PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 13 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

13
 AKHIRNYA hari yang mak ayah aku tunggu tiba jugak. Berseri-seri sungguh wajah mereka. Aku yang tercongok dalam bilik rasa macam nak lari saja. Dalam pada tu aku sebenarnya sedang menanti kedatangan Ayie. Harap-harap dapat jumpa dia hari ni buat pertama kali. Katanya lusa dia akan pulang semula ke Abu Dhabi sebab cutinya dah habis. Sejak semalam aku cuba hubungi dia dalam fb, tapi dia tak online. Sedih sangat. Dia terasa ke dengan keputusan aku ni..? Harap-harap tidak sebab dari awal lagi aku cuma anggap dia sekadar teman dalam alam cyber.

   Rasa panas sungguh pakai baju kurung moden bermanik macam ni. Cantik memang cantik. Tapi aku rasa rimas sebab aku tak pernah pakai baju macam ni. Nasib baik aku pakai tudung. Jadi manik-manik yang memenuhi bahagian dada sedikit terlindung. Baju ni sebenarnya milik Fiza. Kata Fiza baju ni dia pakai masa bertunang dengan Hafiz tiga tahun dulu. Menurutnya lagi, baju ni dihadiahkan oleh seorang pereka fesyen yang baru nak menapak nama. Kebetulan masa tu Fiza dan Hafiz ke butiknya untuk menempah baju dan pereka fesyen tu berminat untuk jadikan Fiza sebagai model untuk peragakan baju ciptaannya itu. Sebagai balasan, dia hadiahkan baju tu pada Fiza. Beruntung Fiza sebab memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang mampu buat si teruna tak lepas nak pandang. Siapa namanya pereka fesyen tu, dia sendiri tak ingat. Kalau tanya aku lagilah aku tak tahu sebab bidang-bidang macam tu bukan dalam senarai minat aku. Yang aku kenal hanyalah tukang buat baju yang selalu aku tempah di Kinta City. Kerja tangannya memang tip top.

   Pukul dua petang jari manis aku selamat disarung cincin tunang oleh bakal mak mertua aku. Aku pandang penuh teruja. Cincin tu memang memenuhi citarasa aku. Rekaannya terlalu eklusif hingga buat aku tak lekang mata memandang. Sebutir batu berwarna merah terletak kemas di atasnya. Disebabkan cincin itu benar-benar memenuhi citarasa, aku semakin teruja. Teringat sejenak tiba-tiba pada cincin yang aku tak harapkan dari Selipar Jepun. Harap-harap dia datang. Bolehlah aku kenal-kenal dengan dia. Dan paling bahagia kalau dia betul-betul datang bawak hadiah cincin. Tamak betul aku ni. Dah dapat satu nak tambah satu lagi pulak.
“Kenapa dia tak datang.” Aku terdengar emak tanya pada bakal mertua aku. Sejak tadi aku tertanya-tanya di mana bakal suami aku. Cewah..bakal suami..!

“Dia tak dapat datang hari ni sebab ada urusan sikit nak perbaharui paspot. Kebetulan pulak hari ni pejabat buka sekerat hari. Dua hari lagi dah nak balik, cuti dah habis.”

Oh..dia tak datang rupanya. Nasib baik.. Aku pun belum bersedia nak jumpa. Bila nak sedia pun aku tak tau.

 “Atee..! nanti datanglah ke rumah umi. Rumah umi tu sunyi sangat. Anak-anak umi semua kerja, tinggal umi dengan abi je!”

“Insyaallah umi..kalau Atee lapang Atee sampai.” Aku cuba berbahasa basi. Takkan nak menolak kot.
Umi tunang aku ni nampak lembut saja. Sejak dia tengok aku tadi, mulut dia tak henti-henti puji aku cantik. Aku rasa baik dia pergi buat pemeriksaan mata.  Mungkin kornea atau retina dia ada masalah kronik. Seingat aku dia adalah manusia keenam yang kata aku cantik selepas mak, Lengcai, Arie, Ayie dan Fiza. Memang susah aku nak dengar orang puji aku cantik. Agaknya aku ni memang tak cantik kot.. Ha..tengoklah wahai sekalian manusia, betapa sedikitnya anak-anak adam yang memuji aku cantik. Boleh dikira dengan jari. Tak sampai sepuluh pun. Nampak sangat betapa hodohnya aku. Kalau tunang aku tengok, apa pulaklah pandangan dia. Mesti dia terkejut beruang. Silap-silap boleh tertukar terus jadi beruang panda, binatang yang lembab kerja asyik nak makan saja tu.


  AKU termenung panjang sambil merenung sayu cincin di jari manis yang bakal mertua aku sarungkan semalam. Tak sedar pun, tiba-tiba saja air mata aku mengalir. Kenapa saat-saat macam ni aku teringatkan Arie.? Aku rasa bersalah lalu aku menangis dan terus menangis. Tiba-tiba cik samsung aku berbunyi. Berkerut wajah aku bila tengok nombor yang tertera di skrin. Rasanya nombor ni tak ada dalam simpanan. Sambil mengesat air mata di pipi, aku menjawab dengan mulakan salam.

“Atee..saya ni.”

Aku rasa macam mimpi bila dengar suara tu. Automatik air mata aku mengalir semula. Kenapa baru sekarang nak munculkan diri? Kalau dia call aku sebelum jari aku disarung cincin, dah lama aku ajak dia lari. Aku dah tak ada kekuatan untuk teruskan perbualan, tapi kerana rindu yang mendalam aku kuatkan semangat aku.

“Atee..kenapa ni? Awak ada masalah ke?” Hati aku sakit dengar dia tanya macam tu.

“Kenapa baru sekarang nak call orang.? Tau tak orang dah bertunang semalam. Sekarang awak puas hatikan..! Dekat dua tahun awak menyepi, langsung tak call atau sms orang. Awak kata nak setia kat orang. Tapi mana janji-janji awak.? Awak buat saya macam tunggul mati, tau tak.!” Tempik aku agak kuat. Aku luahkan semuanya apa yang aku pendam selama dia pergi tinggalkan aku. Biar puas hati aku. Biar dia tahu apa yang aku rasa sejak dia pergi. Aku tak tahulah keluarga aku dengar atau tidak. Dengan suara aku yg sesedap Ziana Zain ni aku yakin mereka semua boleh dengar. Aku dah tak peduli semua tu. Janji aku puas.

“Siapa kata saya tak setia.? Kalau saya tak setia, saya takkan call awak lagi macam sekarang.” Geramnya aku bila dia seperti rasa tak bersalah.

“Kepala otak awak.! Tau tak tiap-tiap hari orang tunggu awak call atau sms orang. Awak kemana.?” Aku teresak-esak selepas aku memaki dia. Biar dia tahu aku betul-betul tengah marah.

“Atee..bertenang. Mengucap banyak-banyak.”

“Awak tau tak orang dah bertunang semalam? B.E.R..T.U.N.A.N.G.!” Aku berkata tegas.

“Saya nak jumpa awak petang ni. Sekarang saya dalam perjalanan ke sana. Mungkin sepuluh minit lagi saya sampai. Insyaallah..!”

Dia terus matikan talian. Aku pulak dah terkedu di atas katil. Biar betul Awang Mat ni..atau dia dah pekak. Dia tak dengar ke tadi, aku cakap yang aku dah bertunang. Dah tentulah aku tak boleh jumpa lagi dengan dia. Mau aku kena telan hidup-hidup dengan ayah.

   Aku berjalan ke hulu-kehilir di dalam bilik. Kalau ada Fiza, mungkin aku boleh bertenang sikit. Fiza tu dah macam kaunseler aku pulak setiap kali aku ada masalah. Tapi dia dah balik semalam selepas majlis selesai dengan Hafiz. Beruntung betul Fiza dapat tunang macam Hafiz. Sanggup datang ke kampung aku untuk jemput tunang dia balik.

   Aku jenggukkan kepala ke luar tingkap. Kelihatan ayah sedang mengasah parang panjang atas pangkin bawah pokok mempelam. Dalam hati, aku berdoa agar Arie bukan insan pertama yang merasa kesedapan parang panjang ayah aku tu.

   Tak sempat nak habis berdoa pun. Sebuah kereta proton inspira berwarna hitam tiba-tiba berhenti betul-betul hadapan ayah. Aku tengok ayah mesra sambut Arie. Siap berpeluk lagi Encik Wahab tu..Ait.! Hari tu bukan main lagi suruh aku lupakan Arie. Tapi hari ni aku tengok okey je pulak. Aku terjenguk-jenguk dari bilik. Dia dah banyak berubah. Susuk badan dia pun dah lain. Arie nampak lebih berisi jika nak dibandingkan dengan yang dulu yang seperti penagih dadah tegar. Mungkin sebab dulu dia kuat merokok kot. Pakaian pun dah banyak berubah. Kalau dulu Arie lebih suka berT-shirt tanpa koler bersama jeans lusuh. Hari ni buat pertama kali aku tengok dia seperti seorang guru sekolah yang selesa dengan T-shirt kemeja biru tua dan berseluar slack hitam. Nampak kacak sangat. Kalau dulu aku rasa malu nak keluar berjalan dengan dia, bila dia pakai seluar koyak dilutut. Fesyen katanya.. Fesyen tengkorak dia.! Dah macam orang tak larat nak hidup saja aku tengok. Kulit dia yang dulu sedikit gelap, kini tidak lagi. Apa rahsia dia ek?  Fair and lovely kot..!

   Perbualan semakin gamat bila aku nampak emak dan abang-abang aku turut serta berbual dengan Arie. Aku dah rasa berpeluh dalam bilik. Tudung yang aku pakai tadi aku tanggalkan menghalau rasa rimas. Kipas yang terpasang laju langsung aku tak rasa sejuk. Marahku pada Arie tetap tidak terkikis walau sedikit. Tertanya-tanya aku sendiri, kenapa dia lakukan semua ini pada aku, namun aku belum kuat untuk jumpa dengan dia. Sakit hati aku tuhan saja yang tahu.

“Ira..angah dengan along nak balik dah ni. Tu, dekat bawah tu, dugaan pertama tengah tunggu Ira. Turunlah cepat.!”

Suara angah aku tiba-tiba terbit dari pintu bilik aku. Masa bila angah naik, aku sendiri tak sedar. Aku bangun mendapatkan Angah yang sedang berdiri lalu tangan kuhulurkan untuk bersalam.

Hendsome pakwe Ira. Pandai Ira cari..!”

Aku jeling tajam pada angah bila dia cakap macam tu. Nak buat apa kalau hendsome pun, bukan aku punya pun..

“Dah! Jangan banyak melamun, turun cepat. Nanti ayah bising pulak.!” Kata angah sambil meletakkan beberapa keping wang kertas 50 dalam tangan aku. Aku terkejut. Aku tak tahu berapa jumlah kesemuanya.

“Hadiah. Angah tak pernah bagi duit dekat Ira sejak dulu. Angah harap Ira sudi terima dan angah harap Ira tak ambil hati dengan sikap isteri angah. Angah tahu Ira, emak dan ayah makan hati dengan sikap dia.”

“Dahlah angah. Orang faham. Nak buat macam mana, dah perangai isteri angah macam tu. Kalau dibentuk pun buat rugi air liur je!”

“Terima kasih Ira. Dahlah, angah nak balik dah ni. Lambat-lambat nanti bising pulak mem kat rumah tu.”
Aku tersenyum nipis dengar keluhan angah. Nasib kaulah angah., dapat bini kepala angin.

   Tudung yang aku tanggalkan tadi, aku sarung kembali di kepala. Kalau dulu aku tak kisah kalau tak bertudung depan Arie atau sesiapa saja. Tapi semalam emak dah berpesan agar aku ubah penampilan. Kata emak aku dah nak jadi isteri orang dan aku harus berubah demi menjaga kehormatan diri sendiri serta tunang aku.

Sambil mengikut angah dari belakang, aku melangkah lemah. Sampai di bawah, aku nampak Arie pandang ke arah aku. Cepat-cepat mata aku larikan ke arah along yang sedang menanti angah di pintu kereta.  Aku tak mahu dia tengok mata aku yang bengkak sebab menangis. Aku berjalan ke arah along lalu aku hulurkan tangan untuk bersalam.

“Tirah marah lagi ke dekat dia.? Tak baik merajuk lama-lama..nanti cepat berkedut. Hilang seri pengantin nanti.”

Along ketawa besar bila aku hadiahkan jelingan tajam. Ni mesti ayah atau emak  yang melaporkan cerita aku dengan Arie.

“Orang kata kalau merajuk lama-lama nanti boyfriend cepat jemu. Kalau dia cari yang lain, baru padan muka Tirah.”

Ketawa Along buat aku semakin panas. Serta merta ketam batu membuat serangan paling berbisa dipinggang along. Rasakan.! Ah.! ada aku kisah dia cari lain.? Aku pun dah ada yang lain..!

“Sapa cakap dia tu boyfriend orang..? Arie tu kawan jelah..!  Lagipun orang dah ada tunang, tak baik tau serkap macam ni.. Dengar dek tunang orang, mesti dia kecik hati..!”

“Amboi..sayang tunang nampak.!” Sekali lagi aku geram dengan usikan along. Angah turut tersengeh-sengeh mengusik sambil berdiri di pintu kereta sebelah penumpang.

Oklah, along dah nak balik. Nak hantar angah lagi. Lambat-lambat nanti membebel pulak orang rumah kita orang.” Kata along sambil meletakkan sesuatu dalam telapak tangan aku. Aku pandang ke arah tapak tangan aku. Mata aku melopong.

“Apa ni long..? Tadi angah pun bagi, ni along pulak. Orang tak perlulah..simpanan orang pun banyak. Kalau setakat nak buat majlis dekat hotel, orang mampu.. Kalau along nak bagi, tu..dekat mak dengan ayah tu yang kena dulukan.”

“Yang ni memang untuk Tirah. Anggaplah sebagai hadiah sebab Tirah bertunang.”

Aduh..syahdunya aku rasa. Ada untungnya jugak aku bertunang. Kalau kawin nanti, apa pulak lah yang aku dapat ek...

“Yelah. Terima kasih ye long..ngah.. Tapi alang-alang nak bagi hadiah, bagilah yang brand-brand sikit. LCD ke..iphone ke..”  Membutang mata along dan angah aku. Baru tau kot adik dia orang ni macam mana. Aku ketawa mengekek bila kepala aku disekeh perlahan oleh along.

Okey ,along gerak dulu.” Kata along sambil masuk ke dalam kereta lalu enjin keretanya dihidupkan. Angah juga turut serta.

“Ira..jangan merajuk lama-lama. Nanti dia cari yang lain.!” Laung angah kuat dari dalam kereta. Aku jegilkan mata aku geram ke arah angah dan along selepas mereka ketawa berdekah sambil kereta yang along pandu bergerak perlahan keluar dari laman rumah. Rasanya semua yang ada di situ boleh dengar apa yang angah laungkan tadi. Panas muka aku bila terpandangkan Arie turut tersengeh pada aku.

   Aku melangkah perlahan untuk naik ke atas rumah. Tapi langkahku terhenti bila ayah memanggil aku. Aku menoleh. Wajah ayah aku pandang dari jarak lima meter.

“Arie datang nak jumpa ni..!” Aku masih kaku berdiri di situ kehairanan Biar betul ayah aku ni.? Takkanlah dia tak ingat aku dah bertunang semalam. Hari ni dia bagi pulak aku jumpa lelaki lain. Bukan ayah tak tahu perasaan Arie pada aku dulu.! Hee..pening! pening.!.

Bila aku masih berdiri di situ, ayah datang ke arah aku. Bayang emak dah lama menghilang selepas abang-abang aku pergi.

“Atee ni kenapa.? Tak mau jumpa Arie? Kesian dia mai jauh nak jumpa Atie.”

“Ayah..ayah sedar ke tidak? Orang ni tunang orang, takkan senang-senang ayah bagi orang datang jumpa dengan orang..!” Pelik betul ayah aku ni. Samalah dengan abang-abang aku tadi.


“Memanglah tunang orang.. takkan tunang harimau kot.. Dahlah.! pergi jumpa dia. Dia berniat baik. Bukan dia cekup Atee lepas tu juai kat siam.!”

Nasib baik yang bercakap dengan aku sekarang ni ayah aku. Kalau baya-baya adik aku, dah lama aku karate-karate tengkuk dia.

“Arie..! kalau nak minum, masuk dalam. Jangan malu-malu. Kita pun bukan orang lain..!” Kata ayah pada Arie sebelum berlalu dari situ.

Aku mengeluh lemah sambil perlahan menghayun kaki ke arah Arie. Bila sampai depan dia aku melabuhkan punggung disebelahnya. Malas nak tengok muka dia, buat sakit hati je..! Kedua tangan aku silang ke dada. Pandangan tajam ke hadapan laman rumah.

“Buat apa awak datang sini.? Kalau tak ada apa-apa yang penting, baik awak balik saja. Banyak kerja lain yang saya nak buat. Beg saya pun tak kemas lagi.!”

Kasar sungguh bahasa yang aku gunakan untuk Arie. Tak pernah lagi aku gunakan bahasa macam tu. Hati aku sakit kalau nak berlembut dengan dia.

“Takkan saya nak jumpa oang yang saya sayang pun tak boleh..?” Balasnya sambil merenung wajah aku yang semakin kelat.

“Sayang? Hey! Kalau tak tau makna sayang jangan sebut.! Rugi air liur je.! Telinga orang pun tak sakit..!” Sempat aku hadiahkan jelingan tajam pada dia.

Semakin sakit hati aku bila senyumannya semakin lebar dan kemudian bertukar kepada ketawa besar. Gila kot.! Menyampah pulak aku tengok.!

Hello-hello..Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, dekat sini ada orang gila terlepas. Sila datang ambil dia cepat sebelum saya pun sama jadi gila.”

Aku bersuara lantang sambil menggayakan sedang menelefon seseorang. Wajahnya aku pandang tajam lalu menjeling. Semakin gamat deraian tawa dia. Agaknya lucu sangat kot aku cakap macam tu. Mesti dia kata aku dah macam orang gila. Yang sebenarnya aku pun rasa macam tu..

“Apa salah saya? Saya datang nak jumpa awak je..takkan tak boleh kot.!”

“Awak tanya apa salah awak.? Awak ni hilang ingatan ke apa.? Cuba awak ingat balik, berapa lama awak tinggalkan orang. No call no sms. Apa tu? bagi orang, itu dah cukup membuktikan yang awak tak pernah sayangkan orang. Orang hidup macam tunggul mati. Dekat dua tahun orang tunggu awak. Awak pergi mana? Kalau dah ada yang lain, terus terang. Tak payah orang terhegeh-hegeh tunggu awak!. Awal-awal lagi orang dah pesankan.?”

“Inilah pertama kali saya tengok awak betul-betul marah, seram pulak rasanya..!”

Hee..geramnya aku..! Dia boleh main-main pulak.

“Awak pergilah balik. Dah tak ada apa kat sini. Orang pun dah nak jadi milik orang lain. Tak elok awak duduk sini lepak-lepak dengan orang. Nanti apa pulak keluarga orang fikir.”

“Saya dah minta izin pada ayah dan mak tadi. Dia orang izinkan. Kalau saya mintak izin pada tunang awak pun, saya yakin dia akan faham.”

Aku toleh kepala memandang dia dengan renungan tajam. Dia ni manusia ke makhluk asing?

“Boleh buatkan sambal kicap untuk saya. Dah lama saya teringin nak makan. Mempelam pun banyak. Kali ni saya nak mempelam masak saja. Yang muda saya tak nak.”

Aku hairan. Selalunya jangan harap dia nak makan mempelam masak. Kali ni lain pulak.

“Kenapa. Dah ubah selera nampak..!”

“Masam.! Cukuplah masam yang ada dekat awak. Tak sanggup nak telan masam mempelam pulak..”
Dia sindir aku rupanya.Grrrrr…

Aku melangkah laju masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Dia masih ketawa mengekek sambil bertenggek atas dahan mempelam muda. Dah macam pontianak harum sundal malam versi jantan pulak aku tengok dia duduk macam tu. Bencilah.!

   Cili padi, belacan, gula dan kicap aku keluarkan dari peti sejuk. Sambil merungut-rungut aku buat jugak sambal kicap tu untuk dia.

“Apa yang merungut-rangat sorang-sorang ni.. Tak baik anak dara mengomel sorang-sorang sambil buat kerja dapur. Tak ikhlas namanya tu. Tak fasal-fasal sambal tu tak berasa sedap. Kesian Arie. Datang jauh-jauh, dapat layanan macam ni pulak.!”

“Mak..orang tak boleh tengok dia, orang sakit hati.”

“Dia pun terpaksa buat macam tu..”

Berkerut dahi aku dengan alasan emak. Terpaksa..?

“Kenapa terpaksa pulak?”

“Maknanya Tirah belum kenal siapa Arie yang sebenarnya. Nantilah, bila sampai masanya dia akan ceritakan perkara sebenar, kenapa dia buat macam tu..”

 “Orang tak fahamlah.. Mak cakap apa ni?”

“Dia terpaksa tinggalkan Tirah dan dia paksa diri dia terima kerja jauh-jauh demi masa depan dia dan Tirah.”

Aku rasa semakin pelik. Mana mak tahu semua ni. Arie ada ceritakan apa-apa ke masa datang sini dua tahun lalu? Kenapa aku tak tahu.

“Bila dia bagi tahu mak.?”

“Dah lama dah..!”

“Kenapa dia tak cerita sendiri kat orang? Dua tahun orang tunggu, dia diam je!”

“Tak payahlah nak marah-marahkan dia. Benda dah lepas. Hargai saja apa yang ada. Lagipun Atee kan dah nak jadi isteri orang. Arie tu baik orangnya. Kawan elok-elok. Mak pun berkenan sangat dengan dia..!”

Ait.! Mak aku ni biar betul! makin pelik aku rasa. Tak ingatkah dia yang anak dia ni dah jadi tunang orang.

“Mak..orang nikan dah bertunang. Takkanlah senang-senang mak nak suruh orang kawan dengan Arie.”

Eh! Err..maksud mak tak salah kalau terus berkawan. Kamu tu baru bertunang, bukan kawin lagi. Kalau dah jodoh kamu dengan Arie, mak tak boleh halang..” Jawab emak sambil tersengeh dan tergaru-garu kepalanya yang bertutup dengan anak tudung. Aku ditinggalkan sendiri di situ. Makin pelik aku rasa dengan sikap emak.

   Aku melangkah penuh sopan ke arah Arie. Rasa macam nak meletup dada aku ni bila Arie tak lepas pandang ke arah aku. Bila aku dah dekat barulah dialihkan pandangannya ke tempat lain. Tanpa tengok muka dia, aku letakkan mangkuk sambal kicap untuk Arie. Jelas terpancar keriangan di wajah dia. Rasa lucu pulak bila dia beriaksi begitu.

“Sayang jugak awak dekat saya ye!” Aku diam lalu duduk selesa di sebelahnya tanpa pedulikan ayat maut dia tadi.

Baru tau? Selama ni dia tak tahu ke separuh mati aku sayangkan dia.

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang..” Arie menyanyi sambil tersengeh-sengeh.

Sedar pun.! Aku jeling tajam dengar dia menyanyi. Suara tu dah memang tak sedap.

“Dulu disayang sekarang ku ditendang..!”

Berkerut muka bila dengar Arie menyanyi. Dia ni sengaja nak kenakan aku! Teringin sangat kot nak kena tendang! sakit telinga aku dengar luahan perasaaan dia.

“Baik awak jangan menyanyi. Tak fasal-fasal saya muntah hijau dekat sini juga. Dahlah menyanyi ikut sedap tokwan dia je.! Ni kalau Tegar dengar awak menyanyi lagu dia, menangis dia, tau tak.?” Aku cakap tanpa tengok dia.

Tiba-tiba aku dengar dia ketawa besar. Terus aku tengok muka dia. Hee..geramnya. Nak saja aku suap-suap mulut dia dengan sambal kicap aku yang kaw-kaw ni.

 “Ha..tunggu apa lagi.? makanlah.! Tadi macam kempunan sangat. Makan sampai habis. Tak habis, orang mandikan awak dengan sambal ni.”

“Nak makan macam mana..kulit tak buang lagi.” Ujar Arie manja. Aku mengeluh berat.

“Selalu tu, awak boleh saja telan tanpa buang kulit. Hari ni tak boleh pulak. Mengada-ngadalah awak ni.!” Balasku lalu bangun dan beredar dari situ untuk mengambil pisau pengupas kulit di dapur. Bertambah sakit telinga dan hati aku dengar dia ketawa.

So sweet.!” Aku dengar dia cakap perlahan. Hm..sweetlah sangat.! Dekat mana sweetnya pun aku tak tau. Kalau dulu setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia adalah sesuatu yang menghiburkan. Tapi kini dah jadi lain. Semua aku rasa merimaskan. Namun, jauh di sudut hati aku, terubat rasa rindu aku pada dia.

“Nah.! kupas sendiri!” kataku tegas sambil hulurkan pisau pengupas kulit dan pisau menghiris.

“Tolong kupaskan..!” Hee..dia ni sengaja menguji rasa keimanan aku. Dalam-dalam rasa marah, aku buat jugak. Akukan baik...!

“Makan dari hasil tangan isteri, kan lebih berkat..!”

Aku tersentak. Melampau sungguh gurauan dia.

“Siapa isteri awak?” Tanya aku tegas.

“Awaklah..siapa lagi?” Balas Arie sambil tarik hidung aku.

“Jangan nak perasan.! Tau dek tunang orang, naya je nanti. Kalau dengar ayah mak saya dengar, lagilah harunya.!”

“Biarlah nak jadi apa pun! Yang saya tau, awak saya punya. Awak saya yang cup dulu.! Saya tak mahu tahu langsung tentang abang arab awak tu. Yang saya tahu, hari ni saya nak habiskan hari saya dengan awak.”
Aku terkedu. Ayat apa tu.? Nak kata ayat-ayat cinta, macam bukan. Tapi kedengaran macam ayat orang tak puas hati saja..

   Mempelam yang siap kupas aku serahkan pada dia. Nasib baik dia dah siap sedia dengan pisau hirisan. Dihiris mempelam separuh masak tu lalu dicicah dan terus disuakan ke mulutnya. Terliur pulak aku rasa. Nasib baik aku tengah cuti, kalau tak dah lama aku tumpang sekaki. Tengah period ni mak dah tegaskan aku agar jangan amalkan makan benda yang masam-masam. Aku pun sebenarnya kurang gemar makanan yang masam-masam time pireod sebab aku takut sakit perut. Ditambah pulak dengan segugut. Kalau dah masuk hari ke empat atau ke lima, itu kira okey lagi, tapi kalau hari pertama atau kedua aku rimas sebab period aku keluar banyak macam air paip.

“Awak taknak makan.?” Tiba-tiba Arie bersuara selepas hampir lima biji mempelam selamat masuk ke perutnya.

“Orang bukan kempunan macam awak tu..” Aku jawab perlahan tanpa berkalih ke arahnya sambil meneruskan kerja mengupas kulit. Takkan aku nak mengaku yang aku tengah period plak. Tapi rahsia aku ni mana mungkin aku boleh simpan lama sebab sejak dulu dia tahu bila aku uzur.

“Umi saya cakap kalau saya kawin, mesti dapat banyak anak perempuan.”

“Kenapa pulak.?” Aku bertanya hairan. Arie tersengeh malu.

“Sebab saya suka makan masam-masam. Saya pernah baca satu buku ni. Dalam tu ada tulis apa yang saya cakap tadi. Kadang-kadang rasa macam tak logik, tapi bila umi pun cakap macam tu, saya rasa macam betul.

Aku tersenyum nipis. Tiba-tiba aku teringat sesuatu..
“Bakal mertua pun orang panggil umi. Panggilan tu sesuai sangat dengan penampilan dia yang lemah lembut, bercakap pun yang manis-manis saja. Awak tahu tak, dia kata orang cantik. Orang rasa kornia atau retina dia mesti ada masalah.”

Aku lihat Arie tersenyum-senyum.

“Dah memang awak cantik pun! Cuma…!”

“Cuma apa.?”

“Kalau awak selalu senyum lagi cantik! Tapi saya tak suka kalau awak senyum pada lelaki lain kecuali saya.”

“Suka hati oranglah nak senyum dekat siapa pun.! Datuk Najib ke..Tun Mahathir ke..Yang awak sibuk-sibuk sangat kenapa.?” Aku jawab geram.

Arie tersengeh malu.

“Awak suka bakal mertua awak.?” Arie tanya aku. Bila teringat wajah mertua aku tu, automatik mulut aku tersenyum manis.

“Suka. Pertama kali orang jumpa dia, orang dah jatuh sayang dekat dia.”

Ait.! Belum jumpa dengan tunang dah jatuh hati pada mertua? Kalau jumpa tunang, macam manalah ye..?”

Aku tersenyum sambil jeling pada Arie. Malas layan komen dia.

“Kenapa awak tak pergi jumpa umi saya.?”

 Aku tersentak hingga terhenti kerja mengupas. Wajahnya aku tenung lama. Dia masih meneruskan kerja menghiris menyicah dan menyuap ke mulut lalu mengunyah rakus. Berselera sungguh dia makan. Seronok aku tengok dia makan.

“Perlu ke orang ke sana.?” Aku tanya perlahan.

“Kalau awak pergi jumpa umi dulu, awal-awal lagi umi saya dah datang jumpa mak dan ayah” Jelas Arie sayu.

Aku terkedu. Apa maknanya tu.? Adakah dalam hal ni aku yang salah?

“Sepatutnya awak yang bawa orang jumpa umi awak! Bukan orang yang tersua-sua tunjuk diri pada umi awak. Orang masih ada maruah diri dan rasa malu untuk buat macam tu.” Aku dah mula sebak. Bibir aku ketap kuat menahan sedu. Nafas aku tarik dalam menghilangkan sebak. Tak sangka Arie menyalahkan aku atas kegagalan hubungan ni.

“Saya tau awak marah. Saya minta maaf.” Kata Arie perlahan.

“Orang tak tau nak kata apa. Kalau marah pun dah tak guna. Orang redha kalau ini yang tercipta buat orang.” Aku dan Arie diam sejenak. Namun aku lihat di semakin laju menjamah makanan kegemarannya. Aku tahan ketawa bila tengok peluh merenik di dahi dan hidung dia. Aku menggeleng kepala lalu berhenti kerja-kerja mengupas.

“Awak tunggu kejap ye. Orang masuk dalam kejap.” Dia angguk tanpa tengok aku. Sepuluh minit kemudian  aku keluar bersama jar yang berisi milo ais dan sebiji gelas kosong. Turut serta aku bawakan sebungkus tisu untuk dia. Sengaja aku tak mahu bencuh nescafe sebab tak mahu dia fikir aku masih ingat apa citarasa dia.

“Sayang jugak awak kat saya ye?” Aku beriak biasa, langsung tak tengok muka dia.

“Awak je yang tak pernah sayang kat orang..!” Aku jawab perlahan sambil tuangkan air untuknya. Sehelai tisu aku keluarkan lalu mengesat peluh di dahi dan hidungnya. Aku perasan dia seakan terkedu. Mula-mula memang aku nak suruh dia kesat sendiri. Tapi bila tengok tangan dia sememeh dengan sambal kicap, aku nekad lakukan sendiri. Dulu masa di kilang, dia yang selalu buat macam tu kat aku.

Thank..!” katanya perlahan.

“Orang nak tu..!” Aku cakap dan muncungkan mulut aku ke arah tangannya. Dia tunduk pandang ke arah yang aku maksudkan. Akhirnya dia tersenyum nakal. Dihiriskan sepotong lalu dicicahkan sedikit ke dalam mangkuk kicap dan disuakan ke mulut sambil mengangguk perlahan. Aku sebak tiba-tiba. Terkenang kembali saat-saat dengannya dulu. Mata aku dah mula berkaca-kaca. Dia senyum dan menggeleng kepala. Akhirnya jatuh jua air mata ke pipi di saat hirisan mempelam tadi selamat ke mulut aku. Aku tarik nafas dalam-dalam sambil mengesat pipi basahku.

“Janganlah macam ni..! Saya tahu awak kecewa. Tapi percayalah, hari bahagia awak pasti akan tiba!”
Aku tersenyum hambar dengar dia memujuk. Bahagiakah aku kalau hidup dengan bukan dia orangnya? Aku diam membisu. Tak tau nak balas apa. Apa yang aku sedar ialah aku yakin Arie hanya bermimpi.

“Kita keluar nak? Apa yang menarik dekat kampung awak ni? Dulu saya nak mandi di air terjun, awak tengah ‘cuti’. Hari ni saya datang, sama jugak awak tengah ‘cuti’. Bilalah agaknya awak free?” Arie bersuara memecah kesunyian tanpa pandang muka aku. Aku pandang dia dengan senyuman kelat. Hmm..sah dia tak pernah lupakan aku. Aku cuba sembunyikan rasa malu.

“Tak ada apa-apa yang menarik pun. Kampung orang ni yang menariknya cuma musim buah saja. Tapi sekarang tak musim lagi. Mungkin dua atau tiga bulan lagi, ada lah.. Awak datang tak kena waktu..!” Aku senyum mengusik. Aku ketawa kecil bila dia buat muka sedih.

“Jom lah kita ronda-ronda. Awal lagi ni. Tiba-tiba perut saya lapar sesuatu.”

Aku melopong. Dekat dua puluh biji dia melantak mempelam, lapar lagi? Hantu raya ke apa dia ni?

“Yang tadi tu pencuci mulut.!”

 Aku tersenyum sambil menggeleng kepala dengar dia cakap macam tu. Faham rupanya maksud isyarat muka aku tadi..

“Nak pergi mana..? Dah nak petang sangat ni..!”

“Mana-manalah. Asalkan bersama awak. Saya betul-betul rindukan awak! Kalau bukan dekat rumah awak, dah lama saya peluk awak kuat-kuat!”

Aku pandang wajah dia sambil ketap bibir. Gatal betul Encik Wahab ni.

“Tapi jangan lewat sangat! Takut nanti lain pulak yang jadi.”

“Takut apa? Kena tangkap basah? Saya lagi suka.! Tak payah susah-susah nak bertumbuk dengan abang arab awak tu!”

Terjegil mata aku dengar idea mengarut dia.

“Awak tak percaya saya?” Arie tanya perlahan sambil menjeling manja.

“Bukan tak percaya..cuma sekarang orang perlu disiplinkan diri orang. Awak tahukan status orang sekarang.?”

Arie tersenyum lebar dan akhirnya dia mengangguk perlahan. Aku lepas keluhan lega.

“Selagi awak di sisi saya, awak tak perlu risau. Saya yakin awak akan selamat.”

Aku tertunduk malu sambil mengetap bibir bila dia cakap macam tu.

“Nanti orang bagitahu emak ayah.” Aku cakap sambil angkat punggung mahu bangun. Tapi cepat saja Arie mencelah.

“Tak payah..! saya dah cakap dekat ayah tadi. Dia izinkan. Janji saya tahu pulangkan anak dia balik. Lainlah kalau awak dah sah jadi milik saya, memang saya takkan pulangkan balik. Saya nak awak tahu, apa pun yang bakal terjadi, awak tetap milik saya dan saya nak awak terus menyayangi saya seperti mana saya menyintai awak dan menyayangi awak sepenuh hati saya.” Ulas Arie tegas dengan senyum simpul. Lepas tu dia segera melangkah ke dapur sambil membawa jar air milo ais bersama gelas kosong.

 Aku terkesima. Lidah aku kelu tak tahu nak kata apa. Rasa macam mimpi dengar dia cakap macam tu. Apa sebenarnya yang dia nak buat?  Harap-harap janganlah dia lakukan sesuatu yang bodoh. Aku pantas ikut dia dari belakang sambil membawa mangkuk sambal yang dah licin bersama pisau hiris dan pisau mengupas kulit untuk dibasuh di dapur.

“Biar saya yang buat. Awak pergi naik siap” Arie cakap perlahan bila aku letakkan barang yang aku bawa masuk tadi dan letakkan atas sink. Aduh..syahdunya. Hilang rasa marah yang lama aku simpan. Tak sangka perasaan bersalah dan sayang kembali berganda-ganda. Ni kalau mak aku nampak Arie yang sibuk mencuci, sah-sah aku yang kena. Kalau mak bising, telinga Arie aku piat-piat.

Aku mengangguk lalu terus masuk ke bilik yang berada di tingkat atas. Sepuluh minit kemudian aku keluar menuju ke pintu hadapan. Kelihatan Arie sedang menanti aku di kereta sambil berbual mesra dengan ayah.

“Jangan balik lambat sangat.! Kamu berdua tu tengah darah manis. Tak elok berkepit sangat.”

   “Saya akan jaga Atee ayah. Ayah jangan risau ye! Sekejap je kita orang keluar..Lagipun tak jauh pun..cuma pergi makan-makan saja.”

     Ayah? Aku rasa macam ada bunyi pelik dalam susun kata Arie dengan ayah. Kenapa dia panggil ayah macam tu. Ayah ambil dia jadi anak angkat ke? Agaknyalah.. patutlah rapat semacam.! Hm..tak dapat jadi menantu, dia ambil jadi anak dia.. Ayah..ayah..! Punya banyak anak lelaki, tak cukup lagi ke?

     Sepanjang perjalanan tak banyak yang aku bualkan dengan Arie. Sepatah yang ditanya, sepatah yang aku jawab. Dengan status yang aku pegang sekarang, aku agak rasa canggung bila berdua dengan dia. Perasaan sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Jika dulu aku dan dia bebas berbual apa saja topik. Tiba-tiba aku rindukan masa-masa lalu.

“Kalau saya tak pergi, mesti awak tak sakit macam ni kan? Awak nampak kurus sangat. Tak makan?”

“Kenapa awak tak pernah call orang? Sibuk sangat ke sampai tak ada masa nak berhubung dengan orang?” Aku tanya tanpa menjawab soalannya tadi.

“Tempat kerja saya tu agak tercorok sikit. Line telefon memang payah nak dapat.”

“Orang ingat awak betul-betul dah lupakan orang!”

“Saya dah berjanjikan, akan setia pada awak?”

Aku rasa sebak tiba-tiba. Nampak sangat dalam hal ni aku yang bersikap terburu-buru. Sekarang siapa yang salah? Aku atau dia?

“Hampir dua tahun bukan jangka masa yang pendek, awak..! Awak tak tahu apa yang orang rasa bila awak tak ada di sisi orang. Sebelum ni kita selalu dekat. Tapi tiba-tiba awak pergi tinggalkan orang tanpa memberi orang peluang untuk siapkan diri. Orang terkilan. Awak buat orang seolah-olah tak pernah wujud dalam diri awak.”

Arie terkedu tanpa membalas kata-kata aku tadi. Bila kereta nya sampai di hadapan restauran KFC, topik tadi hilang entah kemana. Aku sendiri sudah tak mahu perkatakan soal tu. 

No comments: