PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 32 Kata Hati Tak Terkata

BAB 32
 “WAH..besarnya hadiah.! Untuk Qil ke?”

“Taklah! Untuk orang yang merajuk. Semoga Allah panjangkan usia adik abang ni.” Kata Adib Mirza sambil menepuk-nepuk bahu Aqil Muaz. Rambut Aqil Muaz dielus  sambil mengucup kepala Aqil Muaz.

“Terima kasih bang!” Balas Aqil Muaz malu-malu. Segan bila diperlakukan begitu sedangkan usianya sudah menginjak ke angka tiga puluh. Faham sangat dengan abangnya yang selalu manjakannya sejak kecil.
Bungkisan besar dibuka penuh berhati-hati penuh teruja. Tak sabar nak tahu apa yang menjadi pilihan abangnya kali ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, abangnya tidak pernah lupakan sesuatu untuk diberikan padanya bila hari ulangtahunya menjelma. Biasanya barang-brang yang dibeli oleh Adib Mirza semuanya bereklusif dan berjenama tinggi. Namun kali ini besar…punye..!!

Bersinar matanya di saat hadiah yang dibuka sudah jelas di mata. Jiwanya sebak. Matanya mula berkaca. Sambil tersenyum hambar, tubuh Adib Mirza dipeluk erat.

“Abang tahu Qil rindukan papa dengan ibu. Sebab tu abang cuba buat agar adik abang tak terus bersedih lagi.”

“Terima kasih bang! Tapi macam mana abang buat ni.? Abang lukis sendiri?”

Soalan Aqil Muaz buat Adib Mirza tersenyum lebar. Di matanya kini terhidang raut wajah Madiha yang tersenyum manis. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa rindu pada gadis itu. Hatinya berlagu riang. Penerimaan Datin Basyariah terhadap Madiha lagilah buat dia sentiasa tersenyum riang.

“Abang tempah dekat kawan abang. Gambar kita ni semua berasingan sebenarnya. Abang suruh kawan abang tu gabungkan kita semua agar nampak kita seperti sebuah keluarga yang kekal hingga sekarang.”

“Oh..patutlah Qil rasa pelik sangat. Setahu Qil, ibu dan ayah pergi masa umur Qil tujuh tahun. Tapi gambar Qil ni gambar masa umur sekarang.” Balas Aqil Muaz yang tak lepas menatap potret keluarganya. Sudah lama diidamkan gambar seperti itu. Baginya inilah hadiah yang paling membawa erti dalam huidupnya.

“Suka?” Adib Mirza pnta penjelasan.

“Suka sangat.!”

“Betul?”

Yupp!” Jawab Aqil Muaz tersenyum malu.

Adib Mirza tersenyum lebar lalu sebuah bungkusan lagi dikeluarkan lalu dihulurkan pada Aqil Muaz.

“Ada lagi?”

Special untuk adik abang yang tengah merindu.”

Aqil Muaz tersentak. Sudah dapat diagak apa maksud Adib Mirza. Bungkusan yang dihulurkan disambut lemah. Namun sebelum dia membuka balutan hadiah itu, Adib Mirza pantas menahan tangan Aqil Muaz.

“Buka selepas abang balik.”

Aqil Muaz tarik nafas dalam. Kelakuan dan kata-kata Adib Mirza buat dia berdebar-debar.

“Abang nak Qil fikirkan masa depan Qil. Fikirkan tentang orang yang Qil sayang. Jangan fikirkan tentang abang sebab abang bahagia dengan kehidupan abang sekarang.”

Aqil Muaz terus membisu. Kata-kata Adib Mirza buat dia semakin sesak. Bagaimana harus diabaikan perasaan Adib Mirza, sedangkan selama ini insan itu yang selalu disampingnya di saat dia memerlukan kasih sayang dan ketenangan.

“Abang tahu Qil sayangkan abang. Abang tahu Qil sanggup berkorban apa saja untuk abang walaupun nyawa menjadi galang ganti. Abang tahu Qil jujur dan ikhlas untuk kebahagiaan abang. Abang terharu. Tapi pernah tak Qil fikir abang tersiksa tengok Qil bersikap degil macam ni? Abang tak minta balasan setiap apa yang abang dah serahkan pada Qil. Sekecil hama pun abang tak harap. Yang abang harapkan ialah melihat adik abang bahagia dan ceria.”

Aqil Muaz masih tunduk. Bungkusan hadiah yang masih belum dibuka, dipegang erat. Rasa seperti umurnya kembali ke alam kanak-kanak bila Adib Mirza berkata begitu. Penuh dengan kelembutan dan pujuk rayu setiap kali Adib Mirza memujuknya tiap kali dia berduka.

“Tolong pujuk dia untuk kembalikan adik abang yang dulu. Abang yakin hanya dia yang mampu mengembalikan keceriaan adik abang ni.”

“Qil..!” Aqil Muaz tidak dapat teruskan kata. Lidahnya kelu.

“Abang tahu Qil rindukan dia. Qil masih sayangkan dia. Cuma bibir Qil saja yang berusaha menidakkan kenyataan sebenar. Apa yang Qil fikirkan sekarang tentang dia? Abang tak percaya kalau Qil kata Qil tak pernah fikir dan sudah lupakan dia. Percayalah cakap abang, dia masih menanti Qil.”

“Qil malu, bang! Malu kerana kecewakan dia. Malu kerana jatuhkan maruah dia sekeluarga. Qil malu pada keluarga angkat Qil dekat kampung. Qil tahu mak dan abah nak sangat Qil dengan Zara. Tapi Qil tak kuat nak berdepan dengan dia lagi. Qil rasa biarlah macam ni selama-lamanya. Qil terima jika dia berjumpa dengan orang lain.”

“Itu zalim namanya, Qil. Qil mendera perasaan Zara sedangkan Qil sendiri tahu Zara takkan pilih orang lain selain Qil walaupun hati dia terluka kerana tindakan Qil.”

“Apa yang Qil perlu buat bang?”

“Balik kampung. Jumpa keluarga angkat Qil. Minta maaf. Lepas tu Qil kena beranikan diri mengadap pula orang tua Zara. Qil kena berani.!” Adib Mirza cuba meyakinkan Aqil Muaz. Dia yakin keluarga Aqil Muaz pasti dengan senang hati terima Aqil Muaz. Dia sendiri yang pergi merayu pada Encik Tahir dan Puan Azizah dan telah ceritakan semuanya. Niatnya tiada yang lain melainkan mahu adiknya temui kebahagiaan yang sudah lama dikejar.

“Abang yakin keluarga Zara akan terim,a Qil?”

“Seribu peratus abang yakin.”

Aqil Muaz tersenyum lebar selepas mengeluh panjang. Semangat tinggi yang diberikan oleh Adib Mirza tak mungkin dipersia-siakan. Dia tahu Adib Mirza bersungguh-sungguh harap agar dia kembali seperti dulu. Dan sudah tentu bersama dengan orang yang selama ini diharapkan.


ZARA termenung panjang atas katil sambil duduk bersila. Kotak kecil yang siap dibungkus cantik dengan kertas bertag “Happy Birthday” dipandang sepi. Inilah kali pertama dia bersusah payah mencari dan memilih serta membeli hadiah hari jadi untuk lelaki. Dengan Fairuz Imsyar dulupun dia tidak pernah sekalipun bazirkan duitnya semata-mata kerana hadiah hari jadi. Tapi kali ini dia bersungguh-sungguh mencari sedangkan dia sendiri tahu yang hadiah itu tak mungkin diserahkan pada si pemilik.
Berasap jugalah telinganya selepas kena bebel dengan Nuha ketika melihat dia bersusah payah memilih hadiah.

“Kata dah tak nak, tapi yang kau beria-ria nak beli hadiah harijadi dia, apasal?”

“Saja suka-suka..!”

“Ada pulak macam tu?” Suara Nuha jelas tidak puas hati dengan tindakan Zara.

“Mestilah ada.”

“Kau ni kenapa? Hari tu cakap lain. Ni aku tengok dah lain pula caranya. Kau nak balik dekat dia ek?”

“Merepeklah kau ni. Aku beli hadiah, salah ke?”

“Salah tu memang tak salah. Tapi cara kau tu tak kena. Aku tahu kau masih sayangkan dia dan masih harapkan dia. Dalam masa yang sama kau susah nak terima apa yang dia dah buat. Tapi ada kau fikir tindakan kau ni menyiksa diri kau sendiri. Kalau setakat kau beli hadiah ni lepas tu kau simpan macam nak buat pekasam, baik tak payah.! Dah tentu siang malam kau asyik ingat kat dia bila dua puluh empat jam kau pandang benda alah tu. Pekasam kalau simpan memanglah sedap. Tapi kalau hadiah ni kau simpan, apa yang jadi? Buat rugi duit je!”

“Memang aku selalu ingat kat dia. Tapi aku taklah segila sesewel nak pandang hadiah ni dua puluh empat jam..! Apa kejadahnya..?” Tempelak Zara geram sambil menahan tawa.

Terkekeh-kekeh Nuha ketawa mendengar ungkapan melampau Zara. Itulah Zara yang sebenar jika hati sudah bengkak menahan rasa. Setiap kata yang lepas dari mulutnya dianggap seperti tiada apa-apa makna.

“Eh Zara! Ditakdirkan satu hari nanti dia datang pinang kau secara rasmi, kau terima tak?” Nuha bertanya setelah tawanya reda.

“Kau jangan nak suruh aku beranganlah! Benda tu tak mungkin jadi sebab dia bukan sukakan aku pun.!”

“Ditakdirkan dia terjatuh suka kat kau..kau terima?”

“Kalau dah takdir dia sukakan aku, alhamdulillahlah..tapi aku takkan terima dia sebab hati aku masih sakit.”

“Peluang tu..! Kau tak nak maafkan dia? Kau tak cintakan dia?”

“Macam yang aku cakap sebelum ni, berharap tak semestinya terima dia bulat-bulat. Aku perlukan masa hingga rajuk aku ni hilang sendiri.”

“Agak-agak kau, bila rajuk kau tu nak hilang?”

“Entahlah! Sampai kau anak lima kot!”

Choiii..!! mulut takde insurans langsung. Helmi kata dia nak empat orang saja.! Aku harap salah sorang anak aku akan jadi menantu kau.”

“Berangan jelah Kak Bedah..!” Seloroh Zara malas melayan sahabatnya yang sudah mula berangan jauh.
Isyarat mesej dari telefon bimbitnya menyentak seketika lamunan Zara. Pantas saja tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada atas meja kecil tepi katilnya. Tersenyum lebar terukir di bibirnya sejurus selepas nama Nuha tertera.

"Baru saja sebut nama kau Bedah…." Bisik Zara sendiri sambil menekan-nekan butang telefon bimbitnya.

-Aku tahu kau tengah termenung tak tahu nak but apa dengan hadiah tukan..? Apa kata kau beri saja dekat aku. Boleh aku bagi dekat Helmi. Aku pun dah lama tak beli benda tu dekat dia. Ngeee…!-

Zara tergelak sakan. Tak disangka sahabatnya itu tahu apa yang bergolak dalam hatinya ketika itu. 

No comments: