga agar dapat menerima saya semula. Walaupun tahu selepas ni, perjalanan hidup saya lebih sukar, saya perlu sokongan dan restu pakcik sekeluarga agar apa yang saya cita-citakan dan harapkan agar tercapai. Saya terlalu sayangkan dia. Saya tak mampu nak teruskan kehidupan tanpa dia. Pakcik tahukan perasaan saya pada Huda? Bertahun saya menanti dia. Saya kesali apa yang dah berlaku. Tapi saya merayu tolong beri saya sekali lagi peluang untuk saya tebus kembali kesalahan saya.” Luah Faridz tanpa rasa segan dan silu. Wajah Encik Marzuki, Puan Rohayu serta Haizat direnung satu persatu mengharapkan simpati.

“Tapi Huda dah pergi.” Sampuk Puan Rohayu sayu.

“Macam nilah Riz. Pakcik serahkan semua pada kamu uruskan. Pakcik tak yakin dia akan dengar pujuk rayu dari kami. Kamu usahalah sendiri. Pakcik sekeluarga akan sentiasa menyokong dan merestui kamu.”

     Wajah Faridz sedikit riang. Restu itulah yang diperlukan sekarang. Walaupun tahu harapannya tinggal harapan, dia akan terus berusaha menagih kembali cinta si gadis.

“Terima kasih pakcik sebab masih percayakan saya. Saya janji akan usahakan agar Huda dapat terima saya semula.” Ucap Faridz sayu lalu tangannya menyeluk saku jaketnya. Dikeluarkan dua kotak baldu kecil berwarna biru lalu diletakkan dihadapan Encik Marzuki dan Puan Rohayu. “Ini untuk dia. Dia sendiri belum mencuba atau melihat benda ni. Saya harap makcik sudi menyimpannya untuk dia bila dia kembali nanti. Kalau dia tak sudi, Makcik bagilah pada sapa-sapa yang nak. Tapi jangan kembalikan pada saya lagi. Walaupun sukar untuk dia maafkan saya, saya yakin dia akan pulang.” Luah Faridz sayu sambil bangun dan bersalaman dengan Encik Marzuki, Puan Rohayu dan Haizat untuk beransur pulang.

“Aku mintak maaf dengan kata-kata aku tadi. Aku harap kau akan kotakan janji-janji kau tadi. Semua di tangan kau. Yang penting kau tak boleh putus asa. Adik aku tu nampak je macam tu..hatinya cepat lembut, kau jangan risaulah.” Ujar Haizat sambil menepuk lembut bahu Faridz.

     Faridz mengatur langkah keluar dari perkarangan rumah Encik Marzuki. Sebelum membuka pintu keretanya, ditoleh memandang ke arah bilik Huda yang  bertentang dengan taman mini di bahagian atas. Terbayang-bayang Huda sedang berdiri di balkoni sambil melambaikan tangan padanya. Hatinya tersentuh dan jiwanya sebak. Di dalam fikirannya adalah bagaimana mahu memujuk hati gadis yang telah dilukai. Bermacam-macam yang difikirkan sehingga kepalanya terasa sakit.

 
     ISKANDAR tersenyum manis melihat Huda berjalan mendekatinya. Cuti semester selama sebulan setengah buat dia nanar di tempat kerja. Ingin dihantar sms pada Huda, tapi takut kalau Huda marah.

“Amboi! Lebarnya senyum. Ada apa-apa ke? Ke..Huda nak dapat kakak ipar?” Usik Huda ketika berdiri di hadapan Iskandar.

“Banyaklah kakak ipar! Yang adik abang ni, muka kelat semacam abang tengok dari tadi kenapa?”

“Tak ada apalah.! Sedih sikit sebab tinggalkan keluarga.”

“Ye ke sedih sebab tinggalkan keluarga? Ke..sedih sebab tinggalkan buah hati?” Iskandar tergelak besar melihat Huda muncung panjang. “Sebenarnya abang ada berita baik dan berita tak baik nak bagi tahu Huda ni.”

“Apa dia?”

“Abang dapat kerja baru dengan syarikat kapal di Australia. Start hujung bulan ni abang dah kena ke sana.”

“Hah! Seminggu je lagi? Kenapa tak cakap awal-awal? Teruklah abang ni..! Wah..! Bestnya bang..! Nanti bolehlah bawak Huda jalan-jalan ke sana.” Iskandar ketawa lucu melihat telatah Huda. “Hm..apa yang berita tak baiknya pulak?”

“Abang terpaksa tinggalkan keluarga abang dalam jangka masa yang agak lama. Mungkin dua tahun lagi baru abang balik. Jadi abang nak mintak  Huda tolong tengokkan mak dan ayah. Huda tentu faham. Abang tak ada adik beradik lain selain Huda. Jadi hanya Huda saja yang abang harapkan sekarang. Boleh?”

Huda tersenyum lebar. Sangkanya tadi apalah yang sampai Iskandar gelarkan itu sebagai berita tak baik.
“Sebenarnya Huda ada hal nak bincang dengan abang ni.”

“Apa dia?”

“Huda nak cari rumah sewa. Malas dah duduk hostel.”

“Kenapa tiba-tiba nak tukar angin?”

“Saja..”

“Ermm..tinggal di rumah abang sajalah. Bukan jauh pun dari sini.”

Huda sudah tersenyum bagai tak cukup mulut.
“Kalau abang rasa yakin Huda boleh jaga emak dan ayah, apa salahnya. Huda nak..!”

Okey. Bila nak pindah?”

“Hari ni, boleh?” Huda memang harap dapat keluar dari situ secepat yang mungkin. Risau kalau-kalau Faridz datang buat rayuan lagi.

“Betul ni?” Iskandar seperti kurang percaya.

“Betul..! Barang-barang semua Huda dah packing. Cuma nak angkut saja..”

Okey..! kalau macam tu, Huda tunggu abang datang lepas waktu pejabat. Nanti abang datang ambil barang-barang Huda bawa balik.” Balas Iskandar tanpa memikirkan sebab utama Huda membuat keputusan cepat begitu.


   HAMPIR pukul enam petang, barulah mereka sampai depan kediaman Hj. Tahir dan Hjh. Normah. Lebar senyuman mereka melihat Huda datang bersama Iskandar. Makin suka bila Iskandar memberitahu bahawa Huda akan tinggal di situ sepanjang ketiadaannya.

“Taklah mak dan ayah sunyi sangat.!” Kata Hjh. Normah sayu. Huda tersenyum nipis. Hatinya sebak tiba-tiba bila teringatkan keluarganya di Perak. Huda bercadang mahu hubungi Encik Marzuki dan mahu menerangkan tentang keadaannya di situ agar keluarganya tidak bimbang. Dalam pada itu hatinya bimbang kalau Iskandar tahu hal sebenar apa yang jadi padanya. Sudah pasti Faridz jadi mangsa. Jadi dia berharap agar Iskandar segera pergi ke Australia secepat mungkin. 

No comments: