PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 24 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

24
NUR
Aku kembali sendiri walaupun aku tahu bahagia sedang menanti..
PULANG dari umrah aku terus sibukkan diri uruskan majlis pernikahan dan persandinganku. Memandangkan aku sendiri di sini, aku agak kelam kabut. Emak dan Maksu aku tinggalkan di rumah ayah. Semuanya kerana permintaan ayah dan Aidil. Dalam rasa berat hati aku mengalah juga. Mak pulak macam tak kisah dan macam berharap. Aku sebagai anak tak patut dan tak ada hak nak menghalang. Aku faham perasaan emak yang rindukan suaminya. Mungkin aku pun macam tu kot kalau dah bergelar isteri kepada Zikri nanti.

Aku bersykur kerana semasa umrah tempoh hari, ayah turut ada sama. Tak sangka ayah sanggup temankan emak dan aku serta maksu. Kata ayah mahu bawa emak pergi bulan madu. Aduh! Romantik sungguh ayah. Masa dekat sana pun, tangan emak langsung tak dilepaskannnya. Jeles pulak aku tengok emak dan ayah. Tapi sejujurnya aku mengaku aku bahagia tengok mak happy dengan ayah. Harap-harap lepas ni tak ada lagi mendung duka lara dalam hidup aku dan emak.

Namun ada satu yang buat aku tak senang hati. Permintaan ayah untuk buat majlis nikah dan persandingan di rumahnya benar-benar buat aku sesak nafas. Pandangan Aidil sentiasa buat aku gelisah. Paling tak sangka, Zikri turut setuju. Katanya, bolehlah dia merasa jalan jauh sikit dalam rombongan tu. Ceh! Macam tak pernah jejak bandar KL pulak cik abang tu. Habis dijelajah satu semenanjung termasuk sabah sarawak, takkan tak puas lagi kot. Lainlah aku ni, negeri yang bersempadan dengan negeri kelahiran aku pun belum aku sampai. Kesian betul aku ni.

Malam ni aku sendiri lagi untuk malam ke tiga di rumah aku. Kerana rasa bosan aku di rumah, aku ajak Nancy bermalam di rumah aku sebab esok aku dan dia akan berangkat ke rumah ayah. Nasib baik nyonya tu setuju. Siang tadi aku ke butik pilih baju untuk majlis nikah bersama Zikri. Penat jugak kena memilih. Nasib baik Zikri jenis yang tidak cerewat. Pilihlah apa saja fesyen, dia tak kisah. Janji mesti warna putih dan tak menjolok mata.

“Wah! Sweetnya baju nikah kau. Dah macam anak raja pulak. Kenapa tak pilih macam fesyen Siti Nurhaliza tu. Aku suka baju macam tu.” Ulas Nancy sambil belek-belek baju yang aku pilih dengan Zikri petang tadi.

“Ini pun dah cukup bagus. Pening kepala aku memilih. Nak menerai lagi. Nasib baik Zikri tak kisah tunggu lama. Dia pulak cuma nak warna putih. Senang sikit kerja aku. Kalau aku pilih fesyen macam Kak Siti kau tu, aku rasa sampai sekarang aku tak habis menerai lagi.”

“Masa nikah aku nanti, aku nak yang macam Datuk Siti tu. Nampak excelent. Colour pulak aku nak warna pink semua. Padanlah dengan warna kulit aku ni. Masa bersanding pulak aku nak warna merah hati. Biar nampak gempak!”

Cerita Nancy buat aku berkerut dahi. Biar betul nyonya ni! Orang cina ada ke majlis akad nikah? Berangan tak habis-habis.!

“Yelah tu!” Aku dah malas melayan angan tak sudah Nancy tu. Namun tiba-tiba aku teringatkan Aidil. Dalam rasa berat hati aku nak tahu juga keudahan cerita Nancy dengan adiknya tu.

“Nancy! Errmm..kau tak jumpa lagi dengan Aidilkan?” Aku tanya tanpa tengok muka dia. Aku tahu dia agak tersentak dengan pertanyaan aku tu. Sebab tu aku tak mahu tengok muka dia. Nyonya tu kalau menjeling boleh luruh semua bulu mata.

“Entahlah Nur! Aku pun tak tahu bila aku boleh ada rasa nak jumpa dia.” Ujar Nancy  beberapa saat kemudian sambil mengeluh. Aku terenyum hambar.

“Dia teringin nak jumpa kau.”

“Nantilah! Aku belum bersedia.” Jawab Nancy acuh tak acuh.

“Aidil tu baik, Nancy. Memang kadang-kadang aku rimas dengan dia. Tapi dalam hubungan keluarga aku memang respek dekat dia. Dia melayan emak macam mak kandung dia. Dengan maksu pun macam tu. Aku tahu dia dah segan dengan ayah dan kakak-kakak aku sedangkan selama ni dia rapat dengan dia orang. Tapi sejak dia tahu kebenaran, dia seperti harapkan seseorang yang sepatutnya berada di sisi dia. Orang itu dah tentunya kau Nancy!”

“Aku tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa bila dah tahu kebenaran ni, Nur. Bukan aku tak mahu jumpa dia tapi aku segan sebenarnya. Layak ke aku bergelar kakak pada dia sedangkan kami berlainan.”

“Aku tahu kau mampu Nancy! Lagipun kesian dia. Tak patut kau buat dia tunggu macam tu.”

“Habis, kau tu kenapa sanggup buat dia macam tu?” Tempelak Nancy perlahan.

“Aku lain..! Aku dah ada Zikri. Takkan dua-dua aku nak balas! Lagipun aku ni perempuan. Kalau aku lelaki haruslah aku fikir tiga empat belas kali.!” Jawabku geram.

Nancy ketawa mengekek kerana ketelanjurannya berbicara.

“Nantilah!” Nancy cuba berdalih.

Aku tahu Nany sukar terima Aidil. Aku menderita kerana hilang kasih ayah dan emak. Tapi kini sudah kembali jadi milik aku. Tapi Nancy lain. Kasih papa dan mamanya hilang terus sekelip mata. Adik beradiknya terus lelap. Kini dia sebatang kara. Dan sebab itulah aku berusaha merapatkan Nancy dan Aidil supaya Nancy tidak lagi rasa sendiri. Sekurang-kurangnya Nancy berpeluang menjadi seorang kakak kepada Aidil yang masih besikap kebudak-budakkan.

“Majlis kau hujung minggu nikan?” Tiba-tiba Nancy menyoal. Aku angguk laju tanpa pandang dia kerana mata aku terfokus pada laptop yang sedang berada depan mata ku. Kerja yang aku bawa balik tadi harus aku selesaikan sebelum aku bercuti.

“Aku stay kat rumah ayah kau, boleh?”

Aku tersenyum lebar. Pada firasatku, Nancy dah terlembut hati untuk berjumpa dengan Aidil.

“Boleh sangat-sangat! Rumah ayah aku banyak bilik. Kalau tak cukup bilik, kau duduk sebilik dengan Aidil. Bukan berdosa pun!” Sempat aku mengusik Nancy. Jelingan tajam Nancy menambahkan lucu hingga berdekah-dekah aku ketawakan dia. Dalam hati aku tak henti-henti ucap syukur.


AIDIL
BANGUN pagi tadi aku dah dengar keriuhan rumah daddy dengan suara anak-anak Kak Ana dan Kak Ida. Riuh rendah suara maksu dan emak setiap pagi sejak beberapa hari lalu buat aku rasa seronok sangat. Bersyukur sangat sebab Nur izinkan Makcik Mazuin dan Maksu Idah tinggal dengan aku walaupun aku tahu keputusan itu agak berat untuk Nur. Tak pernah aku rasa seronok macam ni.  

Bilik tamu sebelah bilik daddy sudah siap diubah suai. Barang-barang dalam bilik tu pun semua dah diganti baru. Set bilik tidur berserta almari tinggi lima pintu siap terpasang elok dalam bilik tu. Semua serba putih cream. Menurut Makcik Mazuin itu warna kegemaran Nur dan Zikri. Aku tersenyum tapi dalam hati aku rasa panas.

Teruja mata aku memandang bilik yang dah siap diubah suai tu. Walaupun itu bukan warna kegemaran aku, jauh disudut hati aku dah mula bayangkan aku adalah pemiliknya. Alangkah indahnya kalau aku yang menjadi penghuni bilik itu. Tapi apakan daya, bilik itu seakan tak sudi terima aku sebagai penghuni.

Selepas penghias bilik keluar dari bilik tu, aku berdiri saja memerhati di luar pintu bilik. Hati aku sayu. Bilik itu nampak mewah dengan set cadar berwarna putih berbunga ros merah hati. Dihiasi pula dengan kelambu putih beropol bunga mawar putih. Semua tu ilham dari Nur dan dirialisasikan oleh Kak Zana dan Kak Ida. Bersungguh-sungguh kakak-kakak aku merialisasikan impian Nur. Beruntung Nur keranan memiliki kakak-kakak yang perihatin. Tiba-tiba aku teringatkan Nancy. Menurut Makcik Mazuin, Nur akan tiba dengan Nancy petang nanti. Aku tahu Nancy masih berat hati nak jumpa dengan aku. Tapi bila dapat tahu tentang kehadiran Nancy nanti, aku dah rasa lega. Aku yakin Nancy dah boleh terima aku.

“Majlis untuk Dil nanti, mak nak buat warna biru putih. Dari bilik tidur sampai keluar rumah, semua biru dan putih.!”

Aku ketawa besar dengar angan tinggi Makcik Mazuin tu. Agak-agaknya siapalah yang bakal jadi suri hidup aku nanti?

“Orang kuat BN rupanya mak ni!” Sindiran aku tu buat Makcik Mazuin  tersenyum sinis. “Dil tak suka biru tapi Dil nak hijau dengan putih.” Ujarku sambil tersenyum lucu. Jelingan Makcik Mazuin dah buat aku ketawa besar.

“Buat sendirilah!” Bentak Makcik Mazuin geram. Aku ketawa lagi lihat telatahnya.

Okey! Tapi Dil tak suka putih. Terus terang Dil cakap Dil tak suka putih. Nanti cepat kotor.”

“Habis, Dil nak warna apa?”

“Kelabu taik anjing!”

Serta merta bahu aku terima hadiah penyedap. Aduh! Berdekah-dekah aku ketawa melihat Makcik Mazuin pergi tinggalkan aku. Bahagia sungguh hidup aku semenjak ada dia dalam rumah ni. Makan pakai aku semuanya wanita itu yang uruskan. Kadang-kadang daddy cemburu pada aku kerana Makcik Mazuin asyik lebihkan aku. Kasihan daddy! Walaupun aku selalu menegah, dia masih berdegil. Aku takut juga kalau dia penat. Walaupun rumah daddy ni ada pembantu rumah, Makcik Mazuin seperti mahu melakukan semua kerja. Apalah anggapan Nur kalau dia tahu semua ni. Pasti aku yang akan disalahkan. Bila pandangan aku kembali pada bilik Nur yang berhias cantik, ketawa aku mati. Hati aku sayu. Jiwa aku sebak. Sebentar lagi Nur akan tiba. Tak sabar-sabar aku nak menikmati raut wajah ayunya tu. Dalam hati, aku tetap berkata. Selagi nyawa aku masih bernadi, peluang untuk meraih cinta Nur masih ada. Aku tahu itu satu dosa, tapi aku tetap kalah dengan cinta aku ni.


NUR
“TOK DI..TOK MAK..! Pengantin dah sampai.!” Jerit keempat-empat anak saudara aku. Dari dalam kereta aku dah nampak dan dengar mereka menjerit dan terlompat-lompat menyambut aku. Aku geleng kepala. Malu jugak bila gelaran pengantin dah aku terima sebelum aku nikah dengan Zikri malam esok.

“Seronok jadi kau. Ada anak-anak saudara. Comel-comel pulak tu!”

“Tengoklah siapa mak saudaranya?” Balasku bangga lalu keluarkan semua barang-barang aku dari CRV Nancy. Sebuah beg pakaian dan kotak-kotak berisi baju nikah dan persandingan serta bunga telur aku keluarkan satu persatu dengan cermat. Menurut Kak Ana dan Kak Ida, aku hanya perlu sediakan bunga telur untuk tetamu saja. Itupun  hanya separuh saja.Yang lain mereka uruskan. Wah! Untung sungguh ada kakak. Jimat duit aku dan Zikri. Senang cakap, semua perbelanjaan ditanggung seratus peratus oleh ayah. Hantaran sepuluh ribu yang Zikri beri masa bertunang bulan lepas, aku masuk dalam bank saja.

Agak banyak barang-barang aku hingga terpaksa guna kereta Nancy yang besar ni. Aku sengaja tak bawak kereta aku sebab lepas majlis aku akan balik dengan kereta Zikri. Memandangkan majlis di rumah Zikri seminggu selepas di rumah ayah, aku cuma ambil cuti selama tiga hari saja. Maknanya tiga hari selepas majlis, aku dah balik ke perak semula untuk kerja di samping menyiapkan majlis untuk rumah Zikri pula.
Usai barang-barang aku dimasukkan ke dalam rumah, aku segera hubungi Zikri. Tersenyum malu aku bila tengok nama Zikri di skrin telefon bimbitku.

“Nur dah sampai!” Ucapku selepas beri salam.

“Cepatnya!” Jawab Zikri terkejut.

“Eh! Ye ke?” Aku dah ketap bibir. Terkemek-kemek muka aku serba salah. Silap timing call rupanya. Sepatutnya aku kena tunggu setengah jam atau empat puluh minit sebelum call. Hm..tadah telinga sajalah.

“Tadi bertolak pukul tiga petang. Sekarang baru pukul enam suku. Tiga jam saja Nur drive? Bahayalah sayang! Sebab tu abang tak kasi Nur drive tadi. Abang nak hantar tak kasi.!”

“Bukan Nur yang drive. Nancy yang drive. Kan bawak kereta dia.” Aku cuba beralasan. Melihat Nancy berjegil mata, aku tahan ketawa. Kalau Zikri tahu aku yang drive, pasti menanah telinga aku. “Sayang! Nur baru sampai ni. Apa kata bagi Nur rehat rehat sekejap. Nur penatlah. Malam nanti sayang sambung bebel ek?” Aku buat-buat suara manja. Harap-harap panggilan sayang tu dia faham apa yang aku maksudkan. Geli pulak anak tekak panggil dia sayang.

“Nak mengelaklah tu!”

Aku dah bantai gelak besar sambil melangkah masuk bilik yang berada di sebelah bilik ayah dan emak. Hampir tersembul bijik mata aku lihat bilik aku dihias begitu indah. Tak terbayangkan pun bilik pengantin aku begini. Terima kasih banyak-banyaklah pada my sister-sister Nak aku ceritakan pada Zikri waktu itu, tapi aku tak tahu macam mana sebab aku betul-betul teruja.


AIDIL
AMBOI-amboi! Berserinya muka dia. Tahulah esok nak jadi pengantin. Bila dengar suara merdu dia berselang dengan tawa, hati aku makin dihimpit rasa cemburu. Aku yakin aku tahu siapa di hujung talian. Panggilan manja dari mulut dia untuk si dia buat telinga aku semakin berbulu. Kan lebih baik kalau panggilan tu ditujukan pada aku! Hai Aidil! Berangan sajalah kau..!

Aku melangkah perlahan menuju ke arah Nur yang masih tercegat di depan pintu. Aku rasa dia tak sedar kehadiran aku yang yang semakin mendekat di belakangnya. Aku jadi sesak nafas bila berada dekat dengan dia. Haruman perfume vanilla yang menyelimut tubuh dia, benar-benar buat aku tak tentu arah. Ringan saja tangan aku nak angkat untuk menyentuhnya. Namun bila aku tersedar aku cepat-cepat beristigfar. Alhamdulillah aku masih waras.

“Nur!” Sapa ku perlahan. Rasa bersalah pulak bila lihat dia terkejut sambil mengurut dada. Beristigfar panjang Nur walaupun perlahan.

“Saya minta maaf sebab kejutkan awak.”

“Ada apa Aidil?” Tanya Nur bila perasaannya sudah reda. Telefon bimbit di tangannya dimasukkan kedalam beg tangannya yang bersangkut di bahu kanannya. Aku sudah mula tergagap-gagap. Namun aku harus suarakan juga apa yang aku rasa walaupun aku tahu dia akan rimas dengan sikap aku.

“Boleh saya cakap sikit?”

“Cakaplah! Hal mak ke?”

Aku mengeluh dan menggeleng. Sambil tersenyum aku undur sedikit kebelakang lalu bersandar di dinding. Wajah bersih Nur aku tatap sejenak.

“Kenapa awak tak mahu pertimbangkan perasaan saya Nur? Saya masih harapkan awak Nur.”

“Awak dah gila ke? Sehari saja lagi saya akan bergelar isteri. Berapa kali saya nak cakap yang saya tak pernah ada perasan langsung pada awak. Awak ingat dengan rupa dan kedudukan yang awak ada selama ni akan mengaburkan mata dan hati saya.? Awak silap Aidil. Saya bukan gadis zaman kuliah kita dulu. Saya bukan Azie yang sanggup bermuka tebal mengharap kasih dari orang macam awak.”

“Hina sangat ke saya ni?”

“Berapa kali saya nak cakap? Saya tak pernah hina awak dan takkan menghina awak sebab saya pun manusia macam awak. Saya sedar diri. Saya tak berkedudukan macam awak. Awak manusia yang sempurna dan mampu dapat apa saja yang dihajati.”

“Tapi saya tak mampu dapatkan awak.”

“Kalau dah sedar tak mampu, ada baiknya awak berserah dan redha. Mintak maaf Aidil, saya tak mampu terima awak.”

Aku hilang pertimbangan. Entah kenapa tanpa aku sedar, aku terus menerpa ke arah tubuhnya sambil menolaknya hingga masuk ke dalam biliknya yang terbuka. Aku yakin tiada siapa yang perasan kelakuan aku tu kerana semua orang sedang sibuk di ruang dapur. Sambil menekup mulutnya aku rapatkan badan aku ke badannya hingga dia terdorong ke belakang dan langkah undurnya mati kerana terhalang dengan dinding almari. Semakin mendekatkan wajah aku ke wajahnya, semakin membuak-buak perangai syaitan aku.

“Aku takkan lepaskan kau dengan mudah ke tangan Zikri. Esok kau akan jadi milik dia. Tapi hari yang akan datang, kau jangan lupa, kau akan jadi milik aku pulak. Aku akan cuba dapatkan kau dengan apa jua cara sekali pun walaupun dengan cara membunuh!” Ucapku perlahan tetapi tegas. Bila aku lihat mata bulatnya berkaca-kaca dan merah, aku tersedar. Rasa bersalah aku datang beraja. Cepat-cepat aku lepaskan tekupan tangan aku di mulutnya. Langkah laju aku atur keluar dari biliknya. 

Walaupun aku rasa bersalah, jauh diudut hati aku rasa puas sebab dapat buat macam tu. Itulah kali pertama aku dapat merenung wajah Nur dengan begitu dekat. Rasa macam nak ulangi lagi kelakuan tadi. Wajah kuning langsatnya yang tidak terjejas dengan sebiji jerawat pun buat aku nak jamah dengan bibir aku. Bibir nipisnya yang merah benar-benar buat aku bernafsu. Tak sangka aku berperangai macam tu. Sebelum ni mana pernah aku begini. Kalau tahu dekat ayah, emak dan kakak-kakak aku mati aku dikerjakan sekali gus kena halau dari keluarga ni.

Aku hempaskan badan aku di atas katil empukku. Sambil meraup wajah aku beristigfar banyak kali. Sambil tersenyum aku mengeluh lega. Renungan mata Nur tadi masih terbias di mata aku. Sejak aku keluar dari bilik Nur tadi, aku rasa nak menjerit dan ketawa. Gadis itu nampak saja garang namun penakut. Makin membuak-buak rasa kasih aku pada dia. Apakah Zikri rasa sama seperti yang aku rasa terhadap Nur? Aku yakin kasih aku lebih dari Zikri.

“Aku akan usahakan hingga kau jadi milik aku Nur! Ini janji aku. Walaupun terpaksa bergadai nyawa.”
Biarlah orang nak kata aku gila atau sasau pun. Sememangnya aku memang dah gilakan Nur sejak aku bertemu dengan dia di Sunway dulu.


NUR
AKU macam tak percaya dengan apa yang dah jadi pada aku sebentar tadi. Nyawa aku rasa seperti berada di hujung pisau yang sedang menghunus di tangkai jantung aku. Aku tak sangka Aidil sanggup berperangai seperti itu semata-mata mahu meraih cinta aku. Aku yakin Aidil dah gila. Rasa menyesal pulak terima tawaran ayah untuk buat majlis aku di sini.

“Kau tak apa-apa Nur?” Sergahan Nancy buat aku tersedar. Dengan linangan air mata aku peluk tubuh Nancy. Masa tu baru aku rasa takut. Ketika Aidil mendekat dengan aku tadi, aku tak rasa takut pada dia tapi sekadar terkejut saja.

“Aku takut Nancy! Aku takut dia apa-apakan Zikri. Aku rasa dia dah gila.”

Syyh! Aku ada sini. Sabar Nur! Ingat tuhan.” Pujuk Nancy perlahan sambil mengusap belakang aku. Setelah aku rasa reda, aku bangun menuju ke katil.

“Aku tak sangka sanggup dia buat macam tu dekat kau.”

“Kau nampak” Aku tanya perlahan.

“Aku ada dalam bilik air tadi. Aku nampak dan aku dengar apa yang dia cakap dan buat kat kau. Aku nekad, kalau dia cuba buat lebih-lebih memang aku bunuh dia!” Bentak Nancy geram.

Wajah garang Nancy aku pandang sekilas. Dalam hati nak gelak pulak. Tak pernah aku lihat Nancy segarang macam tu.

“Apa aku nak buat sekarang? Aku yakin dia takkan duduk diam walaupun aku dah jadi milik Zikri.”

“Aku rasa aku perlu jumpa dia. Bila dengar ugutan dia tadi, aku jadi takut. Aku tak mahu dia ikut jejak papa aku yang sanggup membunuh kerana kasih yang tak kesampaian.”

“Tinggal esok saja lagi aku nak kawin. Berani dia ugut aku. Dia ingat dia siapa?”

“Serahkan pada aku. Budak tak kenal diuntung tu harus di ajar!”

“Kau nak cakap apa? Nanti dia kata aku ngadu dekat kau pulak!”

“Yang tu kau jangan risaulah. Tahulah apa aku nak buat.”

“Aku takut Nan! Kalau jadi apa-apa kat aku, aku masih boleh terima. Tapi kalau jadi sesuatu pada Zikri, sampai mati aku takkan maaf dia!” Ucapku tegas.

“Buat permulaan, apa kata kau ceritakan pada ayah dan mak kau.”

“Aku tak mahu mak terkejut dengan berita ni. Lagipun aku yakin mak takkan percaya. Depan dia orang, Aidil tu pijak semut pun tak mati. Baik bukan main lagi dia.”

“Kau tak boleh minta tolong kak Ana dan Kak Ida?”

Aku temenung sedetik. Kalau kak Ana agak susah sikit sebab dia benar-benar sayangkan Aidil. Tapi kalau Kak Ida aku raa memang boleh. Kelmarin Kak Ida telefon mengadu kat aku tentang layanan emak pada Aidil. Sakit hati dan telinga aku dengar cerita Kak Ida. Aku anak kandung emak pun tak pernah dapat layanan macam tu. Inikan pula dia yang hanya…

“Eh! Tak boleh-tak boleh. Kak Ida tu lain sikit. Kalau dia tahu, habis satu rumah ni dia hamukkan. Silap-silap majlis kawin aku jadi majlis tahlil jenazah. Mulut dia bukan boleh harap sangat. Kalau dia dah marah, semua keluar. Silap-silap aku balik yang malu nanti.” Penjelasanku buat Nancy terdiam sejenak.

“Hm..kalau macam tu, kau diam saja. Sedaya upaya kau cuba elak dari bertembung dengan jantan tu. Kau jangan takut. Pastikan kau  sentiasa ada dengan aku.” Pesan Nancy serius.

“Cewah! Macam cat women pulak kau ni!”

Miawww!!” Ucap Nancy lalu menggayakan wajah garang Catwomen ambil menunjukkan kukunya yang tajam. Mengekek-ngekek aku ketawa melihat telatah Nancy.


AIDIL
HAMPIR sejam aku termenung dalam bilik. Setelah rasa boring aku turun semula ke bawah. Langkahku terhenti di pintu dapur. Melihat Makcik Mazuin yang begitu asyik membuat sesuatu, hati aku bagai tercuit nak tahu apa yang disibukkan ketika itu. Ditangannya terdapat piring kecil yang mengandungi serbuk hitam.

“Mak buat apa ni?” Tanyaku berserta kerutan di wajah.

“Bancuh inai untuk Nur pakai malam ni. Diakan nak jadi pengantin, kenalah pakai. Kalau dulu mak giling saja daun inai tapi dekat sini mana mak nak cari daun inai.”

“Habis, yang ni mana mak dapat.?”

“Kak Ida bagi. Dia kata dia beli dekat India.”

“Kalau Dil nak pakai boleh tak mak?”

“Kena cari calon dululah baru boleh pakai.”

“Kalau tak ada calon tak boleh?”

“Boleh. Tapi pelik sangatlah kalau lelaki pakai inai sedangkan bukan  kawin pun..!”

“Dil nak kawin dengan Nur. Tapi Nur tak mahu dekat Dil. Dil nak buat macam mana?” Akhirnya dengan muka tak malu aku mengaku juga depan makcik Mazuin.

“Janganlah macam ni..! Nur dah pilih Zikri, Dil kenalah cari yang lain.”

“Tapi Dil hanya nakkan  Nur!” Aku masih berkeras.

“Jangan cakap macam tu Dil. Kalau Nur tahu, tak senang dia nanti.”

“Dil dah cakap dekat dia, tapi dia tetap tak hiraukan Dil.”

Makcik Mazuin menghela nafas lemah.

“Kalau Dil sayang mak, tolong jangan bagi tekanan pada Nur. Mak merayu!”

Aku hilang kata-kata. Permintaan Makcik Mazuin aku rasa amat berat sekali. Kalau dia minta aku keluar dari rumah ni, aku pasti sanggup buat. Tapi kalau suruh aku lupakan Nur, aku yakin aku tak mampu nak buat.

Aku tinggalkan Makcik Mazuin sendiri termanggu di dapur. Wajah keruh Makcik Mazuin tadi benar-benar buat aku serba salah hingga aku tak sanggup lama di situ. Lantas aku ayunkan kaki aku menuju ke laman. Khemah putih yang terpasang di halaman rumah buat aku rasa nak lepak di situ. Sambil melihat keriuhan anak-anak saudara aku berkejaran, hati aku terhibur sejenak.

“Boleh akak duduk sini?”

Satu suara menerjah masuk ke gegendang telinga aku sejurus beberapa minit selepas aku menarik sebuah kerusi dan tenang duduk di situ. Melihat wajah Nancy sedang tersenyum manis sambil meletakkan segelas jus oren ke arah ku, aku angguk kepala sambil ucapkan terima kasih atas pemberiannya itu.

“Akak tengok Dil macam ada masalah. Boleh akak tahu. Mana tahu kalau akak boleh tolong.”

Aku tersenyum walaupun sedikit tergamam bila Nancy membahasakan dirinya kakak. Mampukah aku gelarkan dia macam tu. Rasa kekok pulak.

“Tak ada apa pun yang mampu ditolong sekarang ni.”

“Macam kecewa saja suara tu.” Nancy cuba serkap jarang.

Aku ketawa kecil. Tak angka Nancy sudi jumpa dan berbual dengan aku. Aku yakin ini sudah pasti bantuan dan nasihat dari Nur.

“Nur kata Dil nak jumpa akak. Kenapa?”

“Fasih awak cakap melayukan?” Aku menepis dari menjawab soalan Nancy. Belum masanya aku menjawab soalan tu. Aku masih malu-malu nak memanggilnya kakak. Wajah Nancy yang kelihatan muda seakan sebaya aku, buat aku malu nak panggil dia kakak.

“Dari kecil berkawan dengan orang melayu. Sekolah pun sekolah melayu. Pengasuh pun orang melayu. Keluarga angkat pun orang melayu. Tunggu nak cari suami  melayu je belum lagi.” Kata Nancy. Aku tersenyum dengar Nancy berseloroh.

“Pandai cakap cina?” Aku tanya sambil tersengeh.

Of coz lah..!”

“Untunglah!”

“Apa yang untung?”

“Saya ni nama je anak orang cina tapi tak pandai cakap cina.”

“Aidil lebih beruntung kerana dijaga dengan sepenuh kasih sayang oleh orang melayu yang betul-betul sayangkan Aidil. Dua puluh tujuh tahun ditatang penuh kasih sayang, Dil patut bersyukur. Kalau nak di bandingkan dengan akak dan Nur, Dil lebih beruntung. Bila fikir balik, rasa jeles pulak.” Ujar Nancy lalu ketawa kecil. Aku tersenyum nipis.

“Sebab tu ke awak tak mahu jumpa saya?” Aku sengaja tanya soalan tu kerana dia sering mengelak bertemu dengan aku. Bila tengok Nancy senyum sambil menggeleng kepala, aku hairan.

“Mintak maaflah sebab asyik mengelak. Bukan tak mahu jumpa tapi hati masih berbelah bagi. Tak percaya yang selama ni Aidil ni adik akak.”

“Tak apalah. Saya faham. Lagipun kita pun tak minta semua ni jadikan?”

“Baguslah kalau Dil ingat macam tu. Satu akak nak pesan, tolong jaga hati keluarga Dil ni. Walaupun dia orang bukan darah daging Dil, Dil kena ingat jasa dia orang. Terutamanya Makcik Mazuin. Jangan sakitkan hati dia. Kalau tak kerana dia sanggup berkorban, dah tentu Dil tak merasa senang macam sekarang.”

“Saya tak minta hidup macam ni.”

“Ye akak tahu. Tapi sebagai anak, Dil kena tahu setiap qada dan qadar yang tuhan tetapkan pada setiap hamba.”

Bagai terpaku aku mendengar kata-kata Nancy.

“Makcik Mazuin tu akak kenal selepas dua bulan akak kenal dengan Nur. Pertama kali akak jumpa dia di hopital, akak tak tahan sebak. Walaupun dijaga dengan baik, raut wajahnya kalau dilihat, kita akan dapat bayangkan betapa sengsaranya dia. Akak tak dapat bayangkan bagaimana kehidupan Nur tanpa kedua orang tua di sisi. Dua puluh tujuh tahun dia hidup tanpa pernah merasa belaian kasih dari orang yang bergelar ayah dan ibu. Semuanya kerana angkara orang tak bertanggungjawab seperti papa kita. Kalau tak kerana papa kita dah lama kita semua hidup bahagia.”

“Bukan salah dia. Yang sebenarnya kerana kewujudan saya. Kalau tak kerana saya, pasti semua ni tak jadi. Awak hidup bahagia di samping keluarga awak dan Nur pasti takkan terpisah kasih dari keluarga dia. Abang dia pun pasti tak mati. Semuanya kerana saya.”

“Kalau dah tahu dia banyak menderita, kenapa masih nak mendera perasaan dia? Akak nampak apa yang Dil cuba buat pada Nur tadi.”

Aku tersentak. Tiba-tiba aku rasa muka aku jadi tebal dan panas membahang.

“Kenapa buat macam tu? Kenapa ugut Nur macam tu? Kasihan dia! Kak Ana kata Aidil seorang yang baik dan lembut hati. Kenapa dalam soal ni Dil tak boleh mengalah? Apa salah Nur pada Dil? Biarlah dia cipta kebahagiaan dia sendiri. Dia dah cukup menderita. Akak takut sejarah pertumpahan darah yang papa kita lakukan berulang kembali.”

Aku lihat Nancy berhenti bercakap setelah aku tak membalas kata-katanya. Air jus oren yang berada di tangannya diteguk perlahan. Mungkin haus sangat sebab terlalu banyak bercakap. Aku masih tak tahu nak jawab apa. Bukan aku tak tahu dan tak sedar semua tu. Cuma aku tak boleh lawan peraaan aku pada Nur. Hanya tuhan saja yang tahu betapa aku benar-benar cintakan dia.

“Tolonglah Dil. Jangan siksa jiwa Nur lagi. Dia dah cukup tersiksa. Cuba Dil bayangkan. Akak pernah merasa hidup dengan keluarga akak dari lahir hinga umur enam tahun. Dil pulak sepanjang hidup tak pernah kekurangan kasih sayang pun dari dady walaupun bukan ayah kandung. Walaupun mummy Dil tah tak ada, Dil masih berpeluang hidup dengan mummy Dil hingga umur tujuh belas tahun. Tapi cuba Dil fikirkan tentang Nur. Pernah ke dia merasa apa yang kita rasa? Zaman kanak-kanak kita penuh dengan rasa gembira. Dapat hadiah setiap kali hari jadi, pergi bercuti, petang-petang bermain dengan kawan-kawan di taman, nak apa semua dapat. Pergi sekolah dah tentu ada yang menghantar dan jemput. Tapi Nur tak merasa semua tu. Zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan di rumah orang sakit jiwa. Nasib baiklah dia kuat. Bayangkan kalau kita yang berada di tempat dia. Silap-silap kita yang gila, tau tak? Cuba Dil bayangkan saat-saat dia berdepan dengan masyarakat. Dia terpaka pekakkan telinga tiap kali berdepan dengan rakan-rakan bila orang mengejek emak dia gila. Usahkan di zaman sekolah, sampai sekarang pun masih ada orang yang berhati jahat mengejek Nur macam tu.”

Aku kuatkan semangat aku mendengar hujah Nancy. Rasa malu yang amat sangat. Kejamkah aku menyintainya?

“Kenapa awak ceritakan semua ni pada saya?”

“Sebab akak tahu apa yang ada dalam fikiran Dil. Akak nak Dil lepaskan Nur pada yang berhak. Biarlah Nur bahagia dengan pilihan dia. Akak dah tak sanggup lihat dia menderita. Sejak ada Zikri, baru akak boleh nampak wajah ceria dia. Kalau tak, hmm..tak tahulah!”

“Dia ceritakan semua pada awak?”

Nancy geleng sambil tersenyum sinis.

“Nur bukan jenis nak cerita masalah dia pada orang. Semua masalah dia simpan dan pendam sendiri. Tapi setelah apa yang Dil buat pada dia tadi, akak rasa Dil dah melampau. Cinta tak boleh dipaksa, Dil! Zikri pun tak pernah paksa Nur terima dia. Cuma Zikri mengharap dan berdoa agar Nur terima dia. Dia bersyukur selepas Nur terima  walaupun tahu hati Nur keras untuk terima. Kalau Dil nak tahu sebelum Nur terima Zikri, Nur tutup dan kunci terus pintu hati dia untuk terima cinta dari mana-mana lelaki. Semuanya kerana rasa dendamnya pada ayah dia. Tapi setelah lihat kesungguhan Zikri, dia terpaka mengalah walaupun rasa dendam masih berbaki. Jangan kerana sikap Dil, dendamnya kembali.”

“Salahkah saya menyintainya?”

“Tak salah. Cintailah dia sepenuh jiwa pun tapi jangan keterlaluan. Tapi selepas esok, tolong jangan ganggu lagi hidup dia. Dalam islam, Dil mesti tahukan, jatuh cinta, dan menyintai isteri orang merupakan satu dosa. Lagi berdosa kalau Dil ada niat nak meruntuhkan masjid yang dia orang bina. Haram juga kalau Dil berusaha nak memiliki dia.”

Aku bagaikan terpaku dengan hujah Nancy. Kenapa dia orang cina boleh berfikir macam tu sedangkan aku yang islam tak berfikir waras macam tu. Aduh! Malunya aku..

Okeylah! Akak masuk dulu. Dah nak masuk maghrib ni. Orang tua-tua melayu kata kalau duduk sorang-sorang dekat luar waktu macam ni, senang syaitan nak merasuk kita.” Ujar Nancy lalu bangun dan mula melangkah. Namun setelah beberapa langkah ayunan kakinya, dia berpaling semula pada aku.

“Dil nak jumpa papa?”

Aku tersentak.

“Kalau Dil nak jumpa, nanti Dil cakap dengan akak. Akak rasa tentu dia nak jumpa dengan Dil.”

Aku ketap bibir.

“Its okey. Akak faham!” Ujar Nancy perlahan setelah lihat aku masih membisu di situ.

“Dia sihat?” Aku tanya perlahan.

“Sihat. Sekarang dia ada di Penjara Taiping. Dia dah tua. Kalau Dil nak tahu, muka Dil dengan dia masa muda, tak jauh beza pun. Hendsome sangat!”

Aku tersenyum malu dengan pujian Nancy.

“Insyaallah! Nanti saya cakap bila saya nak jumpa dia.”


NUR
“MAKSU! Telinga Nur gatal.” Rengekku pada maksu yang sibuk memakaikan inai di jari aku.

“Mengada-ngadalah Mak Uda ni!” Gerutu Misya sambil tersenyum lucu.

“Mak Uda nak bermanja-manja dengan Maksu. Takkan tak boleh kot!” Maksu seperti menyokong aku.

“Yelah Misya! Biarlah Mak Uda nak manja dengan Nek Su. Nanti bila Mak Uda dah kawin, Mak Uda dah tak boleh nak manja dengan Nek Su lagi.” Ujar Fatin tersenyum-senyum.

“Kenapa pulak?” Misya tanya hairan.

“Mak Uda kan dah nak kawin. Mestilah dia kena manja dengan Pak Uda pulak.  Kalau Misya tak percaya, tengoklah lepas ni. Mak Uda mesti asyik berkepit dengan Pak Uda saja.” Jawab Fatin selamba. Aku dah jegilkan mata pada Fatin.

Isy budak-budak ni! Kalau bercakap ikut sedap mulut saja. Tak kira dengan siapa yang dia orang bercakap. Ingat Mak Uda ni kawan-kawan korang ke? Hormat sikit bila bercakap tu. Kalau zaman Nek Su dulu, kalau bercakap macam tu dah lama kena tenyeh dengan cili. Nak rasa ke? Sekarang cili tak ada, inai ni pun jadi kalau nak rasa!” Tempelak Maksu garang.

Aku bagai nak gelak bila lihat Misya dan Fatin diam menikus. Pantas kedua-duanya terus bangun dan meninggalkan aku dan Maksu di situ. Hm..dia orang baru tahu siapa maksu! Jangan ingat selama maksu berdiam maksu boleh bersabar dengan sikap dia orang. Memang sejak awal lagi, aku perasan maksu seakan kurang senang dengan pertuturan anak-anak saudara aku ni. Mungkin mereka terdedah dengan suasana keliling. Zaman sekarang bukan macam zaman aku dulu. Sekarang mak bapak tak perlu susah-susah ajar anak bercakap sebab melalui media-media pun anak-anak mampu belajar. Terpulang pada kebijaksanaan ibu bapa menilai mana yang baik dan mana yang tidak.

“Dekat sini rupanya. Puas aku cari.”

Suara Nancy kedengaran dari pintu dapur. Aku tersenyum melihat Nancy. Wajah putih bersihnya semakin terserlah selepas mandi.

“Kau buat apa lama-lama dalam bilik. Puas aku panggil ajak pakai inai. Siap kunci pintu pulak tu. Ingatkan kau tidur. Aku malas nak kacau.”

“Aku mandilah. Bilik air dalam bilik kau tu macam kolam renang. Aku berendamlah kejap.” Nancy cuba berseloroh.

Memanglah bilik mandi dalam bilik aku tu besar, tapi tak adalah sampai nak ada kolam renang macam yang Nancy cakapkan tu. Setakat tab mandi tu adalah. Macamlah dekat rumah dia tak ada tab mandi. Rasanya rumah dia semua ada.

“Saya nak pakai sama, boleh tak Maksu? Esok saya kan nak jadi pengapit Nur.”

“Boleh!”

“Saya nak pakai sepuluh jari sampai kaki.”

“Kalau nak pakai macam tu, kena cari pengantin lelaki sekalilah.” Usik maksu Idah.

“Tak ada calon.” Ujar Nancy sambil buat muka kesian.

“Bukan tak ada Maksu. Dia yang memilih sangat. Nak mamat melayu, tapi bila ada yang nak dia jual mahal pulak.”

“Kena masuk islam dululah kalau nak mamat melayu.”

“Kau ni sengaja nak malukan aku. Maksu jangan dengan cakap Nur tu. Saya ni dah tua, tak ada yang nak.”

“Belum tua lagi. Kamu ni cantik. Carilah sorang sementara muda ni. Esok-esok bila dah umur empat puluh kalau kawin pun tak boleh beranak, rugi jugak.”

“Eh Nur! Kenapa kau tak mahu buat macam orang sekarang buat tu. Cantiklah kalau lukis-lukis kat tangan.” Nancy ubah tajuk perbualan. Malu agaknya cakap hal dia.

“Dalam islam tak boleh buat macam tu. Dah macam tatoo.”

“Eh! Ye ke? Tapi aku tengok zaman sekarang ramai yang buat macam tu.”

“Itu dia orang. Aku tak sanggup conteng-conteng kat tangan aku. Dah macam ulat pulak. Aku takut nanti Zikri tak sanggup nak pegang.”

Mengekek-ngekek Nancy dan Maksu Idah ketawa.

“Kalau dia tak mahu pegang tangan kau, suruh dia pegang tangan aku.” Usik Nancy lagi.

“Kalau kau rasa nak telan inai ni sekali dengan piring, kau buatlah!” Aku berlagak garang. Berdekah-dekah Nancy dan Maksu ketawakan aku.

“Jaga-jaga Nancy. Silap-silap malam ni jugak kamu kena balik ipoh.” Seloroh maksu. Sekali lagi Nancu dan maksu ketawa lihat aku jeling geram.

“Kempunanlah saya tak dapat jadi pengapit pengantin!” Ulas Nancy buat muka sedih.

“Nasiblah!” Ujar Maksu sambil geleng kepala.

“Ampunkan patik wahai bakal permaisuri sehari. Hamba tidak sengaja berkata begitu. Janganlah Tuan Permaisuri melucut jawatan hamba. Kelak hamba makan nasi seperiuk tak kenyang-kenyang, mandi tak basah tidur pun pasti tak dikunjungi mimpi indah-indah.”

Mengekek-ngekek aku dan maksu Idah ketawa melihat lakonan Nancy.

“Nasib baik putih. Kalau gelap mesti dah sebijik macam Dayang Senandung.” Ulas Maksu Idah sambil geleng kepala. Makin kuat aku dan Nancy ketawa.

Selesai jari aku dipakaikan inai, Maksu beralih arah ke jari Nancy. Tersenyum-senyum Nancy bila inai sudah menyaluti jari-jemarinya.

No comments: