PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 11 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

11
AIDIL
Siapa mereka untuk menentukan jalan hidup aku? Aku adalah aku…
KERETA yang aku pandu, laju meluncur ke rumah Mizi. Lepas ni aku kena jemput Mail pulak. Pada mulanya Mail menawarkan agar bawak kereta perdananya. Tapi aku menolak. Sebenarnya aku tak berkenan kalau guna barang orang sedangkan barang aku sendiri pun ada.

Best pulak naik kereta orang bujang ni!” Kata Mail lima minit selepas masuk ke dalam kereta.

“Sekali sekala naik kereta bujang, mestilah best..!” Balas Mail tersengeh-sengeh. Rasa kembang pulak aku bila dia orang puji keselesaan menaiki kereta aku.

“Dah berapa lama kau beli kereta ni Dil?” Tanya Mizi.

“Dah dekat tiga tahun. Daddy aku yang belikan. Aku bukan ada duit!”

“Untunglah kau ada bapak yang penyayang. Kalau aku jangan haraplah. Dah kerja baru merasa nak pandu kereta.”

“Ini pun sebab aku lulus semester pertama dulu. Dah tu pulak sebab aku merungut susah nak balik jenguk dia. Kalau tak, aku pun senasib dengan koranglah jugaklah agaknya.”

“Kira okeylah tu. Kalau akulah dapat bapak macam tu, rasa dunia ana yang punya!” Seloroh Mail lalu ketawa. Aku dan Mizi turut ketawa.

Aku mengaku aku pun rasa bertuah dan beruntung memilik bapa seperti daddy. Daddy benar-benar seorang bapa yang penyayang. Walaupun adakalanya dia garang tak bererti dia seorang pemarah dan baran. Garangnya bertempat.

Daddy aku memang bapa yang terbaik. Dua bulan aku duduk makan tidur dekat rumah sebab tak ada kerja. Dia tak kata apa pun. Cuma kadang-kadang aku yang tak selesa sebab menyusahkan dia. Nasib baiklah kakak aku ada. Dia yang masukkan aku kerja. Kalau tak kerana dia, sampai sekarang daddy aku yang tanggung aku.”

“Kakak? Kau ada kakak dekat kilang tu?” Aku angguk laju lepas Mizi tanya.

“Dia bahagian HR. Sebab tu korang tak pernah nampak.”

“Siapa? Kalau setakat orang HR, semua aku kenal.” Sampuk Mail pula.

“Rozaina Balqish.”

“Oh..yang suami dia tentera udara tu ke?” Aku angguk kepala dengar jawapan Mail.

“Mm..betullah tu! Aku kenal. Eh, tapi lainlah muka kau dengan dia.”

Mm..aku dah agak. Mesti dia orang cakap macam tu.

“Dia ikut daddy, aku ikut mummy aku!” Aku jawab malas. Kalaulah dia orang tengok daddy, tentu dia orang tak percaya. Muka Kak Ana dan Kak Ida langsung tiada mirip dady. Mummy? Lagilah tak ada langsung. Aku pun setakat ikut kulit putih mummy saja. Ciri-ciri lain memang tak ada.

“Eh! Aku dengar kilang yang kita nak pergi ni banyak orang Indon. Setahu aku awek-awek Indon memang mengancam giler!”

Aku tersenyum dengar Mizi mengubah tajuk perbualan. Lega sikit hati aku. Tak perlulah aku jawab soalan yang memeningkan kepala aku.

“Memang betul pun. Dekat sana ramai pekerja Indon. Tapi kenapa tempat kita tak ambil pekerja seberang ek? Kalau tak bolehlah kita try sorang dua!” Mail mula berbual nakal.

“Dil! Macam mana? Nak try tak kat sana nanti. Aku yakin sangat ramai minah Indon terpikat kat kau. Kau kan jambu lagi. Handsome pulak tu!”

Aku geleng kepala dengar ajaran merapu Mizi.

“Dah pupus ke orang perempuan dalam Malaysia ni? Aku bukan pandang rendah pada orang luar, cuma aku rasa tak payahlah aku nak susahkan diri cari yang jauh kalau yang dekat ramai dan senang nak pilih.”

“Bunyi macam dah ada je! Bila nak kenalkan pada kita orang? Kita orang pun nak tengok juga gadis idaman kau. Mesti cantik, cun dan putih macam kau.”

Aku geleng kepala dengan sikap mereka berdua.

“Tak ada maknanya! Aku masih solo. Bukan memilih tapi memang tak ada yang nak.”

“Eloklah tu! Nanti kita orang tolong kau cari sorang. Kau cakap saja macam mana. Nanti kami usahakan. Sambil-sambil tu bolehlah kami try sekali.”

Huh! Tak payahlah. Ingat benda macam ni boleh try-try ke? Setahu aku korang berdua dah kawin kan? Jadi, cubalah tunjuk contoh yang baik pada aku yang tak kawin lagi ni.” Berderai tawa Mizi dan Maik ketawakan aku. Apa yang lucu sangat pun aku tak tahu. Ayat sindir tajam pada dia orang pun lucu sangat ke?

“Alah..! gurau sikit pun dah nak marah ke kawan! Kami ni nampak je macam ni. Tapi sebenarnya kami ni pecinta setia pada anak-anak dan isteri, tau!” Tempelak Mizi serius.

“Tapi aku macam tak percaya kau tak ada awek. Kau ada rupa, kerja elok, keluarga berharta, takkanlah tak ada yang pandang kot!”

“Salah aku jugak. Dulu aku terlalu memilih. Nak yang sekufu saja. Bila yang sayang melepas ke tangan orang lain, aku tak tahu nak cari ganti. Yang dulu pun bukan aku yang ayat, dia yang ayat aku.”

“Biar betul Dil! Maknanya kau tak pandai ayat perempuan? Macam tu? Pelik betul aku dengan orang macam kau ni. Muka handsome, hati..hampeh!”

Sindir tajam Mizi buat aku jeling geram.

“Kau tak teringin kawin macam kita orang ni?” Tanya Mail di belakangku.

“Seronok ke kawin?”

Try dulu baru tahu best tak best!”

“Boleh try-try ke kawin ni?” Aku pelik dengan ayat Mail.

“Maksud aku kau kawinlah kalau nak tahu macam mana rasa bila dah kawin. Aku yakin kau akan menyesal sebab awal-awal tak kawin.”

“Ye ke?” Macam menarik pulak aku dengar ayat Mail.

“Perkahwinan mengajar aku berfikiran matang. Kalau dulu aku rasa hidup aku kosong. Tapi bila dah beristeri, aku lebih banyak berfikir untuk majukan diri. Bila dah ada anak, pemikiran aku lebih meluas. Usaha untuk memperbaiki diri semakin tinggi.” Kata Mail serius. Aku berminat mendengar.

“Perkahwinan juga lebih memberi kepuasan dan kehidupan lebih terjamin. Balik kerja tak payah susah-susah nak cari makan atau masak sendiri. Sebab semua dah tersedia. Isi saja perut. Hari cuti tak payah nak susah-susah diri basuh kain baju sendiri sebab dah ada yang buat semua tu. Kalau dulu hidup masa bujang, masa banyak habis dengan suasana yang membosankan. Tapi bila dah ada anak, hidup lebih ceria dengan telatah anak-anak.” Sambung Mizi panjang berjela.

Aku mengangguk setuju. Dalam diam aku kagum dengan dia orang. Jelas menunjukkan mereka ikhlas dalam perkahwinan mereka. Tapi bila tengok perangai dia orang yang macam budak-budak, aku macam tak percaya yang bercakap mengenai perkahwinan tadi adalah mereka.

“Kau tengok je kami ni giler-giler macam ni. Sesekali berfikiran bujang, apa salahnya! Kalau kami buat macam orang dah berkeluarga, kau pulak yang bosan nanti.” Kata Mizi seakan-akan sedar apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Lama berdiam akhirnya Mail bersuara.

“Cubalah kau cari sorang untuk membahagiakan diri kau tu.”

“Aku yakin seseorang dah tuhan tetapkan untuk aku. Cuma terpulang pada usaha aku samaada nak atau tidak.”

“Sabarlah Dil! Kalau ada jodoh tak kemana. Kau carilah sampai hujung dunia pun gadis idaman kau tu, kalau tuhan dah tetapkan seseorang untuk jodoh kau, kau tak perlu risau. Mungkin dia dah sedia ada depan mata kau.”

Aku angguk kepala tanda setuju dengan pendapat Mail.

“Dil, kalau kau penat biar aku drive pulak. Teringin pulak aku try kereta kau ni. Macam best je!” Mizi menukar tajuk perbualan. Agaknya dia perasan kot aku macam bosan berbual topik tu. Memang aku bosan pun..

“Betul kata Mizi tu Dil. Kasilah can kita orang try kereta kau ni. Sekali teringin jugak aku bawak merci kau ni. Maklumlah aku dan Mizi cuma mampu pakai proton  je!”

“Nantilah! Sekarang aku okey lagi. Tunggulah lepas rehat kat Tapah nanti.”

Bersorak riang Mizi dan Mail dengar aku cakap macam tu. Dah macam budak-budak pulak aku tengok dia orang ni. Nama saja dah ada anak isteri, tapi masih seperti kanak-kanak tadika.


DARI Tapah perjalanan diteruskan selepas berhenti rehat. Kerana dah janji aku terpaksa tunaikan permintaan mereka. Itupun kena o-som. Kalau tidak dah tentu ada yang masam muka. Keputusan o-som berpihak pada Mail. Senyum sampai ke telinga aku tengok Mail bila dapat drive kereta aku.

“Aku tak kira, pergi kilang nanti aku yang drive!”

Geleng kepala aku lihat Mizi yang masih belum berpuas hati pada Mail sebelum Mail memulakan perjalanan tadi. Kalau anak-anak saudara aku tengok telatah mereka berdua, sah-sah dapat sindiran penyedap telinga. Nasib baiklah mulut aku ni masih boleh tahan. Kalau mulut aku pun macam anak-anak Kak Zana dan Kak Ida, kompem dia orang tak ingin drive kereta aku.

Sampai hotel terus check in. Tak sempat nak lepas penat, aku, Mizi dan Mail terus bergerak ke kilang seperti yang dijadualkan. Tak susah sebenarnya jalan ke kilang tu. Dari jauh lagi dah nampak bangunan yang tinggi tu. Aku boleh lihat ada kerja pembangunan baru sedang diusahakan.

Buat pertama kali aku sampai ke kilang tu setelah beberapa bulan aku kerja. Tapi bagi Mizi dan Mail, ini adalah kali ke tiga. Langkah terus kami ayun menuju ke pejabat HR selepas mendapat pas pelawat dari pintu pengawal. Surat lawatan dari ibu pejabat aku serahkan pada salah seorang kerani di situ. Hampir sepuluh minit menanti, akhirnya rombonganku dipelawa masuk ke dalam pejabat Mr. Teoh yang juga merupakan salah satu orang besar dalam bidang engeniering.

Pelbagai yang dibincangkan. Perbincangan yang memakan masa hampir tiga puluh minit itu akhirnya berakhir setelah jam menunjukkan ke pukul dua belas tengahari. Perut pun rasa dah berdisko dangdut. Aku ingat bolehlah aku terus pergi makan tapi kami bertiga di bawa berjumpa dengan Mr. Ravi yang merupakan salah seorang manager di situ.

Dalam bilik Mr. Ravi, tak banyak yang dibincangkan mengenai kerja. Hanya perbualan biasa sahaja. Sekali sekala saja topik kerja dikeluarkan.

“Sarimah! Panggil instructor kita masuk dalam!”

“Baik Mr. Ravi. Tapi Cik Nur dan Cik Nancy sekarang ada dalam line production sebab budak tranning dah mula masuk shift hari ni. Lambat sikit tak apakan Mr. Ravi?”

Okey. I tunggu dalam office. Katakan pada mereka, saya nak jumpa. Urgent!”

“Baik Mr. Ravi.”

Aku hanya memandang dan mendengar perbualan Mr. Ravi dengan setiausahanya. Hampir sepuluh minit menanti, tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar.

What wrong Mr. Ravi. Sorry we late!.” Kedengaran suara dari arah belakang. Aku tak berpaling, hanya kaku di kerusi tanpa berpaling ke belakang.

“Ist okey! I understand. Kamu berdua tahukan tentang audit yang I cakapkan semalam. Mari I kenalkan pada you berdua.” Ujar Mr. Ravi ramah.

Derapan kaki yang mendekat aku tak hiraukan kerana dalam fikiran aku sekarang ialah untuk mengisi perut yang semakin lapar. Namun segala-galanya berubah bila kedua-dua kaum hawa itu berdiri betul-betul depan kami bertiga. Aku bagai tergamam tak tahu nak kata apa. Dalam hati hanya tuhan saja yang tahu bila wajah yang lama aku cari, akhirnya berada depan mata.

“Ini I kenalkan Encik Ismail, Encik Tarmizi dan Encik Aidil dari ibu pejabat.” Kata Mr. Ravi dan kemudian dua gadis yang sedang berdiri di hadapan kami pula diperkenalkan.

“Dan ini saya kenalkan instructor yang akan membawa kamu bertiga membuat lawatan ke seluruh kilang dalam masa seminggu ni.”

Aku perasan dia seakan terkejut bila tengok aku. Bibirnya yang seakan mahu senyum buat aku tersenyum lebar. Aku yakin dia masih ingat aku. Bila aku Mizi dan Mail hulurkan tangan, dia dan gadis cina tu sekadar mengangguk sambil tersenyum. Aduh! Tebal muka aku. Namun aku cepat sedar dan aku tahu dia sedang menjaga batas pergaulan.

 “Eh! Awak?” ucapnya sambil berkerut wajah. Aku tersenyum sambil mengangguk.

“Sunway Lagoon?”

“Ye..saya ingat lagi!” Balasnya bersahaja.

“Dah kenal ke?” Tanya Mr. Ravi tiba-tiba.

“Kawan fakulti.”

Jawapan dari mulutnya buat aku terkejut. Betul ke kawan fakulti? Tapi kenapa aku tak ingat dia?”

Wah! Very surprise. Okeylah. Sekarang ni dah masuk waktu rehat. I rasa you all pergi makan dulu. Nur! Jadual tentang lawatan ni I dah serahkan pada you dan Nancy semalam kan? Kalau ada apa-apa masalah, you boleh datang tanya I sendiri.”

Okey Mr. Ravi!” Serentak aku dan Nancy menjawab..


TENGAHARI tu aku, Mizi dan Mail ditemani oleh Nur dan Nancy makan tengahari di café. Perut yang rasa lapar sejak tadi aku tak tahu kemana selepas pandang wajah manis Nur. Sejak tadi juga, jantung aku berdegup kencang bagai nak meletup setiap kali mata aku bertembung dengan matanya.

“Betul ke kita rakan fakulti?” Aku pinta kepastian sambil merenung wajahnya. Hal Mizi dan Mail aku dah tak ambil tahu. Aku biarkan mereka berbual-bual dengan Nancy. Sesekali perbualanku dan Nur agak terganggu dengan teguran Mizi dan Mail. Hish! Kacau daun betullah dia orang ni! Masa nilah dia orang sibuk nak tanya fasal kerja. Aku pulak malas nak tahu hal-hal tu. Yang aku nak tahu sekarang ialah tentang gadis yang ada depan aku sekarang.

“Awak memang tak pernah kenal saya. Tapi saya kenal awak.”

Aku angkat kening.

“Awak ingat Azie? Dia rakan sebilik saya merangkap kawan baik saya masa di fakulti.”

Rahang aku dah terbuka sedkit. Bersarang-sarang rasa bersalah bila Nur mula buka cerita mengenai Azie. Namun aku cuba halau rasa kesal itu kerana aku yakin kini Azie bahagia bersama Razif. Dan aku mahu mengecapi bahagia itu juga bersama dia yang sedang berada depan mata. Aku harap dalam tempoh aku di sini, aku dapat merebut hatinya untuk jadikan milik aku selamanya.

“Tapi kenapa kita tak pernah jumpa?” Aku keluarkan soalan.

“Pernah jumpa. Tapi awak tu yang tak pandang. Lagipun orang macam saya, siapa nak pandang? Test awak pulak tinggi.”

Dushh! Kan dah kena..! Aku tersengeh malu.

“Tapi sekarang saya tengok awak dah banyak berubah.”

“Apa yang berubah?”

“Muka awak. Penampilan awak. Cara awak bercakap. Nampak lebih matang. Tak macam dulu asyik orang nak kena dengar cakap awak saja.”

Aku tersenyum malu. Sekali lagi aku terkena. Nasi yang tinggal dua suap dalam pinggan, aku habiskan segera.

“Kita sekelas ke?” Aku tanya dan dia mengangguk. Sambil-sambil tu aku cuba ingat satu persatu wajah-wajah kaum Hawa yang ada dalam kelas aku dulu. Namun entah kenapa, wajah Nur susah aku nak ingat.


NUR
“KECIL betul dunia nikan? Tak sangka boleh jumpa dengan dia dekat sini.” Kata Nancy tersenyum-senyum. Aku tahu niatnya nak mengusik lalu aku buat-buat tak faham.

“Kenapa Cik Nancy..? Dah berkenan ke? Tapikan, saya tengok dia tu ada iras-iras awaklah! Kalau kata korang berdua tu adik beradik, mesti orang percaya. Orang melayu cakap, kalau muka seiras ni, ada jodoh
 Aku balik mengusik dia. Rasakan nyonya..! Ada hati nak mengusik aku. Bila balik yang kena, tahu pulak nak tunjuk kegandaan matanya yang sepet tu. Elleh! Macamlah aku takut sangat dia jegil macam tu. Nak tergelak pulak tengok Nancy sedang bercekak pinggang.

Haiyya! Dia melayu ma..I cina.”

“Alah..! Nancy kan boleh tukar jadi Nazira, Nasuha atau Nasya. Awakkan suka mamat melayu. Sekarang dah ada depan mata, apa lagi, trylah..! Kalau taknak, saya kebas!”

“Oh..! ada hati pasang dua. Dokter cinta awak tu, nak letak mana?”

Tergelak aku bila Nancy mula mengingatkan aku pada Zikri. Sejak peristiwa malam itu, aku sudah mula rapat kembali dengannya. Memang niat tak mahu fikirkan lagi mengenai hubungan tinggal sebumbung dengannya. Tapi bila aku dah mula menerimanya, perlahan-lahan perasaan tu mula ada. Kadang-kadang rasa tak sanggup lagi bila berjauhan.

“Dokter cinta? Dia kawan sajalah!” Aku cuba menafikan.

“Tipulah! Kalau kawan, kenapa sanggup datang kilang jemput untuk lunch?”

Aku dah mula mengekek ketawa. Malu betul aku bila ingat balik. Sehari selepas kejadian malam aku ke rumahnya, Zikri datang ke kilang menjemput aku untuk lunch. Macam-macam alasan yang aku bagi untuk mengelak, tapi dia tetap degil.
\
“Abang ada dekat luar kilang ni. Keluarlah cepat!”

“Buat apa?”

“Dah pukul satu sayang! Tak lapar ke? Jom makan!”

Aku gigit bibir bila dengar dia sebut sayang. Rasa nak tersembul jantung aku bila jantung aku bedenyut kencang. Teruk betul mamat sorang ni. Sanggup datang jauh dari tempat kerjanya ke tempat kerja aku semata-mata mahu ajak makan.

“Oh..makan..! Nur ingatkan apa tadi..” Aku lepaskan keluhan lega. Mula-mula tadi masa aku terima panggilan Zikri, aku ingatkan ada masalah dekat hospital yang membabitkan emak. Rupa-rupanya dokter yang bermasalah.

“Kalau Nur tak nak makan?”

“Abang tunggu sampai Nur turun!”

“Tapi Nur tak lapar.”

“Abang tak kira, Nur kena makan jugak!”

“Sebenarnya Nur dah makan tadi.” Aku cuba berbohong. Sebenarnya aku masih malu dengan kejadian malam tu. Tak mampu lagi nak bersua dengannya. Setakat bercakap dalam telefon, memanglah tak menjadi masalah.

“Jangan tipu abang. Abang akan tunggu sini sampai Nur turun!”

“Kalau abang nak tunggu, tunggulah! Nur tak hairan.” Lantas talian aku segera matikan.
Aku melangkah ke arah tingkap cermin. Dari bilik, aku nampak jelas susuk tubuhnya sedang berdiri sambil bersandar di pintu keretanya. Aku mengeluh berat. Rasa kasihan buat Zikri begitu. Tiba-tiba aku lihat dia berjalan ke arah pondok pengawal. Kelihatan dia begitu ramah berbual dengan Pakcik Mat salah seorang jaga yang sedang bertugas. Mesra alam sungguh Tuan Dokter ni. Dua minit aku perhatikan gerak gerinya, tiba-tiba telefon pejabatku berbunyi.

“Assalamualaikum Cik Nur!”

Ye! saya bercakap.”

“Ni Pakcik Mat dari pondok jaga ni.. Ada kawan Cik Nur minta pakcik tolong sampaikan pesanan. Dia nak suruh Cik Nur turun jumpa dia sekarang. Kalau Cik Nur tak mahu, dia mohon pas masuk untuk jumpa Cik Nur sendiri.”

Aduh! Parah sungguh tuan dokter ni!

“Okey-okey! Saya turun sekarang.” Nak taknak aku terpaksa mengalah.


“KALAU ada apa-apa yang you all tak jelas, boleh tanya saya, Nancy atau Ady.” Pesanku pada Aidil dan rakan-rakannya yang dua orang tu sambil melangkah keluar dari line production. Uniform kerja yang aku pakai, cepat-cepat aku tanggalkan lalu simpan dalam loker. Rimas lama-lama pakai uniform ni di luar production. Kalau di dalam tu, tak apalah sebab ada aircond. Tapi kalau diluar ni, mahu berpeluh kalau pakai.

 Hari ni merupakan hari terakhir mereka di sini. Aku rasa lapang sangat. Bukan niat nak menghalau, cuma bila hari-hari mengadap muka mereka bertiga, banyak kerja aku yang terbengkalai. Terlalu banyak soalan yang mereka tanya hingga aku naik bosan. Aku tak kisah jika nak tanya tentang kerja, tapi bila berani bertanyakan soalan peribadi, itu dah buat aku rasa menyampah. Terutamanya Aidil. Apa dia ingat dia bekas rakan fakulti aku dulu, dia boleh kemukakan semua soalan termasuk soalan peribadi? Sebab itulah aku lebih suka melayan Encik Tarmizi dan Encik Ismail. Mereka berfikiran matang. Aku rasa mereka berdua dah kawin sebab setahu aku umur mereka lima tahun tua dari aku.

“Setakat ni pihak kami tak ada masalah. Dari audit yang kami buat sejak hari pertama hingga hari ni, kami berpuas hati. Nampak lebih ada kemajuan dari audit-audit yang lepas. Cuma satu saja yang saya nak tahu. Kenapa semua operator baru dibiarkan buat kerja tanpa pengawasan operator senior? Tak takut ke kalau-kalau berlakunya kesalahan besar nanti?” Tanya Encik Tarmizi selepas memberi komen panjang lebar. Encik Ismail yang berada di sebelah Encik Tarmizi turut mengangguk setuju. Bayang Aidil aku tak nampak. Mungkin ke toilet. Eloklah tak ada. Sepanjang empat hari dia ada di sini aku tak senang duduk. Pandangan matanya itu seakan-akan ingin menyatakan seribu makna tersirat.

“Sebenarnya operator tranning yang ada dalam tu, semuanya dah boleh buat kerja. Mereka dah cukup latihan. Kalau nak dikira, sepatutnya mereka dah cukup tiga bulan tranning, tapi saya sengaja tak tanggalkan line kuning di baju mereka tu. Sebab utama ialah saya tak mahu encik-encik ni tanya apa-apa soalan pada mereka. Mereka boleh buat kerja, tapi mereka tak pandai nak bagi jawapan secara lisan.”

“Pandai awak lindung pelajar awak ek?” Sampuk Encik Ismail. Aku tersengeh malu. Masa dalam tadi, risau juga kalau-kalau encik bertiga ni sibuk nak menebual operator baru. Kalau mereka dapat jawab aku lega. Tapi bagaimana kalau mereka tak dapat jawab? Kompem aku balik yang kena nanti.

“Saya yakin dengan pelajar saya. Sebelum memulakan kerja, saya beri mereka beberapa ujian bertulis. Saya tahu encik-encik ni risau kalau ada kesalahan. Adatlah dalam kehidupan seharian. Kesalahan tu memang ada dan memang tak boleh nak elak. Nama pun manusia, tak lari dari melakukan kesalahan. Tapi encik-encik jangan risau. Seratus peratus saya yakin dengan pelajar saya.”

Aku faham kerja sebagai seorang enginieer. Dulu aku pun pernah menjawat jawatan itu di jepun. Tugas enginieer adalah menjaga kualiti barang. Kalau boleh jangan ada satu pun meterial yang rosak.

“Cik Nur dulu belajar di mana? Saya rasa macam pernah tengok Cik Nur ni!”

Aku dah rasa  tergamam dengan soalan Encik Tarmizi. “Kenapa? Encik Tarmizi pernah jumpa saya ke?”

“Saya pernah belajar di Universiti Ottawa Jepun. Kalau tak silap saya, Cik Nur pun pelajar dari sanakan?”

Aku dah mula tersenyum lebar. Akhirnya aku mengangguk laju. Rasa bangga pulak bila dapat jumpa dengan bekas pelajar tempat aku belajar.

“Tapi saya tak pernah jumpa Encik Tarmizi pun!”

“Saya senior, awak junior. Mestilah tak kenal. Tapi saya kenal Cik Nur dan awak mesti kenal dengan Tanaka Harashi. Dia tutor di situ.”

Kaki aku lemah dengar nama itu.

“Dia kawan baik saya. Dia begitu berminat dengan sukan bermoto kuasa tinggi. Saya pernah tengok dia berlumba di litar. Katanya satu hari nanti dia nak jadi pelumba terkenal. Lucu betul bila ingat kawan saya tu. Tak padan dengan badan kecil tapi berjiwa besar. Masa saya tamat belajar, dia kata nak sambung belajar. Sampai sekarang saya tak tahu apa berita dia. Dah banyak kali saya cuba contac dia, tapi dia senyap saja.” Tersenyum-senyum Enck Tarmizi bercerita mengenai mendiang Tanaka Harashi.

“Dia dah tak ada. Dah hampir sepuluh bulan.” Aku jawab lemah. Aku tak hairan kalau Encik Tarmizi terduduk lemah kerana aku pun tak daya ingat balik apa yang jadi.

“Tiga hari sebelum saya balik sini, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Saya sangka saya tinggalkan dia, rupanya dia yang tinggalkan saya dulu.”

“Patutlah semua email saya dia tak jawab!” Bisik Encik Tarmizi hampa.

“Saya tak kuat untuk ke sana lagi walaupun kadang-kadang saya teringin nak terbang ke sana. Dia bukan saja seperti kawan baik, malah dia dah seperti abang saya. Betul kata Encik Tarmizi, dia baik. Susah nak cari kawan sebaik dia.”

No comments: