PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 34 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

34
NUR
“ABANG! Hari ni anak abang baik sangat. Tak meragam langung. Kalau bergerak pun sopan sangat. Agaknya dia pun dah terikut-ikut perangai abang yang kuat tidur. Abang nak tahu, anak abang ni dah berumur empat puluh minggu. Dah tak lama lagi. Nanti dia keluarlah nak jumpa ayah dia yang handsome ni. Abang nak tahu, anak kita ni lelaki. Akhir-akhir ni anak abang ni kurang dah bergerak. Agaknya dia kasihankan ibu dia yang penat berkerja. Abang tak kasihankan Nur ke? Nur dah tak sabar nak tengok mata abang terbuka. Agaknya Nur ni dah tak cantik kot! Sebab tu abang dah macam tak ada hati tengok Nur ni.”
Aku tersenyum. Aku mahu manangis, tapi entah kenapa air mata aku dah tak mahu keluar. Aku mahu manangis bukan kerana sedih atau kecewa tapi kerana dengan cara itu sajalah hati aku puas dan tenang. Menurut umi kalau nak menangis, menangislah puas-puas. Masa tulah waktu yang sesuai untuk lepakan apa yang terbuku di dada. Lepas menangis tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Masa tu aku dapat merasa sendiri betapa tenangnya fikiran aku. Dengan syarat, jangan menangis di depan Zikri kerana dengan cara begitu akan memberi daya semangat yang lemah pada Zikri nanti. Kalau dulu aku rasa dengan air mata akan buat Zikri tercabar dan pasti akan bangun semula. Tapi bila aku ingat balik yang Zikri cukup tak suka aku menangis, aku akhirnya terima apa yang umi cakapkan.
“Abang! Nur dah berhenti kerja. Tadi adalah hari last Nur kerja. Tarikh anak kita nak melihat dunia pun dah dekat. Bila–bila masa dia akan keluar. Abang tak mahu temankan Nur ke? Rugi tau..!” Aku ketawa kecil sambil mengelus perlahan jemari Zikri yang semakin kering. Jelas kelihatan urat-urat biru menimbul.
“Lepas ni bolehlah Nur tumpukan pada abang dan anak kita. Fasal perbelanjaan, abang jangan risau. Simpanan Nur cukup untuk kita. Umi kata umi akan terus membantu apa yang terdaya. Lagipun menurut umi, abang suka menyimpan sejak kecil. Jadi, rasanya cukup untuk perbelanjaan kita. Nur harap angat abang cepan bangun. Abang tak kasihankan Nur ke? Nur tak yakin boleh besarkan anak kita dengan sendiri. Takkan nak harap pada umi kot! Kasihan umi. Tapi kalau perbelanjaan kita tak cukup, Nur terpaksa kerja semula kalau abang tak bangun-bangun jugak. Abang jangan marah kalau tiba-tiba ada aja yang asyik ikut Nur.” Aku ketawa kecil sambil jeling manja pada Zikri yang masih tak sedar. Aku tahu Zikri cukup tak suka kalau aku usik dia macam tu.
“Abang mesti tak suka kalau ada yang ikut Nurkan?”  
Perbualanku dengan Zikri terhenti kerana ketukan pintu dari luar bilik. Wajah umi yang sentiasa murah dengan senyuman menyapa tiba-tiba bila pintu dibuka. Aku yang masih berada di sisi Zikri hanya tersenyum melihat kehadiran umi.
“Ada apa mi..?” Tanyaku lembut.
“Nas datang. Ada dekat luar sedang tunggu Nur.” Jawab umi lemah. Jelas di wajahnya sedikit risau walaupun senyuman masih terikir.
Aku mengeluh perlahan. Dalam hati entah apalah yang dihajatkan oleh Nancy sehingga datang kerumah. Kalau berkaitan dengan kerja, aku rasa semua aku dah jelaskan pada dia sebelum aku pulang tadi. Tapi kalau kerana masalah peribadi, aku rasa aku tak dapat nak tolong. Sebelum ni pun, di tempat kerja, Nancy tak habis-habis memujuk aku agar pertimbangkan rayuannya mengenai pelepasan Aidil dari penjara. Namun aku hanya buat endah tak endah. Apa saja rayuan yang keluar dari mulut dia aku buat macam air lalu saja.
“Dia nak apa mi?”
“Entahlah! Nak menjemput makan kenduri kot!” Jawab umi cuba berseloroh hingga terangkat kening aku.
“Dia datang dengan cik abang dia ke?” Umi angguk sekali. Aku mengeluh lega. Mungkin Nancy datang untuk beri aku sesuatu. Sebelum ni ada juga Nancy bagitahu yang dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.
“Abang tunggu kejap ye! Nur keluar jumpa Nas kejap.” Bisikku di telinga Zikri sebelum mengucup tangannya. Perlahan-lahan aku turun dari katil. Perut aku yang semakin memoyot benar-benar buat  aku menghadkan pergerakan. Tambah-tambah lagi hari yang ditunggu semakin mendekat. Dari bulan lepas umi sudah mula membebel agar aku cepat berhenti kerja. Cuma aku saja yang sengaja melengahkan kerana aku tak mahu tunggu lama di rumah memaandangkan tarikh jangka kelahiran lambat lagi.
Sampai di ruang tamu, aku lihat Nancy sedang berbual dengan seorang lelaki. Aku tersenyum lebar. Oh..jadi nilah wajah cik abang yang dia sorokkan dari aku. Boleh tahan jugak orangnya. Bersih air mukanya. Semakin aku kagum bila melihat dia berkopiah.  Ada iras-iras Fiz Fairuz. Macam yang aku jangka, mamat melayu yang jadi plihan dia. Aku yakin, dah tentu Nancy nakkan yang tinggi ilmu agama untuk memimpinnya ke jalan yang lebih baik. Banyak kali aku pujuk dia kenalkan dengan aku. Tapi macam-macam alasan yang dia bagi. Tak encemlah, tak lawalah, tak macholah..!
“Ada apa Cik Nasuhah Abdullah@ Nancy? Boleh saya tolong?” Sergahku sambil tersenyum lebar. Mengekek-ngekek aku ketawa melihat teruna dara tu terkejut dengan kehadiran aku di situ.
“Saja datang melawat.” Balas Nancy malu-malu.
“Ye ke? Bukan nak hantar utusan?” Tanya ku sambil menjeling.
“Kau ni macam tau-tau je!” Jawab Nancy geram lalu mengeluarkan  sepucuk sampul putih lalu dihulurkan pada aku.
“Datang tau!” Sambungnya lagi. Aku hanya senyum meleret.
“Ala..baru bertunang. Aku ingat dah nak kawin.”
“Tunang dululah. Lagipun encik aku ni nak travel enam bulan ke sabah sebab kerja.” Jawab Nancy ramah bercerita serba sedikit tentang bakal tunangnya. Sesekali jejaka yang mengenalkan dirinya Syahiran itu ramah menyampuk berbual sama. Dari pandangan mata aku rasa mereka berdua memang serasi.
Setengah jam Nancy dan Syahiran berada di rumah aku, mereka mula mahu mengundurkan diri. Saat-saat Nancy bersalam dengan aku, dia masukkan sepucuk surat ke dalam telapak tangan aku. Aku tergamam.
“Aku harap kau dapat pertimbangkan.” Bisik Nancy perlahan. Aku semakin pelik. Namun tiba-tiba aku bagai dapat menangkap sesuatu. Surat itu aku kembalikan semula kepada Nancy.
Please Nur! Baca dulu.” Rayu Nancy perlahan.
“Kau nak aku terima kad kau atau benda ni? Kalau kau nak sangat aku terima benda ni, baik kau ambil balik kad kau dan jangan tunjuk lagi muka kau depan aku.” Aku jawab tegas walaupun perlahan.
Please Nur! Dia adik aku. Dia tanggungjawab aku. Aku rasa bersalah kalau tak berusaha membebaskan dia. Kau maafkanlah dia. Dia benar-benar harap dapat jumpa kau. Dia dah berubah sekarang. Dia betul-betul dah insaf. Dia merana sekarang ni..!”
Kata-kata Nancy aku buat-buat tak dengar. Perkataan merana yang keluar dari mulut Nancy entah kenapa tak memberi apa-apa makna pada aku. Nak melonjak riang aku rasa macam tak patut. Nak bersedih dan bersimpati lagilah aku rasa tak patut kerana aku lebih merasa merana.
“Aku lebih merana!” Tegas aku bersuara. Pergelangan tangan Nancy aku tarik kasar lalu mengheretnya hingga depan pintu bilikku. Luas pintu bilik kubuka hingga sekujur tubuh Zikri yang terbaring atas katil jelas kelihatan. Aku perasan Nancy seakan tergamam melihat keadaan Zikri yang semakin kelihatan bukan seperti Zikri yang dia kenal dulu.
“Kau tengok penderitaan aku yang aku sedang tanggung sekarang. Sekarang kau bagitahu, siapa yang lebih merana. Aku, Zikri atau adik kesayangan kau tu? Macam mana aku nak teruskan hidup aku tanpa Zikri di sisi aku?  Macam mana aku nak besarkan anak aku sendiri sedangkan Zikri masih tetap macam tu.? Kau baliklah Nas. Cakap pada dia, selagi Zikri belum sedar, jangan harap kemaafan dari aku. Kalau dia nakkan kemaafan dari aku, suruh dia jangan berhenti berdoa untuk suami aku.”
“Kau seperti menolak takdir, Nur!’
“Aku tak menolak takdir. Aku cuma pertahankan takdir aku. Kau belum kenal siapa adik kau. Aku terlebih dulu kenal dia sebelum kau. Jadi jangan terlalu mendesak aku untuk memaafkan dia. Aku percaya kata kau yang dia dah berubah dan insaf tapi aku belum cukup kuat untuk terima kemaafan dia. Aku tak layak memaafkan kerana kemaafan itu hanya layak diucapkan dari mulut suami aku.”
“Aku dah tak kenal Nur yang aku kenal dulu” Ucap Nancy lemah.
“Nur yang kau kenal dulu adalah Nur yang lemah pertahankan haknya. Tapi sekarang, kau sedang mengadap Nur yang sedang berusaha memaksa dirinya kuat agar haknya tetap menjadi haknya. Kau tengok Zikri. Walaupun dia berada di sisi aku, dia seperti tak ada. Kau lihat pulak emak aku. Dah macam bukan mak aku. ”
“Hak yang kau sedang pertahankan itu memang milik kau, Nur!”
“Memang milik aku, tapi dah semakin jauh dari aku kerana hak aku tu lebih mementingkan orang lain.” Aku jawab tegas. Hati aku sebak. Namun aku berusaha agar aku tak menangis depan Zikri.
“Tak mengapalah Nur! Nampaknya aku dah tak ada kekuatan untuk aku memujuk kau. Harapan aku agar kau berubah.”
“Aku janji akan berubah kalau suami aku dah sedar dan mula pandang aku.” Ucapku perlahan tanpa memandang wajah Nancy lagi. Perlahan-lahan aku naik ke katil dan merapatkan tubuh aku di sisi Zikri. Nancy aku tak pedulikan lagi. Entah bila dia keluar dari bilik aku pun aku tak tahu. Nampaknya semakin lama, semakn ramai orang-orang yang aku sayang menjauhkan diri dari aku.
“Nur harap abang pun jangan seperti mereka. Nur dah tak ada siapa selain keluarga abang.  Nur tak sanggup hidup sendiri. Tolong Nur, bang! Bangunlah..! abang tak mahu ke tengok anak kita? Dulu abang janji takkan tinggalkan Nur walau apa pun yang jadi. Abang kata abang sayang Nur selamanya. Tapi kenapa sekarang abang macam dah tak sayang Nur? Please bang! Jangan macam ni..! Nur perlukan abang..Nur dah tak sanggup hidup macam ni..!”
Aku tak henti-henti merayu sambil menumbuk-numbuk dada Zikri. Sudah lama aku tak menangis depan dia. Tapi hari ni aku dah tak boleh tahan. Aku kecewa dengan Nancy. Selama ini dia aku jadikan tempat untuk aku meluahkan perasaan. Aku tahu dia bertanggungjawab pada Aidil kerana Aidil adalah adiknya. Tapi di mana Nancy yang aku kenal dulu? Aku sedih dan akhirnya aku menangis sepuas-puas hati aku hingga tangisan aku didengari oleh umi dari luar.
“Bawa mengucap Nur! Ingat tuhan. Jangan ikut perasaan.” Rayu umi yang turut sama menangis sambil memeluk aku.
“Nur tak kuat mi..! Kenapa nasib Nur macam ni..? Apa salah Nur? Salah Nur ke abang jadi macam ni?” Aku terus membentak menyalahkan diri aku sendiri. Entah kenapa saat-saat ini aku hanya nampak salah aku sendiri.
“Sabar sayang! Nur tak salah. Tak ada siapa yang salah dalam hal ni. Allah hanya mahu nak menguji iman Nur saja.”
“Tapi kenapa Nur? Dari kecil hingga sekarang hidup Nur tak habis-habis dengan dugaan.”
“Bukan semua orang dapat merasa dugaan seperti ni. Nur terpilih kerana Allah yakin Nur kuat. Allah mahu Nur sentiasa mengingatiNya sepanjang hidup Nur. Nur kena faham setiap kejadian yang berlaku tersimpan seribu hikmah yang kita sendiri tidak tahu. Umi yakin dugaan ini bakal berakhir. Nur cuma perlu berdoa agar tabahkan hati Nur.”
Panjang lebar umi berhujah hingga aku mula tersedar. Tangisanku tiada lagi. Yang tinggal hanya esakan halus. Aku memegang perutku bila aku mula terasa ada pergerakan yang kuat.
“Maafkan ibu sayang..! Ibu terlalu ikut perasaan.” Kataku perlahan sambil mengusap perutku.
“Pandai sungguh cucu umi pujuk ibu dia. Umi yakin cucu umi ni akan jadi anak yang baik macam ayah dan ibu dia.” Kata umi perlahan. Tangannya yang sedang mengusap perutku beralih pula pada kepala Zikri.

“Sayang umi..! bangunlah sayang! Anak umi ni dah tak sayangkan umi ke? Umi ni dah tua. Umi dah tak kuat tapi umi akan terus menanti anak umi ni bangun selagi umi ada daya.” Rayuan umi buat aku kembali sebak. Tubuh umi aku peluk erat. Hati aku semakin terhiris melihat air mata umi turut mengalir. 

No comments: