BAB
35
“AYAH kata lepas ni
kalau Zara masih tak ada calon menantu untuk dia, dia akan carikan untuk Zara.”
“Apa ni mak? Mana boleh macam tu.!” Terkejut Zara
dengan kata-kata Puan Azizah sebentar tadi.
Zara sudah mula tak senang duduk. Panggilan yang
diterima tadi dari kampung pada mulanya buat dia berdebar-debar. Sangkanya ada
sesuatu yang terjadi di kampung kerana tak biasa-biasa emaknya menelefonnya
pada waktu siang. Namun bila mendengar suara bersahaja Puan Azizah bertanya
khabar, dia lega. Namun kelegaannya tidak bertahan lama. Berita yang
disampaikan oleh Puan Azizah itu dirasakan bukan saja berdebar-debar, malah
nafasnya seakan berhenti. Tak sanggung hidup dengan orang yang bukan dicintai.
“Mak pun dah malas nak tunggu lama-lama. Zara kena
ingat. Mak bukan ada anak lain selain Zara. Kami pun teringin jugak nak tengok
Zara kawin dan ada keluarga. Buatnya lepas bercakap ni, umur mak dengan ayah
tak panjang, Zara jangan menyesal sebab tak tunaikan permintaan mak dengan ayah
ni. Mati kempunan mak tau!”
“Aduh..mak aku ni kalau fasal mengugut memang nombor
satu.” Zara sudah tak senang hati. Kata-kata Puan Azizah
benar-benar merentap perasaannya. Tak boleh bayangkan jika benar-benar terjadi.
“Bagi Zara masa boleh tak mak?”
“Mak bagi tempoh sampai hujung bulan ni saja. Lepas
dari waktu tu kalau takde jugak, ayah
akan uruskan. Dia dah ada calon yang sesuai dengan Zara.”
Zara cuba menghitung dalam diam. Membulat matanya
setelah sedar masa yang diberikan cuma dua minggu saja.
“Cepatnya! Bagilah tempoh sebulan ke..setahun ke..!”
“Dua minggu tu pun dah kira lama.”
Zara sudah malas mahu berdebat. Takut kalau emaknya
berkecil hati. Rajuk emak dan ayahnya tentang peristiwa di kampung enam bulan
lalu pun masih belum diubati.
“Siapa mak?” Zara bertanya dengan nada malas.
“Adalah..!”
“Mak jangan main-main. Badan Zara, Zara yang kena
kawin. Bukan mak atau ayah.”
“Dah-dah! Jangan banyak cakap. Sampai hujung bulan
ni kalau tak ada jugak, ayah suruh Zara balik kampung. Minggu depan start cuti sekolahkan?”
“Balik buat apa? Zara masih ada kerja sikit dekat
sini masa cuti sekolah..” Baru dia teringat cuti penggal akhir akan bermula
minggu hadapan. Dan sudah tentulah banyak urusan yang perlu diselesaikan
sebelum cuti bermula.
“Buat apa lagi? Kawinlah..!”
“Apa dia mak? Kawin??? Zara tak mahu mak! Zara tak
mahu kawin.! Lagipun mana boleh macam tu mak! Kasilah Zara kenal-kenal dulu
dengan dia. Sekurang-kurangnya bertunang setahun. Lepas tu barulah nak fikirkan
fasal kawin.”
“Jangan nak membantah! Ada orang nak, kamu jual
mahal.”
“Bila orang jual mahal?” Tanya Zara tidak puas hati.
“Aqil Muaz tu? Selama ni dia asyik memujuk kamu, ada
kamu peduli? Mak dah malas nak ikut kehendak kamu. Ayah pun dah lama bersabar.
Abang dia pun dah kawin. Apa yang kamu susah hati sangat? Terima sajalah dia.
Dia bukan orang jahat. Tindakannya tu bersebab.!” Tengking Puan Azizah geram. Sakit
hatinya masih dirasa dengan kejadian enam bulan lalu ketika Aqil Muaz datang
bersama dengan Hajah Esah dan Haji Derus. Tebal mukanya dengan tindakan luar
jangkaan anak daranya. Selama ini dia dan suami puas bersabar. Dengan masa yang
cepat berlalu, mereka tidak sedar umur Zara sudah menjangkau dua puluh lapan
tahun. Dan kerana itu jugalah, dia dan suami akan segera ambil tindakan keras
Zara terdiam. Pantas pipinya disapa dengan telapak
tangannya menyapu air mata yang mula mengalir. Terasa sangat hatinya bila
dimarahi hanya kerana tidak menerima maaf Aqil Muaz. Setahun berlalu selepas
Adib Mirza dan Madiha selamat mendirikan rumahtangga, dia masih belum boleh
terima Aqil Muaz dan dalam masa yang sama dia tidak pula cuba beri peluang pada
mana-mana lelaki untuk bertahta dalam hatinya keranan dia masih sayangkan Aqil
Muaz.
Enam bulan lalu dia rimas bila buat pertama kali
Aqil Muaz datang menemuinya di kampung ketika cuti penggal ke dua. Dan buat
pertama kali jugalah mereka berdebat depan Puan Azizah dan Encik Tahir serta
Hajah Esah dan Haji Tahir. Kerana keadaan semakin parah, terpaksalah Hajah Esah
dan Haji Derus masuk campur. Dan yang paling dia sendiri tak sangka ialah
tindakan luar kawalannya. Memang memalukan. Dan sejak itu, dia sering
dipersalahkan dan sering dipinggirkan oleh orang tuanya.
“Apa tujuan awak datang sini.? Kalau setakat nak
buat janji-janji palsu macam dulu, baik tak payah. Buang masa awak je datang
sini. Awak baliklah!”
“Please
Zara, dengar dulu cakap saya.” Pinta Aqil Muaz sambil berdiri di hadapan Zara
bersaksikan empat pasang mata. Walaupun malu pertontonkan drama mereka depan
empat pasang mata tua itu, dia terpaksa demi menyatakan kejujuran dan
keikhlasannya. Lagi pula dirasakan situasi itu patut ada saksi untuk mengelak fitnah.
“Awak nak cakap apa? Awak nak kata yang awak
sayangkan saya? Rindukan saya? Zara! I
love you so so so much. And then
nak ajak saya kembali pada awak macam dulu? Macam tu? Balik rumah, awak tayang
rupa awak yang hipokrit tu puas-puas. Nilai sendiri, awak patut atau tidak
bersama saya.” Herdik Zara geram sambil menundingkan jari telunjuknya ke wajah
Aqil Muaz.
“Memang saya sayangkan awak. Memang saya rindukan
awak. Dalam hati saya cuma ada awak, Zara.”
Zara ketawa mengejek. “Oh..pleaselah Encik Aqil Muaz Dato Azam Muiz! Dah berbulu urat perut saya
dengar ucapan awak tu. Dulu pun sampai saya tak tahu nak kira berapa banyak
kali awak sebut ungkapan tu. Hey!
Kalau tak tahu maksud ungkapan tu, baik jangan sebut. Rugi air liur saja.
Telinga orang pun tak sakit!”
“Tolong percayakan saya! Please..!” Aqil Muaz cuba bersabar dengan sindiran tajam Zara.
“Huh! Awak
ingat saya ni apa? Lembu? Cucuk hidung, lepas tu tarik. Ikut saja mana ditarik
dan dibawa. Letak tempat panas, berpanaslah saya. Letak tempat hujan, basahlah
saya. Awak ingat saya bodoh.! Senang-senang awak nak saya dengar cakap awak. Sekali hati saya terluka
kerana tindakan awak yang bodoh tu, mungkin saya tabahkan hati dengan maafkan
awak biarpun kemaafan tu tak lahir dari mulut saya tapi dari hati saya yang
luka. Tapi bila luka saya awak toreh untuk kali ke dua, kata maaf yang saya
anggap sebagai satu penawar pada kesakitan saya, sudah tak ada maknanya lagi.
Nak tahu kenapa? Sebab nilai kepercayaan sudah tidak ada lagi dalam diri saya
untuk awak.” Sinis sekali kata-kata yang lahir dari bibirnya. Apa yang
diharapkan ketika itu, ialah Aqil Muaz faham apa yang dipendamkan selama ini.
“Awak dah salah faham. Biar saya jelaskan dulu.”
“Sudahlah..!”
“Zara! Dengar dulu cakap Qil tu.” Pujuk Puan Azizah.
Faham sangat dengan sikap anaknya yang keras kepala dan susah mahu dengar
pendapat orang lain.
“Betul tu. Dari tadi ayah asyik dengar kamu je yang
bercakap. Bagilah peluang dekat dia nak bercakap pulak. Kalau kamu saja yang
bercakap, bila nak tahu kebenaran sebab punca dari dia, biar dia yang
jelaskan.” Sampuk Encik Tahir pula.
“Nak jelaskan apa lagi? Terang-terang telinga Zara
dengar sendiri, dia kata yang dia tak pernah ada hati pada Zara. Niat dia dekat
dengan Zara semata-mata mahu serahkan Zara pada orang lain. Nasib baiklah Adib
tu tak ada otak lembu macam dia ni. Kalau tak, dah tentu Zara sekarang dah
bergelar isteri jutawan Adib Mirza. Dia ingat Zara ni apa? Mata duitan? Gila
harta, pangkat? Senang-senang nak pasing
pada orang lain! Apa hak dia?” Bentak Zara kasar sambil merenung tepat ke wajah
Aqil Muaz.
Menggeleng-geleng kepala sekelian yang ada. Bukan
mereka tidak tahu sikap Zara yang sedikit kasar. Kadang-kadang kata-kata
sepontan yang keluar dari mulut Zara buat mereka menahan tawa.
“Awak silap Zara! Saya sayangkan...”
Pang!!! Terlepas tamparan kuat di pipi Aqil Muaz.
Tercengang mata dan mulut orang tua Zara. Hajah Esah yang terkejut teus
menekupkan mulut. Tak disangka Zara boleh bertindak begitu.
“Sekali lagi awak sebut ungkapan tu pada saya,
memang bersemburlah gigi kacip awak. Awak jangan main-main dengan saya.”
Kembang kempis dadanya menahan marah. Tangannya bergetar seketika selepas
menghadiahkan tamparan kuat ke pipi Aqil Muaz. Darah pekat yang mengalir dari
bibir Aqil Muaz tidak dihiraukan lagi walaupun rasa simpati mula wujud ketika
itu.
“Ya Allah, Zara! Apa kamu buat ni? Ini ke tujuan
kamu masuk kelab tinju tu? Nak belasah anak orang?” Jerkah Encik Tahir geram.
Cepat-cepat tuala yang bersangkut di bahunya digunakan untuk mengesat darah di
bibir Aqil Muaz.
“Sudahlah tu Zara. Aqil datang sini nak minta maaf.
Nak jelaskan kedudukan sebenar. Tapi kalau kamu tak mahu dengar jugak, mak aji
dengan abah aji tak boleh buat apa-apa. Biarlah kami balik dulu.” Sayu
kedengaran suara Hajah Esah. Hatinya sedikit terluka dengan tindakan Zara.
Melihat Aqil Muaz yang hanya seperti patung cendana, jiwanya semakin sebak.
“Sabarlah Zara. Setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya.” Pujuk Haji Derus pula lalu bangun dan mula bersalam dengan
Encik Tahir. Manakala Hajah Esah bergerak mendapatkan Puan Azizah.
“Saya minta maaflah atas apa yang anak saya buat.”
“Tak apalah Zah! Kak Esah faham. Mungkin dah takdir
mereka bukan berjodoh.”
“Aqil tak peduli mak. Aqil tetap nakkan Zara.”
Suara tegas Aqil Muaz menikam ke pendengaran semua
yang ada. Yang paling buat terkejut sudah tentu diri Zara sendiri. Pantas
kepalanya berpaling memandang tajam ke wajah degil Aqil Muaz.
“Awak ni memang jenis tak faham bahasakan? Kalau dah
orang kata tak mahu tu, maknanya orang tak mahulah..! Sekarang awak pergi. Saya
tak mahu tengok lagi muka awak. Pergi!!” Tubuh Aqil Muaz yang masih berdiri
terpacak di hadapannya ditolak-tolak kasar.
“Sudah Zara, sudah! Kamu dah melampau. Orang tu
datang cara baik, tapi kamu berperangai macam ni. Tak malu!?” Jerkah Encik
Tahir.
Dengan rasa dendam terbuku di dada, Zara melangkah
laju ke arah biliknya. Sakit hatinya bila orang yang melukakankannya mendapat pembelaan
dari ayahnya sendiri.
No comments:
Post a Comment