PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 9 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

9
 WADUH-waduh..! Bikin wa jatuh cintalah sama lu Joe Jambul. Tak boleh jadi ni.! Kena ulang baca sampai puas. Memang best giler lah novel ni. Tak ada lagi novel yang best macam ni. Terima kasih Fiza kerana memperkenalkan ‘Sweet Sour’ pada aku tiga bulan yang lalu. Selepas tiga bulan novel ni jadi milik aku, baru sekarang berpeluang baca. Bukan aku tak teringin nak baca, cuma bila aku tengok kulit novel ni, aku hilang semangat nak baca. Tapi semalam aku gagahkan jugak baca sebab semua novel yang aku baru beli sudah habis aku baca. Kebetulan pulak Sweet Sour belum aku tahu jalan cerita. Bila dah suku jalan cerita, baru aku sedar, novel ni memang terbaik. Romantik, kelakar, sedih..semua ada .. Aku apa lagi! Bila dah habis baca, mulalah aku berangan-angan nak jadi macam Lia pulak. Bestnya kalau dapat macam Joe Jambul.  Selama ni aku selalu berangan nak jadi macam Ain Hawani atau Kamylia Najwa atau macam Lana dalam ‘Ucapkan Ku Rindu’. Lagi best kalau dapat macam Nur Qahira dalam Bunga-Bunga Kemboja.. Namun aku harus sedar, semua tu takkan terjadi sebab aku ni cuma minah kilang. Setakat berangan bolehlah... Kalau tau dekat mak aku dah tentu kena bebel tak cukup mulut.

   “Daripada khatam novel tu, baik la kamu khatam quran. Ada jugak faedah..!”

     Ha..lebih kurang macam tu la ayat pembuka dari mak aku. Lepas tu mulalah berkajang-kajang panjang berjela. Kalau start bebel dari pagi, belum tentu habis hari tu jugak. Silap-silap pagi esok baru habis sebab sambung dengan kuliah subuh. Kalau dibukukan boleh jadi setebal buku teks matematik tingkatan lima aku dulu.

  Bila fikir-fikir, boleh ke aku dapat macam Joe Jambul yang gila dan setia pada cinta. Arie yang hanya kerja kilang sebagai operator pun, belum tentu aku boleh dapat. Eh-eh.. Apasal lah pulak aku ingat kat cik Mahmud tu pulak. Tapi aku nak buat macam mana...Aku memang rindukan dia pun.

    Esok hari rabu selepas habis kerja malam aku nak balik kampung. Sengaja aku ambil cuti tiga hari sampai hari sabtu. Hari ahad bolehlah aku balik semula ke Ipoh sebab hari isnin aku kerja petang. Memandangkan cuti aku banyak lagi, apalah salahnya aku ruangkan sedikit masa untuk bermanja-manja dengan ayah mak dan adik-adik aku kat kampung tu. Memang cuti tahun aku banyak lagi sebab aku jarang ambil cuti. Dah hampir lima tahun aku kerja, inilah kali ketiga aku ambil cuti selepas kena denggi tiga tahun yang lalu dan pulang dengan Arie tujuh bulan yang lepas. Pelik tak pelik sampaikan supervisor aku paksa aku ambil cuti sebab cuti aku yang masih banyak. Ha.. mana ada kan, supervisor suruh pekerja ambil cuti. Akulah orang pertama yang dapat macam tu. Menurut supervisor aku, sudah 25 tahun dia kerja, akulah pekerja pertama yang dia jumpa susah nak ambil cuti. Paling menghairankan dia, aku jarang sakit. Sampaikan dia mintak petua macam mana nak jadi kuat macam aku. Ishh! Dia ingat aku ni keturunan badang ke.? Yang sebenarnya aku ni bukanlah tak pernah sakit, setakat batuk dan selsema tu perkara biasalah. Cuma aku tak mahu terlalu manjakan diri aku ni, takut nanti jadi terlebih mengada-ngada. Sakit sikit dah nak mc. Aku bukannya budak-budak. Dah boleh jadi mak orang pun.. Kalau aku demam, batuk atau selsema, aku buat tak tau je. Aku tetap pergi kerja macam biasa. Kalau siapa yang terkena jangkit tu, kira nasib lah. Nak taknak, korang kena terima jelah.. Tak mati pun.. Lainlah kalau aku ni ada H1NI atau pun TIBI. Macam yang Kumpulan boboi cakap, RE..DO JE LAH...!

  
  AKU sampai kampung tepat jam sembilan pagi. Susana rumah pun sunyi je. Ayah dah tentu ke kebun manakala si kembar dua tu pasti dah ada di sekolah. Tahun ni, dia orang SPM. Jadi tak boleh main-main. Aku pun kena standby duit awal-awal. Manalah tau, kot-kot dia orang dapat result bagus, bolehlah dia orang sambung belajar dekat mana-mana pusat pengajian tinggi. Tu harapan aku. Aku tak dapat merasa macam tu pun takpe, janji adik-adik aku dapat. Baikkan aku.? Kalau dia orang tak ingat jasa-jasa aku, tu maknanya dia orang cari nahas. Kalau teringin nak kena karate dengan aku, tryla buat.! Tapi aku yakin, adik-adik aku dengar kata. Siang malam aku berdoa semoga dia orang tak ikut jejak abang-abang aku.

     Kadang-kadang aku rasa susah jugak jadi anak perempuan tunggal ni. Kenapalah time mak mengandungkan aku, tak ada kembar macam abang-abang dan adik-adik aku tu.? Kalau aku ada kembar macam dia orang, mesti best. Taklah aku pening kepala sorang-sorang. Menurut mak,dia ada saudara kembar perempuan. Kata mak lagi, wajahnya dengan saudara kembarnya tu sikit pun tak ada beza. Dulu masa baru-baru kawin ayah pun turut tersilap memanggil kembar emak dengan panggilan sayang. Bila doktor sahkan mak hamil dia tak sangka akan dapat anak kembar. Bila mengandungkan aku, mak kata dia bersyukur sangat sebab memang dia nakkan anak perempuan walaupun tak kembar. Bila mengandung kali ketiga, mak dengan ayah terkejut sebab mereka bakal terima kembar lagi. Yang lucunya, menurut cerita emak, saudara kembarnya yang kini menetap di melaka memiliki tiga kembar. Ketiga-tiganya adalah lelaki. Mak aku ni kira beruntunglah sebab dapat juga anak perempuan walaupun seorang. Bila diingat-ingat, rasa seram pulak. Buatnya aku dah kawin nanti, dapat kembar jugak. Setakat dua tu ok lagi. Dibuatnya kembar lapan, mau rabik perut aku..!

   “Sudah-sudahlah tu! Tak habis-habis berangan. Bawak-bawaklah sedar diri tu..!” Laung emak aku dari bawah rumah.

Aku tersenyum bila tersedar lalu menjengukkan kepala ke bawah dari tingkap bilik. Kelihatan emak sedang memegang penyapu lidi sambil menyapu daun-daun kering yang gugur dari pokok-pokok yang ada di sekeliling rumah.

   “Mana ada orang berangan…temenung je..!” Aku balas sambil menongkat dagu.

   “Samalah tu!” Mak seakan geram dengan aku yang suka menjawab.

   “Along dengan angah tak balik ke mak..?”

   “Orang dah ada keluarga, mana ada masa nak balik..!” Aku tersenyum hambar. Jelas suara emak seperti menjauh.

   Dulu along dan angah adalah tempat emak aku mengharap. Macam-macam yang emak angankan. Tapi bila along dan angah tamat belajar, dia orang suarakan hasrat untuk berumahtangga. Luluh hati emak dan ayah bila dengan rancangan anak kembar sulung mereka tu. Aku pun yang pada mulanya nak sambung belajar, terus mematikan niat. Bermacam-macam yang emak dan ayah ucapkan agar mereka bersabar dahulu, namun mereka tetap berkeras mahu kawin. Dah tak tahan sangat gamaknya..

   Akhirnya mahu tak mahu, emak dan ayah terpaksa setuju. Emak dan ayah kecewa kerana anak-anak yang mereka harapkan, seakan lupa pada tanggungjawab. Duit gaji along dan angah langsung tak pernah mereka rasa. Sebab itulah aku nekad untuk lupakan niat untuk teruskan pengajian walaupun tawaran daripada beberapa pusat pengajian, banyak yang aku terima. Dah puas mak dan ayah memujuk, aku tetapkan hati untuk menyenangkan mereka. Sebenarnya aku takut lupa diri macam abang-abang aku tu. Alhamdulillah, walaupun aku tak berjaya macam dia orang, aku mampu sediakan semua keperluan rumah untuk ayah, emak dan dua orang adik aku. Kereta kancil yang ada kat luar rumah ni, aku yang bayar bulan-bulan. Ayah cuma bayar duit muka saja sebanyak lapan ribu.

   Aku bangga dapat sediakan semua keperluan untuk keluarga aku. Kadang-kadang kalau abang-abang aku balik dengan isteri dia orang, aku siap warning dekat kakak-kakak ipar aku suruh guna barang dalam rumah ni elok-elok. Sebab yang pertama ialah, aku tak share duit dengan laki dia orang untuk beli semua ni. Yang kedua ialah kerana barang dalam rumah ni aku yang punya. Niat aku bukan nak kurang ajar, cuma nak bagi dia orang sedar betapa susahnya aku nak dapatkan sesuatu demi untuk ayah dan emak serta adik-adik aku merasa macam orang lain. Kalau nak harapkan dekat laki-laki dia orang, jangan haraplah.. Silap-silap sampai kiamat emak dan ayah tak merasa semua tu.

   “Ayah tak balik lagi ke mak.?” Aku tanya sambil menopang dagu di tingkap bilik.

   “Sat lagi sampai la tu..!”

   Aku berkalih ke jam dinding. Dah pukul sembilan lima puluh. Mungkin kejap lagi ayah sampai dari kebun sawit. Kebun tu tak jauh pun, belakang rumah saja. Sebelum ni ayah berhempas pulas membasah keringat mengadap pokok-pokok getahnya. Namun sekarang dari kebun getah sudah bertukar kepada ladang sawit. Kalau sawit taklah penat sangat. Memanglah kerja sawit tu berat tapi berbaloi dengan harga sawit yang semakin naik sekarang ni. Nak upah orang pun rasanya ayah mampu bila dah dapat hasilnya nanti.

   Aku turun ke tanah menuju ke arah mak yang tengah pasangkan api pada rumpun sampah yang disapu tadi. Pagi macam ni, itulah aktiviti emak. Semalam mak cerita cucu tok ketua meninggal dua minggu lepas sebab denggi. Bila sebut nama demam tu, aku rasa lemah semangat. Habis sakit-sakit sendi badan aku. Mulut pun habis pecah-pecah sebab kering. Badan aku surut, dari berat 55 kg tinggal 45 kg.  Dekat seminggu jugak aku jadi penghuni hospital sri manjung. Nasib baik daya tahan badan aku kuat. Kalau tidak, dah tentu aku pun sama macam arwah cucu Tok Ketua tu.

   Menurut emak, tiap-tiap hari dia bakar sampah. Kalau tak ada sampah, sengaja dia bakar kulit dan sabut kelapa. Nak halau nyamuk katanya.. Katanya lagi, semenjak cucu Tok Ketua meninggal, dah ramai orang kampung yang sedar dengan penyakit merbahaya ni. Samalah dengan aku. Dulu aku selalu ambil lewa dengan persekitaran. Lepas kena penyakit tu aku baru sedar. Aku harap lepas ni aku tak kena lagi penyakit ni. Merana beb..!

   Aku duduk atas pangkin bawah pokok mempelam telur yang rendah dan rendang. Kenangan aku bersama Arie kembali bertandang. Rindunya dekat dia.. Dia tak rindukan aku ke.?

   Aku pandang ke atas pokok. Masih banyak buah mempelam ni. Memang setiap kali aku balik, buah mempelam ni tak pernah surut, berbuah memanjang. Mm..kalau menyicah ni mesti best. Tapi kalau nyicah sorang-sorang, tak best lah pulak..

   “Atee ni bila lagi.? Kawan-kawan Atee semua dah kawin. Baru-baru ni, Ana anak Maklang Tipah, baru je bersalin anak ke dua. Tak teringin.?”

Ha..mak aku dah mula dah..! Orang dapat menantu, dia nak menantu. Orang dapat cucu, dia pun nak cucu. Agaknya kalau geng-geng dia bercerita mengenai cicit, dia pun nak jugak kot.? Manalah aku nak carikan dia cicit kalau menantu pun aku tak mampu lagi bagi pada dia. Aku tahu, mak aku tu teringin nak merasa jaga cucu. Bukan dia tak ada cucu, cuma cucu-cucu yang ada jarang balik kampung. Abang-abang aku tu, macam tak faham apa yang mak nakkan dari dia orang. Isteri-isteri dia orang pun asyik habiskan masa di rumah mak bapak dia orang je.. Kesian mak. Nasib baiklah mak aku ni jenis yang jaga hati orang, kalau tak, dah tentu menantu-menantu dia dah makan hati dapat mertua yang kepala angin. Itu pun dia orang buat-buat tak faham. Susah sangat ke nak jaga hati emak aku yang budiman ni..?

   “Tak ada yang nak..!”

Aku jawab perlahan. Bila aku cakap macam tu, emak aku ketawa macam geli hati sangat. Aku buat-buat tak tahu. Sindir lah tu..!

   “Ait.! Lawa macam ni pun, takkan takdak yang nak kot..!” Mak aku cuba serkap jarang.

   “Nanti-nantilah.. Kalau ada jodoh, tak kemana.. Lagipun orang ni muda lagi.. baru masuk 24”

   “Zaman mak dulu, umur macam ni dah ada anak tiga, tau..!”

   “Itu zaman mak..! Zaman sekarang dah lain. Kalau dulu, pihak perempuan tak payah cari duit kalau nak kawin sebab lelaki yang bagi duit. Tapi zaman sekarang, kalau- dua-dua takdak duit, tak payah kawin la...! Tak merasalah nak bersanding bagai.. Silap-silap boleh berhutang pulak.”

Terang aku pada emak penuh semangat. Tapi, macam biasalah kalau bercakap dengan mak aku ni, cakap tak pernah kalah. Mesti ada saja jawabnya. Mm.. tengoklah anak-dia..

   “Kalau dah tau macam tu lagu dia, ingat-ingat la sama. Jangan belanja sakan, berjimat sama..!” Mak aku dah mula kuliah petang. Dengo je lah cik telinga..!

   “Orang memang menyimpan mak..! masalahnya sekarang orang nak simpan untuk mak ayah pergi mekah nanti. Si kembar tu pun lepas ni mesti nak guna banyak duit. Dah tentu dia orang nak sambung belajar. Bukan sikit-sikit belanja tu. Sorang mau habis lima ribu.” Cewah..pandai sungguh aku pusing. Tapi aku memang simpan untuk mak ayah aku ke mekah pun dengan adik-adik aku.

   “Tak payah..! Duit untuk pi sana semua dah cukup. Lagi pun along dengan angah tiap-tiap bulan ada masukkan duit sikit dalam akaun tabung haji mak dengan ayah.. pasal adik-adik tu tak payah la Atee risau, simpanan mak pun ada.” Aku terkejut. Biar betul..! Selama ni payah sangat aku tengok abang-abang aku nak masuk duit. Nak hulur kat tangan ayah dan mak pun kena sorok-sorok sebab takut bini membebel.

   “Ya ka mak..? Bini-bini dia orang tak bising pulak?” Tanya aku hairan.

   “Entahlah. Malas nak ambik tau pasal rumahtangga dia orang. Tapi along dengan angah kata dia orang akan masukkan tiap-tiap bulan mulai bulan satu hari tu.”

   “Hmm..maknanya dah tujuh bulanlah dia orang masuk duit dalam akaun mak dengan ayah.?”
Mak aku angguk perlahan. Aku tersenyum lega. Sekurang-kurangnya aku tahu abang-abang aku tu tahu tanggungjawab dia orang pada emak dan ayah. Maknanya boleh la aku enjoi... tapi, tiba-tiba aku bercadang nak besarkan rumah, tak tau la mak ayah aku setuju atau tidak. Bukannya apa, buatnya ada orang datang pinang aku dalam masa terdekat ni, rumah ni kenalah besarkan sikit. Keluarga aku sekarangkan dah bertambah. Saudara mara saja pun dah hampir setengah kampung. Tu tak campur lagi dengan saudara mara yang duduk jauh dari kampung. Yang tinggal luar negeri perak pun ramai. Almaklumlah..aku kan anak perempuan tunggal. Majlis aku nanti mesti mak ayah aku nak buat besar-besaran. Amboi..Cik Tee.! Berangan sakan nampak..!

   “Yang tersenyum-senyum tiba-tiba ni kenapa.? Dah ada calon.?” Tiba-tiba mak aku menyekat aktiviti berkhayal aku yang sudah berlangsung dua minit lalu.

   “Ish! mak ni, kesitu pulak. Orang hepy sebab along dengan angah dah berubah. Harap-harap bini-bini dia orang tak buat hal.”

   “Harap-harap, macam tu la.!” Jawab mak perlahan sambil mengeluh panjang. Sedih betul aku tengok mak macam tu.. Hilang sifat membebel dia.

   “Habis tu, macam mana sekarang, dah ada calon belum?”

Aku tersengeh sambil menggeleng kepala. Mak aku ni la.. Ingatkan isu tadi dah habis, rupanya masih ada perbincangan yang dia nak teruskan. Layannn..

   “Orang tunggu mak pergi haji dulu lah. Mak doa-doa lah dekat sana nanti, manalah tau orang dapat suami kaya, berpelajaran encem..dan yang boleh dibuat laki.” Aku cakap sambil tersengeh-sengeh. Tapi mak aku diam sambil geleng kepala. Hairan agaknya, anak dia terlampau banyak berangan, sebab tu yang jadi macam ni.

   “Arie apa cerita? Dah lama tak dengar berita. Balik ni kenapa tak ajak sekali?”

Aku tersentak bila emak sebut nama tu. Sejak Arie pergi aku tak pernah cerita pada sesiapa kecuali Fiza.

   “Dia dah berenti mak. Dia dapat kerja di Kuantan” Ujarku lambat-lambat. Aku tengok emak macam tak terkejut pun dengar berita tu tapi dia datang duduk dekat sebelah aku.

   “Baguih la lagu tu.. bila dia pi.? Tak cerita kat mak pun..!” Emak aku macam teruja nak tahu. 

   “Dah nak masuk tujuh bulan mak..!” Aku jawab malas.

   “Mmm..patutlah orang tu macam ayam berak kapur ja...rupa-rupanya kena tinggai..!” Aku memuncung bila emak menyindir aku macam tu.

   “Orang takdak apa-apa la dengan Arie tu. Kami kawan besa ja..!” Aku tak mahu cerita hal sebenar, takut kalau-kalau mak aku ni terlebih mengharap.

   “Kalau ada pun apa salahnya..? Mak suka Arie tu. Sopan orangnya, budi bahasa pun elok. Bila tengok dia rasa sejuk ja mata ni. Ayah pun suka.!” Rasa kembang pulak dengar mak memuji Arie. Macam aku pulak yang kena puji. Kalau Arie dengar ni, mau terkoyak lubang hidung.

   “Entah-entah dia dah ada yang lain, mak..! Mak tu je yang terlebih mengharap..”

   “Memang mak dengan ayah mengharap pun.! Tapi mak yakin, orang tu yang nanti akan terlebih mengharap.” Sindiran mak aku tu aku buat-buat tak dengar.

   “Betulkan.?” Sambung emak lagi dengan jelingan sinis. Aku memuncung. Geram dengan andaian macam tu.

   “Mana ada..!” Aku jawab perlahan.

   “Mak tengok muka tu pun dah tau..!” Usikan emak aku tu aku dah malas nak jawab. Akhirnya aku bangun dan terus melangkah untuk naik ke atas rumah. Lagi lama aku dekat situ, makin giatlah emak aku mengayat.

   “Taknak mengakulah tu..” Ujar mak berselang dengan tawanya yang mengekek-ngekek. Pelik betul aku dengan emak aku ni, happy good lucky memanjang. Kalau tengah marahlah kot nak serius, tu pun tak lama..

 
 LEPAS berbual dengan mak, mata aku dah rasa mengantuk sangat. Baik aku tidur dulu sebelum aku jatuh pengsan. Ni pun aku rasa berjalan macam orang mabuk todi je. Tadi pun nyaris-nyaris langgar tiang tengah rumah. Balik kerja pagi tadi, aku tak tidur lagi. Dalam bas tadi pun, aku tak boleh tidur sebab bunyi bas tu bising sangat. Macam nak lerai pun ada semua organ-organ bas tu. Almaklumlah..bukan bas express.. Mula-mula Fiza nak ikut balik, tapi tiba-tiba tak jadi sebab katanya hari sabtu nanti ada majlis pertunangan kakak Hafiz. Yelah..diakan bakal jadi sebahagian keluarga Hafiz, jadi dia tak bolehlah lepas tangan macam tu aje.. Dia ajak aku join ke rumah bakal mertua dia, tapi aku seganlah pulak.!

   Bila tersedar, aku tengok jam dah pukul lima petang. Ayo-yo..! lamanya aku tidur.! Apasal mak tak kejut aku solat.? Bergegas aku bangun capai tuala lalu menuju ke bilik air yang berada di dapur. Sampai di dapur, aku tengok mak tengah berbual dengan ayah. Aku hulurkan tangan pada ayah lalu tangannya aku cium. Tadi sebelum aku naik ke bilik untuk tidur, aku belum jumpa ayah sebab ayah belum pulang dari menoreh.

   “Kenapa mak tak kejut orang..? Dah lepas zohor..!” Runggutku sambil memuncung.

   “Tirah kata cuti..! Mak biarlah Tirah tidur. Nampak macam penat sangat sampai tak boleh buka mata masa mak kejut tadi.”

Aku melopong.

   “Bila mak kejut..? Tak sedar pun..! Lagipun masa bila orang kata orang cuti.? Orang boleh solatlah..!”

   “Dia yang cakap masa mak kejut tadi.! Tulah.. Tidur tak baca doa. Merepek yang bukan-bukan.! Bersorak sakan bapak setan tengok Tirah tidur sampai tak sedar diri.”

Aku masih berdiri depan ayah dan emak dengar sindiran emak.

   “Dah! Tunggu apa lagi. Pergi mandi. Qado solat tu. Jangan lupa Asar pulak.!” Tambah ayah pulak. Ishh! Macam manalah aku boleh cakap masa tidur ni.? Malunya..! Nasib baik tak cakap benda-benda yang mengarut. Maunya aku kena hempuk bantal dengan mak aku tu. Bukan boleh harap mak aku tu. Memanglah aku anak kesayangan dia, tapi kalau bab-bab merepek merapu meraban ni, dia cepat sensetif. Silap-silap dipelengkungnya kepala aku ni..!  


AKU berjalan sekitar pekan Taiping. Mak kata ada barang dapur yang dia nak beli. Jadi aku sudi menjadi driver dia pagi ni. Aku pun tak tahu nak beli apa. Nak beli novel takut mak aku membebel. Jadi aku ikut je bontot mak aku. Petang nanti aku cadang nak pergi rumah Maklang Tipah untuk melawat sepupu aku Ana yang dikhabarkan sedang berpantang anak kedua. Hm..maknanya aku kena dapatkan something untuk Ana dan baby baru dia.

   “Mak, anak sulung Ana tu laki ke perempuan?” Teruk betul aku ni. Sepupu dah beranak anak kedua pun, masih tak tau anak sulung dia jantina apa. Nampak sangat tak ambil tahu.

   “Perempuan kot! Sebab hari tu Maklang Tipah kata cucu baru dia ni lelaki. Dia kata dia seronok sebab sekarang dia dah dapat cucu sepasang. Mesti perempuan yang sulung tu. Dia pun bukan ada anak lain yang berkawin. Ana sorang saja.. Yang lain semua masih sekolah.” Aku terangguk-angguk faham.

   “Kenapa.?”

   “Petang nanti nak pergi tengok Ana lah..! Nak belilah sesuatu untuk anak-anak dia.” Terang aku pada emak.

   “Eloklah tu. Manalah tahu lepas ni giliran Tirah pulak.” Seloroh emak mengusik.

   “Ish mak ni.. Kawin pun belum lagi, macam mana nak beranak..!”

Emak geleng kepala sambil merengus.

   “Maksud mak, kawin la..!”

   “Oh...kawin...! Cakap biaq teghang!” Aku  tersengeh malu.

     Mak aku ni kalau dalam sehari tak bercakap fasal nikah kawin dengan aku, memang tak sah. Aku ni tua sangat ke sampai tak sabar-sabar nak suruh kawin. Mentang-mentanglah aku sorang saja anak perempuan dia, main paksa-paksa pulak. Eh, bukan ini ke yang aku nak sangat dari dulu.? Macam best tapi rimas lah..!

   Petang tu macam yang dirancang aku tiba di rumah sepupu aku tu pukul lima petang. Malas nak pergi awal-awal, nanti lagi lama aku kena duduk dekat situ. Aku ni bukan boleh harap sangat, bila dah start menyembang sampai tak ingat dunia. Dah berjangkit penyakit emak kot..

   “Hang sihat..?” Tanya Ana bila aku duduk sebelah dia. Bercahaya mata aku bila tengok anak Ana. Comel sangat! Macam muka Ana sikit-sikit. Tapi lebih banyak ikut muka laki Ana. Tapi aku tak nampak pulak laki dia sejak aku sampai tadi.

   “Sihat.. Hang dah berapa hari ni.?  Nampak segaq muka hang.!”

   “Dah dekat sebulan. hari ni masuk dua puluh tujuh hari.”

Em..mak aku salah info nampaknya.

   “Laki hang mana.? Tak nampak pun.!”

   “Ada dalam bilik temankan anak dara aku tidoq. Baru sampai malam semalam. Anak aku tu kalau ada ayahnya, langsung takmau dekat aku. Ahad ni, laki aku dah nak balik kerja, payahlah aku melayan kerenah anak aku tu.. Aku pulak lambat lagi baru boleh balik. Kesian laki aku kena uruskan diri sendiri sepanjang aku berpantang.”

Aku tersenyum.senyum dengar rungukan Ana. Macam tulah kalau dah bergelar ibu. Susah macam mana pun, anak-anak tetap kena jaga dan dilayan. Tanggungjawab pada suami pun tak boleh nak ambil endah tak endah. Rasa takut pulak nak kawin.

   “Eh, hang bila lagi. Dah ada special? Takkan takdak kot..orang dah bergaya sekarang..!”

   “Takdak sapa yang nak kat aku. Takkan aku nak buat iklan kot, tanya sapa-sapa yang nak kawin dengan aku. Tak pun aku duduk tepi jalan sambil pegang sepanduk yang bertulis ‘Selungguk tiga ringgit.’ Macam tu kut baru nak laku.!” Ana ketawa lucu dengar komen aku.

   “Hang ni tak ubah-ubah lah! bercakap ikut sedap ja. Kalau tak bagi aku gelak, bukan hanglah tu..!”

   “Yelah..betui apa aku cakap. Awat.? Hang ada calon  untuk aku ka.? "

   “Ramai.! Aku takut hang yang takmau. Kawan-kawan laki aku kat tempat kerja ramai yang masih membujang. Kalau kau nak, aku boleh tolong.”

   “Huh.! Tak payah. Terima kasih jelah. Kalau aku nak kawin pandai-pandailah aku cari sendiri. Kalau payah sangat aku suruh mak ayah aku carikan.”

   “Hang beli apa ni? Banyaknya! Baru dapat bonus ka..?” Tanya Ana ketika aku hulurkan bungkusan untuk dia dan anak-anak dia.

   “Banyaklah bonus hang! Tengah-tengah tahun ni mana ada company yang nak bagi bonus. Ni aku beli untuk anak-anak hang.. Untuk hang sekali pun ada. Tapi aku tak belilah mainan tu untuk hang. Mainan tu untuk anak sulung hang tu, yang dalam hamper tu untuk si kecik. untuk kau aku beli spit rambut saja..!”
Aku tersengeh-sengeh bila habis sesi penerangan. Tawa aku terburai bila tengok Ana berkerut dahi. Mesti dia frust aku beli spit rambut saja dekat dia.

   “Ceh.! Spit rambut ja hang beli kat aku.? Dekat anak aku punyalah mahal, branded kiko lagi. Hampeh betui dapat sepupu macam hang!”

   “Eh, oklah tu! Ingat jugak aku kat hang tau..!” Ana tersengeh malu dengar aku bagi alasan..

   “Yelah..aku gurau ja. Terima kasih Atee. Ingat jugak hang kat aku.”

   “Mana aku boleh lupa. Hanglah satu-satunya sepupu perempuan yang aku ada. Yang lain semua lelaki. Anak arwah Maklong si kembar dengan mak aku kat melaka tu pun  lelaki. Anak-anak Paksu Razak pun semua lelaki. Tak tahulah bila keluarga kita ni nak tambah perempuan.”

   “Aku dah dapat sorang. Lepas ni hanglah pulak.! Tapi, firasat aku kuat berkata, anak-anak hang nanti mesti ramai perempuan.”

   “Banyaklah hang punya firasat.!  Firasat aku pulak kuat berkata yang kau tak lama lagi akan ada isi lagi. Tak percaya, hang tengoklah.!”

   “Coii..mulut! Anak aku tak lepas hari lagi, takkan aku nak menambah lagi kot. Kesian anak aku ni! Takmaulah aku lagi..nanti-nantilah dulu. Sakit meneran hari tu pun tak habis lagi.” Aku tersenyum dengar rungukan Ana. Hm..tau takut!

   “Hey Atee.! Bila sampai.? Patutlah dengar dari dalam tadi, macam kenal ja” Suara Fuad suami Ana mengejutkan aku dengan Ana. Fuad ni sekampung jugak dengan aku dan Ana. Dia orang ni bercinta bagai nak rak sejak dari bangku sekolah lagi. Akulah posmen karat tak bergaji dia orang. Alhamdulillah..jodoh mereka kekal sampai ke hari ni. Harap-harap sampai ke akhir hayat.

   “Dah lama dah..! Tekak aku pun dah rasa kering. Tunggu kau angkat ayaq sejak tadi, tapi hampeh..!”

   “Alah..macam tak biasa pulak. Kau pergilah ke dapur ambik sendiri..!” Tempelak Fuad sambil tersengeh-sengeh.

   “Teruk betul laki hang Ana.! Aku yang tetamu bagai terhormat ni dia suruh kedapur ambil air sendiri.? Nasib baik hang bukan adik aku, Fuad. Kalau tak, dah lama aku sekeh-sekeh kepala hang, tau tak.?” Mengekek-ngekek Ana dan Fuad ketawakan aku.

   “Hey.! Dahlah gelakkan aku.. Terbangun nanti anak saudara aku ni..!” Kata ku perlahan apabila melihat anak kecil Ana sudah mula bergerak-gerak. Agaknya suara aku membebel dan suara mama dan ayahnya kuat sangat kot..

   “Hang takmau cuba pegang ke Atee.?” Tanya Fuad perlahan apabila melihat aku hanya mencuit-cuit pipi gebu anaknya.

   “Aku tak beranilah. Kecik sangat.!”

   “Cubalah dulu..!” Pujuk Ana. Namun aku masih berdegil tak mahu. Buatnya terlepas anak orang, tak fasal-fasal hubungan aku, Ana dan Fuad jadi renggang.

   “Biarlah aku cuba pertama kali dengan anak aku nanti..!” Kataku perlahan.
Ana dan Fuad tersenyum-senyum dengar alasan aku. Faham sangat mereka dengan perangai aku yang kurang sukakan budak-budak. Sebenarnya bukan aku tak suka, tapi aku cepat rimas kalau dengar budak menangis. Rasa macam nak lari jauh dari suara tu. Kalau lama aku dengar budak menangis, silap-silap aku yang menagis sama.


AKU sampai rumah sewa aku tepat pukul dua belas tengahari. Adalah masa lagi untuk aku lepaskan lelah setelah dua jam bertapa dalam bas. Pukul satu setengah nanti nak pergi kerja pulak. Dalam dua minggu ni memang aku boring sebab kena masuk shift petang. Sambil meniarap atas katil aku capai laptop. Wah.! Baru berapa hari aku tak buka, dah menimbun-nimbun maklumat masuk, tak kurang pula mesej dan ramai yang masih nak berakan dengan aku. Setakat kawan dalam fb boleh la.. Tapi kalau di luar, aku tak tau sebab aku ni susah sikit nak mula berkawan dengan orang kalau orang tak mulakan dulu.

   Aku tersenyum lebar bila buka ruangan mesej. Nama selipar jepun buat aku teringatkan Arie. Sejak aku berakan dengan Ayie @ Selipar Jepun, rindu aku pada Arie semakin kurang. Rindu tetap rindu cuma kurang sikit.

- Awk pg mana.? Dah lama sya tggu. Dh berapa hari awk x online, sya rindu.-

Amboi Encik Harun ni..rindu merindu pulak..! Aku tengok tarikh mesej dan waktu. Hm..hari sabtu hari tu. Masa tu aku dekat kampung. Memang sengaja aku tak bawak balik lap top sebab Fiza nak guna. Di kampung, adik-adik aku punya notebook ada cuma aku malas nak buka sebab cadang nak berehat tanpa sebarang gangguan. Aku buka pulak mesej ke dua bertarikh hari ni.

- Online la......! Sya rindu ni..-

Ha ha ha.. Kelakar la dia ni. Kesian dia. Jawab je lah.. mesti dia tengah tunggu sebab aku tengok dia dah on line. Tapi pelik jugak, dia kata tak sibuk hari sabtu je. Tapi hari ni hari isnin, boleh pulak online. Hmm..rindu sangatlah tu.. poooodah.! Biasalah lelaki kalau bercakap. Lembut gigi dari lidah. Layannnn.

-Sorry sya x kasi tau ari tu. Sya balik kampung mggu lepas. Ni baru sampai dari kampung. Kejap lagi nk pergi keje pulak.-

-Mak ayah apa khabar.? Seronoknya balik kampung. Tak ajak sya pun..-

Ait! mana dia tau aku ada emak ayah. Mm..mungkin aku pernah cerita kat dia kot..

-Sihat..semua sihat. Sya xknl awk, mcm mna sya nk ajak. Nanti klu dah knl, sya ajak awk balik ye..? Janganlah marah..-

- Tu la..sya ajak jumpa, awk xnk.-

-Awk kan jauh. Ada masa ke nk blk msia..?-

- Sbnrnya sya sibuk skrg ni. Tapi hujung tahun ni klu x sibuk, sya blk. Blh kn klu kte jumpa..?-

- Blh kot.. nnt la sya pkir dulu.-

- Jgnlah mcm ni..sya tringin sgt nk jmpa awk. Awk mcm x sudi je..-

- Xde apa yg menarik pun dkt kg sya ni.. Bkn musim buah. Klu mempelam telur ada la..-

- Mm..nyum-nyum..sdp tu. Sya suka. Menyicah plk dengan sambal kicap. Pergg..kaw-kaw terasa sedapnya. Jgn lupa cili padi 20 bj, taruh belacan sikit. Pas tu masukkan gula kasi pekat sikit. Tuang kicap n sedia untuk menjamu selera. Terangkat la..! -

   Ya Allah.. dah banyak sangat kata-katanya yang menyamai dengan Arie. Nampaknya aku memang tak boleh lupakan Arie. Sejak di kampung aku banyak berfikir. Mungkin melupakan Arie adalah jalan terbaik. Emak dan ayah aku pun bagi pendapat yang sama. Teringat aku perbualan aku dengan mak dan ayah pagi tadi ketika sarapan pagi.

   “Buat apa tunggu orang yang dah tak sudi nak berkawan. Kalau dia ikhlas, kenapa sampai sekarang dia tak hubungi Atee?  Hari tu dia kata dia ikhlas nak kawan dengan Atee. Sekarang apa cerita.? Lupa saja lah..!  Ke Atee yang sengaja tak mahu lupakan dia?” Tanya ayah pada malam semalam.  Dari nada suara ayah, aku dapat rasa yang ayah seperti tak puas hati. Kecewa kot anak gadisnya seperti dimainkan. Mula-mula aku malas nak ceritakan hal Arie. Tapi bila emak aku dah buka cerita tu, aku terpaksa berterus terang. Cuma aku tak mengaku tentang hubungan aku dan Arie. Aku cuma kata dia kawan biasa je.

   “Biarlah dia ayah...lagipun orang dengan dia bukan ada apa-apa pun..!”

Aku tahu Arie dah luahkan rasa hatinya pada ayah, sebab tu ayah macam tak puas hati.

   “Ayah..tak ada cita-cita ke nak jodohkan orang dengan sapa-sapa.?” Tanya aku bila aku lihat mak dan ayah membisu. Tersembur nasi yang dikunyah oleh ayah ke muka aku bila dengar soalan tak malu aku tu. Kelibut aku bangun menuju ke arah sink untuk membasuh muka aku yang terkena tempias semburan ayah. Padan muka! Buat lagi maharajalawak spontan depan rezeki..

   “Apa ni Tirah? Tanya macam tu pulak kat ayah. Dah takdak soalan lain ka?” Marah mak sambil menepuk-nepuk dadanya. Begitu juga dengan ayah sebelum meneruskan suapannya.

   “Kamu dah kemaruk sangat nak berlaki.? Tak reti-reti nak cari sendiri.? Dah terdesak sangat ke pon..?” Ayah menyindir tanya. Pedih jugaklah pertanyaan tu..

   “Bukan macam tu..orang tanya aje..! Manalah tau kalau-kalau ada calon yang ayah rasa sesuai dengan orang.”

   “Carilah sendiri.! Kalau kami yang cari nanti kamu tak bekenan pulak.!” Emak menambah.

   “Kalau ayah dengan mak rasa baik bagi orang, takkan orang nak bantah pulak..!” Aku nampak mak dengan ayah dah tersenyum-senyum tersirat.

Sebenarnya aku dah malas nak fikir fasal Arie. Cukuplah dia pernah berada dalam hati aku walau sekejap waktu. Aku rasa sudah sampai masa aku lupakan dia. Aku tak mahu buang masa. Sementara emak dan ayah aku ada, baik aku tenangkan fikiran dia orang. Tak bestlah kalau tengok mak dan ayah aku risau dengan anak tunggal perempuan dia orang ni.. Rasa macam bersalah sangat. Memanglah aku tak buat salah, tapi aku kena fikirkan jugak hati dan perasaan orang tua aku. Aku pun dah tak tau nak jawab apa tiap kali emak persoalkan tentang jodoh aku.

   “Takkan tak mau berkawan-kawan macam orang lain.. Carilah dulu..mana tau dapat yang bekenan.”
Aku tersengeh-sengeh malu-malu meoww.. Mak aku ni, ada-ada sajalah. Yang sebetulnya aku tak mahu lagi ada rasa cinta dan sayang macam mana perasaan aku yang wujud untuk Arie. Dah tak sanggup nak rasa sakit. Kalau boleh, biarlah Arie menjadi orang pertama dan terakhir. Lepas ni aku hanya nak jatuh cinta pada lelaki yang bergelar suami aku saja.

   “Jangan menyesal kalau kami dah buat keputusan.”

Aku diam sambil terherot-herot  mulut berfikr. Lepas tu baru aku cakap..

   “Ayah jangan pilih yang sebarangan pulak. Agak-agaklah kalau memilih.” Pesan aku. Risau jugak aku, manalah tau..entah-entah ayah aku pilih lelaki yang tak sedap mata memandang. Jenuh jugak aku nak mengadap suami macam tu. Silap-silap aku kurus kering sebab tak lalu makan.

   “Nak yang macam mana?” Mak aku tanya sambil menuang air sejuk ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada ayah.

   “Bukan susah pun nak memenuhi kreteria bakal suami orang. Ayah dengan mak tengok la yang hendsome sikit..ada harta sikit.. berpelajaran, kerja tetap, baik, jujur  sopan serta hormat pada emak ayah. Yang paling penting dia cukup solat 5 waktu dan terima orang seadanya.”

   “Kalau takdak semua tu..?” Ayah mencelah.

   “Tak payah lah.! Orang sedar, orang ni bukan sempurna sangat, tapi aspek-aspek tu penting untuk masa depan orang dan anak-anak orang nanti. Tak hendsome sangat takpa, janji sedap mata memandang. Ha..lagi satu, pastikan dia bukan suami orang atau duda.”

   “Kalau duda takdak anak..?”

   “Tak mau jugak.! Nak yang bujang trang tang-tang ja!”

Takmau lah aku bekas orang.! Kalau yang bercerai mati dah tentu dia masih terbayangkan arwah isterinya. Kalau bercerai hidup, belum tentu salah terletak  di bahu si isteri. Entah-entah si suami yang salah. Tak mustahil kalau aku pun akan jadi senasib bekas isteri dia.

   “Ha..lagi satu, orang nak kawin lepas ayah dan mak balik dari mekah.”

   “Heeh..! kamu ni macam-macamlah.! Kalau nak tunggu lepas kami balik mekah, dua tahun lagilah nampaknya!”

Aku tersengeh. Tapi seketika kemudian, sengeh aku jadi kendur bila emak membantah.

   “Mak tak setuju. Mak nak kamu kawin sebulan sebelum kami ke mekah.” Aku melopong bila ayah turut angguk setuju.

Aku berfikir-fikir. Masih banyak lagi masa, apa nak hairan sangat! lagi dua tahun. Masih banyak masa untuk aku berpoya-poya. makin lebar senyuman aku sambil mengangguk setuju. Terpancar sinar lega di wajah tua emak dan ayah.

Aku kembali pada mesej Ayie. Baru aku sedar dah lama aku melamun. Cepat-cepat aku balas mesej dia.

- Ok.. Klu awk nk dtg jgk, nnt sya bagitau. Mgkin lambat sikit la.. sbb sya bru ambil cuti. Setakat nk jumpa sehari, baik xpyh. Buat penat sya je blk kg.-

- Agk2 bila.?-

Dah tak sabar nampaknya cik mat ni.

- Xtau lg. Nnt bila dh kmpem, sya bgitau.-

- Btul ke ni..? Okey..sya tggu. Dh x sbr ni nk jmpa bkl mertua.-

- Ye la tu.. Perasan.!-

- Sya sedar siapa sya ni. Xpadan nak gandingkan dgn awk.. Tau la Arie tu lagi hnsem dr sya.-

Aku ketawa sendiri baca mesej Ayie. Merajuk la pulak.. Tu namanya ayat menarik perhatian ye anak-anak..!

- Alo-lo.. kesian org tu, terasa pulak.. Mana awk tau Arie sya tu hnsem.? Awk bkn pernah tgk dia pun..-

- Sya tau..klu x, awk xkn rindukan dia.-

- Sya rindukan dia bkn sbb dia hnsem. Tp sbb dia teman sya. Dia tmpt sya luahkan perasaan marah, sedih, gembira, geram dan mcm2 lg. Tp bila dia xde, sya sunyi. Sthun kmi bkwn, baru dia luahkan perasaan dia pda sya. Tu pun pada hari terakhir dia dengan sya. Cuba awk bayangkan bagaimana perasaan sya masa tu. Persahabatan tiba-tiba tukar kepada kekasih. Sya rasa janggal. Sya serba salah nak terima sebab selama ni sya hanya anggap dia sbg teman saja. Demi menjaga hati dia, sya paksa diri sya terima dia. Sya ucapkan kata sayang dan cinta pada dia. Lps 3 bln dia pergi baru sya terasa kehilangan. Sya benar-benar rindukan dia. Tp sya xpasti apakah  itu rindu kerana cinta..-

- Skrg sya nk tau. Apakah perasaan awk pd dia skrg.? Teman atau kekasih.?-

Aku terkedu seketika. Tak pasti apa yang harus aku jawab.

-Sya xtau. Yg sya rsa skrg, sya rndukan dia. Sya nk dia slalu ada disisi sya mcm dulu.-

-Kesiannya awk.. Tapi hati sya cukup kuat berkata awk dah jatuh cinta pada dia. Betul x? Klu awk masih keliru, mcm mna klu sya sja yg  gntikn tmpt Arie. Boleh.?-

Ada-ada jelah mamat ni.

-Awk pun sya xprnh tgk, mcm mana sya nk terima awak..-

- Klu sya bgi tgk rupa sya, awk jnji akn terima sya..-

Wah..ni dah macam ayat perintah. Bahaya ni..

-Mm..xnk lah.. Buatnya sya xblh terima, awk berdendam dgn sya plak.-

-Hahaha..kelakar lah awk ni. Sya ni hnsem tau..! Rugi klu awak xnk terima sya.-

Perasaan jugak cik harun ni..

-Klu hnsem, lgi lah sya xnak. Susah nk jaga. Nnt ramai yg pandang. Saya ni kuat cemburu tau..! Lagipun sya ni bukan cantik.-

-  Bagus la mcm tu, cmbru tu kan tndanya sayang. Gambar kat profile awk ni cute sangat. Padanlah dengan sya yg hnsem ni..-

Perasan.! Bila aku pandang gambar aku di profile, baru aku sedar yang aku dah tak boleh nak mengelak lagi.

- Tu gambar lama. Skrg dh berubah.-

 Aku cuba beralasan.

-Xkira. Nk dekat org tu jgk.!-

Membulat mata aku bila baca mesej Ayie. Biar betul budak ni.. Macam serius je.

-Oklah. Dh pukul 1 skrg ni. Sya nk bersiap pergi keje.-

-Ok. jga dri baik2. Hati2 bwk gelpren awk tu. Jgn merempit. Jgn skip time makan. Dua bulan ni sya mgkin sibuk dan mgkin x blh nk online. Mybe sya berada di luar kawasan kerja. Sya hrp awk akan rindukan sya mcm mana awk rindukan si dia.-

Eh.. Macam mana dia tahu aku fasal gelpren aku.? Apa dia ingat aku ni minah rempit ke.? Aku ada cerita ke fasal gelpren aku.? Rasanya takde..! Hentam kromok la tu...!

   Tanpa log out aku bergegas capai tuala untuk ke bilik air. Aku tengok yang lain dah siap sedia nak keluar. Ni semua Ayie punya fasal. Tak pasal-pasal aku lewat ke tempat kerja. Lima minit mandi aku dah keluar dari bilik air. Kira okey la tu.. dari mandi ala-ala seniman bujang lapok.

   Buka almari baju, aku capai saja apa yang aku nampak. Seluar slack biru tua aku padankan dengan blause ungu dan tudung bawal ungu tua. Bila dah siap, tiba-tiba aku terpandangkan hadiah yang aku nak kasi pada Arie dulu, tapi tak jadi sebab masa tu aku tengah geram. Aku tengok klender di dinding. Baru aku teringat esok hari jadi Arie yang ke 27 dan cukup tujuh bulan dia pergi. Aku sentuh hadiah tu dan aku belek. Aku tersenyum sendiri. Telefon bimbit aku capai lalu camera aku on kan. Sekali klik dah tersiar gambar aku sedang hulurkan hadiah. Konon-konon je..! Kemudian aku cepat-cepat upload gambar tu dalam fb. Sebagai menghiasi gambar tu, aku titipkan ucapan untuk dia. Harap-harap dia tahu walaupun aku tahu dia dah tak rajin nak berfb. Aku tahu sebab tiap kali buka profile dia, tak ada yang berubah pun sejak setahun yang lalu.

- SELAMAT HARI JADI AWAK.. SEMOGA BAHAGIA TAK KIRA AWAK DI MANA.. SAYA RINDU AWAK..-

Belum sempat aku nak log out aku dapat satu maklumat. Aku senyum bila ada yang sudi like gambar aku tu. Aku tergamam bila baca komen Ayie. Ait.! dia on lagi rupanya..

- TERIMA KASIH.. SYA BAHAGIA KLU ADA AWK.. SYA PUN RINDU AWK.. MANISNYA AWK DRESING MCM TU..-

Mengekek-ngekek aku ketawa baca komen Ayie. Dia ni macam-macam la. Perasan! Sebabkan dia like gambar aku, komen dia pun aku like jugala..

-ARINI  BFDAY AWAK KE.?-

- YUP! NK KASI HDIAH KE..?-

-HAHAHA..THN DEPAN.. JGN MARAH..! HADIAH DKT SYA NI UNTK C DIA JE..BYE..SYA NK PG KEJE NI. SAMBUNG LAIN KALI.-


Laptop aku log out cepat-cepat. Kalau dilayan-layan jawabnya aku tak kerja. Sambil tersenyum yang masih bersisa, beg telekung yang berada atas katil aku capai bersama kunci gelpren dan badge. Aku melangkah turun untuk keluar rumah. Nasib baik tempat kerja tak jauh. Dengan gelpren aku tu, lima minit aku dah boleh sampai. 

No comments: