PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 26 Bila Hati Dah Say I Love U

BAB 26

LANGKAH  diatur kemas selepas keluar dari perut kereta. Cadangnya malas dah nak balik jejakkan kaki ke rumah Dato Hamdan. Melihat wajah ayah dan suami, hatinya sakit teramat sangat. Namun kerana Amil Zaquan, dikuatkan juga hatinya untuk pulang ke situ. Kalau ikutkan hati marahnya, mahu saja dia pergi dan tentu takkan kembali lagi ke rumah itu.

Jantungnya bagai nak meletup bila wajah-wajah yang tak ingin dipandang sedang berdiri menantinya pulang. Sudah dapat diagak situasi itu pasti berlaku. Dan dia yakin, Fazhan sudah pasti tahu kenapa dia bersikap tidak menjawab atau membalas panggilan mahupun sms.

Tanpa memandang wajah Dato Hamdan dan Fazhan, Nirmala terus melangkah naik ke biliknya. Panggilan dua kaum adam itu langsung tak dipedulikan. Dalam fikirannya sekarang ialah mahu keluar dari rumah itu untuk membawa hatinya yang lara. Mungkin dengan cara itu, hatinya akan menjadi tenang.

“Sayang! Dengar dulu cakap abang.”

Nirmala diam seribu bahasa. Mengeluh tidak, merengus tidak, berdehem pun tidak. Yang dilakukan sekarang hanyalah berdiam. Wajah Fazhan langsung tak dijengah pandang. Baginya tiada apa lagi yang harus dibicarakan. Semuanya sudah berakhir. Seawalnya dia memang tidak suka bertengkar. Baginya pertengkaran bukan boleh selesaikan masalah malah memanjangkan lagi masalah yang ada jika berada dalam keadaan tertekan. Ketika itu dia perlukan waktu dan tempat untuk tenangkan fikiran. Antara caranya ialah keluar dari rumah.

“Bukan niat abang nak rahsiakan hal tu. Abang terpaksa. Memang abang ada niat nak bagitahu Mala tapi abang takut Mala tak dapat terima. Abang cuba cari masa yang sesuai, tapi abang tak boleh..! Abang tak mahu Mala terus salahkan abang. Abang takut keluarga yang kita bina musnah hanya kerana perkara yang dah lepas.”

Fazhan semakin resah bila Nirmala tidak memberi apa-apa riaksi ketika dia bercakap. Yang dia nampak ialah Nirmala sibuk menanggalkan tudung dan pakaiannya. Bila melihatkan Nirmala hanya bertuala, dia tahu Nirmala mahu mandi. Kata-katanya terus mati bila melihat Nirmala dengan wajah yang suram melangkah masuk kedalam bilik air tanpa perdulikannya yang sedang memerhati. Fazhan mengeluh berat sambil meramas rambut dan mukanya. Dia yakin rajuk Nirmala lebih hebat dari sebelum ini.

Nirmala berdiri hadapan cermin sambil merenung wajahnya. Dia tidak tahu nak buat apa sebenarnya. Kata-kata Fazhan tadi pun dia tak tahu nak balas apa. Yang berada dalam fikirannya sekarang ialah menjauhkan diri dari Fazhan dan Dato Hamdan.

Lama dia berendam dalam bilik air akhirnya dia melangkah keluar setelah hampir setengah jam berada dalam bilik itu. Jantungnya kembali bergetar bila melihat Fazhan sedang duduk di birai katil sambil nmemerhatikannya. Dia tahu Fazhan pasti akan terus menunggunya hingga dia keluar dari bilik air.

“Abang tahu Mala pasti akan marah abang kalau abang berterus terang. Sebab tu abang berusaha simpan rahsia ni. Abang tak mahu tengok Mala terus sedih, menangis, murung hingga kesihatan Mala terjejas.”

Nirmala masih membisu sambil mengenakan pakaian di hadapan Fazhan. Namun tidak sesekali wajahnya dipandang atau dikerling.

“Abang mengaku abang punca kemalangan malam tu. Tapi abang bersumpah, bukan niat abang nak buat macam tu. Abang tak sedar sebab abang mabuk. Dan abang tak sangka kereta yang abang hampir nak langgar tu kereta Fir.”

Sejadah dibentangkan lalu telekung dikenakan segera agar cepat melaksanakan solat Asar. Dia tidak mahu mendengar lagi suara Fazhan berbicara mempertahankan diri.

Fazhan terhenti bersuara bila melihat Nirmala mengangkat takbir untuk teruskan solat. Kerana menghormati apa yang isterinya sedang lakukan, dia terpaksa mengalah dan berhenti seketika. Dia harap, selepas Nirmala bersolat Nirmala akan tenang dan akan dijelaskan lagi hingga Nirmala dapat memaafkannya.

Dengan lemah Fazhan melangkah masuk ke bilik air untuk bersihkan diri. Melihat Nirmala sedang solat, baru dia sedar, dia masih belum bersolat asar lagi.

Keluar dari bilik air dia lihat Nirmala sedang melipat telekung. Lalu segera dikerjakan dahulu solatnya kerana jam sudah menunjukkan ke pukul enam setengah petang.

Nirmala melangkah turun ke bawah. Melihat Amil Zaquan sedang asyik melayan Anis Humaira, dia tersenyum senang.

“Anak ibu dah mandi.?”

“Dah!” Jawab Amil Zaquan lalu datang mendekati Nirmala yang sedang selesakan diri atas sofa. Wajah bersih Nirmala dipandang lalu dikucup lembut ke dua-dua pipi Nirmala.

Nirmala membalas kucupan di pipi Amil Zaquan sambil tersenyum.

“Ibu nangis ek?”

Nirmala tersenyum sambil geleng kepala.

“Mil tahu ibu nangis. Mata ibu bengkak. Ibu gaduh dengan papa ek?”

Nirmala geleng lagi.

“Ibu dah pandai menipu sekarang ni ek! Tak baik menipu tau! Tuhan marah. Tok Abi kata orang yang menipu ni amat dibenci oleh Allah.”

Nirmala tersenyum lebar mendengar bebelan Amil Zaquan. Sejak hatinya mula merindu kembali pada Fir Luqman, dia turut rindukan bebelan Amil Zaquan yang kini sudah berumur lapan tahun.

“Ibu pun tak suka orang yang suka menipu. Apa Amil buat kalau ada kawan Amil menipu Amil?” .

“Tok Abi kata, maafkan saja orang macam tu. Tapi lepas tu jangan rapat lagi dengan dia. Berkawan tak apa tapi jangan rapat. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk mencari kawan yang baik.”

“Pandainya anak ibu bercakap!” Ujar Nirmala lalu tersenyum lebar. Bangga hatinya memiliki seorang anak yang cerdik seperti Amil Zaquan.

“Ayah Amil dulu pandai bercakap tak macam Amil?”

Nirmala ketawa mengekek dengar soalan yang keluar dari mulut anaknya. Kalaulah Amil Zaquan tahu bagaimana sifat dan tingkahlaku Fir Luqman, pasti anaknya tidak bertanya begitu.

“Mil nak tengok rupa ayah?”

“Nak..! Dah lama Amil nak minta tengok. Tapi papa tak kasi sebab takut ibu menangis lagi. Papa tak suka tengok ibu sedih dan menangis.”

Nirmala lepaskan nafas berat. Serba salah dia dalam menilai sifat diri Fazhan. Bukan dia tak sayang atau tak cinta pada Fazhan, cuma sekarang perasaan amarahnya sudah melebihi rasa cinta dan sayang pada lelaki itu.

“Mil nak ikut ibu tak?” Tanya Nirmala tiba-tiba. Rasanya sudah tiba masa dia membawa Amil Zaquan pulang ke rumahnya. Memandangkan cuti sekolah sudah bermula, dia bercadang mahu habiskan cuti sekolah Amil Zaquan di rumahnya.

“Pergi mana?”

“Balik rumah ayah Luqman.”

“Nak! Bila?”

“Sekarang.” Balas Nirmala lantas kunci kereta dicapai. Anis Humaira didukung sambil memimpin tangan Amil Zaquan lalu melangkah keluar dari rumahnya.

“Nak ke mana tu?” Laung Dato Hamdan ketika melihat Nirmala melangkah keluar dari pintu.

“Mil nak balik rumah ayah. Tokwan duduk rumah tau. Jangan ke mana-mana. Nanti Mil balik.” Balas Amil Zaquan yang tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga ibu dan papanya.

Dato Hamdan tergamam mendengar penjelasan Amil Zaquan. Hatinya mula tak senang. Dia tahu Nirmala sedang marah. Untuk menegur, dia rasa tak patut kerana dengan teguran nanti Nirmala akan lebih memberontak. Nasib baiklah Husni sudah datang menjemput kakaknya pulang ke Amerika Syarikat dua bulan lalu. Kalau tidak, sudah tentu telinganya berasap mendengar bebelan kakaknya Hasmah.

“Mala bawak anak-anak pergi mana ayah?” Pantas Fazhan bertanya sambil laju melangkah turun dari tangga. Selepas solat tadi dia sedar Nirmala tiada dalam bilik. Baru nak keluar, dia terdengar bunyi enjin kereta dihidupkan. Dan dia yakin itu adalah bunyi kereta enjin Nirmala.

“Amil cakap nak balik rumah ayah dia. Ayah yakin Mala bawa anak-anak dia balik rumah dia.”

Fazhan terduduk lemah di sofa.

“An tak tahu nak kata apa lagi dekat dia. Sepatah kata pun dia tak balas lepas saya berterus terang tadi.”

“Dia masih terkejut lagi tu. Ayah pun tak tahu nak buat apa. Tapi kalau dibiar-biar, tak tahulah apa yang dia nak buat lepas ni.”

Fazhan membisu sambil melepaskan duduknya atas sofa. Dia sendiri buntu tak tahu apa yang harus dilakukan selepas ini. Pada pandangan matanya, hanya Jefri tempat dia mengadu harap. Namun dia serba salah mahu mengadu pada Jefri kerana tidak mahu mengganggu sahabatnya itu sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung hujung tahun nanti.


“WAH..! besarnya rumah ayah. Kenapa ibu tak pernah bawak Mil datang sini?”

“Ibu takut Mil tak selesa. Lagipun Mil pernah cakap, Mil suka tinggal di rumah tokwan.”

“Sekarang Mil dah ada rumah sendiri. Tak payahlah kita balik rumah tokwan lagi. Adik Anis pun mesti suka tinggal dekat sini.”

Nirmala tersenyum lega mendengar kata-kata Amil Zaquan.

“Dah besar rupanya cucu nenek. Amilkan?” Suara riuh Mak Tun kedengaran dari pintu utama.

Amil zaquan mengangguk laju sambil tersenyum. Tangan dihulurkan untuk bersalam.

“Ini nenek Tun. Mil panggil nenek saja. Yang tu pulak Atuk Mihad.” Terang Nirmala pada Amil Zaquan.

“Masyaallah..! tak ubah langsung dengan arwah. Jadilah untuk pengubat rindu.” Ulas Pak Mihat sambil merenung tepat ke wajah Amil Zaquan. Nirmala tersenyum hambar.

“Nanti saya senaraikan barang. Pak Mihad tolong belikan ye!” Kata Nirmala pada Pak Mihad. Semasa dalam perjalanan tadi baru dia teringatkan susu dan pampers Anis Humaira. Kerana Amil Zaquan seperti sudah tidak sabar nak ke rumahnya, maka diabaikan saja niatnya itu. Malam nanti dia bercadang mahu membeli pakaian Amil Zaquan dan Anis Humaira kerana pakaian anak-anaknya sehelai pun tak dibawa.

“Baik Puan.”

Nirmala tersenyum lebar melihat telatah Amil Zaquan ketika memijakkan kaki ke dalam rumah.

“Itu ke ayah Amil?” Tanya Amil Zaquan ketika matanya terpaku pada sebuah bingkai gambar yang tergantung kemas di dusut ruang tamu.

Yupp! Sama tak macam Amil?”

Amil Zaquan tersenyum sambil angguk kepala. Nirmala tak tahu apa yang anaknya fikirkan waktu itu. Apa yang dia harap, Amil boleh terima keadaan itu.


“HABIS TU, apa kau nak buat sekarang? Takkan nak duduk diam saja macam ni?” Jefri sudah mula tak senang hati selepas Fazhan menjelaskan apa yang terjadi. Selepas menerima panggilan dari Fazhan tadi, hatinya dah mula tak sedap bila mendengar Fahan mengeluh. Sudah dapat diagak perkara yang nak dielakkan terpaksa ditempuh jua.

“Sebab tu aku jumpa kau. Kalau aku tahu nak buat apa, tak payahlah aku beria-ria cerita.” Balas Fazhan geram.

Jefri melepaskan keluhan berat. Dia sendiri tak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah kawannya itu. Kalau boleh dia tak mahu masuk campur dalam masalah rumahtangga Fazhan dan Nirmala. Tapi bila mengenangkan erti kata sebenar sahabat, dipaksa juga dirinya membantu.

“Habis, kau nak aku buat apa? Pujuk dia supaya terima kau balik?”

“Entah! Aku tak tahu. Aku takut kalau kau jumpa dia, nanti dikata aku mengadu kat kau pulak. Tapi kalau bukan kau, siapa lagi yang dia nak dengar kata. Maklong Hasmah pulak dah balik. Kalau ada dia, senang sikit kerja aku.”

Jefri garu kepala sambil berfikir. Dia yakin jika diberikan seribu alasan pun Nirmala tak mungkin terima dikala hatinya masih marah dan terkejut. Bukan dia tak kenal dengan Nirmala. Nampak saja lemah lembut, tapi jika hatinya tengah sakit, hatinya akan jadi sekeras kerikir.

“Aku rasa ada baiknya kita biarkan dulu. Tunggu hingga hati dia benar-benar sejuk. Kalau kita bertindak sekarang, nanti dia akan semakin panas.”

“Aku risaukan anak-anak aku.”

“Kau nak risau apa? Takut Mala buat benda-benda tak elok pada anak-anak dia? Macam tu? Bini kau tu bukan gila, bro!. Kalau anak-anak ada pada dia, aku tak risau sebab sekurang-kurangnya dia tak bersendiri. Biarlah anak-anak dia tinggal dengan dia untuk sementara waktu ni.”

Fazhan terdiam mendengar bebelan Jefri.

“Majlis kau bila? Aku rasa masa tu saja peluang yang aku ada nak dekati dia.”

“Berangan jelah..!” Suara Jefri seakan menjauh.

“Apa fasal pulak?” Fazhan hairan.

Takde jodoh! Aku redha.”

Fazhan terkejut. Wajah sayu sahabatnya dipandang tepat.

“Belum apa-apa, dia dah mintak itu ini dekat aku. Mentang-mentang aku ni kerja dalam syarikat sendiri, senang-senang dia buat aku macam pak turut dia.”

“Mak dengan abah kata apa?”

“Nak kata apa lagi. Terima sajalah. Paling buat aku tak sangka, dia dah ada isi. Patutlah beria-ria ajak aku kawin cepat. Rupanya nak tutup malu.”

Fazhan beristigfar panjang. Memang pada pandangan pertama lagi, dia tak senang melihat tingkah laku Sara.

“Kalau Mala tahu mesti dia terkejut. Dalam pada tu mesti dia bersyukur.”

Jefri pandang muka Fazhan sambil angkat kening. Tersengeh-sengeh Fazhan melihat riaksi Jefri yang kehairanan. Yang sebenarnya Fazhan turut rasa bersyukur kerana Allah melindungi sahabat baiknya itu.


ENCEM betul ayah Mil ni, kan ibu? Macam Mil pulak bila Mil tengok lama-lama.”

Nirmala mengekek ketawa mendengar Amil Zaquan bersuara.

“Mil yang encem macam ayah. Bukan ayah encem macam Mil.”

“Eh! Ye ke? Ah..sama jelah tu!” Bentak Amil Zaquan sambil matanya tak lepas menatap gambar wajah Fir Luqman.

Sejak petang tadi, bingkai gambar itu memang tak lepas dari tangannya. Semasa keluar shoping tadi pun dia merengek nak bawa sama. Kerana tidak mahu anaknya pendam perasaan, diberikan sekeping gambar Fir Luqman berukuran paspot lalu dimasukkan ke dalam dompet kecil lalu diberikan pada anaknya. Tak kurang itu juga, gambar-gambar dan rakaman video yang sejak dulu Nirmala simpan dalam komputernya di masukkan semua ke dalam tablet milik Amil Zaquan. Sepanjang perjalanan, Amil Zaquan tak lepas mata memandang gambar-gambar dan video Fir Luqman di dalam tabletnya. Hinggalah tiba masa tidur, tablet  itu tetap menjadi penemannya.

“Dah besar nanti, anak ibu nak jadi apa?” Tanya Nirmala sambil menepuk-nepuk badan Anis Humaira untuk ditidurkan di dalam buaian. Sambil-sambil itu buaian milik Amil Zaquan dulu digoyang-goyangkan.

“Amil nak jadi seorang arkitek terkenal. Amil nak buka syarikat sendiri.”

“Wah! besarnya cita-cita. Kalau ibu kata syarikat Mil memang dah ada, Mil percaya tak?”

“Mil mana ada duit nak bukak syarikat sendiri sekarang.”

Nirmala ketawa lagi. Terhibur hatinya berbual dengan Amil Zaquan. Hilang sejenak masalah yang menimpa.

“Kalau Mil nak tahu, syarikat yang ibu kerja sekarang adalah milik Mil. Ayah serahkan pada Mil. Tapi sekarang, sementara nak tunggu Mil besar, ibu yang kena uruskan.”

Amil Zaquan merenung lama wajah Nirmala yang sedang tersenyum manis. Melihatkan Anis Humaira sudah lena, Nirmala bangun lalu menuju ke arah meja kerjanya. Laci meja ditarik lalu sekeping sampul surat diberikan kepada Amil Zaquan.

“Surat ni arwah ayah suruh ibu berikan pada Mil bila Mil dah pandai membaca. Sebenarnya ibu nak bagi tahun lepas tapi ibu takut Mil tak faham tulisan ayah. Cuba Amil baca. Ibu nak dengar. Kalau Amil tak faham, nanti ibu terangkan.” Kata Nirmala. Yang sebenarnya dia sendiri tak pernah tahu apa isi kandungan surat itu.

“Bila ayah bagi surat ni, ibu?”

“Dah lama dah..!” Balas Nirmala sayu sambil melihat Amil Zaquan membuka sampul surat yang tidak bergam lalu dibaca perlahan. Nirmala tersenyum melihat mulut Amil Zaquan terkumit-kumit membaca dan berselang dengan berkerut-kerut wajahnya. Mungkin sedikit sukar kerana tulisan Fir Luqman yang bersambung-sambung.

-Assalamualaikum..Salam sayang, kasih dan cinta untuk anak ayah Amil Zaquan.. Bila dah besar jadilah anak yang mendengar kata ibu.  Jadilah anak yang baik. Jadilah anak yang soleh. Belajar rajin-rajin hingga berjaya. Jangan tinggal solat. Jangan malas belajar. Bila dah dewasa, teruskan usaha ayah. Ayah tak banyak harta nak beri pada Amil. Hanya syarikat itu yang mampu ayah beri pada Amil. Jagalah dengan baik pemberian ayah pada Mil tu. Hanya pada Amil ayah harap dapat kembangkan syarikat ayah. Bila Amil dah berumahtangga, pesan pada anak-anak Mil macam yang ayah pesankan pada Mil sekarang.

Sebelum ayah pergi, satu yang penting Mil kena tahu, ayah sayang sangat pada Mil dan ibu. Kalian adalah harta ayah dunia akhirat. Kembalikan semangat ibu. Sayangi ibu seperti  Amil sayangkan diri sendiri. Jangan biarkan ibu bersedih. Jangan biarkan ibu menangis. Kerana setitis air mata ibu yang mengalir, amat perit bagi ayah rasa. PLEASE!! Ayah merayu, tolong jaga ibu baik-baik.
Salam sayang, rindu dan kasih. Terimalah peluk cium dari ayah untuk Amil.-

Nirmala tersenyum melihat Amil Zaquan melipat surat itu lalu disimpan semula ke dalam sampul tanda surat itu sudah habis dibaca. Bila Amil Zaquan angkat kepala, Nirmala tergamam bila melihat mata dan pipi Amil Zaquan sudah kebasahan. Tubuh Amil Zaquan dipeluk erat.

“Mil janji akan ikut apa yang ayah pesan. Mil janji akan jaga ibu macam yang ayah nak. Ibu jangan sedih-sedih. Jangan menangis lagi. Ayah kata kalau ibu menangis dia sedih.”

Nirmala hilang kata-kata. Dia sendiri tak pernah membaca apa yang pernah dicoretkan oleh Fir Luqman untuk Amil Zaquan. Surat ditangan Amil Zaquan diambil lalu dibaca pantas. Mengalir juga air matanya ketika membaca ayat terakhir Fir Luqman untuknya.

Untuk kesayangan abang yang paling abang sayangi dan cintai serta kasihi… Didiklah anak kita hingga menjadi manusia yang disegani. Penuhi iman di dadanya. Jangan sia-siakan hidupnya. Seandainya sayang sudah temui pengganti abang, SAYANGIlah dia seperti mana sayang menyayangi abang. CINTAIlah dia sebagaimana sayang cintai abang. HORMATIlah dia seperti sayang hormat abang. Abang redha andai sudah tertulis sayang menjadi milik dia. Tapi seandainya sayang masih mengharapkan abang sebagai pemimpin, abang setia menanti sayang di sana.

Tak dapat nak gambarkan betapa menyesalnya apa yang telah dilakukan. Rasa menyesal kerana tidak pantas membaca surat itu dari dulu. Rasa menyesal kerana baru tahu Fir Luqman setia menantinya sedangkan selama ini dia asyik menyalahkan Fir Luqman kerana meninggalkannya. Kalaulah dia tahu apa yang Fir Luqman coretkan, pasti hidupnya tak tertekan begini. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Dia pun sudah menjadi milik mutlak Khir Fazhan. Mahu tak mahu dia terpaksa redha dan dia yakin Fir Luqman merestui apa yang berlaku pada dirinya. Tambahan lagi cintanya sudah beralih arah pada Khir Fazhan. Tapi setelah apa yang berlaku baru-baru ini dia sendiri tak tahu samaada cintanya pada Khir Fazhan boleh dikekalkan lagi atau tidak.

No comments: