PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 18 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

18
NUR
Orang yang pernah melalui kesusahan hidup akan lebih memahami kesusahan orang lain.

SAKIT  kepala aku bila memikirkan jalan cerita hidup aku ni. Nancy yang masih murung di sebelah aku pandang sekilas. Aku yakin dia tak ada apa-apa yang nak dibualkan. Sejak keluar dari rumah ayah tadi, aku hanya dengar esakan halus darinya sahaja. Nak aku pujuk tapi aku tak tahu macam mana. Akhirnya aku ambil keputusan berdiam sahaja. Aku takut kalau aku pujuk, jadi lagi teruk. Selama ni aku bukan biasa memujuk orang. Maklumlah..orang tak ada adik beradik! Masa aku kecik-kecik dulu aku yang selalu dipujuk oleh Mak Da.

“Kalau kau penat, biar aku drive pulak!” Suara Nancy tiba-tiba kedengaran di gegendang telinga aku selepas dua jam lebih membisu dalam kereta. Dalam hati aku dah nak senyum sebab Nancy dah kembali. Kalau tadi aku nampak dia hanya dengan dunia dia saja. Sebenarnya aku turut terasa dengan apa yang jadi pada diri aku di rumah ayah tadi. Tapi selepas dengar pengakuan ayah, sedikit-sedikit hati aku boleh terima walaupun sakitnya masih berbaki.

“Tak apa! Aku okey lagi ni.” Aku balas sambil tersenyum nipis. Cermin mata hitam yang aku pakai, aku tanggalkan setelah silau matahari sudah beralih arah.

“Aku takut kau penat. Tau dekat Zikri, tak fasal-fasal menanah telinga aku kena bebel.”

“Tak ada hallah! Kalau kau tak cakap, bukan dia tahu!”

“Nanti sampai tempat rehat, kau berhenti ye? Aku nak beli barang makan sikit buat kudap-kudap dalam kereta. Boring duduk dalam kereta kau ni. Tak ada benda yang boleh nak kunyah.”

Aku ketawa geli hati dengar Nancy merungut. Aku yakin Nancy sebenar sudah sihat dari sakitnya tadi. Nak juga aku dengar komen dia mengenai hal tadi, tapi aku takut kalau mengganggu emosinya yang baru nak pulih.

“Yelah! Aku pun nak ke toilet. Dah tak tahan duduk lama-lama dalam kereta ni. Sejuk!” Ulasku bersahaja. Memang sejuk pun. Nak matikan aircond nanti panas pulak. Jadi ada baiknya aku berhenti rehat sekejap. Bolehlah aku call Zikri sekejap. Sejak keluar dari rumah ayah tadi, satu call pun belum aku buat untuk Zikri. Aku yakin mesti dia bising.

Keluar dari tandas aku segera ke kereta. Dari luar aku lihat Nancy sedang makan buah langsat yang di beli tadi. Terbeliak mata aku bila menoleh ke tempat duduk belakang. Terdapat juga buah-buah lain seperti jambu batu, rambutan, duku dan buah naga. Dia atas ribanya pula kelihatan buah-buahan yang siap dipotong. Aku geleng kepala. Tadi nampak macam susah hati. Tapi makan macam orang tak ada masalah pulak.

“Kadang-kadang aku rasa pelik dengan dunia ni.” Tiba-tiba Nancy bersuara. Mulutnya sibuk mengunyah;

“Apa yang peliknya?” Aku tanya sambil membetulkan kedudukan kerusi aku sebelah Nancy bahagian penumpang. Sampai tadi aku lihat Nancy duduk tempat pemandu, jadi aku yakin lepas ni dia yang akan drive. Setelah yakin selesa, bungkusan buah potong atas riba Nancy aku ambil dan makan. Aku yakin Nancy belum mahu mulakan perjalanan kerana mahu menghayati buah-buahan yang dibeli. Kiranya rehat sambil menjamu seleralah ni.. Nak makan nasi tapi tak ada selera. Dengan cuaca yang agak panas, selera nak makan nasi hilang. Lainlah kalau mak atau maksu yang masak. Datanglah musim apa pun aku bedal tak cukup pinggan.

“Yelah..! Cuba kau fikir balik. Selama kita berkawan, ada tak kita terfikir kita ni memang ada ikatan hubungan yang rapat? Walaupun kita bukan seagama, pada asalnya keluarga kita memang kenal rapat antara satu sama lain sejak dulu lagi. Aku macam tak percaya keluarga kita memang kenalan rapat. Aku yakin sangat kakak-kakak kau tu mesti bestfriend kakak-kakak aku.”

Aku angguk setuju.

“Mungkin Allah sengaja nak kita bertemu dengan cara macam ni kot!”

“Mungkin! Sebelum aku kenal dengan kau, aku memang tak pernah kawan dengan orang melayu. Bagi aku melayu jahat macam GRO yang porak perandakan keluarga aku. Tapi sejak aku kenal kau, entah kenapa aku rasa kau ni lain. Dan mungkin sebab tu aku boleh kawan dengan kau!”

Aku tersenyum bangga. Rasa berbunga dengar Nancy cakap macam tu. Maknanya aku ni baiklah…!

“Ye ke? Bukan gedung kamdar yang tutup tu ke sebab kau kawan dengan aku?” Aku tanya sambil tersenyum sinis. Mengekek-ngekek Nancy dan aku ketawa. Lucu jika diingat balik.

“Kau dah okey ke belum ni?” Aku tanya sebab aku lihat dia berselera sekali makan.

“Aku okey! Cuma tadi aku terkejut sikit.”

“Maknanya kau boleh terima Aidil sebagai adik kau?”

“Yang tu aku tak tahu nak jawab. Belum terfikir lagi. Tapi kau tu macam mana? Selepas dengar cerita ayah kau tadi, boleh ke kau terima dia?”

“Entahlah Nancy! Aku pun tak tahu nak cakap apa. Semuanya aku serahkan pada budi bicara mak. Kalau mak terima, aku terima. Tapi kalau mak tak terima, aku boleh buat apa, ikut jelah kata emak”

“Diakan ayah kau!”

“Aku tahu! Bukan aku tak kasihan tengok muka dia tadi. Tapi bila aku ingat balik penderitaan emak, hati aku sakit. Dua puluh tujuh tahun Nancy, jangka hayat yang bukan sekejap! Aku hidup sendiri tanpa merasa kasih emak dan ayah. Kau derita sebab kehilangan ayah, emak dan kakak. Tapi kau merasa jugak hidup dengan dia orang selama enam tahun. Aku? Sejak lahir aku tak tahu macam mana rasanya dibelai oleh emak dan ayah walaupun pada hakikatnya emak, ayah dan adik beradik aku masih ada. Zaman kanak-kanak aku terbuang macam tu saja. Hanya arwah Mak Da yang aku ada. Tapi siapa Mak Da.? Dia tak ada kena mengena langsung dengan aku.”

“Aku tahu hidup kau lebih rumit, Nur! Tapi tiba saat dan ketika, kau perlu terima hakikat yang kau masih ada keluarga yang betul-betul menyayangi kau.”

“Menyayangi aku? Ye ke dia orang sayang aku? Padahal mereka pun baru kenal aku beberapa jam saja. Takkan dah jatuh sayang kot! Aku tak percayalah dia orang sayang aku macam Mak Da sayang aku.”

“Maknanya kau tak yakin dengan mak kau jugak?”

“Entah. Aku tak tahu. Walaupun aku yang jaga emak sekarang, jauh di sidut hati aku yakin emak hanya harapkan anak-anaknya yang lain. Bukan pada aku. Mungkin sebab dia tak pernah jaga aku. Sebab tu dia tak rasa sayang macam yang aku rasa pada dia. Dan sebab itu aku akan cuba raih kasih emak agar emak akan terima aku seperti anak-anaknya yang pernah dia jaga.”

“Aku percaya satu hari nanti kau akan temui semula kebahagiaan yang kau idamkan tu. Percaya pada qadak dan qadar Nur!”

“Amboi nyanya! Sejak bila pandai bercakap tentang qadak dan qadar ni?”

“Sejak aku kawan dengan kaulah..! Aku rasa aku nak teruskan niat papa aku untuk masuk islam. Mungkin inilah hikmah sebalik kejadian yang berlaku dalam hidup aku. Jadi aku tak perlu menyesal kerana aku yakin tuhan ada sentiasa dengan aku menolong dan melindungi aku.”

Aku tergamam mendengar bicara yang dituturkan oleh Nancy. Bicaranya seperti dia sudah benar-benar islam.

“Kau yakin dengan islam dan Tuhan yang satu?” Aku cuba menduga. Selama ni pun Nancy banyak tanyakan aku tentang Islam, namun aku tak sangka secepat ini dia mengambil langkah ke arah itu.

“Aku yakin. Kalau tak, dah lama aku mati. Aku yakin selama ni pun Tuhan yang satu tu yang melindungi aku.” Ujar Nancy sambil tersenyum nipis.

Dalam hati aku ucap syukur alhamdulillah. Namun aku masih mahu menduga sejauh mana kesungguhan Nancy.

“Kau tak takut pada pandangan sinis kaum kau kalau kau teruskan niat kau ni?”

“Apa aku nak takutkan. Lagipun siapa peduli aku nak masuk islam atau tidak. Selama ni pun aku hidup sendiri tanpa sesiapa pun pedulikan aku. Aku berjaya pun atas usaha aku sendiri. Dan aku yakin Tuhan yang satu tu yang menolong aku untuk teruskan kehidupan hingga aku berjaya. Bila aku kenal kau, aku tahu tuhan memang ciptakan seseorang untuk aku menuju ke jalan yang lebih baik. Tuhan pilih kau untuk bimbing aku. Kerana itu juga aku rasa bangga sebab dapat kawan sebaik kau.”

Aku bagai terpukau mendengar hujah Nancy. Bagai tak percaya yang berada di depan aku sekarang adalah Nancy yang mempunyai masa lampau yang memeritkan. Aku memang tabik spring pada dia. Nancy begitu kuat dan cekal dalam menjalani liku-liku kehidupan sendirian. Tak dapat aku bayangkan kehidupannya ketika berada bawah jagaan JKM. Kiranya aku masih bernasib baik kerana ada Mak Da, sedangkan Nancy hidup sendiri tanpa mengenali sesiapa di kelilingnya.

Terfikir juga dalam benak aku sendiri, kenapa aku tidak boleh berfikir seperti Nancy sedangkan dalam islam sudah menyarankan agar sikap bersabar dan terima segala ketentuan itu harus ada dalam diri insan beragama islam. Sudah tertulis sabar itu separuh dari iman, tapi kenapa aku tak boleh bersabar dengan apa yang jadi pada aku. Kenapa aku masih mempertikaikan apa yang Allah dah tentukan pada diri aku? Ahh! Terasa masih belum kuat iman aku untuk melawan segala godaan dan dugaan yang mendatang.

Rasa malu pada Nancy. Selama ini aku banyak memperkatakan tentang islam yang suci pada dia. Dan alhamdulillah, Nancy seakan cepat faham apa yang aku pernah jelaskan padanya. Tapi kenapa aku sebagai orang islam tidak mahu faham dan belum boleh terima apa yang jadi pada diri aku? Jika nak dibandingkan sejarah hidup Nancy lebih rumit dan tragis dari sejarah hidup aku.


HAMPIR jam lima petang aku tiba di depan rumah lepas aku hantar Nancy ke rumahnya tadi. Lega sangat! Bila terpandangkan wajah emak dan maksu sedang tersenyum mneyambut aku di pintu pagar. Lagi lapanglah dada aku rasa.

“Nur kemana? Puas mak dengan maksu tunggu!”

“Ada kerja dekat luar tadi. Pagi tadi memang Nur nak cakap dekat mak. Tapi mak tidur lagi. Nur tak mahulah ganggu mak tidur. Jadi Nur pesan dekat maksu sajalah.”

“Kerja apa? Jauh sangat sampai ke KL.! Risau mak bila dengar Nur bawak kereta sampai ke KL.”

“Nur pergi dengan Nancylah mak! Bukan pergi sorang.” Ujarku sambil tersenyum. Bangga pulak sebab emak seakan-akan mengambil berat tentang keselamatan aku.

“Oh..! Ye ke..? Mak Ingat Nur pergi sorang. Bukan main risau Zikri tadi. Makan pun tak lalu.”

“Dia ada datang sini ke mak?” Aku buat-buat terkejut. Sedangkan masa aku telefon Zikri tadi, dia ada dalam rumah aku. Harap-harap mak tak perasan.

“Mm..Mula-mula nak tunggu sampai Nur balik, tapi tiba-tiba hospital panggil pulak.”

Aku tersenyum pada maksu yang berada di sebelah emak.

“Maksu masak apa hari ni? Nur laparlah! Sejak tadi sebijik nasi belum masuk lagi.” Aku cuba ubah topik perbualan. Tak sanggup lagi nak berbohong pada emak.

Hish! Budak ni. Kenapa tak makan? Elok sangatlah tu memandu masa perut lapar! Kalau jadi apa-apa di tengah jalan, macam mana? Awak tu anak dara. Jagalah sikit makan tu. Kalau sakit siapa yang susah? Taulah cik abang kamu tu dokter!” Maksu Idah sudah mula membebel panjang. Aku tersengeh malu. Ni kalau tau dekat Zikri lagi panas telinga aku dengar dia membebel.

No comments: