PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 2 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

2
NUR
Bila melihat laut luas, seolah-olah jiwa merasa bebas.
MASUK hari ni cukup lima bulan aku berkerja. Lapang fikiran bila diterima menjawat jawatan sebagai seorang Instructor di sebuah kilang elektronik. Kalau sebelum ni aku pening kepala tak tahu mana tempat nak kerja. Nasib baiklah ada Nancy. Dia yang mencadangkan aku berkerja di situ.

Alhamdulillah..! Senang sikit hati aku bila diterima. Senang juga hati aku bila aku ada masa melawat emak di hospital jika hari cuti. Memandangkan aku berkerja waktu pejabat, tak menjadi masalah untuk aku melawat emak pada hujung minggu. Cuma jika aku terpaksa masuk shit, terpaksalah aku berkorban waktu tidak dapat melawat emak di hospital.

Kalau fikir-fikir kerja aku ni taklah teruk mana. Cuma mengajar pekerja-pekerja baru mengendalikan mesin. Memandangkan semua mesin-mesin dalam kilang ini dari Jepun, aku tak ada masalah untuk mengendalikan mesin-mesin tersebut kerana aku pernah berkerja di sana selama hampir dua tahun. Kerana pengalaman aku tu jugalah aku mudah mendapat jawatan itu. Paling menguntungkan aku lagi, bila aku fasih berbahasa Jepun dan Korea. Pernah juga ketua aku menyarankan agar aku  menjawat jawatan sebagai translator jika ada custumer dari Jepun datang, tapi aku menolak kerana aku lebih senang mengajar. Tapi jika syarikat ingin memerlukan khidmat aku sebagai translator, aku sudi membantu dengan ikhlas.

Kelmarin aku dapat email dari Azie. Seronok bukan main lagi dia bila bagi tahu yang dia nak kawin. Aku turut rasa seronok atas berita gembira kawan aku tu. Dia minta aku jadi pengapit tapi aku terpaksa menolak kerana kampungnya tu jauh sangat dari tanah semenanjung. Bukan aku tak biasa terbang jauh, cuma kalau boleh aku nak habiskan masa cuti aku menemani emak di hospital.

Lima bulan aku di Perak selepas tamat belajar di UM, belum sekali pun aku tak pernah miss ke hospital melawat emak pada hujung minggu. Menurut Doktor Zikri yang merawat emak, keadaan emak masih seperti dulu. Langsung tak ada perubahan. Dulu sebelum Doktor Zikri, Dokter Aziyan yang merawat emak. Bila aku pulang ke tanah air, aku dapat tahu Dokter Aziyan sudah pencen dan tempatnya diambil alih oleh dokter baru. Sebelum aku bertolak ke Jepun dulu, aku memohon agar pada pihak hospital membenarkan emak tinggal di situ sepanjang aku di tempat orang. Alhamdulillah, permohonan aku diterima dengan pertolongan Dokter Aziyan kerana  emak tiada saudara mara kecuali aku dan Mak Da.

Aku dijaga oleh Mak Da sejak umur aku empat bulan. Begitulah yang diceritakan oleh arwah Mak Da ketika umur aku dua belas tahun. Dunia aku cuma ada Mak Da, emak dan Dokter Aziyan saja ketika itu. Kadang-kadang aku rasa cemburu pada kawan-kawan yang memiliki ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang mengambil berat. Pada aku hanya ada Mak Da. Mak Da bukanlah sesiapa dengan aku. Dia hanyalah jiran sahaja. Nak kata bau-bau macang pun jauh sekali. Yang aku tahu Mak Da hidup sebatang kara di kampung aku tu selepas kematian suaminya. Anak? Dia tak ada anak. Kerana sifat perihatinnya pada aku dan emak, dia sanggup bersusah payah menjaga aku hingga aku besar dan berjaya menjadi manusia yang bangga pada diri sendiri. Aku yakin tanpa Mak Da, pasti aku tak mampu berdiri dengan kaki sendiri seperti sekarang.

Namun kejayaanku ini tak sempat aku kongsi bersama Mak Da. Sekembalinya aku ke tanah air, Mak Da dah lama pergi tinggalkan aku. Aku sedih dan aku kecewa kerana tiada siapa yang memaklumkan hal Mak Da pada aku. Tak dapat aku bayangkan keadaan Mak Da ketika nafas terakhirnya. Namun aku masih cuba menarik nafas lega bila Tok Ketua memberitahu yang Mak Da meninggal di hospital dan ditemani orang kampung ketika nafas terakhirnya. Menurut Tok Ketua lagi, Mak Da melarang memberitahu pada aku kerana tidak mahu pelajaran aku terganggu. Ah! Kenapa Mak Da fikir begitu? Kalau aku tahu keadaannya yang sebenar, dah tentu aku pulang. Sedangkan ketika itu aku sudah tamat belajar. Kerana ingin mencari pengalaman, aku cuba berkerja di sana demi mendapat pengalaman. Kadang-kadang rasa menyesal pulak bila buat keputusan begitu. Kalau tidak, dah tentu aku dapat menemani Mak Da.

Masih teringat-ingat kata-kata nasihat Mak Da sewaktu aku mula mendapat tawaran ke Jepun. Pada mulanya aku ingin menolak bila memikirkan Mak Da yang semakin uzur dan keadaan emak yang entah boleh pulih atau tidak. Kata pujuk rayu Mak Da terpaksa aku ikut selepas penat dia memujuk agar aku terima tawaran itu.

“Pergilah! Rugi kalau Nur tolak”

“Tapi Nur tak sampai hati tinggalkan Mak Da dan emak dekat sini”

“Tak sampai hati kenapa pulak? Mak Da bukan sakit. Fasal mak Nur tu, tak payahlah Nur risaukan. Dekat hospital tu ramai yang boleh tengok-tengokkan mak. Sekarang ni Nur teruskan dulu cita-cita Nur tu. Nur kena ingat, hanya bila Nur berjaya, baru Nur boleh jaga mak Nur tu. Selagi Nur masih belum berjaya, Mak Da tak yakin Nur mampu menjaga dia.”

Kata-kata Mak Da sudah mula buat aku serba salah. Aku berdesit perlahan.

“Tapi empat tahun tu lama Mak Da..!”

“Tak lama lah..! Pejam celik-pejam celik, cukuplah empat tahun..!”

“Mak Da ni macam suka je Nur pergi. Mak Da rasa susah ke jaga Nur ni?” Aku tanya setelah aku mula rasa sebak.

“Kenapa Nur cakap macam ni? Mak Da tak pernah rasa susah jaga Nur dan mak Nur. Bagi Mak Da, Nur ni anugerah dari tuhan buat Mak Da yang sebatang kara ni. Mak Da bersyukur kerana Allah beri Mak Da kesempatan merasa hidup ada anak walaupun Nur bukanlah siapa-siapa dengan Mak Da.”

Aku semakin serba salah. Tak sepatutnya aku cakap begitu pada Mak Da yang sudah bersusah payah menjaga aku sejak aku berumur empat bulan hinggalah umur aku lapan belas tahun.

“Nur pun beruntung dapat Mak Da. Mak Da sanggup jaga Nur dan emak sedangkan kita tak ada apa-apa pertalian persaudaraan. Nur malu dengan Mak Da sebab menyusahkan Mak Da.”

“Jangan fikir macam tu Nur! Sejak Mak Da jumpa Nur sedang menangis kelaparan, Mak Da dah nekad untuk mengambil Nur jadi anak Mak Da. Emak Nur tu dah macam adik Mak Da.”

Air mata aku mula mengalir lepas dengar Mak Da cakap macam tu. Aku terharu kerana masih ada manusia yang berhati mulia seperti Mak Da.

“Nur pergi ye? Mak Da akan tunggu Nur balik” Mak Da masih dengan misi memujuk.

“Kan seronok kalau emak dapat hantar Nur pergi” Tiba-tiba aku teringatkan emak.

“Janganlah Nur cakap macam tu.. Dah macam menolak takdir pulak!”

“Nur tak menolak takdir Mak Da, tapi Nur rasa kesal sikit bila kehidupan Nur ditakdirkan macam ni. Ada mak tapi macam tak ada. Ada ayah tapi sampai sekarang tak tahu berita. Kakak-kakak dan abang Nur entah apa khabar mereka. Rupa mereka pun Nur tak pernah tahu macam mana.”

“Sudahlah Nur! Jangan difikirkan sangat hal tu. Sekarang, Nur tumpukan saja pada pelajaran. Mak Da yakin satu hari nanti, jawapan sebenar pasti Nur akan jumpa.”

“Insyaallah Mak Da!”

Lamunanku terhenti ketika jam dinding berdeting sebanyak sepuluh kali menandakan sudah pukul sepuluh malam. Lama betul aku berkhayal. Selepas solat maghrib tadi, aku duduk di depan meja solek aku sambil merenung gambar arwah Mak Da. Ah Mak Da! Kenapa cepat sangat kau pergi tinggalkan aku? Tak sempat aku nak membalas segala jasa yang telah engkau berikan pada aku dan emak. Rinduku pada Mak Da makin membuak-buak setiap kali selesai solat Maghrib. Hanya ayat suci al quran saja yang mampu aku sedekahkan pada dia  sebagai tanda ikhlas aku membalas jasanya. Semoga kau tenang di sana sayang..! Sayang Mak Da..!

Aku cadang selepas solat isyak, aku nak terus tidur. Esok pasti aku rasa sibuk sebab tadi aku dapat ramai pelajar baru. Hampir dua puluh orang pekerja indonesia baru tiba. Aku kena tiba awal esok sebab banyak yang perlu aku uruskan sebelum mulakan kerja. Nasib baiklah aku ada rakan baik sehebat Nancy. Kalau tidak pasti hidup aku semakin sukar. 

No comments: