PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

PROLOG 2 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

PROLOG
Apa dinilai dari rupa, semuanya milik Dia. Hati ini akan ku jaga kerana ku manusia biasa.

Geli pulak rasa pinggang ni bila orang dalam asyik menendang-nendang. Sejak pagi tadi memang tak duduk diam. Dah nak keluar sangat ke pun? Rasanya lambat lagi. Lain pula riaksi yang diberi dari Encik suami aku ni. Makin anaknya kerap menendang, makin mengekek-ngekek dia galak ketawa. Seronok sangat bila melihat kulit perut aku bergerak-gerak.

“Jahat betul abang dengan anak abang ni! Sengaja nak mendera orang. Tak baik tau..!”

“Ala..janganlah marah. Bukan senang tau abang nak tengok anak abang beraksi macam ni. Agak-agaknya macam manalah keadaan dia dalam ni ek?” Tanyanya sambil menggosok-gosok perut aku.

Aku tersenyum lucu melihat dia begitu asyik menggosok-gosok perut aku. Nampak comel sangat. Macam pertama kali nak dapat baby pulak. Sedangkan yang ni dah nak masuk nombor tiga.

“Abang ni macam tak pernah tengok pulak!”

“Masa Zaim dulu abang memang tak berpeluang. Masa Zara pulak abang hanya dapat merasa tengok sekali saja. Tu pun kebetulan. Mana taknya, tiap kali dia menendang, bila abang nak tengok, dia duduk diam-diam. Macam tahu-tahu saja abang tengok dia.”

“Zara tu pemalulah bang!” Ujarku sambil ketawa kecil. Sekilas aku memandang ke arah anak-anak aku yang sedang bermain badminton di halaman.

“Hmm..dari dalam perut dah malu dengan abang. Ingat bila dah keluar, hilanglah malu tu, rupa-rupanya sama aje. Agak-agak sayang, kenapa dia malu dengan abang. Abang nikan ayah dia!”

“Entahlah bang! Agaknya abang selalu usik dia masa dia dari dalam perut kot!”

“Ye ke?”

“Abang tak ingat? Masa mengandungkan dia dulu abang selalu selak-selak baju Nur semata-mata nak tengok dia bergerak”

Mengekek-ngekek suami aku ketawa sambil menggeleng-geleng kepala.

“Abang nak tengok sekejap je..! Lagipun ibu dia nampak comel dan seksi masa mengandungkan Zara.”

“Kenapa? Mengandung yang ni tak seksi dan comel ke?” Rasa menjauh pula hati aku ni dengar dia cakap macam tu.

“Yang ni comel tapi tak seksi cuma seksa!.”

Aku jegilkan mata. Terkejut dengar dia cakap macam tu. Teruk sangat ke badan aku ni? Tersentap jugak hati aku.

“Seksa  batin abang!” Balasnya sambil memberi senyuman dan jelingan manja. Aku tersenyum malu mendengar dia cakap macam tu. Rasa bahagia sangat. Memang aku bahagia sejak aku kenali dia. Hingga kini walaupun sudah lima belas tahun usia perkahwinan aku dengan dia, aku tak pernah merasa kekurangan kasih sayangnya. Semakin hari semakin melimpah ruah kasih yang ditabur pada aku dan anak-anak.
Jika diingat peristiwa lalu, kadang-kadang aku rasa seperti tuhan tak pernah menyayangi aku. Namun dengan kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami, aku yakin sangat, sebalik kejadian ada sesuatu yang indah akan menyusul.

Buat dia yang jauh, aku titipkan doa agar dia sentiasa dilindungi Allah selalu. Ketahuilah olehnya aku sentiasa menantinya hingga akhir hayat aku. Biar tak dapat jumpa lama, sesaat pun dah berbaloi aku rasa. Namun masih adakah peluang dan kesempatan untuk aku bertemu dengan dia? Hanya pada Allah aku memohon agar pemintaan aku ini diperkenankan. Amin…

No comments: