PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Wednesday, 17 December 2014

BAB 13 TERTULIS KAU MILIKKU

13
      HARI itu Huda sampai ke tempat kerja setengah jam awal dari biasa. Rancangannya yang diatur sejak dua hari lalu akan diteruskan memandangkan Nur masih belum keluar dari hospital. Berada  seorang diri dalam kedai itu, buat Huda merasa remang tengkuk. Cepat-cepat semua lampu dibuka untuk menerangi kedai yang sudah ditinggalkan dua hari lalu. Memandangkan Madam Vanny masih belum kunjung tiba, Huda memulakan tugas yang dirancang. Air yang sudah dijampi olehnya dan Encik Marzuki dikeluarkan dari beg galasnya lalu dituang kedalam cawan yang memang terdapat dalam kedai lalu direnjis di sekeliling ruang kedai dan setiap bilik yang terdapat dalam kedai  temasuk bilik Madam Vanny sehinggalah air dalam botol itu habis.  Huda melepaskan nafas lega bila kerjanya selesai. Di akhirnya Huda duduk di tempatnya lalu menadah tangan berdoa agar apa yang dilakukan tadi diberkati Allah.

     Huda memulakan tugasnya seperti biasa. Kerja-kerja membersih dan mengemas dilakukan sendiri tanpa pembantu. Pasti hari ini hari yang menyibukkan dirinya memandangkan Nur masih lagi ditahan wad. Niatnya mahu melawat Nur diwaktu rehat nanti, tapi malu nak suarakan pada Faridz lalu dia hanya diamkan saja. Huda pasti, kalau disuarakan pasti Faridz tak akan menolak, namun hatinya banyak berkata 'jangan..'

“Wauu..! saya ingat saya yang paling awal, rupanya awak lagi awal dari saya.!” Tegur Madam Vanny dari pintu masuk ketika melangkah ke dalam kedai.

“Saya takut kelam kabut nanti, sebab tu saya datang awal.!” Balas Huda sambil meletakkan penyapu dan penyodok sampah di balik rak buku yang terdapat di tepi mejanya.

“Bagus..bagus.! Kalau ada ramai pekerja macam awak kan bagus.!” Puji Madam Vanny sambil tersenyum lalu melangkah laju ke pejabatnya, namun langkahnya terhenti tiba-tiba dan berpaling semula ke meja Huda. Sekitar dalam kedai diperhatikan dengan tanda tanya.

“Huda, awak ada rasa apa-apa tak masa masuk tadi.?”

“Rasa apa Madam.?” Huda bertanya sambil berkerut dahi.

“Entah, saya pun kurang pasti. Tapi saya rasa lainlah bila masuk tadi, susah saya nak cakap, tapi terus terang saya kata yang saya tenang sangat.”

“Saya rasa biasa aje..!  Madam rasa lain sebab Bent tak ada kot..!”

“Mm..mungkinlah..!”

“Madam tak pergi melawat dia ke.?”

“Ada, saya pergi petang semalam dengan dia punya bapak. Saya nampak dia dah sihat sikit. Dia kata mahu berubah. Cakap pun tak macam dulu lagi. Sekarang dia dah jadi Nur semula. I think she change bcoz of u, Huda..!”

 “Tak adalah madam..! saya cuma nasihat sikit, doakan agar dia berubah. Sebenarnya dia kesunyian, tak ada yang pedulikan dia. Lepas ni harap-harap dia akan berubah terus.”

“Harap-harap macam tulah..! Dia cerita sama saya, awak datang melawat dia hari sabtu kelmarin, awak datang dengan boyfriend awak. Awak memang baiklah Huda, bertuah Nur dapat kawan macam awak..”

  Huda tersenyum malu mendengar pujian dari ketuanya itu. Melihatkan majikannya itu sudah melangkah masuk ke biliknya, Huda menarik nafas lega.

     Seperti yang dijangka, hari itu kedai memang dipenuhi pelanggan hinggakan Madam Vanny sendiri terpaksa turun padang. Sehingga ke pukul 12.30 tengah hari, masih terdapat pelanggan yang berkunjung. Tinggal berapa hari saja lagi sekolah akan di buka  Huda mengeluh, kalau dulu bila sekolah akan dibuka selepas bercuti lama, dialah orang yang paling sibuk memilih barang persekolahan yang baru. Dari bab pakaian hinggalah bab alat tulis, Huda lebih suka membuat pilihan sendiri. Dia tidak mahu menyusahkan umi dan abahnya. ‘Mesti seronok kalau dapat sekolah lagi, rasa tak puas belajar.’ Bisik hati Huda sendiri.  Lamunannya dimatikan dengan salam seseorang dari luar kedai. Senyumannya melebar melihat susuk tubuh yang sedang melangkah ke arahnya.

“Apa mimpi datang sini.? Nak beli buku jugak ke.?” Tanya Huda lalu wajah itu ditatap sejenak dan kembali memandang ke arah lain bila renungannya kalah dengan renungan Faridz.

“Mimpi.? Haah.,. mimpikan Tuan Puteri yang tak makan tengah hari lagi.”  Sindir Faridz lalu meletakkan mangkuk tingkat di atas meja Huda.

“Umi kasi ek.?” Tanya Huda terkejut.

“Mm.. Umi kata Huda tak balik makan sebab sibuk, kedai tak ada yang tunggu, jadi abang suruh umi bekalkan.”

“Abang dah makan.?”

“Belum..! abang suruh umi bekalkan lebih sebab abang nak makan dengan Huda..” Kata Faridz sambil berjalan-jalan dalam kedai sambil membelek buku-buku yang tersusun di rak buku.

“Baiknya abang.. terima kasih, buat susah-susah aje.!”

“Tak ada yang susah pun, lagipun buat untuk orang yang abang sayang..tak salahkan..?” Jawab Faridz lagi tanpa memandang wajah Huda. Matanya masuh terancap pada susunan buku seperti mencari sesuatu yang penting.

     Huda senyum malu. Malas membalas kata-kata lelaki itu lalu, mangkuk tingkat itu dibuka satu persatu dan di hidangkan di atas mejanya.

“Huda pernah baca buku ni.?” Tanya Faridz sambil meletakkan sebuah novel di hadapan Huda yang sedang memasukkan nasi ke dalam pinggan untuk Faridz. Huda mencapai novel itu lantas tersenyum.

“Novel.? Huda tak suka baca novel. Nanti Huda cepat perasan.!” Balas Huda lalu ketawa kecil sambil meletakkan novel yang bertajuk ‘Impikan Mentari’ tulisan Shahzy Hanna keluaran JS. Dulu dia pernah baca sebuah novel. Kesan daripada itu, dia terbawa-bawa sampai mimpi. Bila disuarakan pada Encik Marzuki dan Puan Rohayu, mereka melarang terus Huda membaca buku seperti itu.

“Baca saja, bukan suruh berangan..!” Ujar Faridz sambil membelek novel yang sederhana tebal itu. Baginya kisah dalam novel itu benar-benar menjiwai dirinya.

     Huda terdiam sambil merenung wajah Faridz yang leka memerhatikan novel yang diambil tadi. Lantas diambil semula novel itu lalu dibuka muka surat pertama. Dua minit kemudian, novel itu ditutup dan sinopsis di balik belakang dibaca penuh asyik. Melihat riksi muka Faridz tadi, dia dapat merasa Faridz seakan terasa dengan pandangannya mengenai novel. Untuk memujuk hati sang kekasih, Huda cuba memaksa diri akan membaca novel itu di kala masa lapang.

“Abang selalu baca novel.?” Tanya Huda cuba menceriakan suasana. Bila melihat Faridz mengangguk, Huda tersenyum. Dalam hati sempat dia mengejek. Macam perempuan..!

Kalau free abang baca jugak. Fini suka sangat baca novel sampai abang terikut-ikut perangai dia. Mula-mula macam boring. Bila dah lama-lama rasa best pulak. Kalau Huda baca novel ni, Huda akan tahu perasaan abang pada Huda. Ceritanya sedih. Abang sendiri pun menangis. Abang ingat perasaan macam tu hanya wujud dalam novel, tak sangka terjadi pada abang.”

     Huda tersenyum sambil menggeleng kepala bila mendengar cerita  Faridz. Tanpa memandang wajah Faridz Huda sudah mula membaca novel itu semula dan mula membaca di bab pertama. Apabila disergah oleh Faridz, Huda tersentak lantas menghentikan bacaan. Huda tersenyum malu. Nampaknya dia sudah mula terikut-ikut kata Faridz tadi.

“Nanti Huda baca.” Kata Huda malu-malu.

“Dah habis baca, jangan lupa ceritakan semula pada abang. Abang nak tahu pendapat Huda tentang hero dalam novel tu dan tentang abang.

     Tengah hari itu berselera sekali mereka menjamu selera bersama. Sesekali santapan mereka diganggu oleh beberapa pelanggan. Faridz hanya memerhatikan sahaja Huda melakukan kerja dari jauh. Cemburu juga apabila melihat beberapa pelanggan lelaki sedang bertanya itu dan ini pada Huda. Tapi apakan daya, sudah menjadi tanggungjawab kekasihnya, cuma dia berharap agar kekasihnya itu pandai menjaga diri. Walaupun gadis itu tidak pernah menyatakan dengan jelas tentang perasaan, dia tahu gadis itu merasa apa yang dia rasa.

No comments: