PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 25 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

25
Hadirnya bahagia itu buat hati rasa gundah gelana, berdebar-debar, tidak tenteram dan sudah tentu makan tak kenyang, tidur tak lena.

 TERUK muka aku diproses oleh mak andam yang dipilih oleh Kak Ana. Dalam-dalam tak nak, aku kena terima jugak. Nasib baik tak keluar sesen pun. Untung juga jadi anak perempuan bongsu. Duit hantaran langsung tak berusik kerana semua ayah yang bayarkan. Aku tahu ayah buat macam tu kerana rasa bersalah dia tinggalkan aku dengan emak dulu. Sebenarnya selepas lihat kesungguhan ayah ingin memilik emak kembali, aku dah tak rasa lagi dedam pada ayah. Semakin hari hati aku semakin sayang pada ayah. Mungkin inilah hikmahnya kalau bersikap sabar dan redha setiap ketentuan dariNya.

Perasaan aku semakin berdebar-debar saat ini. Sejak bangun pagi tadi, aku belum lagi dengar suara Zikri. Sebelum ni kalau tak jumpa, pasti hilang rindu bila dengar suara dalam telefon. Tidak pun sekadar berbalas mesej. Tapi sejak aku pakai inai semalam, aku langsung tak berpeluang bercakap atau bersms dengan Zikri. Kata Maksu tak boleh calling-calling atau sms. Nanti hilang seri. Handphone aku pun maksu ambil simpan. Kejam sungguh maksu. Aku tak tahulah apa yang Zikri fikir kalau panggilan atau smsnya tak berjawab. Aku yakin dia dah mula rindukan aku kerana aku pun dah rindu tahap giler-giler dekat dia.

“Pak Uda dah sampai.!” Jerit keempat-empat anak dara sunti dalam rumah ni sambil berlari menuju ke arah bilik aku. Tersenyum-senyum aku dan Nancy melihat Maksu yang menjeling geram melihat telatah anak-anak Kak Ana dan Kak Ida.

“Nur! Keluar sekarang.” Kata emak perlahan sambil menjengukkan kepalanya dari luar pintu bilik. Aku angguk sekali sambil meminta Nancy dan maksu temankan aku. Malu aku kalau emak suruh aku keluar sendiri menuju ke arah pelamin yang dikhaskan. Apa gunanya dayang Nancy kalau dia tak temankan aku?
Aku yakin malam ni, selain orang asyik melihat aku yang menjadi pengantin, pasti orang asyik tetanya-tanya siapa dayang sebelah aku ni. Nancy memang cantik sangat malam. Tak sangka aku penampilan terbarunya.

Rasa macam nak meletup dada aku saat-saat aku sedang berjalan ke arah pelamin. Dari langkah aku dapat lihat semua sudah memenuhi ruang tamu di mana tempat aku akan dinikahkan. Aku nampak Zikri juga sudah bersedia ditempatnya sambil mengadap ayah, dan kadi. Di sebelah ayah aku perasan wajah abang Amer dan abang Syah. Namun aku tak berani pandang lama-lama ke arah Zikri. Aku yakin dia pun malu nak toleh pandang ke arah aku yang sedang melintas di belakangnya.

Sampai di pelamin aku selesakan dudukku. Melihat wajah umi Zikri yang tersenyum lebar, buat aku lega. Senyuman aku makin lebar bila emak dan maksu turut berada dekat dengan aku. Taklah aku rasa gugup sangat. Tiba-tiba aku terpandangkan wajah keruh Aidil sedang merenung tajam ke arahku. Aku tarik nafas dalam sebelum hembus perlahan.

“Jangan pandang dia!” Bisik Nancy di telingaku. Aku terus tunduk pandang ke bawah hingga majlis akad nikah selesai. Bila mendengar kata “SAH” dari mulut ayah, aku tersenyum lega. Hampir-hampir menitik air mata aku bila emak dan maksu menghadiahkan ciuman di pipi aku. Bila umi Zikri datang memeluk aku, aku bagai tak percaya yang aku kini sudah menjadi hak mutlak Dokter Zikri.

Selepas Zikri usai solat sunat, langkahnya diatur menuju ke arah aku yang sedang menanti dia atas pelamin kecil sambil bertimpuh. Aku masih belum ada kekuatan untuk mengangkat muka memandang dia walaupun aku memang berkeinginan untuk berbuat demikian. Aku tersenyum bila jari aku tersarung dengan cincin perkahwinan kami dan aku dengan malu-malu menyalami dan mengucupi tangannya.
Saat-saat dahi aku dikucup buat pertama kali oleh Zikri, aku menahan sebak. Namun aku tewas. Entah kenapa aku rasa aku nak menangis depan dia walaupun aku tahu dia tak suka aku menangis.

“Nur mintak maaf sebab menangis depan abang. Bukan Nur sedih tapi sebab Nur bahagia sangat. Terima kasih kerana menerima Nur!”

“Abang pun tengah bahagia sekarang ni. Terima kasih juga kerana terima dan percayakan abang. Tolong terima abang seadanya.” Ucap Zikri juga sedikit sebak.

Aku bagaikan tergamam melihat matanya sudah berkaca. Saat itu aku yakin aku akan bahagia dengan dia. Akhirnya kami sama-sama ketawa.

“Tak puas abang pandang Nur malam ni. Cantik sangat! Rasa macam nak bawak balik rumah abang malam ni jugak.”

“Kenapa? Sebelum-sebelum ni tak cantik ke?”

“Cantik! Tapi kalau cantik macam malam ni abang taknak!”

“Hah? Taknak? Kenapa?” Terkejut aku dengan ulasan tak lengkap Zikri.

“Sebab cantik sangat. Abang takut ramai yang memandang. Kalau cantik macam malam ni, kompem abang tak kasi Nur keluar rumah. Pergi kerja pun abang tak kasi.”

Aku dah ketawa mengekak.

“Kalau abang stay malam ni dekat sini boleh tak?” Bisik Zikri sambil mendekatkan mulutnya di telinga aku. Aku hanya mendengar tanpa menoleh.

“Jangan nak mengada-ngada. Malam ni abang kena balik hotel. Esok baru boleh!” Ujarku tegas. 

“Apa yang boleh?” Bisik Zikri nakal.

“Abang dah pandai menggatal sekarang ni ek?” Gerutuku geram sambil menahan tawa.

“Abang rindu sangat. Dari semalam tak dengar suara. Rasa sesak nafas abang. Malam ni Nur ikut abang balik hotel ek? Boringlah duduk dalam hotel sorang-sorang.”

Aku jegilkan mata. Dengan selamba aku mengetil lengannya. Bila berkerut-kerut wajahnya menahan pedih aku dah rasa nak gelak kuat.

"Umi dengan adik beradik sedara mara abangkan ada.."

"Dia orang duduk bilik lain.." Ujar Zikri sambil menceritakan serba sedikit tentang hotel yang diduduki bersama keluarganya sehingga esok.

“Mak Uda! Pak Uda! Cakaplah kuat sikit. Kita orang pun nak dengar jugak!” Kata Fatin agak kuat.

“Yelah! Macam bercakap dalam kelambu.” Sambung Fira.

“Malulah sangat! Sebelum ni okey je kita orang tengok.” Tambah Misya lantang.

Membutang mata aku dengar suara Misya. Cepat-cepat aku cari kelibat Maksu Idah. Nasib baik tak ada. Kalau tidak dah tentu budak-budak tu kena ceramah free.

“Tak malu betul korang ni. Dah-dah! Pergi sana. Jangan usik Pak Uda dan Mak Uda. Hishh! Dah teruk anak-anak kita ni Ida oii!” Gerutu Kak Ana pada Kak Ida. Malu agaknya bila ada tetamu yang mula pandang memandang, bisik berbisik mengenai anak-anak dia orang.

“Nur! Ajak Zikri keluar makan. Dah lapar agaknya.” Kata emak pada aku.

“Zikri tak lapar nak makan, makcik. Dia lapar lain!” Suara Nancy walaupun perlahan dah cukup buat aku dan Zikri rasa panas.  Aku jegilkan mata pada Nancy yang tersengeh-sengeh. Memang nak kena si nyonya ni.

“Cantik awak malam ni Nancy. Bila tukar fesyen?” Zikri sedaya upaya menyembunyikan rasa malu atas kata-kata Nancy tadi.

Aku boleh nampak wajah gelabah Nancy bila Zikri menegurnya. Semuanya terbongkar ketika maghrib tadi. Patutlah setiap kali masuk waktu solat, Nancy menguncikan dirinya dalam bilik. Bila ditanya, macam-macam alasan yang dia reka cipta. Namun semuanya terjawab sudah. Kini Nancy sudah bertukar kepada Nasuhah Abdullah. Alhamdulillah..tercapai juga hajat hatinya untuk memilih islam sebagai agama rasmi.

“Lepas ni kita doa-doa supaya majlis nikah Nasuhah pulak berlangsung. Kita buat dekat masjid negara” Aku ketawa melihat riaksi Zikri seperti tertelan peluru kapur.

“Betul ke Nancy? Alhamdulillah..!” Bisik Zikri.

Aku masih berpegangan tangan bersama Zikri ketika melangkah keluar menuju ke arah meja makan yang dikhaskan untuk aku dan Zikri. Langkahku rasa sumbang bila terpandangkan Aidil merenung tajam sambil berdiri di tepi pintu utama. Cerita Nancy tentang perjumpaannya dengan Aidil petang semalam buat aku rasa kurang percaya.

Betul ke Aidil boleh terima sedangkan petang semalam aku lihat dia tak ubah seperti harimau kelaparan? Bolehkah Aidil terima kata-kata nasihat dari kakaknya sedangkan itulah kali pertama Aidil berbual dengan Nancy?

Aku masih curiga. Melalui renungan matanya tadi, aku dapat rasa Aidil bukan jenis yang cepat mengalah. Jadi aku harus berwaspada. Rumahtangga yang aku baru bina harus aku pelihara sebaik mungkin. Aku tak mahu Zikri tahu hal yang berlaku petang semalam. Aku takut Zikri tersalah tafsir dan bertindak melulu. Bukan aku tak tahu perangai Zikri. Walaupun nnampak dia tenang tapi kalau hal yang melibatkan aku, dia boleh berubahlaku.

“Kenapa pucat ni? Tiba-tiba tangan sejuk semacam.” Teguran Zikri buat aku tersedar. Senyuman palsu aku cipta tergesa-gesa. Harap Zikri tak mengesyaki apa-apa.


AIDIL
Dalam diam hati aku direnyuk, dihempas, dipijak dan dibakar hangus.
SEJAK majlis akad tadi aku harapkan Nur pandang aku. Sebab tu aku ambil tempat duduk yang betul-betul bertentangan dengan dia agar senang aku menatap wajahnya sebelum dia bergelar isteri kepada Dokter Zikri. Tapi bila pandangan aku dibalas berserta dengan wajah keruh, aku mengeluh dalam hati. Aku yakin sangat dia masih marahkan aku. Mestilah marah! Siapa yang tak marah kalau tiba-tiba kena macam tu. Kalau aku berada di tempat dia pun pasti aku rasa marah sama. Hanya orang yang tak ada perasaan saja yang tak marah.

Berseri-seri aku lihat muka Zikri selepas selamat ucapkan kata-kata keramat depan dady tanda dia sudah sah bergelar menantu pada dady sekali gus merangkap suami kepada  An Nur Abdullah Hanan. Hati aku semakin sakit bila dahi Nur dia kucup lama. Lagak dia orang macam sengaja nak tayang dekat aku saja.
Agaknya apalah yang dibualkan atas pelamin tadi. Nampak mesra sangat. Genggaman tangan Zikri di jemari Nur buat hati aku semakin bengkak. Mereka seolah-olah tidak boleh berenggang langsung. Nasib baik aku boleh kawal perasaan. Tambah-tambah lagi bila terpandangkan wajah Nancy. Patutlah kakak aku tu pandai berkata tentang hukum islam. Rupa-rupanya dah jadi orang baru. Dalam hati aku ucapkan syukur alhamdulillah.

Esok akan berlangsungnya majlis persandingan Nur dan Zikri. Aku yakin esok adalah hari yang memenatkan aku. Selain penat badan, fikiran aku juga akan rasa penat kerana asyik memikirkan kemesraan Nur dan Zikri. Bila fikir-fikir aku rasa aku dah macam orang bodoh kerana mengharap pada sesuatu yang tak pasti. Tapi apakan daya aku sekarang. Perasaan aku ni benar-benar aku tak boleh ubah langsung. Mungkin harus ada clon Nur kot, baru aku boleh berubah.

“Jangan pandang lama-lama Dil! Orang punya tu. Ke..kau berangan-angan nak jadi macam dia orang tu.” Bisik satu suara dari belakang. Aku toleh pandang. Terkejutnya aku hanya tuhan yang tahu.

“Zif? Bila kau sampai?” Teruja aku lihat kawan baik aku ada di situ.

“Baru kejap tadi.”

“Mana kau tahu majlis ni?”

“Kau ni macam tak kenal pulak siapa bini aku. Kau nampak tu siapa sebelah Nur tu? Bukan janda kau?” Ujar Razif tersenyum sinis.

Aku tersenyum malu. Baru aku teringat yang Azie merupakan kawan baik Nur. Agh! Aku tak tahu apa pandangan Azie pada aku. Pasti Nur banyak ceritakan hal aku pada dia.

“Maknanya kau dah tahulah siapa aku?”

“Azie ada cerita dekat aku. Siapa kau tak penting Dil. Kau patut bersyukur kerana dilahirkan dalam keturunan keluarga ni. Walaupun kau dari perut ibu yang lain, kau tetap saudara sebapa dengan Nur. Nasib baik kau tak jatuh cinta dengan dia sewaktu di fakulti dulu. Kalau tak pasti parah bila bercinta dengan adik kau sendiri.”

Aku tersentak. Maknanya Nur tak ceritakan hal sebenar pada Azie. Agh! Aku malu pada Nur kerana sedaya upaya dia menjaga maruah diri aku. Betullah apa yang dikatakan oleh kakak aku semalam. Nur tak suka cerita masalah pada orang dan hari ni aku tahu dia juga takkan ceritakan hal buruk orang pada orang lain.

“Tapi aku dah pun jatuh cinta pada dia sejak aku jumpa dia setahun yang lalu.” Aku luahkan pada Razif. Sempat juga aku ceritakan bagaimana aku berjumpa dengan Nur sewaktu di Sunway dulu.

“Kau dah gila Dil! Itu adik kau. Haram kalau kau terus berperasaan macam ni.”

Aku terdiam. Tak mampu lagi aku teruskan kata-kata untuk mengiyakan apa yang aku rasa. Kalau aku terus berkeras, silap-silap identiti aku akan terbongkar. Namun satu hari nanti akan aku jelaskan juga pada Razif.

“Eh! Mana anak kau? Teringin aku nak tengok.” Aku menukar tajuk bualan.

“Tak bawak lah. Jauh sangat. Lagipun dia kecik lagi. Nak bawak naik kapal terbang rasa susah pulak nanti. Aku tinggalkan pada mertua aku.”

“Habis malam ni kau stay dekat mana?”

“Apa nak risaukan.? Hotel banyak! Lagipun lepas majlis esok kita orang dah nak balik. Tak sanggup aku tinggal anak aku lama-lama.”

Stay malam ni dekat sinilah. Banyak cerita yang aku nak cerita.”

“Serius?” Razif bagai kuarang percaya.

“Kau ada nampak muka aku main-main ke? Lagipun bilik aku memang kosong. Azie boleh tumpang bilik Nur. Tak pun bilik lain pun banyak lagi.”

“Hm..macam menarik idea kau tu. Nanti aku bincang dengan Azie. Jimat sikit duit aku kena bayar hotel.”

Aku angguk kepala tanda setuju. Melihat langkah laju Razif ke arah Azie, aku tersenyum lega. Aku yakin Azie pasti tiada halangan. Tambah-tambah pulak dia pun sudah lama tak berjumpa dengan Nur. Pasti banyak yang nak dikongsikan bersama. Aku kenal sangat dengan Azie. Ceritanya tak pernah habis. Ada saja cerita yang nak diceritakan sampai kadang-kadang aku pun dah terikut-ikut perangai dia masa di fakulti dulu.

No comments: