PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 1(2) SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

Bab 1(2)
CERITA apa yang kau beli kali ni?”. Tanya Fiza ketika aku sampai ke bilik lalu melabuhkan punggungku di birai katil aku. Penat rasanya sebab di luar sana cuaca panas terik.

“Tengoklah sendiri..!” Aku jawab acuh tak acuh. Yang sebenarnya aku malas nak melayan. Kawan-kawan aku dalam rumah ni kalau bertanya, bagi aku bukan ayat tanya, tapi ayat menyindir. Yelah..aku sedar, dia orang bukannya ada minat dan hobi macam aku yang ulat buku ni. Tapi aku terkejut juga bila Fiza tiba-tiba tanya. Sebelum ni memang payah nak dengar dia tanya fasal novel-novel aku ni.

Best ke cerita ni..?” Tanya Fiza lagi sambil membelek-belek novel di tangannya lalu membaca sinopsis yang tertulis di belakang kulit buku.

“Entah.!” Aku jawab ringkas. Setelah aku rasa lama sangat novel aku tu di tangannya, aku ambil balik novel tu lalu susun di rak buku yang aku letakkan bersebelahan dengan almari bajuku yang juga kuletakkan tepi katilku. Risau juga kalau-kalau dia buat-buat lupa nak bagi balik. Bukannya apa, aku beli tu tak share-share pun dengan dia. Aku perhatikan novel-novel yang menjadi koleksiku di rak buku. Tersenyum simpul aku sendirian bila melihat novel-novel tu. Rasa happy sangat. Setakat ni sudah hampir tujuh puluh buah novel yang menjadi koleksi aku. Rasa teruja bila menatap susunan novel-novel aku tu.

“Nak pinjam, boleh?” Fiza tanya aku sambil tersengeh-sengeh. Aku sedikit tersentak dengan permintaan Fiza sebab selama ini tak pernah sekali pun dia suarakan permintaannya itu. Seketika kemudian aku tersenyum. Tak sangka ada jugak yang nak share hobi aku ni. Aku mengeluh lega. Seronok pun ada. Taklah lepas ni aku saja yang rajin menelaah. Ce..wah! macam study nak ambil periksa pulak.. Kalau ada ujian, mesti lulus seratus peratus ni..

Mm..lepas baca, letak balik kat tempatnya!”  Fiza tersenyum riang . Aku ni boleh dikatakan sebaris dengan Haji Bakhil, tapi taklah teruk sangat macam Hj. Bakhil tu..Cuma sebab aku terlalu sayangkan harta-harta aku ni, jadi aku harap sangat sesiapa saja yang nak meminjam, harap-harap ada rasa tanggungjawab terhadap barang orang. Sebab itulah, setiap novel di muka surat pertama, aku buat nota amaran berdakwat merah.

-JANGAN ROSAKKAN.
-JANGAN ADA YANG BERLIPAT.
-JANGAN CONTENG.
-LEPAS BACA TOLONG SIMPAN DAN SUSUN ELOK-ELOK.
-KALAU ROSAK HARUSLAH DIGANTI DENGAN NOVEL JUGA.
-HARUS INGAT..NOVEL NI MILIK ATEE MUNIRAH-MICRO F.O.L.

   Ha..tengoklah betapa perihatinnya aku pada kebajikan novel-novel aku ni. Aku siap letak nama penuh aku dan department tempat aku bekerja. Almaklumlah..semua yang duduk dalam rumah ni, bekerja di kilang yang sama. Dah tentulah dia orang tahu kat mana depatrment aku. Jadi tak ada alasan  untuk dia orang buat-buat lupa atau tak tahu masa nak pulangkan novel-novel aku tu.

No comments: