12
NUR
Kau dicipta hanya untukku..
“ASSALAMUALAIKUM..! Abang ada di luar ni. Nur
turun ek?”
“Abang dah balik? Bila abang balik?” Aku dah teruja
bila dengar suara Zikri. Sudah seminggu aku tak jumpa dia. Walaupun sepanjang
seminarnya di Kuala Lumpur, dia tidak pernah tidak menghubungi aku, rindu tetap
terasa. Mungkin jarak negeri perak dan KL agak jauh, sebab tulah aku terasa rindu sangat
sedangkan jika dia ada di dalam negeri perak pun, aku dengan dia jarang keluar
bersama setelah sebulan bergelar sepasang kekasih.
“Abang baru sampai pukul dua belas setengah tadi.”
Aku pandang jam di tangan. Dah pukul dua belas empat
puluh lima. Maknanya dia belum balik rumah lagi.
“Abangkan penat lagi jalan jauh. Abang balik dululah!
Nanti Nur call abang.”
“Abang tak penat pun. Lagipun abang bukan berjalan,
naik kereta! Lagipun tak bolehlah sayang..! Abang dah tak tahan rindu nak
tengok Nur. Dapat jumpa sekejap pun jadilah. Dahlah seminggu tak jumpa ni..!.”
Aku dah mula nak tergelak dengar dia cakap macam tu.
Aku pun mengaku yang aku turut rasa apa yang dia rasa.
“Okey! Abang
bagi masa Nur lima belas minit lagi. Nur tak boleh keluar kalau bukan waktu
rehat.”
“Okey! Abang
tunggu.”
Aku tersenyum sambil lepaskan keluhan. Dari tingkap
cermin aku boleh nampak dia sedang masuk dalam kereta bahagian penumpang
sebelah pemandu. Mungkin melepaskan penat agaknya. Tergesa-gesa aku mengemas
meja kerjaku. Sebentar lagi pasti Nancy masuk sebab nak ajak aku keluar makan.
Sebelum dia datang, baik aku begitahu dia awal-awal.
Telefon bimbit yang berada di tanganku, kalut aku
tekan-tekan mencari nama Nancy. Aku cuba buat panggilan namun tiada jawapan.
Mungkin dia berada dalam line lagi
agaknya. Akhirnya aku sekadar menghantar mesej. Tak sampai seminit kedengaran
pintu bilikku dibuka.
“Ha..! Aku tak keluar makan hari ni. Zikri datang
jemput aku makan kat luar” Laungku dari meja kerja tanpa melihat ke arah pintu.
“Nur!”
Aku tergamam bila nama aku yang dipanggil dari suara
lelaki. Aku lantas memandang. Jatuh rahang aku sedikit bila wajah Aidil yang
sedang berdiri depan aku.
“Eh, Aidil! Saya ingatkan Nancy tadi. Ye..ada apa-apa
yang saya boleh tolong?”
“Sempena hari terakhir saya dekat sini, saya cadang nak
ajak Nur dan Nancy lunch. Rasa-rasa dekat mana restoran yang
paling sedap dekat sini. Maklumlah! saya tak biasa dekat sini.”
Aku tersenyum lebar dengar ajakan Aidil. Aku fikirkan
apalah tadi.
“Emm..saya minta maaflah Aidil. Sebenarnya saya dah
ada janji. Apa kata kalau awak ajak Nancy dan Ady saja. Cuba tanya Nancy. Dia
memang pakar dalam hal-hal JJCM ni.”
“Hah! JJCM? Apa tu?” Tanya Aidil pelik. Aku ketawa
lucu lihat muka Aidil berkerut.
“Jalan-jalan cari makan!” Ujarku sambil ketawa.
“Ohh..! Tapi takkan awak tak sudi nak join kita orang. Please..kali ni saja. Petang ni kita orang nak balik dah.”
“Sorrylah
Aidil! Memang tak boleh. Saya dah janji dengan orang. Insyaallah kalau umur
panjang dan kita jumpa lagi, saya janji saya yang akan belanja awak.”
Aku harap dengan pujukan itu, Aidil faham. Bila tengok
dia senyum dan mengangguk, aku lega.
“Boleh saya tahu, awak janji dengan siapa. Boyfriend awak ke?”
Aku ketawa kecil dengar soalan Aidil. Busybody jugak cina celup ni. Lantas aku
segera berlalu ke pintu. Soalannya aku biarkan. Sambil menggalas satinni, aku melangkah keluar tanpa
pedulikannya lagi. Biarlah dia nak kata apa pun, yang pasti dia tiada hak nak
ambil tahu hal aku. Sebab setahu aku, Aidil yang aku kenal takkan ambil tahu
tentang orang yang bukan sekufu dengannya.
LANGKAH ku atur laju menuju ke
pintu pagar kilang. Dari jauh aku dah nampak kereta Zikri tersadai di sebelah
pondok pengawal. Senyuman aku semakin lebar bila mendekati keretnya yang sedang
tertutup rapat. Hampir tersembur tawaku melihat dia sedang enak tidur di
bahagian bangku penumpang tanpa sedar aku dah ada di sebelahnya. Bila aku tengok pintu kereta sebelah pemandu tidak
berkunci, aku buka perlahan agar dia tidak mengganggu tidurnya. Perlahan-lahan
enjin kereta aku hidupkan. Nasib baiklah enjin keretanya tak macam kereta Wak
Seman sebelah rumah aku. Kalau tidak, pasti dia sedar.
“Hai! Penat sungguh cik abang sorang ni. Itu pun masih
tak mengaku dia penat. Masih ada hati nak ajak orang keluar makan.” Bisikku
sendiri sambil menghidupkan penghawa dingin agar dia dapat tidur dengan selesa.
Aku geleng-geleng kepala tengok dia terlentok tidur. Tali leher yang sudah
dibuka dibiar saja tergantung di bahu. Itupun dah buat dia nampak begitu segak.
Tali lehernya aku tarik perlahan lalu menggantungkan di leher aku. Aku yakin
dia memang tak sedar. Penat sangat dah ni..!
Perlahan-lahan aku gerakkan keretanya. Sebelum tu aku
dah hantar sms pada umi tentang kedatanganku ke rumah. Aku yakin umi Zikri
pasti terkejut dengan kedatanganku. Nasib baiklah jalan tidak sesak. Tidak sampai lima
belas minit, kereta Zikri yang aku pandu sudah tiba di halaman rumahnya.
Melihatkan umi Zikri sedang keluar dari rumah, aku tersenyum lebar. Dari dalam
kereta aku lihat umi menggeleng kepala sambil tersenyum sinis. Pasti kerana
Zikri.
“Bertuah punya budak! Tak boleh diharap langsung.”
Bebel umi dari luar. Aku tunjukkan isyarat jari di mulut agar diam. Kasihan
tengok Zikri yang kepenatan. Sambil keluarkan beg pakaian Zikri dari bangku
belakang, aku bergerak ke arah umi.
“Abang penat sangat tu umi! Tapi masih ada hati ajak
Nur keluar makan tengahari.” Tergelak umi dengar aku mengadu tentang anak
sulungnya.
“Umi ingatkan dia balik petang nanti.”
“Hmm..pukul dua belas empat puluh lima tadi dah
tercegat depan kilang. Nasib baik Nur bukan tengah meeting. Kalau tak sampai petanglah dia bertapa dalam kereta tu.”
Terangku pada umi.
“Dahlah! Nur pergi kejutkan dia. Biar umi bawa masuk
beg dia ni.”
Aku angguk kepala lalu melangkah ke arah Zikri.
“Abang! Bangun bang. Dah sampai ni” Dua tiga kali
kejut sambil goyangkan bahunya barulah dia sedar. Terkebil-kebil Zikri buka
mata sambil pandang aku. Aku tersenyum bila lihat dia seperti malu-malu.
“Dekat mana ni?”
“Amboi cik abang! Baru balik KL. Kalau balik dari
London, macam mana lah ek? Sekarang kita dekat rumah abang. Nur tengok abang
penat sangat, Nur bawaklah abang balik.”
“Terima kasih. Abang tak sedar langsung. Bila tengok
Nur, hilang penat abang!”
“Yelah sangat! Bukan sebab abang dah dapat tidur,
penat abang tu hilang?”
“Salah satu darinya. Tapi kan lebih baik kalau Nur
bawak abang balik rumah Nur saja.”
“Gatal! Ada hati nak pergi rumah anak dara. Tak malu!”
Gerutuku sambil menghadiahkan ketam batu aku di bahunya. Mengekek-ngekek Zikri
ketawa melihat aku dah mula menyinga.
“Jom masuk! Abang mandi segarkan badan dulu ye. Nur
nak tolong umi sediakan makan tengahari. Kejap lagi abang nak ke masjidkan? Nur
tak banyak masa. Kejap lagi Nur nak balik kilang semula.”
Zikri angguk sambil tersenyum.
Usai makan tengahari Zikri terus ke masjid menunaikan
solat jumaat. Dirumah Zikri aku sibuk melayan umi Zikri berbual. Hampir jam dua
setengah petang barulah Zikri hantar aku balik kilang. Rasa sendat perut aku
lepas makan tadi. Aku pulak jenis yang tak boleh tengok masakan kampung, pasti
selera aku berganda-ganda.
“Abang terus balik tau! Abang penat lagi tu.” Pesanku
pada Zikri yang asyik merenungku.
“Yelah! Tapi malam ni abang datang jemput Nur okey?”
“Eh! Tak payahlah. Abang rehat. Abang baru balikkan?”
“Alah..abang balik ni, abang rehatlah cukup-cukup. Sekejap
je..! Lepas makan kita balik. Lagipun ada sesuatu yang abang nak bincangkan
dengan Nur?” Ujar Zikri sambil tersenyum nakal.
“Penting ke?
“Eh! Mestilah penting. Kalau tak abang tak beria-ria
macam ni”
Hm..tak guna membantah. Cakap macam ni, dia kona kat
situ. Cakap macam tu dia kona kat sini. Malas nak membantah. Ikut sajalah.
Bukan rugi pun!
AIDIL
DAH terlambatkah aku untuk mengenali dia?
Patutkah aku teruskan niat aku setelah apa yang aku lihat tadi? Aghh! Kenapa
dia juga yang aku fikir. Kalau dulu aku tak kisah pun kalau hal-hal yang
bersangkut paut dengan perempuan. Tapi semenjak terpandangkan Nur, hati aku
meronta-ronta inginkan dia jadi peneman syurgaku.
Sepatutnya petang ni aku dah balik. Tapi bila Mail dan
Mizi beria-ria mahu tinggal lagi semalam, aku terpaksa ikut. Kata mereka mahu membeli
sesuatu untuk anak dan isteri mereka. Antara yang terpenting ialah dapatkan
limau bali yang popular di negeri perak ni. Nasib baiklah mereka ada usulkan
tentang buah limau gergasi tu. Kalau tidak, dah tentu telinga aku panas kena
marah dengan Kak Zana. Sebelum bertolak hari tu, dia ada pesan agar belikan
buah limau tu. Biasalah orang mengandung. Masa nilah teringin makan itu ini
sedangkan di Kuala Lumpur tu apa yang tak ada, semua ada. Mungkin ini peel
orang mengandung. Peel bini aku nanti, macam manalah agaknya..!
Sementara menanti Mizi dan Mail, aku duduk dalam
kereta melayan perasaan. Sakit hati aku masih berbaki. Melihat senyuman manis
Nur pada sang jejaka tadi, buat aku tak senang duduk. Mesra sungguh mereka
hingga cemburu mula beraja dalam diri aku. Teruk betul aku ni. Tengahari tadi
aku ikut dari belakang Nur hingga ke pintu pagar. Dari situ aku melihat Nur
begitu ceria melayan buah hatinya walaupun si jejaka sedang enak tidur. Dalam tak
sedar, aku menanti di situ hinggalah pukul dua petang. Itupun setelah di tegur
oleh jaga yang sedang bertugas. Elok aku nak beredar dari situ, aku lihat Nur
sedang keluar dari kereta yang dibuka oleh sang jejaka. Dari rupa mereka nampak
padan sangat.
Melalui
pemerhatian, lelaki itu bukan calang-calang orang. Tapi jika nak dibandingkan
dengan aku, rasanya aku lebih hebat. Siapa lelaki tu? Kelihatan seperti
orang-orang biasa. Kereta pun setakat toyota tahun 2010. Bukan macam kereta aku
Merci. Dari segi rupa, aku mengaku aku kalah walaupun aku berkulit putih
manakala dia kuning langsat. Tapi dari bentuk badan aku rasa aku lebih sepadan
dengan Nur. Badan aku yang tough jauh beza dengan dia yang kurus tapi berisi.
Hai! Apalah nasib aku ni? Sampai bilalah aku nak
mengharap pada dia yang tak sudi. Namun siapa tahu, mungkin satu hari nanti dia
berjaya aku takluk. Jadi aku kena berusaha sampai aku berjaya. Seperti yang
Mail dan Mizi kata pada aku “kalau dah jodoh tak kemana”. Dan aku yakin jodoh
aku ada dengan dia.
Lamunan aku mati setelah cermin kereta aku di ketuk.
Dari dalam kereta aku lihat Mizi dan Mail sedang tersengeh-sengeh memandang
aku. Kacau stim betullah dia orang
ni! Pintu kereta aku buka dari dalam sambil tersengeh malu.
“Amboi kau! Dapat melamun sampai tak ingat dunia. Naik
lebam jari aku ketuk cermin kereta, kau tak sedar?”
“Kenapa tak ketuk kuat-kuat? Dalam ni manalah aku
dengar!”
“Pecah cermin kereta kau nanti, aku mana ada duit nak
ganti.”
“Ada-ada sajalah kau ni.” Bentakku pada Mizi yang
sedang mengenakan tali pinggang keledar.
“Jadi tak malam ni Dil?”
“Hm..korang pergilah. Aku tak ada moodlah. Tolong
belikan aku limau bali lima biji. Nanti aku kasi duit.”
“Tak bestlah
kau tak ada! Bukan selalu kita dapat keluar jalan-jalan bertiga macam ni.” Mail
dah mula merungut dari tempat duduk belakang.
“Aku rasa malas pulak. Esok pagi dah nak balik. Aku
takut kalau aku penat nak drive
nanti.”
“Alasan kau tu tak boleh pakai langsung! Apa guna kita
orang ada lesen kereta kalau tak boleh tolong pandu kereta kau ni. Kalau
susah-susah sangat malam ni biar aku yang drive.
Pagi esok Mizi ambil alih. Kalau dia penat aku drive pulak.”
Cadangan Mail tu buat aku mengeluh berat. Dah tak ada
idea untuk aku beri pada mereka berdua. Nak tak nak aku kena ikut jugalah
nampaknya.
“Aku tahu kenapa kau badmood. Fasal Cik Nur kan?”
Aku diam membisu. Kereta yang dah mula bergerak, aku
tumpukan sepenuh perhatian. Ayat Mizi buat muka aku panas.
“Kau jangan nak elaklah. Aku tahu apa yang ada dalam
kepala kau tu. Kau jatuh hati pada Cik Nurkan?” Sambung Mizi lagi.
“Kami nampak apa yang kau nampak tadi.” Mail menambah.
“Bunga bukan sekuntum.” Ujar Mizi.
“Cari je bunga lain” Balas Mail. Aku mengeluh lagi.
“Nur tu bagus orangnya. Aku kenal dia masa di jepun
lagi. Walaupun tak rapat, tapi aku tahu dia macam mana.”
“Kau kenal dia?” Aku bertanya hairan.
Mizi angguk sekali.
“Dia rapat dengan kawan baik aku. Tanaka Harashi
namanya. Nur tu cantik, sebab tu kawan aku tu sanggup nak tukar agama
semata-mata nakkan si Nur tu. Aku tak hairanlah kalau kau pun macam orang tak
betul nakkan Nur tu.”
Aku bagaikan tak percaya apa yang Mizi cerita pada
aku. Baru kini aku tahu serba sedikit tentang diri Nur. Tak sangka dia lulusan
luar negara sedangkan aku hanya belajar di universiti tempatan saja. Agh! Apa
nak hairankan? Universiti tempat aku belajar tu pun popular jugak. Universiti
paling tua. Siapa tak kenal. Sebut saja UM, pasti ramai yang tahu.
“Apa cerita dengan budak jepun tu?”
“Baru semalam aku dapat tahu dari Nur, dia dah tak ada
sebab kemalangan.” Tanpa melengeh masa, Mizi menceritakan semua tentang Nur dan
budak jepun tu pada aku dan Mail. Terangguk-angguk kepala aku dengar cerita
dari Mizi. Jauh di sudut hati aku rasa lega. Kurang sorang saingan.
“Maknanya Cik Nur tu pun berminat dalam sukan bermotor
ke?” Tiba-tiba Mail menyampuk tanya.
“Hmm..macam tulah yang aku tahu. Tapi semenjak
peristiwa tu, Nur seakan fobia dengan motosikal besar.”
“Wah! Tak sangka Cik Nur tu macam tu orangnya. Nampak
saja lemah lembut” Mail merapatkan duduknya ke hadapan untuk mendengar jelas
cerita dari Mizi.
“Dia pun ada perasaan jugak ke pada orang jepun tu?”
Aku kembali bertanya.
“Entah. Itu aku tak tahu. Tapi menurut Nur semalam,
dia dah anggap orang jepun tu macam abang dia sendiri.”
“Maknanya selama ni Nur tak tahu budak jepun tu ada
hati kat dia?”
Mizi geleng kepala lepas Mail bertanya. Kemudian
barulah dia bersuara.
“Baru semalam aku bagitahu hal perasaan Tanaka pada
dia. Tapi bila aku cakap macam tu, dia diam saja. Agaknya dia dah tahu kot!”
Cemburu pulak aku rasa pada Mizi sebab banyak yang
Mizi tahu tentang diri Nur. Kan baik kalau aku berada di tempat Mizi. Bolehlah
aku cuba ambil hatinya untuk pikat hatinya. Tapi mahukah Nur pada aku setelah
tahu aku ni bekas boyfriend kawan
baiknya. Paling buat aku segan dan malu ialah aku pernah memakinya depan
perpustakaan dulu. Kejadian tu aku baru teringat beberapa hari yang lepas. Tu pun lepas Nur beritahu yang dia kawan baik dengan Azie. Aghh Nur! Kau memang buat aku gila.!
No comments:
Post a Comment