11
“TIRAH, dua minggu lagi Tirah ambil cuti, tau.! Ambillah lama
sikit. Seminggu lagi bagus.”
Apa hallah pulak mak aku ni, tak pernah-pernah suruh aku
ambil cuti, tiba-tiba telefon suruh cuti..
“Apahal nya mak.? Nak buat kenduri ka.? Sakannya kenduri sampai suruh orang cuti sampai seminggu.
Macam kenduri orang nak kawin pulak.!”
“Memang pun.! Kelmarin ada rombongan datang meminang Tirah.
Ayah dah terima. Mak pun dah tengok orangnya. Padan sangat dengan Tirah. Mak
yakin Tirah mesti setuju. Orangnya taklah cerah sangat dan tak gelap. Muda,
kacak, kerja elok, berpendidikan tinggi. Macam yang Tirah nak tu la..!”
Aku dah terkejut beruk sambil cuba buka mata luas-luas tapi
mata aku masih berat nak buka.
“Apa dia.? Biaq betui mak..!”
Macam tak percaya dengan apa yang aku dengar. Aku dah cemas giler. Tapi mata aku yang mengantuk ni
semakin memberat.
“Apa tak betuinya
pulak..! Kan Tirah yang cakap dulu tak kisah sapa-sapa yang datang pinang. Ayah dah terima dan ayah dah selidik
siapa orang tu. Syarat-syarat yang Tirah nak tu semua ada kat dia. Dua minggu lagi dia orang datang bawak cincin tunang.
Dekat mak ni ada sebentuk sebagai tanda merisik. Kalau Tirah tak mau, bagi kat
maklah..biar mak yang pakai..!” Ulas mak aku lalu ketawa mengekek.
Geram pulak aku dengar mak aku cakap macam tu berselang
dengan ketawa. Boleh pulak buat muka tak malu pakai cincin aku. Jauh di sudut hati
aku rasa terhibur dengar mak aku gelak macam tu. Seronok sangat ke terima
menantu.? Yelah..menantu pilihan..! Buruk pun dia kata lawa..hitam pun dia kata
manis. Masa abang-abang aku kawin dulu ada-ada saja yang tak kena pada
pandangan mata emak. Nampak berumurlah, anak orang kaya sangatlah, tak pandai
mengemas dan memasaklah.. dan yang paling dia tak berkenan ialah bini-bini
abang aku tu sombong. Mereka tak pandai ambil hati tuanya. Sebab tulah mak aku
tak pernah nak memuji menantu-menantunya. Entah-entah menantu lelakinya ni lagi
teruk. Mula-mula tunjuklah baik. Bila esok-esok dah dapat aku, rumah mak ayah
aku pun tak mahu jejak. Bahaya kalau dapat laki macam tu. Silap-silap aku mati
sebab rindukan keluarga aku. Dahlah aku ni satu-satunya anak perempuan dia
orang yang ada. Tak dapat aku bayangkan kalau semua tu jadi dekat aku.
Minta-minta dijauhkan...!
“Hishh.! Ayah tu
dah siasat ke siapa budak tu.? Entah sapa-sapalah yang datang. Kita kenal
ke..?”
“Dia kata dia kenal Tirah dah lama. Cuma kamu saja yang tak
perasan. Katanya makan sepinggan pun pernah. Cuma tidur sebantal saja belum
lagi!”
Berkerut-kerut muka aku berfikir. Hish..! tak malu betul
cakap macam tu dekat mak ayah aku. Ada ke patut cerita aku pernah makan
sepinggan dengan dia.? Macam nak pekena aku je..! Nasib baik mak tak membebel
fasal tu.!
“Kenal dah lama? Siapa? Orang kampung kita ke mak?”
“Bukan orang kampung kita. Emak pun tak kenal keluarga dia.
Tapi dia kata dah kenal kamu dah lama.”
“Apa nama dia mak?” Aku kalut bertanya. Manalah tahu kot-kot
aku kenal. Entah-entah budak sekolah aku dulu. Mungkin ada orang minat aku masa
darjah satu dulu, macam lagu darjah satu tu..!
“Mm..nama dia Syed
Hassan. Dia kerja kat Arab nun..!”
Beria-ria emak aku bercerita. Berkerut-kerut muka aku memikirkan nama hamba
Allah yang memandai-mandai datang pinang aku ni. Anak Pak Syed manalah pulak
ni..!. Betul-betul orang Arab ke? Terbayang-bayang aku wajah-wajah orang arab
yang kacak-kacak. Aduh..! mesti comel-comel anak-anak aku nanti.!
“Kerja apa mak.?” Dalam bab ni aku kena tahu. Dibuatnya yang
datang tu kerja jual karpet yang datang kerumah-rumah tu, tak ke naya je aku
nanti.. Bila sebut nama bakal tunang aku tu, aku rasa pelik sangat. Apa kolot beno namanya tu.! Dah takde nama lain ke yang mak bapak dia
nak taruh?.
“Enjin..enjin...!” Mak aku jawab tergagap-gagap.
“Enjin apa mak..? Takkan kerja repair moto kot.. Ish.! tadi kata berpelajaran, tapi kerja
repair moto je? Taknaklah orang.!”
Bentak aku perlahan.
“Entahlah. Mak tak ingat dia kerja apa. Kamu balik, tanyalah
ayah sendiri. Mak nak sebut pun tak reti.” Balas emak aku teragak-agak.
“Tirah balik ye? Banyak yang nak sedia ni!”
“Alah mak..biarlah orang fikir dulu. Takkan nak terus terima
je..! Orangnya pun tak tengok lagi, macam mana nak terima!.”
“Tak payah fikir-fikirlah.. Ayah dengan mak yakin sangat
Tirah mesti setuju bila tengok dia.. Ayah pun dah setuju.”
Hm..aku nak cakap apa lagilah kalau mak aku macam dah
beria-ria benar.. Nak tak nak, kena ikut jugak la...
“Hmm.”
“Balik na..?
Banyak yang nak sedia ni..!” Mak semakin memujuk rayu
“Sedia apa pulak mak? Nak tunang, tunang jelah.!” Aku jawab
malas.
“Hish.! Budak ni..!
Siapkan barang hantaranlah..apa lagi.!”
“Oh..barang tu..! Mak nak orang buat apa.? Orang tak taulah fasal
barang-barang tu. Mak sedialah semua. Orang tak kisah. Orang ikut saja..!”
Jawab aku lagi.
“Mm..kalau macam tu takpalah.
Tapi nanti kalau ada yang tak berkenan, jangan nak mengomplen. Memang nak kena cabailah
mulut tu..!” Tegas suara mak bagi warning.
Aku bukan tau buat semua tu. Jadi aku serahkan semua pada mak. Rasa tak terdaya
nak menolak pinangan tu bila dengar suara mak.
Aku yakin mak adalah orang yang paling bahagia waktu ni.
“Bila nak balik?.”
“Lagi tiga hari nak majlis, orang baliklah.”
“Kenapa lambat sangat..?”
“Ala mak..! kalau
balik awal-awal pun bukan orang boleh buat apa.. Kan semua mak dah buat.!”
“Mm..ya lah. Tapi Tirah kena balik tau.!”
“Kalau tak balik.?” Sengaja nak mengusik orang tua tu.
“Janganlah.!. Atee Munirah tak sayang mak dengan ayah ka..? Malulah mak dengan ayah kalau
Tirah buat lagu tu.. Orang tu memang
berhajat sangat dapat bermenantukan Tirah.”
Ha..tu dia.! Puan Jamaliah dah dah..! Mak aku ni memang pandai buat suara
kesian minta simpati. Aku yang dengar pun kompem
automatik rasa simpati. Yelah Puan Jamaliah, anakmu ini sedia turut perintah..
“Ye..orang balik.! Nanti orang apply cuti. Kalau seminggu tu orang tak pasti dapat ke tidak, tapi
kalau setakat tiga hari tu, rasanya boleh sangat.”
Cepat-cepat aku pujuk hati mak aku yang sedang merintih sayu
tu. Mak aku ni kalau diberi watak jadi ibu kepada Melur dan Pekan dalam cerita ‘Batu
Belah Batu Bertangkup’, memang layak sangat. Cukup setahun kompem dia akan terima Anugerah Pelakun Ibu Mithali. Datuk Sarimah
Ahmad pun belum tentu akan dapat anugerah tu tau.!
AKU tersedar dari tidur bila jam dah ke pukul tiga petang. Fuhh! Lama betul aku tidur hari ni.
Biasanya pukul satu dah bangun. Tapi hari ni aku terlajak pulak. Cepat-cepat
aku bangun dan bergegas ke bilik air. Selepas mandi, cepat-cepat aku segerakan
solat zohor. Selepas enam bulan kerja dua belas jam sehari, baru minggu ni aku
dapat kembali kerja shift macam
biasa. Lega sangat..! Semua pekerja-pekerja indon yang aku train semuanya dah masuk shift.
Lepas ni bolehlah aku tarik nafas lega.
Lepas solat zohor,
aku duduk santai atas katil sambil mengadap rak novel aku yang bersusun kemas.
Tiba-tiba aku teringat tentang mimpi ngeri aku tadi. Fuhh! Nasib baik cuma mimpi. Kalau betul-betul macam manalah hidup
aku bergelar tunangan orang. Nak uruskan diri sendiri pun tak lulus lagi, macam
mana nak uruskan suami.?
Buat masa ni aku malas nak fikirkan tentang berumahtangga.
Mungkin dua atau tiga tahun lagi baru aku nak fikir. Sekarang aku nak kumpul
harta banyak-banyak dulu. Bila harta aku dah banyak baru aku nak kawin. Manalah
tahukan..entah-entah lepas kawin, laki aku tinggalkan aku. Masa tu aku taklah
susah sangat sebab harta aku dah bertimbun dan tak perlulah aku susah hati.
Zaman sekarang kalau baca bahan-bahan bacaan, tiada cerita lain melainkan
cerita tentang penceraian rumahtangga. Kadang-kadang aku rasa takut pulak nak
kawin. Fenomena kegagalan dalam perkahwinan ni dah jadi macam perkara biasa
pulak. Kalau yang tak ada anak tu, takpe
lagi. Tapi kalau yang ada anak berderet-deret tu, macam manalah ye..? Hee..tak dapat bayangkan kalau anak-anak
aku yang jadi mangsa.
Handset samsung yang aku letak tepi
bantal, aku capai untuk tengok kalau-kalau ada sesiapa yang menghantar mesej
atau call yang aku tak jawab. Hmm..
ada dua miss call pukul 9.20 pagi
tadi. Aku buka laman call, nama emak
jelas di skrin. Cepat-cepat aku call
balik. Risau jugak aku, kalau-kalau ada sesuatu yang berlaku di kampung.
“Apa halnya mak telefon tadi.?” Aku tanya sejurus selepas
menjawab salam mak.
“Bila pulak mak telefon..?” Mak tanya aku balik.
“Pukul sembilan tadi. Ni ada dua miss call dari nombor telefon rumah.”
“Oh.. Pasai tadi tulah..
yang mak cerita tadi..!”
“Pasai apa..?”
Aku tanya sampai berkerut dahi. Aku betul-betul tak tahu.
“Pasai orang
datang meminang tu la.. Kamu ni kenapa? Berangan?” Suara mak dah naik ke volume dua, lagi sikit nak naik tiga.
Aku semakin pelik.
“Pinang sapa? Sapa
yang mari pinang?” Aku tanya lagi. Otak aku dah tak boleh nak berfikir. Dah
kritikal. Tiba-tiba rasa cuak. Teringat kembali tentang mimpi ngeri aku tadi.
“Masyaallah budak ni..! Nak kena sungguh.! Pinang kamulah..takkan
pinang mak pulak.! Kan mak dah cakap tadi lagi dua minggu ada orang datang
bawak cincin tunang..!”
Makin tinggi suara emak, makin jauhlah cik samsung aku ni
dari telinga aku. Aku cuba ingat balik. Ya Allah.! Rupanya yang tadi tu
betul-betul. Aku sangkakan cuma mainan tidur je. Tak sangka betul-betul pulak.
Aku ketuk-ketuk kepala aku yang tiba-tiba terasa berdenyut.
Aduh..! Parah macam
ni. Baru je berangan-angan nak kumpul harta banyak-banyak. Boleh ke aku jadi
bini orang ni..? Otak pun aku rasa macam dah tak betul. Bila teringat balik apa
yang aku cakapkan pada ayah dulu, sikit-sikit aku rasa menyesal. Masa tu aku
tengah kecewa dengan Arie, sebab tu otak aku tak boleh berfungsi dengan betul.
Betullah kata pepatah, Telajak motobot boleh patah balik, tapi kalau terlajak
kata, seribu tahun cari jalan pun belum tentu boleh nampak jalan balik.
Agaknya macam
manalah rupa bakal tunang aku tu. Ingatan aku terlayar pada Arie.
Nampaknya selamat tinggallah sahabat ku
merangkap kekasih aku. Bukan aku tak setia, tapi awak yang tak
bersungguh-sungguh dalam hubungan ni. Dah
hampir dua tahun aku tunggu, dia tetap membisu dan menyepi. Sekarang aku
percaya dengan cerita-cerita negetif dia. Dia memang playboya. Aku je yang terlalu bodoh setia. Sepatutnya seawal dulu
lagi aku dah wajib sedar. Nak buat macam mana, aku yang bodoh. Sayang konon..! pooodah ..!! haq tui.!!
AKU dah malas nak fikir tentang majlis pertunangan aku yang
bakal berlangsung hujung minggu ni. Cuti aku pun dah diluluskan. Orang yang
paling terkejut dengan berita ni dah tentu Kak Ina T. Dialah satu-satunya hamba
Allah yang selalu sibuk bertanyakan bila aku nak kawin. Sedangkan dia tu lebih
tua dari aku. Berkepit dengan cik abangnya pun memanjang. Dulu dia selalu cakap
nak kawin dalam masa terdekat, tapi sampai sekarang, masih tak ada apa-apa
berita pun. Tup-tup, aku yang dapat
cincin dulu. Tak apalah Kak Ina..kalau ada jodoh tak kemana pon.. sabar ye..!
Esok aku dah nak
balik kampung. Cadang-cadangnya nak balik dengan gelpren aku ni je. Tapi awal-awal lagi emak aku dah pesan jangan
balik dengan motosikal aku tu. Kampung
aku tu bukan jauh sangat pun. Jadi aku ajak Fiza. Ahamdulillah Fiza setuju.
Taklah aku rasa sorang-sorang masa bakal mak mertua ku sarungkan cincin di jari
aku nanti. Aku buka laptop. Nama yang aku cari dah tentu Selipar Jepun. Aku nak
ceritakan tentang majlis aku. Kalau dia sudi datang dan jumpa aku hari tu,
mesti aku gembira. Tapi..dia nak datang ke.? Kadangkala aku rasa berdebar tiap
kali dia luahkan perasaan dia pada aku. Nampak macam bersungguh-sungguh
sedangkan aku hanya ingin berkawan saja dengan dia. Sebenarnya tak salah kalau
aku bagi peluang pada Ayie sebab aku pun masih sendiri. Tapi aku serba salah
kalau aku terima dia sebab selama ni cerita aku dengan Arie dah banyak yang aku
ceritakan pada dia. Aku tak mahu dia anggap aku terima dia hanya kerana
melepaskan kekecewaan dan bukan kerana cintakan dia. Hissh.! Pasai pa nama dia yang aku dok ingat la ni..semak
kejap fikiran.
-Hujung mggu ni sya nk jmput awk dtg rmh sya d kg. Sya nk betunang.-
Malu pulak bila bercerita terus macam tu. Apalah yang dia
fikirkan nanti.? Harap-harap dia tak marah..
-thniah..dgn dia ke.?-
Aku faham siapa yang Ayie maksudkan.
- xlah.! pilihan kluarga. Dh penat tggu dia. Nmpk sgt dia sengaja nk
main2kn sya.-
Aku luahkan apa yang aku rasa.
- kesian awk. sya turut rsa smpati. Awk x simpati kt sya ke.? Burung yg
sya cba pikat dh terlepas kt tangan org lain. Awk mmg ank yg baik. Patutlah
asyik menolak sya.-
Aku tersenyum hambar. Baik ke aku ni.? Malu pulak bila
dipuji macam tu.
- bkn sya menolak, cma sya blm ckup mngenali awk.-
- bkl awk ni awk knl ke.?-
Aku tersentak dengan sindiran tu. Niatnya nak kenal dengan
aku sebelum ni aku sengaja mengelak tapi bakal tunang aku ni langsung aku tak kenal
namun aku boleh pulak terima bulat-bulat. Tapi dalam hal ni agak berbeza sebab
ia membabitkan keluarga.
- sya yakin dgn kluarga sya. xkan dia org nk porak perandakan hidup
sya. Awk cri yg lain la..-
Pandai-pandai je aku beri cadangan.
- blh berangan je lah..! -
- Dulu sya pn suka berangan. Angan2 nk jd mcm heroin dlm novel. x sgka,
jd kenyataan plk.-
- Apa yg awk angnkn.?-
- kna kawin paksa..-
Aku dah bantai gelak lepas taip. Mesti dia pelik dengan
impian aku ni.
- haha..ada jgk org mcm awk ni kan.? kelakarla awk ni.. Mana ada orang
nak kena kawin paksa..! lps ni dh xblh nk gurau2 lg ngn awk.-
Aku ketawa kecil.
- Gurau dl fb blh je..nnt awk dtg ye.?-
- xblh jnji..-
-xkira, nk tggu jgk.!-
Aku tahan senyum aku agar tidak terburai tawa besar.
- sya hntr hadiah je lah..! -
- Awk nk bg apa.?-
- cincin.-
- xpyh kot..sbb hri tu pun sya akn dpt cincin.-
- nk kasi jgk. klu x, putus kawan.!-
Amboi..! Main ugut-ugut pulak dia ye..!
- ok. sya terima-
Aku dah bantai gelak.
- cncin mcm mna yg awk ska.?-
- sya suka yg ada satu batu sj. mst kaler biru atau merah.-
- ada apa-apa maksud ke dengan warna tu.?-
- Biru tu maknanya BN, Merah tu maknanya UMNO. Hahaha...xdelah. Gurau
je.. Xde apa-apa makna pun.. warna tu memang warna kegemaran sya.-
- Politik jgk awk ni ye.. xpe, ptg ni sya cri. hri mjlis nnt sya bwk.
kaler lain xnk.? mnalah tau klu kaler tu xde...-
Melopong mata aku. Niat aku nak bergurau je.
- awk serius ke.? sya main2 jelah.. awk dtg dh ckup buat sya teruja.-
- sblm sya balik, sudilah awk terima.. sya harap sgt2..-
Aku lepaskan keluhan berat. Nak taknak aku kena mengalah
jugak.
- Awk nk blk mana.? Kejap2.. skrg awk dkt mna.? Awk dkt umah kluarga
awk ke..?-
- Ye.. Dh dekat sbln sya kat msia.-
- Smpainya hati.. xckp pun..! Nk merajuk sebulanlah.! -
- Dulu awk ckp awk kerja dua belas jam selama enam bln. Sya rasa tempoh
tu dah habis sejak minggu lepas. Jadi sya balik la sbb nk jmpa awk. Tp hari ni
awk bgtau awk nk btunang. Bayangkan perasaan sya skrg.! Bayangkan kalau awk
berada ditmpt sya..-
Aku terkesima. Rasa bersalah datang bertubi-tubi. Tak sangka
aku telah menghampakan harapannya.
- Sya mntak maaf k.. Sya xde niat pun nk buat mcm tu. Sya x sgka awk
serius. Selama ni sya ingat awk main2.. Please..4gve me.. Sedihla.. saya nk
nangis ni..!-
Kena berlakon sikit. Memang aku rasa bersalah tapi taklah
sampai nak menangis. Rugi air mata aku.!
- Sya maafkn awk. Jnji awk terima cincin sya. Anggaplah itu tanda
persahabatan dan cinta sya pd awk.-
Aku berbelah bagi. Dalam terpaksa aku terima juga.
- ok..sya terima. Terima kasih awk.. Tiba2 rasa syg sgt kt awk..-
- Kasihmu kuterima. Mmg sejak dulu sya sygkn awk.-
Aku tersenyum
hambar membaca mesej Ayie. Tiba-tiba rasa sayu sebab dulu Arie selalu ungkapkan
ucapan macam tu tiap kali aku cakap terima kasih. Hmm..apahal pulak aku ni, tiba-tiba teringat kat dia. Dahlah Atee oii..sedarlah sikit, awak tu dah nak
jadi tunang orang. Lupa sajalah kumbang sekor tu. Ingat-ingat sama kumbang
sebenar awak nun.. Hmm.. macam
manalah aku nak ingat pada bakal aku tu, rupa dia pun aku tak tau.!
Sebelum tidur aku
cuba beristikharah. Harap-harap diberi petunjuk tentang bakal tunang aku.
Kadang-kadang rasa perasan cantik pulak sebab tak sangka ada peminat dalam
diam. Tapi siapa Syed Hassan? Aku tak pernah kenal dengan nama tu. Rasanya
zaman-zaman sekolah dulu pun aku tak pernah kenal dengan nama yang agak veteran
tu. Tak taulah pulak abang-abang senior tingkatan enam atas. Tapi aku yakin
sangat tak ada nama macam tu masa aku sekolah dulu, sebab aku ni aktif dalam
sukan dan kokorikulum. Boleh dikatakan 90% pelajar senior lelaki aku kenal.
Yang 10% lagi tu aku ingat-ingat lupa. Mungkin Syed Hassan ni berada dalam
kelompok 10% ni kot..! Agh..tak
mungkin.! Mak aku kata orangnya kacak. Mana mungkin aku tertinggal abang-abang
yang kacak dalam sekolah aku dulu. Boleh dikatakan semua abang-abang hensem kat sekolah aku kenal. Aku cadang
nak tanya Ana. Dulu masa sekolah aku dengan Ana memang aktif menonjolkan diri
dalam apa juga sukan atau berpersatuan. Tujuannya bukan untuk sekolah tapi
untuk menarik perhatian abang-abang senior. Gatal tak aku? Ngeee...!
No comments:
Post a Comment