14
AIDIL
PERJALANAN yang memakan masa hampir
empat jam itu akhirnya berakhir jua. Selepas menghantar Mail dan Mizi ke rumah
mereka tadi, aku singgah ke rumah Kak Zana. Baru beberapa hari aku tak tengok
Kak Zana, sudah nampak perubahan di wajah dan bentuk badannya. Kebetulan ketika
itu Kak Ida turut ada di situ. Sedang aku asyik melayan anak-anak saudara aku
berbual, entah kenapa aku baru perasan wajah Kak Zana dan Kak Ida ada iras-iras
seperti Nur.
Agh! Takkanlah kerana angau, muka kakak-kakak aku sendiri
pun dah macam dia! Parah aku ni. Sebelum bertolak pagi tadi, aku cuba hubungi
Nur, tapi tiada berjawab. Sebenarnya aku nak minta maaf tentang hal semalam.
Sepanjang malam semalam aku tak boleh nak lelap bila mengingatkan apa yang aku
dah katakan padanya. Rasa menyesal sangat. Sudah nampak yang jalan untuk aku
cuba menarik perhatiannya akan tertutup rapat.
Sampai di rumah aku lihat daddy sedang melayan Bubu dan Mirang sambil menonton. Begitu asyik
Bubu dan Mirang sedang menghayati belaian daddy. Hm..kan bagus kalau aku dibelai
begitu dari tangan lembut Nur! Indahnya dunia kalau apa yang aku angankan jadi
kenyataan. Tapi bila mengingatkan peritiwa malam semalam aku menyesal tak
sudah. Wajah Nur yang sedang menahan amarah, masih bermain-main di mata aku. Kata-kata
dari Mizi dan Mail semalam memperkukuhkan rasa bersalah aku. Aku bercadang mahu
menghubunginya sekali lagi. Nasib baiklah nombor telefon Nur masih aku simpan.
Itupun kebetulan dia beri kerana alasan kerja.
Telefon bimbit aku capai lalu nama Nur aku cari. Lama
aku menanti akhirnya berjawab. Salam aku dijawab lembut. Tanpa mendengar
kata-kata pembuka dari mulut aku, dia terus bertanya, buat aku terpana
seketika.
“Ya Encik Aidil. Ada apa-apa yang perlu saya bantu? Saya
rasa urusan kita dah selesai. Kalau setakat nak keluarkan kata-kata sindiran,
saya minta maaf. Saya sibuk sekarang. Saya tak ada masa nak melayan kerenah
Encik Aidil. Tapi kalau masalah kerja, bila-bila masa saya ada masa untuk Encik
Aidil.”
Lama aku membisu hingga nama aku dipanggil semula.
Walaupun panggilan itu lembut dan lemah sekali, aku tahu apa yang bersarang
dalam jiwa Nur. Kata-katanya tadi benar-benar menunjukkan betapa teruknya
perangai aku.
“Mm..sebenarnya saya nak mintak maaf fasal semalam.”
“Itu saja? Okey!
Saya maafkan. Assalamualaikum!”
Aku tergamam bila talian dimatikan selepas dia beri
salam. Dalam tak sedar, aku menjawab salam itu. Ah! Dia masih marah. Aku tahu
dia masih marah pada aku. Tak sepatut aku mengujinya seperti itu. Tambah-tambah
pula di hadapan Zikri. Akhirnya aku sekadar hantar sms. Rasanya hanya dengan
cara itulah aku dapat luahkan apa yang aku rasa. Jadi aku perlu merangka ayat
yang baik dan sempurna untuk memujuk hatinya.
“Berbual dengan siapa tadi” Teguran daddy menyentakkan lamunan. Aku tersengeh
bagai kerang busuk.
“Tak ada siapa daddy.”
“Ait! Rasa daddy
tadi dengar macam Aidil tengah bercakap. Oh..Dil dah pandai tipu daddy sekarang ni! Tak apalah..kalau tak
nak kongsi. Daddy sedar, daddy ni tua. Tak layak ambil tahu fasal
orang muda macam Dil.”
Aku tersenyum dengar suara rajuk daddy. Seminggu aku tak ada, daddy dah pandai tunjuk rajuk. Langkah aku aturkan ke dapur. Lima
minit kemudian aku melangkah keluar dengan membawa beberapa potong buah limau
bali yang aku beli di Ipoh semalam.
“Untuk daddy!
Dil tahu daddy suka buah nikan?”
“Wah! Limau bali? Ni nak pujuk daddy ke?” Tanya daddy
sambil mengambil sepotong dan mula membuang kulit putih yang menyaluti isi
limau. Tersenyum lebar aku melihat telatah daddy.
Begitu teruja daddy membelek isi buah
limau yang berwarna merah jambu itu. Setelah siap, disuap ke dalam mulut sambil
tersenyum.
“Mm..manis!” Kata daddy
lalu terus makan sehingga habis. Diambil lagi lalu buat seperti tadi. Habis
empat potong buah limau bali yang daddy
makan. Lega aku tengok daddy begitu.
“Dil tak makan?”
“Tak naklah! Pahit. Isinya memang manis. Tapi bila
tergigit kulit putih tu, Dil terus hilang selera nak makan.”
Tersenyum daddy
dengar komen aku. Tadi aku makan ketika di rumah Kak Zana. Sedang asyik
menghayati keenakan buah yang manis tu, lidah aku tergigit kulit putih yang
lembut dan nipis. Uwek! Serta merta
aku luahkan segala isi limau yang ada dalam mulut. Terkekeh-kekek anak-anak
saudara aku yang empat orang tu ketawakan aku. Dia orang kata aku tak pandai
makan. Memang pun! Selama ini aku hanya pandang saja buah yang besar itu jika
aku berjalan di pasaraya bahagian buah-buahan. Tak teringin langsung aku nak
merasa buah limau sebesar tu.
“Kaklong kata daddy
suka sangat buah ni. Dia kata kali terakhir daddy
makan buah ni masa daddy bertugas di
Gerik dulu. Sebab tu Dil belikan untuk daddy.
Dekat sini kan banyak jual. Kalau Dil tahu daddy
suka, tiap-tiap hari Dil belikan untuk daddy!”
“Tak sama yang sana punya. Yang dekat sini mungkin
berasal dari sana tapi tetap rasa lain.” Ujar daddy perlahan. Wajahnya sedikit mendung. Tiada lagi senyum lebar seperti
ketika makan tadi. Aku mengeluh lihat dady
bangun lalu beredar dari situ. Apasal pulaklah daddy ni? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba saja mendung. Aku
salah cakap ke? Semakin pelik aku rasa sikap daddy.
NUR
TENGAHARI aku keluar dari pejabat aku
lima belas minit awal dari biasa. Sebenarnya aku kena cepat. Jadi aku ambil
cuti kecemasan dan terus memandu balik ke rumah. Tepat pukul satu bayang kereta
Zikri sudah ada menunggu di hadapan rumah. Tersengeh-sengeh Zikri keluar untuk
bukakan pintu untuk aku. Pukul sepuluh pagi tadi Zikri telefon menyuruh aku
kerja separuh hari kerana pukul satu dia mahu menjemput aku di rumah. Pelik
juga aku bila dia arahkan aku buat begitu. Bila dia kata ada kena mengena
dengan emak, aku tak banyak cakap, lantas terus setuju.
“Tak boleh tunggu hari minggu ke? Kan Nur selalu ke
sana.”
“Abang serba salah sebenarnya. Pagi tadi mak asyik
tanya fasal Mak Da Lepas tu dia macam
gelisah mencari anak-anaknya. Abang tak berani nak jawab. Takut dia tak boleh
terima. Walaupun dia dah mula tunjuk perubahan positif, jangan kita anggap dia
sihat sepenuhnya. Jadi abang nak Nur cakap sendiri dengan dia. Mana tahu dia
boleh terima. Lagipun Nur tahu segalanya tentang Mak Da.”
Aku gigit tepi bibir sambil mendengar cerita Zikri.
Dalam pada itu juga, aku berfikir panjang, apa yang harus aku katakan pada emak
tentang Mak Da. Haruskah aku beritahu tentang Mak Da yang sudah tiada?
Anak-anak? Apa aku nak jawab kalau tiba-tiba dia bertanya tentang anak-anaknya
yang lain. Berat kepala aku rasa bila pelbagai persoalan datang bertubi-tubi
dalam kepala aku.
“Apa yang perlu Nur buat bang? Nur takut! Takut
kalau-kalau mak tak boleh terima. Abang rasa perlu ke Nur cerita hal sebenar
semuanya? Macam mana kalau lepas ni emak semakin teruk? Nur tak sanggup lihat
mak macam dulu lagi.” Jiwa aku dah meruntun sayu. Hati aku sebak. Mata aku dah
mula berkaca. Muka aku panas walaupun suhu dalam kereta Zikri sejuk.
“Janganlah macam ni! Abang tak tahan tengok Nur
menangis. Nur jangan risau okey.
Abangkan ada. Abang janji akan selalu dengan Nur untuk sembuhkan emak Nur. Kan
abang dah cakap yang abang akan bantu Nur.”
“Nur takut bang!” Kataku dalam esak. Semakin lama
esakan ku jelas kedengaran. Serta merta Zikri menghentikan pemanduan di bahu
jalan.
“Nur! Tengok abang.” Pinta Zikri sambil menarik aku
mengadapnya. Aku menoleh sedikit tapi tak sanggup benarkan dia tengok mata aku
yang basah.
“Seteruk mana pun lukanya hati Nur, abang tetap ada
untuk Nur. Abang tahu Nur dah cukup tersiksa sepanjang hidup Nur. Jadi tolong
jangan sisihkan abang dari masalah Nur. Apa jua yang Nur rasa kongsilah dengan
abang. Berilah abang peluang merasa kesakitan yang Nur rasa. Please Nur! Jangan menangis macam ni.
Abang tak sanggup lihat lagi air mata Nur dibazirkan macam ni.”
Aku angkat kepala sambil mengesat pipi. Genggaman
tangan Zikri di jemariku, aku biarkan tanpa mengelak. Walaupun aku dah mula
rasa tak selesa, hatinya aku perlu jaga. Kata-katanya yang menyebakkan jiwa,
buat aku mula tersedar yang aku tidak sendiri menggalas tanggungjawab berat dan
besar ini.
LIMA belas minit perjalanan,
kereta yang Zikri pandu masuk kawasan hospital tempat dia bertugas. Dengan rasa
gelisah aku mengikut Zikri hingga ke bilik emak. Ketika masuk, aku lihat emak
sedang tidur. Aku perasan di tubir matanya sedikit kebasahan. Sambil duduk di
sisi emak, tangan emak aku belai lembut. Namun emak masih enak lena.
“Biar mak tidur dulu. Kita pergi makan ek?” Pujuk
Zikri lembut.
“Nur tak ada selera. Selagi Nur tak dengar suara emak,
hati Nur tak senang.”
“Dengar cakap abang. Kita makan dulu. Abang tak mahu
Nur sakit. Kalau Nur sakit macam mana nak jaga mak?”
Aku pandang muka Zikri lalu tersenyum kelat. Memang
aku cepat kalah dengan pujuk rayunya.
“Abang suap ek?” Zikri cuba berseloroh. Aku hanya
tersenyum lalu menggeleng kepala. Kakiku ayun melangkah ke arah café yang ada
di situ. Sampai di sebuah meja kosong, Zikri melangkah menuju ke tempat mebeli
makanan. Aku yang ingin ke bilik air hanya memberi isyarat padanya dari jauh
sambil menunjukkan padanya beg tanganku yang aku tinggalkan atas meja. Aku
tersenyum bila dia mengangguk.
Sepuluh minit kemudian aku keluar dari ladys. Bila sampai depan Zikri aku
senyum tapi dia sedikit mendung. Dalam hati aku dah mula tak senang. Tiba-tiba
aku perasan cik Nokia aku ada di tangannya.
“Siapa call?”
Aku tanya tapi dia hanya menyungkit bahu. Aku angkat kening sambil menghulurkan
tangan minta telefon bimbit aku tu.
“Buah hati kot!” Dia jawab juga walaupun nadanya
begitu malas. Aku dah tersenyum dalam hati. Hm..mesti lelaki. Kes cemburulah
ni..!
Aku mula mencari bahagian panggilan, namun tiada
panggilan sesiapa pun sebentar tadi. Aku pergi bahagian mesej. Bila lihat
nombor tu, hati aku mula tak senang. Aidil? Berkerut dahi aku membaca mesej
yang dititipkan oleh Aidil untuk aku. Nasib baik aku dah deletekan nombor
telefonnya selepas aku terima panggilannya pagi tadi. Kalau tak, pasti Zikri
fikir aku sengaja rahsiakan darinya.
-Nur! Saya tahu awk mrhkan sya fasal smlm. Terus trg
sya kata yg sya benar2 rsa nyesal. Sya thu sukar utk awk maafkan sya setlh sya
sakitkan hati awk di hdpan Zikri. Sbnrnya saya sukakan awk Nur. 1st
tme say jmpa awk di Sunway hari tu, hati sya dh terpaut. Walaupun masa tu kita
tak bertegur, awk dh buat sya angaukan awk. Allah bagaikan mendengar doa saya.
Dan sya bertemu lagi dgn awk. Selama beberapa ari sya di perak, sya cuba
luahkan apa yg sya rasa. Tp bila pertama kali sya nmpk awk dan Zikri dlm
kereta, hati sya sakit. Tlg maafkan sya...!
“Dia minta maaf sajalah. Takkan itu pun nak marah?”
Ulasku pada Zikri yang masih berarak mendung. Dalam hati aku dah nak tergelak.
“Abang tak marah, cuma rasa tergugat sikit sebab dia
berani luahkan perasaan sedangkan dia
dah tahu Nur dengan abang. Apa dia ingat, abang ni tak ada perasaan ke?”
“Okey. Sekarang
abang nak Nur buat apa? Perlu ke Nur balas sms dia ni?” Aku tanya lembut sambil
selesakan dudukku sebelah dia. Wajahnya yang masih keruh aku tatap penuh minat.
Walaupun dia tak balas pandang, aku rasa macam nak gelak tengok muka dia macam
tu. Kuat merajuk betul cik abang ni!
“Jangan balas!” Cepat-cepat Zikri jawab sambil menoleh
ke arah aku. Aku tersenyum sinis. Terangkat kening aku sedikit sambil menongkat
dagu. Rasa seronok pulak dapat tengok perangai Zikri macam tu. Manja sangat!
“Okey Nur
dengar cakap abang. Tapi boleh Nur tahu kenapa? Abang cemburu ek?”
“Ya! Abang cemburu. Kalau Nur balas, itu beerti Nur
seperti memberinya harapan. Abang yakin lepas ni dia takkan lepaskan Nur. Abang
tahu apa yang berada dalam fikiran dia sekarang ni.”
“Habis tu, macam mana nak bagi tahu yang Nur dah
maafkan dia?”
“Biar abang yang balas!” Aku tergamam dengan jawapan
Zikri. Tak sangka begitu sekali perasaan Zikri.
“Tak bolehlah macam tu. Nanti dia rasa malu pulak. Nur
tak mahu dia anggap Nur ni teruk sangat, sampai hal macam ni pun nak mengadu
dekat abang.”
“Habis tu, Nur nak balas?” Tanya Zikri seprti tak puas
hati. Aku angguk.
“Nur balas sekarang. Nur tak mahu ada apa-apa rahsia
dengan abang. Memang pagi tadi dia ada call
Nur untuk minta maaf. Tapi lepas Nur maafkan, Nur terus matikan talian. Mungkin
sebab tu dia hantar sms.”
Aku lega setelah Zikri angguk mengalah tanda setuju
dengan cadangan aku.
-Sya maafkan awk. Tp jgn ulang lg perangai mcm tu. Wlupun
kita pernah belajar bersama, x semestinya awk blh perli sindir sya yg bkn2.
Tmbh plk kata2 awk tu satu fitnah-
Aku harap tiada lagi mesej yang diutuskan pada aku.
Dua minit kemudian cik nokia aku berbunyi. Pantas Zikri mula membaca.
Mengekek-ngekek aku ketawa dengan perangai Zikri.
-Terima kasih. Sya jnji. Boleh sya call awk lg lepas
ni-
“Ni yang buat abang marah ni!” Ujar Zikri lalu
menyerahkan telefon bimbit kepada aku. Membutang mata aku basa sms Aidil. Aku
tahan ketawa sambil melihat wajah Zikri yang panas.
“Baik jgn! Sya x suka. Sya x ska beri hrpan pd orang.
Sya x mhu awk slh sgka. Sya x mhu Zikri syak yg bukan2. Sya sygkan dia-
Tersenyum Zikri membaca sms yang aku taip untuk Aidil.
Aku geleng kepala. Tak susah sebenarnya pujuk cik abang ni.
-X slh kn klu kte hnya kwn?-
“Hm..nampaknya dia tak mengalahlah bang..!” Aku kata
pada Zikri sambil menghulurkan telefon bimbitku.
“Kan abang dah cakap tadi. Dia akan terus mencuba. Dia
lelaki dan abang tahu apa yang dia rasa.” Ujar Zikri selepas membaca sms dari
Aidil.
-Ini sms terakhir dr sya. Jgn ganggu sya lg klu awk anggap
sya kwn. Sya dh nk kawin. Please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!jgn ganggu sya
lg.-
Zikri tersenyum hambar lepas baca sms aku untuk Aidil.
Aku tahu dia dah tak senang hati. Aku mengeluh lemah.
“Nur sayang abang. Nur harap abang tak ragu-ragu cinta
Nur pada abang.” Kataku sayu sambil meletakkan telefon bimbitku di atas meja.
Makanan yang berada atas meja aku tarik rapat ke arahnya dan mengarahkan agar
dia segera makan.
“Nur serius terima lamaran abang?” Tanya Zikri serius.
Aku angguk laju sambil tersenyum. Sesungguhnya aku tak mahu kehilangan dia.
Belum sempat aku jawab, telefon bimbit aku berbunyi lagi. Wajah Zikri yang
kembali keruh aku tatap dengan senyuman.
-Niat sya hnya utk bkwn.-
“Abang sajalah yang balas. Nur dah malas nak melayan
orang macam tu.” Kataku pada Zikri lalu terus menjamu selera. Mi kari yang
dibeli oleh Zikri tadi, benar-benar membuat selera aku terbuka. Tiba-tiba aku
teringat sesuatu. Tablet yang selalu aku gunakan untuk melayan intenet, aku
ambil dari beg tanganku lalu kamera aku onkan.
Sambil menyuap mi kari, aku snap
gambar aku sendiri. Kemudian gambar aku sedang menyuap Zikri. Kemudian bertukar
pula Zikri menyuap aku. Bila siap diedit,
aku buka fb. Gambar-gambar tadi aku
masukkan sebagai status di wall fb aku.
“Kenapa buat macam tu?” Tanya Zikri hairan sambil
melihat beberapa gambar yang aku ambil sebentar tadi sudah berada dalam laman
fb aku.
“Biar dia tahu sekarang Nur dengan abang.”
“Nur friend
dengan dia ke?” Kalut Zikri bertanya.
“Nur friend
dengan Tarmizi saja. Tapi satu hari Nur dapat add friend dari
seseorang. Nur Accept je.
Rupa-rupanya Aidil. Nur tak perasan sebab dia gunakan nama samaran. Lagipun dia
bagitahu yang dia bekas pelajar UM.” Aku lega bila Zikri seakan dapat menerima
alasan aku.
“Eh! Ada orang like gambar kitalah..!” Tiba-tiba Zikri
bersuara. Aku tersenyum bila nama “AD Sepi” dan Tarmizi yang like gambar aku tu
termasuklah rakan-rakan yang lain. Wah! Banyak juga yang like. Azie pun ada. Bila baca komen dari AD Sepi lagilah aku nak
tergelak. Kes cemburulah ni..!
-Bagai pinang dibelah lapan-
Tiba-tiba aku lihat Zikri mula membuka laman fbnya
pula. Aku tahu, pasti niatnya untuk membalas komen Aidil a.k.a AD Sepi.
-Belah lapan tak apa, jgn x terbelah langsung!
Huhuhu..dont frust bro! Flowers not one!-
Mengekek-ngekek aku ketawa bila baca komen Zikri a.k.a
Dokter Jiwa. Ni pulak kes nak balas dendam.
“Teruklah abang ni! Malu Nur tau!”
Zikri hanya diam sambil tersenyum. Tablet yang
terpasang tadi aku segera tutup. Tak mahu dah tengok fb yang merugikan masa tu.
Aku pun bukan rajin sangat melayan benda alah tu. Sekadar mengisi masa terbuang
saja.
“Cepatlah makan. Mungkin mak dah bangun kot!” Aku
angguk laju selepas Zikri menyergah aku.
AIDIL
PANAS mata aku lihat aksi manja
Nur dan Zikri. Walaupun jarak kedudukan mereka tidak rapat, jelas nampak mesra.
Aku tahu mereka sengaja nak tunjuk pada aku. Aduh! Rupa-rupanya sepanjang aku
sedang bersms dengan Nur tadi, Zikri turut ada sama. Apalah perempuan ni! Semua
nak diadukan pada boy dia ke? Jujur
setialah sangat! Percaya sangatlah pada balak dia tu. Entah-entah buaya cap
kepala naga. Paling buat aku rasa tercabar ialah tadi aku baru tahu yang Zikri
tu sebenarnya seorang dokter. Sempatlah aku buka wall di fb dia. Kelulusan university UK. Patutlah Nur tak pandang
aku. Citarasa pada yang berjawatan besar rupanya. Dan paling buat aku tak
sangka, Zikri merupakan seorang penulis cerpen dan suka mengarang puisi.
Hm..pandai mengayat rupanya.. Patutlah Nur terpikat! Aku dapat tahu juga yang
Zikri ni ada menulis di blog. Dalam-dalam tu juga. Aku cuba buka blog Zikri.
Tercabar jugak aku bila membaca hasil tulisannya. Bukan saja carpen atau puisi,
manuskrip berbentuk ilmiah pun ada ditulis. Aku juga dapat tahu Zikri seoarang
yang meminati seni mempertahankan diri iaitu silat. Banyak manuskrip yang
ditulis mengenai persilatan. Boleh tahan jugak Dokter Zikri ni..
Aku mengeluh selepas menatap gambar-gambar Nur dan
Zikri tadi. Sakit hati betul aku dengan mereka berdua. Nur pun satu. Tak
payahlah nak over-over sangat yang
awak tu ada kekasih. Macam aku ni tak mampu nak ada kekasih pulak. Tak apa! Kau
tengoklah nanti, apa yang aku akan buat. Aku yakin satu hari nanti, kau pasti
akan menyembah di kaki aku. Ini sumpah aku!
Setelah menutup laptop aku melangkah keluar menuju ke
ruang tamu. Aku bercadang mahu ke tempat kerja. Tapi aku rasa malas. Aku yakin,
Mizi dan Mail pun macam aku. Memandangkan aku baru tiba, aku mohon cuti sehari
dari Mr. Lee. Nasib baik diluluskan.
Rasa bosan sangat bila tak ada apa yang nak dibuat.
Nak berbual dengan daddy, aku tengok daddy macam tak ada mood saja. Nak menonton, aku memang tak berminat menonton. Nak
mengadap ps2, rasanya semua game aku
dah pro. Nak keluar, lagilah aku tak
ada mood. Macam manalah yang
orang-orang lain rasa bila asyik keluar rumah? Mereka tak bosan atau penat ke
tiap kali keluar. Bagi aku bila keluar tanpa sebarang tujuan, membazir masa
namanya. Tambah-tambah lagi kalau yang suka keluar malam. Apalah yang mereka
dapat. Seronok sangat ke keluar malam?
Aku
bersyukur kerana dilahirkan menjadi anak daddy
dan mummy. Walaupun sejak sekolah
menengah aku sudah sering berpisah dengan mereka, tidak pernah sekali pun aku
mereka abaikan. Mereka memberikan cukup kasih sayang. Aku yakin sebab itulah
Kak Ida mencemburui aku. Sebelum kewujudan aku, mungkin dia yang paling manja.
Tapi bila aku ada, statusnya sebagai anak bongsu hilang sekelip mata. Namun aku
tahu daddy dan mummy tak pernah pilih kasih dalam membimbing anak-anak. Aghh! Lantak kau lah kakngah! Kenyataan
tak boleh nak diubah. Aku tetap anak daddy
dam mummy dan aku tetap adik kau. Nak
tak nak kakngah kena terima.
No comments:
Post a Comment