PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 17 Kata Hati Tak Terkata

BAB 17
ZARA termenung lama atas tangga menuju ke dapur. Niatnya tadi mahu ke bilik air untuk mandi. Tetapi tiba-tiba dia terbayangkan kesejukan air yang berada dalam bilik air, dia terpaksa batalkan niatnya.
Sambil termenung Zara asyik melihat setiap geraklaku emaknya Puan Azizah menyediakan sarapan. Perutnya sejak jam lima pagi tadi asyik berdondang sayang. Ketika sampai jam enam pagi tadi dari Johor, dia terus melelapkan mata dalam biliknya kerana sepanjang malam di dalam bas ekspres dia tidak dapat melelapkan mata. Dengkuran yang kuat dari salah seorang penumpang buat dia sedikit berang. Pada fikirannya bolehlah dia tidur lena, tapi hampeh!

Zara sengaja tidak mahu pulang dengan keretanya kerana dia cepat mengantuk jika memandu lama. Tambahan lagi amat bahaya jika dia memandu sendiri pada waktu malam. Jadi dia terpaksa menyuruh ayahnya menunggu di stesen bas ipoh untuk menyemputnya.

“Termenung apa lagi tu. Dah dekat pukul sepuluh. Pergi mandi!” Sergah Puan Azizah sambil menggaulkan apam beras dengan kelapa parut.

“Sejuklah mak!”

“Dah pukul sepuluh. Dah nak masuk tengahari. Takkan sejuk lagi kot?” Ujar Puan Azizah lembut.

Sejak Zara putus tunang dengan Fairuz Imsyar, dia sebagai ibu amat risau pada perubahan satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Semakin risau ketika melihat Zara tiba pagi tadi. Badan Zara yang jauh beza dengan yang dulu buat dia mula fikirkan yang bukan-bukan.

“Berapa hari Zara cuti?”

“Ikutkan sampai habis cuti sekolah. Tapi dua minggu sebelum mula sekolah, Zara dah kena balik. Banyak yang nak kena sediakan sebelum tahun baru.”

“Kenapa balik lambat sangat.? Mak rasa cuti sekolah dah dua minggukan.?”

“Memang cuti sekolah dah dua minggu start. Tapi tak bermakna guru-guru pun bercuti sama. Banyak yang nak diselesaikan sebelum bercuti.”

“Jadi sekejap sajalah Zara dekat kampung? Tak sampai sebulan pun.” Rungut Puan Azizah sayu. Baru rasa mahu bermanja-manja dengan anak tunggalnya. Mendengar khabar dari mulut Zara tadi, hatinya jadi kurang ceria.

“Cuti sekolah banyak mak. Bulan tiga cuti seminggu. Hujung bulan lima sampai awal bulan enam cuti dua minggu. Bulan lapan cuti dua minggu. Tu tak campur lagi dengan cuti raya puasa dan raya cina. Bila-bila nanti, Zara baliklah lagi..!” Pujuk Zara lembut bila melihat Puan Azizah sudah tarik muka. Dalam diam dia ketawa kecil melihat riaksi emaknya.

“Yelah! Empat belas haribulan dua belas genap lima tahun tokwan pergi. Mak nak buat majlis tahlil sikit. Kebetulan Zara dah ada dekat sini, bolehlah tolong-tolong apa yang patut.”

Zara mula berkira-kira. “Mm..kenapa tak buat awal sikit mak? Kalau kira-kira, tu minggu last Zara dekat kampung.”

“Ayah yang nak buat tarikh tu sebab bulan dua belas ramai yang nak kenduri kawin. Tu pun ayah buat malam jumaat. Kalau nak buat hari sabtu atau ahad, mesti ramai yang tak datang sebab sepanjang bulan ni banyak kenduri kawin. Dah tentu orang sibuk.”

Zara mengangguk-angguk faham. Bukan dia tidak pernah tinggal lama di kampung. Faham sangat jika menjelangnya hari cuti sekolah. Pasti ramai yang nak menamatkan zaman bujang.

“Hanya pada Zaralah saja tempat mak nak mengharap.  Kalau Zara tak ada, terpaksalah mak buat sorang-sorang. Opah dah tua. Mana larat dia buat kerja kenduri kendara ni. Kalau Zara tak  balik, sunyi sepi rumah ni.”

Zara tersenyum nipis mendengar luahan hati Puan Azizah. “Baiklah mak! Nanti Zara kawin, Zara bagi mak cucu banyak-banyak. Kompem mak dengan ayah dah tak sunyi.” Zara cuba berseloroh.

“Amboi! Bersemangat nampak. Dah ada calon ke?”

“Insyaallah!” Jawab Zara sambil tersenyum.

“Macam dah ada je!” Puan Azizah cuba serkap jarang.

“Doakan ye mak!”

“Betul ke?” Puan Azizah sudah mula riak teruja.

“Insyaallah..!” Zara tersenyum malu.

“Bila nak kenalkan dengan mak?”

“Sabarlah! Zara baru je kawan dengan dia.”

“Alhamdulillah!” Panjang ucap syukur Puan Azizah sambil meraup mukanya. Jelas terpancar seri diwajah tuanya bila mendapat berita itu. Berita tentang penceraian Fairuz Imsyar tidak dilaporkan pada Zara kerana yakin Zara pasti terkejut. Sebab lain juga ialah kerana tidak mahu Zara masih menyimpan perasaan pada Fairuz Imsyar. Dia tahu bukan mudah untuk Zara melupakan Fairuz Imsyar kerana jalinan hubungan anaknya dengan Fairuz Imsyar bukan sebulan dua tapi hampir sepuluh tahun mereka bercinta.


SEMINGGU di kampung, Zara banyak habiskan masanya di rumah. Memandangkan cutinya tinggal dua minggu sahaja, dia mahu tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga sahaja. Tidak mahu emaknya rasa jauh dengannya. Kalau boleh setiap masa dia mahu berada bawah ketiak emak saja.

 “Zara tak teringin jumpa ibu?” Tanya Puan Azizah tanpa melihat wajah Zara. Dia yakin Zara mesti pelik dengan soalan itu. Seminggu Zara di kampung, selama itulah dia cuba menahan mulutnya agar berita tentang Puan Murni tidak sampai ke telinga Zara. Pada mulanya ingin saja dirahsiakan terus berita itu. Namun bila memikirkan harapan dan hasrat Puan Murni merangkap sahabat baiknya mahu berjumpa dengan Zara, dia terpaksa mengalah. Tambah-tambah lagi sahabatnya itu sayang benar pada Zara.

“Seganlah.! Nanti dia orang kata Zara muka tak malu pulak.” Di ruang matanya terbias wajah lembut ibu mertua tak jadinya dan Fairuz Imsyar.

“Pergilah jenguk dia sekejap. Siang malam asyik sebut nama Zara.”

“Kenapa mak? Ibu tak sihat ke?” Tanya Zara sedikit hairan.

“Entahlah! Susah mak nak cakap. Zara pergi tengok sendirilah keadaan dia. Siang malam asyik sebut nama Zara. Mak serba salah sebenarnya nak bagi Zara pergi sana. Takut ada mulut-mulut yang susah nak faham masalah kita.”

Zara termenung sambil berfikir. Hairan juga yang dirasa. Melalui nada suara emaknya, dia yakin seperti ada yang tak kena dengan ibu Murni. Lantas segera dia mahu ke bilik air kerana nekad mahu pergi menziarah.

“Zara nak pergi rumah ibu. Zara nak tengok ibu. Zara tahu, mesti ada kena mengena dengan Zara ibu jadi macam tu.”

Ikutkan hati Puan Azizah, memang dia tak benarkan Zara ke sana. Tapi salahnya juga kerana membuka cerita itu. Bukan dia tidak tahu bertapa sayangnya Zara pada sahabatnya tu. Sejak awal lagi sahabat baiknya itu memang berhajat mahu bermenantukan Zara.

“Bukan mak tak mahu Zara pergi. Tapi..” Puan Azizah tidak dapat teruskan kata-kata. Ada satu berita lagi yang tidak mampu diterangkan pada Zara.

“Zara tahu apa yang mak fikirkan. Mak jangan risau. Zara pergi cuma nak jumpa ibu. Lagipun Zara dah boleh terima hakikat.” Pujuk Zara ceria.

“Mm..kalau macam tu, pergilah! Tapi jangan balik lambat. Lagi satu, tolong singgah rumah Mak Aji. Cakap dekat dia, mak nak kuih bakar yang mak tempah hari tu.”

Zara tersenyum lebar sambil mengangguk. Sejak Aqil Muaz meluahkan perasaan padanya, dia kembali kuat seperti dulu. Kini dalam hatinya nama Fairuz Imsyar sudah hilang setelah nama Aqil Muaz bertahta di hatinya.
Walaupun rindu pada Aqil Muaz semakin membara semenjak pulang ke kampung, dia tidak pernah lupa membalas setiap panggilan, sms atau email pada lelaki itu. Zara tahu Aqil Muaz juga sedang berada di kampung. Jadi setiap hari Aqil Muaz akan menghubungnya atau menghantar sms. Malah mereka sering berbalas email untuk melepas rindu. Boleh dikatakan setiap hari ada saja kata-kata madah yang Aqil Muaz titipkan untuknya. Hanya dengan kata-kata semangat dari Aqil Muaz dia mampu melupakan Fairuz Imsyar.


“MAK! Qil keluar kejap. Mak nak pesan apa-apa tak?”

“Yelah! Tolong belikan gula merah. Nak buat kuih lompang petang nanti.” Laung Hajah Esah sambil menyiang ikan di dapur.

“Qil bawa moto abah!” Laung Aqil Muaz dari ruang tamu.

“Moto abah guna.” Balas Hajah Esah dari dapur.

“Kalau macam tu Qil guna kereta abah sajalah.” Memandu dengan kereta Naza Kia miliknya rasa sedikit tidak selesa di jalan sempit dalam kampung. Lebih tidak selesa bila pandangan orang kampung yang yang jarang sekali melihatnya berada di kampung.

“Yelah! Kunci tengok tergantung tepi pintu tu.” Hatinya bukan main gembira bila anak angkatnya tiba seminggu yang lalu. Hari ini beria-ria mahu membuat kuih lompang kerana kuih itu memang menjadi makanan kegemaran Aqil Muaz.

Tiba di satu simpang jalan keluar, Aqil Muaz terpaksa menekan brek mengejut kerana hampir-hampir bertembung dengan juga sebuah kereta kancil sepertinya. Hatinya berbelah bagi hendak keluar atau tidak kerana memang salahnya kerana keluar simpang tanpa perlahankan kenderaan. Tiba-tiba matanya hampir tersembur keluar bila melihat seseorang sedang meluru keluar dan melangkah laju ke arahnya dan mengetuk-ngetuk kuat cermin di sebelahnya. Ketika itu dia rasa macam nak ketawa kuat melihat wajah bengis itu melangkah laju kearahnya selepas menghempas pintu kereta.

“Keluar sekarang!” Jerit Zara kuat sambil mengetuk cermin tingkap kereta. Kerana silau cahaya matahari menyukarkan dia melihat wajah si pemilik kancil yang hampir-hampir melanggarnya.

Aqil Muaz mengambil kusyen kecil di tempat duduk belakang lalu menutup mukanya. Sambil itu tangannya menekan butang agar cermin tingkap dibuka. Hanya mata saja yang kelihatan. Bibirnya ditahan agar tawa tidak terburai.

“Macam mana awak bawak kereta? Baru dapat lessen atau tak ada lesen langsung! Dah awak nak keluar simpang jalan, awak kenalah berhenti dulu. Tengok kiri kanan.!” Tempik Zara garang. Melihat Aqil Muaz diam tanpa suara, dengan pantas kusyen kecil yang menutupi muka Aqil Muaz ditarik kuat. Bagai mahu gugur jantungnya bila melihat Aqil Muaz tersengeh-sengeh menayang gigi bersihnya.

“Awak? Buat apa dekat sini?” Teruja Zara bertanya. Hilang sekelip mata amarahnya yang berapi tadi. Melihat insan yang dirindui saban hari, dia tersenyum malu. Mahu dia menjerit riang kerana Aqil Muaz sedang dekat depan mata.

“Sedang bercuti.” Ujar Aqil Muaz dengan sengehan yang dapat dibetulkan. Riang hatinya melihat Zara di depan mata. Tidak disangka mereka berada dalam kampung yang sama.

“Di kampung ni?”

Aqil Muaz mengangguk sambil tersenyum.

“Awak?”

“Kan saya cakap nak balik kampung! Ni kampung saya.”

“What? Me too.”

“Oh my God!  Awak tak cakap pun!”

“Awak tak tanya.”

“Saya ingat kampung awak dekat johor.”

Aqil Muaz ketawa besar.

“Saya nak cepat ni. Ada hal sikit dekat rumah ibu angkat saya.”

Okey! Saya pun ada hal sebenarnya. Nanti saya call awak.”

Zara dan Aqil Muaz berpamitan sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Tak mereka sangka akan bertemu di situ. Masing-masing melepaskan keluhan lega bila rindu yang dirasa selepas meninggalkan negeri johor seminggu yang lalu terubat setelah berada di kampung.


“MASUKLAH Kak Zara. Ibu ada di dalam.”

“Ibu sihat?” Tanya Zara sambil membuka selipar lalu masuk ke dalam rumah. Melihat persekitaran dalam rumah, dia tersenyum senang kerana susun atur perabot dalam rumah itu masih seperti dulu. Sesekali matanya liar mencari seseorang. Dalam hati berharap agar wajah itu tidak menjelma depan matanya.

“Entahlah Kak Zara. Lepas Kak Zara tak jadi dengan along, ibu dah macam tak bersemangat nak teruskan hidup. Puas ayah bawa ibu pergi berubat. Ibu tetap macam tu.” Cerita Fida sayu. Wajahnya jelas menunjukkan rasa gelisah.

Zara sayu mendengar cerita Fida. Rasa bersalah sangat dengan apa yang jadi walaupun dia tidak bersalah. Andainya dia tahu begitu keadaan Puan Murni, pasti seawalnya dia datang temui wanita yang dianggap seperti ibunya sendri.

“Along macam mana sekarang?” Dalam tidak mahu ambil tahu tentang bekas tunangnya itu, dilontarkan juga soalan mengenai Fairuz Imsyar pada Fida.

“Tu satu lagi. Lepas satu, satu masalah yang dia buat. Ayah pun dah habis ikhtiar. Bagi nasihat macam bercakap dengan dinding. Bercakap dengan kucing pun ada baiknya.” Rungut Fida geram.

Zara sedikit terkejut. Tak faham maksud Fida.

“Kenapa dengan along?”

“Kak Zara tak tahu ke? Mak Zah tak cerita?”

Zara geleng kepala.

“Dua minggu lepas Kak Zara pergi, along ceraikan bini dia.”

Zara sudah bagai cicak tertelan kapur. Tidak disangka begitu akhirnya penghujung jalan jodoh Fairuz Imsyar.

Ketika Zara tiba di bilik Puan Murni, wanita tua itu sedang lena tidur. Timbul rasa simpati pada wajah sayu itu setelah apa yang terjadi. Namun apakan daya, dia sendiri tidak pernah minta itu semua terjadi.

“Zara?” Sapa Fairuz Imsyar perlahan. Pulang dari tempat kerja tadi dia pelik melihat kereta milik bekas bakal mertuanya ada di halaman rumah. Terdetik juga di hati, mengapa Encik Tahir datang ke rumah. Selepas dia putus tunang dengan Zara, keluarga bekas tunangnya itu sudah menjarakkan hubungan dengan keluarganya. Dia akur kerana punca masalah datang darinya sendiri. Dan kesan dari itu, dia terpaksa tebalkan muka mengadap orang kampung yang sibuk ambil tahu dan tak kurang juga ada yang mencercanya. Dan kesan dari peristiwa itu, dia semakin tertekan bila ibunya Puan Murni jatuh sakit dan murung.

 “Abang?” Zara terkejut lantas terus berdiri selepas mendengar namanya dipanggil. Tidak disangka akan bertemu lagi dengan lelaki yang pernah menjadi impiannya satu ketika dulu. Dia juga tidak menyangka Fairuz Imsyar ada di situ. Andainya dia tahu, pasti tak dijejakkan kaki ke rumah itu lagi.

“Bila Zara sampai?” Lembut suara Fairuz Imsyar bertanya. Masih seperti dulu nada suaranya bila bercakap dengan Zara.

“Baru je!” Jawab Zara lalu duduk kembali di sisi Puan Murni yang masih lena.

“Zara datang nak jumpa ibu?” Fairuz Imsyar bertanya lagi sambil melangkah ke katil lalu duduk di hujung kaki ibunya mengadap Zara. Melihat Zara hanya diam sambil mengangguk sekali dia perlahan lepaskan keluhan. Dalam hati dia faham mengapa Zara bersikap dingin. Andainya dia berada di tempat Zara, pasti dia juga akan berkelakuan begitu. Mungkin lebih teruk dari itu.

“Abang minta..”

“Dahlah bang! Zara dah tak mahu ingat lagi benda yang dah berlalu tu. Bagi Zara semua tu hanya  ujian untuk kita. Zara tak menyesal dengan apa yang berlaku. Zara terima. Zara harap abang juga akan sama macam Zara. Mulai saat ini abang anggap saja Zara macam adik abang.”

Fairuz Imsyar tersentak. Wajah Zara dipandang tepat.

“Tak boleh ke Zara  beri abang peluang? Kalau boleh abang nak kita macam mula-mula dulu. Abang yakin kita akan bahagia macam yang kita impikan. Abang nak Zara tahu, dalam hati abang hanya ada Zara.”

Zara menggaru-garu keningnya sambil menggigit tepi bibir. Serba salah dirasa. Jika tak kerana Aqil Muaz, pasti dia dah lama termakan kata-kata Fairuz Imsyar.

“Lepas apa yang berlaku, tipulah kalau Zara kata yang Zara boleh lupakan abang. Berbulan-bulan Zara cuba pulihkan hati Zara yang sakit. Zara tutup pintu hati Zara untuk terima cinta mana-mana lelaki sebab Zara masih sayang dan harapkan abang. Tapi sampai masa dan ketika pintu hati Zara tak dapat menolak cinta dari seseorang. Dia baik macam abang. Penyayang, sopan. Paling Zara suka dia ada tahu lalat dekat bibir macam abang.” Zara ketawa kecil cuba berseloroh.

Fairuz Imsyar turut tersenyum lucu mendengar cerita Zara mengenai insan baru yang kini bertahta dalam hati bekas tunangnya. Walaupun hati sudah mula dirasuk cemburu, dia cuba terima.

“Zara minta maaf sebab dah lukakan hati abang untuk terima abang semula. Zara tahu abang dah berpisah dengan isteri abang, tapi tak bererti Zara akan terima abang.”

Fairuz Imsyar mengeluh lemah. Andai sudah begitu yang ditakdirkan, dia terima. Demi masa depan dan kebahagiaan Zara, dia akan selalu mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat gadis yang dicintainya. Sesungguhnya kasihnya pada Zara tak pernah berubah walau sekecil hama.

“Abang faham dan abang terima. Tapi seandainya hati Zara terluka, Zara jangan lupa abang sentiasa ada bersama Zara. Abangkan hero Zara!” Kata Fairuz Imsyar sambil tersenyum.

“Tapi ibu harap sangat Zara kembali pada anak ibu.”

Suara lemah Puan Murni kedengaran mengejutkan perbualan Zara dan Fairuz Imsyar. Zara yakin Puan Murni mendengar perbualan mereka tadi.

“Ibu! Walaupun cinta Im pada Zara tak pernah berubah, Im tak akan merampas Zara dari orang yang kini sayangkan dia. Zara dulu, kini adalah adik Im. Dan dia tetap anak ibu seperti yang ibu harapkan.” Kata Fairuz Imsyar sayu.

Zara tunduk memandang ke arah tangannya yang digenggam lembut oleh Puan Murni. Rasa sebak yang bersarang di dada ditahan semahu yang boleh. Melihatkan wajah ibu angkatnya itu buat Zara semakin rasa bersalah. Andainya tiada insan bernama Aqil Muaz dalam kamus hidupnya, mungkin dia akan pertimbangkan hajat ibu angkatnya itu. Namun apakan dayanya sekarang. Cinta pada Aqil Muaz adalah segala-galanya.
Atas permintaan Puan Murni, Zara akhirnya terpaksa mengalah bila Puan Murni memintanya masakkan sesuatu untuknya. Zara yang tahu apa yang menjadi kegemaran ibu angkatnya, tidak lokek tenaga merialisasikan impian ibu angkatnya itu.

Keriuhan di dapur mengembalikan semangat Puan Murni. Menitis juga air matanya melihat Zara dan Fairuz Imsyar bersama-sama dengan anak perempuannya Fida menyiapkan mi kari untuknya. Inilah suasana yang diimpikan setiap hari. Sejak dulu lagi kasihnya pada Zara sudah sebati dalam jiwanya.

Zara dianggap istimewa dalam hidupnya kerana Zara adalah penawarnya ketika dia mengalami masalah meroyan selepas kematian anak perempuannya yang sebaya dengan Zara. Kebetulan pula ketika itu Puan Azizah emak kepada Zara terpaksa berulang alik ke hospital kerana masalah jantung. Jadi kesempatan itu diambil untuk mengurangkan rasa rindu pada arwah anaknya yang pergi tiga hari selepas dilahirkan akibat jangkitan kuman demam kuning. Walaupun ketika itu, buah dadanya membengkak kerana susu yang banyak, tidak sesekali diberikan pada Zara kerana sudah dinekadkan dalam hati ingin Zara menjadi menantunya.

“Kalau tak sedap, itu tandanya sebab ada penyibuk kepala hitam dekat dapur ni.” Zara cuba berseloroh.

“Kalau abang kepala hitam, Zara kepala apa?” Tanya Fairuz Imsyar sambil memotong bawang.

“Kepala putih sebab Zara pakai tudung putih.” Balas Zara lalu ketawa bersama Fida.

“Kalau macam tu abang pun nak pakai tudung putihlah.” Kata Fairuz Imsyar lalu masuk ke bilik Fida mencari sehelai tudung berwarna putih lalu dipakai di hadapan Zara dan Fida.

Zara dan Fida yang melihat terbahak-bahak ketawa melihat telatah Fairuz Imsyar.

“Tak payahlah makcik susah-susah dekat dapur ni. Kami yang anak dara boleh uruskan sendiri. Makcik duduklah di depan. Tengok tv ke..layan facebook, wchat atau wassap ke..main game ke..!” Ujar Zara lalu menghamburkan tawa hingga berair matanya kerana terlalu kuat ketawa.

Fairuz Imsyar yang masih dengan telatahnya hanya tersenyum melihat riaksi Zara dan Fida. Baginya kehadiran Zara hari ini adalah seperti mendapat harta karun segunung. Melihat senyuman yang terukir di bibir ibunya menambahkan lagi rasa syukur. Sekurang-kurangnya rasa bersalah pada ibunya sedikit terhakis.

Hampir ke petang Zara berada di rumah Fairuz Imsyar, barulah Zara meminta diri untuk pulang. Dia yakin emaknya pasti susah hati jika dia berlama di situ. Namun apakan daya, melihat wajah ibu angkatnya, buat dia lembut hati.

“Abang nak berterima kasih pada Zara sebab kembalikan ibu dalam rumah ni. Lepas peristiwa tu, ibu langsung taknak cakap dengan abang. Hinggalah hari ni, barulah ibu bermanis mulut dan wajah  cakap dengan abang.”

Zara terkejut. Tak sangka begitu sekali nasib yang diterima keluarga ini.

“Kenapa abang tak bagitahu Zara fasal ibu? Satu lagi fasal isteri abang. Kenapa harus berpisah?” Tanya Zara sayu sambil bersandar di pintu kereta. Wajah Fairuz ditenung tepat. Sayangnya masih ada pada lelaki itu tapi debaran yang dirasa ketika berdepan dengan lelaki itu dulu entah hilang ke mana.

“Perlukah abang ceritakan fasal ni pada Zara? Kalau abang beritahu Zara, nak ke Zara datang sini jumpa ibu?”

Zara tidak menjawab malah hanya kaku merenung wajah Fairuz Imsyar sambil mengeluh berat. Hatinya sedikit terasa dengan pertanyan Fairuz Imsyar. Tapi jika difikir-fikirkan balik, dia sendiri pasti tak kuat untuk datang melawat ibu angkatnya itu ketika Fairuz Imsyar ada bersama Jenifer.

“Mengenai isteri abang, tak payahlah Zara tahu. Dah tertulis jodoh abang dengan dia setakat itu saja. Terus terang abang cakap, dari awal lagi abang memang tak ada perasaan dengan dia. Abang tahu dia sukakan abang dah lama, tapi bang tak pernah pedulikan dia. Mungkin dia perangkap abang dengan cara tu untuk dapatkan abang.”

“Payah jugakkan kalau orang hensem ni! Banyak sangat peminat.”

Fairuz Imsyar ketawa kecil mendengar komen Zara tentang dirinya. Jika dulu Zara tak pernah nak memujinya. Namun Zara selalu kata dia macho.

Hensem ke abang ni?” Tanya Fairuz Imsyar sambil tersenyum nakal.

“Perasan!” Ujar Zara lalu ketawa besar.

“Zara masih sayangkan abang?” Tanya Fairuz Imsyar setelah tawanya sedikit reda.

Zara terdiam lalu menunduk. Serba salah dia mahu menyatakan rasa hatinya yang sebenar. Jika dulu memang mudah diungkapkan ucapan itu. Tapi kini lidahnya bagai dipaku untuk mengucapkan kata keramat itu.

“Abang nak dengar ungkapan tu sekali lagi untuk kali terakhir. Bolehkan?” Pinta Fairuz Imsyar lembut.
Zara tarik nafas dalam lalu hembuskan perlahan-lahan. Wajah sayu Fairuz Imsyar yang berdiri di hadapannya ditatap tepat.

“Sekarang Zara hanya nak abang jadi abang Zara. Tapi Zara nak mengaku juga yang Zara masih sayangkan abang walaupun yang sebenarnya perasaan sayang tu dah tak sama macam dulu.” Kata Zara perlahan.

“Abang faham. Itu pun dah cukup untuk abang. Abang doakan Zara bahagia dengan dia.” Balas Fairuz Imsyar sambil tersenyum senang.

“Abang pun mampu bahagia.”

Fairuz Imsyar menggeleng lemah.

“Bahagia abang hanya jika bersama Zara.” Ucap Fairuz Imsyar sambil mencapai tangan Zara lalu meletakkan kotak baldu kecil berwarna biru ke dalam telapak tangan Zara.

Zara tergamam melihat cincin yang pernah menjadi miliknya satu ketika dulu. Tertanya-tanya apakah maksud tersirat Fairuz Imsyar.

“Abang tak mampu nak simpan cincin ni. Hati abang sakit.  Lama dia berada di jari Zara, abang rasa dia rindukan tuan dia. Sebab tu dia seakan mendera perasaan abang tiap kali abang nampak dia. Zara tak boleh terima abang, tapi Zara boleh terima diakan? Abang rasa hanya Zara yang layak menjadi tuan kepada cincin ni. Kalau Zara tak mahu pakai, Zara boleh simpan. Tak pun Zara jual atau hadiahkan pada sesiapa yang Zara suka. Tapi jangan sesekali pulangkan pada abang.”

Zara tersenyum hambar. Kini dia faham akhirnya lalu kotak baldu biru itu dibuka dan cincin batu biru itu diambil lalu diserahkan pada Fairuz Imsyar semula.

“Pakaikan! Dulu Zara selalu bayangkan abang sarungkan cincin nikah kita. Tapi apa nak buat, hajat tak kesampaian. Anggap saja abang sedang beri adik abang hadiah harijadi.” Kata Zara sambil tersenyum manis.

Fairuz Imsyar tersenyum lebar. Melihat Zara hulurkan tangan kiri, dia tahu maksud Zara. Perlahan-lahan cincin itu disarungkan ke jari manis kiri Zara. Sambil mendekatkan dirinya, kepala Zara yang bertudung dikucup lembut. Melihat Zara menunduk, dia tersenyum hambar. Akhirnya hajat Zara dapat ditunaikan sekali gus merupakan impiannya juga.

“Rajin-rajn datang sini tengok ibu. Dua hari lagi abang sibuk dengan kerja abang dekat Brunai. Mungkin susah nak balik selalu.”

“Kenapa jauh sangat? Abang tak kasihankan ibu?”

“Lagi lama abang dalam kampung ni, lagi sakit hati abang. Telinga abang ni dah tak mampu nak dengar kata-kata hina dan caci orang kampung. Macamlah kesalahan yang abang buat tu besar sangat. Sedangkan abang tak salah dalam hal ni. Abang tahu puncanya dari abang tapi itu bukan niat abang yang sebenar.”

Zara menangis setelah masuk dalam kereta. Jiwanya sebak meninggalkan Fairuz Imsyar. Tangisannya terjadi bukan bererti sedih berpisah dengan Fairuz Imsyar, tetapi sedih kerana mengenangkan nasib bekas tunangnya yang malang. Sebelum ini dia rasa nasibnya memang malang, tapi hari ini bila mengetahui perkara sebenar, barulah dia tahu nasib Fairuz Imsyar lebih malang darinya. Sempat lagi dia berdoa agar Fairuz Imsyar akan bertemu dengan insan yang ikhlas dan jujur.

No comments: