PROLOG
PINGGANGNYA sudah mula terasa sengal
dan menyilukan. Mahu saja dikilas pinggangnya ke kiri dan kekanan untuk
hilangkan rasa sengal itu. Namun bila difikirkan keadaannya yang semakin sarat,
Huda matikan keinginannya. Wajah suaminya yang sedang enak diulit mimpi
dipandang sekilas. Rasa terlalu awal untuk dikejutkan insan kesayangannya itu
untuk solat subuh, lalu dibiarkan saja. Tiba-tiba Huda terasa seperti mahu
buang air besar. Teringat kata-kata dan pesan serta cerita -cerita dari orang
yang berpengalaman ketika mahu bersalain. Ada pendapat berkata, tanda-tanda nak
bersalin adalah seperti mahu buang air besar, sakit pinggang berpanjangan
selang lima minit sekali dan ada juga tanda-tanda seperti keluar air atau
darah. Huda tidak pasti yang mana satu menjadi tanda padanya nanti.
Pernah
juga rakannya menyuarakan pendapat agar Huda bersedia awal di hospital seminggu
sebelum tarikh jangka dia bersalin. Namun Huda tidak mahu .Memandangkan
sepanjang kehamilan dia tidak ada apa-apa masalah, Huda yakin Allah ada
bersamanya membantu di saat dia memerlukan.
Langkah perlahan diatur menuju ke bilik air.
Ari-arinya semakin rasa nyilu bila dia mula mencangkung di mangkuk tandas. Ya
Allah! Bisik Huda sendiri sambil mengetap bibir menahan sakit. Titisan darah
yang menitik atas mangkuk tandas menyatakan maksud yang masanya untuk melihat
wajah putera dan puterinya sudah tiba. Bibirnya diukir sebuah senyuman walaupun
rasa sakit semakin jelas terasa. Langkah diatur semula kearah katil untuk
mengejutkan Faridz yang sedang lena,
tubuh suaminya disentuh perlahan.
“Abang..abang..!” Kejut Huda
perlahan sambil menggoyang-goyangkan tubuh Faridz. Melihatkan mata kekasih
hatinya itu terbuka, Huda cuba mengukir senyuman agar suaminya itu tidak
gelisah.
“Kenapa sayang.? Sayang
sakit ke?” Tanya Faridz apabila melihat isterinya itu mengerutkan wajah
walaupun bibirnya terukir sekuntum senyuman tapi jelas kelat.
“Abang janganlah gelabah! Sekarang
abang tenang dan cuba bangun. Huda nak abang pergi bilik air, cuci muka, berus
gigi dan kemudian bersiap bawak Huda pergi Hospital. Anak kita dah nak keluar
ni.. !” Ulas Huda sambil menggosok-gosok pinggangnya yang sakit.
Mendengar kata-kata isterinya, Faridz tidak
menunggu lama. Langkah seribu diatur menuju ke bilik air, dan tidak sampai dua
minit dia sudah siap sedia untuk memimpin isterinya turun dari bilik. Faridz
hairan bagaimana isterinya itu masih boleh bertenang walaupun dalam keadaan
yang genting begitu.
Huda menggeleng kepala melihat telatah
suaminya walau sudah dipesan agar bertenang.
Hampir
tiga puluh minit berada dalam labour room,
akhirnya Huda selamat melahirkan anak-anaknya secara normal. Nikmat yang tak
dapat digambarkan apabila suaminya turut berada di sampingnya sepanjang proses
kelahiran. Faridz turut diberi peluang untuk dia memotong sendiri tali pusat
anak-anaknya. Kucupan di dahi isterinya segera dihadiahkan apabila kedua-dua
anaknya berada dalam pangkuannya. Tanpa disedari, air mata lelakinya mengalir
laju tika dia dan Encik Marzuki mengazankan dan mengkamatkan anak-anaknya.
HUDA tersenyum bahagia menyambut kepulangan suami tersayang dari
pejabat petang itu. Kucupan di dahi diterima seperti biasa. Rasa sakit ketika
meneran mahu melahirkan putera-puteranya hilang serta merta. Dia sendiri tidak
ingat bagaimana rasanya sakit itu. Apabila menatap wajah anak-anaknya dan wajah
sebak suaminya di sisi ketika dalam labour
room dua bulan lalu, rasa sakit hilang tanpa disedari. Dengan kehadiran dua
permata hatinya, Huda yakin kehidupannya bersama lelaki bernama Faridz akan
lebih membawa makna. Bila mengenangkan kembali apa yang dilalui di masa-masa
lalu, Huda yakin setiap kejadian yang menimpanya mempunyai dan memberi seribu
hikmah yang tersirat. Yang pasti ianya menjurus kepada kebahagiaan yang amat
disyukuri.
TAMAT...
No comments:
Post a Comment