PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

PROLOG 1 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

PROLOG
Aku pilih untuk Bahagia dengan cara tersendiri.
JAM dah menunjukkan ke pukul dua belas setengah malam. Dah hampir empat jam aku bertapa dalam bilik ni tapi kerja baik pulih komputer kawan aku ni, masih belum settle. Sejak aku pulang dari kerja jam lapan malam tadi, masa aku banyak dibazirkan dalam bilik ni tanpa satu kerja pun. Suasana dalam rumah yang sunyi benar-benar buat aku rasa bersalah pada anak-anak dan isteri aku. Pada isteri aku mungkin tak menjadi masalah kerana dia sentiasa memahami aku. Tapi pada anak-anak pasti berbeza. Pulang dari kerja tadi, aku langsung tak melayan kerenah mereka walaupun aku faham apa yang mereka inginkan dari aku. Nasib baiklah aku dikurniakan seorang isteri yang memahami.

“Ayah baru balik kerja la sayang.! Ayah penat. Esok saja ajak ayah main. Esok ayah cuti..!” 

Melompat riang anak-anak aku dengar berita yang disampaikan oleh isteri aku tadi. Masih terngiang-ngiang di telinga bagaimana isteriku memujuk anak-anak agar jangan menggangguku. Tanpa ucapan terima kasih padanya aku terus melangkah masuk ke dalam bilik kerja yang berada sedikit tersorok di sebelah dapur. Lima minit kemudian, isteriku datang dengan mug besar di tangan. Dah tentunya mug itu berisi dengan air kegemaranku iaitu Nescafe o panas.

“Tak siap lagi?”

Isteriku memulakan perbualan setelah meletakkan mug nescafe atas meja kerjaku. Aku tak menjawab tapi sekadar menggeleng kepala sambil menyebikkan mulut tanda masalah itu masih belum selesai. Tanpa mengucapkan terima kasih atau pandang muka dia, aku terus menghirup perlahan nescafe tadi.

“Siapa punya ni?”

Dia tanya lagi sambil bergerak langkah ke belakangku. Tangannya yang sejuk aku rasa sudah mendarat di bahu lalu diramas-ramas dan dipicit-picit lembut. Ahh..rasa selesa sangat. Aku gerak-gerakkan kepala aku kekanan dan kekiri sambil menikmati urutan dari tangann isteriku.

“Mokhsin punya..!”

“Lamanya abang buat! Rasanya dah dekat dua hari. Teruk sangat ke masalahnya? Biasanya tak sampai sehari dah settle

“Virus. Kena format balik ni..! Tu yang lambat. Dia mintak tambah barang pulak. Abang bukan ada masa nak keluar cari barang. Tengoklah esok kalau free” Aku jawab perlahan. 

Selepas lima minit mengurut bahu aku yang sengal, dia menapak keluar dari bilik kerja aku ni. Malas agaknya nak ambil tahu fasal kerja part time aku ni. Tak pun dia dah malas nak mengurut bahu aku. Yang aku pasti dia tak boleh lama dalam bilik aku ni. Katanya rimas tengok barang-barang komputer yang bersepah tak bersusun. Dah banyak kali dia bising suruh aku mengemas, tapi aku buat endah tak endah. Bukan tak mahu mengemas, cuma aku takut barang-barang tu susah nak jumpa balik kalau aku simpan. Kadang-kadang penyakit lupa aku ni datang juga. Almaklumlah..umur dah meningkat!

Kadang-kadang aku dah bosan asyik mengadap benda alah ni. Tapi kalau tak mengadap, teringat-ingat pulak! Dekat sebelah meja aku ni ada  sebuah lagi pc yang belum aku periksa. Masalah apa pun aku tak tahu. Menurut tuan punya barang, pc slow. Dia nak lebih laju dan lebih power. Kena tambah rem lah nampak gayanya. Hmm..macam-macam hal! masalah jugak kalau berkebolehan dalam bidang meriper komputer ni. Bila ada yang tahu, ramai yang minta bantuan. Aku pulak jenis yang cepat kasihan dengan orang, jadi aku tolong tanpa peduli berapa bayaran yang dia orang berikan pada aku. Kadang-kadang kalau masalah tak teruk, aku tak ambil langsung bayaran. Dengan sikap aku tulah kadang-kadang buat isteri aku membebel tak cukup mulut. Katannya..

“Orang susah, senang sangat kita nak tolong. Tapi kalau kita susah, ada ke orang nak tolong?”

Aku malas nak cakap banyak. Bila isteri aku dah mula membebel, aku senyum dalam diam. Kadang-kadang aku hanya sengeh lebar-lebar. Bagi aku rezeki ada di mana-mana. Jika kita berbudi dengan orang, pasti orang akan ingat budi kita. Tapi betul ke orang nak ingat jasa aku? Apa yang aku perasan, dalam sepuluh kawan yang aku rapat, hanya dua saja yang ingat jasa aku. Yang lain hanya tahu ambil kesempatan. Aku tak kisah sebenarnya. Malas nak ambil kisah. Bagi aku, semua tu tak merugikan aku pun. Lagipun bidang ni memang menjadi minat aku sejak awal lagi. Cuma kadang-kadang buat aku tensyen bila masalah  datang berulang. Rasa macam nak hempuk-hempuk je barang ni.

Aku keluar dari bilik kerja bila aku dah rasa bosan. Keadaan di ruang tamu sudah gelap gelita. Begitu juga dengan suasana dalam bilik tidur anak-anakku yang hanya diterangi dengan cahaya lampu garam yang berada di bucu bilik. Suhu penghawa dingin aku turunkan setelah aku rasa terlalu sejuk dalam bilik anak-anakku. Mesti ini kerja anakku yang nombor dua. Badannya yang gempal buat dia sering berpeluh. Sebab itulah masa tidur pasang aircond macam rasa duduk di genting. Sejuk gilerr..!! Ungkapan yang selalu anak sulung aku ucapkan tiap kali bawa bercuti ke Cameron Highland.

Aku melangkah ke arah katil anak perempuanku yang berumur sebelas tahun. Kasihan anak aku ni. Aku tahu tadi dia yang beria-ria minta perhatian agar aku melayan kerenahnya, tapi aku gagal melaksanakan. Tiap-tiap hari ajak aku pergi bercuti ke Cameron Highland. Dia tak pernah jemu ke sana. Rasanya sudah hampir sepuluh kali ke sana, namun dia tak pernah jemu. Katanya dia suka ke sana sebab di sana tak panas. Hm..nasib baik yang lain tak kisah tiap kali bercuti di sana.

“Maafkan ayah, kakak..! Esok ayah bawak kakak dengan adik-adik main di taman layang-layang.” Bisikku lalu ku hadiahkan kucupan lembut di dahi dan kedua-dia pipi gebunya. Sentuhan bibir yang melekat di pipi sejuknya benar-benar buat aku tenang seketika. Selimut yang sudah meleret ke kakinya, aku tarik hingga menutupi parah lehernya.

Aku beralih pula pada anak lelakinya yang nombor dua. Sudah umur tujuh tahun hero aku ni. Badannya yang gempal benar-benar buat aku terhibur. Ikut siapa pun aku tak tahu. Kalau lihat badan aku dan isteri, tak adalah besar sangat. Sederhana saja. Mungkin mengikut belah aku kot. Yelah..keluarga belah aku, manalah aku kenal siapa. Cuma kakak aku yang sorang tu saja. Selama ni pun kalau balik beraya, hanya pulang ke kampung isteri aku di  Muar Johor.

Hero gempal aku ni memang otak bergeliga macam aku. Tanya apa saja tentang komputer, pasti tak kecewa kalau dengar dia beri  jawapan. Tapi kalau tanya tentang pelajaran, mesti dia tergaru-garu nak menjawab. Entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa. Sejak mula bersekolah, minat belajar semakin kurang. Apa yang dia mahu, hanya game komputer saja. Aku malas nak membantah atau memaksa sebab aku tak mahu dia tertekan. Tambahan pula dia masih kecil. Ramai yang berpendapat, ketika umur beginilah kita boleh tahu apa yang dia minat. Mungkin satu hari nanti dia tak berjaya dalam bidang akedemik tapi pakar dalam bidang program komputer. Anak ayah..!

Samalah juga dengan kerenah anak aku yang nombor tiga. Tapi yang ni agak lasak sikit. Pening juga aku nak melayan. Tangan kaki dengan mulut sama naik. Kadang-kadang aku rasa anak aku ni ada hyper aktif. Mintak-mintak janganlah, sebab anak aku yang sulung dulunya ada masalah tu. Tapi sekarang dah slow pulak. Mungkin kerana penyakit epelapcynya tu.

Keluar dari bilik tidur anak-anak, aku melangkah ke bilik tidur ku. Bila melihat wajah tenang isteriku tidur, aku mengeluh tenang. Penat benar agaknya dia bila seharian melayan kerenah anak-anak dari pagi hingga ke malam.  Nasib baik dia tak berkerja. Kalau tak, pasti lebih memenatkan. Dulu dia berkerja. Lepas kawin aku suruh dia duduk rumah saja. Alhamdulillah dia tak membantah. Makin bernasib baik selepas lahirnya anak sulung aku yang  ada masalah epilapcy. Jadi anak aku tu  perlukan perhatian lebih. Kalau hantar dekat orang, pasti tak ada yang sanggup nak jaga.

Aku duduk di birai katil sambil memerhatikan dia lena sambil memeluk anakku yang berumur tiga tahun. Sedang bermimpi agaknya. Harap-harap biarlah mimpi yang indah-indah. Sepanjang hidup dengan isteriku selama dua belas tahun, dia tak pernah merunggut apa-apa kekurangan dalam kehidupan seharian. Barang kemas intan permata tak pernah menjadi permintaannya atau angan-angan nak memilikinya. Bila aku tanya sama ada dia nak atau tidak, dia kata.. “barang-barang tu tak penting..Yang ada pun tak pernah pakai. Tapi kalau nak bagi, saya okey je..!” Kelakar betul isteri aku tu. Untung aku memperisterikannya. Walaupun dia tak secantik insan yang pernah bertahta di hati aku enam belas tahun yang lalu, aku bersyukur kerana memiliki isteri yang cantik budi pekerti.

Perkenalanku dengannya terjadi ketika aku berada dalam sebuah bas express yang mahu menuju ke Ipoh. Aku pulak ketika itu nak ke Ipoh sebab atas urusan kerja. Kebetulan masa tu kereta aku buat hal, jadi aku terpaksa naik bas. Nak naik kapal terbang aku rasa malas sebab rasa sekejap sangat. Dia pulak dari johor nak ke Ipoh sebab sememangnya dia tinggal dan berkerja di Ipoh. Walaupun kerja sebagai operator di sebuah kilang, lagaknya seperti orang yang bekerja hebat. Dresing jangan cakaplah, dah mengalahkan seorang artis pulak. Sekali imbas aku tengok macam Haliza Misbun.  Dia datang ke johor pun atas sebab habiskan cuti di rumah kakaknya. Paling buat aku rasa tak kisah nak berkawan dengan dia ialah kerana dia jenis tak tahu malu dan berterus terang. Kelakar betul dengan sikap dia. Sepatutnya aku yang tegur dia dulu, tapi dah terbalik pulak sebab dia yang tegur aku dulu. Kebetulan pulak masa tu aku dan dia duduk satu bangku. Ramah betul dia ni. Aku pulak yang malu-malu nak berbual. Selepas bertukar nombor telefon, aku rasa senang berkawan dengan dia. Bila tak sembang dengan dia sehari, aku rasa kosong. Sunyi sangat!
Hairan betul dengan aku ni. Aku sanggup habiskan beratus ringgit untuk buat panggilan demi dapat bercakap dengan dia. Masa tu aku yakin dapat lupakan Nur. Alhamdulillah..memang aku dapat lupakan dia walaupun kadang-kadang aku sedikit ingat padanya. Itupun kalau tiba-tiba ingatan aku beralih pada arwah dady dan Makcik Mazuin.

Perkenalanku dengannya hanya makan masa selama tiga bulan sahaja. Cukup tiga bulan dia ajak aku kawin. Betul tak cakap aku? Dia memang jenis tak tahu malu. Ada ke patut dia yang ajak aku kawin? Sepatutnya akulah yang cakap macam tu. Ni dah terbalik pulak. Mungkin dia ni dari keturunan Siti Khatijah kot..! Aku yang seakan sedar akan kejujurannya, hanya akur kerana aku dah mula jatuh sayang pada dia. Alhamdulillah..hingga kini aku bahagia bersamanya walaupun dia tahu sejarah dan salasilah hidup aku. Katanya dia nak kawin dengan aku bukan sebab salasilah atau  sejarah aku tapi sebab harta aku. Nampak! Dia begitu berterus terang. Katanya lagi aku berpelajaran tinggi. Jadi memang dia nak keturunan yang cerdik akal. Anak-anaknya nanti pun dia nak yang akal cerdik macam aku. Tinggi betul angan –angan dia.
Kini hanya dia yang bertahta di hati. Namun sejak-sejak akhir ni aku perasan dia dah pandai cemburu. Kelakar betul isteri aku ni. Siapalah yang nakkan aku? Hanya dia yang nakkan aku. Jadi aku kena hargai dia selamanya. Aku nak jadi suami yang setia macam dady.

“Kenapa bang?” Dia bertanya lemah setelah sedar kakinya ku sentuh. Aku tersenyum lalu menggeleng kepala. Tak sangka sentuhanku yang mengena di kakinya buat dia terjaga. Nasib baik dia tak buka silat. Kalau tak, dah tentu aku terpelanting tepi dinding. Almaklumlah..isteri aku ni ada ilmu pertahankan diri yang dipelajarinya masa zaman bujang dulu. Katanya untuk keselamatan, dan aku setuju. Cuma kadang-kadang aku risau. Macam mana kalau tiba-tiba aku berselisih faham dengan dia, sah-sah aku disilatkannya.

“Abang ni kenapa? Kacaulah abang ni..! Orang tengah cuti sekarang ni. Minggu depan jelah ek?”

Aku ketawa kecil mendengar rungukannya. Marah agaknya sebab ganggu dia sedang bermimpi. Agak-agaknya mimpi jumpa dengan hero Hindustan Sharukh khan. Tak pun hero korea Danial Henny yang baginya pelakun paling kacak dia pernah lihat. Dia pernah cakap muka aku macam pelakun korea tu. Aku iakan saja sebab tak guna berbalah dengan dia sebab bila dia kata putih, maknanya mesti putih. Dan kalau dia kata hitam, tak mungkin dia tukar jadi putih.

“Ish! Kesitu pulak. Abang nak betulkan selimut ni aje.. Tidurlah!” Bisikku sambil membetulkan selimutnya yang sudah meleret ke kaki. Bila aku tengok dia menyambung kembali lena yang terganggu, aku tersenyum lega.

Aku melangkah keluar ke ruang tamu. Sambil melayan perasaan aku mula merancang untuk hari esok. Esok aku mula bercuti. Sengaja aku ambil cuti panjang selama seminggu untuk luangkan masa dengan anak-anak dan isteri aku. Kalau aku tidur lewat pun rasanya tak menjadi masalah. Petang bolehlah aku bawak anak-anak dan isteriku keluar. Tiba-tiba ingatan ku terimbas pada enam belas tahun yang lalu. Alangkah indah kalau apa yang aku rancangkan sekarang dapat aku nikmati bersama dia yang aku sayang. Bukan aku tak bersyukur dengan kehidupan sekarang. Cuma aku masih tak boleh lupa kenangan lalu walaupun aku pasti, aku takkan dapat merasai semua itu bersama dia.

Semuanya kerana salahku sendiri. Aku ego, tamak, pentingkan diri sendiri dan kesan akhirnya, aku rasa hingga kini. Pemulaannya aku hanya harapkan secubit  kasih namun kerana sikap aku yang tamak, aku hilang segalanya. Kini, usahkan secubit, kasih sesaiz hama pun aku takkan merasa darinya. Walaupun aku yakin dia bukan seperti dulu lagi, jauh di sudut hati, aku masih rasa kekok untuk berdepan dengan dia. Aku sentiasa mendoakan agar dia tenang di sisi kekasihnya..

No comments: