PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 25 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

25
DAH dua minggu aku menjadi penghuni rumah mertua aku ni. Nampaknya aku dah boleh sesuaikan diri dalam rumah besar ni. Setiap hari seperti biasa aku akan titipkan email apa yang aku lakukan dan apa yang aku akan lakukan pada Arie. Walaupun aku tahu Arie hanya akan balas sekali dalam seminggu aku tetap beri dia laporan harianku di sini. Memang itu janjiku padanya dulu demi mendapatkan kebenaran berjauhan dengannya.

   Pagi ni awal-awal lagi aku dah bangun. Semalam aku terima panggilan dari Abang Az. Dia kata nak datang minggu ni dengan abang-abang ipar aku yang lain. Mula-mula aku terkejut jugak sebab macam tak percaya pulak Abang Az dapat aturkan pertemuan secepat ni. Rasanya baru sangat Abang Az datang, ni dia datang lagi. Aku cadang nak ke pasar.

Dalam dua minggu aku dekat rumah Arie ni, rasanya semua tempat jualan aku tahu di mana. Umi banyak bawak aku keluar. Hampir tiap-tiap petang umi ajak aku bersiar-siar termasuklah memperkenalkan aku pada jiran-jiran dan sahabat- sahabat persatuannya. Umi memperkenalkan aku sebagai anak angkatnya dan bukan menantunya. Itu semua atas permintaan aku sendiri. Aku tak mahu progaram yang aku rancang musnah. Mula-mula aku boring jugak berjumpa dengan kawan-kawan mertua aku tu, tapi bila masuk kali ke tiga, baru aku rasa okey. Bukan aku tak berminat, cuma aku rasa kurang selesa bila kawan-kawan umi asyik bercerita tentang perihal kejayaan anak masing-masing. Aku tahulah aku ni cuma satakat SPM je.. Nak je aku jawab kata-kata dia orang tu. Memandangkan mereka orang tua dan aku masih baru di situ, ada baiknya aku sekadar mendengar. Yang bestnya umi tak pernah nak menjatuhkan aku. Dia siap bagitahu pada kawan-kawannya yang aku ni berjawatan supervisor instructor. Aduhai mertuaku..! Lebih sangat tu..!  Kalau dia cerita kata aku leader saja pun aku dah ucap banyak-banyak terima kasih.

   Kampung Arie ni, nama saja kampung. Tapi kedudukannya sama seperti berada di bandar. Kiranya kampung ni dah moden la.. Semua ada. Nak beli barang, shoping komplek pun dah tersedia cuma jaraknya agak jauh sikit..lebih kurang empat kilometer. Bukan macam kampung aku yang masih terjaga keaslian kampung. Nak beli barang pun cuma kedai mamak Ali dengan kedai Samat saja yang ada. Tapi sekarang ni  kedai Ali dan kedai Samat tu dah banyak perubahan. Dulu kedai mereka buruk sangat, tapi sekarang dah jadi macam pasar mini. Kira oklah tu..!

   Kalau dekat kampung aku, nak mandi pun rasa takut-takut sebab airnya sejuk sangat. Tapi dekat kampung Arie ni, semua dah tukar ke arah kemajuan kemodenan. Bilik airnya siap dipasang pemanas air. Aku yang agak jakun, sekarang memang rajin mandi sebelum solat subuh. Kalau dekat kampung jangan haraplah aku nak mandi. Sama jugak semasa aku kerja dulu, melainkan kalau aku kerja shift pagi. Kampung aku bukan tak moden cuma orang kampung aku lebih selesa menggunakan barang asli.

   Pagi ni selepas solat subuh aku kenakan blause putih krim bersama skirt labuh berwarna hitam dan padankan dengan tudung Arrini berwarna kelabu. Ni semua tunjuk ajar dari Cikgu Fiza. Dia kata perempuan kena tonjolkan diri sebagai perempuan. Kalau tidak, nilai-nilai keperempuanan yang ada dalam diri seorang perempuan tu macam sia-sia. Aku faham maksudnya tu. Mula-mula aku terasa jugak apa yang dia cakap. Macam aku ni bukan perempuan pulak. Tapi bila difikir-fikirkan balik, ada benarnya jugak. Tapi aku tetap dengan cara aku. Bukan aku tak mahu mengikut apa yang dia cakap, tapi aku rasa belum masanya lagi. Tapi sekarang aku rasa sudah sampai masanya aku berubah memandangkan aku sudah bergelar isteri. Fiza tak suka pakai tshirt dan jeans. Dia kata kalau dia pakai seluar jeans nanti jin tak ada seluar nak pakai sebab dia dah ambil seluar jin. Ada-ada saja yang kawan aku tu..

   Bila dah aku rasa puas hati, aku turun cepat-cepat sebab aku aku tak mahu lewat pergi dan lewat sampai rumah. Nanti aku nak masak, takut nanti tak sempat pulak. Keadaan dekat pasar pagi-pagi ni agak kelam kabut sikit. Tapi kalau nakkan bahan basah yang segar-segar, kenalah pergi awal-awal. Aku cadang nak masakkan siakap tiga rasa bersama daging masak hitam dan ayam goreng berempah. Walaupun Arie tak ada, aku rasa macam nak masak ayam berempah sebab aku tahu Arie suka sangat ayam goreng berempah tu.

Semalam umi cakap anak-anaknya yang lain, pelbagai citarasa. Ada yang suka makan daging tapi tak suka ikan. Ada yang suka ikan tapi tak suka ayam. Hmm..nampaknya aku kena masak pelbagai jenis makanan berasaskan ikan, ayam, daging, udang, dan macam-macam lagi. Almaklumlah.. abang ipar aku ada lapan orang. Maknanya aku kena masak jenis masakan yang abang ipar aku suka. Nampaknya aku kena mintak bantuan dari umi dengan Mak Wanlah nampaknya. Aku yakin Mak Wan pasti tahu citarasa anak-anak majikannya setelah hampir dua puluh tahun menabur budi pada keluarga itu.

Aku tak tahu pukul berapa mereka sampai. Abang Az tak cakap, tapi dia kata nak datang hari ni. Menurut umi, biasanya kalau anak-anak dia nak datang, mereka datang tengahari untuk makan tengahari. Jadi aku andaikan mereka akan sampai waktu tengahari nanti.

   Semasa aku mahu melangkah turun, aku dapat dengar suara keriuhan di ruang tamu kedua di sebelah bilik bacaan. Pertama kali aku datang dulu, Arie cakap ruang tamu kedua sebelah bilik bacaan tu biasanya hanya tempat saudara mara berkumpul sambil berbual. Agaknya siapalah yang datang pagi-pagi ni? Saudara abi kot!  Aku tengok jam di tangan. Baru pukul tujuh setengah pagi. Awalnya abi terima tetamu..! Dari tangga aku terjenguk-jenguk mengintai namun siapa pun aku tak nampak. Hanya suara saja yang kedengaran. Butir bicara langsung aku tak faham sebab terlalu riuh rendah. Dah macam suasana dekat pasar pulak.

“Umi..umi..!” Aku panggil umi sebab aku tak nampak dia di ruang tamu utama dan dapur. Aku malu nak tunjuk muka di ruang tamu kedua, sebab aku yakin tetamu abi semestinya lelaki dan aku dapat rasa umi ada di situ. Berapa orang tetamu, aku tak pasti. Yang aku pasti jumlahnya memang ramai berpandukan pada keriuhan suara yang aku dengar.

“Umi dekat sini sayang..!” Laung umi dari ruang tamu kedua. Aku tak berngenjak dari tempat aku berdiri. Aku harapkan umi datang pada aku. Namun hampir seminit aku menanti, bayang umi langsung aku tak nampak. Akhirnya aku beranikan diri melangkah ke ruang tamu kedua tu. Sambil melangkah perlahan, aku mengetap bibir. Beg tangan satinni putih krim yang aku galas, aku pegang erat talinya. Sampai saja di pintu ruang tamu aku jengukkan kepala. Tiba-tiba...

“Surprise..!!!” Jerit semua yang ada di situ. Aku tergamam. Merah menyala muka aku bila lihat semua ada di situ. Tersengeh-sengeh umi dan abi tengok kegelabahan aku. Bila aku pandang Abang Az turut berada di situ, baru aku sedar rupa-rupanya tetamu yang aku jangka akan sampai tengahari nanti dah tiba awal pagi lagi. Jantung aku bagai nak tercabut bila pandang muka dia orang semua sebab wajah mereka memang ada iras-iras macam Arie. Muka aku berkerut-kerut bila pandang seseorang sedang berdiri sebelah umi. Yang tu memang sebijik tak ubah macam Arie. Bentuk wajahnya, senyumannya, kumis nipisnya, ketinggiannya memang sama. Cuma warna kulitnya saja yang agak cerah dari Arie. Kalau orang tengok kompem orang kata kembar seiras. Aku senyum pada dia dan dia balas. Aduh.! lepas rindu seketika pada suami tercinta. Aku beralih pandang pada Abang Az.

“Masyaallah..! Abang Az sengaja nak kenakan Atee ek.! Teruk betul.! Tak baik tau..! Nasib baik Atee tak kena serang sakit jantung. Kalau tak, sekarang jugak Atee suruh Abang Az dermakan jantung Abang Az tu dekat Atee..!” Panjang berjela aku membebel tanpa hiraukan mata-mata lain yang asyik memandang aku. Aku perasan mereka seakan tergamam kerana wajah aku seiras dengan wajah arwah adik dia orang.

“Kalau abang Az bagi jantung abang Az ni, Abang Az nak hidup macam mana..?” Tanya Abang Azhar dengan senyuman manisnya.

“Apa yang susah sangat? guna je jantung lembu. Kalau taknak lembu, ambil jantung gajah. Besar sikit..! boleh tahan lama.  Kalau taknak yang besar, guna yang kecik, macam jantung ayam ke.. nyamuk ke..!” Ujar ku sambil menjeling geram.

“Ada-ada saja jawabnya.! Sini dekat Abang Az. Abang Az nak kenalkan pada semua abang- abang Atee yang kacak- kacak ni.! Lepas ni Atee bagi tahu mana satu yang paling hendsome..!” Gesa Abang Az sambil menarik tangan aku. Dalam malu-malu aku terpaksa menurut lalu mengadap abang-abang ipar aku sedang tersengeh-sengeh.

“Yang sulong Atee dah kenal. Ni yang nombor dua Abang Azraie, pastu Abang Aznil, Abang Azril, Abang Azman, Abang Azrul, Abang Azhan dan Abang Azmin.”

Terang Abang Az satu persatu. Abang-abang ipar aku hanya tersenyum dan ada yang tersengeh-sengeh dan ada yang tunjuk dua jari tanda peace dan ada juga yang melambai-lambai tangan. Takkan aku nak salam kot.. Tahu dekat Arie, mahunya dia muncung todak.

Aku terangguk-angguk sambil cuba menghafal nama-nama dia orang.

“Ramai sangatlah..! Susah Atee nak ingat..!” Rungutku sambil buat muka pada Abang Az.

Takpe..pelan-pelan..! Dah lama-lama nanti ingatlah..!” Pujuk Abang Az lembut sambil mengusap kepala aku.

“Hm..nama Arie ada Hassan. Yang lain-lain ni apa pulak? Hussin? Harun?. Salim? Bachik?” Aku tanya hairan. Kemudian mereka ramai-ramai ketawakan aku.

“Kalau Arie ada Hassan, kami semua pun ada Hassan tu..!” Balas Abang Azraie lembut sambil tersengeh-sengeh. Aku tersenyum sambil mengangguk faham.

“Muka pun dekat-dekat sama..!” Ujarku lagi. Tiba-tiba aku teringat ada seseorang yang Abang Az tak kenalkan. Aku pandang wajah tu bersilih ganti dengan Abang Az. Bila Abang Az tersenyum-senyum pada yang lain, aku semakin pelik. Lalu aku mula mengira satu hingga lapan. Bila sampai pengiraanku ke arah wajah tadi aku semakin pelik. Terlebih sorang.?

“Yang tu siapa pulak? Abang Az tak kenalkan pun? Sepupu ek?” Aku tanya kehairanan. Bila mereka tengok muka aku berkerut-kerut berfikir, meletuslah tawa mereka yang kuat. Aku pandang wajah tadi semula. Rasa bersalah pulak sebab tengok dia sedang bercekak pinggang. Salah ke aku tanya macam tu? Umi dengan abi pulak macam pelik sangat bila aku tanya macam tu.

“Cuba tengok betul-betul, siapa tu!” Gesa abi dalam nada lucu. Aku gigit bibir cuba berfikir. Terherot-herot mulut abi dengan umi menahan tawa sedangkan yang lain dah bantai gelak guling-guling melihat kekusutan di wajah aku.

“Atee ni kenapa? Takkan suami sendiri pun tak kenal.!” Sergah abi sambil terkekeh-kekeh ketawa. Masa tu aku rasa macam nak pitam. Arie? Suami aku? Bila dia balik? Makin pelik aku rasa. Kepala aku yang bertudung aku garu-garu.

“Sayang! abang ni..! Hilang ingatan ke apa? Amboi-amboi..! Mentang-mentanglah dikelilingi lelaki-lelaki melayu terakhir.. abang pun Atee boleh lupa?” 

Bila aku dengar saja suara tu, baru aku tersedar dan memang itu adalah Arie. Aku tersengeh malu. Ya Allah! macam mana aku boleh tak kenal suami aku ni? Tulah..! lupa diri sebab dikeliling dek jejaka-jejaka tampan. Nasib baik dah kawin, kalau tak tentu aku pengsan sebab tak tahu nak pilih yang mana.

“Macam mana boleh lupa suami sendiri ni?” Tanya Arie sambil mencekak pinggang. Aku tersengeh malu sambil berjalan ke arahnya. Tangan aku hulurkan dan tangannya aku kucup lebut. Bila dahi aku dikucup lembut aku tepuk-tepuk pipi aku. Manalah tahu kot-kot aku tengah bermimpi.

“Atee tak mimpikan.?”

“Nope!.. Abang baru sampai pagi tadi. Abang Anil dengan Abang Ahan yang jemput abang abang dekat ipoh  pukul empat pagi tadi.”

Aku tarik nafas lega.

“Tak cakap pun..!!” Mata aku dah rasa panas.

“Kalau cakap bukan surpriselah namanya sayang oii..!” Balas Arie lagi lalu hidung aku ditarik lembut. Masa tu aku rasa macam nak peluk dia kuat-kuat. Nasib baik sedar banyak mata yang memandang.

“Bersiap beria- ria ni nak kemana.?” Arie tanya aku.

Aku tersenyum malu bila dia pandang aku dari atas ke bawah. Mesti dia terkejut. Biar dia terkejut sikit ini adalah fesyen terbaru aku bila dah bergelar isteri orang. Kalau dulu aku hanya bertshirt dan berjeans saja. Dulu pernah jugak dia menegur cara aku berpakaian, tapi aku hanya buat pekak. Bagi aku fesyen aku masa tu kira oklah dari aku berpakaian seksi. Bila dia tengok perubahan aku ni dia bagai terpaku. Patutlah sejak tadi aku perasan dia tak berkelip tengok aku. Baru dia tahu..!

“Atee nak pergi pasar. Abang Az kata, dia orang ni kuat makan. Jadi Atee nak masak untuk dia orang..!” Serta merta terdengar suara riuh bersorak setuju apa yang aku cakapkan tadi.

 “Ini sudah bagus..!” Kedengaran dari beberapa suara abang ipar aku memuji.

“Ni bukan fesyen untuk ke pasar sayang..! Ni fesyen nak pergi meeting kat shoping komplek..!”

 Sindiran Arie aku buat aku serba salah. Jeleslah tu.! Takut ada mata yang memandang.

“Habis, abang nak Atee pakai macam mana? Macam nyonya jual sayur?”

“Yang simpel pun dah cukup..!”

“Ah!biarlah Atee nak pakai macam mana pun! Bukan Atee dedahkan aurat!” Tempelakku perlahan sambil menjeling. Geram dengan teguran macam tu. “Jomlah umi..!” Aku merengek dekat umi sambil menarik tangan umi. Namun umi hanya terseyum lebar tanpa pedulikan ajakan aku. Aku nak beredar cepat dari situ sebab malas dengar Arie membebel.

