PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 20 Kata Hati Tak Terkata

BAB 20
“DIB tak keluar hari ni?” Tanya Datin Basyariah lambut.

“Malaslah ma! Cadang nak jumpa Qil. Tapi Qil balik kampung pulak.”

Datin Basyariah hanya menjuehkan mulut mendengar nama anak tirinya. Kalau boleh sepanjang hayatnya tidak ingin dia mendengar nama itu. Mula-mula selepas tahu Aqil Muaz ada keluarga angkat, dia senyum lega. Paling buat dia senang hati sebab memikirkan yang Aqil Muaz pasti tidak akan kembali lagi ke rumahnya. Tapi bila melihat Adib Mirza seperti hilang semangat untuk tinggal di rumah itu, dia mula tak senang. Nak taknak terpaksalah dia merelakan Aqil Muaz tinggal di situ untuk sementara anak tirinya itu mendapat tempat tinggal lain. Selepas Aqil Muaz minta izin untuk keluar dari rumah itu pada Adib Mirza atas alasan jauh dari tempatnya mengajar, dia kembali lega kerana Adib Mirza mengizinkan.

“Petang ni temankan mama. Mama nak beli barang sikit.”

“Alah mama! Selalu tu mama boleh pergi sendiri.” Rungut Adib Mirza manja.

“Sekali sekala temankan mama, apa salahnya? Lagipun Dib jarang dengan mama. Cuti-cuti macam nilah mama nak bermanja dengan anak tunggal mama ni. Esok-esok bila Dib dah kawin, mama tak dapat peluang macam ni.”

Adib Mirza serba salah. Kalu ikut rasa hati dan badan yang malas, mahu saja dia membantah. Tapi bila mendengar kata-kata pujuk rayu Datin Basyariah, dia cepat cair. Lantas segera dia bangun lalu melangkah ke bilik.

“Nak kemana tu?”

“Ke bilik. Bersiap. Takkan mama nak Dib pergi dengan baju pagoda dan berkain pelikat ni aje?”

Datin Basyariah ketawa kecil mendengar jawapan Adib Mirza. Dalam fikirannya agar apa yang dirancang menjadi untuk satukan Adib Mirza dan Aliyana.


SAMBIL menunggu Datin Basyariah mendapatkan barang yang dicari, Adib Mirza senangkan hati menunggu di café yang terdapat dalam shoping komplek Angsana. Bosan berlama-lama di sisi Datin Basyariah kerana tahu mamanya kalau memilih barang memang cerewet. Habis semua yang ditanya hingga puas hati. Nasiblah pelayan yang dapat pelanggan macam mamanya. Pasti ada yang serik nak kerja di situ lagi. Tak kurang pula pasti ada yang berdoa agar pelanggan seperti ibunya tidak lagi  kunjung datang ke kedai mereka.

“Hai sayang! Dah lama tunggu?”

Adib Mirza tergamam mendengar suara lunak manja menyapanya sambil duduk dekat dengannya. Melihat wajah si empunya suara, dia lepaskan keluhan berat. Dirasakan hari ini merupakan hari bosannya yang terlampau bosan.

“Mana tahu saya ada dekat sini? Awak spy saya ke?” Tanya Adib Mirza sinis. Tangan Aliyana yang galak merangkul bahunya ditepis kasar. Namun Aliyana masih berdegil mahu menjamah bahunya. Semakin ditepis, semakin dia menunjukkan perangai manjanya hingga Adib Muaz rasa meluat.

“Saya keluar dengan kawan-kawan saya tadi. Tiba-tiba ternampak awak dalam café ni. Tu yang saya datang dekat awak.” Jelas Aliyana manja cuba menutup cerita sebenar. Jika Adib Mirza tahu kedatangannya adalah dirancang, pasti dia diherdik dan disindir tajam.

Adib Mirza mengeluh lemah. Mendengar suara Aliyana buat dia rasa menyampah. Entah kenapa dia sendiri tak tahu apa yang dipandang oleh mamanya terhadap Aliyana. Baginya gadis itu tiada apa yang istimewa. Nak kata cantik memanglah cantik tapi kecantikan Aliyana jelas plastik. Setakat mak-up tebal buat apa! Kalau tak make-up mesti cantik. Seperti Zaranya.

Mengingatkan tentang Zara, dia mengeluh berat. Sejak dikhabarkan Zara bercuti di kampung, tak henti-henti dicuba hubungi gadis itu. Namun satu pun tidak berbalas. Hatinya sedih, kecewa kerana bila ingat kembali saat-saat dia meluahkan perasaan pada gadis itu. Tak disangka Zara menolaknya mentah-mentah. Mungkinkah Zara sudah ada yang lain? Pelbagai persoalan yang timbul dibenaknya ketika itu.

“Awak sorang saja ke dekat sini?” Aliyana bersoal tanya bila Adib Mirza tidak memberi apa-apa balasan selepas  dia menjelaskan kedatangannya. Melihat Adib Mirza sibuk melayan i-phone di tangan, dalam diam dia merengus. Bosan!

“Masa awak ikut saya tadi, awak nampak saya dengan siapa?” Sinis Adib Mirza bertanya. Bukan dia tidak tahu, gadis itu memang tahu dia ada di situ. Melihatkan pintu dan dinding bercermin gelap seluruh cafe, mustahil Aliayana dapat mengecamnya dari luar. Tambah-tambah lagi dia berada di tempat yang agak tersorok dari pintu masuk. Dalam benaknya sudah dapat mengagak siapa empunya rancangan hingga dia boleh terserempak dengan perempuan itu.

Err..” Aliyana terperangkap. Tak pasti apa jawapan yang harus diberi.

“Mama saya merangkap pengurus hidup awak ada dalam butik depan tu. Pergilah! Dia mesti suka sebab awak dah datang. Silap-silap awak boleh dapat sepasang dress seksi kalau awak pandai kipas dia.” Sindir Adib Mirza sambil meluruskan jari telunjuknya kearah luar cafe. Butik yang sentiasa menjadi buruan wanita korporat seperti mamanya dipandang sekilas. Kemudian matanya kembali merenung i-phone di tangan. Tidak sekali pun pandangannya dilontarkan pada Aliyana.

Aliyana tergamam mendengar sindran Adib Mirza. Hatinya sakit bila dilayan begitu. Jika diikutkan hati, mahu saja ditinggalkan saja lelaki itu di situ. Tapi bila mengenangkan agak sukar dia mendapat peluang berduan dengan Adib Mirza seperti itu, lalu hasratnya dibatalkan.

“Kenapa awak tak temankan mama awak? Kesian aunty sorang-sorang dalam tu!”

“Kalau awak kesian, awak pergilah temankan dia.”

Aliyana cuba bersabar dengan layanan hambar Adib Mirza. Hatinya sedkit cemburu melihat Adib Mirza asyik tersenyum-senyum sambil menekan-nekan skrin i-phone. Dia yakin Adib Mirza sedang berchating dengan Zara gadis yang ditemui beberapa minggu yang lalu.

Chating dengan siapa tu?” Tanya Aliyana tidak puas hati.

“Klien!”

“Berchating dengan kline pun tersenyum-senyum! Bincang urusan apa? Jual perempuan?”

Adib Mirza pantas memandang wajah Aliyana. Sakit hatinya bila disindir begitu. Selama ini pernahkah dia berbuat jahat dalam bisnesnya?

“Apa urusan saya, dengan siapa, bila dan di mana, awak apa peduli? Selama ni pun sebarang urusan saya ada kena mengena dengann awak ke?” Herdik Adib Mirza sambil mengawal nada suaranya.

Aliyana tergamam. Hatinya menjadfi panas. Namun kerana peluang untuk berdamping dengan Adib Mirza sukar diperolehi, dicuba sabarkan hati.

“Saya minta maaf okey..! Ermm..awak temankan saya, boleh?” Aliyana cuba manjakan suara sambil menguis-nguis lengan baju Adib Mirza dengan hujung jari telunjuknya. Harapannya agar Adib Mirza termakan pujuk.

“Mama saya ada dalam butik tu. Apa kata awak ajak mama saya. Saya malaslah!” Jawab Adib Mirza acuh tak acuh. Panas hatinya bila dituduh tadi masih belum hilang bahangnya.

“Ala..janganlah macam ni. Cuba rajin sikit.”

“Kalau saya rajin dah lama saya temankan mama saya dalam tu. Lagipun, dari saya temankan awak baik saya temankan mama saya.”

Aliyana merengus dalam hati. Tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan untuk meraih perhatian lelaki berhati kayu itu.

“Saya laparlah, awak!”

“Oderlah!” Jawab Adib Mirza selepas melihat kelibat mamanya sedang berjalan ke arahnya.

“Awak datang dengan siapa?” Tanya Adib Mirza setelah Aliyana mahu bangun dari kerusi.

“Sorang.” Jawab Aliyana tanpa sedar sudah membuka rahsia kerana seawal tadi dia berkata yang dia datang dengan kawan-kawannya. Adib Mrza tersenyum nipis.

Drive?”

Yupp!” Balas Aliyana sambil tersenyum riang. Suka hatinya bila Adib Mirza sudah mahu berbual dengannya.

“Mm..okeylah. Pergilah cari apa-apa yang boleh dimakan. Saya tunggu sini.” Kata Adib Mirza dengan senyuman penuh tersirat yang Aliyana sukar nak memahami. Melihat Aliyana seperti mahu melompat suka dia geleng kepala. Hinggalah kehadiran Datin Basyariah tiba di hadapannya, barulah dia mengalihkan pandangan.

“Dapat barang yang mama cari?” Tanya Adib Mirza pada Datin Basyariah. Dia tersenyum sinis bila mamanya hanya menggeleng kepala sambil menyebik.

“Lia mana?” Datin Basyariah bertanya sambil liar matanya memandang sekeliling café.

“Lia? Mana mama tahu Lia ada dekat sini?” Adib Mirza cuba perangkap mamanya.

Err..tadi mama nampak dia masuk dalam ni.” Datin Basyariah gugup menjawab.

Adib Mirza geleng kepala. Melihat Aliyana sedang melangkah ke arah mereka, dia segera bangun.

“Rasanya Lia ada boleh temankan mama. Dib nak ke sana kejap.” Ujar Adib Mirza sambil menunjuk kearah sebuah kedai yang menjual alat-alat komunikasi.

“Dib nak kemana? Jangan lama-lama sangat. Mama dah nak balik ni.” Datin Basyariah kalut bertanya.

“Situ je.!” Ujar Adib Mirza ringkas sekali lagi menunjukkan arah yang sama. Dalam hatinya sudah nekad mahu meninggalkan mamanya pada Aliyana. Dan dia yakin Aliyana pasti tak keberatan menghantar mamanya pulang. Langkahnya dicepatkan setelah mendengar panggilan Aliyana.

“Adib pergi mana tu aunty?”

“Dia ke kedai luar tu kejap. Nanti dia masuk baliklah tu..!” Pujuk Datin Basyariah selepas melihat wajah Aliyana sedikit kecewa. Tangan Aliyana diraih agar duduk di sebelahnya.

Adib Mirza ketawa besar bila terlepas dari dua wanita tadi. Baru terasa bebas selepas keluar dari cafe yang banyak mengalunkan muzik slow hingga matanya sendiri terasa mahu lelap. Dia tahu Datin Basyariah dan Aliyana pasti berang kerana menunggu lama di situ setelah dia tak kunjung tiba. Namun apakan daya, hatinya benar-benar tidak boleh terima pilihan mamanya. Dia tahu niat Datin Basyariah itu baik kerana mahu dia bahagia. Tapi dia lebih sukakan jika dia memilih jodohnya sendiri. Maafkan Dib, Mama!.


TERSENYUM lebar Aqil Muaz menerima kehadiran Zara petang itu. Lepas sejenak rindu yang mencengkam jiwa. Dua hari tanpa bayangan Zara, hidupnya bagai tidak lengkap. Kalau ikutkan hati mahu saja dia munculkan diri depan rumah Zara. Petang semalam, sengaja  dia ronda-ronda keliling kampung dengan motosikal modenas Haji Derus. Tujuannya hanyalah untuk mengenal pasti yang mana satu rumah orang tua Zara. Dan melalui apa yang ibu angkatnya katakan, dia berjaya mengesan. Kebetulan pula ketika dia sedang melalui hadapan rumah Zara, gadis itu kelihatan sedang mengangkat kain di ampaian.Terpaku sejenak melihat Zara tanpa tudung di kepala. Walaupun penampilan gadis itu agak kekampungan, Zara tetap kelihatan manis di matanya walaupun ketika itu Zara hanya berkain batik dan berT-shirt lusuh.

“Kenapa tengok saya macam tu?” Tanya Zara sejurus selepas mematikan enjin motosikal milik Encik Tahir. Mangkuk plastik yang dibungkus dengan beg kertas merah, diambil dari raga motosikal lalu melangkah rapat kearah Aqil Muaz yang masih tersengeh-sengeh.

“Rindu.” Bisik Qail Muaz di telinga Zara hingga gadis itu tersipu-sipu malu.

“Mak aji dengan ayah Aji mana?” Zara bertanya menutup rasa gugup.

“Abah pergi pekan. Mak ada di dapur. Apa tu?” Aqil Muaz bertanya sambil memuncungkan mulutnya kearah bungkusan di tangan Zara.

“Bubur pulut hitam. Mak suruh kasi dekat mak aji.”

“Untuk saya tak ada?”

“Tak ada! Ni untuk Mak Aji dengan abah aji je..” Balas Zara sambil tersenyum.

Kakinya terus saja melangkah laju masuk ke dalam rumah tanpa hiraukan Aqil Muaz yang mengekorinya dari belakang. Ruang dapur dicari. Apabila susuk tubuh Hajah Esah kelihatan sedang mengacau kopi, dia tersenyum lebar. Lantas salam diberi. Mendengar salamnya dijawab, bungkusan di tangan diletakkan atas meja.

“Zara bawak apa tu?”

“Mak buat bubur pulut hitam. Ni Zara bawak untuk Mak Aji.”

Ermm..sedap tu! Aqil suka sangat ni. Kan Qil? Kebetulan pulak mak aji baru saja lepas menggoreng cucur jagung pedas. Bolehlah kita makan sama-sama.” Ulas Hajah Esah teruja.

Ermm..tapi dia bawak untuk mak dengan abah je! Bukan untuk Qil.. Qil makan cucur mak ajelah!.” Suara Aqil Muaz menjauh. Cucur jagung yang masih panas atas meja, dicapai dan berlalu pergi dari ruang dapur.

Zara dan Hajah Esah tersenyum lucu mendengar nada sayu Aqil Muaz. Lantas Zara menuju ke rak pinggan. Tiga mangkuk kaca diambil lalu diletakkan atas meja. Bungkusan yang dibawa tadi dibuka berhati-hati lalu dikeluarkan.

“Tadi mak aji pergi rumah Zara. Tapi mak Zara kata Zara pergi rumah ibu. Boleh mak aji tahu kenapa Zara ke sana?” Tanya Hajah Esah perlahan. Risau juga kalau-kalau Aqil Muaz mendengar perbualan mereka.

Zara tersentak mendengar pertanyaan Hajah Esah. Serba salah mahu berterus terang. Tambah-tambah lagi ketika Aqil Muaz ada di dalam rumah itu.

“Mak Aji bukan nak masuk campur hal Zara. Mak Aji cuma nak ambil berat. Mak Aji takut Zara jadi macam dulu. Zara tak ingat dulu Zara macam mana?”

Zara menunduk diam. Sambil-sambil itu, tangannya lembut menyenduk bubur pulut hitam yang masih panas ke dalam mangkuk.

“Zara cuma nak jumpa ibu. Tak ada niat lain pun.” Bohong Zara perlahan.

“Mak Zara kata dua hari lepas, Zara dah jumpa. Kenapa pergi lagi? Zara masih ada perasaan macam dulu ke?”

Cepat-cepat Zara menggeleng kepala menyangkal pendapat Hajah Esah.

“Dua hari lepas memang Zara ada jumpa ibu. Dia pun ada. Demi Allah! Kalau Zara tahu dia ada di situ, Zara tak ingin pergi. Tapi bila dengar mak cakap yang ibu sakit lepas Zara pergi, Zara serba salah. Mak Aji tahukan betapa Zara sayangkan ibu macam ibu Zara sendiri.”

“Mak Aji tahu semua tu. Tapi kenapa hari ni Zara pergi lagi? Zara tak takut pandangan Aqil?” Bisik Hajah Esah.

“Hari ni dia nak berangkat ke Brunai. Urusan kerja. Tak pasti bila balik. Antara Zara dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Dia pun sanggup anggap Zara macam adik dia.”

“Mak Aji risaukan Aqil.”

“Tak ada apa yang nak dirisaukan, mak Aji. Zara dah terima Aqil, maknanya selama-lamanya Zara akan tunggu dia. Tapi kalau dia pun macam abang Fairuz, Zara terpaksa terima takdir Allah yang dia bukan milik Zara.”

Aqil Muaz mengeluh mendengar kata-kata Zara dari balik pintu dapur. Hatinya sayu. Berat kakinya mahu melangkah pergi dari situ. Dia tahu Zara ikhlas menerimanya. Namun hati masih dapat rasa Zara masih sukar terima hakikat tentang Fairuz Imsyar.

Hatinya tersentuh. Jiwanya dilanda cemburu. Tak disangka Zara masih ada hati mahu bertemu dengan Fairuz Imsyar yang pernah buat hati gadis itu terluka dan merana. Aqil Muaz sedar dia tidak patut merasa dendam dengan Fairuz Imsyar kerana sepanjang penderitaan Zara, bukan dia yang merawat luka di hati Zara kerana dia hadir ketika Zara sudah sembilan puluh peratus sembuh.

Aqil Muaz tidak sanggup lagi menanti di situ. Mendengar setiap bicara tentang Fairuz Imsyar dari mulut Zara, hatinya bagai diseliat kasar. Pedih dirasa hingga kepangkal hati. Lalu segera dia beredar dari situ.

“Zara kenal Fairuz. Zara tahu asal usul dia. Selepas tahu dia tak bersalah, Zara masih harapkan dia lagi ke?” Sayu sekali suara Hajah Esah bertanya. Luluh hatinya andai gadis yang menjadi idaman anak angkatnya masih punyai perasaan pada Fairuz Imsyar.

“Abang Fairuz adalah sejarah Zara, mak aji. Antara Zara dengan dia, dah tak ada apa-apa ikatan lagi. Zara nak terus terang dengan mak aji. Memang Abang Fairuz ada suarakan hasrat mahu menyambung semula ikatan yang telah putus dulu. Tapi Zara menolak. Bagi Zara adalah lebih baik kalau begini saja. Tambah-tambah lagi Zara dah ada Aqil. Sebenarnya Zara dah lama tunggu Aqil. Tapi dia selalu buat endah tak endah pada Zara, Zara rasa sakit sangat. Zara penat tunggu sampai adakalanya Zara rasa putus asa.”

“Zara yakin Aqil mampu memimpin Zara?”

“InsyaAllah, mak aji..! Zara serah pada yang kuasa menentukan semua.”

 “Tapi Zara tahu siapa Aqil Muaz.? Zara kenal keluarga dia?”

Zara tepat merenung wajah Hajah Esah. Melihat wajah yang serius itu memberi tanda tanya pada dirinya sendiri. Mengapa Hajah Esah tiba-tiba buka cerita tentang Aqil Muaz. Memang dia pernah korek rahsia tentang Aqil Muaz. Namun lelaki itu seakan kurang berminat mahu bercerita tentang keluarganya.

“Dia pernah cerita dia anak yatim piatu. Dia hanya ada seorang abang. Tu pun tak tinggal sekali sebab abang dia seorang bisnesman yang sentiasa sibuk. Kalau boleh Zara tak mahu ambil tahu siapa dia walaupun kadang-kadang Zara teringin nak tahu. Zara pernah tanya, tapi dia macam mengelak. Bila Zara tengok dia macam tu, Zara diamkan saja. Sebenarnya Zara simpati dengan dia. Zara tak suka tengok dia murung.”

“Kalau mak aji tanya, Zara jangan kecil hati ye!”

“Tanya apa mak aji?”

“Zara terima Aqil sebab diri dia atau sebab simpati dengan nasib dia?”

Zara tersentak dengan pertanyaan Hajah Esah.

“Kalau mak aji nak tahu, mula-mula Zara jumpa dengan Aqil, Zara benci sangat-sangat dengan dia. Bila tengok perangai dia, muka dia, cara dia bercakap, malah cara dia berjalan pun buat Zara meluat sangat. Tiap kali jumpa, kami mesti bertekak. Lepas tu lima bulan kami tak jumpa, tapi bila Zara dah jumpa dia kembali, Zara mula simpan perasaan pada dia. Berbalik pada soalan mak aji tadi, bagi Zara, soal simpati pada dia tak wujud dalam hidup Zara untuk terima dia. Zara terima dia setelah tuhan bukakan pintu hati Zara untuk terima Aqil Muaz sebelum Zara mengenali dia. Hingga kini pun Zara masih tak tahu siapa Aqil Muaz. Yang Zara tahu, dia sebatang kara. Itu saja!  Rasa simpati Zara pada dia mula wujud selepas Zara terima dia sebagai sebahagian dari hidup Zara.”

Hajah Esah mengangguk dan tersenyum. Lega hatinya mendengar ulasan panjang berjela Zara. Tenang sedetik bila ada yang ikhlas menerima anak angkatnya itu. Namun seketika kemudian wanita tua itu mengeluh berat. Ingin saja diceritakan perihal anak angkatnya pada gadis pilihan anak angkatnya itu. Dia yakin, kalau Zara tahu salasilah keluarga dan penderitaan Aqil Muaz selama ini, pasti Zara akan lebih simpati dengan nasib Aqil Muaz. Dan dengan cara itu, Zara akan cepat terima lamaran Aqil Muaz. Tapi dia tidak mahu Zara terima Aqil Muaz sebab simpati saja. Mungkin ada cara yang lebih baik jika mahu gadis di hadapanya itu cepat terima pinangan Aqil Muaz.

“Ada apa-apa yang perlu Zara tahu ke, Mak aji?”

“Mak Aji tak layak ceritakan perihal Aqil pada Zara. Adalah lebih baik kalau dia ceritakan sendiri pada Zara.”

“Macam serius je.!”

“Mak aji tak mahu Zara salah anggap tentang Aqil. Dia baik. Sesuai dengan Zara. Tapi kadang-kadang mak aji risau dengan sifat baiknya tu memakan diri sendiri.”

Berkerut wajah Zara mendengar ulasan berbelit Hajah Esah. Ada sedikit keraguan dalam ayat yang Hajah Esah katakan tadi. Untuk tidak memeningkan kepala, Zara terus menoktahkan perbualan.

“Zara pergi panggilkan Aqil dululah mak aji. Lambat-lambat nanti sejuk pula bubur ni. Nanti tak sedap.” Kerana tidak selesa dengan perbualan itu, Zara cuba menukar tajuk perbualan.

Zara mula melangkah keluar dari ruang dapur setelah Hajah Esah hanya mengangguk dan tersenyum. Melihat senyuman hambar Hajah Esah, Zara mula rasa serba tak kena. Bukan dia sengaja mengelak berbual tentang Aqil Muaz, cuma dia rasa tidak selesa. Tambah-tambah lagi bercakap tentang orang yang dicintai. Dia tidak mahu rasa sayang yang terlekat padat di hatinya bertukar kepada rasa tidak selesa dan terus menjadi rasa benci. Baginya biarlah begini saja. Namun dia akan pastikan semua kisah lelaki itu datangnya dari mulut Aqil Muaz sendiri. Dan waktu itu dia akan terima apa saja.

“Awak.! Jom makan.” Sapa Zara bila dirinya hampir mendekati Aqil Muaz.

Membisu.

“Awak! Jom makan. Saya dah sendukkan bubur untuk awak. Nanti kalau dah sejuk dah tak sedap.” Lembut suara Zara menyapa Aqil Muaz.

Masih membisu.

“Sebelum awak datang sini awak pergi mana?”

Zara tersenyum manis bila Aqil Muaz sudah mula bersuara.

“Tak pergi mana. Saya memang dari rumah saya.” Jawab Zara tanpa menyedari sesuatu sedang melanda perasaan Aqil Muaz. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Aqil Muaz yang sedang selesa bersandar di bangku rotan milik Hajah Esah dan Haji Derus.

“Awak masih harapkan dia?” Lemah suara Aqil Muaz bertanya. Wajah Zara sekilas pun tidak dipandang.

“Awak cakap apa ni?” Zara sudah mula tidak senang hati.

“Terus terang dengan saya, awak masih harapkan dia. Betulkan?”

“Siapa?” Tanya Zara pelik.

“Saya dengar apa yang awak cakap pada mak tadi.”

Zara mengeluh lemah. Patutlah Aqil Muaz bersikap begitu. Seawal tadi baik saja. Tak sangka perbualannya didengari oleh Aqil Muaz. Kes cemburu rupanya. Zara tersenyum dalam diam.

“Kes cemburulah ni..!” Zara ketawa mengekek bila melihat Aqil Muaz langsung tak memandangnya.

“Saya sayangkan awak Zara. Kebisuan awak mengungkapkan ucapan tu, meyakinkan saya yang selama ni saya seperti syok sendiri. Sedangkan awak langsung tak…!”

“Saya sayangkan awak, Aqil. Saya cintakan awak. Saya rindukan awak setiap waktu. Saya tak mahu berpisah dengan awak. Demi Allah cinta saya hanya untuk awak. Cinta dan sayang saya jujur ikhlas pada awak.” Pantas Zara ucapkan ungkapan yang sudah lama disimpan. Dia tidak mahu Aqil Muaz terus-terusan beranggapan selama ini dia tidak ikhlas. Wajahnya ditundukkan menahan malu.

Aqil Muaz terpempan mendengar luahan dari bibir nipis Zara. Memang selama ini, itu yang selalu diharapkan. Bila mendengar ungkapan itu, dia tersenyum malu. Suaranya tersekat bagai ada sesuatu yang melekat di kerongkongnya.

Zara segera bangun dari tempat duduknya. Berlama di situ dia seakan kurang oksigen. Melihat Aqil Muaz yang masih membisu, hatinya berkata Aqil Muaz tidak percayakan kata-kata yang diluahkan.

“Zara!” Panggil Aqil Muaz.

“Saya.” Zara jawab bila tersentak namanya dipanggil perlahan.

“Saya risau kalau..!”

“Awak tak perlu risau atau ragu-ragu dengan hati saya. Bila saya dah terima awak, maknanya hati saya milik awak. Saya tahu awak masih was-was dengan saya lepas saya bagi tahu tentang perasaan saya pada bekas tunang saya dulu. Tapi awak kena tahu saya benar-benar harapkan awak jadi penawar pada kesakitan saya. Tolong percayakan saya. Tolong jangan ragu-ragu dengan saya. Pintu hati saya dah terbuka untuk awak.”

Sekali lagi Aqil Muaz bagai hilang suara. Lama dia berdiam akhirnya nama gadis itu diseru sekali lagi. Mendengar balasan dari suara Zara, dia tersenyum malu.

“Saya lapar.” Kata Aqil Muaz perlahan.

Zara tersenyum lebar. Melihat Aqil Muaz bangun dari duduk dan berjalan mendekatinya, hatinya bagai menyanyi riang. Masih ada sinar dalam hubungan mereka.

“Marah lagi?”

“Bila saya marah awak?”

“Tak mengaku!” Usik Zara sambil tersenyum sinis.

“Betullah! saya tak marah.”

“Habis, yang buat muka macam tempoyak campur cencaluk tu, kenapa?”

Aqil Muaz ketawa berdekah-dekah. Baru hari ini dia mendengar ungkapan pelik seperti itu..

“Sedap tak kalau tempoyak campur cencaluk?”

“Cubalah sendiri.”

“Awak cuba dulu. Awak yang cakap mula tadi.”

Zara cuba membayangkan resepi itu.

“Tempoyak tu masam. Cencaluk tu masin. Masam kalau dicampurkan dengan masin, lalu ke awak nak telan?”

“Saya akan telan apa saja, asalkan awak yang sediakan.”

“Betul?” Teruja Zara bertanya sambil menatap dalam ke wajah Aqil Muaz.

Aqil Muaz laju mengangguk sambil tersenyum.

“Ok. Nanti saya akan sediakan untuk awak. Kalau awak tak makan, saya suap ke mulut awak dengan piring tu sekali.” Balas Zara sambil berjalan beriringan bersama Aqil Muaz hingga ke pintu dapur.

“Nakal!” Bisik Aqil Muaz sendiri. Lapang dadanya melihat Zara begitu. Hatinya juga bagai terubat setelah berperang dengan perasaannya tadi.

“Kalau mak aji dengan abah aji jumpa keluarga Zara hujung minggu ni, boleh?” Suara Hajah Esah tiba-tiba kedengaran. Aqil Muaz sabar menanti jawapan dari mulut Zara.

Opts! Zara baru teringat. Hujung minggu ni mak dengan ayah nak buat majlis tahlil untuk arwah tokwan. Mak aji dengan abah haji datanglah ek. Awak pun kena datang tau!” Teruja Zara memberitahu tanpa menyedari niat tersirat Hajah Esah. Mangkuk bubur ditarik perlahan lalu diletakkan di hadapan Aqil Muaz. Cawan yang terisi dengan kopi panas juga disuakan kepada Aqil Muaz dengan penuh tertip.

“Mak Aji dah tahu fasal tu. Tadi mak kamu dah cakap dekat Mak aji. Yang Mak aji maksudkan tadi ialah nak datang untuk hantar tanda untuk Aqil. Boleh?”

Zara sudah bagai cicak tertelan kapur. Wajah Hajah Esah dipandang tepat. Namun wajah Aqil Muaz tidak sanggup dikilas padang kerana tahu pemuda itu sedang merenungnya sambil menanti jawapan.

“Sebenarnya Zara tak cakap lagi dengan ayah dan mak Zara.”

“Kenapa? Zara takut? Biar Mak Aji yang cakap.”

“Jangan!!” Pantas Zara menjawab. “Bukan Zara tak cakap langsung. Sebenarnya Zara ada cakap sikit-sikit hal ni dekat ayah dan mak. Dia orang pun memang harap Zara cepat-cepat kenalkan bakal menantu dia orang. Tapi hati Zara ni masih belum sedia nak pikul tanggungjawab seorang isteri. Zara takut sampai sekerat jalan saja.”

“Awak tak percayakan saya?”

“Bukan macam tu awak..! Saya tahu awak ikhlas. Tapi kitakan masih baru kenal. Tak sampai dua bulan pun.”

“Lepas kawin kan boleh kenal-kenal.” Sampuk Hajah Esah.

Zara terus berdiam lalu cawan kopi di depan mata diraih perlahan lalu disuakan ke mulutnya. Dalam hati dia mengeluh berat. Hatinya masih berkata, masanya belum tiba. Namun seandainya jodohnya sudah tiba, dia tiada daya untuk menghalang.

No comments: