7
SEDAR tak
sedar dah tiga bulan Arie pergi tinggalkan aku. Nak tak nak aku kena teruskan
juga aktiviti harian aku, cuma sekarang ni aku kurang keluar rumah kecuali
tempat kerja. Kalau dulu, boleh dikatakan sebulan sekali aku keluar dengan Arie, itupun kalau kami tak
ambil overtime. Tapi sekarang
semenjak Arie pergi, aku dah tak ada hati nak buat tu semua. Boleh dikatakan
tiap-tiap minggu aku OT. Ada bagusnya jugak. Duit aku pun tak luak. Apa yang
aku lakukan adalah untuk mengurangkan tahap maksimum keboringan aku sejak Arie pergi. Dulu dia sentiasa ada kalau aku
merungut boring, tapi sekarang aku
kena redha saja. Setiap hari aku kerja dari pukul enam pagi hingga enam petang.
Bila masuk shift malam aku start kerja dari pukul enam petang
sampai enam pagi. Ramai yang tak faham dengan aku. Dia orang kata aku dah gila
kerja. Hm..entahlah. Aku sendiri tak tahu, penyakit apa yang melanda aku
sekarang. Rasanya sama saja dengan aku yang dulu. Yang pasti aku dah mula rindukan dia.
Dua minggu sebelum dia terus menyepi, dia bagitau kerja
dekat kuantan agak teruk. Ada juga dia merungut nak tukar kerja tapi aku
sekadar boleh suruh dia bersabar. Menurutnya lagi, kerjanya di sana tak sama
kerja macam dekat sini. Katanya kerja di tempat aku tak teruk sebab hanya
mendengar arahan yang disuruh saja tapi di sana dia banyak mengarah. Katanya,
kadang-kadang dia rasa nak balik semula kerja di sini. Disana dia cepat tension sebab pekerja susah nak dengar
arahan. Tambahan pulak pekerja ramai yang lelaki. Hm..baru dia tahu macam mana aku rasa tiap kali bagi arahan pada
lelaki. Dan aku tahu dia faham kini apa yang pernah aku katakan padanya dulu. Teringat aku perbualan terakhir aku dengan dia..
“Kan best kalau
awak ada dekat sini.. taklah saya boring sangat.!”
“Sama saja..!” Aku jawab endah tak endah.
“Tak sama. Awak perempuan, dekat sini ramai lelaki je..! Lagipun pekerja-pekerja dekat sini
takde yang bijak, sporting dan cantik macam awak.”
“O..nak yang cantik jelah ye.? Orang tak kisah kalau awak
nak menggatal, tapi ingat kena bagitahu orang awal-awal, sebab senang orang nak
cari yang lain.” Arie dah bantai gelak dengar aku cakap macam tu.
Geramnya..!Tak tahulah kenapa dia gelak. Mungkin sebab warning aku tu atau sebab sedar aku rasa sedikit cemburu. Memang
aku cemburu, tapi takkan aku nak mengaku. Tapi seketika kemudian dia kembali
serius.
“ Ish.! Awak ni..!
Kenapa susah sangat nak percayakan saya.?
Saya ni nampak macam kaki perempuan ke? Percayalah saya! Sampai
bila-bila pun saya takkan cari yang lain dan lupakan awak. Awak pun, tolong
setia dengan saya. Walau apa pun yang jadi, awak tetap saya dulukan.”
“Sebab awak kaki perempuanlah orang susah nak percayakan
awak.”
“Selama kita berkawan, pernah ke awak nampak saya keluar dating dengan mana-mana perempuan.?”
“Pernah.!” Aku tak teragak-agak menjawab.
“Tu kawan jelah..!
Yang awak nampak hari tu bukan seperti yang awak fikirkan. Dia tu kawan sekelas masa saya tingkatan lima dulu.
Saya tak sangka dia kerja dekat situ. Kebetulan dah jumpa, kita orang
berbuallah tanya khabar. Takkan tu pun awak nak cemburu.” Ada tawa kecil di
hujung ayat dia. Aku mengetap bibir tahan geram.
“Please okey..! Takde masa nak jelouse-jelouse.!”
“Yelah..! Tapi
saya mohon kepercayaan awak.”
“Boleh percaya ke ni..?”
“Ok.. Bulan depan
saya balik sekejap, kita tunang. Setuju.?”
Aku terdiam sejenak dengar rancangan merapu Arie.
“Dahlah.! Malaslah nak cakap hal macam ni. Orang belum
sedia.!” Aku dengar Arie mengeluh perlahan. Aku tahu dia kecewa.
BULAN pertama hingga ke
dua , Arie kerap jugalah call atau
sms aku. Walaupun aku dah terima dia, perbualan kami masih seperti dulu. Jarang
sekali ungkapan cinta dan sayang terucap dalam perbualan kami. Tapi rindu tu
adalah dia cakap selalu cuma aku je yang masih berat mulut nak sebut.
Kadang-kadang aku naik rimas dengan dia. Yang buat aku panas ialah kerana dia
berani call aku di tempat kerja.
Kalau orang atas tahu aku bergayut dengan dia time kerja, dah tentu haru biru. Silap-silap aku dapat surat cinta
dari Mr. Ravi, Manager yang separuh india separuh cina tu.
Selepas masuk bulan ketiga, panggilan atau sms dari Arie langsung
aku dah tak terima. Panggilan terakhirnya langsung tak memberi apa-apa tanda
atau khabar yang dia tak mahu hubungi aku lagi. Yang aku sedar, dia kecewa
dengan aku sebab menolak cadangannya untuk bertunang. Itulah perbualan terakhir
aku dengan dia.
Aku andaikan dia sibuk pada mulanya. Tapi bila dah lama,
hati aku kuat berkata dia sudah bertemu dengan seseorang yang mampu hilangkan
kebosanannya sepanjang dia di sana. Aku cuba pujuk hati aku. Pernah juga aku
cuba call dia, tapi suara perempuan
yang dengar bagi tahu nombor yang aku dail berada diluar kawasan. Kalau dah
naik kebas jari aku menekan skrin cik
samsung ni, tu tandanya angin aku dah sampai tahap yang kritikal. Sebelum jadi
lebih parah, lebih baik aku stopkan
saja buat panggilan atau sms dekat dia.
Kalau tak dah tentu cik samsung aku ni jadi mangsa hempukan ke dinding. Aku ni
pun bukan boleh harap sangat kalau dah naik angin. Habis semua nanti yang jadi
mangsa terbang.
Ketika aku melipat
telekung dan sejadah selepas solat Maghrib, tiba-tiba aku teringat hadiah yang
pernah Arie bagi pada aku dulu. Sehingga sekarang aku masih belum buka. Bukan
aku tak berkeinginan untuk membuka, cuma aku belum kuat untuk mengetahui apa
yang ada dalam kotak besar tu. Macam mana kalau katak? Hmm..nasib kau lah cik
Tak.. Isy..! Tak mungkin kataklah. Masa dia bagi kat aku empat bulan yang
lepas, tak nampak pun dia nak bergurau.
Tiga buah novel
yang dihadiahkan pada aku dulu, habis aku baca. Memang best. Buku pertama iaitu
‘Bunga-Bunga Kemboja’ dah banyak kali aku baca. Begitu juga dengan novel ‘Suami
Yang Tak Ku Hadap’ dan novel ‘Calon Isteri Jutawan’. Novel-novel itulah yang
menjadi peneman aku dikala aku rindukan dia. Orang tua-tua kata kalau kita
rindukan seseorang, orang tu pun akan terasa rindu pada kita. Tapi kenapa aku
saja yang rindukan dia. Kalau betul dia ada rasa rindu pada aku, dah tentu dia
hubungi aku. Masih terngiang-ngiang di telinga perbualan aku dan Arie semasa
membeli novel-novel tu.
“Novel ni saya hadiakan untuk awak. Kalau rindukan saya,baca
novel ni.. Saya dah pernah baca novel ni. Kalau awak rindukan saya, awak
bacalah novel ni. Kalau awak nak tahu, watak hero dalam cerita ni sama macam
saya. Kalau awak baca, awak akan tahu bagaimana perasaan saya pada awak.” Pesan
Arie sambil tunjukkan novel ‘suami yang tak kuhadap’. Turut disertakan lagi dua
buah novel.. Aku hanya pandang sepi novel yang ada ditangan aku. Aku tahu dia
suka membaca dan dia tahu aku suka novel tapi aku tak sangka dia turut membaca
novel yang memang senonim dengan jiwa perempuan. Banyak pendapat yang aku
dengar, novel ni biasanya hanya mendapat sambutan dari pembaca wanita. Mungkin
ada pembaca lelaki cuma tak ramai. Abang-abang aku cukup marah kalau aku baca
novel. Dia orang kata orang yang suka membaca novel ni kuat berangan. Ye..aku
setuju dengan pendapat tu sebab sifat tu memang wujud dalam diri aku selepas
aku mendapat hobi membaca novel. Tapi taklah sampai memudaratkan diri aku
sendiri. Aku masih ada pendirian hidup dan aku pun tak pernah mengharap seratus
peratus dengan apa yang aku angankan. Memang aku suka berangan, tapi aku masih
tahu batas-batasnya.
Masa Arie bagi
hadiah novel tu, tak terfikir pun yang aku bakal ditinggalkan. Tapi lepas Arie
berterus terang di restoran KFC hari tu, barulah aku sedar. Dia nak pergi rupanya..
Buat pertama kali
selepas habis baca novel ‘Suami Yang Tak Ku Hadap’ aku tersenyum lebar. Betul
ke dia macam Syed Budriz.? Aku cuba terima, jika benar apa yang dikata, akulah
orang yang paling beruntung. Tapi kini, keyakinan aku sedikit-demi sedikit
hilang dibawa pergi. Semakin lama, aku rasa benci dengan watak Syed Budriz.
Pembohong!, pendusta!, mulut kata lain, hati kata lain.! Sedikit demi sedikit
perasaan marah dan benci beransur-ansur hadir dalam diri aku. Namun begitu
perasaan sayang masih tersemat dalam jiwa aku sebab aku memang sayangkan dia.
ESOK genap umur aku 23 tahun. Mm..dah tambah lagi umur aku rupanya. Rasa tua sangat. Apa aku nak
buat tahun baru lahir aku ni ha..?
Dengan umur aku yang semakin bertambah, tak salah kalau aku kata aku dah
sepatutnya kawin. Kalau mak aku sedar esok umur aku bertambah, tak mustahil
juga kalau soal kawin akan dibicarakan. Bukan aku tak tau perangai mak aku tu,
tak habis-habis merungut nakkan menantu lelaki. Apa lain ke anak lelaki sendiri
dengan menantu lelaki.? Rasanya sama saja, lelaki jugakkan...? Agaknya dia
teringin nak rasa dapat anak lelaki yang datangnya bukan dari darah dagingnya kot..! Ah.!pelik betullah dengan mak aku
tu.! Pantang kalau ada sesiapa yang datang menceritakan tentang anak teruna si
polan si polan. Sibuklah dia mencanangkan pula yang dia ada anak dara sunti
yang masih belum berpunya dan sesuai dijadikan suri hidup. Kalaulah mak bapak
si teruna datang tengok aku, sah dia orang tak ingin memandang aku. Masakan
tidak, dengan penampilan aku pun dah cukup buat semua ibu bapa si teruna
menolak.
Dulu masa aku umur
dua puluh satu tahun, ada kawan emak datang nak merisik. Walaupun aku
membantah, mak memujuk aku supaya kenal-kenal dulu dengan si teruna. Demi kasih
aku pada emak, aku ikut saja. Sehari selepas kedatangan merisik, keluarga si
teruna telefon emak dan bagitahu yang mereka tak jadi nak ambil aku jadi
menantu. Alasannya ialah, penampilan aku tak seperti perempuan. Berjalan pula
macam orang malas dan tak layak untuk anak teruna dia orang yang berpelajaran
tinggi. Yang sebenarnya sebab aku berjalan macam tu ialah untuk menunjukkan
betapa lemah lembutnya aku. Tak sangka lakonan aku tak menjadi. Masa tu aku tak
sedar aku melompat menjerit keriangan. Nasib baik tak roboh lantai bilik aku
ni. Rasa -rasa macam nak guling-guling atas lantai dari ruang tamu sampai ke
dapur, tapi nanti mak dengan ayah kata aku kena sawan pulak.! Walaupun aku
sedar emak sedikit terasa hati dengan penerangan kawannya tu, jauh disudut hati
aku bersyukur. Andainya jadi aku bermertuakan orang seperti tu, sah-sah aku
makan hati sebab dapat mertua yang mulut longkang. Apa dia ingat anak teruna
dia tu elok sangat ke.? Kalau setakat belajar tinggi tapi masih belum berkerja,
tak payah nak action sangat la..! Belum
tentu dapat bagi makan anak bini. Silap-silap kalau aku jadi kawin dengan anak
dia, aku yang terpaksa sara hidup anak dia. Boleh blah la..!
Cadangnya nak balik
kampung sebab cuti am hari jadi sultan perak, tapi bila mengenangkan OT, aku
jadi tamak. Triple, gaji tu..!
Tambahan pulak shift pagi, lagilah
aku bersemangat nak pergi. Kalau kerja petang, haruslah aku fikir tiga ke empat
belas kali. Jadi esok pagi aku nak pergi kerja, sebelah petang bolehlah aku
kurangkan gaji aku yang baru dapat tujuh haribulan hari tu.
Malam tu Fiza jadi
orang pertama ucapkan happy befday
kat aku. Aku terharu. Sebenarnya aku harap Arie jadi orang pertama ucapkan hari
lahir aku . Tapi nak buat macam mana, Fiza dah cup dulu. Hadiah sebuah novel cinta aku terima darinya. ‘Sweet sour’ keluaran JS dari Nasz.
Penulis baru kot..? Tak pernah dengar
pun nama penulis ni... Mm..nampak macam best
bila baca sinopsis.
“Kompem kau akan
jatuh cinta kat hero cerita ni..!” Fiza
bersemangat bagitahu pada aku. Serius muka dia.
Aku dah tak sabar nak baca. Tapi bila tengok kulit buku yang
berwarna hijau tu, aku rasa macam biasa saja. Di depan kulit buku tu ada gambar
buah apa ek? Buah prun kot..ke buah delima? entah, aku pun tak
tau. Yang pasti buah tu nampak sedap. Aku buka muka surat pertama. Hmm..Apa yang terlintas dalam kepala
otak aku waktu itu ialah B.O.R.I.N.G..
Last-last aku tutup terus novel tu. Yang sebenarnya aku tak ada mood nak membaca novel. Apa-apa pun
terima kasih rakan sebilk ku Fiza sebab susah-susah saja habiskan RM 21 untuk
beli hadiah hari jadi aku.
Sebenarnya aku tunggu panggilan dari Arie. Masakan dia boleh
lupakan tarikh hari jadi aku sedangkan sebelum ni dia yang ingatkan aku. Aku
betul-betul kecewa. Mana janjinya dulu yang takkan lupakan aku. Masa ni nak
saja ku hamburkan rasa yang terbuku di dada. Tapi pada siapa harus aku
hamburkan.? Akhirnya aku menangis. Menangis semahu aku hingga Fiza tergamam
dengan apa yang terjadi pada aku. Sejarah dalam hidup aku menangis kerana lelaki. Hurmmmm....
“Sabarlah Atee.. Mungkin dia ada sebab kenapa dia jadi macam
tu..!” Pujuk Fiza perlahan. Bahu aku diusap perlahan.
“Aku rindukan dia, Fiza.!” Esakan aku tahan agar aku dapat
bertenang. Bodoh betul aku rasa sebab menangis kerana lelaki. Dulu aku menangis
sebab dia nak pergi, tapi hari ni aku menangis sebab rindukan dia. Dan mungkin
lepas ni aku akan menangis kerana kehilangan dia pulak. Mungkin benarlah
firasat aku yang dia dah jumpa dengan seseorang. Tapi kenapa dia tak bagi tau
kat aku? Bukankah aku dah pesan pada dia dulu, supaya aku senang cari yang
lain. Hahaha! Apalah teruk sangat kau ni Atee? Takkanlah dia nak cakap kat kau
yang dia dah ada girl lain. Diakan playboya. Dah sah-sah dia ada yang lain.
“Kau serius ke dengan Arie tu.?”
Aku tersentak dengar pertanyaan Fiza. Sambil teresak-esak,
aku menggeleng kepala. Aku tak pernah ceritakan pada Fiza di mana Arie sudah
meluahkan perasaannya pada aku dulu. Aku tahu, kalau aku ceritakan pada Fiza,
dia akan bersorak riang sebab apa yang diramalkan, benar belaka. Masa tu dia
akan anggap aku seperti lembab sebab tak pandai menilai hati orang walaupun sudah
lama dekat dengan Arie. Cewah.! Macam
tajuk lagu kumpulan ‘Umbrella’
pulak.!
“Aku tak tau..! Yang aku tau, aku rindukan dia. Memang dia
ada luahkan perasaan dia pada aku, tapi aku tak tau apa yang aku rasa dekat
dia. Bagi aku dia cuma sekadar teman, tak lebih dari tu..!” Fiza melopong dan
kemudian dia senyum nakal. Aku rasa macam nak cubit-cubit mulut merah dia tu.
“Sekarang apa yang kau rasa.?” Tanya Fiza lagi. Tapi aku hanya mampu
menyungkit bahu. Maknanya aku tak tahu.
“Aku tak fikir Arie akan curang dengan kau. Aku boleh nampak
dia ikhlas berkawan dengan kau! Sudahlah..! Mungkin dia sibuk dan mungkin ada
sebab kenapa dia menyepikan diri. Aku tahu aku tak layak nak bagi nasihat kat
kau, sebab aku tak pernah berada di situasi kau sekarang. Hafiz cinta pertama
aku dan aku nak dia jadi yang terakhir. Dan aku nak kau dengan Arie akan jadi
macam aku.”
Aku tersenyum mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Fiza
tadi. Entah kenapa kata-katanya itu tadi seperti memberi satu azam dalam hidup
aku agar terus percayakan Arie walaupun jauh disudut hati aku perasaan itu
sudah semakin lemah.
SEBELUM tidur aku buka
laptop aku yang dah lama aku biar atas meja katil. Rasanya dah dekat tiga tahun
aku tak melayan benda alah ni. Kalau laptop aku ni boleh bercakap dah lama dia
jerit suruh aku layan dia. Dulu rajin jugak aku melayan facebook. Tapi semenjak aku jatuh cinta pada novel, langsung aku
dah tak pedulikan facebook. Biasanya
Fiza yang rajin buka, itu pun sebab dia rajin berchating dengan tunangnya ,Hafiz. Kerja sekali pun nak berchating ke.? Buang masa je..! Baik
jumpa terus..! Masa ada Arie dulu pun dia pernah tanya aku fasal fb ni. Dia kata dia suka berfb. Tapi bila aku kata aku dah lama
tak melayan, dia turut jadi malas macam aku.
Tapi malam ni entah
kenapa aku tergerak hati nak buka facebook.
Manalah tahu entah-entah ada yang sudi nak kawan dengan aku. Kalau ada, aku accept saja. Kenal tak kenal, itu lain
cerita. Bukan kena jumpa pun. Sekadar kawan dalam alam cyber, rasanya tak salah
kot..!
Perghhh..! Banyak giler yang nak kawan dengan aku!! Kebanyakannya kawan aku masa
sekolah-sekolah dulu. Ada yang aku kenal dan ada yang aku ingat-ingat lupa dan
ada juga yang aku tak kenal langsung. Macam yang Harits Iskandar cakap dalam
Lawak keder 2, dalam lima ribu, dia kenal cuma dua belas saja. Woooo..!
Segan pulak nak
menghubung kembali silaturahim dengan kawan-kawan aku dulu. Yelah..kebanyakan
kawan-kawan aku semuanya yang cerdik akal dan minda. Dah tentulah kerja yang class-class. Bukan macam aku ni, minah
kilang elektronik saja. Bila baca profile
dia orang aku rasa macam tak layak pulak kawan dengan dia orang. Aku tahu
kawan-kawan aku semua berjaya. Cuma aku saja yang agak ketinggalan. Bukan aku
tak berkeinginan untuk jadi macam dia orang, cuma aku ni terlalu fikirkan
keluarga aku. Dulu ayah dengan mak aku berkeras suruh aku sambung belajar. Tapi
aku tak mau. Kalau aku sambung belajar, siapa pulak yang nak bantu keluarga aku?
Kasihan ayah terpaksa menoreh demi membesarkan anak-anak. Walaupun menoreh di
tanah sendiri, berapa sangatlah yang dapat disamping terpaksa menghantar
perbelanjaan abang-abang aku di oversea. Sudahnya aku korbankan saja impian
ayah dan mak aku tu. Tapi aku janji akan sambung belajar bila abang -abang aku
tamat. Sesudah dia orang tamat belajar, ingatkan boleh lah bantu aku sambung
belajar, tapi hampeh..! ada niat lain
yang tersembunyi rupanya abang-abang kembar aku ni, dan dengan berat hati aku
terus saja kerja di kilang. Dari aku membebankan keluarga, baik aku menanggung
keluarga. Tambahan pulak masa tu adik-adik kembar aku baru masuk sekolah
menengah, jadi apa salahnya aku korbankan niat aku tu.
Dalam banyak-banyak
rakan yang aku terima ada satu nama yang menarik minat aku. ‘Selipar Jepun’.
Hahaha..kelakarkan? Inilah satu-satunya rakan facebook aku yang nama sedikit pelik. Nama itu mengingatkan aku
pada Arie. Mula-mula aku harapkan dia adalah Arie. Tapi bila aku buka profile dia, aku kecewa kerana dia
berasal dari Kuala lumpur bukannya dari perak. Lagipun macam baru sangat dia
buka akaun fb ni. Bila tengok tarikh, baru dua bulan lepas aktif. Aku hampa
tapi aku terima sebab dia sudi nak berkawan dengan aku. Tak banyak pun maklumat
yang aku dapat dari ‘Selipar Jepun’ ni. Nampak macam orang sibuk sampai tak ada
masa nak kemas kinikan profile.
Gambar pun dia cuma letak gambar budak lelaki yang mungkin berumur sepuluh
tahun. Cute sangat. Siap pakai baju
tentera lagi sambil pegang senapang. Yang gempaknya dia kerja di luar negara.
Maknanya luar malaysia. Aku tak tahu di mana. Tapi bila tengok peta lokasinya,
dia berada di Abu Dhabi. O..tanah arab rupanya.. Mesti banyak duit.!
Kerana terlalu
asyik melayan facebook, aku tak sedar
jam sudah menunjukkan ke pukul dua pagi. Tapi mata aku masih belum mengantuk.
Memandangkan esok kerja pagi, aku harus tidur walaupun sekejap. Kalau tidak
esok aku mesti sakit kepala. Baru saja nak log
out aku tengok ada satu mesej. Sapa
pulaklah yang sanggup bersengkang mata nak bersembang dengan aku ni.? Lantas
bahagian mesej aku klikkan. Tersenyum terkejut beruk aku bila nama ‘Selipar
Jepun’ yang tertera .Ha.. layan je
lah...! Tersenyum malu-malu aku dibuatnya. Berdebar-debar pun ada..! Macamlah
‘Selipar Jepun’ tu ada depan aku.
- Hai.! thank sbb sudi terima sya sbg rakan.-
- Hai.! No hal lah.. Dh lma sya x buka fb ni. Entah knpa ari ni
tergerak nak buka. Tgk ramai yang nak friend dgn sya. Salah satunya awak. Tapi
dlm byk2 nama awak sedikit pelik.-
- Oh..nama tu mengingatkan sya pd seseorg. -
Aku tersenyum sendiri bila baca balasan dia. Aku pun sama..
- Sbnrnya nama awak tu pun mengingtkan sya pd seseorg.-
-Eh, ye ke..? Macam ada jodoh pulak kita ni kan.? -
Aku dah tergelak sendiri.
-Yelah tu..! Apa nama awak yang sebenarnya ek.? -
Aku saja-saja tanya.
- Kenapa nak tahu.?-
Malu pulak bila dia tanya aku balik. Tapi aku jawab jugak.
-Saja suka-suka..Klu xnk kasi tau, xpelah..! -
- Mcm menjauh je bunyinya tu.? -
Aku tersenyum lagi.
-xde maknanya sya nk menjauh dgn awk. oklah kita sambung lg lain masa.-
Aku dah bercadang nak tamatkan saja perbualan sebab mata aku
dah semakin berat.
-Ok. tp sblm tu sya ucpkan hepy bday yg ke 23. Tua dh awak ye.? -
Melopong mata aku bila dia kata aku tua. Grr..geramnya aku.!
-Hey! 23 tu tua ke.? Apa-apa pun terima kasih la..-
Memang malam ni aku dapat banyak pesanan ucapkan ulangtahun
aku. Aku tak hairan kalau ‘selipar jepun’ tahu hari jadi aku sebab aku ada
masukkan dalam profile aku. Rasanya
satu dunia tahu. Sapa-sapa yang tahu tu, hantar-hantarlah hadiah. LCD yang
kecik pun jadilah. Kalau nak hantar yang kecik, iphone pun jadilah..
- Marah.? Jgn la marah,nnt cpt bkdut kulit muka awk tu.. Kn dh jtuh
saham. Sapa yg ssh.? Awk jgk kn.? Tp xpe..sya ada..! Mm.. awk nak hadiah ke.?-
Eh-eh, macam tau-tau je. Tp kata-kata dia tu memang buat aku semakin teringatkan Arie.
-Boleh jugak kalau awk nak kasi..-
Aku sengaja bergurau.
-Awk nak hadiah apa.?-
Eh, dia ni macam serius je. aku cuma main-main je.. Taula banyak duit..
- Sya gurau jelah.. Sya ni dh tua, xlyk terima hadiah lg..tp klu awk nk
kasi jgk, sya hargai..-
- Bagitau la awk nk apa.?-
-Xpyh lah..sya gurau je..-
- Okey..tp klu awak nk,awk bgitau ye.. X celebrate ke.?-
Hish..! ape ke hey la cik Harun ni, baik semacam je aku rasa.
-x..sbb esok sya keje.-
-Kayalah awk bln ni, gaji triple.! -
Eh, macam mana dia
tahu aku kerja gaji triple esok. Aku
tak cerita pun aku kerja apa. Dalam profile
pun aku tak masukkan jenis pekerjaan aku.
-Mcm mana awak tahu sya gaji triple esok.?-
Lama aku menanti balasannya. Lima minit kemudian baru
dibalas.
-Agak-agak je..! Esokkan hari jadi sultan perak. Eh, kiranya tarikh
lahir awk sama dgn Sultan ye..? -
- Ye..jadi awak jgan main-main dgn saya. Sya ni ada daulat tau.!-
- Ampun tengku.. Maafkan patik tengku..-
Hahaha..kelakarlah budak ni.!
-Hahaha..tau takut.! Awk dekat mana skrg.? KL? Abu Dhabi.? keje apa.?-
Eh-eh..tadi dah nak stop, sekarang aku pulak yang ajak dia berbual lagi.
-Sya jauh. Bukan di KL. Sya kerja kilang je..-
Ha..kan aku dah cakap.
Aku ni mesti akan digandingkan dengan mamat kilang. Agaknya tu sajalah yang
layak untuk aku buat masa ni..
- ok lah tu..jnji keje tu halal. Sya pun kje kilang je..-
-Esok keje shift pg kan.? x ngntuk.?-
-Dh biasa.-
-Jgn..nnt awk sakit siapa yg susah.? Sya jgk yg ssh hati. Dh la sya
jauh..-
Mata aku terancap
pada susunan ayat yang dititipkan oleh ‘selipar Jepun’. Entah kenapa hati aku
tika itu benar-benar rindukan Arie. Ayat yang tersusun itu adalah kata-kata
yang sering Arie ucapkan pada aku dulu. Sama dan serupa cuma suara saja tak kedengaran. Akhirnya aku biarkan saja mesej
itu tanpa balasan. Tanpa menutup power
lap top, aku terus saja melangkah ke katil dan perlahan-lahan mata aku
dipejamkan. Harap-harap dapat mimpi yang indah-indah. Kalau boleh aku nak mimpi
berbual dengan Arie. Aku benar-benar rindukan suara dia.
BANGUN dari
tidur, aku rasa kepala aku berdenyut-denyut. Aku tengok jam dah pukul lima
pagi. Cepat-cepat aku gagahkan juga kaki aku melangkah ke bilik air. Langkah
aku terhenti bila perasan katil Fiza kosong. Tentu dia tengah mandi, jadi aku
duduk kembali di birai katil dan melayan ngantuk. Cahaya dari skrin laptop yang
aku tak tutup tadi, aku pandang malas. Rasa nak tengok facebook kejaplah..
Mm..ada mesej lagilah. Oh..nama dia
Ayie..! Baru aku teringat yang aku tinggalkan mesej ‘selipar jepun’ tadi tanpa
balasan. Dia ni tak tidur ke? Aku tengok waktu mesej dia hantar. Mm..pukul tiga dua puluh dia hantar
maknanya masa tu disana baru pukul sebelas dua puluh malam. Mesti dia tunggu
lama aku jawab mesej dia tadi. Lantas aku terus membalas.
- Sorry..awk tggu sya jwb ek.? Sya tidur. Skrg dh bngun nk bersiap ke
tmpt keje.-
Hampir sepuluh
minit aku tunggu balasan tapi tetap sunyi sepi. Mungkin dia sama macam aku yang
tak off power laptop sebab aku tahu
dia masih online. Tengah tidur kot.. Bila Fiza sudah menampakkan
bayang, aku tutup lap top lalu aku
melangkah turun ke bilik air untuk mandi.
Itulah permulaan
cerita aku dengan ‘Selipar Jepun’. Namanya pun aku dah tau. Cukuplah sekadar
nama ringkas. Senang aku nak taip tiap kali berchating
dengan dia. Kalau nak taip ‘selipar Jepun’ rasa macam panjang sangat. Lagipun
nama tu agak kurang sesuai dengan manusia sebab selipar kan biasanya
letaknya di kaki.
Nampaknya sekarang
aku dah ada hobi baru selain novel. Pulang dari kerja, itulah yang aku hadap
dulu. Apa lagi kalau bukan fb. Kalau
tak berchating, aku tengok-tengok
saja apa yang menarik. Jika ada sesuatu yang nak aku luahkan, aku taip apa yang
aku nak luahkan. Kalau ada yang perlu aku komen, aku komen. Kalau ada yang aku
suka, aku like aje..tapi aku tak suka
share statment orang. Tak tau kenapa.
Bagi aku orang yang suka share statment orang ni ialah orang yang dah takde idea. Kalau takde idea tak payahlah nak ciplak-ciplak
idea orang..buat semak saja. Kalau ada yang perlu dishare pun aku tak pernah nak share.
Contohnya macam video-video yang menyayat hati. Sebabnya aku tak pernah pun
buka video macam tu. Buat rugi air mata aku saja.
Setiap lima hari
sekali aku ternanti-nanti untuk berchating
dengan Ayie, itupun kalau aku tak kerja malam. Katanya dalam seminggu dia
berkerja lima hari dan dua hari cuti. Hanya hari cuti pertama saja aku dapat barchat dengan dia. Menurutnya hari cuti
kedua dia perlu bersiap sedia dengan kerja yang bakal dihadap keesokan harinya.
Katanya lagi, tugasnya sebagai engenier di kilang luar negara membataskan
aktiviti hariannya. Sebab itu dia sentiasa sibuk. Entah kenapa kadang-kadang
aku hairan dengan dia yang asyik sibuk. Engenier kat kilang tempat aku kerja
tak pulak sibuk macam dia. Tapi aku senang berbual dengan dia. Ayie
mengingatkan aku pada Arie. Cara perbualannya memang sama dengan Arie walaupun
aku tahu Ayie adalah Ayie dan dia bukan Arie, insan yang aku nanti-nantikan.
No comments:
Post a Comment