PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 1 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

1
AIDIL
Manusia mana tidak mahu berubah. Cuma kekadang sukarnya untuk melalui proses itu yang membuatkan manusia itu tetap sedemikian.
CUBA awak bagi saya satu saja sebab yang masuk dek akal, kenapa saya perlu kembali pada awak? Sebab apa yang saya rasa sekarang ni, dah tak ada apa-apa alasan yang logik awak boleh bagi pada saya.” Menangislah air mata darah sekali pun, aku takkan jilat balik bila aku dah ludah. Itu perinsip hidup aku.

“Sebab saya masih sayang dan cintakan awak! Saya yakin awak pun rasa macam yang saya rasa. Ini semua salah faham.”

Aku geleng-geleng kepala dengan Azie cakap macam tu sambil menangis. Rasa rimas pulak aku tengok dia yang teresak-esak sambil merayu. Apa dia ingat aku ni makan sangat dengan kata-kata sebak sayunya tu. Jangan haraplah..!

“Sayang apanya kalau kau tak pernah jujur pada aku!” Aku tempik kuat. Rasa panas pulak bila dia berani ungkapkan kata cinta dan sayang pada aku. Geli lubang telinga aku.

“Saya tak pernah tipu awak. Awak dah salah faham. Saya pun tak menduga semua ni akan berlaku. Tolong dengar dulu apa yang saya nak cakapkan.  Saya pasti...”

“Cukup! Aku tak mahu dengar lagi sebarang alasan dari mulut dusta kau tu. Mulai sekarang, tolong jangan ganggu lagi hidup aku. Aku dah serik kenal dengan perempuan macam kau. Manusia yang tak pandai menghargai setiap pemberian!” Tanpa belas kasihan aku segera bangun dari tempat dudukku dan terus berlalu meninggalkan dia yang masih bersisa sedu sedan.

“Aidil! Sampai hati awak buat saya macam ni!” Laung Azie kuat.

Jangan harap aku nak menoleh pandang pada dia lagi. Biar dia rasa bagaimana aku rasa. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Sanggup dia menduakan cinta dan kasih yang aku dah curahkan padanya. Kalau dulu, dialah penyeri hidup dan pembangkit semangatku untuk teruskan cita-cita aku sepanjang aku di fakulti. Tapi kini tidak lagi. Aku kembali sendiri seperti mula-mula aku melangkah datang  ke sini tiga tahun yang lalu. Aku rela bersendiri tanpa cinta. Biarlah sendiri, asalkan hidup aku tenang. Walaupun luka terasa sakit dan pedih, masih berdarah, akan aku rawat sendiri. Aku tahu agak sukar, namun untuk merawat dengan cara menerimanya kembali, aku rasa baik tak payah.


AKU menjalani hari-hariku seperti biasa. Aku cuba tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dari aku memikirkan hal perempuan tu, Tak ada faedah pun kalau terus memikirkan dia yang tak setia. Empat bulan lagi aku bakal menjalani praktikal. Aku yakin aku boleh buat. Aku tak mahu kecewakan dady. Aku tahu, dady benar-benar berharap aku berjaya. Aku yakin, kalau mummy ada, pasti dia pun mengharap seperti dady.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat singkirkan dia dari fikiran aku. Walaupun dia masih seperti sengaja tonjolkan diri depan aku, aku cuba mengelak agar tidak bertembung. Namun sejak akhir-akhir ini, Azie semakin bersemangat menonjolkan diri. Kadang-kadang aku naik rimas. Nak saja aku hamburkan kata-kata penyedap telinga agar jangan mengganggu aku. Apa dia ingat aku nak terima dia balik walau dia buat lembut dan ayu macam Siti Saleha atau Emma Maimbong? Boleh jalan la..!

“Kau nak ikut tak?” Tanya Razif yang dah siap untuk ke perpustakaan. Terangkat kepala aku dari pembaringan.

“Tak kot! Aku ada kerja sikit ni” Jawabku selamba tanpa memandangnya.

“Tak bestla kau tak join! Jomlah..! please..penting ni..!”

Razif asyik merayu hingga aku naik rimas. Dah macam perempuan tu pulak. Yang sebenarnya aku malas nak ke perpustakaan sebab tak mahu bertembung dengan perempuan tu. Aku tahu, waktu-waktu macam ni, Azie dan kawan-kawannya sibuk di situ. Perempuan tu pulak, dah macam tak ada lelaki lain yang dia nak kejar. Rasanya dalam fakulti ni ramai yang lebih kacak dan macho macam aku. Tapi kenapa aku juga yang dia kejar?

“Aku malaslah Zif! Kerja aku tak habis lagi ni..”

“Ala..kejap je! Sejam je! Lepas tu kita balik la..”

Aku makin rimas dengan rayuan Razif. Nasib baik dah tua, kalau budak-budak, aku sumbat dalam loker.

“Yelah yelah..! aku ikut. Tapi kejap saja tau! Cukup sejam kalau kau tak siap jugak, aku balik dulu” Pesanku pada Razif. Dengan sengehan dan anggukan Razif, aku mula mengemas meja tulisku lalu mula bersiap untuk ke perpustakaan. Nak buat macam mana, aku ni dah memang dilahirkan dengan sifat yang mudah kasihan dengan orang. Tambah-tambah pulak kalau dengan orang yang pandai buat muka macam Razif tadi. Tapi kalau pada perempuan tu, memang aku tak bagi can, walaupun dia datang bersujud di kaki aku.


MELILAU mata aku mencari-cari ketika sampai di perpustakaan. Dari bilik aku tadi, tak henti-henti aku berdoa agar aku tak bertembung dengan perempuan tu. Alhamdulillah..bayang dia tak ada. Aman aku rasa. Dari tadi aku dah nekad kalau perempuan tu tiba-tiba muncul depan aku, aku terpaksa tinggalkan Razif di situ. Kalau Razif nak marahpun marahlah. Aku tak hairan.

“Zif, aku ke toilet sekejap. Kalau kau dah nak balik, baliklah dulu. Aku cadang nak lama lagi dekat sini” Bisik aku pada Razif setelah hampir sejam dalam perpustakaan.

“Ait! Tadi macam takut-takut, sekarang nak bertapa lama pulak dekat sini?”

“Tadi aku ingat ada janda aku tu..!”

Rilaxlah..! nikan library. Takkan dia nak buat hal dekat dalam ni..”

“Kau tak kenal dengan janda aku tu. Kalau dia nak hamuk, bukan kira tempat. Dalam masjid pun kalau dia nak jerit, dia jerit je!”

Okeylah! Kau pergilah toilet dulu. Kalau kau cakap macam tu, aku pun nak lama lagi dalam ni.”



NUR
Pertemuan, perpisahan, jodoh, ajal maut semuanya ketentuan tuhan..
“SUDAH-SUDAHLAH tu..! Tak guna kau nangis berhari-hari berminggu-minggu  bagai nak rak kerana lelaki tu. Bukan dia sorang yang ada dalam dunia ni. Aku tengok tak ada istimewa langsung bekas kau tu! Ada baiknya kau ikut aku ke perpustakaan. Ingat sama exam dah dekat!” Aku dah habis modal memujuk Azie yang sejak  tadi tak henti menangis. Rasanya dah hampir sebulan dia putus dengan Aidil, tapi masih belum boleh terima kenyataan.  Apa yang dia pandang pada budak Aidil tu pun aku tak tahu. Nak kata handsome, tak adalah handsome sangat. Handsome lagi kawan baiknya si Razif tu. Setakat putih macam anak cina je..!

“Aku sayangkan dia Nur! Kau tak faham apa yang aku rasa. Dah bertahun aku dengan dia, tak pernah dia marah aku. Tapi kerana salah sangka, begini dia layan aku tanpa mendengar dulu alasan aku.”

Hm..anggap saja dia bukan jodoh kau. Mana tahu lepas ni kau jumpa dengan yang lebih baik lagi dari dia. Tapi apa sebenarnya yang berlaku?” Aku cuba busybody.

“Aku hanya nak kan dia! Dalam hal ni aku tak salah. Salah faham saja ni. Manalah aku tahu benda ni nak jadi pada aku. Aku pun tak tahu budak mana yang gila sangat buat kerja tak berfaedah tu. Kebetulan masa tu Aidil nampak aku dengan budak tu. Yang Aidil pulak, percaya seratus peratus aku curang. Dia kata dah banyak kali dia nampak aku dengan budak tu. Nampak sangat dia menipu sedangkan baru itulah kali pertama aku bersua dengan budak tu! Aku rasa budak tu salah orang. Siap panggil sayang kat aku.” Bentak Azie geram.

“Salah orang? Pelik! Takkan budak tu tak kenal awek sendiri?”

“Budak tu cari adik aku kot!” Terus saja Azie menceritakan hal sebenar pada aku. Aku angguk-angguk tanda faham cerita Azie.

“Aku tak tahu apa yang kau pandang pada mamat tu. Setahu aku dia tu memilih kalau nak berkawan. Aku tahulah kau tu setaraf dengan dia, sebab tu dulu dia terima kau. Kalau kau tu bukan anak orang berada, dah tentu dia tak pandang kau.”

“Kau rasa-rasa dia dah ada yang lain lebih hebat dari aku? Sebab tu dia sengaja tak mahu dengar alasan aku?” Azie tanya aku sambil mengesat air mata. Aku angkat bahu tanda tidak tahu. Bukan aku nak jadi batu api, cuma aku harap Azie buka mata luas-luas yang budak Aidil tu tak akan terima lagi dia. Aku nak Azie tumpukan perhatian pada pelajaran. Bukan aku tak pernah dengar cerita tentang Aidil tu, dah banyak kali aku dengar. Bukan saja dari mulut Azie, malah dari mulut-mulut pelajar lain yang tidak puas hati dengan sikap mamat tu. Berlagak, sombong, kerek. Semua ada. Kadang-kadang aku pelik dengan Azie, walaupun tahu kekasihnya berperangai macam tu, dia masih ada perasaan sayang pada kekasihnya tu. Hishh! pelik betullah perempuan ni.

Akhirnya Azie berjaya jugak aku pujuk agar ikut aku ke perpustakaan. Aku harap dia tidak terus mengharap pada lelaki itu kerana aku yakin dia akan dapat yang lebih baik lagi.

“Terima kasih Nur. Aku rasa aku tahu apa aku nak buat lepas ni. Mungkin betul kata kau tu. Aku ni sepatutnya tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, bukan percintaan yang belum menjanjikan apa-apa.”

Aku tersenyum lega dengar kata-kata Azie. Aku harap lepas ni tak payahlah dia nak mengharap lagi pada budak Aidil tu. Kumbang bukan seekor. Masih banyak di luar sana yang boleh dipilih untuk dijadikan teman hidup.

Ketika sampai depan pintu perpustakaan, bahu aku sakit dirempuh seseorang. Buku yang aku pegang berterabur atas lantai. Nyaris-nyaris cermin mata yang aku pakai terjatuh. Nasib baik sempat aku pegang. Kalau tidak, terpaksalah aku keluarkan duit simpanan untuk baiki cermin mata aku ni. Ni sajalah harta yang ibu angkat aku tinggalkan pada aku.

Hoi! Buta ke?” Tempik seseorang depan aku. Aku terkesima sambil memandang wajah bengis depan aku.

“Aidil?” Tempik Azie nyaring.

Aku tengok muka bengis Aidil dah bertukar kepada terkejut. Tanpa ucapan maaf dia terus berlalu pergi dalam keadaan kelam kabut.

“Kau okey ke Nur?” Tanya Azie pada aku sambil menolong aku mengutip buku aku yang berterabur.

Okey..!”

“Kurang ajar betul Aidil tu. Sudah langgar orang, tengking-tengking orang pulak. Malanglah siapa yang jadi bini dia!” Gerutu Azie geram. Dalam hati aku nak tergelak tengok telatah Azie.

“Bukan ke sebelum ni kau tu calon isteri dia?” Aku sengaja mengusik Azie.

Aghh..! Kalau perangai tak semenggah macam tu, bagi free pun aku tak mahu!”

“Dahlah Azie! Aku okey. Jomlah masuk” Balasku sambil merangkul tangannya agar mengikut aku. Dengan Azie ni bukan boleh harap sangat. Kalau dibiarkan barannya tu, silap-silap teruk budak Aidil tu dikerjakannya.


AIDIL
“WOI! Apa kes ni? Berzaman aku tunggu kau dalam library tu!”  Tempik Razif sambil meletakkan buku-bukunya atas meja tulis. Buku aku yang aku tunggalkan tadi diserahkan pada aku. Marah betul Razif pada aku. Aku tahu kesalahan yang aku dah buat. Memang tadi aku cadang nak ke perpustakaan semula lepas keluar toilet. Tapi bila mengenangkan Azie berada sama dalam tu, aku terpaksa bantutkan hajat aku tu.

“Takkanlah kau tak nampak janda aku kat dalam tu tadi?"

“Siapa? Azie?”

Aku tak jawab tapi sekadar menjeling geram. Buat-buat tanya pulak! Mendengar nama tu buat aku sakit hati dan telinga.

“Ala..takkanlah sebab tu kau tak jadi nak sambung study dalam library tu? Rilexlah..!”

Rilax kepala tokwan kau! Malaslah aku. Dahlah tadi masa aku keluar, dia tempik aku sebab aku terlanggar kawan dia. Tak mustahil kalau dia tempik aku lagi kalau nampak aku dalam tu.”

“Kau langgar kawan dia?”

“Aku tak sengaja. Aku nak cepat tadi.”

Cun budak tu. Terpikat pulak!” Tiba-tiba Razif mula buka topik lain.

“Siapa? Kawan janda aku tu?” Aku geleng kepala bila Razif angguk kepala. “Apa punya teste lah kau ni! Tak menarik langsung budak tu. Selekeh je aku tengok. Fesyen pun ala-ala kampong. Cermin mata besar zaman bilalah punya dia pakai. Dah macam nyonya yang selalu lepak dekat kedai basikal kat kawasan rumah aku je! Macam tak mengikuti perkembangan terkini langsung!”

“Itulah kau! Ciri-ciri perempuan macam tulah yang orang nak cari. Bukan macam janda kau tu. Fesyen dah terlebih zaman. Sakit mata kalau selalu pandang. Aku tahulah citarasa kau tu tak sama macam aku. Tapi janganlah mengutuk. Dengar dek tuan punya badan, terasa dia nanti. Cuba kalau orang kata kau macam tu, apa yang kau rasa?”

Eleh! Fesyen terlebih zaman konon. Entah-entah esok-esok janda aku tu yang dia buat bini. Sempat aku kutuk Razif dalam hati. Aku diam saja dengar Razuf cakap macam tu.  Sedikit-sedikit aku rasa bersalah. Tapi nak buat macam mana. Dah memang aku macam ni. Masa mula-mula masuk sini, aku payah nak dapat kawan sebab aku terlalu memilih kawan. Nasib baiklah dapat kenal dengan Razif. Tu pun sebab Razif ni anak seorang dekan dalam kampus ni. Kalau tidak, dah tentu aku tak layan.

Masa zaman sekolah dulu pun aku macam ni. Kawan-kawan aku terdiri daripada anak-anak orang berada dan ternama. Jika ada yang low class memang aku tak pandang. Aku tahu dalam kampus ni ramai yang tak suka dengan sikap aku. Ada yang kata aku sombong tak bertempat. Tapi aku buat pekak saja. Katalah apa pun , aku tak hairan pun. Dah memang sifat aku macam ni sejak azali. Bukan aku tak cuba ubah, dah banyak kali aku cuba, tapi aku tetap macam ni. Mungkin sebab aku dah diasuh oleh dady agar berpegang pada perinsip hidup yang aku bina sendiri.

Jika nak dibandingkan Azie dengan kaum-kaum hawa yang lain, memang ada yang lebih cantik dan anggun serta berasal dari keluarga-keluarga ternama. Tapi entah kenapa hanya dia yang aku nampak mampu menawan hati aku. Yang aku sedar, Azie pandai mengambil hati aku. Tapi selepas apa yang berlaku, aku rasa aku tak patut beri dia peluang. Bukan sekali aku nampak dia dengan budak tu. Masuk ni dah tiga kali. Tiap kali tanya, Azie kata tak tahu dan tak kenal. Dia ingat aku ni bodoh sangat kot!

“Apa salahnya kalau kau maafkan saja Azie tu. Korang pun kawan dah lama. Tak rasa rugi ke? Dulu aku tengok bukan main sayang lagi kau pada dia. Lagipun kau memang padan sangat dengan dia. Ada rupa sepadan, berharta, dan berasal dari keluarga dan keturunan yang baik-baik.”

Aku tak tahu apa maksud kata-kata Razif tu. Adakah itu ayat penyata atau ayat menyindir. Yang aku sedar, ayat tu lebih kepada sindiran tajam yang menyakitkan telinga aku. Aku pandang tajam muka Razif yang sedang tersengih. Sah! Dia menyindir. Hampeh punya kawan.

“Kalau aku tahu perangai dia macam tu, tak ingin aku terima dia. Kau pun tahu perinsip hidup akukan?”

“Jangan memilih sangat kawan! Silap-silap pilih, kau dapat yang tak bersekolah kot!”

Huh! Tak ingin aku. Bakal penyeri hidup aku nanti haruslah yang sekufu dengan aku. Yang paling aku titik beratkan ialah dia mesti cantik, berpelajaran, dan yang penting berasal dari keturunan yang baik-baik macam aku. Bila dah kawin aku nak dia berkerja yang sesuai dengan kelulusan dia. Bukan aku nak mendera dan menyiksa dia suruh kumpul harta untuk aku. Bukan juga sebab aku kedekut. Aku nak dia kerja sebab aku tak mahu dia boring duduk di rumah. Disamping tu juga, aku nak dia tak terlalu bergantung hidup pada aku. Aku tak tahu sejauh mana jodoh aku dengan isteri aku nanti. Buatnya sekerat jalan, kan naya je hidup dia nanti. Sebab tu aku nak cari yang berpelajaran macam aku. Aku yakin isteri aku nanti seorang yang bijak dan mampu menjadikan aku bangga dengan dia.”

“Amboi-amboi..! Tinggi sungguh angan-angan kau tu. Yelah tu..! Aku doakan semoga termakbullah impian kau. Jangan kau dapat  minah kilang yang tak lulus PMR or SPM sudahlah..!” 

Razif masih menguji tahap kesabaran aku.

Coii! Mulut capui! Mintak simpang malaikat empat puluh empat! Aku sanggup bujang sampai ke tua dari kawin dengan minah kilang. Isteri aku nanti, paling koman pun cikgu. Cikgu tadika pun kira okey asalkan dia ada pendidikan.”

Aku masih dengan pendirian aku. Bila tengok Razif hanya diam sambil tersenyum dan menggeleng kepala, aku dah tahu Razif dah malas nak berdebat dengan aku. Kiranya dalam sesi debat ni aku diisytiharkan sebagai “The Winner!!”

No comments: