BAB
13
ADIB
MIRZA tersenyum-senyum sendiri ketika berjalan menuju ke
lobi pejabatnya. Dari jauh diperhatikan gadis yang amat dirindukan sedang
tercegat berdiri sambil menekan-nekan telefon bimbit ditangan. Sejak pertemuan
pertama, hatinya bagai dicuit-cuit untuk mengenali hati gadis itu dengan lebih
dekat. Namun kerana rasa malu, disabarkan hati dan berdoa agar dipertemukan
sekali lagi dengan Zara.
Pagi ini dirasa tuhan sengaja mengatur hari indahnya
selepas dua minggu menanti. Berakhir jua rindunya setelah orang yang ditunggu benar-benar munculkan
diri dan kini berdiri dihadapannya. Jantungnya bagai rasa nak tersembul keluar
bila Zara tersenyum lebar setelah sedar kehadirannya di situ. Patutlah sejak
dari rumah tadi, dia bersemangat mahu ke tempat kerja.
“Lega hati saya dapat jumpa awak. Ingatkan tak
sempat tadi. Banyak kali saya call phone awak.
Tapi awak tak jawab pun. Saya try call
office awak, tapi setiausaha awak kata awak tak sampai lagi. Sebab tu saya
tunggu dekat sini.” Jelas Zara selepas lepaskan keluhan lega.
“Kenapa tak tunggu dekat office saya.”
“Malu..!” Ujar Zara manja seakan berbisik sambil
tersenyum. .
Adib Mirza mengetap bibir menahan tawa melihat
gelagat Zara. Tak tahu apa yang dirasa ketika itu. Diikutkan hati mahu saja dia
memeluk gadis itu melepas rasa rindu.
“Apa yang penting sangat nak jumpa saya dekat sini?
Ha..saya tahu. Awak rindukan saya ek?” Tanya Adib Mirza sambil berseloroh.
“Haah! Rindu sangat-sangat dekat awak. Perasan!”
Gerutu Zara geram sambil menjeling.
Tersengeh-sengeh Adib Mirza melihat Zara bercakap
sambil bercekak pinggang.
“Sebenarnya apa hal?” Adib Mirza cuba kembali pada
perkara asal kedatangan Zara.
“Fasal tayar kereta awak tu lah..!”
“Kenapa dengan tayar kereta tu? Pancit pulak?” Tanya
Adib Mirza hairan. Rasanya tayar tu baru saja dibeli.
“Saya nak bagi balik. Sekarang ada dalam bonet
kereta saya.”
“Fasal tayar kereta tu awak sanggup berdiri lama
dekat sini?” Tanya Adib Mirza sambil geleng kepala.
“Yelah! Awak tukan sentiasa sibuk. Nak jumpa awak,
mesti kena buat epoiment dulu. Hal ni
pula bukan ada kena mengena dengan kerja awak. Jadi kalau saya buat epoiment dengan awak, buat rugi dakwat
pen setiausaha awak menulis je. Baik saya terus datang sini.” Jelas Zara.
“Kalau orang lain yang datang sebab macam ni, memang
payah saya nak jumpa. Tapi kalau awak yang datang, bila-bila masa saya free.” Ulas Adib Mirza bersahaja.
“Ye ke? Nak ke awak jumpa saya semata-mata kerana
tayar kereta tu?”
“Mestilah saya nak! Dah lama saya tunggu awak tau!
Tapi mula-mula tadi saya ingatkan..”
“Awak ingat fasal apa?” Pantas Zara bertanya sambil mengangkat
keningnya.
“Saya ingat awak rindukan saya.” Balas Adib Mirza
perlahan tanpa memandang wajah Zara.
“Boleh blah! Mak bapak saya dekat kampung nun lebih
berhak dapat kerinduan dari saya tau!.” Ujar Zara cuba berseloroh lalu ketawa
melihat Adib Mirza turut ketawa.
“Fasal tayar kereta tu, saya rasa awak ambil
sajalah. Saya hadiah kat awak. Lagipun saya tengok tayar sper awak tu dah lama.
Kalau guna pun tak boleh tahan lama.”
Zara sudah bagai terkejut beruk.
“Hah! Ye ke? Betul ni awak kasi saya? Jangan
menyesal! Mahal tayar tu.” Teruja Zara cuba mendapat kepastian sambil
tersenyum-senyum. Baginya harga sebiji tayar kereta boleh dibuat kenduri doa
selamat.
“Betul! Saya ikhlas.”
Zara tersenyum semakin lebar. Baru sedar siapa yang
berdiri di hadapannya ketika itu. Dengan pangkat yang dipegang oleh Adib Mirza
dalam sebuah syarikat besar, rasanya seratus biji tayar mercedis pun, lelaki
itu mampu beli. Membaca nama Adib Mirza
pada kad nama yang lelaki itu hulurkan pada malam itu, meyakinkan Zara, lelaki
di hadapannya itu bukan calang-calang orang.
“Dah sarapan?” Zara cuba ramah mesra. Rasanya tak
patutlah kalau dia ambil tayar kereta itu tanpa hadiahkan apa-apa pada lelaki
itu. Tambah-tambah lagi bila ingatkan jasa Adib Mirza pada malam kejadian
sebulan lepas, dia rasa segan kerana Adib Mirza tidak minta apa-apa bayaran
terhadap pertolongan yang dihulurkan.
“Kenapa? Awak nak belanja?”
“Kalau awak sudi. Lagipun pagi ni saya tak ada
apa-apa program dekat sekolah.”
“Seribu kali sudi. Mm..sekejap ek!” Ujar Adib Mirza
lantas telefon bimbit yang berada di tangannya ditekan-tekan lalu dibawa ke
telinga.
“Nurin! Batalkan epoiment
saya pagi ni. Nanti saya bagitahu tarikh
baru. Saya ada hal sikit.” Kata Adib Mirza serius.
“Jom!” Kata Adib Mirza sambil tersenyum pada Zara.
Bukan main sukanya Adib Mirza mendapat pelawaan dari
Zara. Sampai depan café pun, senyumannya masih lagi terukir. Berjalan bersaing
dengan gadis impian memang sering menjadi anganannya sejak bertemu dengan Zara walaupun tahu peluang begitu sukar didapati.
Lapang hati Zara setelah perlawaannya diterima.
Sekurang-kurangnya dia tidak rasa terhutang budi selepas menerima bantuan dari
Adib Mirza. Walaupun sedikit janggal berjalan dengan pemuda tinggi lampai itu,
Zara cuba bersikap positif setelah sedar banyak mata yang memandang.
Di café mereka berbual seperti sudah kenal sepuluh
tahun. Zara yang kaya dengan cerita-cerita lalu dan terkini tak segan bercerita
dan meluahkan segala pendapat hingga Adib Mirza yang sebelum ini tak banyak
bersuara, sudah mula terikut-ikut keramahan Zara.
“Awak tak bosan ke kerja dalam pejabat? Berdepan
pulak dengan pelangan-pelangan yang cerewet? Saya tak boleh kerja macam tu.
Saya cepat bosan.” Zara bertanyakan tentang kerja Adib Mirza.
“Dah biasa. Lagipun bukan selalu saya berdepan
dengan orang macam tu. Awak pulak tak jemu ke asyik mengadap buku dengan
anak-anak murid yang bermacam-macam kerenah?” Adib Mirza cuba kembalikan soalan
pada Zara.
“Dah biasa.” Ujar Zara meniru nada jawapan Adib
Mirza hingga Adib Mirza menjeling garam pada Zara. Zara ketawa mengekek melihat
telatah Adib Mirza.
“Walaupun tiap-tiap hari saya berhadapan dengan kerenah
budak-budak, saya masih ada peluang berehat dan
buat aktiviti luar rumah. Bukan macam awak yang seratus peratus kena
tumpukan perhatian pada kerja dua puluh empat jam. Tambah lagi awak tu orang
penting dalam syarikat. Awak pula tak kawin lagi. Saya yakin kalau awak kawin
nanti, mesti isteri dan anak-anak awak bosan.”
Tersenyum Adib Mirza mendengar bebelan Zara.
Walaupun kata-kata itu dirasa sedikit pedas, namun dia boleh terima kerana dia
akui apa yang Zara katakan.
“Habis, awak nak saya buat apa kalau tak mahu isteri dan anak-anak saya bosan? Awak ada
cadangan? Memandangkan awak sendiri tahu tanggungjawab saya sebagai ketua dalam
syarikat, perlukah saya abaikan syarikat saya semata-mata untuk anak dan isteri
saya?”
“Kenapa harus abaikan? Syarikat itu tempat awak cari
rezeki. Anak dan isteri awak juga tanggungjawab awak. Jadi awak kena pandai
bahagikan masa antara dua tanggungjawab tu.”
“Saya dah berumur tiga puluh lima tahun. Dah sebati
dalam hidup saya menjalani hidup macam ni. Masih ada peluang ke saya
perbetulkan keadaan saya sebelum saya berumahtangga?”
“Semuanya terletak dalam hati. Tepuk dada tanya
iman. Fikir sendiri apa yang perlu awak buat untuk mendapat kebahagiaan dunia
dan akhirat. Syarikat awak harta dunia, tapi isteri dan anak-anak adalah harta
awak untuk akhirat.”
Terdiam sejenak Adib Mirza mendengar hujah Zara. Dia
sendiri tidak tahu apa yang harus dibalas dengan kata-kata lantang Zara. Selama
ini dia tidak pernah fikirkan tentang keinginan untuk berkeluarga kerana
baginya, dunianya adalah syarikat yang harus dikembang-kembangkan lagi.
“Tak perlu nak pening-peningkan kepala fikirkan hal
ni. Bila tiba masanya, awak sendiri akan tergerak hati macam mana nak
selesaikan masalah ini.”
Adib Mirza tersenyum dengan ulasan Zara. Ada rasa
lapang dada selepas gadis itu berkata begitu.
“Awak pula macam mana?” Adib Mirza bertanya.
“Macam mana apa?” Zara sedikit keliru dengan soalan
Adib Mirza.
“Yelah! Maksud saya soal tanggungjawab pada keluarga
yang bakal awak bina. Awak dah bersedia?”
Zara terdiam seketika sambil cuba menyusun ayat
sebelum berbicara. Bercakap mengenai hal itu baginya sedikit berat.
“Tahun lepas saya putus tunang. Kalau ikut perancangan, cuti sekolah akhir tahun lalu saya dah kawin dengan tunang saya.” Zara berkata
tenang. Melihat wajah Adib Mirza sedikit terkejut, dia ketawa kecil dan geleng
kepala.
“Awak terkejut? Bekas cincin masih ada pada jari
saya ni.” Sambung Zara lagi sambil tunjukkan jari manis kanannya pada Adib
Mirza.
Lama Adib Mirza merenung jari manis Zara. Memang ada
kesan cincin. Dia percaya cerita Zara.
“Bertahun- tahun saya pakai cincin tunang tanpa sekali
pun saya tanggalkan. Saya setia menantinya. Bila saya dapat tahu dia kawin
dengan orang lain, maka terlucutlah cincin tu dari jari saya ni. Sejak itu saya
simpulkan hati takkan meraih lagi kasih pada mana-mana lelaki. Namun saya tewas
bila baru-baru ni saya jumpa dengan seseorang. Tapi saya sedikit kecewa sebab
dia macam tak ada perasaan pada saya. Jadi saya tak pasti sampai bila saya
harus menunggu. Takut juga jadi andartu. Umur saya sekarang pun dah nak masuk dua
puluh lima tahun.” Zara ketawa kecil selepas bercerita kisahnya.
“Awak tak cuba luahkan pada dia.?” Tanya Adib Mirza
tenang walaupun hatinya sudah terasa pedih di dada.
“Malulah! Lagipun saya ni perempuan.”
“Zaman sekarang orang dah tak pandang semua tu!”
“Saya gadis melayu. Mak ayah saya dah sematkan
ajaran tu sejak kecil lagi. Tapi zaman sekarang kalau terlebih rasa malu,
kebelakanglah jawabnya..!” Kata Zara tersengeh-sengeh.
Adib Mirza mengengguk setuju.
“Kenapa tak beri peluang pada orang lain?” Adib
Mirza cuba mencari peluang.
“Hati saya ni bila dah mula sukakan seseorang, payah
nak berubah.”
“Jadi awak akan tetap tunggu dia?”
Zara angkat bahu tanda tidak tahu. Pandangannya
jatuh kearah pinggan yang berisi roti bakar di hadapannya.
“Sebenarnya saya tak boleh lupakan bekas tunang
saya.” Balas Zara sayu. Jiwanya cepat sebak bila teringatkan Fairuz Imsyar.
“Dia dah terang-terang dah jadi milik orang lain.
Tak berbaloi awak terus tunggu dia. Baik awak cari saja yang lain.”
“Saya tahu.” Balas Zara ringkas sambil cepat jarinya
menyeka air matanya yang meluncur laju di pipi. Mengingatkan kenangannya
bersama Fairuz Imsyar, hatinya bagai dicarik-carik. Rasanya baru semalam
kejadian itu berlaku.
“Cubalah cari yang lain. Tak perlu cari jauh-jauh,
kerana yang dekat kemungkinan sedang menanti awak.” Ujar Adib Mirza yang turut
terasa sayu dengan kisah Zara.
Zara tersenyum tanpa mengetahui maksud tersirat Adib
Mirza. Berbual dengan Adib Mirza seperti sedang berhadapan dengan Aqil Muaz.
Bagi Zara ada persamaan dalam diri dua lelaki yang dikenali baru-baru ini.
Namun wajah Fairuz Imsyar masih tidak boleh lari dari mainan perasaannya.
“ADIB!
Lama saya tunggu awak dekat sini, baru sekarang nampak bayang. Awak pergi
mana?” Sergah Aliyana sambil laju melangkah kearah Adib Mirza dan Zara. Panas
hatinya melihat Adib Mirza dan Zara berjalan berduaan sambil berbual dan
bergelak ketawa.
Zara dan Adib Mirza tersentak dengan teguran kuat
Aliyana. Terkebil-kebil Adib Mirza melihat Aliyana berjalan ke arahnya.
“Saya rasa biar saya balik dulu. Lagipun saya dah
lama dekat sini.” Bisik Zara pantas kerana tidak mahu berlaku apa-apa kejadian
di situ. Melihat dari gaya Aliyana, dia dapat rasa gadis itu adalah kenalan
rapat Adib Mirza. Melihat kekalutan di wajah Adib Mirza, buat Zara rasa nak
tergelak.
“Siapa ni?” Belum sempat Zara beredar, suara Aliyana
lantang menyoal Adib Mirza.
“Ini Zara. Kawan baru saya.” Tenang Adib Mirza
menjawab. "Zara, ini Aliyana, anak kawan mama saya.” Ulas Adib Mirza pada Zara
pula.
Zara sedikit terkilan kerana huluran tangannya hanya
dipandang sepi oleh Aliyana. Lalu cepat saja tangannya ditarik semula.
“Siapa dia?” Aliyana kembali bersoal setelah dirasa
jawapan Adib Mirza tadi kurang lengkap.
“Cik Aliyana! Awak jangan salah faham. Saya dengan
Encik Adib hanya kawan. Tak lebih dari tu. Saya minta maaf kalau kehadiran saya
ni mengganggu kalian. Saya balik dulu.” Cepat-cepat Zara melangkah meninggalkan
Aliyana dan Adib Mirza. Dapat dirasa, jika lebih lama dia di situ, pasti perang
mulut berlaku. Mengenangkan dirinya yang mudah berbalas mulut, ada baiknya dia
segera beredar.
“Awak kata nak tunggu saya dekat sini!” Suara
Aliyana nyaring selepas Zara pergi.
“Bila saya cakap?”
“Semalam bukan awak yang hantar sms pada saya? Dalam
sms tu awak kata nak jumpa saya dekat sini. Dekat dua jam saya terpacak depan
ni. Rupa-rupanya awak dengan perempuan lain.” Bentak Aliyana berang.
Adib Mirza mengeluh berat. Sudah dapat diagak siapa
punya kerja yang mengatur pertemuannya dengan Aliyana. Wajah Datin Basyariah
terbias di mata.
“Saya minta maaflah. Sebenarnnya saya tak pernah
hantar apa-apa sms pada awak pun. Nombor telefon awak pun tak pernah ada dalam
simpanan saya. Saya rasa mama saya yang pandai-pandai atur rancangan.”
“Saya tak kira. Hari ni awak kena bawa saya keluar.”
“Ada akal ke tidak awak ni? Tak tahu ke sekarang
waktu kerja? Saya sibuk. Kejap lagi ada clien
yang nak saya jumpa. Awak balik sajalah!” Bohong Adib Mirza. Seawal tadi sudah dihubungi setiausahanya Nurin agar membatalkan semua temujanjinya pagi itu semata-mata mahu bersama dengan Zara.
“Oh..! dengan perempuan tu, ada masa pulak!” Bentak
Aliyana berang.
“She is my
friend. Dan mungkin akan jadi lebih dari tu.” Bisik Adib Mirza perlahan ke
telinga Aliyana lalu beredar meninggalkan Aliyana yang sedang membengkak.
ZARA
percepatkan langkah menuju kearah keretanya. Dadanya masih berdebar dengan
pertelingkahan antara Adib Mirza dan Aliyana tadi. Rasa menyesal pula kerana
datang bertemu Adib Mirza. Andainya dia tahu akan terjadi peristiwa tadi,
sumpah tak mungkin dia tunjuk muka di situ.
Melihat dari penampilan Aliyana tadi, dia sudah
dapat mengagak yang Aliyana datang dari keluarga setaraf dengan Adib Mirza.
Zara merasa kerdil sangat jika
dibandingkan dengan Aliyana. Dari pandangan sinis Aliyana tadi, dia dapat rasa
Aliyana tidak sukakan dirinya rapat dengan Adib Mirza. Jadi selepas ini dia
harus berwaspada agar tidak lagi bersua muka dengan Adib Mirza.
Zara mengeluh berat. Telefon bimbitnya dipandang
lama. Sudah tiga hari Aqil Muaz sepi tanpa berita kerana menghadiri kursus di
Sibu. Rindunya pada nak adam itu, hanya tuhan saja yang tahu. Setiap hari dia
menanti panggilan atau sms dari Aqil Muaz. Namun hingga kini, apa berita pun
belum diterima.
No comments:
Post a Comment