2(1)
MINGGU ni
tukar shift petang. Argghh! boringnya..! Memang aku tak suka shift petang. Bagi aku, kerja dari
pukul dua petang hingga sepuluh malam hanya buang masa saja. Tak ada apa yang
boleh dibuat sebelum dan selepas bekerja melainkan tidur kerja tidur. Balik
pukul sepuluh malam, badan dah penat, sah-sah kena tidur lagi.
Huarggh..! ngantuknya..! Ngomelku
sendiri sambil berdiri depan mesin wire
bond AB 308. Disebabkan hari ni rakan semodule
aku Shidah cuti , jadi bertambah-tambahlah kerja aku. Sepuluh mesin aku kena
jaga seorang. Penat giler.! Paling
memenatkan bila Kak Zah iaitu leader wire
bond shift aku terpaksa juga ambil cuti kecemasan. Katanya emaknya
tiba-tiba jatuh dan dia terpaksa pulang segera. Jadi secara automatiknya akulah
mangsa yang terpaksa ambil alih tugas tu. Sambil-sambil tu mesin aku kena jaga
jugak. Wa.! makin-makin bertambahlah
kerja aku.. Line yang berekon aku rasa panas semacam. Panas
aku menggelegak apabila supervisor, manager dan engenier asyik pandang-pandang
dari luar melalui tingkap cermin tengok module
aku yang lengang. Aku buat dek je..kalau
dia orang masuk marah-marah, itu namanya sengaja mereka tempah alamat tak baik.
Tak lama kemudian, supervisor aku
yang perasan muda tu datang ke arah aku. Aku tahu dia tengah tersengeh-sengeh
sebab tengok aku sorang saja dalam module
tu. Aku buat muka serius. Konon-kononnya tanda protes sebab kena buat kerja
sorang.
“Pukul enam nanti ada budak shift malam masuk buat overlap.
Sementara tu you trylah buat apa-apa
yang patut dan termampu.” Ujar supervisor Guna perlahan sambil matanya melilau
melihat mesin-mesin aku yang dah keluarkan lampu merah tanda mesin tu berhenti
beroperasi kerana ada masalah. Sesekali
aku dengar dia mengeluh dan berdesit sambil menggeleng kepala. Output tak capai targetlah nampaknya..! Tu baru supervisor, kalau masuk engenier dah
tentu merungut fasal kualiti pulak. Nak kualiti bagus, buat sendirilah..!
Aku dah tersenyum
lebar di balik face mask yang aku
pakai. Hoyey!! Nasib baik dia cakap
macam tu. Kalau dia marah-marah, mau angin jugak aku. Nasib baik dia faham. Aku
pulak rasa bersalah sebab awal-awal tadi berperasangka buruk pada dia. Sorry ye Mr. Guna..saya tengah
berserabut sikit tadi.. bukan sikit, tapi banyak-banyak..
Jam enam petang aku
kena keluar rehat. Biasanya waktu rehat aku tak pernah keluar pun sebab aku tak
percayakan orang lain yang menjaga mesin aku. Buku-buku rekod mesin aku tak
suka ada tulisan lain selain tulisan aku. Bila itu yang terjadi aku cepat
marah. Bukan sebab sombong kerana tulisan aku cantik, cuma aku tak suka tengok.
Sebabkan sebentar lagi ada budak shift
malam akan masuk jaga mesin-mesin aku tu, jadi masuk nanti aku tak perlu lagi
tengok mesin-mesin aku tu sebab aku akan terus buat kerja leader, jadi aku ambil keputusan untuk keluar rehat sekejap. Kepala
otak aku dah rasa sesak sangat masa ni, jadi ada baiknya aku pergi tenangkan
dulu.
Sambil-sambil
menghirup nescafe panas yang aku bancuh sebentar tadi, aku baca novel yang aku
beli minggu lepas. Cadang tadi nak keluar makan, tapi bila mengenangkan banyak
lot yang perlu aku hantar ke QA sebentar lagi, aku bantutkan keinginan aku tu.
Aku tak mahu kelam kabut bila masuk nanti. Jadi aku ambil keputusan untuk
berehat di loker erea saja sambil
baca novel.
“Tak habis-habis dengan novel!” Tegur Kak Iyna T pada aku
ketika dia baru pulang dari cafeteria bersama Kak Fida. Aku senyum saja tanpa
tengok muka dia.
“Boleh kenyang ke?” Dia tanya sambil berdiri depan aku yang
tengah duduk atas lantai.
“Errrk..Alhamdulillah..!”
Tiba-tiba aku sendawa tanda kenyang. Aku sengeh pada dia. Dengan jelingan geram
Kak Iyna T berlalu pergi. Faham agaknya jawapan menyindir yang aku bagi tadi.
Kadang-kadang aku suka bayangkan watak yang aku baca itu
adalah aku sendiri. Rasa teringin sangat jadi seperti heroin dalam nevel-novel tu. Tapi bila kenangkan nasib diri yang
serba kekurangan, aku terpaksa sedar diri. Tapi kadang-kadang aku layan jugak
angan-angan aku tu. Manalah tahu, entah-entah angan-angan jadi kenyataan. Kan best kalau dapat jadi macam heroin yang
cantik dan berpelajaran. Walaupun orang kampung dan berasal dari keluarga yang
sederhana, mampu hidup senang dengan usahanya untuk jadi seorang yang berjaya.
Paling buat aku teruja bila ada hero yang sedang setia menanti. Waduh-waduh..! dapat pulak hero yang menggugat jiwa. Boleh buat
jantung wa bergoncang gedung-gedung-gedung..! Tapi..apakan
daya. Aku ni setakat SPM saja..manalah layak nak dapat macam tu. Nak dapat pulak
boyfriend yang macho. Jangan
haraplah..! Tapi aku selalu angan-angankan dapat boyfriend macam Adham macam watak dalam novel ‘Ucapkan kau Rindu’.
Aduh.! Romantiknya.. Tapi aku ni, usahkan boyfriend
seorang jurutera, arkitek atau pilot, operator
kilang pun tak pernah pandang aku. Yang sebenarnya bukan tak ada, cuma aku rasa
belum masanya lagi kot untuk aku bercinta. Muda lagi lah wei.! zaman kanak-kanak rabina belum puas lagi.
Hmm..Atee.! Kau boleh berangan sajalah
nak dapat macam Adham. Apalah nasib aku ni. Nak kata tak ada rupa, macam ada.
Kalau nak dibandingkan dengan budak-budak yang menyewa sekali dengan aku, aku
lebih ada rupa. Cewah..! Masuk bakul
angkat sendiri nampak..! Mestilah..! bakul sendiri, angkat sendirilah..! Tapi
memang betul pun..dia orang tu make-up
je lebih..
Tengah aku asyik
berangan-angan, telinga aku menangkap dua suara dari balik belakang loker aku.
Suara lelaki. Siapa ye? Rasanya dalam shift
aku tak ada operator lelaki.
Tiba-tiba aku teringat tentang budak overlap.
Mm..mungkin dia orang ni yang akan
jaga mesin aku nanti. Aku tengok jam kat tangan aku. Ha..ni yang buat aku angin ni.! Tulis dalam buku OT start kerja pukul enam petang tapi enam
setengah baru sampai. Habislah output aku hari ni..! Hi..lecehlah buat kerja dengan orang lelaki ni. Tegur sikit, ada
saja jawapannya. Bagi dia orang , kepala dia orang dah cukup keras. Nasib
baiklah dalam shift aku tak ada
lelaki. Dulu ada. Dia satu-satunya operator
lelaki dalam line aku tapi dia dah
berhenti sebab melanjutkan pelajaran. Dekat mana, aku tak pasti. Yang aku tahu
dia memang seorang pekerja yang rajin. Namanya Fairuz Ali. Mula-mula dulu masa
aku kenal dengan dia, aku ingat dia lagi tua dari aku sebab muka dia nampak
matang sangat. Rupa-rupanya muda dua tahun dari aku. Melepas..! Baru
cadang-cadang nak mengorat. Ngee..!
Kalau dia tahu mesti dia senyum sampai telinga. Dah tentu dia cop aku gedik. Bukan
aku tak tahu mulut dia yang lebih kurang aku. Orang sekarang kata ‘mulut longkang’.
Aku masih ingat masa
aku kurang sihat tapi aku masih ada hati nak pergi kerja. Terharunya aku bila
dia kata nak datang jemput aku. Segan jugak pertama kali naik motosikal dengan
dia. Tapi bila dia bersungguh nak tolong, aku tebalkan saja muka kulit licin
aku ni. Dia tu memang baik.! Aku dah anggap dia macam adik aku. Sehari dia tak
ada aku sunyi sangat. Mula- mula dulu masa dia pergi, aku menangis sampai
bengkak mata. Rindu sangat dekat adik aku tu. Aku harapkan dia sentiasa berjaya
dalam apa jua bidang yang dia ceburi. Ada juga aku cari dalam face book. Memang ada dan memang dia.! Ohh..dah kawin rupanya..! Aku tak pula
nak berakan dengan dia, takut-takut orang rumah dia salah faham pulak. Almakumlah..aku
dengan dia cuma beza dua tahun je..bila
dah berbual kata-kata sayang dan rindu tu macam dah biasa. Macam orang bercinta
pulak..! Dulu orang anggap aku ada apa-apa dengan dia sebab kita orang kamcing sangat. Bila aku bagi tahu yang
dia cuma adik angkat aku, barulah cerita tak betul tu senyap macam tu aje..
Aku tutup novel
yang aku pegang. Uniform kerja yang
aku pakai tidak aku tanggalkan kecuali face
mask. Aku bangun lalu melangkah perlahan menuju kearah suara yang aku dengar
tadi. Dengan wajah yang serius, aku tegur dia orang. Tujuan aku buka facemask
tu ialah nak bag dia orang tahu wajah aku sedang serius. Ye ke…? Bukan sebab
aku nak mereka tengok muka aku yang ala-ala Rani Murkheji ni..? Hahaha…dah
tentulah jawapan aku yang last tu…
“Assalamualaikum! Night
shift kan..?” Cewah! Aku tanya
mereka dalam bahasa omputih..!. Dia
orang pandang muka aku tergamam. Dah macam tengok bidadari pulak. Perlilah
tu..! Aku taulah aku tak lawa. Janganlah tengok aku macam tu..
“Waalaikummussalam..! Haah
malam.” Jawab salah seorang dari
mereka.
Aku tengok nama di bajunya. ASRI. Itulah nama yang sempat
aku baca. Yang seorang lagi aku tak sempat nak tengok sebab dia membelakangkan
aku. Sekali sekala saja dia toleh pandang aku. Tapi aku tak pandang langsung
pun pada dia sebab dia sedang sarungkan seluar kerja di kakinya. Takkanlah aku
nak tengok anak teruna orang pakai seluar.!
“Masuk module
tujuh ye! Cepat cikit.! Module tu tak
ada orang..!” Aku tegas bersuara. Dalam hati tuhan saja yang tahu betapa aku
dah kecut perut sebab bagi arahan pada kaum adam tu. Bila tengok dia orang, aku
rasa macam cakap dengan abang-abang aku pulak yang berumur dua puluh lapan yang dah kawin kini menetap di Kuala
Lumpur. Abang aku tu kembar sebab tu aku
sebut abang-abang.
“Sorry la..kami
lewat sikit. Jamed tadi..!” Asri cuba
beralasan.
Aku tak balas apa-apa lalu aku terus melangkah semula kearah
tempat aku lepak tadi. Jammed tak jammed..ada aku kisah? Seketika kemudian aku dengar dia orang ketawa kecil.
Mengumpat akulah tu..!
Tak sampai tiga bab
pun aku baca, aku terus bersiap untuk masuk semula dalam line production. Hati aku
tak sedap sebenarnya sebab asyik teringatkan kerja yang sedang menanti aku kat
dalam tu. Berdebar-debar jugak aku nak mengadap budak overlap yang masuk tadi. Selama ni aku tak pernah bagi apa-apa
arahan pada mana-mana pekerja lelaki. Kalau dulu, buat kerja bersama Fairuz,
aku tak rasa apa-apa sebab aku dengan Fairuz masa tu sama-sama operator. Tapi hari ni aku rasa lain
macam sangat. Macam-macam persoalan yang keluar dari kepala otak aku. Boleh ke
mereka terima aku sebagai ketua? Mahukah mereka dengar arahan aku? Aku takut
arahan aku nanti mereka anggap main-main.
Bila aku masuk, aku tengok dia orang dah start kerja. Tapi bila aku tengok ada line biru di lengan kiri dia orang, aku
jadi geram sikit. Kenapa aku tak perasan masa dia orang bersiap kat luar
tadi..? Mana aku tak geram..bila dah ada line
biru tu, maknanya dia orang masih dalam tranning.
Macam mana dia orang boleh dapat buat OT atau overlap kalau tranning
pun tak lepas lagi? Silap-silap haribulan, kalau dia orang buat silap, aku yang
kena jawab nanti. Mana Instructor dia
orang? Aku tak puas hati. Tambah-tambah pula bila tengok banyak mesin yang bertag merah ‘MESIN DOWN’ menandakan mesin tu ada problem. Masa aku keluar tadi
tak ada pulak masalah.
“Apa hal pulak dengan AB 12 dengan AB 17 ni..?” Aku tanya
pada dia orang berdua. Masing-masing dah pandang memandang. Sakit mata aku bila
tengok tag merah tu.
“Wire short on die
dengan non sticking’” Jawab Asri.
“Dah panggil teknisyen belum?” Aku tanya lagi.
“Dah! tapi dah dekat lima minit tak datang-datang juga.”
Dengar jawapan Asri, aku cuba tenangkan jugak hati aku ke
yang tengah hangat ni.
“Korang panggil sape?”
“Teknisyen Azwan”
Hish.! Aku geleng kepala. Kalau teknisyen melayu tu memang aku tak
harap sangat. Harap muka saja hendsome.
Kerja dia bagus sebenarnya, cuma yang aku tak berkenan, masa kerja asyik
mengayat minah Indon.
Mata aku liar mencari teknisyen. Aku tersenyum bila nampak lencai aku.
“Lengcai..! lai-lai..!”
Laungku dari module tujuh pada Leong salah seorang teknisyen yang baru masuk.
Baru lepas makan kot..
“Ye Lengloi..ada
masalah apa?” Teknisyen Leong tanya sambil laju melangkah ke arah ku.
“Mesin ni..dah lama down,
you tengokkan ye?” Aku buat-buat
suara merengek manja. Dengan teknisyen ni memang aku kena buat gedik sikit
sebab teknisyen cina ni ada hati kat aku. Sebab kerja, aku kena buat-buat baik
dengan dia, kalau tidak, mesti dia tak nak repair
mesin aku. Tu tak bererti aku nak menggatal.
Dia handsome sebab
tu aku panggil dia lengcai. Ada
iras-iras pelakon Hong Kong Leong Lai Meng. Katanya, aku cantik jadi tak salah
katanya kalau dia panggil aku lengloi.
Aku okey je..kembang pun ada..tapi aku ni waras lagi nak terima cinta dari
kaum lain walaupun aku pun ada sikit-sikit perasaan pada dia.. Macamlah orang
lelaki melayu dah pupus. Tapi kalau dia dah bersungguh-sungguh sampai sanggup
tukar agama, aku on je.. Tak baikkan
kalau kecewakan orang. Mak aku selalu pesan, nak cari pasangan hidup, cari yang
betul-betul suka dan cintakan kita. Bukannya memilih orang yang kita suka dan
cinta. Kerana memberi peluang pada yang lebih mencintai kita adalah jalan yang
lebih bahagia. Tapi, betul ke pendapat tu? Mampu ke kita hadap muka orang yang
kita tak cinta seumur hidup kita sedangkan kita tak ada apa-apa perasaan pada
dia? Kalau sekadar hormat, mampukah kita nak teruskan kehidupan macam hari-hari
biasa? Buatnya dapat macam muka yang tak berapa nak siap, naya je sisa-sisa hidup aku atas muka bumi
Allah ni. Memanglah ganjarannya hebat di sana nanti..tapi aku tak naklah..! Di
syurga nanti pun sah-sah aku dapat dia sebagai laki aku.!
Asyik aku berbual dengan lengcai
yang sibuk repair mesin AB 12, mata aku ter..alih pada sepasang mata yang asyik
memandang aku. Bila sedar dirinya aku balas pandang, cepat-cepat dia melarikan
pandangan dan meneruskan kerjanya. Aku pelik dan tertanya-tanya sendiri. Apa
hal Encik Harun ni? Pandang-pandang orang pulak..! Cepat-cepat aku keluar dari module tu, dah tak sanggup berdiri situ
lama-lama. Bikin wa sakit jantung.! Bertambah sakit bila tengok
dia orang berdua buat kerja. Huh.!
Habislah output aku hari ni...!
Tapi..bila fikir-fikirkan balik, aku kena bersyukur, daripada aku yang kena
buat sorang-sorang, baik hero-hero tu
yang buat. Nak tak nak aku kena redha andai itu yang terbaik buat aku tika itu.
Eh.! Aku cakap hero-hero tadikan? Hero
ke dia orang tu? Huh! Takde
maknanya...! Setakat datang tolong aku jaga mesin, masih belum boleh
dikategorikan sebagai Hero. Lainlah
kalau dia orang selamatkan aku dari mulut buaya atau harimau, barulah boleh
dikatakan hero.
No comments:
Post a Comment