12
HUDA
meringankan tulangnya pagi itu membantu Puan Rohayu membersihkan taman. Basah
lenjun badannya bermandi peluh. Sudah lama dia tidak merasa sesegar itu. Selama
ini jarang sekali dia dapat bersama keluarga membuat aktiviti bersama-sama.
Tambahan pula semenjak dia bekerja, masa yang dia ada sangat terhad. Huzir yang
kecil pun sudah pandai merungut kerana sudah lama tidak dapat mengusik kakaknya
itu.
“Pukul berapa nak pergi hospital,
Huda..?” Tanya Encik Marzuki sambil melabuhkan duduknya di buaian besi di laman
rumahnya.
“Pukul 12 tengah hari bah..!
Huda pergi dengan abang Faridz, bolehkan abah.?” Ujar Huda sekaligus meminta
izin.
“Oo..dating ek...?” Sampuk Huzir sambil mengangkat bata sebagai pelapik
pasu bunga lalu disusun kemas di tepi kolam ikan.
“Ish.! pandai-pandai je
Huzir ni. Akak nak pergi tengok kawan akak lah. Dia kena demam panas..” Jelas
Huda sambil tangannya masih terus mencatas rumput-rumput liar di tepi pasu
bunga.
“Sambil menyelam meneguk
air..!” Usik Huzir lagi.
Berderai tawa Encik Marzuki dan Puan
Rohayu melihat Huda yang sudah memuncungkan mulutnya sambil matanya menjeling
tajam ke arah Huzir.
“Kalau Abang Faridz tengok
ni, mesti dia pun gelak sampai guling-guling..!” usik Huzir lagi sambil ketawa.
“Huda dengan Abang Faridz
ada apa-apa ke.? Abah tengok macam ada je!” Tanya Encik Marzuki dengan nada
serius. Wajah anak gadis kesayangannya ditatap lama.
Huda
sudah rasa serba salah. Sambil membisu Huda teruskan kerjanya tanpa mengangkat
kepala.
“Ada la kalau diam macam
tu..!” Sampuk Huzir dengan senyuman sinis. Namun senyuman itu hanya seketika
kerana sindiran Huzir dibalas dengan jegilan mata dari Puan Rohayu. Huzir menunduk malu atas
ketelanjurannya menyampuk dalam urusan orang dewasa.
“Tak ada apa-apalah bah..!
Huda dengan dia macam adik beradik, mana boleh ada apa-apa.!” Ujar Huda sambil
mengetap bibir, kepalanya menunduk menyembunyikan wajahnya yang gugup. Pisau
sabit yang dipegang untuk mencatas rumput sudah tidak mengikut rentak yang
sewajarnya. Sesekali tanah yang terpelanting bukan rumput yang dipotong.
“Orang kalau tak biasa
berbohong, memang takkan pandai berbohong sampai bila-bila. Kalau dia berbohong
pun, orang boleh tahu dia sedang berbohong. Contohnya anak dara abah ni, abah
kenal dengan anak abah..”
“Apa abah ni..tak baik tau
serkap jarang macam ni..! Sebenarnya Huda tak pasti lagilah dengan dia. Huda
tak tahu nak cakap. Sebenarnya Abang Faridz ada sampaikan hasrat tu pada Huda, tapi
Huda tak cakap apa-apa pun..! Huda nak belajar dulu lah. Huda dah terangkan
pada dia pasal cita-cita Huda. Alhamdilillah.. abang Faridz boleh terima. Dia
kata dia sanggup tunggu sampai bila-bila. Huda bagi dia peluang suruh cari yang
lain, tapi dia taknak. Nak kata apa lagi, biar
ajelah..!” Terang Huda malu-malu.
“Wah..romantiknya Abang
Faridz..! Umi, tak lama lagi makan nasi minyaklah kita..!” Usik Huzir lagi.
“Ehem..!” Deheman Encik Marzuki disertakan dengan jelingan ke arah
Huzir memberi isyarat kepada Huzir agar terus berdiam. Huzir akur.
“Apa pendapat Ayu?” Tanya Encik
Marzuki pada isterinya yang sedang menggunting dahan bunga mawar putih.
“Saya tak ada bantahan. Kalau
Huda dan Faridz suka sama suka, apa salahnya. Yang penting Huda kena habiskan
belajar dulu. Faridz tu pun baik, bila tengok dia teringat saya pada arwah
abang Ariff. Kalau Huda
pilih Faridz, saya setuju sangat. Bukan sebab dia anak saudara saya, tapi sebab
saya yakin dia mampu bahagiakan anak kita bang..” Terang Puan Rohayu panjang
lebar.
“Apa mi ni.! Malu Huda tau..!” Bentak Huda perlahan. Hatinya sedikit panas bila
melihat Huzir tersenyum sinis sambil menjuehkam mulut.
“Nak malu apanya.? Anak abah
ni dah besar, tak salah kalau dah ada yang berkenan. Abah pun berkenan dengan
Faridz tu. Dari awal lagi naluri abah berkata Faridz memang sesuai dengan Huda.
Huda tak perlu malu sebab rasa ingin bercinta tentu ada dalam diri semua orang.
Huzir yang kecil pun kalau dah besar nanti tentu ada rasa gatal nak bercinta,
yang penting kena pandai memilih.
Berkawan kena tahu batasan, pandai jaga diri dan maruah diri serta
keluarga, jangan ingat nak seronok saja.”
“Kalau boleh Huda tak mahu
fikirkan semua tu lagi. Perjalanan Huda masih jauh, banyak yang perlu Huda
belajar lagi. Cita-cita dan matlamat Huda harus Huda fikirkan dulu, yang lain
Huda tolak ke tepi.” Terang Huda sambil mengambil paip air lalu mula menjirus
pokok bunga yang sedang berkembang.
“Opts..! terjirus pulak.. sorry..tindakan
refleks..!” Jerit Huda sambil terus
menjirus ke arah Huzir. Huzir yang belum bersedia dengan gurauan Huda terus
menerpa ke arah Huda dan merampas getah paip air ditangan kakaknya. Huda menjerit-jerit
apabila tugas menjirus diambil alih oleh Huzir. Habis kedua-duanya kebasahan.
Berderai tawa Encik Marzuki dan Puan Rohayu melihat telatah kedua-dua anak
mereka.
“Teruklah adik akak ni, brutal betul..! habis basah tudung
akak..!” Rungut Huda sambil menanggalkan tudung di kepalanya. Tudungnya
diletakkan di atas buaian besi ditepi Encik Marzuki sambil melabuhkan
punggungnya di tepi orang tuanya itu. Rambutnya yang basah diusap lembut oleh
Encik Marzuki.
“Dah besar anak abah ni, cantik
pulak tu, patutlah abang Faridz tak tidur malam kalau tak dengar suara..!” Ucap
En Marzuki tersenyum simpul.
“Tengoklah..anak siapa.!” Ucap
Huzir dengan nada angkuh.
“Tau takpe..!” Jawab Encik Marzuki bersahaja. Puan Rohayu hanya menggeleng melihat telatah suami dan anak-anaknya.
“Tau takpe..!” Jawab Encik Marzuki bersahaja. Puan Rohayu hanya menggeleng melihat telatah suami dan anak-anaknya.
Sedang
rancak berbual, mereka diganggu oleh suara memberi salam. Pintu pagar yang
tidak berkunci memudahkan tetamu itu masuk lalu berdiri di tepi taman mini itu.
Mata Huda membutang melihat Faridz berada di depan mata. Mata Faridz tak
berkelip memandang Huda yang kebasahan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Dengan sepantas kilat, Huda sudah hilang dari situ. Malu dengan keadaannya yang
tidak bertudung dan susuk tubuhnya jelas kelihatan kerana t-shirt putih yang
dipakai habis basah.
“Hujan ke tadi?” Tanya
Faridz sambil tersenyum.
“Ha ah Abang Faridz.. Hujan
buatan sendiri. Kalau nak rasa marilah join
sekali..!” Ujar Huzir sambil menunjukkan getah paip yang berada ditangannya.
Melihatkan keadaan Huzir yang basah kuyup,
fahamlah Faridz sekarang kenapa Huda berkeadaan seperti tadi.
“Saya ingatkan dia dah siap. Patutlah saya call tak jawab, rupanya
semua ada kat luar..!” Kata Faridz lalu melabuhkan punggungnya di sisi Encik
Marzuki.
“Dia kata nak pergi pukul
12, pakcik ingat masih awal lagi, rupa-rupanya sekarang dah pukul 12 pun..!”
Kata Encik Marzuki sambil membelek jam tangan di tangannya.
Sambil berbual-bual, sempat Encik Marzuki
merisik tanya tentang hubungan Faridz dengan anaknya Huda.
“Pakcik tak kisah kalau niat
Riz tu baik. Pakcik suka kalau betul-betul jadi. Tapi pakcik harap Riz dapat
bersabar sikit, Huda kata dia nak belajar sampai habis dulu. Kalau boleh itulah
yang pakcik harapkan. Lagipun dia muda lagi, Riz pun muda lagi, pakcik harap
Riz dapat bagi dia masa.”
Faridz menganggukkan kepala tanda memahami
apa yang disampaikan oleh Encik Marzuki.
“Niat saya ikhlas pakcik. Restu
pakcik dan makcik memang saya harapkan. Kalau ada yang salah, janganlah pakcik
dan makcik segan nak menegur. Saya sedia dengan sebarang teguran jika ia
mendatangkan kebaikan dalam hubungan kami. Walaupun Huda masih belum beri kata
putus, saya tetap dengan pendirian saya yang saya akan tetap tunggu dia. Saya
benar-benar sukakan dia. Pakcik katalah apa saja, saya tak kisah. Saya dah tak
boleh nak elak dari sukakan dia..” Terang Faridz tanpa rasa malu. Hanya itu
saja yang mampu dilakukan setelah sekian lama menanti jawapan Huda yang belum
kunjung tiba.
“Kamu tak payah risaulah
tentang hal tu. Huda dah cerita semuanya tadi. Pakcik yakin dia pun sama
seperti yang kamu rasa, cuma..kamu faham- fahamlah, dia perempuan, takkan nak
mengaku yang dia sukakan kamu terang-terang.! Tapi dari percakapan dia tadi, pakcik
tahu dia pun sukakan kamu.” Balas Encik Marzuki sambil menepuk lembut bahu Faridz.
“Ha..tu dia dah datang, pandai-pandailah kamu tanya dia sendiri..!”
“Terima kasih pakcik. Nantilah,
kalau ada peluang saya tanyakan.” Ucap Faridz lega kerana restu dari orang tua Huda sudah dalam genggamannya.
Perbualan kaum adam itu terhenti apabila
langkah Huda mendekati mereka.
“Huda pergi dulu bah.!” Ucap
Huda lalu tangan orang tuanya disalam dan dikucup lembut, kelakuan itu turut
dilakukan oleh Faridz.
“Dah ambil air yang abah
buatkan tu.?”
“Dah abah.” Jawab Huda
ringkas.
Faridz hanya memerhatikan
dan mendengar sahaja tanpa mengetahui apa yang dimaksudkan oleh dua beranak itu
tadi.
“Sampaikan salam abah pada
dia. Jangan lupa suruh dia selawat dulu sebelum minum..!” Terang Encik Marzuki
lagi. Huda mengangguk lalu beriringan dengan Faridz melangkah keluar menuju ke
kereta Faridz yang dipakir di luar pagar.
Encik
Marzuki melepaskan keluhan lemah bila bayang Huda hilang dari pandangan
matanya. Melihat wajah lembut anak perempuannya itu membuatkan jiwanya tenang.
Tidak disangka anak bongsunya sudah ada yang berkenan sedangkan dua lagi
anaknya belum tau apa cerita. Mengenangkan nasib anak-anak, Encik Marzuki
berasa sebak, masing-masing dengan cara tersendiri. Paling memilukan adalah
Huda. Anaknya itu banyak mengalah dalam segala hal. Sehinggakan sanggup
ketepikan perasaan sendiri demi kebahagiaan dirinya. Dia sendiri tahu tentang
minat Huda dalam bidang kedoktoran, tapi dia terlebih dahulu mengutarakan
hasrat agar anaknya itu mengikut jejaknya sebagai seorang pensyarah. Tanpa
banyak kerenah, anaknya itu terus bersetuju untuk memenuhi impiannya. Encik
Marzuki mengeluh kesal. Dia tahu kenapa Huda bercita-cita mahu menjadi seorang
doktor. Semasa kecil Huda ada memberitahunya sebab-sebab dia ingin menjadi doktor
ialah kerana tidak mahu dirinya jatuh sakit dan meninggalkannya seperti arwah
ibunya. Ah..! terlalu berat perasaan ini bila mengenangkan penderitaan arwah
isterinya. Sehingga kini masih terasa belaian kasih isterinya itu. Baginya, tiada
yang setanding dengan arwah isterinya. Azimah tetap yang pertama dalam hati
walaupun Rohayu kini yang berada di depan matanya.
FARIDZ
memakirkan kereta di kawasan parkir yang berhampiran dengan pintu masuk.
Waktu-waktu begini memang sukar mendapatkan petak pakir. Almaklumlah,dah memang
waktu melawat, tak hairanlah kalau kenderaan sesak di situ. Setelah yakin
keretanya ditinggalkan dalam keadaan selamat, Faridz beriringan dengan Huda
menuju ke tempat Bent ditempatkan.
Dari
jauh Huda sudah nampak Bent sedang duduk termenung atas katilnya tanpa ada
sesiapa yang melawat. Hati Huda terasa sayu. Melihatkan disekeliling wad penuh
dengan sanak saudara pesakit-pesakit lain, Huda dapat rasa apa yang dirasakan
oleh Bent. Senyuman di bibir Bent jelas kelihatan bila bayang Huda berada di
depannya. Namun mati segera bila melihat Faridz melangkah bersama.
“Assalamualaikum..” Sapa
Huda sambil tersenyum.
“Salam..” Jawab Bent acuh
tak acuh.
“Abang, nilah kawan Huda
yang Huda cerita tu..” Faridz hanya tersenyum sambil mengangguk.
“Huda berbuallah dulu, abang
keluar sekejap nak cari toilet.”
Faridz cuba beralasan kerana melihatkan wajah Bent, Faridz tahu kawan Huda itu
kurang selesa dengan kehadirannya. Huda hanya mengangguk setuju.
“Macam mana hari ni.? Panas
lagi.?” Tanya Huda sambil melekapkan tapak tangannya ke dahi Bent.
“Okeylah sikit..! tapi aku rasa panas dalam lah.. tekak aku pahit
sangat..” Terang Bent sayu.
“Ni saya ada bawakan air
ubat untuk awak, abah saya yang buatkan. Dia pesan sebelum minum bismillah dan
selawat dulu..” Ujar Huda lalu menghulurkan dua botol air mineral.
“Terima kasih, buat
susah-susah saja.” Balas Bent sambil menyambut pemberian Huda.
“Abah saya kirim salam kat
awak, dia harap awak cepat sembuh.” Kata Huda sambil mengupas sebiji epal merah
lalu dihulurkan kepada Bent. “Makan ni, nanti tekak awak taklah rasa pahit sangat.”
Wajah Huda dipandang sayu dan bila pandangannya
Huda balas, Bent menunduk sebak.
“Kenapa kau baik sangat
dengan aku, Huda.?”
“Saya baik dengan semua orang.”
“Aku tak pernah ada kawan
sebaik kau.”
“Sekarang kan dah ada..!”
“Aku cemburu dengan kau. Kau
ada segala-galanya. Ada umi yang masakkan kau makanan setiap hari, ada abah
yang bertanggungjawab lagi baik hati, kau juga ada boyfriend yang memahami, hendsome
pulak tu.! aku tengok macam pelakun ‘Seducing Mr. Perfec’ Danial Henny. Cuma
mata dia mata versi melayu. , jaga baik-baik, ramai yang terpikat nanti..!”
Kata Bent cuba berseloroh.
Huda membulatkan mata mendengar ayat
terakhir Bent. Mendengarkan Bent ketawa, Huda memuncungkan mulutnya. Teringat
dia dulu yang Hanom pernah kata bahawa Faridz seperti pelakon korea, tapi Hanom
sendiri tidak ingat namanya. Mungkin betul apa yang Hanom cakapkan sebab Bent
turut menyatakan benda yang sama. Dia manalah tahu tentang pelakun-pelakun luar.
Tak pernah jadi santapan matanya pun. Kadang-kadang rasa malu sangat bila
mendengar rakan-rakannya bercerita tentang dunia artis. Nampak sangat dia
ketinggalan. Tapi bila memikirkan yang hal-hal macam tu tak memberi apa-apa
faedah, Huda bersyukur kerana masanya tidak terbuang ke arah perkara-perkara
sebegitu. Yang sebenarnya bukan dia tidak mengenali langsung tentang artis cuma kurenggg sikit pengetahuan. Yang dia
tahu cuma Siti Nurhaliza dan Ziana Zain. Ada juga lagu-lagu yang dia suka
dengar tapi sekadar mendengar. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyanyi
rasanya tidak..
“Ni kalau buat muncung depan
abang awak tadi kompem tak jadi
meminang, buruk sangat.!” Bent semakin galak mengusik.
“Minum air tu sampai habis
dan satu lagi tu untuk sapu muka kalau rasa panas.” Kata Huda sambil menukar
tajuk perbualan. Botol air dibuka lalu menghulurkan pada Bent supaya minum
segera sementara dia masih ada di situ. Sebotol lagi dibuka lalu di tuangkan
sedikit ditapak tangannya lalu disapu ke muka Bent perlahan.
Bent tersentak lalu
memandang tepat ke wajah Huda. Tidak disangka, begitu sekali Huda melayannya.
“Tak apa..aku boleh buat sendiri..” Kata Bent malu-malu.
“Tak apa..aku boleh buat sendiri..” Kata Bent malu-malu.
“Sementara saya ada ni, baik
saya yang buat. Badan awak kan rasa lemah lagi. Lagipun saya tak percaya awak
akan buat.” Jelas Huda sambil menuangkan lagi air ke tapak tangannya lalu
dilumurkan di bahagian tangan Bent pula. Bent terasa sebak. Air matanya
mengalir laju. Huda tersentak lalu duduk berhadapan.
“Sebelum kenal dengan kau,
aku tak pernah rasa setenang ni. Dulu fikiran aku rasa serabut, dada aku rasa
sesak, tak tahu kenapa. Tapi semenjak dua tiga hari lepas, aku rasa tenang
sangat. Dengan adanya kau, aku rasa tuhan berikan aku satu lagi peluang untuk
aku teruskan kehidupan. Selama ni tak ada orang yang sanggup melayan aku dengan
baik walaupun keluarga aku sendiri.”
Huda merenung wajah sebak Bent. Jari
jemari Bent diraih lembut lalu diusap agar Bent dalam keadaan bertenang.
“Kitakan saudara sesama islam, tak salah kalau saya tolong awak sekarang, mana tahu esok-esok, saya perlukan pertolongan awak pula..”
“Kitakan saudara sesama islam, tak salah kalau saya tolong awak sekarang, mana tahu esok-esok, saya perlukan pertolongan awak pula..”
Bent menarik nafas panjang sebelum
meneruskan bicara.
“Mama aku curang pada papa, kakak aku pulak rampas boyfriend aku. Aku dah tak ada sesiapa lagi. Papa aku langsung tak pedulikan aku. Tiap-tiap bulan, dia cuma bagi aku duit untuk perbelanjaan. Baginya dengan cara tu saja sudah cukup untuk tunjukkan kasih sayang kat aku.”
“Mama aku curang pada papa, kakak aku pulak rampas boyfriend aku. Aku dah tak ada sesiapa lagi. Papa aku langsung tak pedulikan aku. Tiap-tiap bulan, dia cuma bagi aku duit untuk perbelanjaan. Baginya dengan cara tu saja sudah cukup untuk tunjukkan kasih sayang kat aku.”
“Banyakkan bersabar.. ! kita
sebagai orang islam kena redha pada setiap ketentuan yang Allah dah tetapkan
pada kita sebagai hambanya yang kerdil di muka bumi ni. Sepatutnya awak rasa bersyukur kerana dilahirkan dalam
keadaan yang senang lenang. Di luar sana
tu, masih ramai yang kurang bernasib baik tapi masih mampu teruskan kehidupan.
Sedangkan awak yang senang lenang kenapa tak berusaha untuk perbaiki kelemahan diri, kenapa masih
mengosongkan jiwa awak kalau dah tahu kosong. Solat tu tiang agama. Kalau tiang
awak tak kuat, bila-bila masa saja awak akan jatuh. Allah tu Maha Penyayang, Maha
Pengampun, Maha Mengetahui. Dia sentiasa ada untuk awak.. Insyaallah setiap apa
yang awak lakukan demi tuhan yang satu, Allah pasti ada bersama memberi
keberkatan dan kesejahteraan..” Huda terus berhujah agar Bent tidak terus
sesat. Tubuh Bent dirapatkan lalu memeluk erat agar sebak di dada Bent dapat
dikurangkan.
“Sudahlah..! Istigfar
banyak-banyak, ingat tuhan. Lepas ni jangan fikirkan lagi hal yang bukan-bukan,
tak ada faedah pun..! Hidup kita ni mesti ada matlamat. Pastikan matlamat hidup
kita tercapai, barulah hidup akan bermakna.” Pujuk Huda sambil menyapukan air
mata Bent yang masih mengalir di pipi.
“Bent..!” Panggil Huda
lembut, namun Bent hanya menggeleng lemah.
“Siti Bainnur Radina..” Ucap Bent smbil menunduk.
Huda tersentak mendengar nama itu.
“Nama aku Siti Bainnur
Radina. Dulu mama aku panggil aku Nur, semua orang panggil aku Nur. Bila semua
berubah, aku cuba ubah nama dan penampilan aku. Aku benci nama Nur..!”
“Nur tu bererti cahaya, saya
harap Nur yang baru akan lebih bercahaya selepas ini.” Ucap Huda perlahan.
“Ye..aku pun harap macam tu.
Mulai hari ni aku nak kau panggil aku Nur. Memandangkan aku lebih tua, kau kena
panggil aku Kak Nur. Bolehkan?”
Pertanyaan
itu Huda jawab dengan senyuman dan anggukan laju tanda setuju. Didalam hatinya
tak lekang menyebut alhamdulillah tanda kesyukuran.
“Huda tak nak balik ke.? Dah
lama sangat Huda dekat sini. Kesian pada cik abang tu.
Entah-entah dah merajuk sebab kekasihnya asyik bersembang..” Usikan Bent buat Huda termalu sendiri.
“Ishh.! Janganlah cakap macam
tu.. Macam menghalau je.!” Huda berpura-pura merajuk. Yang sebenarnya dia ingin
menutup malu atas usikan Bent tadi.
“Banyaklah dia punya halau..
Dahlah.! mata dah mengantuk ni. Pergilah balik. Kesian pada cik abang awak tu.
Tak fasal-fasal nanti ada je nurse
yang dok usha. Nurse dekat sini
lawa-lawa tau..!” Bent masih dengan
usikannya.
“Yelah yelah..! orang balik
lah ni.!” Balas Huda geram dan
kemudiannya mereka sama-sama ketawa mengekek.
JAM
sudah ke pukul satu setengah tengahari. Sudah ramai pelawat yang mula beransur
pulang. Selepas berpamitan dengan Nur tadi, Huda melangkah keluar mencari
Faridz yang selepas keluar tadi langsung tak nampak bayang. Liar matanya
mencari kelibat lelaki itu. Huda melepas keluhan lega bila orang yang dicari
akhirnya berada tidak jauh dari situ.
“Nak balik dah?” Tanya
Faridz yang sedang duduk di bangku batu di taman kecil itu. Huda mengangguk
sambil tersenyum.
“Abang boring ek.? Kenapa tak masuk? Ingatkan abang merajuk.” Tanya Huda
sambil senyum.
“Taklah..! lepas keluar
bilik air tadi abang duduk sini kejap, Pakcik tukang kebun tu datang sini ajak
berbual, abang layan je. Lagipun kalau abang merajuk nanti abang yang rugi.
Bukan ada yang nak pujuk pun..” Balas Faridz perlahan. Huda senyum meleret.
“Kesiannya dia..! ala la la..! Okey. Lain kali kalau abang
merajuk, Huda pujuk ye..?” Pujuk Huda lembut. Faridz menjeling manja.
“Amboi..dah pandai
jeling-jeling sekarang ye..!” Usik Huda.
“Nak bermanja sikit pun tak
boleh..!” Faridz berpura-pura menjauh hati.
“Eh eh..manjanya baby ni..
Mari sini mama pujuk meh.!” Usik Huda
lagi.
Faridz termalu sendiri apabila sedar dia
sudah terlebih lantas menghamburkan tawa besar.
“Nak ke mana lepas ni.?”
Tanya Faridz selepas tawanya reda.
“Baliklah, mana lagi.?”
“Takkan nak balik kot..! abang
baru first time dapat dating dengan Huda, dahlah nak jumpa pun
susah.!” Rungut Faridz sambil mengatur langkah bersama ke tempat pakir.
Huda
tersenyum nipis. Sudah diagak Faridz akan begitu.
“Sebenarnya Huda tak
biasalah keluar-keluar macam ni. Nanti abah fikir apa pulak.!”
“Takpe.! Huda jangan risaulah. Abang dah cakap pada abah tadi kita
balik sebelum pukul enam petang. Abang nak ajak Huda ke satu tempat istimewa
hari ni. you and me..!” Terang
Faridz jujur. Memang dia ada usulkan niatnya itu pada Encik Marzuki semasa
menanti Huda siap tadi. Pada mulanya dia berasa bimbang jika permintaannya itu
tidak ditunaikan. Tapi tak sangka Encik Marzuki terus mengizinkan dengan syarat
pulang sebelum gelap.
“Betul ni, abang minta izin
pada abah.?”
“Ye..betul.! Kalau Huda tak
percaya ambil handset abang ni, call abah sekarang.!” Gesa Faridz lantas
mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan menghulurkan pada Huda.
Huda teragak-agak mahu menerima.
Huda teragak-agak mahu menerima.
“Takpelah. Kalau orang tu tak percaya nak buat macam mana..! Abang
sedar, abang tak layak berjalan seiring dengan anak Dato.!” Huda tergamam.
“Kasihannya dia..! Okeylah..! Huda minta maaf. Mm.. kalau
macam tu kita nak ke mana.?” Soalan Huda menerbitkan senyuman manis di bibir
Faridz semula.
“Abang nak bawa Huda pergi
makan dekat satu tempat. Tapi jauh sikitlah..! Luar kawasan tempat kita ni. Huda
okey kalau abang ajak luar kawasan.?”
“Yelah, Huda ikut saja..!
tapi sebelum tu Huda nak pesan lagi sekali, gelaran anak Dato jangan disebut lagi
depan Huda. Huda tak suka.!”
Ketegasan dalam ayat yang dituturkan oleh Huda buat Faridz terasa bersalah “Sorry..!” Ujar Faridz sambil memegang telinganya. Huda tersenyum sambil menggeleng kepala.
Ketegasan dalam ayat yang dituturkan oleh Huda buat Faridz terasa bersalah “Sorry..!” Ujar Faridz sambil memegang telinganya. Huda tersenyum sambil menggeleng kepala.
“Kita nak makan kat mana.?”
Tanya Huda lembut.
“Dekat mana lagi, dekat
mulut la..!” Seloroh Faridz kemudian tersengeh- sengeh apabila menerima satu
jelingan tajam dari Huda. “Ikut
sajalah..!” Sambung Faridz tersenyum simpul.
Huda segera meloloskan diri ke dalam perut
kereta sesudah pintu kereta dibuka oleh Faridz. Cuaca panas yang menyengat
tubuhnya membuatkan mukanya yang cerah seperti udang kena bakar.
“Kasihannya dia, habis kulit
rosak..” Sindir Faridz sambil menghulurkan sekotak tisu untuk Huda mengelap
peluh di mukanya.
“Panas sangat hari ni, rasa
macam terbakar kulit ni..! Abang tak panas ke.?”
“Dah biasa, hari-hari abang
berjemur tengah panas. Balik nanti makan buah tomato. Amalkan sehari makan dua
biji. Huda nak tahu, tomato kaya dengan
lycopene yang dapat jadikan kulit mempunyai lebih banyak kalogen.
Pengambilan dua buji sehari beleh membantu melindungi kulit dari kesan buruk
cahaya matahari. Ha.. lagi satu buah delima. Dalam buah delima mengandungi
vitamin c dan antioksidan yang tinggi. Amalkan dalam diet sebab ia menjadikan
kulit lebih cerah, mencegah kedutan dan kurangkan risiko kanser kulit.” Ujar
Faridz panjang lebar.
Huda ketawa mengekek setelah Faridz
selesai berhujah. Tiba-tiba dirasa seperti berada dalam kelas kecantikan pulak.
“Patutlah kulit orang tu nampak macam kulit pelakun korea. Rupanya rajin manjakan kulit muka...!” Usik Huda perlahan. Faridz turut ketawa malu.
“Patutlah kulit orang tu nampak macam kulit pelakun korea. Rupanya rajin manjakan kulit muka...!” Usik Huda perlahan. Faridz turut ketawa malu.
“Ni semua Fini punya fasal. Bila
dia tengok kulit abang asyik berminyak lepas balik dari side, dia mesti membebel. Macam-macam yang dia kata. Kulit macam
kulit limau la..macam mandi minyak tar la..jadi dia ajar abang cara-cara jaga
kulit. Mula-mula abang malas nak layan. Tapi bila dia dah beria-ria, abang ikut
jelah.! Tambah pulak dia yang sedia semua. Abang cuma duduk diam dan dia yang proseskan muka abang ni. Tak sangka berkesan. Huda tahukan
kerja abang macam mana. Sentiasa terdedah dengan panas matahari.” Balas Faridz
lagi sambil menerangkan serba sedikit tentang kerjayanya. Kereta yang sudah
siap dihidupkan enjin, sudah mula bergerak keluar dari kawasan hospital.
Huda mengangguk faham. Sebenarnya bukan
dia tidak tahu apa yang Faridz katakan tadi. Sudah banyak buku yang dia baca
mengenai khasiat-kahsiat buah dan sayur-sayuran. Cuma dia saja yang malas untuk
amalkan petua-petua itu. Jika dulu pernah juga dia cuba semasa zaman keaktifannya
di padang. Tapi semenjak dunia hoki ditinggalkan, amalan seperti itu sudah mula
ditinggalkan.
"Apa pendapat abang tentang kawan Huda tu?"
"Ermm..pendapat? Errr..tak tahu nak cakap. Tapi abang dapat rasa dia tak suka abang dan wajah dia tu jelas macam orang bermasalah."
"Ermm..pendapat? Errr..tak tahu nak cakap. Tapi abang dapat rasa dia tak suka abang dan wajah dia tu jelas macam orang bermasalah."
Huda
tersenyum hambar lantas diceritakan
tentang Bent yang sudah bertukar semula menjadi Nur. Faridz melopongkan
matanya bila sejarah hidup Nur
diceritakan oleh Huda.
“Berani Huda ambil risiko berkawan
dengan orang macam tu! Kalau abang tau dari awal, abang takkan bagi Huda kerja
kat kedai tu.!” Bentak Faridz sambil geleng kepala.
“Sebab tu Huda
tak mahu cerita apa-apa kat abang, Huda dah boleh agak abang ni macam mana..!”
“Abang bukan nak
mengongkong, abang cuma nak Huda selamat.” Terang Faridz perlahan.
“Kak Nur cemburukan Huda
sebab Huda ada boyfriend yang encem sangat. Macam pelakun korea, entah
Huda sendiri tak tahu yang mana satu.” Huda tersenyum nipis bila teringat
sahabatnya Hanom yang dulu pernah menyatakan pendapat yang sama.
Meledak ketawa Faridz mendengar cerita Huda
sambil menggeleng kepala.
“Hmm.. banggalah tu..!”
Sindir Huda geram.
“Huda tak takut ke kalau ada
yang nak pikat abang..? Artis ni..!” Ujar Faridz angkuh sambil mengusik.
“Perasan.!” Balas Huda
sambil mencubit bahu Faridz.
“Oo..dah pandai cubit-cubit
sekarang ni.. abang gigit baru tau.!”
“Ni nak.!” Balas Huda lalu
disuakan penumbuknya di hadapan mata Faridz. Apa lagi makin galaklah mereka
ketawa.
Huda semakin selesa dengan Faridz. Di rumah tadi perasaan Huda rasa sedikit bergolak, ditambahkan lagi bila Faridz melihat dia tanpa tudung di kepala dan susuk tubuhnya yang jelas kerana bajunya putih yang dipakai basah kuyup. Tika itu jantungnya berdegup kencang. Rasa macam nak tercabut dari badan. Tapi bila Faridz langsung tak menyentuh mengenai peristiwa di rumah tadi, Huda tahu Faridz tak mahu memalukan dengan insiden yang memalukan dirinya.
Huda semakin selesa dengan Faridz. Di rumah tadi perasaan Huda rasa sedikit bergolak, ditambahkan lagi bila Faridz melihat dia tanpa tudung di kepala dan susuk tubuhnya yang jelas kerana bajunya putih yang dipakai basah kuyup. Tika itu jantungnya berdegup kencang. Rasa macam nak tercabut dari badan. Tapi bila Faridz langsung tak menyentuh mengenai peristiwa di rumah tadi, Huda tahu Faridz tak mahu memalukan dengan insiden yang memalukan dirinya.
SEJAM setengah perjalanan, akhirnya
destinasi yang dituju tiba jua. Sepanjang perjalanan tadi Huda tertanya-tanya
juga kemana Faridz mahu membawanya kerana perjalanan yang dirasa memakan masa
terlalu lama. Apabila melihat papan tanda yang tertera perkataan LUMUT,
fahamlah Huda yang Faridz mahu membawanya ke Pantai Teluk Batik. Sebelum tiba
tadi Huda menyarankan tidak mahu makan nasi kerana seleranya hilang sebab cuaca
terlalu panas. Lantas Faridz menghentikan keretanya di restaurant KFC.
“Berapa kali Huda datang
sini.?” Tanya Faridz sejurus selepas dia membukakan pintu kereta untuk Huda.
Huda tersengeh malu sambil mengetap bibir.
“Huda tak pernah datang sini.” Jawab Huda malu-malu. Terasa ketinggalan sungguh
bila dia sendiri anak jati perak tapi tidak pernah menjejakkan kaki ke salah
satu tempat peranginan terkenal di dalam negeri perak.
“Are you kidding.?” Tanya Faridz yang masih terkejut.
“Nope. Huda tak suka keluar bercuti. Bagi Huda ia sesuatu yang
merugikan masa dan duit. Tempat-tempat macam ni bukan untuk berehat tapi
memenatkan dan membosankan. Huda faham apa yang orang lain maksudkan dengan enjoy dan bersantai. Mungkin Huda akan
lakukan semua tu bila Huda dah ada keluarga nanti. Macam sekarang Huda hargai
keikhlasan abang bawak Huda ke tempat macam ni sebab niat kita nak makan dan
macam yang abang cakap tadi..D.A.T.I.N.G..” Ujar Huda lalu ketawa kecil.
Faridz tersenyum sambil tunduk malu. Salah
dia juga kerana tidak bertanya dulu ke mana tempat yang gadisnya suka. Niatnya
tadi mahu buat Huda kejutan, tak sangka dia balik yang terkejut mendengar
penerangan Huda. Dari semalam dia mula terfikir-fikir destinasi yang harus
dituju bersama Huda. Bila setiausahanya mencadangkan Teluk Batik, dia terus
setuju. Tambah pulak dia selalu ke situ.
“Abang selalu ke sini.?”
Huda Tanya sambil duduk di sebuah kerusi batu sambil mengadap pantai.
“Ni kali ke lima abang
datang sini.” Jawab Faridz selepas
mengangguk.
“Dating.?” Tanya Huda tersenyum simpul.
“Hmm..dating dengan klien.
Projek abang tak jauh dari sini. Sebab tu abang selalu kena datang sini. Tapi start minggu depan abang dah serahkan pada pembantu abang. Jadi
abang dah tak perlu datang lagi ke sini. Kalau ada apa-apa yang abang
diperlukan, baru abang datang.” Terang Faridz tidak mahu Huda salah faham.
“Kalau dating dengan awek pun apa salahnya.!” Usik Huda lagi. Walaupun
bibirnya terhias dengan senyuman mengusik, dalam hatinya berdegup kencang jika
andaiannya benar.
“Datang dengan perempuan,
Huda orang pertama. Sebelum ni semuanya klien
abang. Tolong percaya cakap abang. Abang jujur dan ikhlas pada Huda. Abang
merayu jangan meragui keilhlasan abang pada Huda.”
Hilang sudah senyuman yang terukir tadi
kerana tersentak dengan dengan pengakuan Faridz. Bila melihat wajah Faridz
sudah bertukar serius, Huda turut terpana.
“Dua tahun lalu abang pernah
bertunang dengan anak keluarga angkat abang. Lisa namanya.” Faridz menarik
nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan agak berat. Pandangannya dilemparkan jauh
ke laut. Menyebut nama perempuan itu benar-benar menyesakkan jiwanya. Pengalaman
lalu benar-benar buat dia rasa tersiksa. Rasanya ini adalah masa yang sesuai
untuk dia menceritakan semua yang telah lama menjadi sejarah hitamnya.
Diharapkan agar gadis yang baru menjadi idamannya dapat menerima apa yang ingin
disampaikan.
“Abang cintakan dia, sayangkan
dia sepenuh hati. Ikatan pertunangan mendapat restu dari keluarga. Tapi entah
tak tahu kenapa dan apa silapnya, tiba-tiba dia berubah. Pada hari pernikahan
kami, dia menghilangkan diri. Abang terkilan sebab dia pergi tanpa tinggalkan
apa-apa pesan. Seminggu selepas tu, barulah dia kembali. Bila ditanya,
alasannya mudah, dia tak bersedia. Pelikkan.?
Kalau tak bersedia, kenapa rancang nak bertunang sedangkan rancangan itu
dia sendiri yang pinta.” Sekali lagi
Faridz menarik nafas dalam sebelum teruskan bersuara.
“Abang kecewa yang amat
sangat. Separuh gila dibuatnya. Hidup abang jadi tak tentu arah kerana terlalu
kecewa. Fini kata abang dah macam mayat hidup. Abang tak boleh terima
kenyataan. Akhirnya bapa angkat abang hantar abang pulang ke sini untuk uruskan
syarikat dia yang baru beroperasi. Abang tahu, niatnya untuk abang lupakan
sejarah hitam tu dan tumpukan sepenuh perhatian pada kerja. Sampai sekarang
mama dan papa abang di sana rasa bersalah dengan abang. Mereka memang berharap
abang jadi sebahagian keluarga mereka. Bila dah lama abang tinggal di sini, sedikit-sedikit
abang boleh lupakan dia. Hidup abang lebih bermakna setelah Fini pulang ke
sini. Akhirnya kami dapat pulang ke rumah kami macam dulu. Lebih bermakna lagi
selepas abang jumpa dengan Huda. Abang yakin, perpisahan dengan Lisa memberi
seribu rahmat buat abang. Allah berikan pada abang yang lebih terbaik dari yang
dulu. Harap Huda faham maksud abang..”
“Sekarang dia macam mana.?”
Huda bertanya usai Faridz bercerita.
“Abang tak tahu. Lepas Fini
balik sini, abang pun dah lama tak balik sana. Lagipun abang tak ingin nak
ambil tahu. Projek abang dekat sana pun abang dah lama tinggalkan. Tak tahu apa
cerita.”
“Pernah tak abang harap dia akan
pulang ke pangkuan abang.?”
“Masa mula-mula dulu memang
ada, tapi sekarang tak lagi selepas abang jumpa Huda.”
“Macam mana kalau dalam masa
terdekat ni dia ingin kembali pada abang.?” Tanya Huda setelah kurang berpuas
hati dengan jawapan Faridz tadi. Bagi Huda dia berhak tahu sebelum membuat
keputusan menerima Faridz dalam hidupnya. Dia tidak mahu terluka kemudian hari.
“Huda rasa apa yang abang
akan lakukan.?” Faridz menjawab dengan soalan.
“Entah, tak tahu nak cakap, terima
balik kot.!.”
“Kenapa Huda cakap macam
ni.? Huda tak percayakan abang ye..?”
Huda diam sejenak sebelum teruskan bersuara,
matanya hanya memandang saja bungkusan KFC yang dibawa tadi. “Sebab abang cakap
abang pernah berharap dia akan kembali, ini bermakna abang masih cintakan dia.”
“Tapi tu dulu. Sebelun abang
jumpa Huda. Sekarang tak lagi.!” Faridz cuba mempertahankan pendiriannya. Risau
kalau Huda tak dapat menerima penerangannya tadi.
“Dahlah bang, makanlah dulu,
jangan cakap lagi, Huda nak ke toilet
sekejap..” Ujar Huda lalu bangun meninggalkan Faridz kebingungan di situ.
Faridz
terdiam sambil tergaru-garu kepalanya yag tidak gatal. Matanya tidak lepas
memandang Huda melangkah hingga hilang dari pandangan di balik celahan orang ramai
yang datang ke pantai itu. Hari-hari cuti begini, tempat itu memag sering
menjadi tumpuan. Sambil mengeluh, mukanya diraup membuang segala kekusutan.
“Salahkah apa yang aku cakap.?” Bisik Faridz sendiri. Melihat wajah Huda tadi, dia
tahu, Huda seperti tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan. “Apa makna semua ni.? cemburukah dia.?” Hati
Faridz terus bertanya-tanya.
Huda memandang wajahnya di cermin toilet.
Nafas keras dilepaskan agar apa yang bersarang dalam benaknya pergi jauh. Huda
kurang pasti dengan apa yang dirasakan sekarang. “Adakah aku cemburu.? Tidak! aku
tak cemburu, tapi aku keliru dengan perasaan aku yang sebenar. Aku sayangkan
dia, tak mustahil kalau cemburu ada dalam diri aku.” Huda mengeluh lagi.
Mukanya dibasahkan agar terasa segar, menutup segala kekalutan agar Faridz
tidak tahu apa yang bersarang. Huda menarik nafas dalam-dalam sebelum keluar.
Langkahnya laju agar Faridz tidak lama menanti. Dari jauh Huda sudah nampak
Faridz sudah melakarkan senyuman manis padanya. Secara aotomatik senyuman itu
dibalas melebihi manis gula.
“Eh, abang tak makan lagi.?”
Tanya Huda memulakan perbualan. Matanya dilemparkan ke kotak KFC yang
belum bersentuh.
“Tak sedap makan
sorang-sorang, kalau ada yang suapkan lagi syok..!”
Seloroh Faridz sambil melemparkan kerlingan menggoda.
“Mengada.!” Balas Huda lalu
membetulkan duduknya lantas menunduk malu apabila wajahnya ditatap lama.
“Lama sangat Huda kat toilet tu, buat apa.?”
“Huda panas..! lepas basuh
muka segar sikit, pedih kulit muka ni.” Huda beralasan.
Faridz
merenung mencari kejujuran di wajah itu,jelas sekali Huda cuba berselindung.
Faridz dapat rasakan Huda panas dan hatinya pedih terluka mendengar ceritanya.
Hatinya kuat berkata yang sebenarnya Huda cemburu. Hati Faridz berlagu riang.
Ditetapkan dalam hatinya, gadis di hadapannya itu akan dilayan sebaik mungkin, tak
akan dicalit luka walau sezarah. Cinta dan sayangnya sudah melimpah ruah hingga
tak terhitung banyaknya.
“HUDA
sayang abang.? Abang sayang sangat pada Huda. Abang Harap Huda akan ucapkan
kata-kata ni depan abang satu hari nanti.!”
Hingga masuk tidur, ucapan itu masih bermain-main di telinga Huda. Kadang-kadang dia tersenyum kerana termalu sendiri. Itulah kata akhir yang Faridz ucapkan padanya sebelum dia melangkah keluar dari kereta sejurus Faridz menghantarnya pulang petang tadi. Dalam hati berdoa agar sinar bahagia akan menjadi miliknya.
Hingga masuk tidur, ucapan itu masih bermain-main di telinga Huda. Kadang-kadang dia tersenyum kerana termalu sendiri. Itulah kata akhir yang Faridz ucapkan padanya sebelum dia melangkah keluar dari kereta sejurus Faridz menghantarnya pulang petang tadi. Dalam hati berdoa agar sinar bahagia akan menjadi miliknya.
No comments:
Post a Comment