13
NUR
Mengapa ini yang terjadi dalam hidupku. Mengapa aku
yang dipilih..???
ZIKRI tiba depan rumah aku jam
lapan malam. Cepat-cepat aku melangkah ke arah keretanya tersadai.
“Nak makan di mana?” Soalan pertama yang keluar dari
mulut aku untuk Zikri yang sedang tersenyum manais. Sebenarnya soalan tu untuk
menutup gugup aku yang aku rasa setelah sedar pandangannya tak berkelip
memandang aku.
“Dekat mana lagi, dekat mulutlah!” Jawabnya tersenyum
nakal. Suka agaknya aku belagak garang sambil cekak pinggang. Aku jeling geram.
Terkekeh-kekeh dia ketawakan aku.
“Nur sebut saja di mana, abang ikut je!”
“Okey! Kalau macam tu restauran Pak Hamid sajalah!”
Aku jawab selamba.
“Alah..! Jauh sikit la..! Dekat-dekat sini, bila-bila
pun boleh!”
Aku ketawa kecil. Padan muka! Tadi gelakkan aku.
“Abang bawaklah pergi mana pun, Nur ikut!”
“Betul? Kalau macam tu ikut abang baliklah!”
“Okey! Nur lagi suka. Tapi kalau Nur tak layan abang
jangan marah pulak.”
Sekali lagi aku gelakkan dia bila dia dah mula buat
muka kecewa. Rasakan cik abang! Macamlah aku hairan sangat. Mula-mula dulu
memang aku malu sebab aku tak tahu perkara sebenar. Tapi bila aku tahu, hilang
malu aku tiap kali pergi ke rumah Zikri. Layanan umi benar-benar memberi aku
rasa seperti layanan ibu sebenar.
“Tak boleh jadi ni! Tukar plan.!”
“Nur tak kisahlah bang. Kalau abang bawak Nur makan
dekat warung tepi jalan pun Nur sanggup.”
“Okey. Kalau macam tu kita lepak dekat Taman Kanak-Kanak.
Abang teringin nak makan satey kijang dengan ais kacang.”
“Macam budak-budak!” Ujarku sambil betulkan tali
pinggang keledar.
AIDIL
“SEDAP ke makan dekat sini?” Aku
mula bertanya pada Mail dan Mizi. Sejak tadi puas aku dan mereka berjalan
mencari tempat makan.
“Entah. Aku pun tak tahu. Tapi tadi aku tengok dalam
google, kat sinilah tempat makan yang best
dan paling popular. Orang bagi singkatan TKK.”
“Apa tu?” Mail menyoal pada Mizi. Aku dengar saja.
Malas nak ambil tahu. Dulu aku pun pernah menuntut ilmu di dalam negeri Perak
ni. Tapi belah perak utara di Taiping. Erea Ipoh ni memang tak pernah sampai.
“Taman Kanak-Kanak” Jawab Mizi sambil tersengeh. Aku
perhatikan sekeliling kawasan makan tu. Memang ada tempat kawasan permainan
untuk kanak-kanak. Memanglah ramai kanak-kanak bermain di situ, tapi tak lepas
pula pada golongan remaja yang sedang sibuk berdating. Tempat macam ni kalau
bawak anak-anak saudara aku, sah susah nak balik.
“Banyak sangat gerai dekat sini. Tak tahu nak pilih
yang mana” Rungut Mail. Aku mengangguk setuju.
“Aku nak makan satey. Dalam google tadi aku dah tahu
nama gerai yang sediakan satey tersedap dekat sini.”
“Aku ikut je!” Balas Mail. Aku pun angguk sebab tak
tahu nak makan apa. Dalam fikiran aku sekarang ialah tidur saja sebab esok pagi
dah nak balik.
Sedang asyik mencari-cari tempat, kedengaran satu
suara merdu menegur memberi salam. Aku Mizi dan Mail serentak menjawab. Bila
terpandangkan wajah tu, aku bagai sesak nafas. Paling menyesakkan bila
seseorang ada di sisinya.
“Tak balik
lagi?” Nur tanya hairan.
“Belum Cik Nur. Kami nak jalan-jalan dulu sebelum
balik pagi esok. Sesekali datang tempat orang, kenalah buka mata sikit. Rugilah
kalau datang tak jejak tempat-tempat menarik.” Balas Mail. Tersenyum lebar Nur
mendengar cakap Mail.
“Cik Nur boleh bagi cadangan, makanan apa yang sedap
dekat sini. Sejak tadi puas kami mencari-cari menu untuk kami isi perut malam
ni.” Permintaan Mizi buat Nur tercengang.
“Alah..kesiannya! Sebenarnya saya pun tak tahu nak
makan apa. Ni pun sebab temankan cik abang ni makan. Dia kata nak makan satey
dengan ais kacang. Kalau korang tak jadi masalah, apa kata join saya sekali.”
Cadangan Nur buat buat hati aku sedikit berbunga. Tapi
aku tetap tak senang jika ada yang mengganggu.
“Siapa ni Nur?” Tiba-tiba Mizi bertanya sambil
tersenyum-senyum. Aku yang memang nak tahu, pandang sekilas ke wajah Nur.
“Ni kawan saya. Kawan sepermainan. Dua puluh empat tahun
terpisah. Baru je jumpa balik.” Terang Nur malu-malu. Aku tengok muka mamat tu
pun ceria bukan main bila Nur cakap macam tu.
“Abang! Ni Nur kenalkan. Encik Tarmizi merangkap
senior Nur masa dekat Ottawa. Encik Ismail dan yang sorang ni Aidil rakan
fakulti Nur masa di UM.” Ramah Nur kenalkan kami bertiga pada cik abangnya.
Sakit telinga aku dengar Nur panggil mamat tu abang.
“Zikri” Ucap Zikri sambil menghulurkan salam. Senyuman
di bibirnya buat aku tak senang. Patutlah Nur terpikat.
Sementara menanti pesanan, aku cuba-cuba pandang Nur
dari dekat. Walaupun aku sedar Zikri ada di situ, aku beranikan diri memandang
wajah bersih itu. Melihat dia bercakap sambil tersenyum buat aku kelu lidah tak
tahu nak kata apa. Sesekali dengar dia ketawa sambil menutup mulut. Tiba-tiba
timbul niat jahat untuk melagakan mereka. Entah kenapa aku nekad untuk merampas
Nur walau apa yang jadi.
“Berapa tahun awak dekat Jepun, Nur?”
“Enam tahun. Empat tahun saya belajar, bila tamat saya
sambung lagi dua tahun untuk kerja. Sengaja cari pengalaman.”
“Mesti awak pandai cakap bahasa negara matahari terbit
tukan?”
“Kenapa? Awak nak belajar?”
Aku tersengeh bila Nur cakap macam tu. Dengan umur
yang dah lanjut ni, boleh ke terima lagi pembelajaran baru dalam otak aku ni?
Rasanya tak payah kot..
“Enam tahun awak dekat sana, tak ada yang speacial ke? Awakkan cantik,
pandai..mesti ramai yang terpikat.” Aku perasan Mizi sudah pandang semacam pada
aku. Pasti dia risau kalau Nur tahu dia ada ceritakan tentang Nur pada aku.
“Saya dekat sana sebab belajar. Bukan cari jodoh!”
Jawapan Nur itu sudah cukup buat aku termalu sendiri.
“Saya dengar Nur minat sukan bermotor. Betul ke?”
Pertanyaan aku tu dah cukup buat Zikri yang berada di situ turut memandang
tajam pada Nur. Aku lihat Nur sudah gelisah.
“Err..cerita
lama. Sekarang semua dah berubah!” Jawab Nur gugup.
“Abang tak tahu pun Nur minat sukan tu. Nur tak cakap
pun!” Tiba-tiba Zikri menyampuk. Di wajah Zikri terbias lakaran tak puas hati.
Dalam hati aku pula bagai nak senyum lebar.
“Tak pentinglah bang! Lagipun tu cerita lama.” Jawab
Nur lembut. Berbulu pulak aku rasa telinga aku ni.
“Ye ke tak penting? Bukan sebab boyfriend awak yang dah tak ada tu?” Aku terus menekan hingga Nur
hilang kata-kata. Sekali lagi pandangan tajam dari Zikri buat Nur serba salah.
Dalam hati aku dah nak menari ago-go.
“Boyfriend
saya? Siapa boyfriend saya?” Aku
balik yang Nur tanya. Aku yakin dia dah resah gelisah. Tambah-tambah lagi bila
tengok Zikri dah berubah wajah.
“Alah Nur! Takkan dengan kawan-kawan taknak share cerita.” Aku tersengeh-sengeh
nakal menduga Nur.
“Kalau awak nak tahu siapa boyfriend saya dekat sana, awak boleh tanya Encik Tarmizi sendiri.
Dia tahu semuanya. Tapi terus terang saya cakap, yang sebenarnya saya memang
tak ada boyfriend dekat sana. Dan
satu saya nak ingatkan pada awak, tolong jangan suka-suka ambil tahu hal orang
kalau diri sendiri pun tak terurus. Opts!
Lagi satu. Saya tak pernah berkawan dengan awak sejak dulu sampai lah sekarang.
Saya kenal awak pun sebab Azie yang terlalu gilakan awak. Tapi saya bersyukur
sebab Azie kawin dengan Razif kawan baik awak tu. Sebab saya yakin Azie akan
lebih bahagia dengan orang yang tak pandang darjat dan sekufu macam awak.” Ujar
Nur lantas bangun dan meninggalkan meja.
“Maaf semua!” Ujar Zikri sambil bergegas bangun untuk
mendapatkan Nur.
Aku lepaskan nafas setelah aku tarik dalam-dalam. Puas
hati aku. Walaupun aku rasa bersalah, aku lega.
“Kenapa kau cakap macam tu Dil.? Kesian aku tengok Cik
Nur tadi. Mesti dia sedih.” Kata Mail sayu.
“Yelah! Menyesal aku bagitahu kau tentang dia. Aku
serba salah, kau tau! Kalau ye pun kau cemburukan mereka, tak patut kau cakap
macam tu dekat dia. Dia tak salah apa-apa. Lagi satu, yang kau cakap fasal boyfriend dia dekat jepun tu apasal? Kan
aku dah cakap, antara dia dengan Tanaka Harashi cuma kawan baik walaupun Tanaka
ada hati pada dia. Tak fasal-fasal nanti aku yang dia salahkan. Teruk betullah
kau ni!” Panjang bebel Mizi kerana kelancangan aku bersuara. Namun aku hanya
buat pekak.
NUR
APA SALAH aku pada dia hingga dia
sanggup malukan aku depan Zikri. Jelas dia sengaja nak malukan aku. Apa dia ada
simpan dendam pada aku ke? Rasanya aku tak pernah ada salah apa-apa dengan dia.
Tapi dari cara renungannya, jelas tersimpan seribu makna yang sukar nak
diungkapkan.
“Nur ada nak cakap apa-apa dengan abang ke?” Suara
Zikri memecah kesunyian setelah lama aku murung dalam kereta. Aku masih
berdiam.
“Betul ke apa yang dia cakapkan tadi? Nur ada
seseorang dekat sana?” Zikri sambung bertanya. Aku tersentak. Pasti Zikri rasa
kecewa.
“Abang tak percayakan Nur ke?” Aku tanya Zikri.
Soalannya tadi jelas dia meragui keikhlasan hati aku menerimanya sedangkan dia
tahu sudah lama aku menantinya.
“Bukan abang tak percaya. Cuma abang tak sedap hati.
Selama ni abang rasa Nur milik abang, tapi bila dengar cerita tentang Nur dekat
Jepun, abang rasa serba salah sebab rampas hak orang.”
Aku bagai terkena renjatan elektrik bila dengar Zikri
berkata begitu. Wajahnya yang murung aku pandang tepat.
“Abang tak rampas sesiapa sebab Nur memang milik abang
sejak dulu. Nur pun tak pernah curang dengan abang sebab Nur tahu abang milik
Nur. Memang Nur berkawan rapat dengan seseorang dekat sana. Tapi sekadar kawan
rapat. Dia dah macam abang Nur dekat sana. Dia baik macam abang. Suka ambil
berat tentang Nur dan dia ada minat sama macam abang. Sejak Nur kenal dengan
dia, dia banyak memperkenalkan tentang sukan bermotor kuasa tinggi pada Nur.
Tapi tak bererti dia boyfriend Nur.!”
“Habis, kenapa Aidil cakap macam tu?”
“Nur tak tahu! Tapi Nur dapat rasa Aidil ada simpan
niat tak baik. Tapi kalau abang nak tahu jelas, abang boleh tanya sendiri
dengan Encik Tarmizi. Dia berkawan rapat dengan kawan baik Nur tu.”
“Kenapa harus tanya Encik Tarmizi? Kenapa tak suruh
abang tanya sendiri pada kawan baik Nur tu?”
Sekali lagi aku tersentak. Jelas Zikri sudah termakan
kata-kata hasut Aidil.
“Kenapa nak tanya pada orang yang dah tak ada?” Muka
aku Zikri pandang tepat. Aku mengangguk sambil mengeluh. Zikri angkat kening
pinta kepastian.
“Dia dah tak ada bang! Dia dah pergi sepuluh bulan
yang lalu. Pergi yang tak akan kembali lagi. Sebab tu Nur pernah minta abang
tinggalkan minat abang tu dulu. Tapi bila abang kata, minat abang tu hanya
untuk suka-suka, Nur terima walaupun dalam hati Nur tetap tak tenang. Nur tak
mahu kehilangan abang macam mana Nur kehilangan dia.”
“Nur cintakan dia?” Zikri tanya lembut.
“Nur tak pernah jatuh hati atau bercinta dengan dia.
Dan Nur tak pernah jatuh hati pada mana-mana lelaki selain abang. Tapi Nur
sayangkan dia. Macam yang Nur cakapkan tadi, dia seperti seorang abang yang
menjaga adik perempuannya. Dia pernah selamatkan Nur dari diperkosa oleh salah
seorang kawan baik dia.”
Zikri tersentak. Tepat wajah aku ditenung kerana
terkejut dengan berita itu.
“Sebab tu Nur rasa sedih sangat bila ingat pada dia.
Jasa dan budinya tu Nur ingat sampai mati. Nur yakin kalau abang kenal dia,
abang boleh jadi rakan baiknya sebab abang dan dia sama-sama minat pada benda
yang sama.”
“Bukan pada gadis yang sama?”
Aku berdesit geram dengar soalan Zikri. Jelingan tajam
aku hadiahkan padanya. Biar dia tahu hati aku dah mula panas.
“Terpulanglah pada abang nak fikirkan apa. Nur tahu
dia ada simpan perasaan pada Nur, tapi Nur hanya anggap dia kawan baik saja.”
“Abang cuma risau kalau hati Nur masih ingatkan dia.”
“Memang Nur ingat dekat dia. Tu pun kadang-kadang je. Tapi
tak bermakna Nur cintakan dia. Ingatan Nur pada dia sekadar menghargai jasa
yang telah dia buat untuk Nur. Lagi satu kalau Nur dengar ngauman motosikal
besar macam abang tu, lagilah kuat ingatan Nur pada dia. Lagipun, apa guna
ingat pada yang dah tak ada sedangkan yang di depan ni pun payah nak jaga.”
“Oh..perli abang ek? Nakal!” Bisik Zikri lantas
mencuit hidung aku. Aku tersenyum malu. Tak pernah ada lagi yang berani sentuh
hidung aku.
“Boleh abang tahu nama dia? Asal mana? Manalah tahu,
mungkin satu hari nanti kita boleh ziarah kubur dia.”
Aku dah rasa nak tergelak dengar cadangan merapu Zikri.
Aku dah rasa nak tergelak dengar cadangan merapu Zikri.
“Dia orang jepunlah bang..! Tanaka Harashi nama dia.
Tapi Nur lebih suka panggil dia Lion King sebab dia ada bela seekor bapak singa yang besar. Lagipun takkan kita nak ziarah kubur dia. Merepeklah abang ni!”
Bila aku cakap macam tu, barulah Zikri tersenyum lebar.
“Sayang! Abang lapar. Jom temankan abang makan. Dah
terasa-rasa satey kijang dengan ais kacang.”
“Nak makan dekat situ jugak ke? Nur tak sukalah
pandangan mata Aidil tu. Dia macam nak cari gaduh je dengan Nur.”
“Tak baiklah syak-syak macam tu dekat orang. Apa kata
kita makan dekat gerai lain. Dekat sinikan banyak gerai yang jual satey kijang
dan ais kacang.”
“Sama ke sedapnya?”
“Kita cubalah dulu. Kalau tak try, mana nak tahu!”
Aku angguk setuju. Lantas keluar semula dari kereta
mengikut Zikri berjalan ke arah gerai-gerai yang berderet.
“Sebenarnya abang nak bincang sesuatu dengan Nur malam
ni. Tapi tadi bila Nur ajak kawan-kawan Nur, abang rasa baik abang tangguhkan
dulu perbincangan tu.”
“Bunyi macam penting je!”
“Memang penting! Tapi tak tahulah pula pada Nur.”
“Kalau abang tak terus terang, macam mana Nur nak tahu
penting atau tidak.”
“Nantilah, kita cari tempat dulu. Dah dapat satey
kijang dengan ais kacang, baru abang cakap.” Aku angguk tanda setuju.
Disebabkan tiada gerai yang menyediakan satey kijang,
akhirnya Zikri membuat pesanan pada gerai satey kijang tadi melalui telefon.
Ketika itu barulah aku tahu, tuan punya gerai satey kijang adalah rakannya
ketika di bangku sekolah. Hm..patutlah tuan punya gerai tak kisah dan sanggup
hantar pesanan hingga ke kereta. Kawan dia rupanya! Kebetulan di sepanjang tepi
jalan masuk taman kanak-kanak tu, banyak kerusi panjang disediakan, maka aku
dan Zikri hanya duduk di situ menanti hidangan.
“Nur rasa-rasa hubungan kita penting tak?” Zikri
tiba-tiba bertanya sementara menanti hidangan.
“Soalan apa ni? Bunyi macam nak tambah koleksi je!”
Zikri ketawakan aku lepas aku tanya. Bibir aku masih boleh aku ukir senyuman
walaupun dalam hati tuhan saja yang tahu bertapa berdebarnya hati.
“Abang tanya, Nur tanya abang balik! Jawab jelah apa
yang abang tanya” Kata Zikri masih ketawa. Dia perasan agaknya cemburu dah mula
ada dalam diri aku. Biar dia tahu, aku pun ada perasaan.
“Mestilah penting! Kenapa?”
“Antara abang dengan kerja Nur, mana satu yang
penting?”
Aku terdiam sambil berfikir. Aku tak tahu apa jawapan
yang harus aku bagi kerana aku takut dia kecewa.
“Nur tak ada jawapan untuk soalan abang tu.”
“Kenapa?”
“Nur tak mahu abang terasa hati”
“Maknanya kerja Nur lagi penting?”
“Bukan macam tu. Sebenarnya kerja Nur penting untuk
jangka masa sekarang dan masa depan Nur. Dalam pada tu juga, abang pun amat
penting dalam hidup Nur untuk kebahagiaan dunia akhirat Nur.”
“Jadi Nur harapkan abang memimpin Nur hingga ke syurga
nanti?” Aku malu dengar soalan Zikri tu. Sambil tunduk aku angguk sekali. Tak
mahu dia lihat muka aku yang dah macam udang kena bakar.
“Nur!” Aku angkat muka bila dia panggil lembut.
Bibirnya yang sedang tersenyum aku balas dengan senyuman nipis.
“Kita kawin!”
Masa tu kebesaran mata aku dah jadi dua kali ganda
dari bentuk asal. Mulut aku yang sedikit terbuka cepat-cepat aku tutup setelah
sedar pandangan mata Zikri begitu tajam menikam mata aku. Aku rasa macam nak
melompat masa tu juga. Sebulan lalu dia ada usulkan tapi aku suruh tunggu. Tapi
kali ni….
“Abang tak mahu tunggu lama dah. Dua puluh empat tahun
abang tunggu Nur, rasanya tempoh tu dah cukup abang bagi untuk Nur berfikir.”
Aku ketawa kecil. Kelakar betul dengar dia cakap macam
tu.
“Abang yakin dengan Nur?” Aku tanya dan Zikri angguk.
“Abang tak mahu selidik dulu latar belakang Nur?
Buatnya abang dapat lagi cerita macam tadi macam mana?”
“Abang harap Nur boleh share dengan abang.” Ujar Zikri sayu. Aku tersenyum lagi.
“Apa pendapat abang tentang Nur?” Aku inginkan pendapat
ikhlas Zikri.
“Abang tak mahu cakap sebab nanti Nur fikir abang ni
suka mengayat bila perkatakan tentang diri Nur. Biarlah abang simpan saja
jawapan tu.”
Aku tersenyum malu. Sedari awal aku tahu dia ikhlas
terima aku, cuma aku saja yang masih was-was. Bukan aku tak mahu terima lamarannya,
cuma aku rasa masa tidak sesuai. Tapi bila mengenangkan kesihatan emak semakin
pulih aku boleh tarik nafas lega. Lepas satu masalah. Namun bila teringatkan
ayah, aku buntu tak tahu nak buat apa. Dalam pada itu juga aku yakin satu hari
nanti aku kena cari dia atau abang Iman kalau aku nak kawin. Mereka sajalah
wali aku yang ada. Nak guna wali hakim rasanya tak patut sebab pencarian belum
bermula. Ini bermakna aku harus balik kampung jumpa dengan Maksu bertanyakan
tentang ayah. Manalah tahu kalau-kalau dia ada berita tentang ayah.
Lama aku berdiam hinggalah hidangan sampai. Tergelak
aku lihat Zikri tak sabar-sabar merasa nikmat kelazatan satey kijang dan ais
kacang. Dah macam mengidam pulak.
“Isteri abang mengandung ke?” Aku cuba berseloroh.
“Hah?” Aku dah gelak besar tengok keadaan Zikri melopong mata
dan mulut. Nayaris-nyaris tersembur ais kacang yang baru dihirup..
“Abang tu, macam orang mengidam pulak!”
“Insyaallah! Kalau tahun ni kita kawin, tahun depan
abang mengidam.” Jawab Zikri selamba. Aku ketawa lagi.
“Abang nak mengidam apa? Jangan yang pelik-pelik
sudahlah. Susah Nur nak cari.” Aku lihat Zikri terhenti makan lalu merenung aku
yang sedang tersenyum.
“Nur setuju kita kawin?”
Aku tersenyum malu. Dengan malu-malu aku tunduk sambil
buat-buat sibuk makan ais kacang. Sedangkan masa tu aku rasa macam nak menyorok
bawah kerusi.
“Thank
sayang! Nanti abang bincang dengan umi.”
“Tapi, sebelum tu Nur mintak sedikit masa. Biar Nur
selesaikan masalah Nur dulu. Memandangkan kesihatan emak semakin baik, Nur
cadang nak bawak mak balik tinggal dengan Nur dulu. Tapi Nur risau kalau-kalau
tak ada yang tengokkan emak masa Nur keluar kerja. Nur rasa Nur nak cari orang
temankan emak di rumah. Tapi Nur tak tahu siapa yang sesuai. Nantilah Nur
fikirkan.”
“Okey, abang
setuju. Kalau Nur perlukan abang, Nur cakap saja. Abang akan bantu setakat yang
termampu.” Aku lepaskan keluhan lega lepas Zikri cakap macam tu. Lapang sikit
dada..
“Baik betul abang ni!”
“Mm..baru tahu?”
“Dah lama tahu, cuma malas nak ambil tahu”
“Yelah..siapalah abang ni!” Suara Zikri menjauh buat aku ketawa kuat
sambil tutup mulut.
“Buruknya bila merajuk. Buatlah! Nanti dapat baby
semua kuat merajuk macam abang.” Berdekah-dekah Zikri ketawa.
“Okey! Kita
tengok nanti, siapa yang kuat merajuk.”
“Amboi! Excited
nampak?”
“Mestilah! Abang dah tak sabar nak hidup bersama Nur. Abang
sayang Nur!” Alahai! Sayunya aku dengar suara Zikri.
“Ye..Nur pun sayang abang. Sayang sangat-sangat! Kalau
Nur tak ada masalah, sekarang jugak Nur setuju kawin dengan abang. Tapi abang
faham-faham sajalah keadaan Nur sekarang.”
“Ye..abang faham. Nur jangan risau. Abang sangup jadi penyokong
kuat Nur.”
“Thank!”
Berbunga-bunga aku rasa bila dengar Zikri cakap macam tu. Taklah aku risau lagi
kerana dia sentiasa memahami aku. Dalam kes Aidil tadi benar-benar menguji
tahap kesabaran aku. Aku tak yakin kalau orang lain berada di tempat Zikri. Dah
pasti orang itu tidak dapat terima, dan pasti aku ditinggalkan. Aku bersyukur
kerana dipertemukan dengan orang seperti Zikri. Aku harapkan bahagia aku
bersamanya walaupun pada pemulaan hati aku benar-benar sukar menerima cinta
lelaki.
Kadang-kadang aku terfukir juga, kenapa aku boleh
lemah dengan pujuk rayu Zikri. Sedangkan selama ini aku dah setkan dalam
fikiran aku takkan terima cinta lelaki. Semuanya gara-gara kerana sikap ayah.
Kerana sikap itu aku jadi takut bercinta.
Memang aku sudah lama menanti Zikri a.k.a K.E. Tapi aku tak yakin akan
bertemu dengannya lagi. Bila dah bertemu kembali, hati aku cepat berubah.
Kadang-kadang aku risau dengan apa yang aku rasa. Aku takut ianya bersifat
sementara. Bila difikirkan balik, Zikri tidak bersalah dalam hal ni. Jadi aku
rasa tak patut kalau aku menolak dia yang terang-terang umi menjelaskan yang
dia menanti aku sekian lama.
No comments:
Post a Comment