10
SEDAR tak sedar dah
setahun lebih Arie tinggalkan aku tanpa berita. Dan sepanjang tempoh itu, belum
sekali aku cuba nak hubungi dia. Buat sakit hati kalau aku call. Bukan dia nak jawab pun. Asyik suara perempuan tu aje yang
jawab. Konon-konon boyfriend aku tu berada diluar kawasan.
“Eh! Atee. Dah lama aku nak tanya, abang kamu tu apa
cerita.? Dah lama aku tak nampak” Tanya Kak Ina T pada aku yang tengah tunggu
masa nak keluar balik. Dia yang dah habis kerja, apa lagi..datang ke tempat aku
nak bergosip lah tu.. Bila dengar ayat dia, cepat-cepat aku menguap. Ya
Allah..rupanya ada lagi yang masih ketinggalan. Padahal, Arie dah dekat setahun
pergi tinggalkan aku. Yang sebenarnya soalan tu dah lama lama aku tak jawab.
Kali terakhir aku jawab ialah dua bulan selepas Arie tinggalkan aku. Itu pun sebab
Kak Zah yang tanya. Hari ni soalan tu muncul kembali. Sahlah minah ni tak suka
ambil tahu hal sekeliling. Ye ke tak suka? Kalau tak suka kenapa tiba-tiba
tanya.?
“Dah lama dia
berhenti Kak Ina.. Dah setahun lebih pun.. Kak Ina baru tau ke..?” Aku geleng
kepala. Kesian betul la...
“Ye ke..? Aku tak tau pun..! Patutlah dah lama tak
nampak kamu berdating.”
Amboi.! lain macam je bunyi ayat tu..! Tu namanya ayat
menyindir tajam menikam. Sabo Atee..sabo!
Memang masa Arie ada dulu, aku dan dia rajin berdating. Tiap-tiap hari berdating. Aku sendiri tak faham, tiap
kali keluar dari line dia dah
terpacak tunggu kat loker aku. Bila
aku datang kerja pun aku mesti pergi tempat dia dulu untuk berdating. Kalau tunggu dia di loker,
aku pulak yang nanti masuk lambat. Jadi sepuluh minit sebelum start kerja, aku dah masuk line, bukan sebab kerja, tapi sebab nak
jumpa dia. Aku sendiri tak tahu apa yang kami bualkan. Sedangkan tiap-tiap hari
dia call aku. Dah mengalahkan ahli
politik pulak yang sering berbincang. Arie kata kalau sehari tak bercakap
dengan aku, dia tak boleh buat kerja. Nanti dia rindu. Bagi aku plak kalau
sehari tak jumpa atau dengar suara dia, hati aku jadi tak senang. Tapi sekarang
dah lebih setahun dia pergi, boleh pulak dia hidup tanpa dengar suara aku..
Tapi aku pulak yang terbalik sekarang ni. Tapi, betul ke dia hidup lagi..? Eh,
apalah yang aku merepek ni..!
“Kenapa.? Selama ni
Kak Ina selalu skodeng kami berdating
ke.. ?”
“Eh! tak eh..! Kan selalu tu kalau time balik kerja, aku selalu nampak si
Arie tu sanggup masuk lambat semata-mata nak jumpa kamu di loker. Yang kamu pulak sanggup masuk awal sebab nak jumpa dia.
Taulah lain-lain shift..kalau shift sama, macam mana lah ek?”
Sinis benar bunyinya. Siap dengan jelingan tersirat lagi.!
Nampaknya aku kena banyak bersabar bersembang dengan minah ni.
“Kita orang kawan
sajalah! Bukan ada apa-apa pun. Lagipun orang suka sembang dengan dia. Dia tak
macam kawan-kawan yang lain. Bercakap ikut sedap mulut. Menyakitkan hati. Orang
tak harap pun dia jadi pakwe orang sebab orang sedar diri. Dia tu layak dengan
orang cun macam Kak Ina ni je!
Lagipun Kak Ina mesti fahamkan orang ni macam mana.”
Aku perasan Kak Ina T dah berubah wajah. Terasa kot..
Lantaklah..!
“Ye ke kawan..? Aku
tengok lain macam je layanan
korang..!”
“Layanan lain macam
mana.?”
“Macam orang
bercinta.!”
Aku tersenyum sikit di balik face mask yang menutup mulut dan hidung aku.
“Apa pendapat Kak
Ina kalau orang couple dengan dia.?”
“Huh.! Hentikanlah Atee. Bukan bawak
kemana pun.! Sekarang dia kerja apa? Kalau sekarang pun dia masih kerja kilang
macam kita ni, baik kamu jangan berangan. Orang macam tu tak boleh buat laki
pun.! Kamu jugak yang susah nanti. Aku tahu gaji kamu lagi tinggi dari dia.
Sekarang dia baru start kerja, lagi
rendahlah gaji dia.”
Aku faham maksud Kak Ina ni. Dia tak mahu aku menyesal kemudian
hari kalau memilih lelaki yang gaji rendah. Aku pun berpendapat macam tu, sebab
tu aku kalau boleh, nak mengelak dari bercouple
dengan mamat kilang. Sebenarnya aku sendiri tak tahu Arie kerja apa. Yang pasti
dia berpangkat tinggi dan bukan operator
walaupun kerja kilang. Tambah pulak, menurut dia dulu, dia kerja di tempat dia
buat praktikal masa belajar dulu. Dia pun ada cerita yang dia bukan kerja jadi
kuli macam dulu sebab dia kata sekarang kerjanya banyak memberi arahan. Bila
ingat balik perbualan aku dengannya di meja makan ketika di rumah aku dulu, aku
tersenyum sendiri. Cuak juga aku kalau betul-betul dia datang melamar aku di
saat dia dah berjawatan.
“Dia orang
terpelajarlah Kak Ina. Sekarang kerja dekat tempat dia buat praktikal dulu.”
Aku cakap tanpa tengok muka Ina T.
“Ye ke..? Kamu tak
pernah cerita pun..! Tapi..boleh percaya ke?”
Ait.! Dengar aku
cakap macam tu terus menurun nada suara dia ye..Mm..
“Terpulang.!
Lagipun tak penting pun nak cerita kat Kak Ina. Kenapa? Kalau Kak Ina tau hal
ni, Kak ina nak tekle dia ke..?”
“Ish.! kamu ni.! abang aku tu nak letak
di mana..?”
Aku ketawa kecil. Sedar pun.! Ingat tak sedar tadi. Orang
macam minah ni aku kenal sangat. Nak yang poket tebal saja.. Menjamin masa
depan konon..!
“Patutlah aku
tengok kamu moody je. Rupanya abang kamu takde.. Ingatkan korang bergaduh..!” Aku
tersengeh malu.
“Lain kali tanya
dulu, jangan pandai-pandai buat andaian sendiri.”
“Habis tu, aku
tengok kamu asyik monyok je! Takut
aku nak tanya.!” Aku ketawa lagi.
“Selama ni pernah
ke Kak Ina tengok orang makan orang kalau orang tengah moody.?”
“Tak rindu ke..?”
Dia tanya tanpa jawab soalan aku tadi.
Gila dah separuh gila aku rindukan dia.
“Nak rindu apanya
Kak Ina oii..! Dia bukan pakwe orang pun..!” Aku menafikan perasaan aku. Depan
minah ni tak boleh nak berterus terang sangat, nanti dia bagi komen, telinga
aku yang pedih menyengat. Lainlah kalau dengan Kak Zah.
“Berkepit hari-hari,
nak selindung lagi.?”
“Huhh! Kak Ina ni, nak serkap jaranglah
tu..! Orang tak sesuai dengan dia. Dia tu baik sangat. Kalau dengan Kak Ina
sesuailah.. Kak Ina kan cantik. Ada iras-iras macam Tiara Jaquelina.” Aku
teringat dulu masa Kak Ina ikut aku balik kampung, emak aku kata Kak Ina ni
macam muka pelakon tu.
“Huh.!
Tiara bukan cantik pun.! Lainlah kalau cantik macam Erra Fazira.”
Apalah minah ni. Dah dipuji macam tu pun tak tahu nak
bersyukur. Nak aku puji cantik macam Erra? Jangan haraplah..! Muka aku cute macam Najwa Latif pun aku tak
pernah mengaku muka macam Najwa Latif.
“Kalau tak cantik,
macam mana Abang Mud boleh terpikat kat Kak Ina..?” Aku cuba berbahasa basi.
Bila sebut nama abang teknisyen dia, baru nak senyum sampai
ketelinga. Poodah!
“Dah-dah.! Tadi
cakap fasal kamu, ni yang melalut sampai ke abang aku ni, apa kes.?” Tanya Kak
Ina malu-malu. Mengekek-ngekek aku ketawa bila perasan muka dia dah merona
merah. Malulah tu..! Itulah padahnya kalau sibuk-sibuk nak ambil tahu hal
orang.. Ambik kau..! Balik yang kena.!
JAM dah pukul sepuluh lima
belas minit malam. Terkocoh-kocoh aku keluar dari loker erea. Tadi aku kena
tahan dengan Kak Intan masa aku tengah kelam kabut bersiap nak pulang. Kak
Intan ni kerjanya cek suhu setiap mesin dalam line. Sambil-sambil tu dia ni
rajin buat kerja sambilan jual-jual barang. Dia juga merupakan ketua kutu.
Maksud aku kutu duit bukan kutu kat kepala tu..! Tiap-tiap bulan seratus
ringgit memang tiap kali gaji aku bagi kat dia. Sekali gaji cuma lima puluh je,
tapi aku main dua nama. Kalau dalam sebulan dua kali gaji aku kena bayar
seratus la.. Lagi ramai yang main, lagi banyaklah dapat. Dulu mula-mula aku
kenal dengan dia, aku was-was jugak, takut kena tipu. Tapi
alhamdulillah..setakat ni dah lima tahun aku kenal dia, tak pernah lagi kena
tipu. Duit pun dia bagi cukup tepat pada waktunya. Tadi aku jumpa dia sebab
duit tu la.. Aku tak ingat pun bulan ni giliran aku dapat duit. Nasib baik dia
yang ingatkan. Dalam rasa seronok dapat duit kutu, aku rasa bimbang. Aku suruh
dia bagi masa kerja pagi nanti memandangkan hari dah lewat malam. Takut jugak
kalau-kalau aku kena rompak tengah jalan nanti, menangis tak berlagulah aku..
Rm 3k, banyak tu.!. menggeletar tangan aku masa terima duit dari Kak Intan. Dia
paksa aku ambil malam ni jugak sebab takut hilang kalau dia simpan lama-lama.
Dalam teruja dan bimbang aku ambil jugak. Petang esok bolehlah aku pergi bank
masukkan dalam ASB aku.
Kriss yang aku
pandu berhenti betul-betul ketika lampu merah menyala di trafik light. Aku toleh ke kiri, sebuah kereta bercermin gelap
turut berhenti tepi aku. Perggh!
Cantik giler kereta dia. Hitam
berkilat. Kereta yang sama taraf dengan sepupu sepapat naza tu aku pandang
selamba. Takkan nak tunjuk sangat jakun aku ni. Buat malu saja. Aku cuba
pandang si pemandu tapi tak nampak sebab cermin gelap. Tapi melalui bayang dari
luar, aku perasan pemandu tu lelaki dan memakai cap. Bila lampu merah dah tukar jadi hijau, aku pecut laju
kehadapan. Tiba-tiba aku rasa macam aku diekori dari belakang. Bila aku jeling
sekilas di cermin pandang belakang, aku nampak kereta tadi yang berada di
belakang aku. Aku jadi tak tentu arah. Kereta tu dekat sangat dengan bontot gelpren aku. Aku pulas lagi minyak
kuat-kuat. Tapi apalah sangat kuasa yang ada pada sebuah kriss kalau nak
dibandingkan dengan kuasa Naza. Sah-sah aku kalah kalau diajak berlumba. Namun takde pulak tanda-tanda yang naza hitam
berkilat tu nak potong aku. Bila sampai di simpang masuk kawasan rumah sewa
aku, aku rasa sikit lega. Cepat-cepat aku masuk lorong menghala ke rumah aku.
Syukurlah sebab kereta tu tak lagi ikut aku. Ishh! buat suspen saja..
Risau betul kalau aku kena rompak. Kalau dia nak duit aku boleh bagi, tapi
macam mana kalau dia nak aku.?
Sampai di rumah aku
bersyukur panjang. Harap-harap lepas ni jangan terjadi lagi peristiwa tadi.
Buat kecut isi-isi perut aku. Masuk dalam rumah aku tengok yang lain tengah
menonton sambil hilangkan penat sebab dia orang pun baru sampai. Fiza pun ada
sama dengan rakan serumah aku yang lagi dua orang. Dalam rumah ni empat orang
je termasuk aku. Kebetulan pulak aku dengan dia orang ni berkerja dalam shift yang sama cuma department saja
yang lain.
“Baru sampai Atee.?
Lambatnya..!” Tegur Fiza sambil mengikut aku dari belakang untuk naik ke bilik.
Dengan dua orang lagi tu aku tak berapa nak ngam sebab dia orang selalu kutuk
aku dari belakang. Apa yang dia orang tak puas hati, aku pun tak tahu. Rasanya
aku tak pernah kacau dia orang.
“Mm..” Tu aje yang
aku jawab.
“Apahal ni..? Aku
tengok kau pucat semacam.”
“Ada orang ikut aku
tadi..”
Melopong mata Fiza dengar cerita ringkas aku.
“Kau tak apa-apa
ke.?” Kalut Fiza bertanya.
“Aku ok..cuma terkejut sikit. Dah la aku
bawak banyak duit, tadi Kak Intan bagi aku duit kutu. Lagi gabra lah aku..!”
“Ish.! Tak sedap hati aku. Esok kau pergi
balik kerja dengan aku la.”
“Mm..sebenarnya aku
pun pikir macam tu tadi. Tapi takpe ke.? Manalah tau, kacau kau dengan
Hafiz pulak.”
“Takde apalah..!kau ni macam tak kenal
pulak dengan tunang aku tu. Dia ok.
Cuma aku mintak maaflah kalau kita orang lambat sikit. Yelah..kaukan selalu
pergi awal. Belum Shift A keluar, kau
dah masuk start kerja. Lainlah aku..shift A dah keluar aku masih lagi lepak
kat luar, berdating.”
Aku tersenyum dengar cerita Fiza. Aku tahu situasi dia sebab
aku pernah mengalaminya. Bezanya aku taklah berdating
kat luar macam Fiza tu..
“Aku faham.. aku tak
kisah. Lagipun minggu ni saja. Minggu depan masuk pagi aku pergi dengan gelpren aku balik”
“Ok..!
Tapi kalau kau nak tumpang aku dengan Hafiz, kau cakap saja. Aku tak kisah. Aku
yakin Hafiz ok je!”
“Terima kasih Fiza.” Lepas satu masalah. Aku
tarik nafas lega. Esok aku nak pergi bank untuk simpan duit yang aku dapat
tadi. Bolehlah aku masukkan sikit dalam akaun ayah dan emak aku.
Aku capai laptop sambil meniarap atas katil. Segar sikit
rasa badan lepas mandi. Kalau mak aku tau aku selalu mandi malam, kompem dia bising. Kembang
paru-parulah..kembang berair lah..ada saja yang menjadi pantang larang. Nak
buat macam mana, aku rimas kalau badan aku peluh melekit. Nanti aku tak boleh
nak tidur.
-CUAK GILER AKU.
MNGKUK TINGKAT BERAYUN MANALAH YG IKUT BONTOT MOTO MSA AKU BLK KERJA TD. MCM NK
KIPNEP ORG JE-
Aku masukkan statment
dalam wall fb aku. Banyaklah
member-member aku yang bagi nasihat suruh aku hati-hati. Mana komen-komen yang ok aku like je. Tiba-tiba aku rasa tak puas hati bila baca komen dari ‘selipar
jepun’. Eh-eh..Ayie online lah..
Kejap-kejap.! Hari ni hari khamis, free
pulak dia ye..! Dah lama tak berbual dengan dia.
- Dia nk kenalan dgn awk kot. Mgkn dia nk pstikan awk smpai rumah dgn
slmt.-
Ha..komen dia ni memang tak boleh diterima. Dari cara kereta
tu ikut aku, sah-sah dia ada niat tak baik. Bila aku tak suka komen tu, takde maknanya aku nak like. Tapi aku balas jugak komen dia.
-Ye lah tu..ikut org mcm progol brsiri,crmin kete gelap,lg lah buat
org brperasangka buruk-
- x baik sgka buruk pd org-.
Ah! malas dah nk layan. Tapi aku sempat ketawa kecil bila tengok ada mesej
dari Ayie. Mm..dia ni nak gaduh
dengan aku kot. Tak habis dekat wall, beralih ke mesej pulak.. Takpe, kita layan.... Salamnya aku
jawab. Aku tersenyum bila dia mula berchating
dengan aku.
-knpa ni.? moody je..awk marah sya ek.?-
- Ish! xde mknanya sya nk mrh awk.! Awk dkt mna skrg.?-
Aku tanya dia. Malas dah nak cakap fasal hal tadi. Jadi, aku
ubah topik perbualan.
-sya dkt rmh.-
-rmh mna.?-
-rmh sya la..-
-sya tau la rmh awk.. Abu dhabi or msia.?-
geram pulak aku bila dia macam main-main.
-Awk rsa.?-
-dono .tp sya rsa awk mcm dkt msia. Sya bru tringat dulu awk kta nk blk
dlm msa terdkt.-
- kelmarin sya smpai d rmh kluarga sya. Sya cuti sebulan. Sbnrnya sya
nk tuntut jnji dr awk.-
-Jnji.? jnji apa.?-
Aku dah cuak giler.
Masa bilalah pulak aku berjanji dengan dia. Dah dekat lima bulan aku tak berchating dengan dia. Last chat
dengan dia lepas dia kata dia akan sibuk dua bulan. Jadi aku tak mau ganggu
dia. Lepas dua bulan dia terus menyepi, aku tak kisah pun sebab aku pun sibuk
dengan persiapan hari raya. Lepas raya dia masih menyepi, sampailah hari ni, tup-tup
dia kata dia kata nak tuntut janji. Mau aku tak gabra.! Janji apa ek.?
-Buat-buat lupa plk.! Aritu awk kta nk kenlkn sya dgn bkl mertua sya.
Sya xkira. Sya nk jumpa jgk dgn awk.!-
Apa.??? Ishh! di ni la..! Aku main-main jelah..
-Sya x jnji la.. sya ckp tgk dulu klu sya free. Skrg sya tgh sibuk, lg
pun baru lepas cuti raya.-
Harap-harap dia boleh terima alasan aku.
- sya tgh cuti skrg ni. xtau bla blh blk plk. Ingtkn nk jmpa awk. Tp
xpelah. Org tu mcm x sudi plk jmpa sya. Nk wat mcm mna..xde jodoh.Lps ni sya dh
sbuk blk.-
Aku dah mula rasa bersalah. Tak sangka selama ni dia serius
nak jumpa aku. Aku ingat dia main-main je..
- Sorry la..! sya jnji, bln dpn kte jmpa. Ha..! bln dpn sya dpt
bonus.! Nnt sya blnja awk.-
Harap-harap dia terima alasan aku. Tapi lepas lima belas
minit, dia masih menyepi walaupun aku tahu dia masih online. Sebab dah malas nak tunggu, aku terus log out. Malaslah nak adakan sesi pujuk memujuk ni. Adik-adik aku
pun kalau merajuk, tak kuasa aku nak memujuk. Pandai-pandailah diaorang pujuk
diri sendiri. Nasib dia oranglah dapat kakak yang takde perasaan macam aku.
Selepas solat subuh
aku termenung depan laptop aku. Mesej yang aku hantar pada Arie semalam masih
belum dia jawab. Rasa serba salah pulak. Salah aku jugak, pandai-pandai buat
rancangan. Tak ada cara lain melainkan setuju saja berjumpa dengan dia, tapi
bukan di kampung.
- Sya cdg nak mc ptg ni. Pukul 9 pg nnt sya nk kuar ipoh. Klu kte jmpa
di sana, awk nk x.-
Memang aku nak ke pekan Ipoh sebab nak beli nescafe
carnation. Stok yang aku tinggalkan dalam loker aku di kilang, dah habis. Lima
minit aku tunggu, masih belum berjawab. Akhirnya aku ambil keputusan untuk
tidur sekejap. Aku andaikan dia masih tidur. Harap-harap dia setuju. Kesian kat dia...
Tepat jam sembilan
pagi aku terjaga dari tidur. Aku tengok mesej aku tadi masih sepi tanpa
balasan. Kuat merajuk rupanya selipar Jepun ni..
-Xpe lah. Orang tak sudi. Nk wat mcm mna.. Ok.. Klu hti awk dh sejuk,
bg tau sya. Sory sekali lagi..sya xpndai memujuk.-
Aku terus tutup power
laptop aku. Dah tak mau tengok. Memang aku takde ciri-ciri orang pandai memujuk. Aku takut lagi lama aku
memujuk, lain pulak yang keluar nanti. Mulut aku ni bukan boleh harap sangat.
Pedasnya boleh tahan. Aku terus melangkah ke bilik air untuk bersiap ke pekan
ipoh. Cadang nak mc hari ni terpaksa
aku batalkan sebab tak ada sebab untuk aku mc.
PULANG dari
kerja aku terus buka fb. Kecewanya
bila mesej aku tadi masih sepi. Aku mengeluh lemah sebab tahu dia sedang online tapi sengaja tak mahu berbual
dengan aku. Tak taulah sampai bila rajuknya. Yang pasti aku rasa kehilangan
seperti aku kehilangan Arie dulu.
- Sya x tau knpa tiba2 sya rndukan awk.. please..4gve me..-
Masuk minggu
kedua, barulah Ayie menegur aku. Tu pun setelah 25 kali aku dan dia berpoke dalam fb. Kelakar betullah kita orang ni..dah penat berpoke akhirnya dia mengalah. Sebagai tanda maaf aku izinkan dia call aku setelah banyak kali dia minta
nombor telefon aku. Dah tak sanggup lagi nak menungggu rajuk dia habis. Lagipun
aku sunyi kalau tak berchat dengan
dia. Namun dia tak call pun..
Alih-alih aku dan dia sekadar berchating
dalam facebook saja.
-Dh abis rajuk.?-
-Penat merajuk. Bukan orang tu nk pujuk!.-
-Hahaha..kn sya dh bgtau, sya x pndai pujuk. Saya mintak maaf ye.. awk
mintalah apa pun, sya akn cuba tunaikan. Jgn mnta yg bkn2 sudahlah..-
-Sya nk awk.-
- Yg tu x blh.!-
- Td kata apa sja..skrg dh lain plak.!.-
- Mintak yang lainlah..-
- Xnk.! Nk awk jgk.! -
- Mahal tau.! Sanggup ke.? -
- Ckp sja berapa. Sya akn usahakan..-
Amboi Encik Mahmud ni.. kompiden
nampak..!
- Xpyh lah..! Buang duit je.. Bila habis cuti.?-
Aku tanya sebab nak elak dari topik tadi.
-2 mggu lg. Y.?-
- Saja tanya..-
- ingtkn nk ajk sya jumpa.-
- Sya keje 12 jm start mggu dpn selama enam bulan. ssh nk kuar. sori..
Aritu sya ajk jumpa dekat ipoh, jual mahal..!-
- Bkn xnk, cuma sja nk tgk org tu memujuk..-
-Last2 sapa yang teruk.? Hahaha..! Skrg sya sibuk. Tmbh2 plk skrg ni
bdk traning dr indon baru masuk.. Sya penat la..-
- Kesiannya..! Awk jd instruktor ke.?-
- old job. Dh lma xbuat. Skrg kna buat balik. Sbb tu asyik tension
je..-
- Bdk2 indon tu bkn bdk kecik yg kena di ajar mmbaca..-
- Sbb bkn bdk kcik la yg payah.. Klu bdk kck, dh lma sya tenyeh2 klu
xtau. Msalahnya skrg dia org ni semuanya bakal2 mak org. Xblh dtegur. Tgur skit
dh tersentap.. Nasib baik bukan ank2 sya.!-
- Hahaha.. teruklah ank2 sya nnt klu mama dia org asyik menenyeh..
garang jgk awk ye..?-
- Perasan. Bila sya ckp nk kawin dgn awk.?
- Ngeee.. !!!! -
- Nnt bila sya free, kte jmpa k. Bkn sya xnk jmpa. Msalahnya skrg, sya
btul2 sibuk.-
- xpe.. sya tggu smpai awk btl2 free.-
- klu mcm tu tggu taon depan la baru sya free.. sanggup.?-
- 1000 taon sya sanggup tggu awak.-
Aku tersenyum sambil menggeleng kepala. Parah sudah mamat
ni.!
- 1000 taun saya dh xde..-
-xpe.. sya tggu awk dekat sana.-
Aduhhai..syahdunya..! Lu
bikin wa jatuh cintun-cintun sama
lu lah Ayie..!
-Sya nk tidolah..bye..!
Sebelum aku jatuh cinta dekat dia baik aku blah..!
- Nnt dulu.! Sya nak tahu, Awk betul-betul sygkan Arie ke..? -
- Knpa nk tau.? -
Apa hak dia nak tahu tentang perasaan aku pada Arie. Dia tu,
aku kenal pun tidak.!
- Sya perlu tau dan sya mmg2 nk tau. Please..jujur dgn sya. Terus
terang. Jwpn ikhlas awk akn buat sya tidur tenang mlm ni.. Klu sya mati skrg
pun, sya dh rasa puas hati. Sya yakin awk dh temui jwpn setelah hmpir setahun
dia sembunyikan diri dia.-
Aku ketap bibir. Jantung aku berdenyut kencang.
Terketar-ketar jari aku nak menaip balas.
- Sya ikhlas, jujur dan sya mengaku sya cintakan dia. Sya sygkan dia.
Setiap minit sya rindukan dia. Sya sering impikan dia kembali pd saya 1 ari
nnt.. Syg teramat syg, cinta teramat cinta..! Hanya itu perasaan sya pada dia
sekarang. -
- THANK..-
Aku pelik dengan jawapan dia. Apa makna dia berterima kasih
pada aku.?
- Kenapa.?-
-Xde apa-apa. Pg la tido. Lmbt2 nnt awk sakit kpla.-
Aku menghela nafas lega selepas menutup suiz lap top. Perlahan-lahan kaki aku
melangkah ke katil. Aku nampak Fiza baru masuk selepas keluar dari bilik air.
Fiza tak macam aku yang suka mandi malam. Biasanya malam-malam macam ni dia
cuma cuci muka dan kaki sahaja. Katanya dulu masa kecik dia selalu penat sebab atsma. Walaupun sekarang penyakit tu dah
hilang, dia masih tak berani nak mandi malam sebab takut penyakit lamanya tu
menyerang kembali. Aku tak tahu macam mana rasa penyakit penat tu. Bukan aku
minta dan kalau boleh, aku pun tak mau. Harap-harap aku tak kena sebab menurut
Fiza penyakit tu sakit sangat sebab tak boleh bernafas.
“Aku ingat kau dah
tidur.?” Tegur Fiza ketika aku sedang menepuk-nepuk bantal aku yang dah lama
jadi peneman mimpi aku.
“Nak tidurlah ni..!”
Aku jawab malas sebab mata aku dah semakin layu. Tiba-tiba aku teringat
sesuatu.
“Esok aku nak pergi bank. Nak ikut tak.? Boringlah pergi sorang-sorang..!”
“Pukul berapa?”
“Pukul berapa?”
“Sembilan atau sepuluh.”
“Mm..ok jugak.!
Aku nak masuk duit kat adik aku sikit.!” Balas Fiza.
“Adik kau yang dekat
politeknik tu ke..?”
“Mm.. Petang
semalam call aku kata nak pakai duit
sikit sebab ada buku yang nak kena beli.”
“Berapa yang dia mintak.?”
“Buku tu harga enam puluh ringgit.. Dia mintak seratus untuk
belanja harian sekali.”
Aku termenung.
Kalau seratus saja yang diminta, maknanya empat puluh ringgit saja yang adiknya
guna untuk perbelanjaan. Cukup ke..? Apalah yang dia makan dalam sebulan kalau
hanya ada empat puluh ringgit saja. Aku cuba hitung sendiri. Sepinggan nasi
mungkin berharga tiga ringgit. Air mungkin seringgit lima puluh sen. Maknanya sekali makan mesti ada
sekurang-kurangnya lima ringgit. Kalau sebulan dah tentu kena ada seratus lima
puluh ringgit. Itu baru sekali makan dalam sehari. Kalau tiga kali makan, lagi
banyaklah yang dia perlukan. Boleh ke dia belajar dalam keadaan perut yang
lapar.? Aku teringat adik-adik aku di kampung yang sekarang ni baru saja tamat
SPM. Kiranya adik aku masih beruntung sebab tak berada dalam kelompok seperti
keluarga Fiza. Sambil menanti keputusan, mereka tak berat tulang untuk membantu
ayah di kebun sawit yang sudah setengah tahun mula projek. Aku dah lama
menyimpan untuk mereka. Aku yakin mereka akan dapat keputusan cemerlang dan
sebab tulah aku dah siap budget untuk
mereka berdua.
Simpati aku dengan
keadaan Fiza. Memandangkan dia anak sulung, jadi dia terpaksa menyara keluarga.
Bukan dia tidak ada orang tua, cuma sebab kesihatan orang tuanya yang kurang
mengizinkan, dia terpaksa menggalas semua tanggungjawab. Ayah dan ibunya hanya
seorang peneroka felda. Berapa senlah sangat pendapatan yang mereka dapat.
Disamping perbelanjaan harian dan belanja anak-anak yang masih bersekolah. Aku
pernah ke rumahnya di Sungkai. Memang daif sangat. Patutlah Fiza seperti
menghalang bila aku beria-ria nak ikut dia balik kampung. Bila aku sampai depan
rumah dia, barulah aku tahu sebabnya.. Bagaimana keadaan keluarga Fiza nanti
bila dia dah kawin. Mahukah Hafiz bersama-sama menyara ahli keluarganya. Tapi
bila fikirkan yang Hafiz datang dari keluarga berada, rasanya tak ada masalah
kot..! Kadang-kadang aku terfikir, rupanya ada lagi orang yang lagi susah dari
keluarga aku. Dulu keluarga aku memang susah. Tapi semenjak abang-abang aku
habis belajar, dan aku pulak sudah berkerja, kehidupan aku sekeluarga semakin
baik walaupun tidak mewah.
Aku teringatkan
duit kutu yang aku dapat dari Kak Intan tadi. Tak salah rasanya kalau aku buat
kebajikan sedikit pada orang yang memerlukan. Sebelum ni aku tak pernah
hulurkan sebarang bantuan pada Fiza walaupun dah banyak kali dia ceritakan
keadaan keluarganya. Bukan aku tak mahu membantu, cuma aku rasa keluarga aku
lebih memerlukan. Tapi sekarang aku rasa aku wajib membantu sebab abang-abang
aku pun dah tak macam dulu. Menurut mak aku lagi, duit tabung hajinya dan ayah
pun dah cukup dalam simpanan.
Aku bangun lalu
menuju ke almari bajuku. Laci kecil aku buka lalu sampul surat berisi duit kutu
yang Kak Intan serahkan pada aku tadi aku ambil dan aku keluarkan beberapa
keping wang kertas lima puluh. Wang kertas tu aku lipat-lipat dan pintu almari
aku tutup kembali. Aku melangkah ke arah Fiza dan duduk di hadapannya di birai
katil. Tangan Fiza aku tarik lalu meletakkan duit yang aku lipat tadi ke dalam
genggamannya. Fiza tersentak.
“Ambillah. Aku ikhlas.”
“Apa ni Atee? Malulah aku..!” Ujar Fiza lalu meletakkan
kembali duit itu ke dalam genggamanku. Aku geleng kepala sambil tersenyum. Wang
kertas tadi aku letakkan kembali di tapak tangannya. Aku tersenyum bila Fiza
seperti reda dalam terpaksa.
“Anggap saja aku buat zakat. Mungkin dah tertulis ini rezeki
adik kau. Aku tak perlukan duit sebanyak tu.”
“Keluarga kau kan lebih memerlukan.” Ujar Fiza sambil
menitiskan air mata.
“Bahagian emak dengan ayah serta adik-adik aku memang dah
ada. Kau jangan risau. Lepas ni kalau kau perlukan apa-apa, kau cakap saja kat
aku. Bukan aku nak menunjuk yang aku
banyak duit, cuma aku rasa aku harus membantu sesama islam. Aku tahu keadaan
keluarga kau. Dahlah..! Jangan menangis lagi.
Buruk sangat rupa kau tu. Macam manalah Hafiz boleh minat kat kau.?” Aku
cuba mengembalikan keceriaan Fiza. Dia ketawa dalam sebak. Nampaknya lawak aku
menjadi. Boleh masuk raja lawaklah nampaknya aku ni...!
“Terima kasih
Atee..! Sebenarnya aku pun buntu mana nak cari duit untuk adik aku. Selalunya
aku bagi lima puluh saja untuk belanja makan. Kali ni dia mintak seratus sebab
nak beli buku. Mak dengan ayah serta adik-adik aku yang lain pun nak kena bagi
jugak. Nak pinjam dekat Hafiz, aku seganlah..belum apa-apa dah pandai nak
mintak-mintak walaupun dia selalu bagi duit suruh aku masukkan dalam akaun ayah
aku. Sebenarnya aku takut dia fikir aku ni jenis apa pulak.! Sebab tulah aku
selalu mintak tangguhkan pernikahan kita orang walaupun Hafiz selalu mintak
dicepatkan.”
Aku terangguk-angguk faham.
“Takpelah.! kali
ni biar aku saja yang tolong. Tapi aku harap lepas ni kau jangan segan-segan
lagi dengan aku. Kita dah lama berkawan dan aku tak sukalah kau senyap-senyap
macam ni.! Aku tahu duit gaji kau pun bukannya banyak sangat. Tambah pulak QC
bukannya ada OT sangat. Aku tak kisahlah kalau kau nak pinjam sebab aku faham
keadaan keluarga kau. Aku tengok sendiri dan tak payahlah kau nak segan silu
sebab kekurangan tu. Kau patut bangga sebab ada tunang macam Hafiz. Walaupun
dia dari keluarga berada, aku tabik spring
dekat family dia sebab sudi terima
kau walaupun tahu kau berasal dari keluarga susah. Aku bukan nak menghina tapi
kau patut bersyukur. Niatnya untuk cepatkan pernikahan mungkin juga sebab nak
membantu keluarga kau” Ulasku lagi sambil mengesap bahu Fiza.
“Terima kasih
banyak-banyak Atee. Aku terharu sangat dapat kawan baik macam kau ni. Aku tahu
kau baik tapi aku tak mahu rosakkan hubungan baik ni kalau aku dah mula meminta
itu ini dekat kau.. Aku malu nak minta bantuan orang.”
“Aku tak ada
saudara perempuan Fiza. Bila kau sudi jadi kawan, aku terharu sangat. Anggap
saja kita macam adik beradik. Mulai minggu depan aku kena masuk dua belas jam
sehari sebab kena buat dua kerja. Aku kena follow
up budak-budak traning. Maknanya
aku terlebih OT bulan ni. Jadi aku rasa tak ada masalah kalau aku bantu kau.
“Kau kena jadi instructor balik.? Kesiannya kau..! Tak
penat ke.?” Fiza seakan terkejut. Dulu Fiza cukup marah bila dapat tahu aku
berjawatan instructor tapi buat kerja
operator. Katanya aku sengaja mendera
diri sendiri. Yang sebenarnya aku bosan mengadap orang atasan tiap kali ada
masalah yang datang dari operator
baru. Tambah-tambah pulak kalau dengan operator
lelaki. Dengan aku dia orang buat macam main-main je. Siap ada yang cuba-cuba main mata dan ada yang setengahnya
pulak berani pegang-pegang. Akhirnya aku mohon pada supervisor intructor iaitu Kak Wati agar benarkan aku buat kerja operator. Nasib baik dia setuju. Itu pun
sebab ada instructor lelaki yang sudi
ambil alih kerja aku iaitu abang Ady. Tapi aku janji dengan supervisor aku tu yang aku akan terus
jadi instructor jika ada operator baru perempuan masuk.
Disebabkan yang baru datang kali ni semua perempuan dan yang datang dari indon,
aku terus setuju. Tambahan pulak seorang instructor
perempuan yang ada sedang cuti bersalin. Abang Ady pulak sedang monitor operator lelaki yang baru start shift tiga hari lepas. Sesekali
aku bergilir-gilir dengan abang Ady untuk memastikan operator baru buat kerja dengan betul. Masa nilah kena monitor betul-betul. Kalau silap, balik instructor yang kena. Aku cukup
hati-hati dengan budak baru masuk operation.
Dengan mereka ni tak boleh diberi muka. Nanti dipijak-pijak kepala aku. Bila
dah kepala aku dipijak-pijak, mulalah dia orang tunjuk tocang. Silap sikit bila
ditegur, mulalah ambil keputusan nak berhenti. Tapi dengan aku kalau dia orang
nak berhenti, ada aku kisah.? Lantak dia oranglah..! Senang sikit kerja aku..
Tak payah aku susah-susah perah otak nak mengajar. Dia orang kerja atau tidak, gaji
aku tetap jalan macam biasa.
“Enam bulan je..! Lepas tu aku balik kerja macam
biasa.” Aku jawab macam tak ada apa-apa masalah.
“Aku tak tahu macam
mana nak balas jasa kau tu..!” Fiza kembali ke tajuk asak perbincangan. Aku
pandang muka dia sambil tersenyum.
“Apa yang susahnya..! Setiap hari kau masakkan je untuk aku. Masaklah apa-apa pun. aku
bedal je..! Aku pun dah tak lalu nak
makan dekat kilang tu.” Fiza terkejut lantas dia mengangguk laju tanda setuju.
“Ok.. no problem.
Aku akan masakkan. Tapi kalau tak sedap, kau jangan bising pulak.!”
“Yelah.! Anggap je ni sebagai satu latihan sebelum kau jadi
bini Hafiz. Bukan senang tau nak pikat suami dengan masakan. Kalau kau dah
pandai memasak, insyallah, aku yakin Hafiz akan selalu teringat-ingat masakan kau.
Lepas tu aku yakin dia takkan makan luar lagi sebab dia tahu dekat rumah dah
ada yang teristimewa .Mudah-mudahan lepas ni kau tak payah nak ambil kursus
memasak sebelum kawin.” Fiza dah tersenyum malu.
“Kau tak mahu berlatih sama ke..?” Fiza tanya aku di samping
senyuman tersirat.
“Ish.! Aku memang
dah pandai masak. Lagipun aku bukan nak kawin lagi. Calon pun takde.!” Bukan sebab nak masuk bakul
angkat sendiri, tapi aku memang pandai masak pun. Cuma aku saja yang malas nak
tunjuk skill masakan aku tu. Selama
ni pun aku ada memasak kalau tiba mood
aku nak memasak.
“Mudah-mudahan cepat-cepatlah kau dapat calon. Untung-untung
kita berbesan..!” Ujar Fiza sambil tersengeh-sengah.
Aku ketap bibir lalu
hadiahkan rasa penyedap di pipinya. Menjerit
Fiza selepas kena ketil dengan aku. Buat lagi.! Mulut tak reti-reti nak beli
insuran. Mengekek-ngekek aku dan Fiza ketawa selepas Fiza mencung sedepa. Lepas
ni kalau Fiza dah kawin pasti aku akan rindukan saat-saat macam ni. Mesti aku
sunyi tinggal sorang-sorang dalam bilik ni.
“Macam mana dengan Arie.? Ada apa-apa berita.?”
Fiza tanya sambil tersengeh-sengeh pada aku. Serta merta
wajah aku bertukar keruh. Aku tiba-tiba tak ada mood nak berbual dengan Fiza bila dia sebut nama Arie.
Perlahan-lahan aku tarik selimut dan pejam mata sebab nak tidur.
“Wei..! Aku tanya ni.. jawablah.!” Jerit Fiza sambil
menarik-narik selimut aku.
“Tak tau.!” Aku jawab ringkas. Fiza seakan faham dengan
jawapan yang aku bagi lalu dia turut berdiam. Akhirnya dia padamkan lampu dan
turut sama tidur sebelah aku. Dalam selimut yang menyelimut seluruh tubuhku,
aku menangis tersedu-sedu. Tiba-tiba dalam suasana gelap dan sepi tu, aku
rindukan dia. Aku rasa tangan Fiza sedang menepuk-nepuk perlahan belakang aku.
Agaknya dia dengar sendu aku. Dalam suasana yang sunyi ni, kalau semut berjalan
pun boleh dengar. Apatah lagi kalau dia tengah tidur sebelah aku. Sah-sah dia boleh
dengar aku tengah menangis.
“Sabar ye Atee. Aku mintak maaf sebab ungkit fasal dia..!”
“Aku ok. Tidurlah..!”
Aku ucap perlahan menahan sebak.
No comments:
Post a Comment