BAB
15
ADIB
MIRZA sabar
menanti kehadiran Zara. Selepas menghubungi Zara dari tempat kerjanya tadi,
debaran di dada masih tidak boleh berhenti. Pada mulanya Zara menolak mahu
berjumpa dengan alasan kerja sekolah masih belum selesai. Tapi setelah didesak
akhirnya Zara mengalah.
Zara pantas bergerak kearah Adib Mirza. Kalau boleh
dia tidak mahu berlama di situ memandangkan masih banyak kerja sekolah yang
hendak diselesaikan. Bila Adib Mirza memberi alasan ada kaitan hidup dan mati,
dia terpaksa terima. Sebab lain pula ialah dia tidak mahu terserempak lagi
dengan Aliyana. Mengingatkan pandangan sinis dan jelingan tajam yang gadis itu
lemparkan padanya kelmrin, hatinya jadi cuak. Kalau boleh istilah merempas
tidak mahu menjadi gelaran dalam hidupnya. Cukuplah orang lain berjaya merampas
haknya, untuk dia merampas hak orang, rasanya itu bukan berada dalam kamus
hidupnya.
“Apa yang penting sangat ni? Awak ni sengaja nak
mendera saya tau! Ha! Sekarang cakap cepat. Kerja sekolah saya banyak
lagi yang tak seatle. Pukul dua belas
nanti saya dah nak ke sekolah.” Bebel Zara laju selepas melabuhkan punggungnya
berhadapan dengan Adib Mirza yang tersenyum-senyum.
“Cuba bawa bertenang. Termengah-mengah saya tengok
awak bercakap. Saya pulak yang rasa lelah. Minum air dulu.” Ujar Adib Mirza
lalu hulurkan segelas air sejuk yang dipesan tadi.
“Ahhh..! lega rasanya! Hm..sekarang awak cakap. Apa
yang penting sangat tu.” Ujar Zara selepas segelas air sejuk selamat mendarat
di landasan tekaknya.
“Sepanjang kita kenal, awak ada apa-apa rasa tak
pada saya.?”
“Wah! Soalan apa ni?” Soal Zara dalam hati. Zara
sudah mula tak senang. Melihat renungan mata Adib Mirza, dia sudah mula syak
sesuatu. Sebenarnya selepas pertemuan dengan Aliyana sebulan yang lepas, Zara
sudah tidak senang hati dengan panggilan yang diterima dari Adib Mirza.
“Ermm..rasa apa ek?” Tanya Zara gugup sambil
tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kening halusnya diangkat tinggi pinta
penjelasan.
“Saya minta maaf jika saya tak pandai berkata-kata.
Sebelum ni pun saya tak pernah melayan perempuan. Tapi bila pertama kali saya
kenal dengan awak, saya dapat rasa saya dah mula sukakan awak.”
Zara mengeluh lemah dalam diam. Mendengar penuh
khusyuk setiap bait kata yang keluar dari mulut Adib Mirza buat dia sedar
segala anggapannya tadi benar belaka. Tiba-tiba dia rasa mengantuk. Bercakap
mengenai perasaan memang buat dia rasa macm nak tidur. Masa pun dia rasa
bergerak amat perlahan. Lainlah kalau bercakap dengan Aqil Muaz..
“Saya tahu awak tak boleh lupakan bekas tunang awak.
Tapi saya tak kisah asalkan awak sudi jadi teman hidup saya.”
“Encik Adib! Saya rasa awak dah salah anggap
hubungan kawan yang terjalin antara kita selama ni. Saya faham apa yang awak
nak sampaikan. Awak tak perlu gunakan bahasa bunga-bunga untuk sampaikan hajat awak tu kerana saya memang faham maksud awak.”
“Maknaya awak sudi terima saya.?”
“Jangan cepat membuat penilaian pada orang yang awak
baru kenal. Saya cakap macam ni bukan bererti saya tak percayakan awak. Tapi
awak tak rasa pelik ke sebab dengan mudah awak luahkan semua ni pada saya?”
“Kan lebih mudah macam ni. Itu bermakna saya yakin
pada awak dan saya dapat rasa cinta padang pertama adalah segala-galanya.”
“Awak masih boleh buat banyak pilihan. Kan banyak
lagi yang boleh awak pandang. Kenapa saya?”
“Sebab saya yakin dengan awak. Sebelum ni saya sukar
nak terima perempuan sebagai kawan saya. Hidup saya cuma adik dan mama saya
saja. Tapi sejak kenal awak, saya rasa hidup saya sudah lengkap.”
“Awak terlalu bercita-cita tinggi. Saya takut bila
sampai satu tahap, awak akan jatuh. Dan pada ketika itu saya takut awak tak
mampu lagi nak bangun.”
“Sebab tu saya perlukan awak, Zara!”
“Saya tak layak. Awak pilihlah orang lain.”
“Adakah kerana orang yang awak masih tunggu tu? Atau
tunang awak yang memang tak akan kembali pada awak?”
“Dia tiada kena mengena dalam hal ni. Lagi satu,
bekas tunang saya adalah sejarah saya. Awak tak ada hak nak ungkit kisah hidup
saya.” Jawab Zara sedikit berang.
“Awak cintakan dia?”
“Awak tak perlu tahu.”
Adib Mirza mengeluh lemah. Wajah Zara dipandang
tajam.
“Saya minta satu peluang. Izinkan saya memiliki hati
awak.”
“Saya tak yakin boleh bahagiakan awak kerana hati
saya pada orang lain.”
“Apa guna awak menanti pada yang tak pasti. Awak
sendiri seperti penat menanti, kenapa harus siksa diri?”
“Sudahlah awak! Saya penat fikir hal ni. Cukuplah
penderitaan yang saya dah tanggung selama ni. Tolong jangan beratkan fikiran
saya lagi.”
“Tapi saya cintakan awak Zara. Saya sukakan awak.”
“Mudah sungguh awak ucapkan ucapan tu sedangkan baru
tiga kali kita jumpa.”
“Awak percaya istilah cinta pandang pertama?”
“Saya percaya dan kerana istilah itulah saya kecewa
dan merana.”
“Awak tak sukakan saya?”
“Saya tak pernah tak suka pada kawan-kawan saya
termasuk awak. Saya hargai perasaan awak. Tapi terus terang saya cakap, saya tak
boleh terima awak.” Ujar Zara lantas terus bangun mahu berlalu dari situ.
“Fikirkan dulu.” Rayu Adib Mirza sambil bangun
hingga langkah Zara terhenti seketika.
“Kalau awak dah jumpa dengan orang yang awak sayang,
awak nak terima tak orang lain?”
“Saya akan cuba beri peluang pada yang benar-benar ikhlas.”
“Baiknya awak! Tapi saya tak kuat untuk buat macam
tu. Kalau saya teruskan dengan cara awak, itu hipokrit namanya. Awak sanggup
terima andainya saya jadi milik awak tapi hati saya pada orang lain.?”
“Tapi jika orang yang awak tunggu tu masih membisu,
tak salah kalau awak beri peluang pada yang benar-benar mengharap.”
Zara terdiam mendengar hujah Adib Mirza. Akhirnya
dengan terpaksa, diayunkan kakinya melangkah ke arah kereta yang dipakir tepi
jalan. Semakin lama di situ dia takut akan cair dengan pujuk rayu Adib Mirza.
Melihat kesungguhan Adib Mirza buat dia terbayangkan kesungguhan Fairuz Imsyar
dulu.
“AGHH..!”
Zara merengus kasar sambil menghentak-hentakkan tangannya yang masih sakit ke
stereng kereta. Rasa menyesal sangat sebab terima ajakan Adib Mirza untuk
berjumpa. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasa ketika itu. Menyesal kerana
mengenali Adib Mirza? Rasanya dia tak patut rasa menyesal kerana tanpa lelaki
itu, dia sendiri tidak pasti nasibnya malam itu. Marah pada Adib Mirza? Lagilah
dia rasa tidak patut kerana setiap orang berhak untuk berkata dan meluahkan
rasa hati. Rasa sedih? Itu sudah pasti kerana bila terjadi peristiwa tadi
secara automatic, hubungannya dengan Adib Mirza sudah pasti menjadi renggang
dan janggal sedangkan dia selesa berkawan dengan semua orang.
Zara termenung lagi di dalam kereta. Merenung Adib
Mirza dari dalam keretanya, buat dia rasa serba salah pada lelaki itu.
Seandainya dia cuba menerima hati lelaki itu, bagaimana dengan hatinya pula?
Mampukah dia menjalani hari-harinya bersama dengan orang yang bukan sepatutnya
berada dalam hatinya?
Fikirannya terbias pada Aqil Muaz. Yang pasti
hatinya ketika itu rasa menyesal kerana mengenali Aqil Muaz. Menyesal kerana
dengan mudah jatuh hati pada lelaki itu. Dia juga turut merasa marah. Marah
kerana hingga kini Aqil Muaz langsung tidak menyatakan perasaan sebenar walaupun
dia sendiri dapat merasa bahasa tubuh yang Aqil Muaz persembahkan setiap kali
mereka berdua.
No comments:
Post a Comment