PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 15 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

15
   HABIS kerja aku terus balik rumah. Memandangkan hari ni hari terakhir shift pagi, aku cadang nak shoping. Tambah pulak malam ni tak ada OT. Kebetulan pula gaji baru keluar. Mulalah aku berangan-angan. Kali ni aku rasa macam nak shoping bajulah pulak. Rak buku aku ni dah penuh, dah tak muat nak letak novel kalau aku beli nanti. Maknanya aku kena bawak balik novel-novel aku ni balik kampung agar lebih terjamin keselamatan mereka.

   Aku belek-belek pakaian aku dalam almari. Kesian aku..! Bila ingat balik, last aku shoping baju ialah dua tahun lepas. Itu pun sekadar dua helai t-shirt dengan dua helai jeans serta beberapa helai tudung. Dasyatkan.? Jimat habis duit aku.! Rasa-rasa ada tak minah kilang macam aku.? Jadi hari ni memang aku nak shoping. Bila tolak semua perbelanjaan tetap termasuk perbelanjaan mak ayah dekat kampung, aku masih ada baki lagi seribu. Jadi aku nak shoping sakan hari ni. Kebetulan Fiza pun dah kembali ke shift asal, jadi aku adalah kawan nak bershoping. Dia pun dah malas nak buat OT sebab sebulan dia masuk dua belas jam kerja, rasanya bulan ni gaji dia memang mencecah 3k. Kesian Fiza. Sebulan kerja dua belas jam. Badan dia yang kurus semakin surut. Sesekali aku nampak dia macam susah nak bernafas. Rancangan untuk bawa dia jumpa Zakrul, dah pun aku suarakan. Alhamdulillah dia dan Hafiz bersetuju. Cadangnya nak pergi malam ni tapi Hafiz kena OT pulak. Jadi aku bercadang nak pergi selepas habis kerja malam. Maknanya lagi dua minggu baru aku boleh bawak dia balik kampung aku.
  
   Aku dan Fiza mula bersiap lepas solat asar. Entah kenapa kali ni aku nak pakai baju kurung. Biasanya aku hanya bertshirt dan jeans sahaja. Senang nak bergerak. Dekat lima setengah petang, teksi yang kita orang panggil akhirnya sampai di depan pintu pagar rumah. Terkocoh-kocoh aku dan Fiza menyarung kasut lalu terus melangkah laju ke arah teksi. Dua puluh minit perjalanan, akhirnya aku dan Fiza sampai di Kinta City Ipoh. Selepas bayar tambang teksi, aku dan Fiza melangkah menuju ke tangga Kinta City. Tiba-tiba aku rasa lain macam. Langkah aku rasa sedikit sumbang. Terhinjut-hinjut aku rasa. Pelik. Lalu aku tunduk pandang ke bawah. Masyaallah.! Wa..malunya aku..! Macam mana boleh jadi macam ni..? Huhuhu...pakai cantik-cantik tapi kasut sebelah lain sebelah lain. Fiza dah bantai gelak kat aku yang tengah duduk mencangkung sambil menutup kaki aku dengan kain baju kurung yang aku pakai. Aku paksa Fiza tahan teksi untuk balik ke rumah untuk tukar kasut. Patutlah aku rasa terhinjut-hinjut masa berjalan. Rupanya sebelah ada tumit dan sebelah lagi cuma selipar jepun. Dahlah sebelah putih sebelah hitam.! Malunya aku..!

  Lepas tukar kasut, kita orang pergi balik Kinta City. Niat nak shoping kena teruskan jugak. Sebab nak shoping aku layangkan dua puluh ringgit pada dua buah teksi. Aku tak bagi Fiza bayar, sebab itu adalah salah aku sendiri. Tengok, baik tak aku.? Mengaku kesalahan sendiri. Tolong ikut contoh macam ni ye..!

   Destinasi pertama kami ialah kedai jahit Abang Manja. Dia ni memang teror jahit baju. Sebenarnya nama dia Mansor. Aku saja yang pandai-pandai ubah nama dia sebab dia ni pon-pon sikit. Bila bercakap, terlentok sana terlentok sini.  Sebab tu aku panggil macam tu. Nasib baik dia pun tak kisah. Lagipun aku selesa dengan jahitannya. Baju emak, ayah dan adik-adik aku pun aku tempah dekat dia tiap kali raya menjelang. Tak perlu sukat badan, bawak saja ukuran baju..siap!

   Dari jauh aku nampak Abang Manja dah tersenyum-senyum dan melambai-lambai tangan lembut dia ke arah kami yang sedang melangkah. Minggu lepas selepas aku bagi tau emak mengenai kain pasang yang diberikan oleh Arie, mak terus bersetuju. Katanya nanti dia akan bagi tahu sendiri pada bakal mertua aku. Emak pun kata , bakal suami aku mesti bersetuju. Dan lepas tu aku terus datang ke kedai Abang Manja ni untuk tempah baju nikah aku. Harap-harap dah siap sebab Abang Manja kata dalam tiga hari dah boleh siap.

“Macam mana bang, dah siap belum baju Atee tu.?” Aku tanya abang Manja.

“Dah siap dah.. Kel..las kau..! Gempak.!” Bersemangat Abang Manja bercakap sambil melangkah ke arah almari kaca yang tergantung tempahan-tempahan yang dah siap. Bila baju aku yang tersarung dalam plastik tu berada di tangan abang Manja, mata aku melopong. Cantik sangat.! Rasa macam dah tak sabar-sabar pulak nak pakai.

 “Atee pergi cuba dulu. Manalah tahu kalau-kalau ada yang rasa tak selesa, bolehlah abang betulkan.” Kata Abang Manja lalu dihulurkan bungkusan baju tu dan aku mengangguk laju.

“Atee, cantik giler..!” Bisik Fiza perlahan. Aku tersenyum saja. Memang aku sendiri tak tau nak kata apa sebab terlampau teruja melihat baju aku tu. Kain kosong berwarna peace itu lebih terserlah bila sulaman benang berwarna coklat gelap memenuhi leher baju dan menjalar hingga ke bawah. Di bahagian kaki kain pula sulaman memenuhi keliling kaki kain menampakkan pakaian itu menjadi mewah.

   Hampir lima minit aku membelek baju yang tersarung di badan aku ni. Rasa macam tak percaya pulak bila pakai macam ni. Aku yang tak minat kebaya pun boleh jatuh hati tengok baju yang Abang Manja buat ni. Setelah rasa puas hati aku bukak balik lalu keluar dari bilik persalinan kedai Abang Manja tu.

“Macam mana.?” Abang Manja tanya aku. Aku tersenyum lalu menghampirinya dan Fiza.

Ok. Puas hati..!” Aku cakap ringkas. Memang aku puas hati pun.

“Berapa Atee.?” Bisik Fiza perlahan. Rasanya Abang Manja dengar pertanyaan Fiza tu sebab aku nampak dia senyum saja tengok gelagat Fiza.

“Hari tu Atee bayar dekat abang dua ratus. Maknanya ada lagi seratus setengah.” Aku cakap pada Abang Manja lalu hulurkan tiga keping not lima puluh pada Abang Manja. Tapi Abang Manja cuma ambil lima puluh ringgit saja. Aku terkejut.

“Murah giler.!” Bisik Fiza berserta matanya yang membutang.

Hee.. Kak senah ni, sejak tadi semua giler. Nasib baik dengan aku sekali tak gila. Tak fasal-fasal nanti aku kena telefon Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

“Abang bagi diskaun. Lagi pun Atee selalu tempah dekat sini.”

“Terima kasih bang.”

“Saya pun nak tempah dekat sinilah nanti baju nikah saya. Boleh bang,?” Tiba-tiba Fiza bertanya.

“Boleh sangat-sangat.! Cakap aje fesyen apa. Fesyen Siti Nurhaliza, fesyen Dr. Harlina.. Che Ta..semua abang boleh buat.” Balas Abang Manja sambil terlentok-lentok tangannya.

“Nanti saya datang dengan tunang saya ye?” Kata Fiza malu-malu.

Beruntung Fiza, dapat berkongsi dengan tunangnya Hafiz. Aku jugak yang kena buat sendiri. Tapi..kalau tunang aku ada pun, nak ke aku kongsi dengan dia?

   Dekat pukul tujuh malam barulah kita orang selesai bershoping. Sementara tunggu Fiza ke ladys, aku menanti di depan pintu masuk Kinta city. Badan pun dah rasa lengoh-lengoh sebab banyak berjalan. Kira banyak jugalah kita orang shoping. Ni baru betul shoping sakan. Dekat lapan ratus jugak duit aku melayang.

“Awak ni Atee Munirahkan.?”

Tiba-tiba aku disapa seseorang. Aku pandang wajah tu tanpa berkelip. Siapa ni? Orangnya cantik tapi aku lagi comel. Orang tak puji, aku puji sendiri..

“Kenal saya ke?” Aku tanya dia balik. Dia tersenyum manis. Memang manis tapi sayang, seksi sangat. Walaupun pakaian yang dia pakai tutup semua, tapi masih menampakkan susuk tubuh dia yang seksi tu. Buah dada dia saja dah buat mata aku nak tersembul keluar. Badan dia melentik giler. Kalah kakak aku Ziana Zain.

“Nama saya Syarifah Sarah Khalida. Panggil saja saya Sarah.”

“Saya tak pernah kenal dengan awak. Macam mana awak boleh kenal saya?” Aku tanya hairan.

“Memang awak tak kenal saya, tapi awak kenal Ariekan?”

Dada aku rasa berdegup-degup dengar nama tu. Selepas dia hantar aku pulang sebulan lalu, aku langsung tak tahu khabar dia lagi.

“Oh..Arie..! Dia kawan saya. Awak kenal ke?” Aku tanya dan cuba beriaksi biasa.

“Kenal sangat. Dia tunang saya.”

Aku telan air liur dengar pengakuan Sarah. Nafas aku tarik perlahan dan aku lepaskan perlahan agar Sarah tidak perasan kekalutan aku.

“Oh. Ye ke..? Saya tak tau pulak dia dah bertunang. Selama saya kenal dengan dia, dia tak pernah cerita apa-apa pun fasal tunang dia.”

“Selepas dia kenal dengan awak, dia langsung tak hubungi saya. Saya tak tahu apa salah saya. Tiba-tiba dia berubah. Tapi satu hari saya dapat tahu tentang awak dari seseorang. Sebab tu saya cuba jejak awak.”

“Macam nilah. Saya rasa awak dah salah faham tentang hubungan kami. Antara saya dengan Arie tak ada apa-apa hubungan yang istimewa pun. Terus terang saya kata, memang saya dengan dia rapat. Rapat sangat. Kadang-kadang ada yang salah tafsir. Tapi kami bukan ada hubungan istimewa pun. Sekadar kawan saja. Lagipun saya dah bertunang. Tentang dia pun dah lama saya tak tahu khabar berita selepas dia berhenti kerja. Kalau awak tak percaya awak boleh tanya kawan saya ni.” Aku tunjukkan ke arah Fiza yang baru tiba dan berdiri di sebelah aku.

Nasib baiklah Kak senah tu dah selesai hajat. Kalau tak teruklah aku nak bagi penjelasan pada Cik Bedah depan aku ni. Macamlah aku kemaruk sangat dekat tunang dia tu. Dia tak tau, tunang dia yang nak kat aku.! Si Arie ni pun satu. Hal-hal macam ni boleh dirahsiakan dari aku. Beria-ria kata sayang pada aku. Tup-tup dah ada tunang. Hee..geramnya aku. Sia-sia aku kata sayang pada dia. Rupanya dia dah ada yang menanti.!

“Betul awak dah lama tak berhubung dengan Arie?” Dia tanya macam tak puas hati. Aku angguk saja. Sakit pulak hati aku bila dia tanya macam tu. Nak percaya..percaya.. Taknak percaya, sudah..!

“Betul.! Rasanya dah dua tahun kita orang tak tahu khabar berita dia. Kerja dekat mana pun kita orang tak tahu. Setahu kami dia kerja di Kuantan. Tu saja.. Dia pun langsung tak hubungi kita orang.” Balas Fiza.

Pandai jugak Fiza ni bercakap. Nasib baiklah aku ada cerita serba sedikit tentang Arie pada dia.

“Baru-baru ni saya dapat tahu dia ada balik. Yang saya kesalkan, dia langsung tak jumpa saya. Sebenarnya sepanjang tempoh pertunangan kami, boleh dikira berapa kali kami berjumpa. Itu pun setelah dia dipaksa. Saya sedar, saya ni bukan pilihan dia. Tapi tak patut dia buat saya macam ni.”

Aku tersentak. Dalam hati rasa macam nak menjerit riang. Padan muka.! Kalau dia tahu Arie datang jumpa aku, mesti meletusnya perang saudara kaum hawa.

   Luahan Sarah tu aku dan Fiza sekadar boleh dengar saja. Simpati.? Rasanya tak kot..! Sikit aku tak ada rasa simpati pada dia. Sebabnya, yang pertama dia kata dia bukan pilihan Arie, jadi dah tentu Arie tak pernah ada hati pada dia. Yang kedua pulak sebab tentang diri dia sendiri. Aku rasa Sarah ni tak sesuai dengan Arie. Tengoklah dressing dia. Sakit mata aku. Aku rasa Fiza pun mesti tak berapa nak berkenan dekat dia. Setahu aku Arie cukup pantang kalau perempuan berpakaian macam tu. Aku pakai baju ketat sikit pun dia dah suruh aku balik tukar.

   Sepanjang perjalanan pulang, fikiran aku jauh merewang pada pertemuan aku dengan Sarah tadi. Bila difikir-fikirkan sakit pulak hati ni. Kenapa Arie rahsiakan dari aku? Betul ke Sarah tu tunang Arie? Bila tengok kesungguhan Sarah tadi, aku dapat rasa dia berharap sangat pada Arie. Tapi kenapa Arie tak layan dia? Dia orangkan dah bertunang.! Macam ada yang tak kena saja..!

 “Aku rasa dia syok sendiri.!” Kata Fiza sewaktu aku melangkah pergi dari tempat Sarah dan kawan-kawannya berdiri.

     Kata-kata Fiza tadi aku rasa ada logiknya. Kalau dia orang dah lama bertunang, kenapa Arie tanpa segan silu luahkan perasaan pada aku? Tapi aku tak hairanlah.. diakan playboy..! Mesti dah banyak perempuan dijadikan tempat meluah perasaan. Yang aku ni pun bodoh sangat, kenapa..? Dah tahu playboy, aku tetap tunggu dia. Ala..! tu dulu.! Sekarang aku dah ada tunang, tak ada maknanya aku harapkan dia lagi.

-Sya sedih sgt hari ni. Td sya terserempak dgn seseorang. Dia kata dia tunang Arie.-
Aku mengadu pada Ayie selepas solat maghrib tadi.

- Knpa awk masih fikirkan hal dia.? Awkkan dh ada tunang. Ada baiknya awk tumpukan sepenuh perhatian awk pd tunang awk tu.-

Aku tersenyum baca balasan Ayie. Bukan aku sengaja nak fikirkan hal Arie, cuma aku rasa agak terkilan. Selama ni aku berkawan rapat dengan tunang orang rupanya. Rasa macam nak jerit sekuat hati sebab terlalu geram dengan dia.

- Sya tau tu..! tp sya xblh terima dia smbunyikan hal ni dari sya.-

- Sudah2 la fikirkan hal dia. Awk sedar tak status awk skrg? Awk x malu ke asyik fikirkan hal dia? Klu tunang awk tau, mst dia kecewa.-

Berkerut muka aku sambil baca jawapan Ayie. Dia kata aku tak malu? Amboi-amboi..sedapnya mulut.! Apa dia ingat aku ni tak ada maruah ke?

- Awk mrh sya ke? Mcm marah je..!-

Aku tanya dia minta kepastian. Dari cara penyampaiannya, macam marah je..

- Mmg sya marah. Xpyhlah awk menyusahkan diri sebab hal org. Fikirkan kebahgiaan diri awk tu.. itu yg lebih penting. Tak baik awk buat perangai macam ni..kesian sama pada tunang awk.!-

Eh-eh..dia pulak yang emo semacam, kenapa.?

- Knpa awk plk yg emo semacam ni..? Sepatutnya sya yang emo..-

- Mcm mna sya x mrh.! awk masih fikirkan fasal dia knapa.? Awk sedar diri x yg awk tu dah berpunya?-

Tiba-tiba aku rasa mata dan telinga serta hati aku macam berasap. Tak payah nak ingatkan aku la..tu aku pun tahu..!

- Ska hti syalah nk fikirkan siapa.! Awk tu siapa nak menghalang sya agar terus berfikir tentang org yang sya syg. Ada baiknya awk teruskan usaha untuk raih kmbali cinta awk yg semakin jauh tu.. Jgn sibuk2 nk kacau hal org.!-

Aku balas kasar. Biar dia tahu, bukan dia saja yang tahu marah.

- Sya x menyibuk dan sya tak mengacau, tp awk yg mengacau saya dengan mulakan kisah ni. sya hnya beri pendapat.-

Jadi ni salah akulah ye.!

- tp apa yg awk bagi bkn pendapat tp kata2 hina, seperti sya ni perangai teruk sgt.! -

- Sya xhina awk!-

- Ye ke? Habis td yg awk kata saya 'tak malu, tak sedar diri ' tu bukan kata hina? -

- Awk dh slh anggap..! -

Pulak dah..! Dia ingat aku bodoh kot tak tahu bahasa melayu. Hey.! result SPM bahasa melayu aku A1 la..!

- Oklah. Niat sya ceritakan pd awk sekadar berkongsi cerita. Tak sangka jd mcm ni. Oklah. Terima kasih byk2..nextime  sya takkan kacau awk lg.-

 Aku dah malas nak terus bergaduh dengan dia. Buat sakit jari saja menaip. Berdegup kencang jantung aku masih terasa. Dah macam bergaduh mulut pulak. Hati aku memang panas. Aku terus log out fb aku. Aku nekad tak mahu berakan lagi dengan dia. Aku nak merajuk sebulan, setahun dan bertahun-tahun. Segera namanya aku cari dalam list friend dan terus aku keluarkan nama itu menandakan aku tak mahu lagi berakan dengan dia.

   Tertanya-tanya aku sendiri, kenapa Ayie tiba-tiba emosional sangat malam ni. Selama ni belum pernah lagi dia keluarkan kata-kata kasar macam tu. Salah aku ke? Niat sebenar aku hanyalah sekadar untuk berkongsi cerita. Selama ni apa yang aku ceritakan termasuklah masalah kerja, dia senang hati beri pendapat. Sebab tu aku senang berbual dengan dia walaupun perbualan itu berkisahkan tentang masalah wanita. Dia pulak tak lokek untuk berkongsi cerita mengenai lelaki. Tapi aku dengan Ayie tu taklah sampai cerita hal dalam kain.. Ingat aku ni tak ada maruah ke nak share-share pendapat macam tu dengan kaum Adam.?

No comments: