PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 12 Bila Hati Day Say I Love U

BAB 12
GENAP lima bulan perkahwinan mereka, Nirmala disahkan hamil. Gembiranya mereka hanya tuhan saja yang tahu. Tak dapat nak diceritakan dengan kata-kata. Bila Nirmala sudah dalam berkeadaan begitu, Fir Luqman ,melarang keras Nirmala ke pejabat. Walaupun berkali-kali Nirmala merayu, tidak sekali pun Fir Luqman beri belas kasihan.

“Abang nak Mala dan anak abang sentiasa sihat, relax, dan jangan sesekali rasa letih. Abang tak izinkan Mala buat satu kerja pun sepanjang sembilan bulan ni. Kalau abang tengok Mala berdegil, abang akan hukum Mala.”

“Teruklah abang ni! Ini ke namanya sayang? Abang mendera Mala tau!”

“Kalau jadi apa-apa pada Mala dan anak abang, itu lagi namanya mendera abang. Faham?”

Nirmala tersenyum manis mendengar bebelan Fir Luqman. Selepas hidup bersama, Nirmala baru tahu sifat sebenar Fir Luqman. Kadang-kadang sifat itu buat Nirmala ketawa mengekek.

“Lucu sangat ke kalau abang membebel?” Tanya Fir Luqman satu hari ketika menyedari Nirmala ketawakan dia selepas dia membebel. Puncanya ialah sebab Nirmala tidak menutup lampu bilik air selepas keluar dari bilik itu.

“Macam mak nenek. Lawaklah abang ni..!”

“Abang membebel sebab abang tak suka membazir. Abang dah biasa hidup susah. Hidup abang sudah dilatih sejak kecil supaya berjimat cermat. Bila abang dah senang sekarang pun, sikap tu terbawa-bawa hingga sekarang.”

“Mala bukan ketawakan abang sebab tu. Mala ketawa sebab suka dengar abang cakap. Sebijik macam Maklong Hasmah. Kalau abang duduk serumah dengan dia, memang sesuai sangat. Harap-harap anak abang nanti janganlah ikut perangai abang. Boleh sakit kepala Mala.”

“Oh..kata abang ek? Kita tengok lepas ni, siapa yang akan ikut perangai abang. Mala atau anak kita.” Ujar Fir Luqman geram sambil bercekak pinggang. Terkekeh-kekeh Nirmala galak ketawa.


NIRMALA duduk diam dalam bilik. Sejak kehadiran Fazhan petang tadi, dia terus memerapkan diri dalam biliknya. Berulang kali Fir Luqman memujuknya keluar, namun Nirmala tetap dengan keputusannya. Yang sebenarnya, dia tak selesa dengan pandangan mata Fazhan. Sejak tahu ayahnya pernah berhajad menjodohkan dia dengan lelaki itu, Nirmala semakin rasa tidak selesa. Namun cerita itu tidak pernah disuarakan pada Fir Luqman.

Sebenarnya rumah mereka sudah seperti rumah Fazhan sejak mereka bergelar suami isteri. Kerana Fazhan kerap datang melepak di situ, Nirmala sedikit tertekan. Pernah juga disuarakan ketidakselesaan pada Fir Luqman, namun Fir Luqman hanya ketawa.

“Tak baik Mala anggap macam tu dekat orang. Tambah pulak pada kawan baik abang.”

“Mala tak selesa dia selalu datang rumah kita. Lagipun Mala tak suka dia. Kalau dia tengok Mala, macam nak telan. Takut Mala tau!” Rungut Nirmala manja.

Berdekah-dekah Fir Luqman ketawakannya.

“Agaknya dia tengok Mala sebab dia ada hati pada Mala kot..!” Sakat Fir Luqman.

“Abang ni kenapa? Macam tak kisah je kalau betul dia ada hati pada Mala!” Panas juga hatinya dengan andaian suaminya.

“Mala! Kalau dia ada hati pada Mala pun apa yang dia boleh buat? Mala kan isteri abang. Dah sah-sah Mala abang punya. Tapi tak tahulah pulak kalau Mala pun ada hati dekat dia..!” Fir Luqman semakin galak menyakat hingga Nirmala menghadiahkan cubitan paling berbisa.

“Lantak abanglah! Malas dah Mala nak layan. Lepas ni kalau kawan baik abang tu buat benda tak baik dekat Mala, abang jangan kata Mala tak ingatkan abang pulak.” Tempelak Nirmala garang lalu melangkah ingin keluar dari biliknya.

“Sayang! Sini abang nak cakap sesuatu. Tapi Mala jangan marah kalau abang cakap.” Ujar Fir Luqman sambil menarik tangan Nirmala dan mengarahkan agar Nirmala duduk kembali di sebelahnya. Nirmala akur namun wajahnya masih jelas mencuka.

“Sebenarnya abang tahu Fazhan memang ada hati pada Mala. Dan abang juga tahu ayah nak jodohkan Mala dengan dia. Mula-mula abang terkejut jugak. Tapi lepas abang tanya pada Jefri, baru abang tahu. Namun sampai sekarang Fazhan tak pernah cerita apa-apa fasal perasaan dia pada Mala dekat abang. Abang tahu dia kecewa. Sebab tu dia selalu datang sini. Sebenarnya abang pun tak selesa. Suami mana yang suka kalau orang asyik perhatikan isterinya? Abang pun tak suka. Tapi abang berbangga dapat isteri macam Mala. Tiap kali Fazhan datang, Mala sembunyikan diri dari pandangan dia. Terima kasih sebab menjaga kecantikan Mala untuk abang seorang.” Usai berhujah, tangan Nirmala di kucup lembut. Mala tersenyum malu.

“Tapi seandainya satu hari nanti, umur abang tak panjang, mahu tak Mala terima dia?” Soal Fir Luqman serius.

“Abang cakap apa ni?” Tanya Nirmala tiba-tiba berang.

“Mala fahamkan maksud abang?” Fir Luqman serius bertanya. Wajah tergamam Nirmala dipandang bersahaja.

“Mala taknak!” Tegas Nirmala menjawab pantas. Wajahnya kembali mencuka. Tangannya yang berada dalam genggaman Fir Luqman ditarik kasar. Marah benar bila mendengar cadangan mengarut suaminya.

“Mala dengarlah dulu apa yang abang nak cakap ni..”

Nirmala semakin mencuka.

“Kita atas dunia ni tak tahu sampai mana tahap umur kita. Ditakdirkan umur abang tak panjang, ataupun perkahwinan kita tak panjang, abang harap sangat Mala terima dia. Dia sukakan Mala sejak dulu lagi. Cuma abang saja yang tak tahu. Abang yakin dia mampu bahagiakan Mala. Abang juga yakin dia mampu menjadi seorang pemimpin yang baik. Abang rasa sayangnya pada Mala melebihi abang.”

“Jadi selama ni abang tak sayang Malalah ek?” Tanya Nirmala berserta dengan jelingan tajam.

“Bukan itu maksud abang..! Abang sayang Mala melebihi abang menyayangi diri abang sendiri. Tapi Mala harus faham…”

“Taknak! taknak! taknak…!!” Jerit Nirmala lalu bangun meninggalkan Fir Luqman sendiri disitu. Baginya perbualan itu hanya menerbitkan rasa sakit di hati. Jadi ada baiknya jika dia pergi saja dari situ. Panggilan Fir Luqman pun tak dihiraukan lagi.


LENGKAP sudah keluarganya selepas kelahiran Amil Zaquan. Bahagia yang dicari, diharap dan dipinta akhirnya tiba bak bulan jatuh ke riba. Walaupun tiada pengalaman menjaga anak yang masih bayi, Nirmala cekal belajar sendiri tanpa bantuan dari sesiapa yang berpengalaman. Namun dia berterima kasih pada suaminya kerana dari seorang pembantu rumah, kini menjadi dua. Bangga sangat Nirmala rasa bila dilayan begitu.

Selepas seminggu usia Amil Zaquan, Nirmala dikejutkan dengan kehadiran Maklong Hasmah. Gembiranya tuhan saja yang tahu bila Maklong Hasmah beritahu yang kehadiran dia di rumah itu adalah kerana untuk menjaga Nirmala sepanjang berpantang.

“Terima kasih maklong! Sayang maklong!” Ujar Nirmala lantas menghadiahkan kucupan di pipi maklong Hasmah.

“Terima kasih pada Luqman. Dia yang beria-ria call maklong suruh maklong datang. Katanya tiket kapal terbang ditanggung beres pergi dan balik. Maklong pun, apa lagi..! pucuk dicita ulam mendatanglah..! Bila dah ada pucuk ulam, maklong sua nasi panas dengan sambal belacanlah..!”

Mengekek-ngekek Nirmala ketawa bersama Maklong Hasmah. Dengan orang tua tu, hidup Nirmala tidak pernah mendung. Dia sentiasa ada di saat memerlukan.


TIDAK henti-henti Nirmala ucap kata syukur selepas dapat tahu, syarikat milik Fir Luqman berjaya mendapat tender projek baru di Kuantan. Baginya ini adalah usaha suaminya selama ini. Selepas Fir Luqman memaklumkan padanya tadi, dia sudah mula membayangkan tempat makan malam paling romantik untuknya dan Fir Luqman. Paling buat dia teruja bila Fir Luqman turut bersetuju meraikan kejayaannya.

“Kami tinggalkan sekejap Amil dekat maklong ek?”

“Yelah! Pergilah! Kamu berdua janganlah risau. Tahulah maklong menjaganya.” Ucap Maklong Hasmah ketika menggoyangkan buaian Amil Zaquan.

Nirmala tersenyum lebar melihat Fir Luqman tak henti-henti mengucup pipi Amil Zaquan. Selepas dikucup, diangkat pula sambil mengendongnya. Begitulah kebiasaanya yang Fir Luqman lakukan setiap kali mahu keluar. Namun Nirmala pelik melihat sikap Fir Luqman sedikit aneh kerana menyampaikan sesuatu pada Amil Zaquan.

“Anak ayah baikkan? Dah besar nanti jadilah anak yang baik, anak yang soleh. Dengar cakap ibu. Jangan melawan. Belajar rajin-rajin. Bila dah kerja, tolong ibu dekat syarikat ayah. Ingat ye Mil..! hanya itu saja harta yang boleh ayah tinggalkan pada Mil bila ayah dah tak ada nanti.”

“Abang! Kenapa cakap macam tu?” Tanya Nirmala hairan sambil tersenyum hambar.

“Tak ada apa-apa. Abang cuma sampaikan pesan pada anak kita. Sebelum ni abang tak pernah pesan apa-apa pun dekat dia.”

“Dia masih kecil bang! Bukan dia faham pun..!” Jawab Nirmala pelik. Semakin pelik melihat Fir Luqman kearah meje tulisnya. Diambil sebatang pen dan sehelai kertas lalu dititp sesuatu. Apabila siap, kertas itu dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam sampul berwarna putih. Di sampul surat itu tetulis nama Amil Zaquan bin Fir Luqman.

“Jangan lupa bagi pada anak kita bila dia dah pandai membaca.” Ujar Fir Luqman lalu memasukkan surat tadi ke dalam laci meja tulisnya.

“Dahlah! Jomlah cepat. Lewat-lewat nanti, marah pulak pihak hotel.” Ulas Nirmala lalu dahi Amil Zaquan dikucup lembut.

“Ayah pergi dulu sayang! Ingat tau pesan ayah!” Kata Fir Luqman  pada Amil Zaquan yang sedang merenungnya. Pipi dan dahi Amil Zaquan dikucup lama sebelum melepaskannya.


TANGAN abang sejuk sungguh malam ni. Abang tak sihat ke? Dari tadi Mala tengok abang macam tak bersemangat saja.”

“Entahlah. Abang pun tak tahu dengan perasaan abang sekarang. Nak kata tengah berduka, tak ada sebab abang nak bersedih sebab abang sedang bahagia dengan Mala. Nak kata seronok sangat pun, tak jugak sebab projek yang baru dapat tu tak mula lagi. Tapi abang memang happy sebab dapat makan malam dengan Mala malam ni. Dah lama abang teringin nak buat macam ni, tapi tak ada peluang.”

“Mala faham abang sibuk. Sekarang ni Amil dah umur lima bulan. Tak lama lagi dia dah boleh berjalan. Lepas ni bolehlah kita rancang nak bercuti bersama-sama pulak. Tak sabar Mala nak lalui semua tu.!” Teruja Nirmala bersuara.

“Abang pun cadang nak cuti panjang lepas ni. Tapi kalau abang tak ada pun Mala boleh bercuti jugakkan..?” Fir Luqman cuba berseloroh sambil menjeling manja pada Nirmala.

“Alah..tak bestlah kalau abang tak ada..! takkan Mala nak bercuti dengan Amil saja kot..!”

“Apa salahnya? Bercuti jugakkan?”

“Yelah..! Mala tahu lepas ni abang akan lebih sibuk. Tapi janganlah sampai abaikan tanggungjawab abang pada anak isteri. Kerja-kerja jugak. Rumahtangga jangan dilupa.”

“Amboi..sejak bila dah pandai membebel ni? Tulah..dulu kata abang. Sekarang Mala pun dah berjangkit penyakit abang tu. Sekarang siapa yang susah? Abang..jugak!”

Nirmala tersenyum malu selepas disindir. Malam itu terlalu banyak yang dibualkan seperti mereka baru pertama kali berjumpa. Bermacam cerita yang keluar ketika itu. Fir Luqman juga tak putus-putus beri kata nasihat pada Nirmala sambil berkali-kali mengucup jemari Nirmala. Rahsia-rahsia syarikat semuanya diceritakan pada malam itu hingga mereka alpa jam sudah menginjak ke pukul dua belas tengah malam. Siapa sangka siapa menduga. Itulah malam terakhir mereka bersama.


NIRMALA tersedar dari lamunan bila terasa pipinya diusap lembut oleh seseorang. Nirmala tersenyum bila melihat Amil Zaquan di hadapannya. Lamunannya yang panjang buat dia tak sedar mereka sudah pulang dari menziarahi pusara arwah Fir Luqman.

“Kenapa ibu menangis? Ibu sedih sebab Amil tinggalkan ibu? Tulah..tadi Amil ajak, ibu tak mahu join sekali. Sekarang siapa yang rugi? Ibu jugakkan? Lain kali, cuba dengar sama cakap Amil, okey?” Bebel Amil Zaquan sambil bercekak pinggang.

Bebelan Amil Zaquan buat air mata nya semakin deras mengalir. Di ruang pendengarannya hanya bebelan Fir Luqman yang diharapkan. Bila mendengar bebelan dari mulit Amil Zaquan, dia yakin sikap Fir Luqman memang jati turun pada anak mereka. Dalam hati dia bersyukur kerana Allah masih kurniakan Fir Luqmannya.

“Ibu rindukan ayah Luqman, sayang!” Bisik Nirmala teresak-esak sambil memeluk erat Amil Zaquan.

“Ibu janganlah menangis macam ni. Nanti ibu sakit. Amil jugak yang susah. Apa kata ibu pergi ambil wuduk, ibu solat, lepas tu ibu baca quran.”

“Pandainya anak ibu! Siapa yang ajar?”

“Papa.”

Nirmala tersentak mendengar jawapan ringkas dari mulut Amil Zaquan. Dalam hati dia bersyukur dan berterima kasih pada Fazhan yang berjaya mendidik anaknya. Barulah dia sedar ada benarnya kata-kata Fir Luqman dulu bahawa sahabatnya itu memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang diharapkan. Tapi hatinya masih belum bersedia untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Baginya hanya Fir Luqman yang layak berada dihatinya.

“Ayah Luqman dah lama pergi. Sebelum ni ibu tak pernah menangis pun. Tapi kenapa hari ni ibu menangis? Papa Fazhankan ada!”

Nirmala tiada kakuatan mahu menjawab soalan Amil Zaquan. Faham dengan sikap Amil Zaquan yang banyak mulut bertanya itu ini, lalu dia terus bangun melangkah ke bilik air. Harapannya agar Fir Luqman menerima hadiah darinya nanti. Sudah hampir lima tahun Fir Luqman pergi. Tidak sekali pun dia hadiahkan walau sebaris ayat al-fatihah pada arwah suaminya itu. Dan akhirnya Nirmala bulatkan hati dan redha atas segala ketentuan dariNya. Kata-kata nasihat Fir Luqman dulu masih segar dalam ingatan. Dia yakin Fir Luqman bahagia di sana jika dia terus mengingati semua nasihat yang pernah Fir Luqman sampaikan dulu.

No comments: