PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 26 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

26
AKU melepaskan penat setelah dua jam pejalanan dari kampung. Dua hari lalu aku, umi dan abi berada di kampung sebab majlis doa selamat emak dan ayah yang bakal berlepas ke tanah suci tak lama lagi. Ceria sungguh aku tengok muka emak dan ayah. Aku cadang nak duduk lama dekat kampung sehingga emak dan ayah pergi, tapi emak menghalang. Emak kata sekarang aku dah jadi isteri orang dan aku patutnya menemani umi sebab umi benar-benar memerlukan teman ketika ini. Aku serba salah sebenarnya. Aku lebih rindukan bebelan emak. Tinggal di rumah Arie, aku langsung tak pernah dengar umi atau abi membebel. Aku terpaksa setuju selepas ayah juga seperti setuju dengan pendapat emak. Ayah kata kalau aku ada di kampung, dia susah nak berkepit dengan emak sebab asyik kena berkepit dengan aku je.

   Petang itu kami dikejutkan dengan kehadiran atuk. Nasib baik kami sampai rumah tepat pada masanya. Dia agak terkejut tengok aku ada di situ. Tanpa ucapan atau sapaan dibiarkan aku begitu saja di muka pintu sedangkan aku bagi senyuman yang paling manis menerima kunjungannya. Peristiwa di mana dia tinggalkan aku di halaman rumah  sebulan lalu tiba-tiba terimbas kembali. Mungkin atuk rasa serba salah, sebab tu dia seperti segan nak tegur aku. Tiba-tiba aku rasa rindu nak berbual dan bertekak dengan dia. Bila aku tengok dia bersendirian depan tv, aku datang dekat dia untuk berbual sambil menatang secawan kopi dan sepiring kuih seri muka yang aku bawa balik dari kampung.

“Kopi tuk..!” Aku semawa lembut sambil duduk di hadapannya.

“Hmm..” Dia jawab tanpa tengok aku. Matanya tepat ke kaca tv.

“Ehem..Atuk sihat.?” Tegur ku lagi. Tiba-tiba dia berkalih dan wajah aku dia pandang lama. Selepas dia lepaskan keluhan baru aku nampak bibirnya terukir sebuah senyuman nipis. Aku lega.

“Sihat. Kamu ni bila datang sini.? Tak kerja.?” Aku sedikit gelabah tak tahu nak jawab apa. Hentam sajalah labu..!

“Saya dah berhenti.”

“Kenapa kamu berhenti.? Nak kawin.?”

“Ish.! atuk ni.. takde soalan lain ke nak tanya.? Siapalah nakkan saya ni? Saya tahulah saya ni cute, tapi saya ni tak lawa.. Saya berhenti kerja sebab emak dengan ayah saya nak ke mekah minggu depan. Adik-adik saya tak ada siapa yang jaga. Lagipun adik-adik saya semua masih bersekolah.”

“Kalau mak ayah kamu nak ke mekah, kenapa kamu masih ada dekat sini.? Kenapa kamu tak balik saja kampung kamu.?” Tanya atuk hairan.

“Emak saya yang suruh saya temankan umi dekat sini. Baru-baru ni umi macam tak sehat, sebab tu saya datang sini..!”

“Habis tu, adik-adik kamu siapa jaga.?” Tanya atuk serius sambil tangannya rakus menjamah kuih serimuka yang aku bawa dari kampung tadi..

“Mak dengan ayah saya suruh dia orang duduk asrama. Adik-adik saya tu bukan berumur lima tahun. Dah besar. Dah lapan belas tahun.”

“Kamu tak ada adik beradik lain ke.?”

“Ada.. dua orang abang kembar tapi dua-dua dah kawin. Saya tak sukalah kacau rumahtangga dia orang. Adik saya dua orang tu pun kembar, dua-dua lelaki.. Kalau adik-adik saya tinggal dengan dia orang, nanti dikata mengganggu pulak.! Nasib baik dia orang dah besar, jadi emak dan ayah saya suruh dia orang duduk asrama saja” Atuk seperti tergamam dengar cerita aku.

“Kamu ada kembar jugak ke.?”

 Aku senyum sambil geleng kepala.

“Kamu tu lawa, tapi perangai tu yang tak lawa..! Cubalah jadi lembut sikit. Ni aku tengok, kamu berjalan pun tak macam perempuan. Pakaian pun dah macam jantan. Siapalah lelaki malang yang dapat kamu nanti?”

 Aku jeling tajam dengar pendapat atuk. Aku pandang pula badan aku yang bersarung tshirt dan berseluar track suit. Aku rasa macam ok je. Tak sayang mulut betul orang tua ni.! Kalaulah dia tahu cucu dia yang malang tu, mesti dia pengsan terjegil.

“Atuk ni, kalau orang semua tak kena.! Yang atuk tu betul sangat ke? Adatlah setiap orang bukan semua perfek. Atuk tu pun bukannya sempurna mana pun.!”

“Aku cakap sebab aku rasa aku betul.!” Atuk tiba-tiba meninggi suara. Marah agaknya aku kata dia tak sempurna. Tapi aku nak lawan jugak.

“Macam mana kalau apa yang atuk cakapkan tu, tak betul.? Kalau atuk nak tahu, mak ayah saya didik saya cukup semuanya. Kalau saya kasar pun saya tetap perempuan jati. Atuk tengok muka saya ada misai dengan janggut ke sampai atuk kata saya tak macam perempuan.?”

“Aku taklah kata sampai macam tu..! Maksud aku cara kamu tu, kasar sangat.!”

“Saya kasar sebab saya tak mahu orang mudah buli saya. Zaman sekarang banyak kes yang terjadi, mangsanya adalah perempuan. Saya tak mahu jadi salah seorang mangsa penganiayaan. Manalah tahu kot-kot saya dapat suami jenis kaki pukul.. Tak pun dapat yang cengeh ego macam atuk ni..!”

“Aku ni memang nampak garang. Tapi aku tak pernah pukul bini aku.!”

“Ha..! samalah macam saya. Walaupun saya kasar tapi saya ni romantik tau.!”

“Huh.! Bercakap dengan kamu ni sampai esok pun takkan habis.!” Bentak atuk perlahan.

“Kita ni manusia, atuk. Selagi mata tak pejam, selagi tulah kita diizinkan bercakap.” Ujarku lalu terus berlalu mahu naik ke bilik.

“Kamu mahu ke mana tu.?”

“Naik atas. Solat zohor.”

“Bilik-bilik di atas tukan semuanya bilik cucu-cucu lelaki aku.? Kamu duduk bilik mana.?”

“Umi kata, anak-anak dia semua dah ada rumah sendiri. Jadi saya diberi kebenaran supaya pilih mana bilik yang saya suka. Saya pilih bilik Encik Azaharie sebab saya suka bilik tu.”

“Ingat sikit. Cucu- cucu aku semua belum kawin. Jangan kamu ada hati nak goda pulak. Aku dah tentukan siapa jodoh mereka.!”

“Calon-calon yang atuk sediakan tu semua tak sesuai, sebab tu cucu-cucu atuk masih membujang. Cuba kalau atuk rekemenkan saya pada salah seorang cucu atuk, mesti ramai yang berebut nakkan saya.!”

“Perasan.!” Gerutu atuk sambil menjeling. Sambil melangkah naik tangga, aku ketawa besar. Tapi aku masih nak nyakat dia.

“Atuk! Dah lama Atee duduk dalam bilik Encik Azaharie tu. Atee tengok gambar dia dalam bilik tu. Handsome lah..! Terpikat pulak. Kalau Atee ngorat boleh tak?” Dugaku sambil tersenyum nakal.

“Jangan nak memandai!” Bentak atuk lagi. Makin galak aku gelak lalu terus naik ke bilik.


KUIH seri muka tadi ada lagi.?”

 Aku dengar atuk tanya pada umi di dapur. Aku yang baru turun dari tangga cepat-cepat melangkah turun ke dapur.

“Ada sikit lagi. Ayah nak ke.?” Tanya umi pulak. Aku yang tengah melangkah ke arah dapur, terus saja menyampuk.

“Kan atuk dah makan tadi. Atuk mana boleh makan benda manis banyak-banyak.! Nanti kencing manis dengan darah tinggi atuk bertambah teruk pulak. Atuk tu bukan ada isteri. Kalau sakit, siapa yang susah.? Atee dengan umi yang kena jaga atuk nanti, tau tak.?” Tegas aku membebel.

“Yang kamu sibuk-sibuk sangat ni, kenapa.? Suka hati akulah nak sakit ke, nak sihat ke.!”

“Kalau sihat takpelah..! tapi kalau sakit, siapa susah.? Abi tu nak kerja lagi. Umi pun bukan sihat sangat. Sah-sah Atee yang nak kena jaga atuk tu. Sebab tu Atee kena sibuk.! Atee kesian dekat atuk ni.. Atuk tu, nama saja cucu ramai, tapi sorang pun macam tak wujud. Dah tua pun tak kawin-kawin. Kalau atuk sakit, umur pulak tak panjang, mati kempunanlah atuk sebab tak sempat tengok cucu-cucu atuk tu naik pelamin..!”

“Tak payahlah kamu nak kesian dekat aku. Kamu kesian saja pada diri kamu sendiri. Datang entah dari ceruk pelusuk mana, tiba-tiba nak mengajar aku pulak.!”

Aku sengeh tayang gigi aku yang putih bersih ni macam tak bersalah. Sedangkan dalam hati hanya tuhan saja yang tahu betapa panasnya telinga aku dengar bebelannya. Senang-senang je dia pertikaikan kedatangan aku.! Apa dia ingat aku ni orang utan kot mari dari ceruk pelusuk.

“Saya tak risau tentang keluarga saya sebab keluarga saya memang bahagia sangat walaupun hidup tak mewah macam atuk. Tapi saya kesian pada nasib atuk. Sepatutnya atuk berterima kasih pada saya sebab sudi menyerikan rumah anak atuk ni.”

“Tak payahlah.! Aku dah aturkan semuanya. Tak lama lagi, semua cucu aku akan kawin dengan pilihan aku.!”
Elleh..macam aku hairan sangat.!

“Umi nak tau, baru-baru ni abang Atee dapat baby baru. Comel sangat.! Anak-anak saudara Atee semua girl. yang baru ni pun girl.!”  Aku beralih bual dengan umi yang sedang menyediakan hidangan petang. Sebenarnya aku sengaja nak bagi dia panas. Anak-anak saudara yang aku maksudkan ialah anak abang-abang ipar aku. Aku memang ada anak saudara perempuan tapi dua orang je. Yang dua lagi, lelaki. Hahaha..dia dah terkono.

“Anak saudara Atee ada berapa orang.?”

“Tak ingatlah umi..ramai sangat. Tapi semua perempuan.” Macam manalah kalau orang tua tu sedar yang abang aku hanya ada dua orang saja, takkanlah anak ramai..! Mintak-mintak dia tak ingat apa yang aku cakap dekat dia tadi.

“Bila kamu nak uruskan perkhawinan anak-anak kamu tu. ?” Tiba-tiba atuk tanya umi tegas. Aku tahu dia tengah bengang.

“Kan ayah kata nak uruskan semuanya sendiri. Kami tak bantah dan kami ikut je mana yang ayah rasa baik.” Umi jawab lembut.

“Macam mana aku nak urus kalau bayang dia orang pun aku tak pernah nampak.! Nak bincang pun payah sangat.!” Tempelak atuk sambil merengus kasar. Menyampah pulak aku tengok perangai orang tua macam tu.

“Hai..nasib badanlah abang-abang Atee semua tu kena kawin paksa dengan pilihan atuk. Entah-entah pilihan atuk tu semua keras kepala macam atuk.!” Aku cakap perlahan sambil mata aku memandang ke luar arah pintu dapur. Aku perasan atuk pandang aku sebab mesti dia dengar sindiran aku tadi.

“Bila anak-anak kamu tu nak balik.?”

“Tak tahulah ayah. Mereka tu semua sibuk.”

“Sibuk macam mana langsung sampai tak ingat nak berbini.!” Bentak atuk garang.

“Atee rasa dia orang tu bukan tak mahu kawin, cuma dia orang tak berkenan dengan pilihan atuk tu kot. Atuk dah siasat ke siapa calon-calon yang atuk nak bagi kat dia orang tu.?”

“Mestilah aku dah siasat.! Mereka tu semua dari keturunan bagus-bagus. Aku kenal asal usul mereka.!”

Baru aku teringat nama Sarah berpangkalkan Syarifah. Maknanya atuk ni nak yang sama keturunan dengan dia rupanya.

“Zaman sekarang pangkat keturunan orang dah tak pandang dah..! Yang orang nak sekarang ialah akal fikiran yang matang dan pandai berfikir. Kalau harap keturunan saja bagus, tapi orangnya tak bagus, tak guna jugak. Rasa Ateelah.! isteri atuk dulu pun bukan dari keturunan Syed. Orang biasa sajakan? Tapi anak cucu atuk tetap dapat pangkal nama Syed. Jadi, apa yang atuk risaukan sangat.? Kalau cucu-cucu atuk kawin dengan orang biasa pun, dah tentu anak-anak dia orang ikut keturunan atuk jugakkan.?”

Aku nampak dia tarik nafas dalam sebelum hembus keluar. Aku rasa kalau naga, dah lama keluar api kat hidung. Panas atuk bagai meruap-ruap lepas aku cakap macam tu. Kalau keluar api dari hidung dia, dah tentu misai tebal Mr. Potato dia tu yang hangus dulu. kikikiki...

“Atee rasalah, dia orang tu sebenarnya tak setuju dengan pilihan atuk tu. Atuk pun satu, kalau nak kenen-kenenkan orang, tanyalah pendapat orang dulu. Ni tak, ikut selera atuk saja. Sekarang siapa yang melopong kempunan cicit. Atuk..jugak! Ada baiknya kalau atuk serahkan saja hal ni pada dia orang supaya dia orang uruskan sendiri. Lagipun atuk tu dah tua. Larat ke nak uruskan semua perkahwinan sembilan cucu atuk tu.? Tambah pulak zaman sekarang semua nak pakai duit. Atee yakin sangat cucu-cucu atuk tu takkan keluarkan sesen pun duit dia orang sebab atuk yang kata nak uruskan semua. Buat penat je tuk, selama atuk kerja, last-last duit atuk habis pada cucu-cucu atuk yang degil-degil tu.! Baik atuk fikir banyak kali sebelum teruskan niat baik atuk tu.!” Sempat aku genyitkan mata pada umi. Aku sengaja nak api-apikan atuk agar dia melupakan niatnya tu.

“Kamu ni kalau tak menyampuk cakap aku, tak boleh ke? Suka hati akulah nak buat apa pada cucu - cucu aku semua tu!”

“Atee cuma bagi pendapat. Kalau atuk tak nak terima, terpulanglah pada atuk.! Atee ni kesian pada atuk sebenarnya. Atee yakin sangat, kalau atuk biar dia orang kawin dengan pilihan mereka sendiri, dah tentu berderet-deret cicit atuk. Atuk tahu tak, Atee ada terbaca satu artikel. Dalam tu tertulis kalau dalam sesebuah keluarga kurang kaum lelaki, bermakna generasi akan datang, kaum lelaki yang akan datang ramai, dan begitulah sebaliknya. Maknanya lepas ni atuk akan dapat ramai cicit perempuan sebab atuk tak ada cucu perempuan.”

“Mengarut.! Aku tak pernah dengar pun teori macam tu. Entah-entah kamu yang memandai sendiri.”

Memang pun..! Aku beriaksi serius. Kalau aku sengeh, nanti dia tahu aku kelentong. Aku tengok umi seperti menahan tawa. Harap-harap umi tak ketawa, nanti rosak program.

   Bila malam aku ceritakan semuanya pada Arie. Risau sungguh dia bila dengar cerita aku. Aku tahu dia risau tapi aku kena teruskan juga rancangan aku ni. Aku tak mahu hampakan harapan umi walaupun aku tahu umi turut risaukan aku. Banyak kali juga umi suarakan kebimbangannya setiap kali aku bertekak dengan atuk. Kata umi dia takut rahsia yang aku simpan terburai kalau atuk menyiasat siapa aku yang sebenarnya.

   Sebelum tidur, aku buat solat hajad dan membaca al quran. Kalau dulu aku memang tak ada masa nak mengadap kitab Allah ni. Bukan tak ada masa sebenarnya..tapi malas. Tapi sekarang, semenjak aku bergelar isteri orang, masa aku banyak terluang. Jadi, untuk menenangkan minda dan fikiran selepas bertekak dengan atuk, aku rasa membaca al-quran adalah jalan yang terbaik. Selepas maghrib tadi aku dengar suara atuk membaca al-quran. Sedap sungguh suara atuk. Aku bercadang nak membaca Al-quran dengannya esok. Kalau mak dengan ayah aku tahu, kompem dia orang buat sujud syukur.

   Pertemuan kedua dengan atuk tadi, benar-benar menguji tahap kesabaran aku. Kalau aku tak pandai kawal perasaan aku tadi, dah tentu akan berlakunya perang mulut yang dasyat. Setakat tadi masih lagi di tahap yang boleh dikatakan baik dan tidak membimbangkan. Bila diingatkan balik, aku rasa atuk ni bukanlah jenis yang teruk sangat sebab di sebalik pertikaman lidah tadi, aku perasan dia masih boleh tersenyum tiap kali aku suarakan pendapat. Jadi aku rasa aku patut tukar strategi untuk meraih hatinya jadi lembut dan sekali gus dapat terima aku sebagai cucunya.

No comments: