PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 14 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

14
TIDUR sini sajalah..dah lewat sangat ni. Lagipun dah nak masuk maghrib.” Tegur ayah ketika Arie hantar aku pulang. Keluar dengan dia tadi, tak sedar hari dah lewat. Tau-tahu dah pukul tujuh malam. Mana nak sedarnya kalau duduk dalam restauran KFC  bercermin gelap.

“Tak apalah ayah. Buat susah-susah je.!”

Aku tersenyum tengok dia malu-malu. Ceh! malu konon..! Mintak izin nak bawak anak dara orang keluar tak malu pulak.!

Alah..!..apa yang susahnya? Bukan kena dukung kamu pun..!” Balas ayah cuba bergurau sambil berdiri atas beranda. Kemudian ayah terus masuk ke dalam rumah meninggalkan kami berdua di situ. Arie pandang muka aku seperti minta kepastian.

Takpe ke.?” Arie tanya seperti serba salah.

“Nak buat macam mana..! Ayah yang ajak. Kalau tak ikut nanti terasa pulak dia.”

Arie mengangguk dan mula menutup pintu kereta. Sampai depan aku yang tercegat di depan anak tangga, dia berhenti sambil tersenyum-senyum.

Ha..naiklah cepat. Pergi mandi. Lepas tu boleh ikut ayah pergi masjid..!” Sergah aku pada Arie sambil mencucuk pinggang dia bila tengok dia masih berdiri di hadapan aku. Aku ketawa kuat tengok dia melompat terkejut. Melatah juga Encik Wahab ni..!

“Amboi..garangnya makcik ni..! Tahulah awak tengah bercuti. Janganlah marah-marah.!”

Dia cakap sambil tersengeh-sengeh lalu terus naik ke atas rumah. Masa tu aku rasa muka aku dah rasa panas semacam. Hee..dia ni kan, tak boleh simpan rahsia langsung. Memang da tahu bila aku bercuti solat sebab dulu dia yang selalu bawak aku ke klinik kalau aku segugut. Tapi semenjak dia pergi, segugut aku pun hilang. Tak tahu kenapa. Mungkin aku yang terlebih mengada-ngada sebab dia terlalu ambil berat.


   NASIB baiklah abang-abang aku dah balik petang tadi. Kalau tidak, semakin gamatlah rumah aku dengan usikan mereka. Arie pun aku tengok selesa dengan layanan keluarga aku. Lagipun dulukan dia pernah datang rumah aku ni. Jadi tak ada istilah malu dan segan lagi dalam kamus hidup Arie bila bertandang lagi ke rumah aku ni.

Malam ni dengan senang hati dia jadi cikgu pada adik -adik aku yang bakal mengambil STPM hujung tahun ni. Aku harap keputusan mereka baik seperti keputusan PMR  dan SPM yang lalu. Jika difikirkan balik, keputusan adik-adik aku ni layak untuk mereka masuk U. Tapi sebabkan masing-masing tak bersedia mahu berpisah dengan emak, mereka ambil keputusan untuk sambung ke tingkatan 6 di sekolah lama. Mula-mula ayah dan emak rasa kecewa, tapi selepas aku memujuk, barulah orang tua aku terima. Bagi aku masa mereka masih panjang. Mungkin masa tu bukan milik mereka. Tapi aku yakin kejayaan pasti milik mereka. Mereka juga sudah berjanji dengan aku yang mereka akan terima mana-mana pusat pengajian selepas terima keputusan STPM nanti.

 “Arie nak tau tak.? Atee ni dulu ada penyakit takut naik moto.” Ayah mula bercerita ketika sedang menonton tv. Aku dah menggelisah. Aku pandang Arie sedang menjeling aku sambil tersengeh-sengeh. Habislah aku..mesti kena gelak sakan lepas ni. Nak saja aku lari masuk bilik.

“Ayah pun tak tau kenapa pelik sangat dengan dia ni. Tiap kali bawak dia naik moto, dia menangis. Pernah satu hari tu, masa tu ayah bawak dia lalu dekat atas jalan raya, tiba-tiba dia terjun betul-betul atas line putih. Nasib baiklah masa tu tak ada kereta atau lori yang lalu, kalau tak..dah tentu tak serupa orang. Agak-agaknya dia pun dah tak ada sekarang ni.”

Ternganga mulut Arie lepas dengar cerita bukan rekaan ayah aku tu. Ayah aku ni sengaja nak memalukan aku jelah.! Nak tergelak pulak tengok riaksi Arie. Aku buat-buat pandang ke lain setelah Arie menoleh ke arah aku.

“Orang bukan takut tapi gayat.!” Aku cuba pertahankan diri aku.

“Samalah tu..! Tapi sekarang bawak moto dah macam pelesit jalan pulak.!” Mata aku membuntang dengar komen emak. Emak aku ni.. agak-agaklah nak cakap tu. Malu aku dah tahap gaban bila Arie dan adik-adik aku ketawa mengekek.

“Awak tak rasa gayat pulak masa terjun ke line putih tu.?” Aku buat-buat tak dengar. Aku tak tahu tu ayat tanya atau ayat sindiran dari Arie.

 “Emak pun tak tahu apa yang dia fikirkan masa dia terjun tu. Dia ingat macam terjun sungai kot..!”

“Masa awak naik roller coster kat Genting dulu, kenapa awak tak terjun?” Makin panas aku rasa muka aku. Nampaknya Arie dah jadi anak kandung emak ayah aku dan aku dah jadi macam anak tiri.

“Tu cerita masa orang umur bawah lima tahun la.. Sekarang orang dah okey..!”

“Sekarang dah terlebih okey.. Sebab tu awak bawak gelpren awak tu macam minah rempit je saya tengok.”

“Mana ada.!” Cepat-cepat aku pangkah pendapat Arie. Pelik.! Masa bilalah aku bawak gelpren aku tu laju-laju.?

“Saya cakap sebab saya pernah nampak.”

 Arie jawab tanpa tengok aku. Berkerut-kerut muka aku cuba ingat kembali. Rasanya aku tak pernah bawak gelpren aku tu laju-laju. Aku pun sayang nyawa dan gelpren aku tu. Tapi aku pernah sekali bawak laju, tu pun sebab aku rasa aku kena ikut dari belakang masa pulang kerja.

“Tu baru bawak moto, kalau bawak kereta, macam mana lah agaknya.?” Balas ayah perlahan.

“Lepas ni tak payah dah bawak kriss awak tu. Jalan kaki lebih baik. Tempat kerja bukannya jauh pun.. sepuluh minit dah sampai.”

Aku melopong mendengar cadangan melampau Arie.

Ah.! Awak tu siapa nak arah-arah orang? Tunang orang pun tak pernah warning-warning macam ni tau.!”

“Atee..! Kenapa cakap macam tu dengan Arie? Cuba cakap elok-elok!”

Aku terkejut dengan teguran ayah. Arie pulak cuma berlagak selamba. Huhu..sahlah! Arie dah jadi anak dia orang.

Sorry.!” Aku kata perlahan sambil beri jelingan paling tajam pada Arie. Arie cuma tersenyum. Seronoklah tu ada yang membela dia..


   AWAL -awal pagi selepas sarapan aku terus bersiap untuk pulang ke rumah sewa aku. Petang nanti aku kena kerja pulak. Jadi kena sampai rumah sebelum pukul satu tengahari. Mak aku dah sibuk bekalkan bekalan untuk aku. Begitu jugak untuk Arie. Pagi tadi selepas sarapan dia sibuk petik buah mempelam telur untuk bawak balik. Masyaallah..kuat betul dia makan benda tu.! Tahan pulak perut dia.!

“Saya hantar awak balik ye?” Kata Arie ketika aku sedang meletakkan beg pakaian aku di tepi pintu. Aku tersenyum.

“Memang nak suruh hantar pun.. jimat duit tiket.” Aku balas sambil buat muka tak malu. Hidung aku ditarik perlahan.

“Nakal.!” Katanya perlahan.

Heh.! Nampak dekat ayah nanti.!” Aku tepis tangan dia sambil mata aku liar memandang keliling dalam rumah, takut-takut emak ayah aku nampak apa yang Arie buat tadi.

“Biarlah.! Dia orang pun tahu saya sayang kat awak.” Aku tarik nafas dalam-dalam sambil merenung muka dia. Hmm..pagi-pagi lagi dah buat aku nak nangis.

“Banyaknya..! Boleh habis ke?” Aku tanya Arie selepas melihat seplastik besar mempelam telur dalam bonet kereta dia. Ditambah pulak dengan seplastik besar buah ciku. Turut ada dalam tu lima biji durian dan mangga madu. Amboi-amboi.! mak ayah aku ni memang sayang sungguh dekat anak lelaki dia orang ni. Masa aku duduk sini tak pernah pulak dia orang jamu aku dengan buah durian. Ni mana pulak datangnya? Rasanya belum start musim lagi..

“Ayah beli dekat mana durian tu.?” Aku tanya sebab tak puas hati.

“Dekat dusunlah..! Buah baru luruh. Rezeki Arie” Balas ayah bersahaja.

Ceh! Rezeki Arie.. rezeki aku takde.?

 “Atee boleh balik selalu. Arie jarang balik. sebab tu ayah bagi Arie bawak balik. Lagipun jangan risaulah.. Dekat dusun tu banyak lagi. Tak habis pun. Minggu depan balik dengan Fiza. Ajak dia makan durian dekat sini.” Pujuk emak perlahan. Agaknya emak perasan kot aku dah muncung sedepa. Arie cuma tersengeh sambil geleng kepala.

“Fiza tak boleh makan durian.. dia cepat penat.” Terang ku pada ayah dan emak. Aku tengok mak dan ayah sedikit terkejut.

“Kenapa tak cakap awal-awal? Dalam kampung ni ada yamg pandai ubatkan penyakit tu. Kalau mak tahu, awal-awal lagi mak bawak dia jumpa orang tu.”

“Siapa mak.?”

“Anak Haji Borhan. Rasanya dia sebaya Tirah. Mesti Tirah ingat si Zakrul yang belajar di Mesir tu.”

Aku angguk-angguk kepala kerana aku ingat wajah anak Ustaz Borhan tu. Si Zakrul tu pulak jenis pemalu. Memang susah nak tengok dia bercakap dengan perempuan. Tak sangka Zakrul si pemalu tu pandai ubatkan orang.

“Dia doktor. Tapi dalam masa yang sama dia belajar cara perubatan islam dengan guru dia di sana. Alhamdulillah..dah banyak orang kampung yang dia ubatkan”

Aku mula terfikir-fikir untuk ajak Fiza berubat dengan Zakrul. Tak perlulah lagi dia berhabisan duit membeli ubat yang dikira agak mahal. Mungkin juga aku harus berbincang dengan Hafiz. Kalau aku sorang yang mengajak, pasti Fiza agak segan dan malu. Aku faham sangat perangai Fiza tu..


   AKU dan Arie sampai depan rumah sewa aku tepat pukul sebelas setengah pagi. Selepas memunggah barang dari bonet kereta dan memasukkan dalam rumah aku bergerak ke arahnya yang sedang menanti aku depan pintu keretanya yang masih terbuka. Bila berdiri depan dia, aku rasa berdebar-debar. Dia seperti mahu berkata sesuatu. Aku perasan dekat tangan dia ada sebuah beg kertas kecil berwarna merah hati.

“Awak! Saya nak mintak tolong, boleh.?” Katanya perlahan. Aku berkerut kening sambil tengok muka dia.

“Ni saya belikan untuk awak. Harap awak sudi terima. Kalau boleh saya nak awak jadikan kain ni sebagai baju untuk hari nikah awak nanti.”

Aku buka beg kertas itu. Memang ada kain pasang dalamnya. Aku sentuh kain berwarna peace tu. Memang lembut. Macam kain satin tapi bukan satin. Sutera..

“Orang tak tahu kalau-kalau tunang orang dah ada rancangan sendiri.”

“Awak bincanglah dengan dia elok-elok.”

“Kalau dia tak setuju.?”

“Cubalah tanya dulu..”

“Sebenarnya orang tak pernah jumpa atau kenal dengan tunang orang tu. Macam mana nak cakap dengan dia?”

“Mintaklah emak bincang dengan keluarga mertua awak. Please..saya harap sangat.!”

Aku mengeluh lemah. Boleh cair aku kalau dia buat suara macam tu. Sememangnya aku memang dah cair pun. Tanpa sedar aku dah tersenyum lalu mengangguk.

Okey..kalau dia tak mahu, orang buat jugak, demi awak.” Aku cakap perlahan.

“Terima kasih..saya akan ingat awak sampai bila-bila..!” Aku tersenyum malu. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

“Awak.. Mm.. sebenarnya orang ada sesuatu nak cakap”

Dia pandang aku tajam. Aku gigit bibir sedikit. Aku serba salah nak cakap. Takut dia kecil hati.

“Sebenarnya hadiah yang awak bagi dulu, orang tak buka lagi. Boleh awak bagitahu, apa ada dalam kotak tu.?”

Tiba-tiba Arie ketawa.

“Hadiah biasa je sayang oii..! Yang awak takut sangat nak bukak kenapa? Bukannya saya bagi bom.!” Makin kuat ketawa Arie.

“Tapi orang tak yakin sebenarnya..manalah tau, kut-kut awak nak kenakan orang.”

Okey. Macam ni. Hari kawin awak nanti, awak bawak balik dan serahkan pada saya. Nanti saya bukakan untuk awak.”

Aku berkerut kening.

“Awak nak datang ke majlis orang nanti.?” Aku tanya pelik. Kalau boleh aku tak harap dia datang. Aku takut aku berubah hati.

“Kalau saya takde, majlis tu takkan jadi sayang..!” Jawabnya yakin.

Aduh.! Dah dua kali dia panggil aku sayang. Kalau masuk kali ke tiga, kompem aku nak ikut dia balik.

Okey. Kalau awak rasa masih was-was awak pergi ambil hadiah tu, kita bukak sekarang.”

Aku mengetap bibir sambil tersenyum. Akhirnya aku tersenyum sambil mengangguk. Laju aku berlari masuk ke dalam untuk ambil hadiah Arie dulu. Turut aku ambil hadiah harijadinya yang tak sempat aku bagi dulu.

“Ini untuk awak. Orang tak sempat nak bagi. Nak poskan saya tak tahu alamat awak.”

“Terima kasih!” Ucapnya perlahan sambil tersenyum lalu membelek dan kemudian mengoncang perlahan lalu meletakkan atas bangku kereta bahagian penumpang.

“Sekarang kita buka hadiah tu.” Kata Arie sambil menunjukkan hadiah besar ditangan aku. Diambil lalu diletakkan atas buntut kereta lalu dibuka perlahan . Aku bertambah suspen bila senyuman tak lekang dari bibirnya dan pandangannya tak lepas ke arah aku.

Tadaaa..!” Dikeluarkan benda alah tu lalu diserahkan pada aku. Membulat mata aku pandang benda tu. Sebuah tabung besar berbentuk bola raqbi diletakkan atas ke dua tapak tangan aku. Berat. Rasanya dalam dua kilogram.

“Sebenarnya, saya tahu awak jenis kedekut. Sebab tu saya bagi tabung ni untuk awak menyimpan”

 Serta merta mulut aku muncung mencuka. Dia ketawa. Aku semakin geram. Kalau aku tahu, dah lama aku buka hadiah tu.

“Janganlah marah.. Saya bagi hadiah ni sebab saya tahu awak suka sukan raqbi ni.. Takde niat apa-apa pun..!”

Cerah muka aku bila dia buat pengakuan macam tu. Menyeringai dia bila kena serangan ketam batu aku. Hm..buat lagi.. kan dah kena.! Dalam diam aku rasa seronok sangat sebab dia masih ingat minat aku pada sukan ragbi. Pertama kali dia tahu aku minat sukan tu ialah bila tengok aku begitu teruja menonton  filem ‘Gridiron Gang’ yang dibintangi hero aku iaitu Dwayne Johnson ‘The Rock’. Sejak tu dia siap belikan aku CD sukan ragbi untuk tontonan aku. Sebenarnya aku taklah minat sangat sukan ni cuma aku suka tengok time aku tengah geram atau sakit hati. Rasa puas sangat bila tengok dua pasukan yang tengah berlawan rempuh merempuh. Kadang-kadang aku teringin jugak nak try main, tapi rasa takut pulak. Silap-silap boleh patah tulang aku ni..

“Terima kasih.” Aku ucap perlahan.

“Kasih awak akan selalu saya terima, dulu sekarang dan selamanya.. Saya harap awak terus sayangkan saya. Tak mungkin saya lupakan awak begitu saja. Saya percayakan awak.”

“Arie..dah jadi satu dosa kalau orang berperasaan macam tu. Awak fahamkan keadaan orang sekarang.”

“Saya faham. Cuma satu saya pinta tolong ingat saya selalu. Jangan lupakan saya. Saya merayu sangat-sangat. Kalau ada apa-apa terus email saya. Saya tak galakkan awak call saya sebab saya memang berada di luar kawasan. Lagipun saya jauh. Agak mahal kalau awak call saya.”

“Arie..awak buat orang serba salah tau..!”

Please Atee..! percayakan saya!”

Aku mengeluh lemah. Akhirnya aku sekadar mengangguk setuju. Aku anggap itu adalah sekadar untuk menjaga hatinya.

Maafkan orang, awak..! Orang dah tak mampu nak buat macam tu walaupun orang mengaku yang orang memang sayangkan awak.. sob sob..! sedihkan cerita aku ni.. Ditinggalkan kekasih hati. Bila dah jumpa, aku pulak kena tinggalkan dia. Wawawa..mak.. ayah.. orang tak mau kawin....! Hu hu hu....


   SELEPAS Arie pulang aku termenung panjang dalam bilik. Sedih sangat tengok kereta dia bergerak tinggalkan halaman rumah sewa aku tadi. Rasa macam nak jerit suruh dia jangan tinggalkan aku. Tapi nak buat macam mana, dah takdir hidup aku diatur macam ni. Aku kena terima dan aku redha.

   Sedar-sedar jam dah menginjak ke pukul satu tengah hari. Aku segera mencapai tuala yang tersidai di kepala katil dan terus melangkah ke bilik air di tingkat bawah. Aku harus cepat sampai ke tempat kerja. Fiza pulak aku tengok tengah terbongkansg tidur atas katil. Start semalam dia kena masuk kerja pukul enam petang hingga enam pagi. Sebabnya kena gantikan budak shift A yang sedang bercuti kawin selama seminggu. Kasihan Fiza, beribu kali cakap tak mau tapi kena buat jugak. Takpelah kawan.. dapat gaji nanti, kita shoping novel banyak-banyak ye..! sebab dah tentu gaji awak banyak bulan ni. Hahaha..jahat betul aku. Nampak duit gaji orang pulak.! Fiza balik kerja pagi esok, aku cadang nak bincang dengan dia tentang apa yang emak aku cakapkan tadi. Tapi sebelum tu, aku kena cakap dengan Hafiz dulu. Rasanya petang ni aku boleh jumpa dengan Hafiz sekejap kot dekat line dia. Tak pun aku sms je dengan dia nanti kalau aku tak sempat ke tempat dia.

   Pukul sepuluh setengah malam aku sampai rumah lepas habis kerja. Rasa penat giler. Dahlah penat balik dari kampung tadi tak habis lagi, tambah pulak dengan penat kat tempat kerja, makin penat gilerlah aku rasa. Nasib baiklah semua mesin jajahan aku dengar cakap dan tak ada langsung masalah, taklah aku tensyen sangat.

   Mata aku dah tak boleh nak buka. Aku paksa jugak kaki aku melangkah ke bilik air untuk mandi. Malam-malam pun kena mandi. Tambah pulak masa aku balik tadi hujan gerimis. Kalau aku tak mandi, nanti aku sakit kepala. Tau kat mak aku mesti dia bising. Emak tu terlalu panyak pantang larang sampai aku naik rimas. Kadang-kadang aku rasa macam tak logik pulak. Dulu aku selalu bising kalau aku  menyanyi kat dapur, katanya nanti dapat suami tua. Tapi bila aku tahu tunang aku umur 25 tahun, terus aku lenyapkan pantang larang mak aku tu.

   Lagi satu dia cukup pantang kalau tengok aku meniarap sambil melipat-lipat kaki ke atas ke bawah. Katanya nanti cepat dapat emak tiri. Kelakar betullah mak aku tu. Bila tengok ayah semakin romantik dengan emak, sahlah ayah aku tu tak teringin langsung nak tambah kuota. Jadi semua pantang larang yang emak aku cakap tu memang tak boleh pakai. Bagi aku, yang sebenarnya..emak cakap macam tu sebab mahu anaknya yang tak dengar cakap ni mempunyai tingkahlaku yang elok dan baik. Memanglah tak elok nyanyi di dapur sebab takut lain pulak yang jadi kalau terlalu asyik menyanyi. Meniarap sambil melipat-lipat kaki ke atas-ke bawah pun tak salah sebenarnya cuma nampak kurang elok jika sesiapa yang memandang. Mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa pada di pemandang.

   Selesai mandi aku rasa segar. Hilang mengantuk. Aku duduk bersila atas katil lalu laptop yang dah lama aku tak buka, aku buka kembali. Malam ni terpaksalah aku tidur sorang-sorang. Memandangkan mata aku dah segar kembali, aku cadang nak tidur lewat. Lagipun aku kerja petang dan tak perlu bangun subuh sebab aku masih "bercuti".

   Aku bercadang mahu hantar email pada Arie, tapi tiba-tiba aku rasa berdosa. Jika aku terus menghubungi dia, itu bermakna aku sedang memberi dia harapan tinggi. Jadi aku andaikan pertemuan tadi adalah yang terakhir.

   Mata aku tiba-tiba terpandangkan nama Selipar Jepun di ruangan mesej. Aku tersenyum. Memang aku tunggu dia pun. Tak sangka dia sudi lagi berbual dengan aku walaupun aku dah jadi tunangan orang.

-Seronok balik kampung.? -
Soalan pertama yang dia tanya aku.

- Mestilah seronok..-

- Apa yang seronok.? Seronok dapat tunang ke..?-

- Seronok blk kg la.. Pasal tunang tu, kurang seronok.-

- Kenapa pulak.? Dapat jumpa tunang pun x sronok ke.? encem x-

- Sya x jmpa pun..xtahu pun macam mana rupa dia. Mak dia kata dia sibuk. Apa yang sibuk sgt cik awang Mat tu, sya pn x tau. Ayh sya kte dia encem. Hsem macam mana, sya tak tau. Ayh sya tu, m daud kilau pun dia kata hnsem..-

- Siapa cik awang mat.?-

Aku dah bantai gelak guling-guling baca soalan Ayie. Dia ni lembab betullah..

- Tunang sya la.. Hahaha..-

- Kesian dia. Nama sedap2 awak panggil mcm tu. Kecik hti dia nnt tau.!-

- Mana awk thu nama dia sdp.?-

- Sya syak je.. Td awak kta, ayah awak ckp yg tunang awak tu ensem.. Dh tentu nama dia pun sdap..-

- Xde mknanya.. Nama dia Syed Hassan. Kolot betul nama tu.! Macam nama toknek sya je..!-

- Eh..awak tak rasa pelik ke dengan nama tunang awak tu.? Biasanya keturunan Syed ni nak yang sekufu dengan dia org je.. Awk x takut.?-

Haah la..knapa aku tak fikir sebelum ni.?

- Yelah..sya bru terfikir. Tp nk buat mcm mana , dia yang dtg pinang sya. Bukan sya yang nak dekat dia. Lgi pun, apa nak kisahkan sgt. Nnti bila dah ada ank, sah-sah anak sya nnt ikut keturunan dia..   

- Amboi..dah buat perancangan nmpak..!-

- Dh kawin, kenalah ada anak. Klu x, buat apa kawin.! Dh lah ckp fasal ni..! Skrg cerita fasal awk pulak.. Bila nak balik Abu Dhabi.? Kata nak datang..? Xdatang pon.. Mana hadiah yag awk kata nak bagi tu..? Sya tggu awk tau..!-

- Sory la..sya ada hal sikit hri tu. Hadiah tu nnt sya bg masa awk nikah nnt. Sya akan sarungkan sendiri ke jari awak..-

- berangan ke apa ni.? Terima kasih la.. sya gurau je fasal hadiah tu.. Sepnjg cuti ni x kemana-mana ke..?-

-Kemarin saya ke rumah kawan lama sya. Sronok sgt sya ke sana. Kwn sya siap menjamu mempelam untuk menyicah. Dh lama sya teringin. Sambal kicap yg dia buat mmg kaw-kaw. Pedas giler..tp sya mkn sampai habis. Sedap sangat.. Kwn sya tu sampai menangis tengok sya makn.-

- Knpa menangis pulak.?- Mengada-ngada betullah kwn awak tu.-

- Sbnrnya dia sedih sbb dah lama x jmpa sya..-

Aku terkedu di depan laptop. Macam ada persamaan je.. Tapi tak mustahil kalau ada orang lain turut mengalaminya.

   Dekat dua pagi aku berchating dengan Ayie. Hilang rasa sunyi walaupun Fiza tak ada. Mata aku dah mengantuk walaupun Ayie macam mahu aku terus berbual dengan dia lagi. Jadi aku layan jelah..

- Awk rsa, blh x awk terima tunang awak seikhlas hati awak.? Memandangkan awak tak pernah langsung kenal dia. apa yg awk akan cuba buat.?-

Ah.. Soalan maut ni.! Dekat lima belas minit aku cuba merangka jawapan. Yang pasti jawapan tu adalah yang lahir dari hati aku sendiri. Bukan rekaan semata-mata.

- Sbnrnya sya xtau rasa yg mcm mana. Tp yg jelas, sya takut. Sya tkut x mmpu jd isteri yg dia hrpkan. Siapalah sya ni..x smpurna. Rupa xde..hrta apa lagi.. lagilah xde..! Enth2 x sampai sebulan dia terus tinggalkan sya sbb boring dgn sya. Dgn sikap sya yg suku2 mereng ni, mst dia bosan. Bg sya dia ni seorang yang sempurna. Dr cerita bakal mertua sya, tunang sya ni seorang yang baik, bersopan dan manja. Mm..kawin dengan anak mak ni ,payahkan.? Sbnrnya sya terima dia sbb sya seronok tengok keluarga saya bahagia. Mak ayah sya harap sgt sya terima dia.. Sya yakin hubungan yang direstui akan deberkati Allah selalu.-

- Hahaha.. kelakarlah awak ni.. Suku-suku mereng takpe.. jgn gila sasau sudahlah.. Awk ni baik, mesti dia akan terus ter..sayang kat awak nnti. Awk jgn risau. Sya akan doakan semoga hidup awak sentiasa diberkati..Amin..-

- Amin.. THANK awak.. Sayang awak..!-

- Sya pun SAYANG awk..-

Bestlah kawan dengan Selipar Jepun ni..sporting.!

No comments: