PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 6(2) SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

 HABIS lot atas meja aku cek lalu aku terus hantar ke QC. Nasib baiklah QC dalam shift ni sporting. Jadi aku taklah segan sangat kalau nak mintak tolong. Dalam shift ni ramai yang kenal aku sebab aku selalu OT atau overlap dalam shift ni kalau nak dibandingkan dengan shift A. Lagi pun aku kerja dekat sini dah lebih lima tahun, tak hairanlah kalau semua dah kenal aku termasuklah budak-budak baru masuk. Tak tau kenapa aku selalu kena masuk dalam shift ni. Kadang-kadang aku sengaja mengelak agar jangan masuk shift ni. Salah satu sebab aku mengelak ialah kerana Arie. Ramai yang kata aku sengaja masuk shift ni sebab nak kawal Arie. Dia orang tak tahu, aku ni yang selalu dikawal oleh Encik  Wahab tu.!

 “Awat yang monyok je ni Atee?” Tegur Abang Azman salah seorang QC di situ.

 “Takde apa Abang Man. Perut Atee ni saja yang tak selesa. Sejak malam semalam tak makan apa-apa. Lapar! Tu yang rasa macam malas nak buat kerja.” Aku jawab dengan nada lemah sambil tangan pantas mengeluarkan lot-lot dari dalam troli lalu aku susun kemas atas meja Abang Azman.

Aitt..cik abang ada sekali dalam line ni pun malas jugak ke?”

     Usikan Kak Emma isteri kepada abang Azman aku buat-buat pekak. Boring betul lah. Mana-mana aku pergi, orang tak habis-habis asyik bercakap tentang aku dan Arie. Sampai aku dah naik rimas dengan usikan macam tu.

     Dah setahun lebih Arie kerja dekat sini, dan selama itulah aku dikaitkan dengan budak Tanjung Malim tu. Puncanya ialah bila ada orang yang sebarkan cerita tentang aku dengan Arie. Kononnya aku dan Arie pernah kelihatan berdua-duaan di bandar Ipoh. Pelik juga aku ketika itu. Setahu aku, baru sekali aku dengan dia di bandar Ipoh. Itupun kebetulan dan yang paling penting orang perlu tahu, aku bukan berdua dengan dia tapi Fiza turut ada masa tu. Aku tak tahu macam mana nak terangkan pada dia orang yang aku tak ada apa-apa dengan Arie, tapi dia orang tetap dengan pendirian dia orang. Sampaikan supervisor pun asyik tanya bila aku dan Arie nak buat majlis makan nasi minyak.

“Bergaduh ke Atee? Tadi Kak Emma tengok dia pun macam badmood je..! Tanya sepatah jawab sepatah”

Takde apa lah Kak Emma. Kita orang tak gaduh pun..!” Balas aku lalu cepat-cepat keluarkan lot-lot dari troli supaya aku cepat keluar dari module QC tu. Lagi lama aku dalam tu, lagi panas telinga dengan muka aku termasuklah isi-isi organ dalaman turut rasa panas.

“Tak gaduh..cuma berperang perasaan saja..! Betul tak Atee? Jangan nak selindunglah.. Abang Man tau sangat Atee tu!” Abang Azman bersuara lagi.

Sindiran dia tu aku buat-buat tak dengar lalu cepat-cepat aku melangkah pergi dari situ.

“Jangan asyik masam muka Atee..nanti dia boring, dia cari yang lain..!” Laung Abang Azman kuat bila aku langsung tak pedulikan usikannya tadi. Dia nak cari lain? Biarlah! Ada aku kisah? Betul ke aku tak kisah?

   Troli kosong aku tolak malas menuju semula ke meja aku. Baru sekejap aku tinggal, dah penuh meja aku dengan lot. Aku tak lengahkan masa, terus saja cek semua lot agar nanti tak kelam kabut. Habis sepuluh lot aku cek dalam masa lima belas minit. Memandangkan tak ada apa yang perlu diperbetulkan, kerja aku jadi mudah.

   Aku berjalan ke setiap module untuk memastikan semua mesin ada lot. Kabinet yang kosong aku isikan dengan lot agar penuh. Mudah nanti operator mesin nak buat kerja. Tak perlu dia orang datang cari aku mintak lot. Aku pun taklah kelam kabut mencari lot baru.

     Tanpa aku sedar aku dah berjalan hampir ke module lapan. Bila terpandang wajah tu aku berdebar. Nasib baik pakai facemask, kalau tak dah tentu dia perasan aku tengah gabra. Aku terus berjalan tanpa hiraukan renungan dia. Aku terus berjalan sampai module terakhir iaitu module sepuluh. Dalam module sepuluh ni mesin tak banyak. Cuma ada lima mesin saja. Memandangkan mesin sikit aku letakkan cuma seorang saja yang mengawal mesin di situ. Semasa aku masuk dalam module ni, aku tengok tak ada operator yang menjaga mesin. Mm..mungkin Ika budak Indon tu keluar rehat. Jadi aku cuba ringankan tulang menjaga mesin-mesin tu sementara menanti Ika masuk.

Takde kerja ke?” Tanya satu suara yang tak asing dari telinga aku. Dah setahun  suara itu menjadi teman aku siang dan malam. Aku yang sedang cek unit dengan mikroskop tersentak. Namun tidak pula aku mengangkat kepala aku memandang dia yang sedang berdiri di sebelah aku.

“Yang orang buat ni bukan kerja ke..?” Jawab ku acuh tak acuh. Arie ketawa kecil.

“Maksud saya kerja leader. Yang awak buat ni kerja operator..”  Balasnya pula.

“Kenapa? Leader tak boleh buat kerja operator ke?” Pantas aku menjawab tanpa pandang muka dia. Kakiku laju melangkah ke arah mesin AB20 dan memasukkan semula unit yang aku cek tadi ke dalam  block magazine.

“Kenapa ni? Tiba-tiba emo semacam. Saya ada buat salah ke?” Tanya Arie sambil bercekak pinggang.
Berkerut dahi aku dengar dia cakap macam tu. Selama ni dia tak sedar ke apa yang dia dah buat?

“Awak tanya orang tentang kesalahan awak? pelik! Orang rasa awak ni dah kena penyakit imnesia. Penyakit tak sedar apa yang dia dah buat. Hilang ingatan ke?”  Aku tahu dia sedang tersenyum.

“Jom makan. Saya laparlah.. Lagipun dah pukul sepuluh, awak tak lapar?”

Aku pandang tepat ke matanya. Sakit hati aku. Dua bulan dia larikan diri dari aku, hari ni dia buat macam tak ada apa-apa pulak. Apa dia ingat aku tak ada perasaan?

“Perut awak ada share dengan orang ke? Takdekan?” Aku tanya keras. Bila aku dengar dia mengeluh, aku tahu dia tak puas hati.

“Kenapa ni? Terus terang dengan saya apa yang saya dah buat?”

Aku geleng kepala sambil membalas renungannya. Sah dia kena penyakit hilang ingatan. Kalau tak dibasuh dan disental kepala otak dia bersih-bersih, pasti dia akan lebih parah.

“Awak tanya orang, apa salah awak? Huh!  Kelakar betul awak ni! Selama ni kemana awak, adalah saya. Kemana saya, adalah awak. Dalam erti kata lain, orang ni dah macam kembar awak. Dua bulan awak singkirkan orang dari hidup awak. Hari ni awak muncul depan orang, tanya apa salah awak? Awak ni ada perasaan ke tidak? Awak mendera perasaan orang! Tapi saya sedih awak langsung tak pedulikan perasaan orang.!”

Habis bertempik aku pusing membelakangkan dia. Aku rasa tempikan aku tu habis kuat. Tapi aku yakin hanya dia  yang dengar sebab bunyi tiga ratus mesin lebih kuat dari suara aku. Mata aku yang tiba-tiba rasa panas, aku tahan agar jangan berkaca. Aku tarik nafas dalam-dalam menghalau rasa sebak.

“Saya minta maaf!” Bisiknya perlahan belakang aku. Bahu aku dicucuk-cucuk perlahan dengan jari telunjuknya. Aku pusing mengadap dia.

“Orang rasalah, awak ni memang dilahirkan macam ni agaknya! Suka mendesak dan memaksa. Apa yang awak buat semuanya awak rasa betul. Ada awak fikirkan tentang apa yang orang rasa tiap kali kena paksa? Apa perasaan awak kalau orang berada ditempat awak dan awak berada si tempat orang?”

“Kan saya dah mintak maaf..!”

“Senang sungguh ucapan maaf awak tu! Kalau macam tulah definasi awak tentang maaf, lepas ni awak buat lagi salah, lepas tu datang mintak maaf pada orang. Selesai masalah. Macam tu?” Kata-kata aku tu aku rasa dah cukup buat dia sedar akan kesalahannya.

“Sudah-sudahlah membebel. Sakit telinga saya. Kita makan yuk! Lapar..!” Sambungnya perlahan.

Berkerut muka aku dengan sikapnya yang tak ambil kisah tentang apa yang aku cakap.

“Jom makan! Please..! Saya lapar..” Kata Arie perlahan.
Bila dia dah mula buat muka, hati aku cepat rasa simpati. Tambah-tambah pulak bila sebut fasal makan. Kebetulan pulak perut aku memang tengah lapar. Keluhan panjang aku lepaskan sambil menghadiahkan jelingan tajam.

“Janganlah jeling saya macam tu..tak tidur malam saya nanti.. Awak merajuk ek? Okey, saya mintak maaf. Saya mengaku saya salah. Saya janji lepas ni saya tak buat dah! Awak pun janji jangan kecewakan saya lagi.”  

Dia dah mula buat suara rengek baby tuek tak sedar diri. Tuek tu maknanya gabungan ‘tua’ dengan bunyi nak termuntah ‘uwek’. Bila ‘tu’ dengan ‘wek’ bergabung jadilah ‘tuek’. Meluat betul.! Sekali lagi aku menjeling.

“Awak jeling lagi, saya cium awak dekat sini jugak!”

Melopong mata aku dengar usikan melampau Arie.

“Ni nak?” Balasku lalu aku suakan penumbuk sulung aku betul-betul di hidungnya. Meledak tawa Arie melihat telatah aku lalu ditarik tangan aku diletakkan di dadanya.

“Garang betul buah hati saya ni. Agaknya macam manalah kalau kita dah kawin nanti. Habis badan saya lebam-lebam kena wresling hari-hari.”

 Aku menjeling tajam. Dalam hati geram tuhan saja yang tahu. Tangan aku tarik cepat dari genggamannya. Tak selesa aku dalam keadaan macam tu.

“Perasan.! Siapa nak kawin dengan awak?” Ujar ku lalu terus melangkah keluar dari module sepuluh setelah melihat Ika sudah pun kembali. Arie turut mengikut aku dari belakang. Sementara itu sempat lagi telinga aku menangkap suara usikan Ika.

“O..abang Arie dating dengan Kak Atee dalam module Ika ye..?”

Takde class tempat Ika tu. Panas.!. Kalau sejuk bestlah jugak, boleh peluk Kak Atee Ika tu kuat-kuat.”  Balas Arie selamba. Aku hanya geleng kepala.

“Teruklah Abang Arie ni.Gatal.!” Tempik Ika nyaring.  

“Awak pergi beli roti sajalah. Malas pulak nak turun..!” Aku merayu pada Arie yang setia menanti di sebelah aku.

“Kenyang ke hanya makan roti? Awak lapar, nanti saya yang susah.” Kata Arie perlahan sementara tangan aku lincah buat kerja aku.

 Tinggal lima minit saja meja aku ni, tapi bila datang balik, meja aku penuh dengan lot yang dah siap wire bond. Bila aku sibuk, mulalah aku tak ada selera nak makan.

“Orang sibuk ni..!!” Aku cuba beralasan logik.

Takde-takde.! Kena turun makan jugak. Kalau tak, saya cium awak!”

Huh! Ada aku kisah dia ugut macam tu? Trylah kalau teringin sangat nak rasa sepak terajang aku.

“Awak ni, tak malu ke cakap macam tu? Orang tak sukalah! Kalau orang lain dengar, nanti dia orang fikir yang bukan-bukan pulak. Awak tu lelaki, orang lain mesti tak kisah kalau perangai awak macam tu. Masalahnya orang ni perempuan. Mesti orang lain cop orang ni macam perempuan tak tau malu, jahat, sosialis!” Bentakku sambil menjeling.

“Saya gurau jelah…! Takkan tu pun nak marah?”

“Orang tak marah sebab orang kenal awak, tapi orang tak suka. Lain kali kalau nak bercakap tu, pandanglah kiri kanan dulu. Apa awak cakap dekat Ika tadi? Malu orang tau!”

“Dah awak tu degil sangat!” Bentak Arie geram sambil menjeling.

Aku berdesit perlahan bila tengok muka dia dah mengeruh kelat. Aduhai..! Ni siapa yang merajuk ni..? Nampaknya aku kenalah buat operasi memujuk kali pertama dalam sejarah hidup aku. Kalau tak pujuk aku balik yang merana sebab aku memang rindukan dia.

“Yelah cik abang sayang.. intan payung.. pengeram jantung pisang emas, pisang tanduk kerbau..! Macam ni, sayang beli nasi dan bungkuskan untuk sayang. Nanti kita makan sama-sama dekat loker. Hari ni hari ahad, takpe makan dekat loker. Orang office mana ada hari ni. Ye sayang..!”  Pujuk aku lemah lembut setelah Arie  tak setuju aku hanya makan roti. Cara renungannya aku tahu sebab geram cara aku memujuk. Aku angkat kening tunggu jawapan. Last-last dia mengaku kalah sambil menjeling. Aku tahu dia sedang tersengeh lalu aku pun kedip-kedip mata tanda memujuk. Padan muka! Suka sangat memaksa orang. Dalam kes ni kiranya aku pandai jugak memujuk.

“Nanti sayang panggil, sayang keluar tau!” Bisik Arie perlahan.

Membutang mata aku. Huh! Baru belakon sikit dia dah terlebih acting. Layan…!

 “Mm..macam biasakan.? Ikan goreng dengan sayur tomyam campur.”

 Aku angguk sambil tersenyum lantas  Arie  berlalu pergi. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

“Jangan lupa..!” Laung aku dari tempat duduk.

“Ulam dengan sambal belacan..!”

Belum sempat aku habis pesan, dia dah sambung dulu tanpa menoleh. Aku menggeleng kepala sambil tersenyum. Memang aku tak boleh tak sayang pada dia. Apa yang aku suka semua dia tahu. Maknanya berapa lama rajuk aku pada dia, dia sudah bersedia untuk memujuk. Tapi tadi aku yang pujuk dia! Hmm..pelik betul dengan perasaan aku ni. Rasanya cukuplah sekadar sayangkan dia dan mungkin ucap cintakan dia terpaksa juga aku ucapkan demi menjaga hatinya. Itu dah cukup buat dia bahagia..kot...! Tapi, betul ke aku cintakan dia? Jawapannya..aku tak tau.! tapi aku dapat rasa ada sesuatu perasaan yang baru lahir dalam jiwa aku. Apa dia.? Hanya tuhan saja yang tahu..!

   Lima belas minit kemudian, Arie memanggil aku agar keluar. Kebetulan masa tu aku sedang menyusun lot atas meja QC. Nasib baik semua kerja dah siap, kalau tak, dah tentu dia kena tunggu lama lagi. Dan makin panjanglah dia membebel. Aku melangkah semula ke meja aku dan kunci loker yang aku simpan dalam drawer, aku capai lalu melangkah keluar. Semasa melalui module QC, sempat lagi aku diusik oleh Kak Emma.

“Makan kenyang-kenyang ye Atee! Jangan tersuap kat hidung sudahlah..!”

Aku hanya menggeleng sambil menggoyangkan jari tanda amaran. Agaknya Kak Emma nampak Arie memanggil aku tadi sebab tempat dia betul-betul mengadap pintu keluar. Aku terus keluar sambil menanggalkan finger coat lalu menuju ke arah sink sebelah tandas untuk mencuci tangan. Setelah empat jam jari aku bersarung dengan benda alah tu, jari aku cepat berpeluh dan berbau busuk.

   Sampai di loker aku tengok semua dah siap sedia. Malu pulak aku rasa sebab dia yang sediakan makan minum aku. Kopi carnation kegemaran aku pun siap dia bancuh. Bertuahnya kalau siapa yang jadi suri hidup Arie.

Wah.! Terbaiklah awak. Segan pulak rasanya.” Aku cakap sambil duduk bersila depan dia. Kalau tahu dekat mak aku di kampung, meleleh lah taik telinga aku dengar dia membebel.

“Makan sajalah..! Macam tak biasa pulak” Ujarnya perlahan sambil tersenyum.

Memang selama ni pun kalau makan berdua, dia yang selalu sediakan semua. Aku cuma tukang perabis saja. Bila dah siap makan, dia jugak yang akan kemaskan. Teruk betul aku ni. Siapalah yang malang jadi laki aku?

“Terima kasih.! Ni yang buat orang makin sayang ni!” Kataku lagi sambil menghirup kopi. Badan yang terasa letih kembali bersemangat bila aroma kopi menyengat ke rongga hidung aku. Aku perasan Arie tersenyum sambil memandang aku. Tapi aku buat-buat tak nampak.

“Sama-sama kasih dan kasihmu kuterima.” Balas Arie perlahan.

 Aku tersenyum tapi aku malu nak angkat kepala tengok muka dia. Aku betul-betul rindukan dia.

“Kenapa tak beli nasi? Tadi dia yang beria ajak orang makan.” Tegur aku pada Arie setelah lihat dalam bekas makan dia hanya ada mi goreng basah berserta ayam goreng saja.

“Memanglah saya ajak awak makan, tapi bukan makan roti.” Aku tersenyum malu dengar sindirannya.

“Tak halau nyamuk ke?” Aku tanya lagi. Biasanya kalau waktu rehat, itulah aktiviti wajib yang perlu dilakukan dulu sebelum makan dan selepas makan.

“Dah berhenti.”  Jawabnya pendek sambil meneruskan suapan.

 Mata dan mulut aku melopong. Terhenti seketika suapan nasi ke mulut aku. Muka nya aku tatap dalam mencari kejujuran.

“Bila? Tak cakap pun! Apa-apa pun tahniah! Orang suka berita macam ni. Ni kena buat kenduri kesyukuran ni!.” Aku tersengeh-sengeh dengan ayat akhir aku. Sengaja nak mengusik. Kalau mula-mula dulu aku aku rasa sesak nafas duduk dekat dengan dia sebab bau rokok. Nampaknya lepas ni aku kena biasakan diri tanpa bau tu sebab aku dah terbiasa dalam setahun ni. Walaupun dia tak pernah merokok depan aku, aku tahu yang dia seorang perokok tegar. Baru aku perasan, masa dekat kampung aku sebulan yang lalu aku tak bau lagi rokok dekat dia. Mm..rupa-rupanya dah berhenti.. Alhamdulillah..!

“Dua bulan lebih dah..! Yelah..siapalah saya ni nak orang tu ambil tahu.” Katanya perlahan. Aku tersentak seketika.

“Sendiri yang jauhkan diri, nak salahkan orang pulak!” Bentakku perlahan sambil menjeling geram.

“Saya rindu awak!” Ucap Arie tiba-tiba. Aku senyum sambil tarik nafas dalam.

 “Mm..nampak macam sedap pulak mi goreng awak tu. Nak sikit boleh.?” Aku cuba mengubah topik. Rasa tak selesa bercakap hal perasaan ketika makan. Tak fasal-fasal aku boleh mati tercekik. Tak pun suapan aku tak masuk ke mulut. Mintak-mintak gurauan Kak Emma tadi tak jadi kenyataan.

“Bukak mulut.!” Arahnya pada aku. Aku pun dengan muka tak malu terus suakan mulut ke arah tangannya yang sudah sedia dengan sudu ditangan. Sambil mengunyah aku tersenyum malu. Tapi aku tebalkan muka. Harap-harap topik tadi dia lupakan terus.

Hmm! Sedap..!”

“Sedap tak sayur tom yam tu?” Tiba-tiba Arie tanya aku. Aku mengangguk laju tanda sedap. “Nak rasa sikit.”

“Ambillah.”

“Saya suap awak tadi. Sekarang awak suap saya pulak.”

Aku mengetap bibir kerana malu. Dia ni sengaja tau.! Bukan aku tak biasa makan bersuap dengan dia, Cuma situasi sekarang ni aku rasa lain sangat.

“Orang makan nasi guna tangan, Awak makan mi guna sudu. Awak ambil jelah sayur tu dengan sudu awak.” Aku bagi cadangan bernas.

“Saya nak makan sayur tu dengan nasi awak tu.”  Ujarnya lagi.

Aku faham maksudnya. Teragak-agak aku nak setuju. Tapi bila tengok dia dah beria sakan sua mulut, aku ikutkan saja. Perlahan-lahan aku suakan nasi yang dah aku campurkan dengan sayur dan ikan goreng ke mulut Arie. Wajahnya aku tatap lama. Begitu juga dia yang tak lepas memandang aku. Bila jari aku tersentuh bibir dia, rasa sayu sangat. Khayalan aku terhenti bila Arie suakan mi goreng ke mulut aku dengan menggunakan tangannya. Aku tersenyum dan tangannya kesentuh lalu menghalakan ke mulut aku. Tanpa sedar habis hidangan depan mata selepas makan suap menyuap.

“Awak sayang saya tak?” Tiba-tiba Arie bertanya lagi soalan yang pernah ditanya dulu. Nasib baik dah habis makan, kalau tak, dah tentu dia jadi mangsa semburan nasi dari dalam mulut aku ni.

“Sayang.!” Aku tak teragak-agak menjawab sebab aku memang sayangkan dia.

“Saya pun sayang awak. Saya cintakan awak. Awak cintakan saya tak?” Arie tanya lagi.

 Kali ni aku tersenyum nipis, tak tau nak jawab apa. Malu nak cakap tapi aku kena cakap jugak demi jaga hati dia.

“Cinta!”  Aku nampak bibirnya dah terukir senyuman lebar.

“Ikhlas?” Arie pinta kepastian. Agaknya dia perasan kot aku tak ikhlas.

“Ikhlas dari hati orang.” Aku jawab perlahan dengan renungan tepat ke matanya.

“Orang mana?”

Aku tersenyum malu bila disindir begitu.

“Orang ni lah!” Aku tunjuk diri aku sendiri.

“Orang ni siapa.?”

Aku dah mula panas dan geram. Nafas aku tarik sedalam yang boleh lalu kulepaskan perlahan sebelum menjawab.

“Orang ni namanya Artee Munirah cinta seikhlas hati pada Azharie yang ada dekat depan orang ni.” Ulasku berbisik geram. Malu kalau ada yang mendengar.

Aku nampak sinar kegembiraan di mata redup Arie.

“Terima kasih.” Ucapnya perlahan.

“Kasih diterima” Jawabku dan akhirnya aku dan dia sama-sama ketawa kerana malu. Nafas ku hela lega. Apa salahnya mengembirakan hati orang walaupun tak rela.

   Aku dan Arie masuk sambung kerja ketika jam sudah ke pukul sepuluh empat puluh. Lewat sepuluh minit. Nasib baik supervisor tak ada. Kalau tak, dah tentu telinga ni mendidih panas. Aku nampak lot dah penuh atas meja aku. Cepat-cepat aku mulakan kerja aku macam biasa. Sebentar lagi kerja aku akan semakin sibuk. Jadi aku harus bersedia.


   ALHAMDULILLAH.. Tepat jam satu lima puluh kerja aku siap. Lega rasanya. Leader shift A pun dah menampakkan rupa. Rasanya tak ada apa yang nak aku sampaikan pada Kak Ani sebab semuanya aku follow dari Shift B  saja tadi.

   “Ada apa-apa masalah ke Atee.?” Tegur Kak Ani lembut.

   “Takde apa-apa Kak Ani. Saya pun follow je dari Kak Zah je tadi. Lot pun banyak. Semua lot Atee dah masukkan dalam desicater. Cuma lot yang problem wrong wire tu, Kak Zah letakkan dekat rak 3rd optical."

   “Wrong wire.?” Tanya Kak Ani cemas sambil memegang dahi. Aku turut terkejut tengok riaksi muka Kak Ani macam tu.

   “Kak Ani tak tahu lagi ke.?” Aku turut bertanya dengan nada terkejut. Baru aku sedar, rupanya lot yang salah wire tu memang salah dari A shift tapi dapat dikesan oleh B shift.

   “Kak Ani tak tau pun..!  Ya Allah!  apa aku nak jawab ni.” Kata Kak Ani perlahan. Simpati pulak aku pada Kak Ani. Tapi apa boleh buat. Dia leader senior sepatutnya sebelum change device atau tukar lot baru dia kena cek semua berpandukan bond diagram. Nampaknya aku pun harus berhati-hati agar tidak senasib dengan Kak Ani. Bila masalah macam ni berlaku, secara automatik banyak yang akan kena jawab. Leader, supervisor, technisyen yang set up mesin serta operator yang menjaga mesin turut akan diheret sama mengadap pihak atas. Sebenarnya aku pun pernah merasa detik-detik macam tu. Waktu itu aku masih tiga bulan bekerja. Nasib baiklah aku masih traning, jadi kesalahan aku dimaafkan. Lepas kejadian itu, aku lebih berhati-hati.

   “Tak nak balik lagi ke..?” Tiba-tiba suara Arie kedengaran sambil berdiri rapat sebelah kiri aku. Terasa panas muka aku bila dekat macam tu. Sebelum ni tak pernah pun rasa macam ni. Agaknya sebab tadi aku diisytiharkan sebagai kekasih merangkap buah hati Arie kot.. Auuu.! Malulah.. Gatal jugak aku ni kan.?

   “Hah.! ye-ye.. Nak baliklah ni.” Gugup aku menjawab.

   “Apasal ni.? Tiba-tiba je gugup? Ke awak malu dengan saya..?” Aku telan air liur. Cik Awang ni memang pandai baca fikiran orang.

   “Eh, takde maknanya orang nak malu dengan awak. Sebenarnya orang terfikirkan Kak Ani fasal wrong wire yang shift dia buat tu.. Kesian dia. Mesti tak tahu nak jawab apa. Paling teruk pun kena gantung kerja” Aku mengeluh perlahan sembunyikan rasa gugup aki tadi.

   “Mm..jomlah balik. Saya hantar ye?”

   “Memang nak suruh hantar pun. Sebelum tu temankan orang pergi beli novel”

   “Girlfren awak?”

   “Tak bawak. Orang jalan kaki hari ni.”

   “Kenapa? Rosak?”

   “Taklah! Orang tahu driver orang ada hari ni, jadi orang tak bawaklah gelpren orang tu.” Aku dah tersenyum nakal.

   “Sejak bila saya jadi driver awak.?” Tanya dia perlahan.

   “Sejak driver orang tu buat muka tak malu luahkan perasaan dia.” Aku jawab tanpa tengok muka dia. Kalau tengok nanti aku tergelak.

   “Nakal.!” Ujarnya sambil mencuit hidung aku lantas aku dan dia seiring berjalan menuju ke tapak pakir.

   “Nak beli kat mana?” Arie bertanya selepas enjin keretanya dihidupkan. Kereta myvi putih miliknya mula bergerak setelah aku mengenakan tali pinggang keledar.

   “Dekat-dekat sini jelah.. Medan gopeng pun ok” Malas aku pergi jauh-jauh sebab malam nanti aku kena masuk kerja balik.

   “Jusco nak? Ada sesuatu yang saya nak cakap pada awak.”

   “Cakap jelah! sekarang pun boleh cakap kan..? Macam tak biasa pulak!”

   “Saya tak selesa kalau cakap dalam kereta, tak boleh tengok awak.”

   “Mengadanya..!” Meledak tawa Arie sehabis aku bersuara.

     Aku terpaksa akur dengan cadangan Arie. Lagipun dia yang memandu, aku tumpang saja. Hampir tiga puluh minit baru kami tiba di tapak parkir jusco sebab jalan sesak. Ramai hari ni dekat jusco. Maklumlah baru gaji. Cuti tahun baru pulak tu. Aku pun sebab baru gajilah yang membuatkan aku nak tambah koleksi novel. Bulan lepas aku tak dapat beli sebab aku tak ada masa nak keluar. Tambahan pulak aku sengaja simpankan duit untuk perbelanjaan aku di Genting bulan lepas. Bila sampai sana, sesen pun duit aku tak keluar sebab Arie yang bayar semua. Banyak betul duit dia. Kerja operator saja. Rasanya gaji aku lagi tinggi dari dia yang baru setahun bekerja. Agaknya betullah apa yang mulut longkang tu cakap masa dalam tandas tadi yang Arie ni anak usahawan. Ada juga cadang-cadang nak tanya, tapi rasa macam tak penting pulak. Ada baiknya aku diamkan saja.


   SELEPAS keluar dari kedai buku, aku dan Arie beriringan menuju ke restauran KFC. Rasa lapar pulak tiba-tiba. padahal pukul sepuluh tadi siap makan nasi dengan mi goreng lagi.

   “Hari ni biar orang yang belanja.” Aku cakap pada Arie. Dia senyum dan mengangguk.

   “Memang nak suruh belanja pun..!” Aku tersenyum lega dengar dia cakap macam tu. Biasanya Arie akan menolak setiap kali aku tawarkan untuk belanja makan. Aku tak tahu kenapa. Mungkin dia segan nak terima pemberian dari perempuan kot. Biasanya dia yang akan keluarkan duit setiap kali aku keluar dengan dia. Macam hari ni di kedai buku, hampir dua ratus ringgit untuk lima buah novel dibelikan untuk aku. Berkali-kali aku menolak sampai merajuk-rajuk, dia tetap berdegil nak bayarkan. Mulanya aku hanya pilih dua buah saja, tak sangka dia turut memilih tiga buah novel. Sangkaku novel-novel itu untuk dirinya sendiri, rupa-rupanya untuk aku. Hadiah katanya kerana menerimanya. So sweet..! Sebenarnya aku turut sediakan sesuatu untuknya. Cadangnya nak bagi masa hari jadinya nanti, tapi entah kenapa aku nak bagi sekarang. Takut kalau lambat-lambat nanti tak sempat.

   “Sebenarnya hari ni saya last dekat sini.”

 Aku yang tengah menyedut air sedikit tersedak.

   “Tengah orang minum, boleh tak jangan buat lawak.!” Tegas aku bersuara.

   “Muka saya ada macam orang buat lawak ke.?” Tanya nya serius.

Aku pandang wajahnya seketika dan kemudian dia menunduk. Kini aku tahu dia tak main-main. Tiba-tiba kepala aku berdenyut-denyut.

   “Awak nak pergi mana.?” Aku tanya sambil sembunyikan rasa debar di dada, buat-buat seperti tiada apa yang jadi.

   “Kuantan.” Jawabnya pendek.

   “Mm..jauh tu.!” Balas ku perlahan sambil terangguk-angguk. Hidangan depan mata aku pandang tanpa selera. Aku tak tahu apa yang aku rasa masa tu. Marah, geram, sakit hati, kecewa, gelisah dan macam-macam yang mencengkam jiwa hingga aku rasa nak blah dari situ.

Aku dah tak mampu nak pandang wajah dia. Rasa macam dipermainkan pulak. Kenapa hari yang aku anggap paling istimewa, dia sertakan pula dengan berita macam ni.? Kenapa tak bagi aku peluang untuk aku merasa nikmat seperti orang bercinta? Kau kejam Arie.! Sanggup dia tinggalkan aku di saat aku sudah melafazkan rasa cinta aku pada dia. Tentang luahan rasa hati tu, aku tak kisah sangat sebab niat aku hanya untuk menjaga hatinya sahaja. Yang aku terasa sebab dia akan tinggalkan aku. Lepas ni aku pasti sendiri.

   “Bila nak pergi?” Aku tanya seperti orang tiada perasaan. Jantung aku rasa macam dah nak meletup bila tengok dia mengeluh. Mesti dalam masa terdekat.

   “Esok.”

Masa tu aku rasa macam sebiji batu besar menghentak kepala aku. Sakit sangat. Aku mengangguk-angguk tanda faham.

   “Mm..esok nak pergi, hari ni baru bagi tau? Hmm..!” Aku ucap lambat-lambat. Kata-kata ku terhenti sebab aku dah tak mampu nak bersuara. Mata aku dah rasa berat. Tunggu masa saja lagi nak hujan.

   “Atee. Dengar dulu apa saya nak cakap.” Cepat-cepat Arie menjawab setelah sedar apa yang aku rasa masa tu.

   “Orang nak balik!” Kata ku tiba-tiba tanpa tengok muka dia. Aku bangun dan melangkah laju keluar menuju ke arah kereta Arie. Pipi yang basah aku seka pantas. Tak mahu ada yang memandang aku dalam keadaan begini. Apa yang terlintas dalam fikiran aku ialah aku tak mahu dia pergi tinggalkan aku.

   Dalam kereta aku dan Arie hanya duduk membisu. Enjin kereta sudah lama dihidupkan, namun tiada ura-ura untuk bergerak. Sambil bersandar, mata ku lemparkan keluar tingkap kereta. Sesekali aku memicit-micit kepala aku yang semakin lama semakin sakit. Berkerut-kerut muka aku manahan sakit.

   “Saya mintak maaf. Bukan niat saya sengaja nak rahsiakan semua ni dari awak. Saya serba salah. Sebenarnya tawaran ni saya dapat dah lama. Sengaja saya tangguhkan sebab saya tak sanggup tinggalkan awak. Tambahan pulak saya belum lagi luahkan apa yang saya rasa pada awak sejak pertama kali saya jumpa awak lima tahun yang lalu.”

Hah.! Dia suka aku sejak pertama kali jumpa.? Eh, kejap-kejap. Lima tahun yang lalu aku jumpa dia buat pertama kali ialah di kampung dia. Hairan betullah. Takkan sebab selipar jepun aku tu dia jatuh hati kat aku..

   “Ye..saya mula jatuh hati pada awak masa kita jumpa di masjid kampung saya. Lama saya mencari awak, tak sangka akhirnya saya jumpa juga. Saya takut nak luahkan perasaan saya awal-awal sebab saya yakin tentu awak ada yang lain. Tapi bila saya mula mendekati awak, saya yakin awak tiada siapa-siapa.  Kalau tidak, masakan awak hanya berkepit dengan saya saja.”

 Aku senyum dalam diam sambil ketawa tapi dalam hati sajalah. Agak lucu dengar pengakuan dia.

   “Sebulan selepas dapat tawaran tu, saya cuba nak berterus-terang pada awak tapi saya masih takut-takut. Sampailah masa dan ketika bila kita dekat kampung, barulah saya ada kekuatan untuk luahkan perasaan saya pada awak Itupun atas sokongan ayah awak.”

 Sekali lagi aku tersentak bila nama ayah disebut. Tak sangka guru si Arie ni adalah ayah aku sendiri. Hai Encik Borhan! Kenapalah sporting sangat ni…?

   “Ayah awak cakap awak seorang yang lembut hati. Tak mungkin akan mengecewakan perasaan saya. Tapi bila pertama kali saya luahkan, saya kecewa bila awak seperti mengelak untuk terima saya. Hati saya sakit sangat bila ditolak. Selama ni saya tak tahu apa rasa bila cinta ditolak, sebab saya tak pernah bercinta. Kawan-kawan kampus saya cakap, sakit ditolak kerana cinta rasanya makan bulan, tahun dan mungkin bertahun-tahun. Saya tak percaya. Tapi bila dah kena di batang hidung sendiri, baru saya tahu sakitnya tuhan saja yang tahu. Sebulan saya cuba singkirkan awak dari hidup saya, tapi tetap tak boleh sebab cinta saya pada awak dah sebati dalam jiwa saya. Selama kita bersama, ke mana-mana saya pergi, mesti saya ingat dekat awak. Sebab tulah saya tangguhkan untuk ke Kuantan.  Saya ada mohon jawatan yang sama di sini tapi tak ada kosong. Sebab tu saya terpaksa jugak terima tawaran sana. Hari ni saya luahkan segalanya kerana saya nak awak ikut saya ke sana.”

Aku tergamam. Biar betul Encik Mat ni..

“Awak..kita kawin!”

Aku dah terkejut beruk. Sikit-sikit saja lagi nak bertukar jadi beruk. Sahlah Encik Mat ni dah sasau. Aku diam membisu. Bibir aku gigit sekuat hati, mengharapkan agar yang terjadi sekarang adalah satu mimpi. Tapi bila aku terasa pedih di bibir, aku yakin ianya adalah kenyataan.

“Kenapa awak nak lari dari saya? Tolonglah awak! Saya tak sanggup jauh dari awak. Ikutlah saya! Saya terpaksa pergi juga ke sana demi masa depan saya dan awak.”

“Tolong hantar orang balik sekarang! Kepala orang sakit.” Balasku perlahan tanpa tengok muka dia. Rayuannya tadi langsung aku tak peduli. Sedu dan sebak aku tahan selagi boleh. Aku tak mahu dia tahu yang aku menangis kerana dia.

“Awak..tolong jangan macam ni. Saya tak boleh pergi tinggalkan awak kalau awak terus macam ni.”
Ditarik lembut bahu aku agar berhadapan dengannya. Aku menunduk sambil menyeka air mata yang mengalir di pipi. Tak mau tengok muka dia. Tiba-tiba aku rasa sentuhan jarinya di pipi aku.

Please! Jangan menangis. Tolong percayakan saya. Saya merayu pada awak tolong ingat yang saya hanya untuk awak!”

Rayuan macam tu buat aku kelu lidah. Aku tak tahu nak balas apa-apa. Yang aku nampak masa tu ialah aku akan jauh dari dia. Pergilah! pergilah mimpi. Pergilah impian. Bagi aku ketika itu, tak guna aku beri kata-kata rayuan atau paksaan kerana aku yakin dia tetap akan pergi.

“Malam nanti kena kerja. Orang nak tidur. Hantar orang balik. Kalau awak tak mau hantar, orang balik dengan teksi saja!” Balas aku sebak sambil cuba beranikan mata aku yang basah merenung wajahnya. Bila dia masih diam membisu dan pandangannya masih tajam menikam wajah aku, cepat-cepat aku berkalih lalu pintu kereta aku buka pantas. Belum sempat kaki aku melangkah keluar, tangan aku ditarik agar jangan keluar.

“Saya hantar awak.” Bisiknya perlahan. Aku selesakan semula duduk tanpa berpaling melihatnya lagi.

   Sepanjang perjalanan pulang, tiada apa yang berdetik keluar dari mulut aku mahupun dari mulut Arie. Matanya tajam ke hadapan manakala mata aku tutup rapat. Aku nak tidur tapi tak boleh sebab fikiran aku banyak terarah pada apa yang disampaikan oleh Arie semasa di restauran tadi. Dua puluh minit dalam kereta aku rasa macam dua jam. Sampai depan rumah, terus aku keluar tanpa menoleh lagi ke arah Arie. Sampai dalam bilik aku terdengar ada satu mesej masuk melalui cik samsung aku.

   - Sya tau awk lpr. KFC td awk xmkn lngsng. Sya ada bungkuskan. Keluar lah kejap..-
 Aku mengintai dari tingkap bilik. Keretanya masih ada di situ.


   - Awk blk lah.. Kfc tu awk ambil, sbb sya mmg bcdg nk belanja awk.-
Tak lama kemudian cik samsung aku bunyi lagi.

   - sya nk mkn dgn awk. Klu awk xnk mkn sya buang kfc ni.-

Air mata aku mengalir lagi. Aku tak tahu kenapa. Adakah kerana sedih sebab dia tak sudi makan atau terharu kerana sikapnya yang tak mahu mengalah memujuk aku. Perlahan-lahan aku melangkah keluar lalu menuju semula ke kereta. Pintu kereta aku buka lalu melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Nak makan di mana.?” Dia tanya perlahan.

“Taman rekreasi.” Jawab aku ringkas. Waktu- waktu macam ni mesti ramai tengah berjoging dekat taman tu. 
   Sampai di taman rekreasi aku dan Arie mencari tempat untuk makan. Memandangkan tempat banyak yang penuh, aku dan dia memilih untuk duduk atas rumput saja bawah pokok berhampiran dengan taman permainan. Tersenyum-senyum aku sendiri melihat telatah kanak-kanak yang sedang bermain di situ. Bila aku kerling Arie, dia turut tersenyum dengan gelagat budak-budak yang sedang bermain.

“Dulu masa kecik-kecik umi dengan abi selalu bawak saya pergi taman. Rasa bahagia sangat. Tapi bila dah dewasa macam ni, teringin pulak bawak anak sendiri main macam ni.” Arie ketaw kecil lalu menghela nafas dalam sebelum meneruskan kata. Aku hanya berdiam menanti ucapan dari mulut dia.

“Adik beradik saya ramai, jadi kena ikut turn kalau nak datang tempat-tempat macam ni. Memandangkan saya anak bongsu, setiap kali keluar abi dengan umi takkan tinggalkan saya.”  Cerita Arie sambil keluarkan ayam goreng Kfc dari dalam bungkusan. Sambil makan dia terus bercerita.

“Bila saya tengok awak buat pertama kali, hati saya kuat berkata yang awak adalah milik saya. Sebagai apa, saya sendiri tak tahu. Cuma hati saya kuat mengatakan awak saya punya.” Aku dah bagai cicak tertelan batu. Memang tak sangka Arie akan cakap macam tu.

“Walaupun masa tu kita sibuk bertegang urat, saya dah tak peduli semua tu. Yang saya fikirkan ialah untuk kenal dengan awak. Awak nak tahu kenapa?”

Aku geleng kepala sambil tengok dia yang sedang menoleh ke arah aku.

“Wajah awak dan perangai awak mengingatkan saya pada seseorang. Pertuturan dan tingkahlaku awak benar-benar buat saya tak senang duduk selagi saya tak mengenali awak. Bertahun saya cuba mencari. Bila saya datang kerja di tempat awak, dan kita bertemu, baru saya tahu nama penuh awak dan dari situ saya dapat rasa antara awak dan saya pasti ada sesuatu yang tersirat.” Arie berhenti bercerita lalu menyedut air pepsi.

“Bila saya dah mula rapat dengan awak saya nak anggap awak macam adik saya saja. Tapi semakin lama saya rapat dengan awak, saya mula sedar saya tak boleh tipu diri sendiri. Hari-hari saya nak pandang awak, dengar suara awak, berbual dengan awak. Kalau bergaduh dengan awak pun saya sudi. Sekejap pun dan memadai bagi saya. Saya cerita tentang awak pada umi dan abi saya di kampung. Dia orang teringin sangat nak jumpa awak, tapi saya kecewa bila awak tak sudi dan asyik mengelak.”

Aku tunduk malu bila Arie cakap macam tu. Tak sangka itu perasaan dia sebenarnya. Kenapalah dia tak cakap awal-awal? Tapi kalau dia cakap pun, aku nak terima ke..? Rasanya dalam setahun aku berkawahn dengan dia, sudah berpuluh-puluh kali diajak aku pergi jumpa keluarganya. Tapi aku tak pernah setuju. Malulah..! Aku ni perempuan. Apa kata orang keliling kalau nampak aku ke rumah mak bapak dia? Tak fasal-fasal nama mak bapak aku yang dapat buruk sebab tak tahu ajar anak.

   Kentang putar bekas kecil aku keluarkan lalu aku campurkan sedikit dengan salad. Sudu kecil aku capai dan cedukkan sedikit kentang putar lalu aku sudukan ke dalam mulut. Terlalu payah untuk aku menelan resepi kegemaran aku ni. Pengakuan sebenar Arie, betul-betul buat aku terpana seketika.

“Tadi awak kata, orang ni mengingatkan awak pada seseorang. Siapa? Awek awak ke?” Aku bertanya. Dalam hati dah ada sedikit rasa cemburu. Arie tersenyum penuh makna sambil tengok muka aku. Aku tak tahu apa makna senyumannya itu. Adakah kerana aku dah mula bercakap dengan dia atau kerana perasan cemburu aku ni.

“Bukan awek. Tapi seseorang yang terlalu istimewa.” Jawab Arie lemah.

Hm..samalah tu..! Desis aku dalam hati.

“Terlalu istimewa dalam hati saya, hati abang-abang saya dan paling penting dalam hati umi dan abi.”
Mulut aku sedikit terbuka. Terhenti seketika kunyahan salad dalam mulut aku. Salah rupanya anggapan aku tadi. Itulah Atee.. lain kali dengar dulu sebelum buat spekulasi.

“Dia pergi masa umur lima belas tahun. Wajah awak seiras dengan dia. Saya dah tengok gambar awak masa zaman kanak-kanak di kampung awak hari tu. Memang sama. Senyuman awak, cara renungan mata awak, memang sama. Dan yang paling sama ialah dua biji tahi lalat di hujung bulu kening kanan awak tu.  Dia pun ada tahi lalat macam tu.” Arie terus bercerita sambil tersenyum.

Aku meraba-raba hujung bulu kening aku dengan jari. Memang ada tahi lalat hidup tu. Aku pun baru tahu. Selama ni tak pernah belek pun.

“Dia tu siapa.?” Aku tanya.

“Betul apa yang awak cakap masa di kampung. Kalau yang nombor sepuluh mesti perempuan. Dia satu-satunya adik perempuan saya. Disebabkan pemergian dia yang takkan kembali lagi, keluarga saya merana hingga kini. Paling terasa dah tentu umi saya. Saya teringin nak kenalkan awak pada umi tapi kalau boleh, biarlah ada ikatan. Saya yakin dengan mengenali awak, umi akan berhenti terus merindui dan mengingati arwah.”

Aku mengetap bibir. Kalau aku tahu dari awal, pasti aku akan ikut dia balik kampung dia. Akukan manusia yang punya perasaan kasih mengasihi sesama insan. Setelah dengar cerita Arie tadi, aku rasa serba salah sangat. Tambah-tambah pulak umi dia benar-benar berharap agar aku dapat menemuinya.

“Awak berkawan dengan orang, sebab hati awak atau sebab adik awak?” Aku kena tahu sebab cemburu pulak rasanya kalau dia kata sebab adik dia. Ini bermakna adik dia lebih penting selain aku. Tiba-tiba rasa teruk sangat pulak perangai aku ni. Tak sepatutnya aku ada perasaan cemburu pada orang yang dah tak ada.

“Awak rasa-rasa.?” Arie tanya sambil tersenyum.

“Orang tak pandai nak rasa.”

“Tekalah.!” Gesa Arie.

“Tak mau teka. Kalau salah teka, nanti buat malu je!” Arie ketawa mengekek selepas aku jeling dia.

“Saya berkawan dengan awak sebab hati saya memang sukakan awak. Bukan sebab lain. Macam yang saya cakap awal-awal tadi. Mula-mula saya nak anggap awak macam adik saya saja. Tapi perasaan saya kuat kearah naluri sayang dan cinta seperti pasangan bercinta. Dan sebab itu saya mahu awak ikut saya. Saya dah bincang dengan ayah awak. Alhamdilillah ayah awak tak menghalang. Tapi ayah awak suruh saya cakap sendiri dengan awak. Saya mintak maaf sebab rahsiakan hal ni dari awak”

Melopong mata dan mulut aku dengar cerita Arie. Kenapalah ayah aku sporting sangat.? Aku kaku tak tahu nak balas apa. Namun aku harus katakan sesuatu agar dia tidak terus menanti.

“Awak! Sebenarnya orang masih rasa terkilan dengan apa yang awak cakap masa dekat kfc tadi. Kenapa baru sekarang awak cakap? Kenapa tak cakap masa mula-mula awak dapat tawaran tu? Rasa macam orang ni tak penting pulak. Patutlah awak lain macam masa dekat kampung hari tu. Lepas tu dua bulan awak menyepi diri. Takde call, takde sms. Awak pulak orang tengok macam nak larikan diri. Tapi bila awak datang balik pada orang, itu berita utama yang awak ceritakan pada orang sedangkan baru tadi orang terima awak. Macam-macam yang orang tengah fikir sekarang ni. Dengan sikap awak menyepi lama, buat orang terfikir yang orang ni memang tak layak untuk awak. Dua bulan awak singkirkan orang dalam diri awak, buat orang betul-betul rindukan awak. Tapi orang sedih sebab lepas ni orang akan kena tinggal. Baru nak rasa pengalaman berkasih, sekarang dah nak kena tinggal pulak. Hm..entahlah. Mungkin dah memang ditakdirkan orang sendiri. Pergilah.! Orang redha dengan apa yang terjadi. Tapi untuk terima cadangan untuk ikut awak, orang mintak maaf. Orang tak boleh terima cadangan tu. Jujur orang cakap yang orang pun tak senang hati kalau jauh dari awak. Orang terlalu sayangkan awak, Arie. Terlalu sayang.! Sayang sangat-sangat.! Dan orang terima pemergian awak.” Wajah keruh Arie aku pantas sekilas. Aku tahu dia terasa dengan apa yang aku jelaskan tadi. Tapi apa boleh buat, jika itu yang dipilih aku terima.

“Awak macam tak sudi hidup bersama saya.”

“Tolong faham situasi orang . Pergilah.! Orang rela.” Suara aku menjauh.

“Saya janji saya akan balik jumpa awak. Lagipun jarak Kuantan dengan perak bukan jauh pun. Tiap-tiap hari saya call awak.”

“Jangan berjanji.! Orang takut janji tinggal janji.. Benda nak jadi kita tak taukan.?” Aku memicit-micit batang hidung aku yang dah mula menyengat. Kepala aku terasa sakit kembali. Tambah pulak air mata aku dah kembali bertakung di birai mata.

“Jangan macam ni awak! Nanti awak sakit.” Bisik Arie setelah melihat pipi aku kembali basah. Cepat-cepat aku mengesat dengan jari aku. Malu kalau budak-budak di taman permainan tengok.

“Bila awak balik kampung awak.?” Aku tanya setelah rasa sedikit lega.

“Malam ni.”

Aku tersentak. Cepatnya..!

“Tolong sampaikan salam saya pada umi awak. Insyaallah, kalau ada jodoh saya akan jumpa dia.” Pesanku perlahan. Arie tersenyum dan mengangguk.

“Lagi satu orang nak pesan. Kalau awak ada jumpa seseorang di sana nanti dan awak rasa dia bakal membahagiakan awak, tolong bagitahu orang cepat-cepat.”

“Kenapa.?”  Tanya Arie hairan.

“Senang orang cari yang lain! Tak payah nak buang masa menunggu orang tu!” Tekekeh-kekeh aku ketawakan Arie yang sedang menjegilkan mata.

“Nakal dia ye..! Saya belum lagi nak pergi, dia dah pasang angan-angan nak cari lain.!” Bentak Arie perlahan. Hidung aku ditarik lembut.

“Awak izinkan saya pergi?”

Soalan Arie aku biar tergantung. Dengan senyuman hambar, pandangan kulontarkan semula ke arah kanak-kanak yang riang bermain. Ada ketenangan di situ. Untuk memandang semula wajah Arie, aku tiada kekuatan kerana hati aku berat lepaskan dia pergi. Mungkin sampai di sini saja masa aku dengan dia. 

   Pergilah Arie! Andainya memang sudah ditakdirkan kita bersama, jodoh takkan kemana. Tapi jika ditakdirkan kita berpisah, aku rela dan aku redha dengan ketentuannya. Doaku semoga kau tak lupa pada setiap kata-kata yang pernah kau ucapkan pada aku.

   Kadang-kadang aku terfikir juga, macam mana aku boleh terjerat dengan perasaan macam ni. Rasa menyesal pulak menyahut kata-kata sayang dan cintanya tadi. Dulu masa mula-mula kerja, nekad aku tak mungkin jatuh hati pada mana-mana mamat kilang. Bukan aku pandang rendah pada dia orang, cuma aku tak berapa setuju dengan cara hidup dia orang bila dah berumah tangga nanti. Banyak contoh yang aku nampak dan banyak yang negetif bila berkahwin dengan mamat kilang. Antaranya ialah kesan pada anak-anak yang terpaksa diabaikan kerana ibu bapa yang terpaksa bekerja shift. Memang bukan semua mengalami begitu dan bukan semua bermasalah. Yang menjadi masalah aku ialah rasa ketidakyakinan aku pada mereka-mereka yang bergelar mamat kilang. Jadi aku harus berwaspada.

Angan-angan aku yang sebenarnya ialah memiliki cinta seperti dalam novel-novel yang aku baca. Contohnya seperti seorang jurutera, peguam, doktor atau arkitek. Paling koman pun seorang guru yang mampu mendidik aku dan anak-anak aku nanti. Dapat seorang pakar IT macam Adham dalam novel ‘Ucapkan Kau Rindu’ lagi la buat aku tak tidur malam. Sebab itulah, sejak aku kenal Arie, aku tak pernah pasang niat untuk jadi pujaan hatinya. Aku rapat dengan dia pun secara kebetulan selepas dia hantar aku dengan Fiza pulang dari membeli belah di jusco. Tambah pulak kami ada sejarah berebut selipar jepun masa di masjid kampung dia. Sejak hari itu dia banyak hubungi aku dan  kerap keluar berdua. Selain dari tu aku dan dia banyak habiskan masa berbual dalam telefon. Kadang-kadang di tempat kerja.

   Dulu masa masuk tahun kedua aku berkerja di kilang elektronik ni, aku jatuh hati pada seseorang yang berkerja sebagai facility. Setiap hari pukul sebelas pagi dia akan masuk line untuk memastikan suhu line production berada dalam suhu yang telah ditetapkan. Aku perasan, setiap kali dia masuk, dia akan perhatikan aku dari jauh. Mula-mula aku buat tak kisah. Takkanlah aku nak tunjuk yang aku pun suka kan dia. Tapi satu hari, ketika aku sedang lepak dalam bilik kitting aku dikejutkan dengan satu panggilan.  Ketika itu jam dah hampir ke pukul satu lima puluh petang. Tinggal sepuluh minit saja lagi untuk habis shift. Disebabkan kerja aku dah siap, aku habiskan masa melepak dengan Kak Fida salah seorang operator kitting. Sebelah bilik Kitting adalah stor. Aku tak tahu masa tu mamat facility tu sedang lepak dalam bilik stor tu, jadi aku dengan Kak Fida yang punya hobi suka melalak, terus menyumbangkan suara-suara yang memang tak sanggup orang nak dengar. Disebabkan di situ ada sebuah oven yang agak bising, kami yakin pasti tak ada yang dengar suara kita orang kalau kita orang menyanyi sampai pecah anak tekak pun. Suara sumbang kami terhenti bila diganggu oleh deringan telefon di atas meja Kak Fida.

“Oh..Abang Zul. Nak apa? Sibuk betullah! Apa? Budak ni? Ya Allah..kenapa tak cakap awal-awal.?” Terkekeh-kekeh Kak Fida ketawa sambil pandang aku. Aku buat-buat pandang ke lain. Seketika kemudian Kak Fida tamatkan perbualan. Dia pandang aku sambil tersengeh-sengeh.

“Kenapa Kak Fida? Pandang orang macam nak telan. Ada apa-apa yang tak kena ke kat orang.?” Aku tanya penuh kehairanan. Gabra pun ada. Orang bawah ke yang call tadi mengadu fasal kerja aku.

“Masyaallah.. kamu ke Atee..! Selama ni puas Kak Fida cari, siapalah yang selalu abang Zul cakap yang dia minat seseorang dalam line ni.”

Hah.! ??” Masa tu aku rasa macam tercekik tulang. Siapa Zul? Kenapa dia minat kat aku?

“Dia ada kat sebelah.” Bisik Kak Fida. Aku yang masih tergamam pantas tangan aku ditarik oleh Kak Fida lalu mengheret aku sampai ke pintu stor.

“Yang pakai uniform biru. Hendsome kan?” Aku beranikan diri jenguk kepala melihat siapa yang dimaksudkan oleh Kak Fida. Bila aku nampak mamat tu, jantung aku rasa macam nak meletup. Ya Allah.! Betul ke ni? Masa tu aku rasa macam nak melompat riang. Tapi aku tahan saja. Nanti tak fasal-fasal, aku dapat cop betina gedik oleh Kak Fida. Jadi aku buat-buat muka susah hati. Cover line nampak..!

“Siapa tu Kak Fida?”

“Nama dia Zul. Dia facility. Takkan kamu tak pernah tengok dia. Dia selalu masuk dalam ni cek suhu line.”

“Oh..dia tu. Orang selalu nampak dia. Memang encem pun..badan though.”

“Dia kata dia dah lama minat kat kamu. Tapi dia tak tahu nama. Dia asyik tanya Kak Fida, puas Kak Fida cari, hari ni baru Kak Fida tau. Dia dengar suara kamu menyanyi tadi, sebab tu dia call Kak Fida. Sebenarnya Kak Fida pun minat giler kat dia, tapi Kak Fida dah ada tunang, jadi Kak Fida kena tutup matalah.”

 Aku masih kaku tak tahu nak kata apa. Bila Kak Fida tengok aku macam takut-takut, dia berterus terang.

“Kamu jangan takutlah. Buat tak tau je..! Abang Zul tu dah kawin, dah ada anak dua pun..!”

Masa tu aku rasa frust sangat. Tapi aku bersyukur sebab tak berterus-terang lagi pada Kak Fida yang aku pun minat pada Abang Zul.

   Keesokan harinya, Abang Azlan Teja leader die attach datang jumpa aku. Abang Azlan ni dulu pemain drum kumpulan rock Teja sekitar 80-90 an dulu yang popular dengan lagu ‘Kau Yang Tak Mengerti’. Tak hairanlah kalau ramai yang rapat dengan dia termasuk Abang Zul.

“Atee, Zul nak jumpa.” Malunya aku sebab selain Kak Fida, dah ada orang lain turut tau tentang hal ni.

“Kenapa dia nak jumpa Atee.?” Aku buat-buat tanya. Sedangkan aku dah tau niat Abang Zul. Geram betul aku dengan lelaki macam tu. Di rumah anak bini sedang menanti, dekat tempat kerja mata asyik memerhati yang lain. Dia tak tau ke aku ni perempuan sama kaum dengan bini dia. Dia ingat aku ni hadap sangat ke nak berteman dengan orang macam tu. Mentang-mentanglah dia hendsome, dia ingat dia boleh pasang dua tiga. Huh! Silap oranglah.!

“Adalah halnya tu..!” Balas Abang Azlan bersahaja lalu tersenyum nakal.

“Abang Lan cakap dekat dia, Atee tak boleh sebab takut kena serang. Suruh dia balik minta maaf saja dekat bini dia.” Ujar ku lalu terus tinggalkan Abang Azlan sendiri di situ.

   Sejak hari tu, ramai yang asyik tanya tentang Abang Zul pada aku. Aku dah malas nak melayan sebarang pertanyaan. Rasa berdosa sangat. Nasib baiklah tiada siapa yang tahu aku turut pernah minat pada dia. Bila aku bertembung dengan Abang Zul, aku buat-buat pandang ke lain. Hati aku sakit. Kalau boleh aku dah tak mahu terserempak lagi dengan dia. Sebulan kemudian, Abang Azlan datang jumpa aku.

“Zul minta maaf kat kamu. Dia takde niat nak main-mainkan kamu. Sebenarnya dia memang minat kat kamu dah lama. Bila dia tahu yang kamu tahu dia dah kawin, dia rasa bersalah dan malu. Dia nak jumpa kamu tapi dia tahu mesti kamu tak mau. Jadi dia suruh Abang Lan cakap kat kamu.”

Aku dengar saja bait kata-kata abang Lan. Tak tahu nak balas apa. Akhirnya aku berlalu pergi tanpa apa-apa kata.

   Nampaknya aku memang tak boleh lari dari mamat kilang rupanya. Tak kiralah dia facility, engenier, technisyen, supervisor atau manager. Kalau dah berkerja dikilang tetap digelar mamat kilang. Kini aku rapat pulak dengan Arie. Kerja sebagai operator kilang saja yang memang aku nak elak dari dulu. Yup! Arie hanya seorang operator kilang. Gaji pun tak banyak mana. Kalau nak bandingkan dengan aku, gaji aku lagi tinggi, hampir-hampir cecah 4k kalau aku rajin buat OT. Sebabkan dah ada yang tahu tentang jawatan instructor yang aku pegang, rasanya orang tak hairan kalau aku bagitahu yang gaji aku memang agak lumayan walaupun kerja kilang.

 Berbalik pada Arie tadi, nak buat macam mana, betullah orang kata, cinta tu buta. Tapi betul ke cinta tu buta.? Bukan orang yang bercinta tu yang sebenarnya buta.? Apa-apa pun sekarang aku memang sayangkan Arie. Lepas ni tak payahlah lagi aku nak berangan-angan nak dapat macam Zainal Ariff dalam sehangat Asmara atau Adham dalam Ucapkan Kau Rindu. Tapi kalau dapat lagi bagus kan..? Berangan jelah kak Senah...!

   Selepas Arie hantar aku balik tadi, aku banyak termenung. Sedar-sedar jam dah menunjukkan ke angka tujuh empat puluh lima. Cepat-cepat aku ke bilik air untuk segerakan wuduk dan bersolat. Nampaknya malam ni kompem aku sakit kepala sebab tak tidur. Kesan menangis tadi sikit sebanyak menyebabkan sakit kepala aku makin terasa.

No comments: