PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 29 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

29
NUR
Kehadiran malang tidak hadir dengan alamat, bau atau bayang. Namun ia hadir dengan rasa yang sendiri kurang mengerti untuk ditafsir.

“ABANG! Minggu ni Nur kena masuk shift malam. Nur rasa malas nak balik rumah Nur. Kita stay dekat rumah umi sajalah ek.?”

Okey! Abang tak kisah. Berapa hari?”

“Tiga hari je!”

Okey! Kalau macam tu biar abang hantar dan jemput Nur ke tempat kerja.”

“Tak payahlah! Nur boleh drive sendiri.”

“Abang takut Nur mengantuk.”

“Alah..! macamlah rumah Umi ni jauh sangat. Nur dah biasalah!”

Takde-takde! Abang kata abang hantar dan jemput, maknanya tak ada alasan Nur boleh bagi pada abang.”

“Baiklah tengku ku sayang! Hamba isteri yang setia, menurut perintah!” Ujarku lalu ketawa mengekek. Serta merta hidung aku ditarik geram.

“Sakitlah bang!”

“Main-main lagi! Abang risau Nur pergi kerja malam-malam. Balik pulak mata tengah mengantuk. Kalau boleh abang nak Nur duduk rumah saja. Tiap-tiap hari tunggu abang balik. Malam layan abang makan, menonton, membaca. Sebelum tidur, kita berbual-bual. Taklah Nur asyik penat memanjang. Sampaikan nak layan abang pun macam terpaksa saja.”

Aku mengetap bibir bila Zikri meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya tentang layanan aku.

“Nur minta maaf sebab buat abang tak senang hati. Abang betul-betul nak Nur berhenti kerja ke?” Aku tanya sayu. Bila lihat Zikri tersenyum dan mengangguk. Aku balas senyumannya.

“Abang tak suka tengok Nur balik kerja dengan muka monyok sebab penat. Abang tahu mengajar tu penat. Tambah-tambah pulak anak murid semua yang pandai menjawab dan banyak kerenah. Abang tak suka Nur paksa diri melayan abang.”

“Nur ikhlas bang!”

“Ya. Abang tahu Nur ikhlas. Tapi abang rasa bersalah biarkan Nur macam tu. Nur tahukan, abang sayang sangat pada Nur. Abang tak mahu Nur jatuh sakit. Abang tak sanggup kalau sesuatu jadi pada Nur.”

Aku rasa sayu. Aku hilang kata-kata. Perlahan-lahan Zikri menarik aku agar berada dalam pelukannya. Itulah Zikri, sering memanjakan aku hingga kadang-kadang aku rasa macam baby saja.

“Abang tahu Nur rindukan emak dan maksu. Sebab tu Nur sengaja sibukkan diri pergi kerja. Betulkan?”

Bila Zikri sentuh soal emak, aku mula teresak-esak. Betul kata Zikri. Aku rindukan emak dan maksu. Hati aku masih sakit bila emak menolak pelawaan aku agar tinggal dengan aku.

“Mak macam tak hargai apa yang kita buat pada dia. Nur sedih bang!”

Syyh..! Tak baik curiga pada mak. Itu hak dia. Kita tak ada hak untuk menghalang emak agar terus dekat dengan suami dia.”

“Nur bukan ajak emak sorang. Ayah pun Nur harap duduk dengan kita.”

“Ayah dah lama dekat sana. Dia ada rumah dan syarikat sendiri dekat sana. Takkanlah senang-senang dia nak tinggalkan semua tu. Bila dah jumpa semula dengan mak, pasti dia nak hidup dengan isteri dia. Bertuah ayah dapat isteri setia macam emak. Abang harap Nur pun akan setia macam emak.”

Aku terdiam. Benar kata Zikri. Tempat emak sekarang adalah di sisi suaminya. Samalah macam aku yang sentiasa ada dekat dengan Zikri.

“Nantilah Nur fikirkan. Bukan Nur tak mahu berhenti kerja. Yang sebenarnya Nur sayang kerja ni. Penat-penat Nur belajar jauh-jauh. Tapi tak ada hasil.”

“Abang tak kisah kalau Nur nak kerja, tapi jangan sampai memudaratkan diri. Kalau boleh elakkan dari kerja shift. Abang tak suka Nur tinggal abang tidur sorang-sorang.”

Aku tahan agar tawa aku tak terburai. Alahai manja sungguh encik suami aku ni.

“Nak buat macam mana. Kerja Nur dah memang macam tu!”

“Sebab tu abang nak Nur duduk rumah saja.”

Okey! Nur janji akan berhenti kerja. Tapi kena tunggu sampai ada baby. Bila Nur mengandung, Nur janji akan terus berhenti kerja.”

“Janji?”

“Ya. Nur janji!” Ucapku sambil angkat tangan tanda bersumpah.


JAM dah menunjukkan ke pukul sembilan lima belas minit malam. Walaupun aku dan bersiap, namun aku masih tak ada hati nak ke tempat kerja. Sejak petang tadi, aku rasa gelisah tak tentu arah.

Turun ke bawah, aku lihat umi sedang menonton bersama Zikri. Aku melangkah malas bersama dengan  muka monyok ke arah ruang tamu dan melabuhkan dudukku di sebalah umi.

“Kenapa ni?” Tanya umi lembut sambil menarik bahuku agar dekat dengannya. Serta merta kepala aku terlentok elok atas bahunya.

“Tak sedap badan.” Aku jawab lemah.

“Nur demam ke?” Tanya umi lagi sambil menyentuh kepalaku. Aku geleng kepala. Terus Zikri bangun dari duduknya dan datang dekat ke arahku. Dahiku disentuh perlahan.

“Nur okey! Cuma rasa malas sikit.” Ujarku ringkas sambil pandang sekilas wajahnya.

“Nak kerja ke taknak?”

“Kerja!” aku jawab malas.

“Kalau tak larat, baik jangan pergi.” Ujar umi.

“Nur bukan tak larat, tapi tak sedap badan saja.” Balasku lantas bangun menuju ke dapur. Tekak ni tiba-tiba nak makan jeruk cermai yang Zikri beli tadi.


SEPERTI biasa jika Zikri yang menghantar aku ke tempat kerja, sebelum keluar dari kereta aku akan dihadiahkan kucupan mesra di dahi. Tapi kali ni aku tak terus keluar dari kereta selepas dapat hadiah tu. Wajahnya aku tatap penuh asyik hingga Zikri sendiri naik malu. Entahlah! Aku sendiri tak tahu kenapa. Rasa sayu sangat nak tinggalkan dia.

“Kenapa Nur tengok abang macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan muka abang?” Tanya Zikri sambil mereba-raba mukanya.

“Abang sayang Nurkan?”

“Mestilah abang sayang! Kenapa ni?”

“Abang janji abang takkan tinggalkan Nurkan?”

“Ya. Abang janji. Selama-lamanya abang milik Nur.”

“Lepas ni abang terus balik rumah tau!”

“Abang nak singgah rumah kita kejap. Ada baju abang yang tertinggal kelmarin. Takut berkulat pulak!”

“Tak payah! Abang balik teruslah! Esok abang ambil Nur, kita pergi sekali.”

“Bukan jauh pun!”

Aku semakin tak sedap hati. Tapi bila dia dah cakap macam tu aku tak boleh nak kata apa-apa lagi. Nak aku jelaskan apa yang aku rasa ketika ini, namun aku tak tahu macam mana sebab aku sendiri tak faham apa yang menyerabutkan perasaan aku.

“Ya lah! Tapi abang janji, lepas ambil baju tu, abang terus balik tau! Sampai rumah abang terus call Nur.”

Okey sayang. Pergilah masuk. Dah dekat pukul sepuluh dah ni. Nanti murid-murid yang bising sebab cikgu dia orang lambat masuk sebab sibuk berdating dulu.”

Aku tersenyum hambar walaupun rasa tutur kata Zikri tu agak lucu. Elok aku nak keluar aku toleh kembali pada dia. Tangannya aku raih lembut dan aku kucup penuh perasaan. Telapak tangannya aku tekapkan dipipi. Aku tahan mata agar air mata aku tak gugur.

“Abang janji jangan tinggalkan Nur ye?”

“Abang janji! Kenapa ni? Nur buat abang risau.”

Okeylah! Nur masuk kerja dulu. Jangan lupa jemput Nur pagi esok.” Kataku perlahan lantas bibirnya aku kucup lama.

“Nur ada sembunyikan apa-apa dari abang ke? Biasa Nur tak macam ni.”

“Entahlah bang. Nur rasa tak sedap hati. Sejak tadi asyik berebar-debar je. Kalau boleh malam ni nak dekat dengan abang saja. Perut ni pun rasa semacam je.”

“Nak terima orang baru kot!” Kata Zikri sambil tersenyum usik.

Aku tersenyum lebar bila Zikri cakap macam tu. Rasa terhibur sangat.

“Nanti kita pergi cek ye?” Sambung Zikri lagi.

Aku angguk laju. Memang sejak tiga hari lepas, aku asyik rasa mual. Pantang kalau terbau kari mamak, mesti rasa nak luah segala yang ada dalam perut. Sedangkan masakan mamak memang menjadi kegemaran aku. Paling mengejutkan bila Zikri dah mula asyik menyicah buah-buahan masam sedangkan selama ni Zikri memang tak suka buah-buahan masam.


JAM dah menunjukkan ke pukul sebelas setengah malam. Namun panggilan Zikri masih belum aku terima. Aku terus menanti dalam debar. Sejak masuk tadi, satu kerja pun aku tak buat. Nasib baiklah murid-murid aku dah pandai buat kerja.

Dalam pada asyik melayan perasaan, telefon bimbitku berbunyi. Aku perhatikan nombor di skrin. Pakcik Ismail rupanya. Salah seorang jaga yang Zikri upah untuk menjaga rumah aku.

“Ya pakcik Mail! Nur cakap ni. Ada apa?” Tanyaku sejurus selepas menjawab salam.

“Alhamdulillah. Dah banyak kali saya cuba call puan Nur, tapi tak dapat.”

“Apa halnya pakcik?”

“Puan Nur balik sekarang boleh?” Suara pakcik Ismail kedengaran cemas.

“Kenapa?”

“Tuan Zikri kemalangan depan rumah ni! Sekarang polis ada depan rumah asyik soal selidik saya.”

Bagai ada satu tenaga yang merentap jantung hati aku ketika itu aku rasa. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Aku hampir-hampir rebah di situ. Nasib baiklah sempat memaut di meja.

Langkah kuatur laju menuju kearah pondok pengawal kilang. Aku rasa macam nak berlari balik ke rumah, tapi aku takut memandangkan jalan semakin sunyi. Nak aku hubungi Nas, rasa tak sampai hati pulak ganggu dia tengah tidur, sebab aku tahu dia masuk shit pagi esok. Akhirnya aku minta pengawal di situ yang menghantar aku.

Sampai di depan rumah aku lihat sebuah kereta polis masih bersilau-silau dengan cahaya biru kuning. Dalam hati tak henti-henti berdoa agar tidak ada yang serius jadi pada Zikri. Sempat aku hubungi umi sewaktu dalam perjalanan tadi. Rupanya umi sudah maklum hal itu. Menurut umi, dia sudah berada di hospital dan sedang menanti di wad kecemasan. Jadi aku terus saja ke rumah.

“Macam mana boleh jadi macam ni pakcik?” Tanyaku pada Pakcik Ismail. Ketika sampai tadi aku dah tak nampak Zikri. Mesti dah dibawa ke hospital. Melihatkan tompokan darah di sebelah kereta zikri, aku tahu dia cedera parah.

“Kes langgar lari ni. Masa Tuan Zikri sampai tadi, pakcik tak nampak pun sebarang kereta depan ni. Tapi bila Tuan Zikri keluar nak balik, dia dirempuh oleh sebuah kereta. Saya yakin, orang tu memang berniat tak baik sebab dia bawa kereta laju sangat. Tak Sempat nak tengok nombor plat kereta.”

“Lama ke Zikri dekat sini?”

“Tak lama. Dia kata nak ambil barang. Saya suruh dia tidur sini saja sebab esok senang nak jemput Puan Nur. Tapi dia tak nak. Itu pun dia kata nak balik dengan motosikal dia. Pakcik melarang tadi. Nasib baik dia ikut.”

Aku angguk faham. Aku yakin dan percaya apa yang pakcik Ismail ceritakan.

“Puan Nur nak saya temankan ke hospital?” Tanya pakcik Ismail.

Aku angguk kepala. Saat-saat macam ni aku memang tak berdaya nak drive. Tangan dan kaki aku tak berhenti lagi menggigil. Tambah-tambah pula bila lihat darah Zikri banyak di situ.

Sampai di hospital, aku disambut oleh umi. Sebak aku makin menjadi bila umi suruh aku bersabar.

“Nur dah cakap suruh abang balik terus. Tapi abang nak balik jugak rumah Nur. Katanya nak ambil baju dia yang tertinggal. Kalau Nur tahu semua ni nak jadi, sumpah Nur drive sendiri pergi kerja.” Ulasku sebak sambil teresak-esak.

“Sabar Nur! Kalau Zikri tengok Nur macam ni, mesti dia sedih.”

“Dokter tak cakap apa-apa lagi ke umi? Nur tak sedap hati mi!”

“Tenang Nur! Umi yakin dia selamat. Baik Nur pergi solat. Berdoa agar tak ada apa-apa yang buruk berlaku.”

Aku angguk kepala tanda setuju. Dalam perjalanan ke surau, aku sempat hubungi emak dan ayah. Hati aku kecewa kerana menurut emak dia kena temankan Kak Ana yang semakin sarat. Aku cuba pujuk hati aku agar beralah. Kak Ana jugakan anak mak..! Aku tahu emak teringin sangat jaga kak Ana berpantang. Agaknya masa aku berpantang nanti, mahukah emak jaga aku?

Selepas solat aku kembali ke bilik kecemasan. Selepas sepuluh minit menanti, akhirnya bayang dokter yang bertugas tampil menemui aku dan umi.

“Macam mana Zaidah, anak umi?” Tanya umi tergesa-gesa pada Dokter Zaidah. Aku kenal Dokter Zaidah kerana dia ada datang ke majlis aku dan Zikri di rumah umi dua bulan lepas.

“Sabar umi! Zai akan cuba buat yang terbaik untuk Zikri. Sekarang ni alhamdulillah dia dah melepasi tahap kritikal. Tapi..! Harap-harap umi dan Nur boleh terima apa yang saya nak katakan ni. Besar kemungkinan Zikri akan koma untuk jangka masa panjang.”

Aku dah rasa macam nak rebah di situ juga. Nasib baiklah umi sempat sambut aku lalu arahkan aku duduk di kerusi.

“Agak-agak Zai berapa lama?” Tanya umi lagi. Aku dah tak daya nak buka mulut bertanya. Mata aku rasa gelap sangat.

“Saya tak pasti umi. Mungkin seminggu, dua minggu, sebulan atau setahun. Kita berdoa saja. Mungkin dia akan cepat sedar.”

Aku yang rasa nak bangun terus terkulai di situ juga selepas dengar Dokter Zaidah menerangkan keadaan Zikri.

Aku buka mata perlahan selepas aku tersedar. Aku perhatikan keadaan sekeliling. Aku tahu aku di hospital. Ingatan aku terbias pada Zikri. Cepat-cepat aku bangun untuk turun dari katil.

“Puan nak kemana? Keadaan puan tak stabil lagi. Baik puan rehat dulu.” Sergah seorang jururawat yang berada di situ.

“Saya nak tengok suami saya.!”

“Suami puan Dokter Zikrikan?”

Aku angguk lemah.

“Dokter Zikri masih dirawat sekarang ni. Kalau puan bangun pun, belum tentu puan boleh jumpa dengan dia.”

“Umi saya mana?”

“Sekejap saya panggilkan dia. Tapi puan jangan bangun ye! Kandungan puan masih baru. Kalau puan banyak bergerak, ini akan membahayakan kandungan puan.” Ujarnya lalu terrus berlalu keluar.

Aku bagai terpaku dengar ayat jururawat itu tadi. Bagai tak percaya apa yang aku dengar. Pipi aku tepuk-tepuk perlahan. Sah aku tak mimpi. Ya Allah! Aku bersyukur sangat-sangat. Tak sabar nak beritahu berita ini pada Zikri. Tapi bila aku boleh bagitahu pada dia kalau dia sendiri masih belum sedar.

“Anak umi dah sedar? Alhamdulillah!, risau betul umi tadi.”

Suara umi tiba-tiba kedengaran. Wajah umi tiba-tiba muncul di muka pintu dengan senyuman lebar. Aku paksa ukir senyuman untuk umi. Air mata aku kembali mengalir membasah pipi. Aku tak tahu untuk apa air mata itu. Adakah kerana anak Zikri yang sedang bernyawa dalam rahimku ini atau kerana keadaan Zikri yang masih tidak sedar.

“Sabar sayang! Umikan ada. Zikri sekarang masih dalam wad ICU. Nur kena tahu. Orang koma ni, walaupun dia tak sedar, tapi dia boleh tahu tentang sekelilingnya. Nur kuatkan? Umi yakin Nur kuat. Kalau Nur lemah macam mana Nur nak besarkan anak Nur dan Zikri ni?” Pujuk umi sambil mengusap lembut perut aku yang masih kempis.

“Zikri mesti gembira dengan berita ni. Nanti Nur bagi tahu pada dia ye? Mungkin dengan berita ni, dia akan bersemangat untuk sedar semula.”

Aku angguk setuju sambil tersenyum hambar.

“Nur tak bagitahu pada emak dan ayah?” Tanya umi.

“Dah!”

“Bila mereka nak datang? Bolehlah mak siapkan bilik. Bolehlah kita sama-sama jaga Zikri. Nur pun sekarang bukan boleh buat kerja berat-berat. Tadi dokter Rahimah sakit puan bagitahu badan Nur lemah. Kalau Nur nak teruskan kandungan ni, Nur kena banyak rehat untuk permulaan ni. Lepas dua atau tiga bulan, okeylah!”

Aku dah rasa nak menangis dengar rancangan umi. Aku tunduk kepala sambil geleng kepala. Aku malu sebenarnya pada umi di atas jawapan yang emak sampaikan pada aku tadi.

“Tak apalah Nur! Mi faham perasaan Nur. Umi kan ada. Umi ni mak Nur jugak! Lepas ni kita sama-sama jaga Zikri dan Zikri junior ni.” Kata umi lagi cuba menaikkan semangat. Aku tersenyum lega.

Hai hati! Sabarlah dan cekallah engkau, tabah dalam menerima segala ujian. Aku tahu kau boleh terima segala musibah yang datang. Kerana kau dilahirkan untuk diuji. Hanya mereka yang terpilih saja akan menerima dugaan seperti ini. Dan salah satunya ialah aku. Aku bersyukur kerana mendapat ujian ini kerana aku tahu setiap ujian yang aku terima pasti akan hadirnya hikmah yang tersembunyi.

No comments: