BAB
2
“KAU
hantar aku dekat depan tu cukuplah. Aku nak pergi keluar duit kejap.”
“Tak apa ke? Tak jauh?”
“Tak jauh mana pun! Bagus juga kalau aku berjalan.
Dapatlah aku turunkan sikit berat badan aku ni.” Ujar Zara tersengeh-sengeh.
Sedar badannya yang sedikit chubby,
dia berhasrat mahu kurangkan sedikit berat badannya memandangkan hari
perkahwinannya semakin hampir. Walaupun Fairuz tidak pernah merungut tentang
tubuh badannya, dia tahu pasti Fairuz malu berdamping dengannya jika dia tidak
pandai menjaga badannya yang mudah naik. Sebenarnya tidaklah terlalu gemuk cuma
sedikit berisi.
“Aku risau kau keluar duit sorang-sorang.” Kata Nuha
serius.
“Siang! Bukan malam. Lagipun orang ramai dekat sini.
Jangan risaulah. Kau tu yang kena pergi klinik cepat. Kalau lambat-lambat nanti
dapat nombor last pulak. Petang nanti
nak pergi sekolah pulak.”
Nuha tersenyum sambil mengangguk kepala. Memang dia
juga turut kejar masa. Temujanji dengan dokter untuk pemeriksaan kesihatan
kandungannya yang baru masuk sebulan, harus juga diutamakan. Oleh kerana Helmi
mengajar di sesi pagi, terpaksalah dia ke klinik sendiri. Jadi selepas ini dia
mahu menukar masa temujanji dari waktu pagi ke waktu malam. Mungkin dengan cara
itu, suaminya dapat menemaninya.
Sambil melambaikan tangan, kereta yang dipandu mula
digerakkan meninggalkan Zara yang sudah mula memulakan langkah menuju ke mesin
ATM.
Zara sabar beratur menanti giliran. Tak sangka ramai
pulak orang hari ini yang ingin mengeluarkan duit. Nasib baik dia di barisan ke
lima. Dalam fikirannya mula berkira-kirakan jumlah wang yang harus dikeluarkan.
Menurut tokey bengkel kereta semalam, kos yang perlu dibayar adalah lima ratus
ringgit. Jadi tak salah jika dia mengeluarkan lebih sedikit simpanannya.
Lagipun banyak barang dapur rumahnya sudah kehabisan.
Zara menarik nafas lega bila sampai gilirannya.
Namun hatinya sedikit geram kerana mesin itu kehabisan wang. Tergaru-garu
kepalanya memikirkan di mana harus dia cekau duit buat masa sekarang. Bila
mengenangkan dalam beg tangan cuma ada tiga
ratus lima puluh ringgit, dia tidak tahu samaada boleh bayar atau tidak
kos keretanya.
“Aduh! Apalah malangnya nasib aku hari ni..!” Bisik
Zara sendiri. Ingin segera dia masuk kedalam bank, baru dia teringat buku akaun
tidak ada bersamanya. Ingin pula dihubungi Nuha, dia tidak sampai hati kerana
tahu sahabatnya itu juga sedang kejar masa.
“Awak nak pakai duit ke?”
Zara tersentak bila ada suara menyapanya dari
belakang. Segera dia menoleh. Melihat saja wajah itu, dia ketap bibir menahan
rasa. Peristiwa semalam di pesta buku terbayang di mata.
“Kalau awak nak pakai duit, saya boleh pinjamkan
duit saya.” Sambung Aqil Muaz setelah Zara tidak memberi apa-apa jawapan pada
soalannya tadi. Rasanya cara itu sudah cukup sebagai tanda ingin meminta maaf
pada Zara tentang kejadian semalam.
“Tak payah! Masalah saya, saya boleh selesaikan
sendiri. Lagipun awak tak kenal saya. Saya pun tak kenal awak. Senang-senang saja
awak nak pinjamkan saya duit awak. Tak takut ke? Buatnya saya jenis yang tak
boleh dipercaya, putih mata awak nanti.”
Aqil Muaz ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
Melihat Zara yang sudah mahu bercakap panjang, hatinya lega. Harap-harap
kemaafan dapat diterima.
“Saya rasa awak bukan seperti yang awak cakapkan
tadi. Saya yakin dengan perasaan saya. Tapi kalau awak nak tipu saya pun, saya
tak kisah. Saya redha kalau saya kena tipu dengan orang macam awak.”
Zara memandang wajah Muaz bersahaja. Walaupun
menghargai apa yang ditawarkan oleh Aqil Muaz, dia tidak boleh terus terima.
Tambah lagi dia sendiri tidak mengenali siapa pemuda di hadapannya itu.
Mengingatkan kejadian semalam, hatinya semakin tidak boleh terima.
“Wah! Hebat awakkan? Tapi tak apalah. Saya tak suka
meminjam duit orang. Lagi pun saya bukan tak ada duit langsung. Awak simpan
saja duit awak tu.” Ujar Zara sedikit angkuh lalu pergi meninggalkan Aqil Muaz
sendiri di situ.
Aqil Muaz beristigfar panjang melihat Zara berjalan
laju meninggalkannya di situ. Cepat-cepat pandangan matanya beralih ke tempat
lain selepas tersedar kerana begitu asyik menatap lengok jalan Zara.
Dari jauh tadi dia yakin Zara adalah gadis yang
dikenakan semalam di pesta buku. Semakin tergamam dia rasa kerana hari ini Zara
mengenakan baju kebaya labuh. Hatinya terpikat namun dalam diam dia dia cuba
mengawal perasaan. Dalam takut-takut akhirnya dia beranikan diri sekadar mahu
menegur. Niat yang sebenar, mahu meminta maaf. Tapi tak sangka lain pula yang
jadi.. Walaupun bibirnya terukir senyuman, hatinya sedikit terasa dengan
layanan pahit Zara. Cadangnya tadi mahu terus bertanyakan nama. Namun setelah
mendengar jawapan sinis Zara, dia terus bantutkan hajat.
ZARA mengurut dada tanda lega kerana tokey bengkel
itu sanggup terima separuh bayaran buat pendahuluan selepas Zara berjanji akan
datang lagi keesokannya. Mula-mula tadi dia terpaksa merangka ayat agar tokey
bengkel itu dapat terima alasannya. Tapi selepas Zara hanya memberitahu sebab
mesin ATM kehabisan duit, senang saja tokey kedai itu terima alasannya. Namun
ada sesuatu yang buat dia tidak senang hati dengan tokey bengkel itu. Patutlah
dengan senang-senang tokey itu bersetuju dengan cadangan bayarannya tadi.
Rupanya ada maksud tersirat. Jika tidak memikirkan tentang hutangnya yang masih
ada lagi seratus lima puluh ringgit, mahu saja dilibas muka tokey itu dengan
beg tangannya. Mengingatkan kembali pandangan nakal tokey itu pada susuk
tubuhnya, Zara menjadi berang. Ikutkan hati mahu saja dia bagi penumbuk arab.
Biar tokey itu tahu, tenaganya jangan dianggap enteng.
Zara tenangkan hati memandu. Memikirkan hari masih
awal, Zara bercadang mahu pergi membeli sedikit barang dapur. Kalut dia keluar
dari pintu kereta selepas keretanya elok dipakir di hadapan pasaraya Kip Mart.
Sambil menolak troli, Zara melangkah yakin kerana waktu-waktu begitu memang
tidak ramai pengunjung. Jadi, mudahlah dia memilih apa yang mahu dibeli.
Dalam banyak-banyak aktiviti luar, membeli
barang-barang dapur adalah salah satu perkara yang paling dia suka.
Kadang-kadang hampir dua ke tiga jam Zara akan habiskan masa nya di situ. Apa
yang ingin dibeli, akan dipastikan barang-barang itu mempunyai cukup
penerangan. Hinggakan kalau nak beli berus gigi pun dia akan membaca apa yang
tertera di plastik pembungkus hingga benar-benar puas hati.
Yang sebenarnya dia tidak mahu tertipu lagi. Dulu
pernah dia membeli sejenis makanan ringan. Bila pulang, ketika mahu makan
makanan tersebut sedikit berbau. Bila
diselidik sendiri barulah dia tahu yang makanan itu ada campuran dengan lemak
babi. Sejak itu Zara lebih berhati-hati jika membeli barang dapur. Dan sebab
itulah dia tidak pernah mengajak sesiapa termasuk Nuha jika mahu keluar
bershoping kain baju atau membeli barang
dpur. Dia tahu pasti kawan-kawannya cepat bosan kerana Zara terpaksa gunakan
masa yang lama untuk memilih barang.
Sedang asyik tangannya memilih bawang putih, sekali
lagi dia ditegur seseorang. Dalam hati dia sudah mula menyumpah meluat. Padanya
mungkin hari ini adalah hari malangnya.
“Jumpa lagi kita. Macam ada jodoh pulak!” Sapa Aqil Muaz
malu-malu.
Zara tersenyum kelat. Rasa membuak-buak bencinya
pada Aqil Muaz. Ikutkan hati, mahu saja di sumbat bawang putih ditangannya ke
dalam mulut lelaki itu.
“Apa nama awak?” Aqil Muaz memberanikan diri
bertanya sambil turut memilih bawang putih lalu dimasukkan ke dalam plastik
yang tersedia di situ.
Zara terangkat kening melihat gelagat Muaz. Pasa
firasatnya lelaki di sebelahnya itu pasti sudah berumahtangga. Tapi masih ada
hati mahu berkenalan dengan anak dara sepertinya.
“Kenapa nak tahu? Penting ke?” Tanya Zara dengan
nada tidak puas hati.
“Bagi saya penting. Lagipun kita dah banyak kali
terserempak. Tak salahkan kalau kita kenal? Opts!
Saya Muaz. Aqil Muaz. Pilihlah antara dua tu, yang mana awak nak panggil. Saya
okey je..!” Aqil Muaz cuba jelaskan
dengan alasan munasabah. Tidak mahu Zara terus bermasam muka tiap kali bersua
muka dengannya. Baginya peristiwa semalam hanya perkara kecil.
“Ayam katik,
boleh?” Tanya Zara tapi sekadar tanya dalam hati saja. Terherot-herot mulut dia
menahan tawa terburai.
“Tak tanya pun!” Balas Zara sinis lantas berlalu
dari situ. Baginya melayan pemuda seperti Aqol Muaz akan menambahkan rasa sakit
di hati bila ingat kembali kali pertama perjumpaan mereka semalam.
Sekali lagi Aqil Muaz tergamam mendengar balasan
sinis Zara. Dia tahu, Zara masih marahkan dia. Jadi dia harus bersabar agar
gadis yang berada di hadapannya ketika itu akan segera memaafkannya.
Aqil Muaz tersenyum selepas langkah Zara hilang dari
pandangan matanya. Melihat kekalutan Zara meninggalkan dirinya yang termanggu
di situ buat dia berasa lucu. Paling buat dia suka lihat ialah kecomelan wajah
Zara ketika marah. Ikutkan hati mahu saja dicubit-cubit mulut Zara yang
bercakap tidak memikirkan perasaan orang. Namun dia tidaklah segila yang
difikir. Kalau benar dia buat begitu, makin menjadi-jadilah marah Zara padanya.
Zara mempercepatkan aktiviti memilih dan membeli.
Rasa tidak selesa bila asyik bertembung dengan orang yang dia benci. Tak putus-putus
doanya agar jangan dipertemukan lagi dengan Aqil Muaz selepas ini. Namun hanya
yang Esa saja yang mengetahui apa akan terjadi pada dia dan pemuda tadi selepas
ini.
No comments:
Post a Comment