“Abang kan ada.! Kenapa ajak umi.?” Tanya Arie hairan sambil menarik tanganku dan digenggam erat.

“Abang kan baru sampai, mesti penat. Abang pergi rehat dulu!” Pujukku perlahan. Yang sebenarnya aku tak tahan dengan renungannya tu. Malu wei..!

“Kalau macam tu biar Abang Az yang temankan Atee..!” Abang Azhar menawarkan khidmat baiknya. Aku tersentak dan wajah Arie aku pandang sekilas. Dia turut tersentak.

“Tak payah-tak payah.! Abang Amin boleh temankan. Yang lain duduk rumah temankan umi dengan abi. Arie, kau naik berehat. Arul, kau pun rehat jugak. Kau pun baru sampai je dari Brunai malam semalam.”
 Pandanganku berpaling pula pada Abang Azmin manakala Arie aku lihat dah melopong mata dan mulut.

“Amboi-amboi..sedapnya bercakap! Kau tu yang kena duduk rumah. Ingat aku tak tau kau pun baru balik dari kursus dekat johor. Nak cakap kat orang konon..!” Balas Abang Azrul geram.

Mata aku melopong pula melihat Abang Azrul yang sedang mencekak pinggang.

“Dah-dah.! Jangan kecoh-kecoh..! Macam ni. Biar abang Anil yang temankan Atee.”  

Aku makin keliru. Apa kena dengan dia orang ni.?

Huh.! Kau pun sama baru balik dari KLIA jemput Arie malam semalam dengan aku. Baik aku je yang temankan Atee..!”  Bentak Abang Azhan tegas.

“Kau pun baru sampai. Alang-alang baik biar aku je yang temankan sebab aku memang tak ada apa-apa halangan.” Sampuk Abang Azraie.

“Kau jangan nak kelentong la..! Aku tahu kau pun baru balik dari indonesia.” Abang Azril cakap seperti orang tak puas hati.

 Aku dah tercengang-cengang dengar mereka bertekak.

“Susah-susah sangat biar Abang yang temankan Atee. Lagipun abang memang nak beli barang sikit ni.!”
Aku tersenyum bila dengar suara Abang Azman. Dalam banyak-banyak abang ipar aku, suara abang Azmanlah yang aku rasa sebijik macam suara Arie. Sejuk telinga bila dengar. Sebab lain ialah, dia dengan muka tak malu gelarkan diri dia abang.

“Sudah...!!!”

Tiba-tiba semua terdiam bila dengar suara abi. Aku pun tercengang. Aku tengok muka abang-abang ipar aku dah mula menikus. Hm..garang jugak abi ni rupanya..! Wajah Arie juga seperti tergamam.

“Biar Abi dengan umi yang temankan Atee. Yang lain duduk rumah.!” Tegas abi bersuara. Aku tersenyum sambil mengetap bibir. Ketika aku berjalan keluar mengikut umi dan abi, aku sempat angkat ibu jari sambil tunjukkan pada abang-abang ipar aku yang lain termasuklah suami aku Arie. Mengekek-ngekek aku ketawa bila mereka semua pakat menjegilkan mata sambil mencekak pinggang.

“Abi..! Arie punya tu..!” Jerit Arie. Namun langsung abi dan umi tak pedulikan jeritan Arie.

“Wooooooo..!” Bunyi sorakan dari abang-abang iparku yang lain buat suasana ruang tamu itu kembali riuh rendah. Aku hanya mampu tersenyum sambil geleng kepala. Tak sangka sampai begini sekali penerimaan mereka terhadap aku. Memang nampak jelas di wajah-wajah abang ipar aku mereka teruja bertemu dengan aku. Riaksi mereka memang mereka seperti mengharapkan kedatangan aku dalam hidup mereka. Kalau cerita pada emak dan ayah aku di kampung, dah tentu mereka ucap syukur tak terhingga.


   TENGAHARI tu meja makan besar yang boleh memuatkan dua belas orang, riuh rendah dengan suara anak-anak umi dan abi. Kalau semua abang-abang ipar aku dah kawin, tentu makin gamat ruang makan ni. Ditambah pula dengan cucu-cucu abi dan ui. Aku pulak yang memang jenis muka tak malu turut beriaksi macam mereka. Cuma aku taklah seaktif dan seramah mereka. Akukan perempuan, menantu pulak tu.. Takkanlah aku nak tunjuk perangai aku macam kat rumah aku sendiri pulak. Tambahan pulak depan suami tercinta aku yang kuat cemburu tu. Nanti tak fasal-fasal kena dapat kuliah free yang panas dan menyengat telinga.

“Atee, kalau abang Ahan tanya, abang Ahan nak Atee jawab dengan jujur. Boleh.?”

 Aku sedikit cuak bila Abang Azhan cakap macam tu. Serta merta suara yang riuh tadi menyepi. Wajah Arie di sebelah aku pandang penuh tanya sambil angkat kening. Bila Arie hanya angkat bahu, aku angguk setuju dengan permintaan Abang Azhan.

“Apa yang Atee pandang dekat Arie ni sampai Atee boleh terima dia sebagai teman hidup Atee.? Abang Ahan tengok, dia biasa je. Nak kata hendsome, kami semua lagi hendsome.!

Melopong mata aku sambil tersenyum geli hati. Sampai hati Abang Azhan cakap suami aku tak hendsome. Kalau mereka tahu Arie menjadi buruan minah-minah kilang tepat aku kerja, pasti mereka terkejut beruk.

“Ye lah Atee. Tadi Atee tak cakap pun, dalam banyak-banyak kami ni siapa yang paling hendsome” Sampuk Abang Az.

Aku pandang Arie yang sedang buat muka selamba. Aku tak tahu dia kisah atau tidak dengan soalan cepuemas Abang Az tu tapi hati dia aku kena jaga sebab dia suami aku. Tambah pulak aku tahu sifat dia yang kuat cemburu. Kalau tahu dekat ayah yang aku buli dia, sah-sah aku kena bebel. Diakan anak kesayangan ayah aku sekarang ni..!

“Apa yang Atee pandang dia? Mmmm..dia baik, sopan, pandai, penyabar, suka ambil berat hal Atee, tak pernah ambil kesempatan dan solat cukup, dan yang penting dia hormat orang tua Atee. Kalau semua nak tahu, Arie ni anak kesayangan mak dan ayah Atee. Atee pun tak pernah dimanja macam tu!.” Sempat aku jeling pada Arie yang duduk diam di sebelah aku. Aku tahu dia malu bila aku cakap macam tu. Tapi aku nak cakap jugak. Biar dia tahu apa pendapat aku tentang diri dia yang selama ini tak pernah aku luahkan.

 “Macam mana Atee boleh terima dia? Jawapannya sebab umi dan abi yang datang pinang Atee. Atee terima sebab keluarga Atee yang beria-ria nakkan Atee terima sedangkan Atee tak tahu siapa yang datang sebenarnya.. Atee ikut saja sebab sebelum tu Atee dah tetapkan syarat pada orang tua Atee kalau nak terima pinangan. Sebenarnya, Atee dengan dia hanya berkawan baik, tak lebih dari tu. Bila dia nak ke Kuantan baru dia cakap dia suka Atee, tapi masa tu Atee cuma anggap dia kawan biasa saja. Selepas tiga bulan dia tinggalkan Atee, baru Atee jatuh cinta dekat dia sebab Atee tak boleh jauh dari dia. Dua tahun dia menyepi baru dia datang. Tu pun selepas Atee dah bergelar tunangan orang. Hari nikah baru Atee tahu selama ni dia adalah bakal suami Atee. Kalau abang-abang semua nak tahu, Arie ni ramai yang memuji-muja dia  masa dekat kilang dulu. Ramai yang kata dia hendsome. Dan Atee mengaku dia memang hendsome. Tapi dalam banyak-banyak yang ada dekat sini, Atee rasa yang paling hendsome ialah...” Arie pandang muka aku sambil tersenyum bila aku mula berjeda panjang. Aku tersenyum-senyum tanpa meneruskan kata. Wajah abang-abang ipar aku pandang satu persatu seperti mahu memberi keputusan dalam rancangan the apperantice.

“Biarlah rahsia.!” Aku jawab tanpa rasa bersalah. Bila dengar suara abang-abang ipar aku mengeluh aku ketawa nakal. Wajah Arie yang sedang tersenyum lega aku pandang sekilas. Kemudian aku bisikkan sesuatu ke telinganya.

“Kalau Atee kata abang yang paling hendsome, abang percaya tak?” Arie pandang muka aku sambil tersenyum. Kemudian dia pulak berbisik kat telinga aku.

“Abang nak Atee cakap sekarang depan dia orang.!” Aku melopong dan menggeleng kepala. Dia tersenyum.

“Sebelum Atee kenal Arie, Atee ada kawan dengan orang lain.?” Tanya abang Azhan tiba-tiba.

Takde. Arie yang pertama.” Aku jawab sambil jeling manja pada Arie yang sedang tersenyum-senyum.

“Boleh percaya ke..?” Tanya Abang Azrul dengan jelingan sinis.

 “Tanya Arie kalau tak percaya. Sepanjang kawan dengan dia, hanya dia yang nak berkepit dengan Atee.”

“Atee jual mahal..! Ramai yang nak couple dengan dia, cuma dia je yang taknak. Arie selalu dapat surat layang dan surat ugut suruh jauhkan diri dari dia..!” Ujar Arie.

Aku ketap mulut sebab malu. Aku tahu tentang surat-surat tu. Walaupun Arie tak bagi tahu aku sendiri dapat tahu selepas buka loker dia untuk ambil mug dan nescafe paket.

“Kiranya Atee ni ramai peminatlah ye..?” Tanya Abang Aznil. Aku geleng kepala.

“Mereka cuma kawan..!”

“Dengan Arie nak pulak.!” Sindir abi tersenyum-senyum.

“Arie pun kawan jelah, abi..! Cuma dengan dia ni speacial sikit. Bukan speacial macam boifren tapi teman tapi mesra. Dengan Arie, Atee boleh terus terang apa saja dan dia pulak sudi menjadi pendengar, penasihat, pencadang atau pembangkang. Atee senang dengan dia. Kalau dengan yang lain, lebih banyak suka ambil kesepatan. Atee tak suka macam tu. Terus terang Atee cakap, kalau Atee tahu abi dengan umi ni orang tua Arie, Atee tak akan terima sebab Atee cuma anggap dia kawan saja. Tambah-tambah lagi bila tahu dia dah bertunang, lagilah Atee taknak.! Kalau Atee tahu sebelum nikah, serta merta Atee mintak putus.!”

“Sekarang.?” Umi tanya sambil tersenyum.

“Sekarang mestilah Atee terima sebab dia dah sah jadi Atee punya..!”

“Ikhlas.?” Tanya Arie tiba-tiba sambil erenung aku.

“Mestilah ikhlas..!”

“Macam terpaksa je..!”

“Ikhlaslah..! Kot awak yang tak ikhlas.!” Aku jawab geram. Hilang sudah gelaran abang pada dia. Berani betul dia meragui keilhlasan aku depan keluarga dia. Buat aku serba salah pulak.

“Apa? Awak?”  Tanya Arie sambil tersenyum. Dia tahu aku dah panas.

“Abang yang tak ikhlas.!” Aku jawab geram sambil menjeling tajam. Mengekek-ngekek mereka semua ketawakan aku.

“Dah-dah..! Jangan gaduh-gaduh depan rezeki.” Tegur abang Azman.

Aku tarik nafas dalam-dalam sambil menjeling geram sekali lagi pada Arie. Sakit betul hati aku. Dia pulak aku tengok macam tak rasa bersalah. Malu aku bila Abang Azman tegur macam tu. Nampak sangat aku yang salah.

“Lepas ni kita masuk bilik, abang bagi tahu ikhlas atau tidak.! Siap dengan bukti-buktinya sekali.!” Bisik Arie tiba-tiba berserta dengan senyuman nakal. Gatal.!!! Nak saja aku bagi hadiah penyedap di pehanya. Memandangkan aku masih panas, aku hanya hadiahkan jelingan maut saja.

“Atee tahukan fasal Arwah Athirah.?”

 Aku tersentak bila Abang Aznil bertanya. Seketika kemudian aku senyum dan angguk.

“Fasal atuk pun Atee tahu. Fasal abang-abang semua ni pun Atee tahu!” Aku yakin menjawab.

“Apa yag Atee tahu..? " Tanya Abang Azmin perlahan. Wajahnya aku tatap sayu.

“Everything! Dont worry ok. Semuanya akan kembali sedia kala.” Balas aku yakin. Aku pandang wajah umi yang sedang tersenyum. Jelas dia seakan mengharap jasa baik aku.


   ARIE tersenyum-senyum pandang aku bila aku keluar dari bilik air. Aku cuba beriaksi biasa walaupun dalam hati aku hanya tuhan saja yang tahu. Selama dua minggu aku bersendirian dalam bilik ni dan aku mengaku mengharapkan kehadirannya. Tapi bila dia dah ada depan mata, aku rasa macam nak suruh dia balik cepat ke Abu Dhabi sebab sekarang ni aku rasa macam nak gugur jantung dengan hati aku ni.
Tadi umi dah pesan agar aku dan Arie jangan terlebih melayan persaan. Aku faham maksud umi memandangkan majlis kami masih ada masa lagi dua bulan lebih. Mula-mula tadi umi suruh kami tidur asing-asing, tapi bila Arie merengek dan berjanji, akhirnya umi mengalah. Anak manjalah katakan.. Kalau umi tahu aku dengan anak dia dah terlanjur sehari lepas nikah, mesti Arie kena bebel. Nasib baik aku tak mengandung. Kalau tidak tentu tak cukup mulut umi bebelkan Arie. Tadi pun Arie siap- siap mintak maaf pada umi sebab dia takut kalau-kalau dia tak boleh kawal perasaan. Kesannya telinga Arie dah dipiat-piat oleh umi. Padan muka.! Tak malu betul suami aku tu. Depan umi pun dia berani bergurau nakal macam tu.

“Kenapa abang pandang Atee macam tu.?” Aku tanya setelah sedar pandangan Arie semakin galak sambil duduk di sebelahnya atas katil.”

“Bukan salah pun, dah memang milik abang!” Bentak Arie perlahan. Rambut aku yang  panjang paras pinggang diusap lembut.

“Memanglah tak salah. Tapi kalau tengok dah macam nak telan orang, apa ke halnya..?” Aku tanya sambil menjeling tajam. Marah tadi masih belum surut.

“Abang rindulah..! Hari tu kata nak tunjuk romantik..! Mana romantiknya?” Arie dah mula buat suara manja merengek.

 Aku ketawa mengekek. Teringat tentang perbualan aku denan Adiba Nor dan Halim Osman. Hm..!ni yang aku tak mahu dengar ni.! Bikin wa cair..! Bila wajahnya dah dekat dengan muka aku, serta merta aku jadi lemah. Tiba-tiba aku tersedar. Cepat-cepat aku tolak lembut badannya. Agaknya betullah, aku ni tak romantik.

“Tadi dah janji dengan umikan..?” Aku cuba ingatkan Arie. Dia tersenyum nakal.

“Berdosa tau kalau tolak pemintaan suami..!”

 Aku tersenyum malu dengar dia cakap macam tu sambil tarik badan aku rapat ke dadanya. Leher aku dikucup lembut.

“Abang ni..macam-macamlah..! Apa kata kita bincang fasal majlis kita nanti. Esok kita pergi tengok baju pengantin nak?” Aku cuba alih perhatiannya pada topik lain.  Aku tak selesa tiap kali dia merengek macam tu. Rasa berdosa sangat sebab sedaya mungkin aku terpaksa menolak.

Memandangkan dia jenis yang tak banyak kerenah, jadi semua pendapat dan pandangan yang aku kemukakan dia terima sebulat suara. Katanya apa yang penting warna putih mesti ada pada setiap yang berkaitan dengan hal-hal majlis kawin kami nanti termasuklah kad kawin.

“Dekat rumah abang nak kena buat jugak?” Tanya Arie tiba-tiba.

“Abang nak buat? Tak takut.?” Aku jawab dengan soalan.

“Abang tak takut sebab abang dah ada Atee. Apa yang abang takutkan kalau jadi sesuatu jadi pada Atee”
 Aduh..syahdunya..!

“Kalau macam tu kita buat dekat rumah Atee sajalah. Bila semua dah selesai kita buat dekat rumah abang pulak.!” Arie tersentak. Wajah aku dia pandang hairan.

“Nak buat jugak? Kalau masa tu dah ada isi dalam perut tu, macam mana?”

Aku tersengeh-sengeh. Jauh sungguh Arie merancang. Rasa geli pulak bila tangan dia menggosok-gosok perut aku.

Sememangnya aku memang nak majlis di pihak Arie turut berlangsung. Aku nak umi dan Abi merasa bagaimana majlis menyambut menantu diraikan di rumah. Aku yakin umi dan abi benar-benar berharap kerana kini aku satu-satunya anak perempuan mereka.

   Malam ni aku enak tidur bertemankan suami aku. Perkara yang nak dielak terjadi juga. Sesungguhnya aku memang tak boleh tahan dengan rayuannya tu. Dah macam mengalahkan budak-budak tiga tahun merayu mintak gula-gula pulak. Lusa dia dah nak balik. Lagilah aku rasa bersalah. Tambah pulak sebab dia balik semata-mata kerana nak jumpa aku. Aku pulak yang rasa penat tengok dia sebab letih atas kapal terbang tak habis lagi, esok lusa dia nak balik pulak.!


   TIGA hari selepas Arie pulang ke Abu Dhabi, Abang Azhar dan Abang Azraie datang ke rumah. Niat mereka tak ada yang lain hanya sekadar mahu berbual dengan aku. Mereka kata aku adik yang manja, rugi kalau tak melayan. Manja.? Biar betul.! Kalau dulu Arie siap gelarkan aku gangster kampung dusun.! Pelik betul dengan abang-abang ipar aku ni. Dekat mana manjanya pun aku sendiri tak tahu. Yang aku sedar, abang-abang ipar aku tu selalu ketawa tiap kali aku merajuk. Agaknya tang tu kot!

“Kenapa abang Az dengan abang Ayie tak kawin je dengan pilihan atuk tu.?  Abang Az dengan Abang Azraie pun bukan muda lagi. Dah nak masuk kertu dah pun!”

“Pilihan atuk tu tak memenuhi citarasa kami langsung. Sebenarnya kami ni bukan memilih sangat, tapi kalau hati dah tak berkenan, buatlah macam mana pun, tetap tak berkenan.!” Balas Abang Azraie penuh semangat. Aku setuju.!

“Baik kami cari yang lain.!” Tambah Abang Az pulak.

“Habis tu, kenapa tak cari.?” Aku tanya.

“Dah dapat pun..!” Dua-dua jawab serentak dan akhirnya dua-dua ketawa. Aku melopong tergamam.

“Kenapa tak kawin je..?” Aku tanya lagi. Kedua-dua wajah aku tatap silih berganti.

“Kalau Abang Az cakap yang Abang Az dengan Abang Ayie dah kawin, Atee percaya tak.?” Tanya Abang Az sambil tersenyum-senyum.

Aku tersentak. Seketika kemudian aku tersenyum sambil mengangguk.

“Tengok muka abang Az pun, Atee dah tahu..!”

“Sebenarnya abang Az dah kawin empat tahun lalu dengan pilihan hati Abang Az. Orang perlis. Dia kawan Abang Az semasa belajar di Arau dulu.”

“Abang Ayie dengan orang pahang. Rakan sekerja di syarikat Abang Ayie.” Sambung Abang Azraie.
Aku menyungkitkan kening tanda kagum.

“Umi dengan abi tau tak hal ni.?”

“Tahu! Sebenarnya bukan abang Az dengan abang Ayie saja yang dah kawin. Aznil, Azril dan Azman pun dah ikut jejak kami. Yang tiga lagi tu masih mencari dan masih takut-takut.”

“Abang-abang yang dah kawin ni, tak takut.?”

“Takut memang takut, tapi kalau selamanya rasa takut, sampai bila kami nak mendera perasaan kami sendiri.. Kami pun ada perasaan dan nafsu nak berkahwin.”

Aku tersenyum malu.

“Sekarang macam mana? Abang-abang semua ada rancangan? Macam mana kalau tiba-tiba Atuk tahu tentang ni.?”

“Sebenarnya kami tak tahu nak buat apa. Dah bertahun kami kawin, macam-macam yang kami fikirkan, namun masih belum temu jalan penyelesaian”

“Kalau Atee tolong, abang-abang semua nak tak.?”

“Atee nak buat apa.?”

Aku tersenyum-senyum lantas menceritakan tujuan aku berada di situ. Walaupun mereka kurang bersetuju, aku kena teruskan jugak.

“Demi Arie dan umi, Atee sanggup.! Atee tahu atuk tu jenis macam mana. Dia garang, sombong, penting diri sendiri, tapi Atee tak mahu dia terus dengan sikapnya tu sepanjang hayat dia. Kita sebagai orang dekat kelilingnyalah yang berhak mengubah pendiriannya tu. Atee tak mahu atuk pergi tinggalkan kita dengan perasaan bersalah dan berdosa. Dia dah tua..!”

Kedua-dua abang ipar aku seakan kelu lidah untuk bicara. Aku tahu mereka tak setuju rancangan aku tu. Namun setelah masing-masing membisu, barulah abang Az bersuara.

   " Abang Az bangga ada adik macam Atee. Bertuah Arie dapat isteri sebaik Atee yang sanggup berkorban demi mempertahankan rumahtangga yang dibina. Kalau suruh isteri-isteri kita orang, dah tentu dia orang tak nak.!”

“Sekarang macam mana? Bila nak kenalkan Atee pada biras-biras Atee yang lain? Dah tak sabar ni ada kakak.! Seronoknya..! Merasa jugak Atee ada kakak macam orang lain”

“Sabarlah.. Orang rumah Abang Az sekarang ada di kampung dia sebab dalam pantang.”

Aku tersenyum teruja.

“Wah..bestnya..! Abang Ayie.?” Aku beralih tanya pada Abag Azraie pula. Bila dia tunjuk tiga jari, makin besar mulut aku melopong. Berdekah-dekah dia orang gelakkan aku.

“Amboi..dalam diam.! Tak sabarlah Atee nak jumpa dia orang..!”

“Sabarlah..! Hari majlis Atee nanti kami bawak semua sekali.” Aku dah tersenyum-senyum.

“Sebenarnya kita orang yang dah kawin ni semua dah ada anak. Kalau Atee nak tahu, anak-anak saudara Atee semua perempuan, tapi kami tak ada hati nak tunjuk pada atuk. Kami takut dia tak boleh terima walaupun kami tahu dia memang rindukan kehadiran anak perempuan dalam rumah ni seperti Athirah dulu.

“Arie tahu tak hal ni.?”

“Dia tak tahu. Sebab tu bila umi bagi tahu yang dia nak kawin, kita orang tak menghalang, malah menggalakkan dia kawin cepat. Kami semua ingat lepas kawin dia nak bawak isteri dia lari ke Abu Dhabi, tak sangka isteri dia dah buat rancangan sendiri.” Ujar Abang Azraie sambil geleng kepala.

“Tak kesiankan dia ke, sorang-sorang kat sana.?” Abang Azhar bertanya.

“Kesian.. risau, was-was..macam-macam yang keluar dari fikiran Atee ni. Tapi Atee nak buat macam mana..Lagipun kami pernah berpisah dua tahun tanpa sebarang berita, takkanlah tempoh empat bulan ni dia tak boleh tunggu kot..!  Kalau Atee pergi, macam mana dengan umi.? Atee lebih kesiankan umi sebenarnya. Dia dah banyak menderita. Atee perempuan dan Atee tahu macam mana dia rasa bila anak-anak dia dah tak seperti anaknya sendiri. Atee cakap ni sebab emak Atee pun rasa macam umi rasa. Abang-abang Atee lebihkan isteri-isteri dia orang. Emak Atee makan hati. Walaupun dia tak tunjuk, tapi Atee tahu. Cucu-cucu dia di ajar supaya membenci dia. Cuba abang-abang semua bayangkan.! Walaupun situasi umi dan emak Atee tak sama, namun perasaan derita mereka sama tersiksa.

“Atee tak cuba selesaikan masalah tu.?”

“Dah selesai pun..! Sekarang ni alhamdulillah, abang-abang Atee dah pulih selepas kena sihir dengan isteri-isteri sendiri. Sebab tu emak ayah Atee sarankan agar Atee tinggal dengan umi dan tolong umi.”

“Beruntung emak ayah Atee dapat anak sebaik Atee.”

 Aku tersenyum megah.


   AKU termenung lama di laman selepas kedua-dua abang ipar aku pulang tanpa sedar abi dan umi sedang berdiri di sebelah aku. Bila aku angkat kepala abi dan umi sedang senyum lebar tengok aku. Tersengeh-sengeh aku menahan malu.

“Rindu dekat dia ke?” Aku faham maksud abi. Sambil tersengeh-sengeh aku geleng kepala.

“Mana abang-abang Atee tadi.?” Tanya umi perlahan.

“Dah balik.!” Ujar ku lalu menyuruh mereka berdua duduk.

“Umi dengan abi dulu, bercinta ke?” Aku dengan selamba bertanya tanpa rasa malu. Bila tengok mereka tersenyum-senyum malu, tahulah aku yang anggapan aku memang benar.

“Taklah..!”

 Aku terkesima. Biar betul! Aku susah nak percaya. Bila tengok mereka berdua sentiasa berdua, aku syak mereka memang pasangan bercinta sebelum berkahwin.

“Umi ni pilihan atuk sebenarnya..! Abi ikut saja.! Tambahan pulak masa tu Abi tak ada yang punya. Bila pertama kali tengok umi masa hari nikah, masa tulah abi jatuh hati dengan umi. Lepas beberapa bulan, baru abi tahu, umi dah ada kekasih hati. Walaupun abi bersyukur sebab dapat umi,jauh disudut hati abi tetap rasa bersalah sebab rampas hak orang.”

“Umi tak pernah menyesal terima abi. Abi seorang suami yang baik, penyayang dan memahami. Tapi dalam bahagia, umi tetap diuji..!” Lemah saja umi balas.

“Semua ni salah saya. Kalau saya tak terima cadangan ayah tu, pasti awak tak derita macam ni.” Ulas abi sambil mengusap tangan umi.

Alahai ibu bapa mertua ku.! romantiknya..! Aku pulak yang feeling habis. Teringat aku sikap Arie selepas kawin. Arie memang romantik. Mesti ikut perangai abi. Masa berkawan dulu tak pernah pulak dia tunjuk sufat macam tu sebab Arie sentiasa bersikap selamba. Yang selalu aku nampak ialah dia suka mengarah. Namun aku tetap rasa selamat sebab dia sentiasa ambil berat tentang aku.

No comments: