BAB 2
TAK SAMPAI
lima hari pun Nirmala dan Fazhan di Pulau Langkawi, mereka
sudah ambil keputusan untuk pulang. Pada mulanya Fazhan agak keberatan mahu
mengikut kehendak Nirmala. Tapi bila Nirmala sudah mula buat mogok taknak
bercakap dan taknak makan, dia serba salah. Dari hari pertama hingga hari kedua,
mood Nirmala agak baik ketika sampai
di Pulau itu. Tapi selepas masuk hari ke tiga, Nirmala sudah mula buat
perangai. Sejak itu hinggalah hari terakhir mereka di pulau itu, Nirmala asyik
merungut-rungut nak balik kerana rindukan Amil Zaquan. Akhirnya dalam terpaksa,
Fazhan terpaksa akur dengan kehendak Nirmala.
“Bila-bila nanti kita
datang lagi ek!” Pujuk Nirmala bila melihat wajah hambar Fazhan setelah akur dengan kehendaknya.
“Hmm..!” Jawab Fazhan sepatah.
“Abang marah Mala
ek?”
“Taklah!” Jawab
Fazhan sambil membetulkan tali pinggang seluarnya.
Nirmala tersenyum
nipis mendengar jawapan sepatah Fazhan. Dia tahu Fazhan terasa dengan
kehendaknya. Namun apakan daya, tuntutan rasa rindu pada Amil Zaquan lebih kuat
dari mengikut kehendak suaminya.
“Mala tahu abang
marah Mala. Mala minta maaf. Kan hari tu Mala dah cakap tak mahu datang sini
tanpa Amil. Tapi abang nak datang jugak.! Abang sendiri tahukan Mala tak boleh
hidup tanpa Amil..”
Fazhan mengeluh
berat. Diakui salahnya juga kerana mengikut kata Dato Hamdan. Paling buat dia
turut bersetuju dengan cadangan Dato Hamdan bila Amil Zaquan sendiri bersetuju
membenarkan Nirmala pergi berdua sahaja dengan Fazhan. Pada mulanya dia hairan
dengan sikap Amil Zaquan. Bila diselidik barulah dia tahu kenapa Amil Zaquan
dengan senang hati membiarkan Nirmala pergi. Rupanya Maklong Hasmah dan Dato
Hamdan berjanji untuk mebawanya ke Disneyland. Terfikir juga Fazhan sendiri. Apa
alasan yang harus diberi pada Nirmala nanti bila dah sampai rumah. Tentu
Nirmala rasa hairan melihat rumah berkunci tanpa penghuni kerana menurut Dato
Hamdan, mereka akan berada di sana seminggu.
“Abang tak marah!
Tapi abang terkilan saja sebab tak sempat nak shoping apa-apa dekat sini. Abang ni kan selalu sibuk. Mana ada
peluang macam ni nak makan angin. Bila dah dapat peluang, Mala pulak tak suka.”
“Mala bukan tak suka.
Tapi abang faham sendirilah perasaan Mala ni. Selama ni pernah ke Mala pergi mana-mana tanpa Amil? Abang
sendiri tahukan, macam mana sayangnya Mala pada dia.”
Fazhan mengangguk
faham. Sebenarnya dia sendiri pun rindukan kanak-kanak itu. Bersama dan melayan
Amil Zaquan buat lupa seketika masalah yang ada. Melihat wajah Amil Zaquan
boleh bikin hati yang panas menjadi sejuk. Yang pasti dia sendiri tahu kenapa
dia berperasaan begitu. Nirmala isterinya pun takkan tahu kenapa dia
berperasaan begitu pada Amil Zaquan walaupun Amil Zaquan lebih rapat dengan
Nirmala.
“SUNYI saja rumah. Dia orang kemana?” Rungut
Nirmala ketika Fazhan menghentikan keretanya depan pintu pagar.
“Yelah! Ayah bawak
Amil jalan-jalan keluar makan kot..!” Ujar Fazhan pura-pura tidak tahu. Dia
yakin jika Nirmala tahu perkara sebenar, pasti dia yang akan dileteri.
Selepas solat Isyak,
Nirmala sudah tidak boleh duduk diam. Ke hulu ke hilir seperti ibu kucing
hilang anak. Telefon bimbit yang dipegang sejak tadi, tidak pernah lekang dari
genggaman tangannya. Nirmala tidak pernah berputus asa mendail nombor telefon
Dato Hamdan dan Maklong Hasmah.
Fazhan rimas melihat
Nirmala yang dari tadi tak senang duduk. Kalau ikutkan hati mahu saja
diberitahu perkara sebenar. Tapi bila mengenangkan telinganya bakal menanah
mendengar bebelan isterinya, maka cepat-cepat dia sedarkan diri. Sambil-sambil itu dia cuba mencari alasan terbaik andainya rahsia yang disimpan terbongkar. Namun hingga kini sebarang alasan yang logik belum juga ditemui.
“Cuba bawak duduk.
Abang rimaslah tengok Mala ke hulu-ke hilir macam ni. Nanti-nanti baliklah anak
Mala tu. Yang nak risau sangat kenapa? Dia bukan pergi dengan orang yang kita
tak kenal.”
“Abang cakap
senanglah! Tu bukan anak abang. Nanti bila abang ada anak sendiri, abang rasa
sendirilah bila jauh dari anak abang. Masa tu Mala nak gelak kuat-kuat dekat
abang. Baru padan muka abang!” Tempelak Nirmala geram
“Amil Zaquan tukan anak abang jugak! Sampai
hati Mala kata Amil tu bukan anak abang!” Ujar Fazhan sayu. Yang sebenarnya
bukan dia terasa sangat Nirmala cakap macam tu kerana faham dengan sikap
Nirmala yang suka cakap lepas bila hati tak senang. Yang sebenarnya dia hanya mahu
mengalihkan perhatian Nirmala sahaja agar tidak terlalu memikirkan Amil Zaquan.
“Ish! Merajuk pulak
abang ni. Mala cakap sikit dah nak tersentap. Okey-okey..Mala minta
maaf.! Mala bukan sengaja nak sakitkan
hati abang. Mala tengah risau sekarang ni. Telefon ayah dengan maklong lansung
tak berjawab. Sms tak reply.”
Fazhan lepas keluh
berat. Nampaknya dia harus berterus terang juga. Jika tidak, tentu isterinya
akan bertindak sendiri. Silap-silap direpot ke balai polis.
“Macam nilah. Biar
abang berterus terang dengan Mala. Tapi sebelum abang cakap, mala kena janji takkan
marah abang.”
Nirmala berkerut
wajah. Ada rasa pelik dalam ayat yang suaminya susunkan tadi. Wajah Fazhan
ditatap tajam.
“Okey! Mala janji.” Ujar Nirmala setelah tak pasti apa yang
terselindung di balik ayat Fazhan tadi.
“Sebenarnya anak kita
tak ada dekat Malaysia ni. Maklong dengan ayah dah bawak dia pergi Disneyland.
Puas hati?”
“What?!! Bila? Kenapa abang
tak cakap? Abang sengaja nak kenakan Mala kan?” Tanya Nirmala dengan nada
terkejut. Duduknya sudah menjadi berdiri sambil bercekak pinggang.
“Hari kita pergi
Langkawi. Bukan abang tak mahu cakap. Abang takut Mala sibuk nak ikut ayah dan
maklong. Lagipun ni janji ayah pada Amil nak bawa Amil jalan-jalan di sana bila
kita dah kawin.”
Fazhan ketawa melihat
Nirmala mula tarik muka masam. Dengan senyuman di bibir, tangan Nirmala ditarik
lembut agar duduk di sisinya.
“Amil kata dia nak
bagi peluang pada kita tinggal berdua. Memang mula-mula abang nak bawak Amil
pergi Langkawi, tapi bila dia kata nak ikut ayah dan maklong ke Disneyland,
abang tak boleh nak bantah. Lagipun tempat yang kita nak pergi tu pasti Amil
akan rasa boring. Abang tak rasa Amil
akan seronok ikut kita. Dah tentulah dia pilih Disneyland sebab tempat tu
banyak benda yang menarik hati dia. Kalau Mala pergi pun abang yakin mala akan
jadi macam Amil.”
Nirmala mengesat
pipinya yang basah. Lemah hatinya bila mendengar berita yang mengatakan anaknya
jauh dari Malaysia.
“Bila Amil balik?”
Tanya Nirmala sebak.
“Tiga hari lagi.”
Balas Fazhan sambil tersenyum. Senyuman bertukar tawa bila mendengar Nirmala
merengus kasar.
“Boringnya..!” Jerit Nirmala sambil menekupkan mukanya lantas
bersandar di sofa. “Abang ada apa-apa
rancangan tak esok.?” Tanya Nirmala setelah dapat meredakan perasaan.
“Esok abang nak
ziarah kubur kawan abang. Mala nak ikut?”
“Kubur kawan abang?
Siapa? Mala tak tahu pun selama ni.”
“Dah lima tahun dia
pergi. Selalunya abang ziarah dia tiap kali selepas sembahyang jumaat. Tapi
hari ni tak sempat sebab kita sampai pun dah lewat petang.”
“Mm..kalau macam tu,
esok Mala nak ikutlah. Boring jugak
tinggal orang-sorang. Ayah ni pergi makan angin habis semua bibik dalam rumah
pun dia angkut sama.!”
Fazhan mengangguk
laju. Walaupun hati rasa was-was mahu membawa Nirmala, dia terpaksa juga memandangkan
Nirmala akan berasa bosan jika ditinggalkan sendirian. Sudah terbayangkan wajah
kacak sahabatnya yang telah lama meninggalkannya. Semuanya kerana salahnya
sendiri. Kerana kecuaiannya, sahabatnya yang terkorban.
No comments:
Post a Comment