PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 12 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

12
SAMPAI di halaman rumah, aku dengan Fiza disambut oleh emak dengan senyuman yang paling manis. Amboi-amboi.. Puan Jamaliah Saadon.! berseri-seri muka macam dia pulak yang kena pinang.! Sambil bersalam, sempat mata aku membelek jari emak, kot-kot ada cincin risik yang maka aku maksudkan tempoh hari. Tapi aku langsung tak nampak sebarang bentuk cincin pun. Mak aku memang sengaja nak usik aku rupanya..  Selepas bersalaman dan perkenalkan Fiza pada emak, aku dan Fiza ambil tempat di sebelah emak sambil lepaskan penat. Rasa macam nak tertanggal lutut aku berjalan dari jalan besar ke rumah aku yang jaraknya dalam seratus meter. Tulah..tadi ayah aku nak ambil, aku kata tak payah. Nak exercise la konon.. Dengan beg galas yang berat, bertambah-tambahlah penat aku rasa. Nasib baiklah cuaca tak panas.

   Mata aku terkalih pada barang-barang hantaran yang dah siap digubah oleh emak. Memang cantik. Emak aku ni memang kreatif. Dalam kampung ni pun ramai yang ambil mak sebagai juruhias barang hantaran kalau ada sesiapa yang nak melangsungkan majlis pertunangan.  Rasa macam dah tak sabar pulak nak bertunang. Tiba-tiba mata aku terhala pada sesuatu yang aku rasa agak pelik. Selipar jepun.! Walaupun nampak cantik selepas digubah dan dihias aku rasa macam pelik semacam.

“Apasal pelik sangat orang tengok benda ni mak..?” Aku tanya sambil mengangkat selipar jepun biru yang siap dihias cantik. Fiza turut terlopong melihat benda alah yang ada pada tangan aku. Seketika kemudian dia ketawa kecil. Aku tahu mesti dia turut rasa pelik dan geli hati.

“Apa yang peliknya..?” Aku balik disoal oleh emak.

“Selipar jepun ni..! Tak pernah dibuat orang selipar jepun dijadikan barang hantaran. Buat malu je.! Tak sopan langsung.! Kok ye pun nak berjimat, carilah kasut yang bergaya sikit..” Aku merungut-rungut sambil mata aku tak lepas membelek selipar yang dililit dengan batu warna emas di sekeliling pemukaan selipar manakala  tali selipar itu di lilit dengan batu berwarna hitam berkilat. Diletakkan pula di atas kain organza berwarna ungu tua, menambahkan lagi selipar jepun itu kelihatan mewah sedangkan harganya berapa senlah sangat.

Eh-eh..! Banyak sangat komplennya. Ni semua tunang kamu yang mintak. Mak ikut ja. Mula-mula tu, mak rasa pelik jugak. Dah nampak dia beria-ria sangat, nak buat macam mana, ikut sajalah.! Tapi bila dah gubah-gubah nampak cantik pulak.!”

Aku terdiam sejenak dengan cerita emak. Fiza pun macam tergamam. Hilang sudah senyum kambingnya tu.

“Maknanya nanti orang pun akan dapat jugak selipar jepun macam ni.?” Aku tanya perlahan. Dalam hati betapa sakitnya dan aku rasa macam nak lempar je selipar jepun tu bawah rumah.

“Yelah kot..!” Mak aku jawab selamba.

Ish. Buat malu je.!” Tempelak aku pula.

“Nak malu apa..benda cantik.! Lainlah kalau selipar tu diletak tanpa hiasan..!” Sampuk Fiza tiba-tiba. Bukan aku nak kutuk hasil kerja mak aku tu, cuma aku rasa selipar jepun tu macam kurang sesuai dijadikan barang hantaran.

“Pandai makcik hias. Kalau Fiza kawin nanti, Fiza nak makcik hiaskan barang-barang Fiza, boleh tak makcik.? Masa bertunang hari tu, separuh je barang hantaran Fiza bagi, masa nikah nanti baru bagi habis.” Sambung Fiza lagi.

“Kau nak selipar jepun jugak ke..?”

Berkerut-kerut wajah aku bertanya pada Fiza. Rasa macam tak puas hati pulak dengan permintaan pelik kawan aku tu. Dan aku yakin Hafiz pun akan berfikiran sama macam aku. Ke..Fiza cuma nak ambil hati mak aku je..? Aku faham sangat Fiza ni kalau bercakap memang berlapik-lapik. Suka sangat jaga hati orang. Bukan macam aku, ikut sedap mulut. Tapi aku bercakap lepas pada perkara yang logik saja..

“Hantaran kasut aku dah bagi hari tu. Tapi tak salah kalau aku jadikan selipar jepun ni sebagai hadiah untuk Hafiz. Nampak comel sangat. Boleh Makcik?”  Emak dah tersenyum-senyum bila dipuji hasil kerjanya. Siap bagi jelingan sinis pada aku sambil menjuihkan mulut. Tergelak Fiza melihat telatah emak.

“Boleh..apa salahnya” Balas emak aku sambil cebikkan mulutnya pada aku lalu meneruskan kerja tangannya. Perli akulah tu..! Sejak tadi kain pelekat hijau yang dilipat-lipat sudah menampakkan hasil. Teruja mata aku dan Fiza bila kain pelikat tadi sudah menjadi sebuah songkok. Emak aku kata, songkok tu akan diletakkan butang emas agar menampakkan lebih berseri dan  akan dililit dengan benang besar berwarna  hitam, putih dan emas. Baru aku perasan, barang-barang hantaran aku ni banyak menggunakan warna hitam. Tiba-tiba aku teringat dia. Warna hitam dan putih adalah warna kegemaran Arie. Hai hati..! Tolong jauhkan perasaan aku ni dari ingatkan dia lagi. Dah tak sanggup rasanya. Dah lenguh tangan ni asyik tepuk sebelah tangan. Sedangkan dia bertepuk dua tangan meraikan kekecewaan aku.


MALAM tu keluarga aku berkumpul. Abang-abang aku pun sejak petang tadi dah tiba dari Kuala Lumpur dengan satu kereta saja. Along aku kata jimat masa dan minyak sebab bini-bini dia orang tak ikut sekali. Kira okeylah tu dari dia orang tak balik langsung. Almaklumlah..akukan satu-satunya adik perempuan dia orang. Rugi kalau dia orang tak tengok aku bertunang. Takkan ada lagi majlis macam ni dalam rumah ni. Walaupun bini-bini abang aku tak turut serta, aku tetap rasa bahagia. Aku rasa rimas kalau dia orang ada. Yelah..dia orang tukan berkerjaya kelas-kelas punya kerja. Bukan macam aku yang kerja kilang je.. Ha..dia orang tak tahu, sebab dia orang yang dah gatal sangat nak kawin dengan abang-abang akulah yang menyebabkan aku bergelar minah kilang sampai kini. Sepatutnya dia orang kena hargai sikit pengorbanan yang aku dah buat. Ini tak, sedap-sedap mengata umpat keji aku yang konon-kononnya kerja aku tak boleh pergi kemana. Memang tak sayang mulut betullah bini abang-abang aku tu. Silap-silap memang herot mulut dia orang aku kerjakan. Dia orang ingat aku diam bermakna aku mengalah. Selagi aku boleh sabar, aku akan bersabar. Tapi kalau dah hilang sabar, mintak maaf banyak-banyak ye..tindakan reflek aku ni susah nak diramal.

   “Bakal tunang Atirah tu kerja apa ayah.?” Along aku tiba-tiba bertanya. Nama Atirah tu along sorang saja guna. Kadang-kadang dia panggil Murni atau Munirah. Angah pulak lebih suka panggil Ira atau adik. Sementara emak dengan ayah lebih suka panggil Tirah. Kadang-kadang ayah panggil Atee atau adik. Adik-adik aku pulak lebih selesa panggil aku kakak atau Kak Atee. Abang-abang aku kata adik perempuan dia orang cuma sorang, sebab tu banyak nama yang dia orang guna untuk aku. Tujuannya ialah untuk menampakkan yang adik perempuan dia orang nampak banyak. Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa bini-bini dia orang macam tak puas hati dengan aku sebab tiap kali abang-abang aku balik kampung, layanan yang aku terima dari abang-abang aku memag tip top class.

   Terima kasih ye long sebab tolong sudi tolong bertanya soalan yang tak mampu aku nak tanya. Bukan tak teringin nak tanya, cuma malu nak tanya. Nanti ayah kata aku tak sabar-sabar pulak.

 “Supervisor Engenier kilang. Bagus budaknya..! Mula-mula dia datang, dia jumpa ayah dekat masjid. Dah lama bersembang baru dia cakap dia dah berkenan dekat Atee. Mula-mula tu ayah berat jugak tapi dia dah beria-ria sampai bawak mak bapak dia. Bila dah kenal-kenal baru ayah setuju.”

  Aku tengok ayah tersenyum-senyum sambil bercerita. Berkenan sangatlah tu..!  Aku dengar saja, nak menyampuk jauh sekali. Bila dengar jenis pekerjaan Encik bakal tunang, aku lepaskan keluhan lega. Patutlah emak macam susah nak sebut. Nasib baik bukan jurujual. Kalau betul jurujual mau meraung aku tiga hari tiga malam. Mungkin malam ni start kot.. Alhamdulillah..bab kerja dah selesai. Soal kerja aku terima.

 “Berapa umur dia.?” Angah aku pulak tanya. Hm..aku dah tersenyum-senyum dalam diam. Abang-abang aku ni macam tau-tau je apa yang ada dalam fikiran adik dia orang ni. Terima kasih ye abang-abangku..soalan angah tu memang tepat pada waktunya.

 “Kalau tak silap 26-27 macam tu la..!”

“Muda lagi..! “Kata abang-abang aku perlahan. Aku pun rasa macam muda lagi. Tapi okeylah tu daripada dapat yang berumur 40 ke atas.

“Memang muda pun..sebab tu ayah mintak tempoh tunang lama sikit sebab adik korang ni nak langsung selepas ayah dengan mak ke mekah. "

“Bila tu ayah..?” Tanya angah sambil jeling kat aku.

“Dua tahun lagi.” Ayah jawab. Aku dah rasa macam nak melompat masa tu jugak. Ada masa lagilah untuk aku enjoi-enjoi. Fiza pulak tersenyum sinis pada aku. Agaknya dia faham apa yang ada dalam fikiran aku sekarang.

“Tak eloklah tunang lama-lama. Lagipun dia tu jauh..!”

Jawapan along buat aku resah seketika. Along aku tu kalau fasal memujuk, memang pakar. Jangan sampai ayah terpedaya sudahlah.. Tapi aku yakin sangat dengan mak aku tu, kalau along tak pujuk pun kompem dia akan ikut seratus peratus cakap along.

“Mak pun tak setuju.! Kalau boleh mak nak suruh dia orang nikah sebulan sebelum mak dengan ayah bertolak. Tenang sikit kami nak buat ibadat. Dah la dia sorang saja perempuan yang ada. Jaga lembu betina sepuluh ekor pun tak susah kalau nak kena tinggai, tapi kalau nak tinggai adik kamu ni memang tak boleh percaya.!”

Ala mak..selama ni pun, orang duduk sana.., bukan 24 jam bawah ketiak mak.! Orang ni baik tau..! Kalau tak percaya, tanya Fiza.!  Lagi pun mak, rupa dia pun orang tak pernah tengok, dia pulak jauh, kompem tak ada apa yang nak mak risaukan.”

“Ira nak tau tak.? Dalam tempoh bertunang nilah macam-macam dugaan yang datang..!”

“Dugaan apa pulak ni ngah..? Saja je nak takutkan orang.!”

“Betul apa yang angah cakap tu, along setuju sangat. Dugaan yang datang tu contohnya macam kekasih lama muncul kembali, dan tak mustahil akan datang yang lebih hebat dari tunang Tirah ni. Orang bertunang ni seri wajahnya akan lebih terserlah sebab dia dalam proses nak berbulan madu.”

Hee..apa long ni cakap macam tu.. takmau dengarlah.! Berbulu telinga ni tau..! Tak malu betul.!” Bentak aku sambil menjeling geram.

“Along bercakap dari pengalaman. Kalau tak percaya, tanya angah. Kalau malu nak tanya kami Tirah boleh tanya kawan Tirah ni, Fiza. Rasanya dia akan setuju dengan apa yang along cakap.. Betul tak Fiza.?” Tanya along pada Fiza serius.

Aku pandang Fiza yang sedang tersenyum-senyum malu kemudian Fiza angguk perlahan. Huh.! Nampaknya Fiza pun dah mula join dengan dia orang. Habislah aku..!

“Orang tak macam tu..! Iman orang masih kuat.! Kalau bekas boifren orang datang sepuluh kali pun, takdak orang nak cair dengan dia..!”

“Ada saja jawabnya.! Orang risaukan dia, tapi dia endah tak endah ja..! Dah kena esok, baru nak datang mengadu.”

“Mula-mula ayah pun rasa macam tu. Tapi dia pun dah setuju dengan syarat adik kamu ni. Ayah ikut jelah..!” Senyuman aku kembang berbunga kembali mewangi di taman.

“Kalau tiba-tiba tabung haji panggil awal, macam mana pulak ayah? Banyak yang jadi macam tu sekarang ni. Tabung haji sekarang ni lebih pentingkan warga emas. Kalau simpanan dah cukup tabung haji akan terus panggil walaupun tarikh yang ditetapkan lambat lagi. Rasanya simpanan mak dengan ayah dah cukupkan?. Tak mustahil kalau nama emak dengan ayah akan dipanggil dalam masa terdekat ni.”

Wawawa..! Aku dah rasa macam nak menangis pulak kali ni. Serta merta senyuman berbunga aku tadi hilang entah ke mana. Usahkan bunga, daun, tangkai pun dah tak tahu terbang kemana. Pandangan tajam along aku pun aku dah rasa cuak. Maklumlah, diakan kerja di pejabat Tabung Haji. Rasanya dia lebih arif tentang tu.

“Macam mana lagi..! Kalau nama ayah dengan mak kena panggil tahun ni, tahun ni jugaklah kita makan nasi minyak..!”

Bergegar aku rasa meja makan dengan deraian tawa ahli keluarga aku. Fiza pun macam tak mahu lepas peluang. Aku rasa panas sungguh keadaan masa tu. Senangnya hati dia orang. Aku yang terkena ni dah rasa macam nak blah je dari situ. Adik-adik aku pulak sibuk tepuk-tepuk meja sambil bersorak. Dah macam dalam perhimpunan dalam dewan perlimen pulak. Bila muncung aku dah panjang sedepa, lagi kuatlah tawa mereka. Last-lastnya aku pun ketawa sama sebab dah tak tahan malu. Rasa terhibur tengok ahli keluarga aku gembira macam tu. Sekali sekala bagi kebahagiaan pada keluarga aku, apa salahnya. Akukan anak yang baik dan mendengar kata.. Ce..wah.!

   Selepas makan malam aku dan Fiza lepak-lepak atas tangga beranda.

“Seronok aku tengok keluarga kau berkumpul macam ni. Usik mengusik, bergurau dan ketawa. Jelouse aku..! Kau beruntung dapat keluarga bahagia macam ni. Aku pun selalu impikan keluarga bahagia macam ni. Tapi kau sendiri tengokkan macam mana keadaan keluarga aku. Aku tahu ayah berhempas pulas cari rezeki untuk keluarga, sebab tu ayah aku jarang ada dekat rumah. Kalau balik pun duduk sekejap je, lepas tu keluar balik. Tak sempat nak bergurau, gelak tawa dengan anak-anak dan isteri.”

Aku tersenyum hambar. Aku faham perasaan Fiza.

“Siapa yang tak mahu bahagia, Fiza.? Semua orang nak.! Kalau ada dijual di kedai atau pasaraya, dah lama orang berebut-rebut nak beli. Kebahagiaan ni pucuk  pangkalnya terletak pada diri sendiri. Kalau kita berusaha untuk bahagia, insyaallah kita akan bahagia. Tapi kalau kita tak bersungguh-sungguh, baik jangan mengharap. Mungkin kau tak temui kebahagiaan tu bersama ibu bapa kau, tapi mungkin dengan keluarga yang kau bakal bina, kau akan temui kebahagiaan tu. Mana tahu dengan kebahagiaan yang kau dapat dengan Hafiz boleh mendatangkan kebahagiaan untuk ibu bapa dan adik-adik kau nanti..!” Aku cuba mengembalikan semangat Fiza yang seperti tak bersemangat.

“Insyaallah Atee. Harap-harap macam tulah..! Tapi aku nak tanya kau satu soalan. Kau rasa-rasa kau boleh ke bahagia dengan bakal tunang kau nanti, sedangkan kau langsung tak kenal siapa dia yang sebenarnya.”
Aku tersenyum. Dah aku agak, soalan tu pasti akan ditanya. Bukan saja Fiza, malah sesiapa saja yang kenal aku.

“Sebenarnya aku tak yakin dengan keputusan aku ni. Sebab aku masih teringatkan Arie. Terus terang aku cakap dan aku mengaku sekarang yang aku memang dah cintakan dan sayangkan dia. Mana mungkin aku akan lupakan dia dengan mudah. Dia first love aku merangkap sahabat aku. Dan aku mengaku hingga saat ini aku harap dia datang jumpa aku. Tapi aku harus sedar, setiap apa yang kita harap dan angankan belum pasti jadi milik kita. Tapi aku ada  sebab tersendiri kenapa aku harus terima cadangan keluarga aku. Pertama, aku tak mahu hampakan harapan emak dan ayah aku. Aku nampak emak dan ayah aku benar-benar gembira dengan keputusan aku ni. Yang kedua ialah kerana aku yakin, hubungan yang direstui orang tua pasti akan diberkati dan aku yakin kebahagiaan akan hadir walaupun aku kena ambil masa yang agak lama.. Aku bahagia kalau emak dan ayah aku turut bahagia. Lagipun menurut ayah dan emak aku, bakal tunang aku ni memang dah lama syok giler kat aku. Jadi adalah lebih baik kalau aku beri peluang pada yang menyintai diri kita dari memberi peluang pada yang tidak menyintai kita. Belum tentu kita akan bahagia di samping orang yang kita sayang.” Aku cakap tanpa pandang muka Fiza. Sebenarnya aku segan nak tengok muka dia sambil mengaku yang aku dah cintakan Arie. Aku tahu Fiza mesti tengah tersenyum dan tersengeh-sengeh. Mungkin sebab ramalan dia dah jadi nyata dan dia rasa dia dah menang. Aku tak kisah kalau dia nak tersenyum atau gelakkan aku kuat-kuat sebab yang sebenarnya aku memang dah tewas dalam cinta Arie.

“Takkan kau nak beralah tanpa perjuangkan cinta kau tu.?” Tegas Fiza bersuara walaupun perlahan.

“Perjuangkan cinta.? Maksud kau? Kau nak aku dapatkan kembali cinta aku tu? Macam tu?” Aku tanya Fiza dan Fiza mengangguk.

“Apa daya yang aku ada, Fiza? Aku tak mampu. Hampir dua tahun aku tunggu dia. Sampai sekarang langsung tak ada apa-apa khabar. Macam mana aku nak pertahankan cinta aku kalau hanya aku sendiri yang beria-ria nak pertahankan? Sedangkan dia langsung tak beri apa-apa semangat pada aku untuk teruskan hubungan ni.”

“Aku tak sangka kau kuat menghadapinya sendiri, Atee.”

“Aku kena kuat. Kalau aku tak kuat, dah lama aku masuk Tanjung Rambutan atau Tampoi.” Fiza dah mengekek-ngekek ketawa. Aku tersenyum hambar.

“Aku harap kau dapat lupakan Arie lepas ni. Aku doakan kau bahagia dengan bakal kau tu.”

“Insyaallah..! Aku pun harapkan begitu.”

Malam tu sebelum tidur aku update status aku dalam fb.

-  TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...
   KENANGAN LALU MENGAJAR AKU ERTI SEBUAH HUBUNGAN YANG TERLALU ISTIMEWA..
   TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGAJAR AKU ERTI PERSAHABATAN DAN PERCINTAAN.
   SEMOGA KAU BAHAGIA TAK KIRA DI MANA KAU BERTAPAK.

Aku tutup laptop dan aku tidur. Malam ni aku harap tiada lagi wajah Arie datang menyemak dalam mimpi aku. Harap-harap aku boleh nampak wajah bakal tunang aku selepas sepuluh minit aku beristikharah tadi.

No comments: