PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 21 Kata Hati Tak Terkata

BAB 21
 “AWAK marah saya ek?” Tanya Zara perlahan ketika Aqil Muaz sedang mesin kelapa. Tadi dengan senang hati Aqil Muaz menawarkan diri untuk membuat kerja itu walaupun pada mulanya dia tidak yakin. Melihatkan Aqil Muaz masih mendesak, dia mengalah jua akhirnya.

“Saya nak marah kenapa pulak?” Tanya Aqil muaz sambil matanya tepat kearah mesin kelapa yang sedang berfungsi. Risau juga kalau mata mesin itu memakan jarinya.

“Fasal hari tu.” Jawab Zara perlahan.

Aqil Muas melepaskan keluhan. “Saya tak marah, tapi terkilan sikit. Tapi nak buat macam mana, dah orang tak sudi. Saya tak boleh nak memaksa.”

“Bukan saya tak sudi. Cuba awak bayangkan kita baru saja kenal. Takkan terus nak kawin. Apa kata keluarga saya nanti?”

“Kata keluarga awak atau kata bekas tunang awak? Saya tahu awak masih tak boleh lupakan dia. Tapi sekurang-kurangnya berilah peluang pada saya.” Balas Aqil Muaz sinis.

Zara tersentak. Hatinya sesak bila Aqil Muaz berkata begitu. Namun dia cuba memujuk hatinya agar tidak terus tertekan kerana dia tahu hati Aqil Muaz lebih tertekan dengan keputusannya.

“Apa kata awak kenal dulu dengan mak ayah saya.” Zara cuba memberi cadangan sambil merawat hatinya sendiri.

“Kan saya dah kenal tadi.”

“Awak hanya dikenalkan oleh Mak Aji sebagai anak angkat Mak Aji dan Ayah Aji. Bukan sebagai kawan saya.” Tempelak Zara perlahan. Ingat kembali kedatangan Aqil Muaz dan Hajah Esah tadi, dia bagai menunggu hukuman. Berdudap-dudap bunyi jantungnya bergoncang. Melihat wajah emaknya yang hanya memberi senyuman teruja kerana pertama kali bertemu dengan Aqil Muaz, dia rasa lega kerana emaknya tidak bertanya banyak hal selain berbual dengan Hajah Esah sahaja. Dalam pada itu, risau juga kalau-kalau Hajah Esah membocorkan rahsia sedangkan awal-awal lagi dia sudah meminta agar jangan dikhabarkan lagi halnya dengan Aqil Muaz.

“Biar saya cakap dengan mak ayah awak.” Cadang Aqil Muaz tiba-tiba.

“Awak nak cakap apa?” Tanya Zara dengan nada terkejut.

“Saya cakaplah yang saya ni kekasih awak dan saya nak kawin dengan anak dia orang.”

Hish..macam tak ada adab pulak!” Ujar Zara kurang puas hati.

“Habis tu, awak nak saya buat macam mana? Saya rasa itu saja cara yang paling bagus saya boleh buat. Baru orang tua awak yakin yang bakal menantu dia orang ni betul-betul nak peristerikan anak dara dia orang.”

Zara berdesit sambil menjeling geram. Dirasakan cadangan Aqil Muaz itu seperti mahu main-main.

“Tak boleh macam tu. Kita ada adat. Kalau awak cakap sendiri, itu tandanya awak muka tak malu.”

“Kalau malu, melepaslah saya.!” Kata Aqil Muaz sambil ketawa mengekek.

Zara terdiam lalu memberikan jelingan tajam pada Aqil Muaz yang tersengeh-sengeh.

Sorry! Saya gurau sajalah! Sebenarnya saya pun takut nak cakap. Takut orang tua awak tak setuju. Saya sedar diri. Saya ni cuma anak angkat mak dan ayah aji. Mesti orang tua awak curiga tentang identiti saya yang datang tanpa orang tua kandung.”

“Orang tua saya terima kalau awak berterus terang. Awakkan anak yatim piatu.”
Aqil Muaz menyambung kembali kerja mesin kelapa. Dalam hati sempat berangan. Alangkah bahagianya jika ayahnya Dato Azam Muiz dan ibunya Puan Sofea Lee ada bersama saat-saat bahagianya.

Zara tersentuh melihat riaksi wajah Aqil Muaz. Pada firasatnya tentu Aqil Muaz sedang fikirkan arwah ayah dan ibunya.

“Saya minta maaf! Bukan niat saya nak bagi awak terasa. Janganlah merajuk macam ni.”

Aqil Muaz masih berdiam. Dalam hati dia tersenyum. Sebenarnya dia tidak terasa pun dengan ulasan Zara tadi. Sengaja mahu inginkan perhatian lebih. Sekali sekala merajuk, seronok pula bila dipujuk.

Okey, Macam ni. Malam ni awak suruh Mak Aji dan Ayah Aji bincang dengan keluarga saya. Kata putus dari emak dan ayah, saya nak awak terima walaupun keputusannya mengecewakan awak.” Ujar Zara selepas melihat Aqil Muaz masih membisu. Serba salah dibutnya melihat Aqil Muaz tidak pedulikan kemaafannya.

“Dah siap belum mesin kelapa tu? Dari tadi asyik bercokcet-cokcet. Bila  kerja nak siap? Kalau ye pun nak bercinta, siapkan dulu kerja tu. Cepat sikit! Orang dekat luar tu dah berapa kali minta santan.” Sergah Hajah Esah yang tiba-tiba muncul depan pintu dapur bersama Puan Azizah.

Terkocoh-kocoh Zara mengaut kelapa parut yang siap dimesin. Sementara Aqil Muaz kalut menumpukan perhatian pada kerjanya. Mendengar suara Hajah Esah dan Puan Azizah mengekek ketawa, wajah Zara dan Aqil Muaz sudah terkemik-kemik menahan malu.

“Lepas ni kita sibuk buat kerisik pulaklah Zah!” Hajah Esah kuat bersuara sambil ketawa.

Zara dan Aqil Muaz memasang telinga.

“Kelapa banyak kak..! Tak payah risau. Panggil je orang kampong. Mesti siap punya..!”

“Nak buat apa kerisik banyak-banyak mak?” Tanya Zara hairan.

“Kenduri la…!”

Zara sudah mula berpeluh. Jantungnya berdegup kencang. Kulit mukanya sudah berlapis-lapis tebal. Sudah dapat meneka apa yang dimaksudkan dengan kata-kata sindiran Puan Azizah dan Hajah Esah tadi.


SELESAI  majlis tahlil, Zara dipanggil oleh Puan Azizah dan Encik Tahir di ruang tamu. Tersentak langkahnya bila melihat Hajah Esah dan Haji Derus serta Aqil Muaz berada di rung tamu bersama kedua orang tuanya. Dalam fikiran , sudah tahu apa yang harus dibincangkan di situ.

“Duduk situ!” Arah Encik Tahir tegas pada Zara agar duduk di sebelah Aqil Muaz.Zara akur walau malu-malu mahu berada di sebelah Aqil Muaz.

“Kamu tahu kenapa ayah panggil kamu.?”

Zara tunduk diam membisu sambil mengangguk sekali. Suara garau dan serius Encik Tahir buat Zara sedikit cuak.

"Zara kenal siapa di sebelah Zara ni?"

Zara hanya mengangguk sekali.

"Dah berapa lama Zara kenal dia?"

"Lebih kurang tiga bulan."

“Zara betul-betul sukakan dia.?”

Zara takut dan malu-malu nak nak menjawab. Namun dia angguk juga sedikit.

"Zara ikhlas nak kawan dengan dia?"

"Zara ikhlas, bah."

Encik Tahir dan Puan Azizah mengeluh lega dan tersenyum sambil saling pandang memandang. Begitu juga dengan Haji Derus dan Hajah Esah turut tersenyum lebar.

Aqil Muaz cuba berlagak tenang. Namun hatinya bagai nak luruh melihat riaksi Zara yang hanya menunduk dari tadi. Sebenarnya soalan yang dikemukakan oleh Encik Tahir pada Zara tadi sudah diutarakan pada dirinya. Bagai nak tercabut nyawa dari badan sewaktu menjawab soalan-soalan itu.

“Ayah tak halang kalau kamu berdua nak kawin. Memang ayah harap sangat kalau dicepatkan. Umur kamu berdua pun bukan muda lagi. Tapi kalau boleh biarlah ikut adat.”

“Anak mak ni cuma sorang ni saja. Teringin juga kami nak merasa macam orang lain.”

“Saya faham. Jangan risau. Saya akan sediakan semua.” Jawab Qail Muaz tenang sambil terangguk-angguk faham.

“Zara setuju?” Tanya Hajah Esah sambil merenung tepat ke wajah Zara yang sejak tadi hanya diam tunduk membisu. “Mak Aji tahu apa yang Zara fikirkan. Mak Aji bukan nak suruh Zara dengan Qil kawin terus walaupun mak aji tahu anak mak aji ni memang dah kemaruk sangat dekat Zara. Anggap saja kedatangan mak aji ni sebab merisik tanya sekaligus bertunang. Majlisnya kita buat masa cuti sekolah penggal pertama tahun depan.”

Zara hilang kata-kata. Keputusan sudah dibuat. Nak taknak, dia harus terima.

“Nak nikah malam ni terus pun boleh..!” Sampuk Encik Tahir. Berderai tawa sekelian yang ada. Aqil Muaz hanya tersenyum sambil mengetap bibir. Wajah Zara yang sudah bertukar kepada tompok-tompok merah dikerling pandang.

“Kalau boleh memang saya nak cepatkan sebelum habis cuti sekolah ni. Tapi saya tahu dia mesti tak setuju. Memandangkan minggu depan kami dah nak balik bertugas, saya harap pakcik dan makcik tak kisah kalau saya bercadang nak buat majlis nikah kami cuti sekolah semester pertama nanti.”

Zara tersentak. Pantas wajah Aqil Muaz dipandang tepat.

“Kenapa cepat sangat awak? Waktu tu kitakan sibuk sebab baru mula sekolah. Kita bukan mengajar sekolah rendah. Banyak kerja nak diuruskan.” Hilang malunya selepas mendengar cadangan Aqil Muaz.

“Cuti sekolah bersambung dengan hari raya cina. Apa nak risaukan?”

“Kita bukan mengajar dekat perak. Johor tu jauh. Saya takut kita tak ada masa nak uruskan semua tu.” Rungut Zara lagi tanpa memperdulikan empat pasang mata yang sedang memerhatikan mereka berdua.

“Awak janganlah risau. Kita buat sama-sama. Insyaallah..!” Pujuk Aqil Muaz perlahan.

Zara lepas keluhan. Melihat kesungguhan Aqil Muaz, dia hilang suara untuk terus berdebat.

Sekali lagi Encik Tahir dan Puan Azizah berbalas senyum dengan Hajah Esah dan Haji Derus. Rasa bangga bila mendengar jawapan dari mulut Aqil Muaz sendiri. Diharapkan jodoh anaknya dengan pilihan kali kedua ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Memikirkan umur mereka yang semakin dimamah usia, mereka berdua harap sangat anak tunggal mereka menemui kebahagiaan sebelum mereka menutup mata.

No comments: