1(1)
AKU melangkah macam tak
ada apa-apa yang berlaku ke arah bilik ketua aku yang terletak dalam room kitting. Bila masuk dalam tu aku
boleh nampak supervisor aku tu tengah
pandang semacam pada aku. Dalam-dalam takut aku buat-buat berani. Kak Fidah ‘operator kitting’ terus keluar dari
bilik tu sejurus aku masuk. Aku rasa aku tahu kenapa aku dipanggil masuk dalam
bilik tu. Kertas-kertas ‘traveler’
bersepah atas meja aku pandang sepintas lalu. Dalam hati aku sempat mengumpat
Kak Fidah sebab kerjanya tak terurus. Nama saja anak dara. Cantik pulak tu.
Kerja, hampeh.! Aku memang tak boleh
tengok meja kerja berselerak macam tu. Kepala aku rasa berserabut. Aku rasa
macam nak pergi dekat meja tu untuk kemaskan. Aku tak dengar apa yang supervisor
aku bebelkan sebab asyik mengumpat Kak Fidah. Bila dia hentak meja baru aku
sedar. Itu pun sebab dia tanya kemana aku semalam.
“Saya mintak maaf..!
Bukan sengaja saya nak buat macam tu.! Saya betul-betul tak…!” Ulasanku tak
dapat aku teruskan sebab dia dah tunjuk tanduk.
“Sudah.! Saya tak
mahu dengar apa-apa alasan lagi. Awak ingat kilang ni tokwan bapak
awak punya.! Sesuka hati awak nak datang atau tak datang kerja.! Berapa persen share awak dalam syarikat ni.?”
Lepas tu teruslah dia brok
brek brok brek tanpa break. Apa
yang ada di depan dia redah je.
Dalam-dalam takut aku memberanikan diri bertentang mata dengan ketua aku tu.
Umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri, aku buat-buat dengar apa yang
dia cakap. Bukan nak tunjuk degil, tapi sebab dia tak mahu dengar penjelasan aku,
maka aku pun malas nak melayan bebelan dia. Buat rugi air liur.
Inilah kali pertama
aku ponteng kerja setelah hampir lima tahun aku berkhidmat dalam kilang
elektronik ni. Kalau nak dibandingkan, aku rasa ada yang lebih teruk dari aku.
Ikutkan hati nak saja aku bagi dia rasa kesedapan penumbuk aku ni. Dia ingat
dia ketua, boleh sesuka hati dia nak kata ikut aku sedap mulut. Apa dia ingat
aku tak ada maruah diri kot. Pantang tok nenek cucu langsat aku kalau marah
sampai habis keturunan aku pun disebut. Ingat aku tak boleh sebut keturunan
dia.? Tak apa Atee..sabo.! Sabo tu kan separuh daripada iman. So, aku kena kuatkan iman aku supaya dia
bukanlah orang pertama yang merasa keenakan dan kesedapan penumbuk sulung aku
ni. Nampaknya iman aku masih kuat tersemat di dada. Berkat dari ajaran arwah
opah aku yang dah pergi tinggalkan aku beberapa tahun yang lalu. Jadi aku kena
banyak-banyak bersabar. Lagipun dia ketua. Tak berkat kalau aku kurang ajar
dengan orang yang aku anggap ketua.
“Apa hal tu Atee?”
Tegur Kak Iyna T sebaik aku keluar dari bilik ketua aku yang kepala tak berapa
nak betul tu. Si Iyna T ni leader
aku. Sebab dia tinggi aku panggillah macam tu. ‘T’ tu masudnya tinggi. Sebab
lain pulak ialah kerana dalam line
tempat kerja aku ni ada lagi sorang nama Iyna tapi dia rendah..leader jugak. Yang tu aku panggil Kak
Iyna saja, takkan aku nak panggil Kak Iyna pendek kot..Tak fasal-fasal bengkak bibir aku yang comel ni jadi macam
bibir Angelina Jolie. Mm..macam cantik..je.
Macam comel..je. Dah tak ada orang
nak puji, aku puji sendirilah..
“Apa lagi..kes
semalam tulah..! Bukan orang sengaja pun tak nak datang..!” Muncung aku ni dah
tahap boleh buat penyukat tanah arwah Toknek aku kat kampung. Memang aku bukan
sengaja tak datang kerja. Tiba-tiba kepala aku sakit sampai tak boleh bangun.
Nak telefon, kredit pula tamat tempoh. Paling teruk, tak ada siapa yang aku
boleh harap nak bawa akau ke klinik. Jadi terpaksalah aku ponteng saja.
“Baca novel sampai
ke pagilah tu.!”
Aduh sindiran maut tu..! Aku diam sebab memang betul pun aku
baca novel sampai pukul tiga pagi. Dan semua dah maklum dengan hobi aku yang
berjangkit kat aku dua tahun yang
lalu.
“Kat rumah kau tu,
tak ada yang pakai handset ke..?”
Sambung Kak Iyna T.
“Semua ada handset,
cuma orang tak sempat nak mintak pinjam sebab semua dah keluar kerja..!” Sebenarnya
bukan aku tak mahu pimjam tapi sebab aku tak berapa gemar meminjam. Aku jawab juga
soalan Kak Ina T tu tapi tak tengok muka dia sebab aku tengah sibuk pakai finger coat. Finger coat ni kadang-kadang time
malas nak buat kerja aku tiup buat belon. Kumpul banyak-banyak lepas tu pijak
bagi meletup. Biasanya perangai macam tu datang time shift malam je..! Hampeh betulkan company dapat pekerja macam aku.? Sambil kerja boleh main-main.
Umur dah tua tapi perangai macam kanak-kanak sihat. Finger coat ni juga kadang-kadang aku bawak balik sebab nak guna
untuk cabut bulu ketiak. Banyak kegunaannya finger
coat ni..!
“Sabo jelah Atee..! Orang tua tu
selalunya taklah macam tu. Datang bulan kot!”
Bisik Kak Iyna T sambil
tersengeh-sengeh.
Aku turut ketawa
kecil dengar dia cakap macam tu. Orang lelaki pun datang bulan juga ke? Tua
pulak tu.. Sebab dia tua, aku kena bagi muka sikit. Kalau tak, dah lama biru
rasanya hidung dia yang ala-ala kembang jambu tu. Dah la gelap! are-are lah katakan..tiap kali
marah-marah, keluarlah versi tamil dia tu..brok-brek
brok- brek.. Macamlah orang boleh
faham bila dengar dia cakap.! Dia tak dengar lagi aku speaking bangladesh kalau aku naik angin.
Aku teruskan kerja aku macam biasa. Dalam line production
aku ni ada sepuluh module. Aku
ditempatkan di module tujuh. Jadi
agak jauh jugak module aku dengan
bilik ketua aku yang perasan muda tu. Jadi kalau aku nak curi tulang masa
kerja, memang boleh sangat. Tapi aku taklah sejahat tu. Aku ni boleh dikatakan
pekerja yang paling rajin dan mendengar kata. Kes yang tadi-tadi tu tolak
ketepi sebab yang tu memang aku tak sengaja.
Dah dekat lima
tahun aku kerja di kilang elektronik ni. Rasa sayang pulak nak berhenti. Lepas
tamat SPM dulu, bapa saudara aku masukkan aku kerja di sini. Kebetulan bapa
saudara aku tu seorang teknisyen, tapi department
lain. Jadi senang sangatlah aku masuk kerja situ. Cadangnya nak kerja sekejap
saja sambil-sambil menanti panggilan dari maktab perguruan. Kiranya aku ni
bercita-cita tinggi nak jadi cikgu. Dapat jadi cikgu tadika pun jadilah.. ! Tapi
bila dah rasa seronok pegang duit gaji sendiri, cita-cita aku entah ke mana. Last-last aku nekad jadi minah kilang
saja. Tambahan pula, member-member dalam kilang ni semua sporting giler-giler macam aku. Tak kiralah lelaki atau perempuan,
tua atau muda, sama je.. Opptss!!
yang tua tu tak termasuk ketua aku yang seorang tu ye.! sila abaikan yang tu.
Menyemak! Bukan aku tak suka pada ketua aku tu..dia sporting sebenarnya.. Kadang-kadang segiler-giler jugak dengan aku. Tapi bila datang angin ‘kuch-kuch hota hey’ dia tu, buat aku
naik rimas kena tadah telinga dengar dia membebel.
Empat tahun yang lalu ketika aku baru enam bulan kerja di
kilang ni, ketua aku tu naikkan pangkat aku jadi leader wire bond. Mungkin aku ni jenis terang hati, belajar sekali
terus dapat, sebab itulah senang-senang saja aku dinaikkan pangkat. Boleh
dikatakan semua mesin dalam line production
ni aku tahu jalankan sendiri. Kadang-kadang bila mesin aku problem, aku tak tunggu sampai teknisyen sampai. Lambat.! Jadi aku
uruskan sendiri. Nak kata aku minat bidang ni, tak juga..! Entahlah, aku pun
tak tahu kenapa. Mungkin sebab hari-hari dok
mengadap mesin-mesin tu, jadi aku anggap benda alah tu macam kawan-kawan aku.
Alhamdulillah..mereka semua dengar kata..
Bebalik pada jawatan
aku tadi, aku terpaksa tolak sebab bila aku dengar kakak-kakak leader asyik merungut kerja dia orang
teruk, aku jadi cemas sikit. Aku tak mahu ambil risiko. Tapi aku agak bengang
dengan ketua aku ni, dalam-dalam aku tak mahu, dia paksa jugak aku traning job tu. Sebab tak mahu kecewakan
hati orang, aku ikut jugak tranning
selama tiga bulan, dan tak sangka aku lulus. Aku kan jenis terang hati..! Suruh
saja buat apa pun mesti boleh, cuma aku takut nak ambil risiko. Kesan daripada tranning selama tiga bulan tu, aku jadi
leader sampingan. Bermakna kalau ada leader yang ingin bercuti atau ada
kecemasan, akulah mangsa yang terpaksa gantikan tempat leader tu. Hampeh
betullah.! Tapi silap aku jugak..siapa suruh aku tolak tawaran tu, kalau tak
dah tentu gaji aku berganda-ganda. Hai Atee..kau memang bengong..! Tapi aku tak hairan sebenarnya sebab dekat kilang ni lebih
dari tu pun aku dah dapat.
Tepat jam dua petang, bermakna habis shift pagi untuk hari ni. Aku dah
bercadang-cadang nak ke kedai buku Medan Gopeng untuk dapatkan beberapa novel.
Jaraknya taklah jauh sangat. Sekitar sepuluh minit kalau menunggang gelpren @kriss modenas kaler kelabu
taik anjing aku ni. Minggu lepas tokey kedai tu dah janji dengan aku nak
tunjukkan novel-novel yang baru sampai.
Ha..! kalau nak tahu nilah hobi aku yang
tak boleh aku buang sampai bila-bila. Masa mula-mula baca dulu, aku taklah rasa
taksub sangat, sebab bila aku start
baca aku mesti boring dan secara
automatiknya mata aku akan cepat mengantuk. Jadi kebanyakan novel yang aku baca
dulu tak pernah habis pun. Tapi entah suatu hari aku kena tahan wad sebab
denggi. Merana beb..! dekat seminggu aku dekat hospital. Boring jangan cakaplah. Rasa macam nak lari saja. Masa tu ada
seorang budak perempuan sama nasib macam aku. Suspek denggi. Dia ni mungkin
dalam lingkungan tujuh belas tahun sebab kadang-kadang aku tengok dia baca buku
Ekonomi Asas tingkatan lima. Tapi bila dia boring,
dia akan baca novel. Aku pun apa lagi,
trylah nak pinjam satu sebab aku tengok banyak novel atas mejanya. Aku ni
bukan nak baca sangat, cuma nak habiskan masa-masa terluang saja. Sambil-sambil
tu aku ajak dia bersembang. Tapi bila tengok dia asyik sangat membaca, aku
bantutkan saja niat aku untuk berbual, jadi aku pun mintak pinjam novel dia
satu.
Aku masih ingat
tajuk novel yang dia bagi tu. UCAPKAN KAU RINDU. Tulisan Murni Aqilah keluaran
alaf 21. Mula-mula baca aku rasa macam biasa saja. Pada fikiran aku mesti
cerita sedih sebab ada kematian. Tapi aku baca jugak sebab dah tak tahu nak
buat apa dalam hospital tu. Makin lama makin terpikat pulak aku pada tulisan
Murni Aqila ni. Tulisannya mudah difahami dan buat aku tak boring membaca. Seharian aku mengadap novel tu dan akhirnya habis
jugak. Best giler..!! Aku tersenyum puas bila aku tutup buku tu. Budak dekat
sebelah aku tu pun hairan tengok aku. Dia terkejut sebab aku dapat habiskan
novel setebal itu hanya dalam sehari.Yang sebenarnya aku tak sabar-sabar nak
tahu kesudahan cerita. Lepas tu aku ulang lagi baca sampai aku puas. Tak boleh
jadi..! kena dapatkan jugak novel ni.
Keesokan harinya, aku buat muka tak malu pinjam novel lain
pulak dekat budak tu. Budak tu pun dengan murah hati serahkan lima buah novel
untuk aku pinjam. Aku apa lagi..kecil tapak tangan, stadium hoki sultan Azlan
aku tadahkan. Tak dapat aku nyatakan lagi, yang aku memang dah jatuh hati pada
novel. Habis aku baca kelima-lima novel tu dalam masa enam hari. Sejak itu mulalah
aku pasang angan-angan untuk dapatkan novel bila aku keluar dari hospital
nanti. Paling terharu bila budak tu bagi aku novel Ucapkan Kau Rindu pada aku.
Katanya sebagai kenang-kenangan. Wah.!! aku memang terharu pun.. Cadangnya bila
keluar nanti aku nak cari buku tu untuk buat koleksi. Tapi bila dia dah bagi,
aku senyum bagai tak cukup mulut. Jimat duit aku dua puluh hengget.. Kata budak tu, aku sampai termimpi-mimpikan Adham, hero dalam novel tu. Memalukan betullah!
Buat perangai depan orang, dekat hospital pulak tu.. Hi.!! Atee, kau memang tak boleh dibawa majlis, memalukan..!!
Sejak tu aku yang
tak pernah ada hobi, terjadi ada. Dengan gaji aku yang tak seberapa ni, aku
hanya tetapkan sebuah novel saja yang boleh aku beli dalam sebulan. Tapi kalau
OT aku banyak, bolehlah aku rembat dua. Aku sedar, aku ni cuma kerja kilang
saja. Gaji bukan banyak mana pun..sewa rumah, bil api air, topup handset lagi..mak
ayah aku kat kampung pun aku kena ingat jugak. Fasal makan, aku tak kisah
sangat, maggi dengan biskut pun dah cukup. Aku ni nak kata gemuk taklah gemuk
sangat..nak kata kurus sangat pun tak jugak.. orang kata kurus berisi macam
Rani Murkheji tu.. Mm..macam tulah
kiranya..! Muka pun ada lebih kurng juga dengan artis bolywood tu. Ceeeewah..!
perasan tak habis-habis.
“Kau tak rasa membazir
ke beli novel-novel ni?” Tanya Ana rakan
serumah aku suatu hari. Seorang lagi rakan serumah aku Ida turut angguk setuju
dengan pertanyaan Ana.
“Tak..!” Aku jawab tanpa tengok muka dia orang.
“Bagi aku membazirlah..! Bukan boleh bawak kemana-mana pun.
Tak ada untung!”
Panasnya telinga aku dengar Ana cakap macam tu. Dia orang
ingat aku ni teruk sangat ke..sampai tak boleh nak berfikir sebelum buat
sesuatu.
“Tu kata engkau! aku tak fikir macam tu pun. Bagi aku
membaca ni bagi aku satu kepuasan. Dari aku habiskan duit macam korang tu yang
suka habiskan dekat barang-barang makeup,
baik aku beli benda-benda macam ni. Lagi pun bukan mahal sangat pun. Paling mahal
pun dua puluh lima ringgit saja.. Kalau nak dibandingkan dengan harga
barang-barang korang yang beratus-ratus ringgit tu.. Lagi satu, aku tak mintak
duit korang untuk beli buku-buku ni. Sewa rumah, bil-bil semua aku bagi tepat
pada masanya. Mak ayah aku kat kampung pun aku tak pernah miss tak bagi tau.! Buku simpanan aku pun tiap-tiap bulan
bertambah. Korang ado? Tak
ado.!!”
Ha..rasakan korang! sedap-sedap mulut
kata aku membazir. Wahai rakan-rakan ku sekelian..sekarang harap-harap korang
sedarlah ye..! siapa yang suka membazir, sampaikan nak bayar duit sewa rumah
pun terpaksa mintak duit dekat balak korang. Nasib baiklah dapat balak yang
berduit, kalau tak.. balik-balik duit korang yang dia orang perabis. Masa tu
akulah manusia yang akan ketawakan korang besar-besaran..siap tepuk kaki tangan
lagi..
Sejak tu aku dah
tak ngam dengan rakan serumah aku. Sebenarnya dari awal lagi aku memang tak kamcing dengan dia orang. Apa yang dia
orang buat tak pernah aku nak ambil tahu sebab aku pun tak suka dia orang ambil
tahu hal aku. Cuma dengan Fiza sahaja yang aku layan, tu pun sebab dia kongsi bilik
dengan aku. Fiza ni baru saja masuk rumah ni. Dulu dia duduk hostel. Katanya susah duduk hostel sebab tak bebas. Ah.! lantak dialah. Janji duit sewa
rumah mesti bayar. Lagi satu Fiza ni aku perhatikan jenis yang tak banyak
cakap. Di belakang aku tak tahu la pula! mungkin juga sebab dia tengok aku
macam sombong kot.. sebab tulah dia
tak banyak cakap dengan aku. Aku pulak, kalau orang tak mulakan perbualan,
jangan haraplah aku nak mulakan.. Sebelum Fiza, kawan sebilik aku ialah Risa.
Risa ni orang kedah. Sebab dia dah kawin, dia pindah ikut suami dia di
Terengganu. Tinggallah aku sorang. Sebulan kemudian barulah Fiza masuk. Tu pun
jenuh aku buat iklan cari penyewa baru. Mula-mula aku tak hairan sangat kalau
kena bayar lebih sewa rumah tu, tapi bila budak dua ekor tu mula merungut, aku
usaha jugak cari penyewa. Aku faham masalah dia orang. Jadi aku pun mula
bertanya-tanya siapa yang nak masuk. Takut juga kalau dua ekor tu yang mencari.
Buatnya dapat penyewa macam dia orang, aku juga yang merana.
“Tokey! you kata ada novel baru, mana?” Aku
terus tanya bila aku sampai depan pintu kedai buku.
“Ada-ada. you
tengok kat dalam lah..!” Balas Tokey kedai Kheong yang sibuk menyusun buku-buku
baru yang baru sampai. Aku pun apa lagi, laju saja melangkah ke arah dalam kedai. Perghh!! best giler.! Rambang mata aku
tengok buku-buku baru yang tersusun kemas di rak buku. Bahagianya rasa kalau
rumah aku ada bilik khas untuk buku-buku macam ni.
Ambil satu, lepas tu
baca sinopsis pastu letak balik.Tu
sajalah yang aku buat hampir sejam aku berdiri depan rak-rak novel tu. Aku jadi
rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.
“Moi.! Angkat
dualah..saya kasi you diskaun.” Laung Tokey Kheong dari tempat duduknya.
Mungkin dia nampak aku pilih satu buku saja. Aku pula, bila dengar dia cakap
macam tu, secara automatiknya, mulut aku dah tak boleh nak betulkan lagi sebab
senyuman dah rasa sampai ke telinga.
“Betul ke tokey?”
Terujanya aku.. Bila tengok dia turut tersenyum, aku tak tunggu lama, terus
saja tarik dua buah lagi novel yang dah aku belek sejak tadi. Memandangkan OT
bulan ni agak banyak, aku rasa tak salah kalau aku belanja lebih sikit untuk
novel.
“Berapa?” Aku tanya dia sambil aku letakkan tiga buah novel
atas mejanya. Lantas tokey Leong mula menekan-nekan di mesin kiranya.
“Okey..semua
sekali enam puluh empat ringgit. Saya kasi you
diskaun, maknanya semua sekali lima puluh lima ringgit sahaja. Kira cincai-cincai sajalah moi.. Nanti datang lagi lo..!” Aku tersenyum lebar.
Wah.!! manyak mulah wo..
kalau wa tau mulah ini macam, wa talik
lagi dua lo..!
No comments:
Post a Comment