PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 16 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

16
NUR
Kasihmu ku pertahankan..
SUDAH hampir sebulan emak pulang ke rumah aku. Bahagia sangat! Baru kini aku dapat rasa hidup seperti ada emak. Walaupun kurang dengan kasih ayah, aku tak hairan kerana seawalnya aku memang dah biasa tanpa insan bernama ayah. Ada emak dan Maksu Idah, dah cukup buat hari-hari aku bermakna. Hilang rindu aku pada arwah Mak Da. Tapi itu bukan bererti aku lupakan Mak Da. Selamanya Mak Da tetap di hati.

Kalau dulu, aku memang tak balik makan kalau waktu rehat. Tapi sekarang, aku tak boleh kalau tak balik. Kadang-kadang Nancy turut ikut aku balik makan dekat rumah. Tapi kalau Zikri buat muka tak malu nak makan di rumah, Nancy terpaksa mengalah. Segan katanya kalau ada Zikri walaupun sebenarnya Zikri tak kisah.

Selama emak di rumah aku, baru aku tahu, emak memang pandai memasak. Betullah kata maksu, mereka memang punya hobi yang sama iaitu mencuba resepi terbaru. Berat badan aku pun aku rasa dah sedikit tambah sejak emak dan maksu ada. Zikri kata aku semakin comel. Hmm..comellah sangatkan…!

“Abang perli Nur ek?” Aku tanya sambil menjeling geram.

“Perli ke tu? Abang cuma kata Nur makin comel!” Balasnya sambil ketawa lucu.

“Nur tahulah sekarang Nur dah gemuk!” Aku berdesit sambil menjeling geram. Sebenarnya aku risau jugak kalau badan aku naik mendadak. Satu hal pulak kena shoping baju baru.

“Ye ke? Abang tengok sama je!” Ujar Zikri sambil menyembunyikan tawanya.

“Abang tipu! Nur dah gemuk sekarang nikan?” Aku tahu Zikri tak mahu aku terasa hati.

“Mana ada! Abang tengok sama je macam dulu” Ujarnya perlahan sambil perhatikan dari atas ke bawah. Segan pulak bila dia perhatkan aku begitu.

“Dahlah bang! Jangan nak cuba jaga hati Nur. Terus terang saja.”

“Abang cakap betullah! Sebenarnya Nur tak gemuk tapi sedikit berisi. Sebab tu abang kata Nur comel.”

“Kalau gemuk, abang nak dekat Nur lagi tak?” Dengan tak malu aku tanya soalan tu pada Zikri. Manalah tahu kalau-kalau dia dah tak mahu pandang aku kalau aku betul-betul dah gemuk.

“Mestilah abang nak. Jimat duit abang tak payah beli bantal dan tilam.” Ujarnya lagi lalu ketawa mengekek-ngekek.

“Abang sengaja nak kenakan Nurkan?” Gerutuku lalu menghadiahkan ketam batu aku pada bahunya. Makin galak tawanya. Bila dia tengok aku dah muncung semacam, Zikri kembali serius.

“Nur! Gemuk ke kurus ke, bagi abang Nur adalah orang yang sama sejak dua puluh empat tahun dulu. Bila abang dah mula terima Nur, maknanya selamanya abang terima seadanya. Apa jua kekurangan yang ada pada dalam diri Nur, abang terima dengan sebulat hati. Abang harap Nur pun sama macam abang. Terima abang seadanya. Sebenarnya abang yang takut selama ni kalau Nur tak dapat terima kekurangan dalam diri abang.”

Aku tersentak. Apa maksud kekurangan yang dia maksudkan tadi? Selama ni aku tak nampak apa-apa kekurangan dalam dirinya. Bagi aku Zikri cukup sempurna. Kalau tak, masakan aku boleh terpikat pada dia sejak pertama kali aku jumpa dia sewaktu aku melawat emak di hospital sekembalinya aku dari Jepun dulu. Kalau masalah dalaman itu aku tak tahulah pulak!

“Apa maksud abang? Selama ni Nur tak Nampak pun kekurangan abang.”

“Cuba Nur bandingkan abang dengan Nur. Macam enggang dengan pipit. Kat luar sana pasti ramai yang terkejar-kejarkan Nur.”

“Kenapa abang cakap macam ni? Abang tak yakin dengan Nur ek?”

“Nur cantik. Ada kerjaya, ada kelulusan, bijak, baik, sopan dan dah tentu ramai yang nakkan Nur. Kadang-kadang abang rasa sedikit tercabar bila keluar dengan Nur. Ramai yang asyik memandang. Macamlah Nur jalan sorang.!”

Tergelak kuat aku bila dengar Zikri cakap macam tu. Hm..tak habis-habis dengan cemburunya tu. Kalaulah dia tahu apa yang aku rasa tiap kali keluar dengan dia, pasti dia ketawakan aku balik. Hai..hati. Layan jelah…!

“Kalau Nur gemuk macam Syanie tu, abang nak jugak ke?”

“Kalau dah jodoh, tak kemana. Abang terima. Manalah tau, entah-entah hidup dengan Nur a.k.a Syanie lebih memberi makna dalam hidup abang!”

“Yelah tu! Belum dapat. Dah dapat macam manalah agaknya? Entah-entah, baru seminggu kawin dah cuba cari yang lain.”

Zikri ketawa berdekah lihat aku dah muncung berjela. Biar dia tahu, aku pun boleh tunjuk rupa orang was-was. Dia tak kenal lagi aku siapa. Cemburu aku kalah dia.

“Nur rasa-rasa abang ni macam mana? Seorang yang setia atau tidak?” Zikri tanya sambil terenyum. Aku tersenyum sebelum menjawab.

“Setakat yang Nur kenal abang, Nur tahu abang setia. Kalau tak, macam mana boleh sanggup tunggu Nur selama dua puluh empat tahun?”

“Alhamdulillah..! Tolong yakin dengan abang yang setia abang ni hanya pada Nur hingga akhir hayat abang. Insyaallah hingga sampai sana nanti.” Ujar Zikri sambil terangguk-angguk.

Syahdunya aku rasa. Makin membuak-buak sayang aku pada dia. Aku pun harap macam tu kerana dalam hati aku sekarang ni hanya dia yang bertahta untuk aku jadikan pemimpin pada aku dan anak-anak aku nanti.

“Abang takkan tinggalkan Nurkan?”

“Insyaallah! Abang yakin bahagia abang hanya dengan Nur.”

“Ditakdirkan Nur pergi dulu, abang nak cari lain tak?” Ha..soalan ni aku kena tanya. Manalah tahu entah-entah dia dah pasang niat sebelum aku tutup mata. Aku tak mahu share dengan siapa-siapa dekat sana nanti.

“Soalan apa ni? Abang tak suka soalan tu. Cari soalan lain!” Bentak Zikri geram. Aku senyum dalam hati. Niat di hati hanya sekadar mahu menduga.

“Nur cuma nak tahu!” Aku jawab perlahan.

“Nur rasa?”

“Tak tahu nak rasa sebab belum alaminya.”

“Bagus! Kalau macam tu ada baiknya jangan fikir lagi hal tu. Sekarang kita fikirkan yang bahagia saja. Tapi terus terang abang cakap, abang takkan menduakan Nur. Abang tak berani nak janji tapi abang yakin dengan hati abang. Hanya Nur dalam hati abang.”

Aku terharu. Rasa macam nak ajak dia kawin hari tu jugak.

“Kalau Nur pulak macam mana?”

“Emm..!”

“Ha..!Jangan nak menggatal cari lain. Kalau abang pergi dulu, Nur kena setia jugak dengan abang. Penat tau abang tunggu dekat sana.”

Terkekeh-kekeh aku ketawa.

“Kalau Nur nak kawin jugak?”

“Abang bangkit jadi hantu sebelum hari Nur kawin. Cekik Nur. Padan muka! Biar sama-sama tak dapat.”
Melopong mata dan mulut aku dengar Zikri beremosi. Bila aku ketawa dia tarik hidung aku kuat-kuat.  Katun betul!.


BANGUN pagi aku lihat emak sedang termenung di halaman. Kelibat maksu tidak kelihatan tika itu. Mungkin maksu dalam bilik kot. Hari cuti macam nilah maksu nak berehat lama sikit. Kasihan maksu. Sejak tinggal dengan aku, dia seperti pembantu rumah pulak. Aku hanya suruh dia temankan emak tapi hampir semua kerja rumah dia buat sendiri. Walaupun aku membantah, dia tetap berdegil. Katanya adatlah duduk menumpang. Aku kecik hati sangat mula-mula dia cakap macam tu. Tapi bila dua kata dia cuma bergurau, aku lega. Sememangnya aku tak suka dia anggap dirinya menumpang dalam rumah aku.

“Jauhnya mak! Ingat siapa tu?” Tegur ku pada emak yang sedang melayan perasaan. Bila emak berpaling dan tersenyum, aku angkat kening sambil senyum lebar. Tenang dan bahagia sangat tengok mak senyum macam tu. Rasa hilang semua masalah.

“Zikri tak datang hari ni?” Mak mula bertanya. Sejak emak duduk dengan aku, mak dah tak ke hospital lagi kerana Zikri selalu datang rumah.

“Tak taulah mak. Dia tak call Nur pun lagi hari ni. Kenapa mak? Mak nak jumpa dia ke?” Aku hairan. Selama ni mak tak pernah tanyakan tentang Zikri walaupun emak tahu Zikri istimewa dalam hati aku.

“Bila keluarga Zikri nak datang? Hari tu Zikri ada cakap nak hantar rombongan.”

Oh..fasal tu..!

“Nantilah dulu mak! Mak pun baru sangat duduk dengan Nur. Kalau Nur kawin cepat, nanti Nur tak dapat manja-manja lagi dengan mak.”

“Dah kawin pun nak manja-manja dengan mak jugak ke?”

“Mestilah! Nurkan anak mak.!”

“Ida, Ana dan Iman pun anak mak! Dia orang pun nak manja-manja dengan mak jugak!”

Aku tersentak. Wajah emak aku pandang tepat. Cemburu mula terbit dalam diri. Namun aku cuba halau rasa negetif tu.

“Mak teringin nak jumpa Ana dan Ida.” Ujar emak perlahan tanpa pandang muka aku.

“Abang Iman?” Aku cuba menduga.

“Nantilah! Abang Iman tu, bila-bila nanti, mak pergi jumpa dia.” Jawab emak sambil tersenyum hambar.
Aku sebak. Ada kelainan dalam susun ayat mak tu. Sebelum ni mak ada juga sebut mengenai anak-anaknya. Tapi hari ni agak berlainan bila memperkatakan tentang abang Iman. Sedang asyik melayan perasaan mak, bunyi kereta dari luar mengejutkan aku dan emak.

“Panjang umur! Baru saja sebut-sebut nama dia” Bisik emak sambil tersenyum lebar.

Aku senang dengan penerimaan emak terhadap Zikri. Emak kata Zikri dah macam anak dia. Minggu lepas aku bawa emak dan maksu jalan-jalan ke rumah Zikri. Alhamdulillah mak ingat pada Dokter Aziyan. Ramah emak berbual dengan umi Zikri.

“Emak sihat?” Tegur Zikri pada emak sambil bersalam dengan emak sejurus selepas masuk ke perkarangan rumah.

“Alhamdulillah! Mak ingat Zikri tak datang hari ni.”

“Kena datang mak! Kalau tak nanti saya tak tidur malam. Tak tengok orang, dapat tengok bucu dapur dia pun jadilah!” Mengekek-ngekek Zikri dan emak ketawa bila melihat aku sedekahkan jelingan tajam. Cett! Mengalahkan orang gila talak pulak! Usik akulah tu!

Selepas Zikri memeriksa tekanan darah emak, dan memastikan emak dalam keadaan baik, aku mula hidangkan air untuknya. Begitulah tiap kali Zikri datang. Dia dah macam dokter peribadi emak pulak. Aku pulak naik segan. Tambah-tambah lagi dia tak kenakan sebarang bayaran. Dalam hati untung jugak dapat boyfriend  berstatus dokter.

“Bila keluarga Zikri nak datang bawa hajad?”

Hampir terlepas teko air yang aku pegang ketika mahu menuang air kopi untuk Zikri. Wajah Zikri yang tersenyum lebar, aku pandang sekilas. Tak sanggup aku nak pandang lama-lama kerana muka aku dah rasa tebal semacam.

“Mak! Kenapa mak tanya macam tu? Malu Nur!”

“Apa salahnya? Tunggu lama-lama pun tak elok jugak. Mak teringin nak tengok Nur kawin. Mak pun dah tua. Buatnya umur mak tak panjang, mati kempunan mak nanti.”

“Apa mak ni! Cakap-cakap macam ni, Nur tak sukalah!”

“Nak tengok Kak Ida dan Kak Ana kawin, mak rasa dah tak ada peluang, Mesti dia orang dah kawin sekarang. Hanya Nurlah yang mak harapkan sekarang. Nur kawin ye! Mak takut tak sempat.” Lemah saja suara emak mengharap.

“Mak! Saya memang nak cepat. Tapi Nur yang mintak tangguh dulu. Saya tak kisah. Saya faham sebab dia masih nak bermanja-manja lagi dengan mak.” Zikri cuba berseloroh kerana aku perasan dia juga tersentak dengan apa yang mak cakapkan tadi. Perubahan pada wajah aku lagilah buat dia tak senang hati.

“Alah..! Dah kawin pun boleh lagi manja-manja dengan mak. Semalam mak mimpikan abang Iman. Kesian dia. Lapar susu kot! Muka pun comot. Pakaian tak berganti. Bila mak susukan dia sampai kenyang, terus lena sambil tersenyum.”

Aku dah mula sebak. Kerana tak tahan aku terus melangkah ke dapur. Hati aku mula tak senang.

“Sebenarnya dah banyak kali mak Nur cerita pada maksu dia mimpikan Iman. Maksu serba salah sebenarnya. Nak cerita hal sebenar, takut dia terkejut.” Suara maksu kedengaran balik dapur. Aku yakin maksu dengar apa yang mak ucapkan tadi.

“Maksu dah cerita ke?” Aku tanya namun Maksu Idah hanya menggeleng lemah.

“Mak macam dah tahu je fasal abang Iman.” Sambungku lagi.

“Firasat seorang ibu, Nur! Hanya seorang ibu yang merindukan anaknya saja yang dapat merasa perasaan tu.”

Aku angguk kepala faham maksud Maksu Idah.

“Tapi Nur pun kan anak mak! Kenapa mak tak rasa perasaan tu dekat Nur?”

“Sebab Nur dah ada depan mata. Dia bahagia sekarang bila ada sama dengan Nur. Tapi perpisahan dia dengan abang Iman berlaku pada ketika dia sedih dan tak rela berpisah. Nur kena faham keadaan Nur dan abang Iman masa tu. Lebih memeritkan abang Iman dah tak ada sekarang. Maksu yakin mak Nur tahu tentang abang Iman.”

Aku angguk kepala tanda cuba faham keadaan emak. Mungkin aku patut redha andai sudah tertulis kasih emak hanya pada anak-anaknya yang pernah dia jaga. Yelah..! aku faham. Selama ni pun dia tak pernah jaga aku. Tak mustahil kalau dia hanya merindukan kakak dan abang aku saja. Aku sedikit terkilan. Aku cuba pujuk hati aku. Aku tak mahu ada rasa tak puas hati pada diri emak kerana selepas ini mak akan selama-lamanya dengan aku. Aku yakin mak hanya dekat dengan aku saja.

“Sabarlah Nur! Maksu faham apa yang Nur fikirkan sekarang. Cuba faham keadaan emak Nur tu. Sepatutnya kita patut bersyukur kerana dia dah sihat. Apa-apa pun yang dia fikirkan lepas ni, kita ikut saja. Mungkin dengan cara ni hidup dia lebih bermakna.”

Pujukan maksu tu walaupun susah aku nak terima, aku kena terima jugak. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh maksu tadi. Selama ni pun aku dah nekad untuk bahagiakan mak walaupun dengan apa jua cara sekali pun. Aku terima jika hati aku terluka.

Aku melangkah semula ke ruang tamu setelah yakin sebak aku hilang. Wajah Zikri yang tersenyum buat aku lapang walaupun sikit-sikit rasa terkilan masih ada dengan apa yang dikatakan oleh maksu tadi.

“Mak mana?” Aku tanya setelah melihat hanya Zikri yang ada di situ.

“Masuk bilik. Tidur kot! Nampak macam mengantuk saja.”

Aku tengok jam. Dah pukul sembilan pagi. Mm..patutlah emak mengantuk. Memang waktu emak tidur selepas makan ubat.

“Abang makan nasi dekat sini ye?” Aku cuba memaniskan muka sambil bertanya pada Zikri.

“Sebenarnya abang ada hal kejap lagi. Tapi petang nanti abang datang balik.”

“Mm..okeylah kalau macam tu. Nur ingatkan, abang free hari ni.”

“Kenapa?”

“Nak bincang fasal mak.”

“Fasal kita?”

Aku tersenyum sambil ketap bibir.

“Sekalilah tu!” Aku senyum malu.

“Kita bincang sekarang.”

“Abangkan ada hal kejap lagi!”

“Tak penting. Hal kita lagi penting!”

Aku tersenyum lega. Sesungguhnya dia sentiasa ada saat aku memerlukan dia. 

No comments: