PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 41 TERTULIS KAU MILIKKU

41
      SEDAR tak sedar, sudah tujuh tahun berlalu. Huda dan Faridz masih seperti dahulu menjalani hari-hari mereka seperti pasangan-pasangan  lain yang berkahwin. Cuma yang bezanya mereka masih berdua walaupun doa tak pernah putus setiap kali selesai bersolat untuk dikurniakan walau seorang anak. Walaupun menyedari semua itu tidak mungkin terjadi, mereka tetap berharap. Faridz sedar isterinya itu benar-benar harapkan zuriat sebagai penyambung kasih mereka, namun tidak sekali pun disuarakan perasaannya itu kerana takut isterinya itu terasa hati. Janjinya dulu untuk tidak bersuara dipegang hingga sekarang.

      Begitu juga dengan Affini. Affini yang menyedari akan kekurangan diri sedar, pasti tidak ada yang sudi menerimanya yang serba kekurangan. Walaupun sudah ramai yang bertanya akan halnya, terpaksa diabaikan saja. Peristiwa dimana kekasih hatinya yang dikenali sekian lama meninggalkannya atas sebab pengakuan ikhlasnya mengenai dirinya yang kekurangan, benar-benar buat hatinya terluka. Tidak disangka orang yang selama ini banyak memberi kata-kata perangsang untuk dia teruskan kehidupan akhirnya mengkhianatinya. Sejak itu, bila ada sesiapa yang mahu mendekati dan mengenalinya, Afffini tidak lagi berselindung tentang dirinya. Segala kekurangan diri diceritakan pada mereka agar mereka yang mengharap tidak terus mengharap. Apabila tiada seorang pun yang sanggup menerima kekurangan dirinya, akhirnya Affini menutup terus pintu hatinya untuk menerima kehadiran seorang yang bernama lelaki dalam hidupnya kerana baginya hidup sendiri lebih membahagiakan.

     Begitu juga dengan Iskandar yang masih menyendiri. Puas Hj. Tahir dan Hjh. Normah memujuk. Namun sedikit pun tak dilayan. Pernah juga Faridz menyuarakan pendapat agar menyatukan Iskandar dengan Afini, namun cadangan itu hanya dipandang sepi oleh mereka berdua. Kadang-kadang Huda turut rasa bersalah. Padanya, Iskandar jadi begitu adalah sebab dari dirinya sendiri. Hingga kini Faridz masih belum mengetahui perasaan Huda pada Iskandar satu ketika dulu. Tak dapat nak dibayangkan andai Faridz mengetahui cerita itu. Pasti Faridz akan kecewa.

      Huda kini sedang mengajar di fakulti UiTM Seri Iskandar sebagai penyarah perubatan. Akhirnya cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan pensyarah tercapai. Hampir lima tahun Huda berkhidmat di Hospital Seri Iskandar dan sambil itu dia meneruskan pengajian di UiTM, dan kini akhirnya, apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Walaupun rasa terkilan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke kota London, Huda berbangga dengan suaminya yang akan membawanya ke kota London sebagai tempat percutian setiap tahun hinggakan dia sendiri sudah jemu dengan kota itu.

      Pagi itu entah kenapa kepalanya terasa berat. Tidak mampu untuknya bangun menguruskan diri apatah lagi menyiapkan kelengkapan kerja suaminya dan sarapan pagi. Bagi Huda, walaupun sudah bergelar isteri yang berkerjaya, tanggungjawabnya terhadap rumahtangga adalah satu yang harus diutamakan. Tidak pernah dilepaskan tanggungjawabnya itu pada Mak Miah atau pembantu rumahnya yang diambil dari agensi pembantu rumah. Memandangkan Mak Miah semakin uzur, Huda tidak galakkan orang tua yang dianggap sebagai ibunya juga itu membuat sebarang kerja. Baginya waktu itu adalah masa untuk Mak Miah berehat dan beribadat. Walaupun sering ditegur oleh Huda, Mak Miah tetap berdegil, kerana katanya badannya akan sakit-sakit kalau tidak melakukan apa-apa pakerjaan. Akhirnya Huda akur dan terpaksa kenakan syarat, setiap kerja yang dilakukan haruslah mendapat keizinan darinya dulu.

“Abang..Huda mintak maaf sebab tak sediakan pakaian abang pagi ni. Huda rasa penat sangat, rasa macam nak demam. Abang pesan Kak Tuti, lepas mengemas suruh dia naik atas. Huda tak larat nak bangun.!”

     Faridz semakin cemas dengan keadaan isterinya yang tiba-tiba jatuh sakit. Masakan tidak, sepanjang perkahwinan mereka, belum pernah lagi isterinya itu jatuh sakit begitu teruk. Panadol yang ditelan sejak tadi langsung tidak memberi apa-apa kesan.

“Tak apalah bang.. Abang pergilah kerja, kejap lagi okeylah ni..!” Ujar Huda lagi setelah melihat kerisauan terpancar di wajah suaminya.

“Abang ada meeting pagi ni. Apa kata kalau abang suruh Fini datang, rumah dia pun bukan jauh sangat.” Usul Faridz tenang.

“Tak payahlah bang.! ganggu pulak dia buat kerja. Lagipun Huda tahu kerja kat pejabat dia  tu kan banyak.” Balas Huda lemah sambil memicit-micit kepalanya. Semenjak Afini ambil alih syarikat keluarga mereka, Afini mengambil keputusan untuk berpindah dari villa itu. Katanya mudah untuk dia berulang alik dari rumah yang dibeli ke tempat kerja. Huda dan Faridz sebenarnya tahu apa yang difikirkan oleh Afini. Yang sebenarnya 
Afini tidak mahu mengganggu rumahtangga abangnya walaupun sudah banyak kali dipujuk oleh Huda.

“Kalau macam tu sayang tunggu abang balik jam sepuluh nanti. Kita pergi klinik okey.?”

  Hampir jam sepuluh setengah pagi rupa kereta milik Faridz belum menampakkan bayang. Huda mengeluh lemah. Akhirnya Huda mengambil keputusan untuk memandu sendiri memandangkan sakit kepala yang dirasa sejak bangun tidur tadi beransur hilang. Darah yang mengalir dari hidungnya ketika dalam bilik air tadi benar-benar buat hatinya tidak senang. Segera dihubungi seorang doktor juga kenalannya yang berkhidmat di hospital Seri Iskandar untuk membuat temujanji.

“Kau ada muntah-muntah tak pagi tadi..?” Tanya Doktor Fatimah yang merupakan pakar sakit puan.

“Tak ada pulak, tapi hidung aku berdarah.!” Jawab Huda bimbang.

“Kalau macam tu, kau pergi makmal buat ujian darah dulu, lepas tu kau datang jumpa aku balik.” Ujar rakan sekerjanya itu.

     Hampir empat puluh lima minit Huda di makmal, barulah urusannya di situ selesai. Memandangkan dia merupakan seorang doktor di situ, segala urusan mudah berjalan dan keputusan darah juga diperolehi dengan cepat.

  “Mm..kalau ikut laporan ni, ada satu yang membimbangkan dan kau kena ambil berat. bahaya kalau dibiarkan lama-lama..satu lagi tekanan darah kau terlalu tinggi, tak elok untuk kesihatan kau masa dalam kau mengandung. Kau tension pasal apa ni?” Usik rakannya itu sambil tersenyum simpul.

Huda tergamam sambil menjungkitkan keningnya minta kepastian.

“Fat, kau cakap apa tadi.? Ak..aku kurang jelas. Tolong ulang balik.”

“Tahniah Doktor Huda, penantian awak dah berakhir. Kau mengandung Da..!” Jerit Doktor Fatimah yang sudah maklum dengan keadaan Huda selama ini. Tubuh rakannya itu dipeluk tanda ucapan tahniah dan kesyukuran.

     Huda masih tergamam dengan apa yang didengar tadi. Air matanya yang mengalir tidak terasa sudah membasahi pipinya.

“Kalau kau nak kepastian, kita boleh scan!” Cadang Doktor Fatimah teruja.

“Aku tak kisah. Aku ikut je..” Jawab Huda teruja. Sakit kepala hilang serta merta dengan berita itu.

     Huda berdebar-debar kerana buat pertama kalinya perutnya discan. Cecair biru yang sejuk terasa di kulit perutnya benar-benar buat dia terasa tenang..

“Itu dia..kita dah jumpa mana dia.!” Bisik Doktor Fatimah sambil tersenyum simpul. Huda turut mengangkat kepalanya lalu menjengukkan kepalanya memandang ke arah skrin.
 
“Apa yang kau nampak Fat?”

“Kau nampak tu..ada dua Da.! Eh, nanti-nanti !, aku nak tengok betul-betul, mana tau kut-kut ada tiga.”

“Apa yang dua..apa yang tiga..?”

“Kau hamil anak kembar dua..!” Balas Doktor Fatimah separuh menjerit. Huda terlopong.

“Habis yang kau kata tiga tadi apa pulak..?” Tanya Huda hairan.

“Aku agak-agak je..! manalah tau ada yang nak main sorok-sorok dengan mak angkat dia orang ni..!” Seloroh Doktor Fatimah tersengeh malu.

“Kau berpada-padalah sikit, perut aku besar ni mampu ke aku bawak sampai tiga..!” Tempelak Huda sambil menyentuh perutnya yang masih kempis.

“Tapi kenapa hidung aku berdarah..?” Tanya  Huda kembali serius.

“Tekanan darah kau tinggi sangat. Tak elok untuk kandungan. Aku cadangkan kau supaya banyak berehat, tenangkan fikiran, makan benda yang berkhasiat, banyakkan makan buah. Insyaallah darah kau akan normal kembali. Orang tua-tua ada bagi petua kalau nak turunkan tekanan darah tinggi kena makan benda yang masam-masam. Tapi aku rasa nanti dululah sebab kandungan kau baru lagi. Setakat kau nak kurangkan rasa loya, bolehlah sikit-sikit tapi jangan amalkan sangat.!”  Pesan rakannya itu lagi.

Huda tersenyum lega mendengar setiap penerangan sahabatnya itu. Tidak sabar mahu dikabarkan berita itu pada suaminya. Terlayar juga wajah Affini. Ingin dikabarkan berita itu secepat mungkin untuk mengubah cara pemikiran adik iparnya itu agar dapat teruskan hidup sepertinya. Segera dicari telefon bimbitnya untuk menghubungi Faridz, namun apakan daya, telefon bimbitnya tertinggal ketika bergegas keluar dari rumah tadi.


HUDA tenang sepanjang pemanduan. Sampai di halaman Villa Ariffah, hatinya berdebar-debar apabila melihat Faridz sedang berdiri sambil bercekak pinggang di halaman. Sudah tentu suaminya itu sedang dalam kerisauan apabila isteri tercintanya keluar dalam keadaan yang kurang sihat. Sambil keluar dari kereta, Huda tersenyum-senyum sambil mengetap bibir mengaku kesilapannya.

“Sayang pergi mana ni..? Abang tunggu dah lama, tau tak..? Kalau jadi apa-apa macam mana.?” Runggut Faridz sambil mencapai tangan isterinya dan dipeluk erat tubuh kecil itu.

“Huda pergi hospital tadi..! Darah keluar dari hidung, Huda takut. Tunggu abang lama sangat, kata pukul sepuluh, pukul sepuluh setengah bayang pun tak nampak lagi.”  Rungut Huda manja.

“Masyaallah..! Sorrylah..! abang tak sangka meeting tu ambil masa lama. Habis tu sekarang ni macam mana..?” Tanya Faridz bimbang. Hairan jugk sebab Huda hanya tersenyum riang.

“Doktor kata sebab tekanan darah tinggi sangat. Lagi satu sebab..” Huda mendekatkan bibirnya pada telinga Faridz sambil berbisik..  “Abang nak jadi ayah..!”

     Faridz terlopong sambil wajah isterinya ditatap lama. Seperti tidak percaya dengan apa yang terluah dari mulut isterinya itu.

“Sayang tak berguraukan?”

“Patut ke benda macam ni Huda buat bahan gurauan. Dah lama kita tunggukan? Huda nak abang bahagia. Lagi satu, Huda nak bagi tahu sesuatu. Dalam ni bukan ada satu tapi dua.” Terang Huda sambil menggosok-gosok perutnya yang masih kempis. Dihulurkan foto scan pada suaminya sambil tersenyum lebar.

“Masyaallah..! Abang tak tahu nak kata apa. Inilah anugerah yang tak terhingga abang terima..thank sayang.!” Bisik Farida lalu wajah isterinya itu dikucup bertalu-talu hingga tiada satu ruang pun tertinggal. Jeritan kecil Huda kerana lemas buat Faridz dan Huda sama-sama ketawa.

“Huda ni bukan anugerah untuk abang ke?” Tanya Huda seakan merajuk.

“Tanpa sayang, abang takkan merasa anugerah ini sebab sayang adalah anugerah untuk abang sejak azali lagi. Abang harap anugerah ni akan terus bersama abang hingga akhir hayat abang dan hingga ke syurga nanti.” Bisik Faridz lalu dipeluk tubuh isterinya itu dan diiring masuk ke dalam rumah.



      MALAM itu mereka sama-sama melakukan solat sujut tanda kesyukuran. Mengalir air mata Faridz ketika menadah tangan atas kesyukuran yang dilimpahkan oleh yang maha kuasa. Berita itu turut dikongsikan dengan ahli keluarga Huda yang juga sering berdoa agar mereka dikurniakan walau seorang anak. Selama ini Huda sering rasa tersisih apabila melihat anak-anak saudaranya membesar. Hajar yang sudah memiliki tiga cahaya mata kini sedang menanti kelahiran anak yang ke empat. Manakala Haizat yang sudah tiga tahun melangsungkan perkahwinannya turut menanti kelahiran yang kedua. Kini dia tidak lagi tersisih kerana dia juga akan merasai kebahagiaan seperti abang dan kakaknya. Melihat anak-anaknya membesar depan mata adalah sesuatu yang diimpikan.

No comments: