PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Wednesday, 17 December 2014

BAB 14 TERTULIS KAU MILIKKU

14
MASA begitu pantas bergerak. Huda tetap setia berkerja di kedai milik Madam Vanny dengan penuh rasa tenggungjawab. Begitu juga dengan Bent yang sudah nampak jelas ketara perubahan dalam dirinya. Bent sudah mula bertudung. Cantik sangat, wajahnya persis gadis kacukan cina melayu menyerlahkan lagi keayuannya. Dua minggu selepas perubahan Bent, ramai pelanggan yang datang bertanyakan tentangnya. Ramai yang tidak menyangka bahawa Nur adalah Bent yang dahulunya seorang gadis tomboi. Kini Bent sudah kembali menjadi Nur semula, tiada lagi Bent yang menyesakkan, yang suka berjeans lusuh, bertshirt dan berkemeja petak serta bertopi ala-ala mat rappers. Jelas kini Nur adalah seorang gadis yang insaf. Madam Vanny turut merasa gembira dengan perubahan itu.
.
     “Kak Nur ni kenapa.? Dari tadi Huda tengok macam ayam berak kapur je.! Ada orang masuk meminang ke..?” Tanya Huda sambil ketawa kecil. Gusar hatinya sejak masuk kedai seawal pagi tadi. Wajah ceria rakan sekerjanya itu sudah tidak berseri lagi.

“Ada-adalah Huda ni..! Tak ada apalah. Akak sedih sebenarnya. Tak lama lagi Huda dah nak tinggalkan akak, pasti akak rindukan Huda.”

     Huda duduk sambil menongkatkan dagu disebelah meja Nur. Wajah Nur ditatap sayu. Ya.. dia jua turut merasai apa yang dirasa oleh Nur. Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang berkerja di situ. Sudah berapa hari perasaannya kurang enak kerana terpaksa meninggalkan kerjanya yang sudah mula serasi dengannya sejak beberapa bulan lalu. Namun apakan daya, cita-citanya harus didahulukan. Walaupun keputusan peperiksaan belum lagi diketahui, dia yakin dia akan lulus cemerlang.

“Kak Nur janganlah sedih. Akak sedih, Huda pun sedih jugak..! Lagipun bukan Huda nak pergi sekarang, lambat lagi. Dapat keputusan dari U baru Huda pergi. Kak Nur tak payahlah risau.!”

“Lambat laun Huda akan pergi jugak..! Lambat ke, cepat ke, sama je..!"  Nur mengeluh berat. "Huda dah banyak tolong sedarkan Kak Nur, akak betul-betul terhutang budi dengan Huda.”

“Huda tak buat apa-apa pun kak..!”

“Huda menyedarkan Kak Nur supaya insaf menjadi manusia yang bertamadun, yang ada pendirian dan yang lebih penting akak dah kembali normal. Akak rasa lebih tenang. Kak Nur bersyukur kerana dipertemukan dengan insan mulia macam Huda.”

“Kak Nur janganlah kata macam tu.. Huda cuma bantu apa yang patut saja.. yang selebihnya tu akak yang usaha sendiri.”

“Kak Nur tak tahu apa akan jadi dengan diri akak kalau tak ditemukan dengan Huda. Agaknya lg  jauh lebih terpesong landasan hidup akak ni..”

“Janganlah akak kenang lagi perkara yang dah lalu tu, kalau boleh lupakan terus. Huda yakin akak akan bertemu dengan kebahagiaan kalau akak teruskan hidup macam sekarang ni. Huda dengar orang tu dah ramai peminat, tak lama lagi, merasalah Huda nasi minyak.” Huda cuba berseloroh mengembalikan keceriaan.

“Eh! Huda ni pandai-pandai aje, akak sendiri pun tak tahu apa-apa, dia pulak yang lebih-lebih! Kalau dapat keputusan yang baik, Huda nak belajar mana?” Tanya Nur menukar tajuk perbualan. Malu sebenarnya..

“Mana-mana jelah..! yang penting Huda dapat teruskan pelajaran Huda. Huda nak penuhi impian abah Huda yang ingin Huda jadi seorang pensyarah macam dia. Walaupun pada mulanya Huda ada minat dalam bidang yang lain, Huda cuba  tanamkan minat abah Huda tu. Bahagiakan orang tua Huda sudah cukup sebagai membalas segala jasa-jasa mereka.”

“Bertuahnya orang tua Huda sebab dapat anak sebaik Huda. Akak harap, anak akak esok pun akan jadi seperti Huda.”

“Insyaallah! yang penting akak jangan lupa tuhan, banyakkan berdoa agar apa yang kita usahakan selama ini diberkati selalu. Allah tu maha penyayang, Dia akan bersama kita selalu.”

“Akak malu dengan Huda, sepatutnya akak yang lebih tua beri contoh yang baik pada orang muda, tapi sekarang dah terbalik pulak.”

“Tak salah kalau kita sama-sama cuba perbaiki diri. Perkara baik, apa salahnya kalau kita nasihat menasihati. Apa perancangan Kak Nur lepas ni.?” Huda terus menukar tajuk perbualan agar Nur tidak lagi terus merendah diri.

“Akak rasa nak sambung belajarlah. Pelajaran akak dulu terpaksa dihentikan sebab Kak Nur masuk pusat pemulihan selama lima tahun. Sekarang Kak Nur dah sedar, rasanya belum terlambat lagi Kak Nur nak jejak kembali apa yang Kak Nur tinggalkan dulu.” Balas Nur sambil jarinya menekan-nekan mouse diatas meja, matanya asyik di skrin laptopnya.

“Eh..cantiknya..! Macam mana Kak Nur buat.?” Tanya Huda pelik melihat hasil kerja yang dilakukan oleh Nur di skrin laptopnya. Gambar wajahnya yang telah diedit dengan menggunakan komputer benar-benar buat Huda kagum. Nur hanya diam sambil meneruskan kerjanya mengedit sambil tersenyum-senyum.

“Eh, Kak Nur jahat tau..! Tak maulah gambar macam tu..!” Rengek Huda sambil menepuk bahu Nur setelah melihat gambarnya telah diubah menjadi perempuan tua yang sedang mengandung. Berderai tawa Nur bila melihat wajah Huda yang memuncung.

“Comelnya buat muka macam tu..!” Semakin galak ketawa Nur apabila belakangnya ditepuk kuat oleh Huda bila gambar tadi kelihatan lebih kelakar dengan mulut Huda yang bermuncung.

“Kak Nur boleh tahu gambar yang palsu dan asli tau.!” Ujar Nur beterus terang.

“Dasyatlah Kak Nur.. ajar Huda, boleh.?”

“Boleh! nanti kalau ada masa akak tunjukkan ye..!”

“Banyak yang akak nak belajar lagi tentang bidang ni.  Kalau dah mahir Kak Nur nak bekerja dengan syarikat penerbitan majalah-majalah vouge.”

Huda terpaku mendengar cerita dan cuta-cita Nur namun wajahnya sedikit kelat.

“Kak Nur tak fikir ke kerja-kerja macam tu seperti menipu orang? Gambar yang buruk jadi cantik, yang cantik jadi buruk.” Huda meluahkan rasa tidak puas hatinya. Namun Nur hanya tersenyum.

“Tak lah.! Kak Nur tak rasa macam tu sebab tugas Kak Nur hanya mengubah yang cantik menjadi lebih cantik sahaja. Tuhan dan anugerahkan pada setiap insan rupa yang baik dan cantik. Tak salahkan kalau kita berusaha nak mencantikkan lagi. Janji kena caranya. Akak bukan guna botox! ” Ulas Nur sambil tersenyum manis.

“Huda doakan agar Kak Nur dapat apa yang Kak Nur citakan.” Balas Huda selepas mendengar penjelasan ringkas Nur walaupun kurang berpuas hati.

“Terima kasih Huda. Lepas berjaya, Kak Nur cadang nak besarkan kedai ni, sebelah kedai ni Kak Nur cadang nak beli, nak buat perpustakaan. Kak Nur boleh teruskan bidang Kak Nur dekat kedai ni. Kedai-kedai gambar sekarang pun dah guna sistem komputer, tak perlu lagi guna kamera berkodak.  Memandangkan  Madam pun dah tua, tak mungkin dia dapat uruskan seorang diri. Dia pun bukan ada anak dan suami. Rasanya kalau suarakan pendapat Kak Nur ni pada papa Kak Nur, mesti dia setuju. Tapi sebelum tu Kak Nur perlu  habiskan pengajian Kak Nur dulu dan lepas tu baru boleh mendalami bidang ni.”

     Huda mengerti maksud Nur. Niat murni Nur memang disokong seratus peratus. Huda yakin dengan kebolehan Nur yang sudah merancang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam bidang fotoshoot sekali gus mengusahakan kedai buku dan perpustakaan.

No comments: