16
ALHAMDILILLAH... Masuk
hari ni dah masuk empat belas Ramadhan . Aku bersyukur kerana Allah izinkan aku
bernafas lagi di muka bumi ini untuk bersama-sama menghayati bulan suci dan
mulia ini. Aku macam biasalah, menjalani hari-hari aku sebagai minah kilang
yang bertanggungjawab pada kerja-kerja aku. Harap-harap apa yang aku lakukan
selama ini sentiasa diberkati Allah selalu. Aku tambahkan satu lagi aktiviti
aku iaitu taraweh. Aku sedar tak mungkin aku dapat buat penuh sebulan. Akukan
anak Adam berkaum Hawa. Tambah pulak dengan keadaan masa berkerja yang tidak
tentu, aku harap-harap dapat buat sekurang-kurangnya sepuluh hari.
Bila tiba ramadhan,
ingatan aku terlintas pada Arie. Ini adalah kerana aku berjumpa dengannya buat
pertama kali di bulan puasa. Dalam masjid lagi..! Bila ingat-ingat kembali, buat
aku ketawa sendiri. Malunya masa tu.. Tapi, biarlah.. Aku doakan semoga dia
bahagia di mana saja dia berada.
Aku bercadang nak
pergi bank selepas pulang dari kerja. Fiza kata dia nak masukkan duit untuk
keluarganya di kampung. Aku pun sama. Bolehlah shoping raya sekali. Kebetulan bulan ni turn aku dapat duit kutu dari Kak Intan. Raya hindu sakan aku
tahun ni. Memang aku nak raya sakan pun sebab aku takut lepas ni aku tak dapat
raya macam tahun-tahun lepas.
Aku masukkan seribu
ke akaun ayah dan seribu ke akaun emak. Seribu lagi aku masukkan dalam ASB aku.
Semasa aku keluarkan gaji aku yang baru dapat hari ini, aku terkejut sebab
jumlah dalam akaun aku tak sama seperti yang tercatit dalam slip gaji aku.
Siapa pulaklah yang baik hati nak buat amal jariah di bulan mulia ni.? Aku
tertanya-tanya sendiri. Takkan ayah kot.. Taulah sekarang ni tanah getah dah
tukar jadi tanah sawit. Mustahil dah dapat hasil. Hari tu aku tengok pokok
sawit baru je sama paras dengan tinggi aku. Takkanlah dah keluar buah kot..
Mustahil.! Akhirnya aku telefon emak ayah aku di kampung.
“Mak dengan ayah ada masukkan duit dalam akaun
orang ek?” Aku tanya sejurus selepas
bagi salam pada emak.
“Duit apa pulak?” Balik aku yang kena tanya.
“Dalam akaun orang ni, ada orang masukkan duit tiga ribu.
Orang dah kompius ni.. Sapalah yang
baik hati sangat ni?”
“Ada orang silap masuk kot..! Cuba tanya pegawai dalam bank
tu..!” Aku terangguk-angguk dengan cadangan emak.
Cepat-cepat aku matikan talian dan melangkah masuk ke dalam
bank. Sebabkan aku hanya nak bertanya, aku dibenarkan berjumpa dengan ketua
pegawai bank dalam pejabat. Hampir sepuluh minit aku bersoal jawab dengan
pegawai bank yang bernama Nora. Aku semakin pelik bila dia kata tidak ada
sebarang kesilapan. Tapi aku mula terfikir selepas Cik Nora tu bagi tahu bahawa
duit tu dimasukkan dari sebuah bank dari Abu Dhabi. Aku mula terfikirkan
seseorang. Aku yakin tentu dia yang ter..rajin masukkan duit tiga ribu tu dalam
akaun aku. Kalau bukan dia, siapa lagi yang tinggal di Abu Dhabi.? Kenapalah
dia bersusah payah hantarkan aku duit? Apa dia ingat aku tak mampu ke nak sara
hidup aku dan keluarga aku. Buat malu betullah.! Apa- apa pun aku nak ucap
terima kasih pada dia. Tapi aku tak tahu macam mana nak hubungi dia. Perihatin
betul dia pada aku. Wa dah tangkap
cintanlah sama lu My Fiancy. Cewah..! Dulu tak mau mengaku sekarang
bila orang tu masukkan duit sikit dah cair. Mata duitan betul aku ni. Hahaha..nak buat macam mana. Sekarang ni
memang zaman duit. Barang semua dah mahal. Kalau tak ada duit jangan
beranganlah nak apa-apa..!
DUA hari lagi dah nak raya. Awal-awal lagi aku dah apply cuti seminggu. Aku dah
berangan-angan nak buat itu ini sebelum sambut raya. Entah kenapa aku dapat
rasa ini adalah raya terakhir aku bergelar anak emak dan ayah. Tahun-tahun akan
datang aku tak tahu lagi. Mungkin aku dah bergelar isteri orang. Yang tu aku
pasti sangat.
Dalam tahun ni dah
banyak kali aku ambil cuti. Supervisor
aku pun dah hilang puji kat aku. Kalau dulu susah betul aku nak ambik cuti. Tapi
bila dah start ambil cuti, jadi
bertambah rajin pulak aku nak ambil cuti. Dah jadi macam ketagih pulak. Supervisor aku kata prestasi aku dah
menurun. Bukan menurun kerana kerja tetapi kerana rajin ambil cuti.
Tak lama lagi aku
akan jadi bini orang. Sebab tu aku nak
raya sakan tahun ni. Almaklumlah.. Bila dah jadi bini orang, kenalah jadi baik
sikit. Perangai kanak-kanak rabina terpaksalah aku kikis buang. Kalau dulu,
abang-abang aku ada jugak hulurkan duit raya pada aku walaupun aku dah
berkerja. Tapi sekarang tidak lagi. Aku pulak kena keluarkan duit untuk
adik-adik dan anak-anak saudara aku yang dua orang tu tapi tahun ni abang-abang
aku dah menambah bermakna anak saudara aku dah empat orang. Walaupun aku belum
pasti mereka balik atau tidak,aku kena sediakan jugak duit raya untuk dia
orang. Anak-anak buah aku tu pun sekarang menurut abang-abang aku dah pandai
meminta itu ini. Kalau dalam bab duit lagi laju. Sah ikut perangai aku yang
mata duitan. Nasib baiklah raya tahun ni
aku tergolong dalam orang-orang kaya. Jadi bolehlah aku berbelanja lebih sikit.
- Tggu sya. Kejap lg sya
smpai-
Aku merenung lama
mesej yang aku baru terima sekejap tadi. Siapalah yang punya gerangan
menghantar mesej pada aku ni.? Nombor yang tertera pun tak pernah ada dalam
simpanan aku. Salah nombor kot.. Akhirnya aku abaikan saja.
Beg pakaian yang
siap dikemas aku letakkan di luar pintu utama rumah sewa aku. Aku perhatikan
persekitaran rumah sebelum aku mengunci pintu dan grill. Gelpren aku pun
aku dah masukkan dalam rumah. Disebabkan agak lama aku tinggalkan rumah, gelpren aku ni aku kena masukkan dalam
rumah. Risau jugak kalau-kalau ada orang kipnep
gelpren aku ni. Biasanya kalau aku
balik kampung, aku tinggalkan saja diluar. Tapi bila dah semua balik kampung
sebab nak raya, keselamatan gelpren
aku ni harus aku titik beratkan. Memandangkan aku orang terakhir keluar rumah,
akulah yang harus memastikan rumah dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan.
Fiza awal-awal pagi
lagi dah dijemput oleh Hafiz selepas subuh tadi. Nak sampai cepat kerumah sebab
katanya nak kacau dodol dengan bakar lemang. Boleh percaya ke minah tu..?
Pegang sudip dengan senduk pun terkial-kial, inikan pulak nak kacau dodol.!
Tambah pulak perjalanan Hafiz selepas menghantar Fiza lebih jauh sebab kampung
Hafiz jauh ke selatan iaitu negeri Johor. Menurut Fiza majlis pernikahannya
akan dicepatkan sebab emak dan ayah Hafiz sudah mendapat surat dari Lembaga
Tabung Haji. Buat ringkas-ringkas saja..sebab majlis persandingan akan
dilakukan sebulan selepas orang tua Hafiz berlepas.
Hari raya ketiga adalah tarikh Fiza dinikahkan bersama
Hafiz. Dah nak jadi bini orang rupanya minah tu.. Sebab tulah dia ambil cuti
panjang sebab nak uruskan banyak hal sebelum majlis berlangsung. Atas
permintaan keluarga Hafiz, Fiza dan pihak keluarganya terpaksa bersetuju.
Eloklah dia orang kawin cepat. Dah lama sangat mereka bertunang. Kadang-kadang
aku kesian dekat Hafiz sebab asyik merungut Fiza selalu mintak tangguh. Tapi
kali ni aku yakin sangat Fiza dah tak boleh lari lagi sambil cipta seribu
alasan.
Aku? Aku lambat lagi.
Mengikut kiraan, mak dan ayah aku dijangka berlepas tahun depan. Tapi aku risau
jugak kalau nasib mak dan ayah beruntung dapat macam orang tua Hafiz.
Harap-harap tak..! Teruk betullah aku ni..orang nak bagi cepat emak ayah merasa
pergi tapi aku nak lambatkan pulak.
Kadang-kadang aku terfikir jugak..keluarga Hafiz tu orang
berada, tak mustahil kalau tektik untuk ke mekkah awal merupakan satu cara
untuk Hafiz dan Fiza segera berkahwin. Pandai sungguh keluarga Hafiz. Dah tak
sabar-sabar nak bermenantukan Fiza agaknya..! Taulah menantu tu cantik.!
Apa-apa pun aku turut rasa gembira sebab Fiza pun dan sihat sepenuhnya. Semenjak
berubat dengan Zakrul penyakitnya jelas ketara hilang. Kini Fiza tidak seperti
dulu. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu dia OT. Badannya pun tidak lagi asyik
lemah seperti dulu. Mula-mula dulu puas aku dan Hafiz memujuk agar terima
rawatan itu setelah dia tahu doktor yang bakal merawatnya nanti seorang lelaki.
Namun setelah diyakinkan oleh Hafiz akan menemaninya sepanjang rawatan,
akhirnya dia bersetuju.
Pertama kali jejakkan kaki ke lantai klinik Zakrul, aku
tergamam melihat dia. Zakrul sudah berubah penampilan. Jika dulu kalau bercakap
dengan orang perempuan, mesti mata hanya lekat di lantai. Tapi kini tidak lagi.
Dia lebih berkeyakinan. Masa berbual pun matanya sudah berani memandang tepat
pada orang. Kalau dulu dia pemalu, tapi kini balik aku yang malu nak bertentang
mata dengannya. Teringat aku perbualan aku dengan Fiza bila pertama kali bertemu
dengna Zakrul.
“Nasib baik aku dah ada Hafiz.!” Bisik Fiza.
“Kenapa pulak?”
“Doktor encem giler wei..!”
Dalam hati sempat aku kutuk kata Fiza gedik. Sampaikan Hafiz
duduk sebelah dia pun, masih lagi dia berani usya Zakrul.
Namun aku tahu Fiza
bukanlah seperti gadis-gadis yang bermata rewang. Aku tahu niatnya hanya untuk
bergurau. Selepas ni aku taklah risau sangat sebab Hafiz ada menjaganya. Dengan
kesihatan yang semakin pulih, aku yakin hidupnya akan lebih bermakna.
Lima minit aku menanti kereta Yana tiba depan rumah, namun
masih belum kelihatan. Janji pukul sepuluh pagi, sekarang dah pukul sepuluh
setengah. Nilah yang dikatakan janji melayu. Samalah apa yang Tun cakap. “Melayu
Mudah Lupa”. Nasib baik aku yang tumpang dia, kalau dia tumpang aku, sah-sah
aku tinggalkan dia..
Yana ni kawan sekampung aku. Kerja pun sama dengan aku. Cuma
dia department lain. Kebetulan dia berkereta, jadi aku tumpang saja dia sebab
rumah dia pun bukan jauh pun dari rumah ayah aku. Yana ni anak orang kaya kat
kampung aku, sebab tu dia mampu pakai kereta. Ada peluang sambung belajar, dia
tak mau. Katanya kalau dia sambung
belajar, dia tak boleh nak menggatal bercinta. Pelik betul dengan budak tu.
Sebabkan nak bercinta, dia sanggup tak mahu sambung belajar. Tapi sampai sekarang
aku tak pernah pulak nampak dia dengan mana-mana lelaki. Bila tanya, dia kata
tak ada yang selera dekat dia. Kesian... buruk sangat ke anak orang kaya
kampung aku tu? Aku tengok lebih kurang
aku je..!
Tiba-tiba berhenti
sebuah kereta myvi hitam betul-betul hadapan rumah aku. Siapa pulak ni.? Setahu aku Yana pakai kereta kancil saja.
Dari luar aku tak berapa jelas sebab cermin kereta gelap. Tapi aku yakin
pemandunya ialah seorang lelaki. Pintu kereta dibuka dan keluarlah makhluk
Allah tu. Mata aku membulat besar bila dia keluar berserta dengan senyuman yang
paling buat aku menyampah meluat. Hati aku sakit dan semakin sakit bila
teringatkan peristiwa di Kinta City. Jantung aku berdegup kencang bila
langkahnya hampir dengan tempat aku berdiri. Aku gelisah.
“Apa mimpi tiba-tiba datang ni..?”Aku tanya sambil mencekak
pinggang.
“Mimpikan tuan puterilah..! Tuan Puteri kata nak balik
kampung. Sebab tu hamba datang nak jemput tuan puteri balik” Ujarnya
tersengeh-sengeh. Ingat lawak sangat la lawak tengin dia tu!
“Siapa cakap kat awak.?"
“Semalam saya call
ayah. Ayah cakap awak nak balik hari ni, sebab tu saya datang nak jemput awak. Lagipun
saya dah minta izin dekat ayah nak ambil awak, mak pun dah izinkan.” Balasnya
sambil mengangkat beg pakaian aku lalu terus melangkah ke arah kereta dan
memasukkan beg aku ke dalam bonet kereta. Aku tergamam. Emak dan ayah aku ni
sengaja nak buat aku masuk Hospital Tanjung Rambutan kot.
“Hey..! Orang dah
janji dengan kawan oranglah..!” Jeritku sambil berjalan laju kearahnya.
“Call sajalah
kawan awak tu, cakap tak jadi. Apa yang susahnya.?”
“Orang nak cakap apa.?”
“Cakap jelah boyfriend
awak datang jemput.”
“Amboi-amboi senangnya bercakap. Nanti dia kata apa plak.!”
“Tak ada apa-apalah.!” Ulasnya lagi lalu menutup bonet
kereta.
Aku berdiri sambil mengetap bibir. Nak tak nak aku terpaksa
jugak call Yana. Nasib baik lah kawan
aku tu tak kisah. Kebetulan pulak dia masih di rumah. Paling buat aku terkejut
sebab dia tengah sedap tidur. Kalau aku terus tunggu tadi, sah sampai petang Yana
masih belum muncul.
“Cepatlah.! Tunggu apa lagi? Nak saya dukung awak?”
Aku terus keluar dari halam rumah dan mengunci pintu pagar
sebelum meloloskan diri dalam keretanya.
“Tukar kereta pulak..!”
“Kereta umi. Kereta saya abang sulung saya pinjam sebab
kereta dia ada di workshorp.”
Aku mengangguk faham.
“Bila balik.?” Aku tanya bila panas aku sedikit reda.
“Semalam sampai. Cadang nak datang jumpa awak tapi awak
kerja.”
“Mana tau orang kerja malam.?”
“Saya taulah..! Hal awak tu semua ada dalam poket saya ni.”
Balas Arie lalu ketawa nakal sambil menepuk-nepuk pehanya. Aku menjeling geram.
Malas nak layan.
“Dah shoping?”
Arie tanya selepas lima minit kereta yang dipandu meluncur laju atas jalan
raya. Aku angguk sekali tanpa pandang wajah dia.
“Temankan saya shoping,
boleh.?”
“Penatlah..! Balik kerja tadi, orang tak tidur lagi tau..!”
“Kejap je..! Awak
tak kesian ke dekat saya.?”
Hee.. ni yang aku
lemah kalau dia buat suara menusuk kalbu ni..
“Yelah-yelah.. Tapi sekejap je tau..!”
“Okey..!”
“Awak nak shoping apa..?”
“Barang kemas untuk tunang saya.!”
Aku tersentak. Baru sekarang nak mengaku ada tunang. Aku
rasa macam nak terjun je keluar dari
kereta ni.
“Tak cakap pun dah ada tunang..?”
“Dulu tak penting, sekarang baru saya rasa penting.. Awak
marah ye?”
“Tak guna nak marah.
Awak siapa..orang ni siapa.?” Aku semakin rasa menjauh. Dia pulak boleh selamba
tersengeh macam kambing jantan mengorat kambing betina. Meluat betul.!
Kenapalah saat cinta aku tengah kembang jadi terkuncup pulak? Nasib baik aku
dah bertunang. Kalau tak memang sekarang jugak aku blah tinggalkan dia.
Selepas dua puluh
minit kereta yang Arie pandu tiba di destinasi. Sebuah kedai emas dituju. Aku
hanya menjadi pengikut saja. Dengan keadaan mata aku yang mengantuk, aku jadi
malas nak bercakap, jadi aku ikut saja mana dia nak bawa.
“Yang saya tempah bulan lepas dah siap belum.?”
Aku dengar Arie tanya pada seorang pekerja dalam kedai emas
tu sambil menghulurkan sehelai kertas. Mungkin resit barang.
“Oh..sudah-sudah.!
Nanti ye, saya ambilkan..!”
Arie duduk di sebuah kerusi bulat berkusyen merah berhadapan
dengan kabinet cermin yang memperagakan bermacam-macam bentuk dan fesyen barang
kemas. Sementara aku lebih senang berdiri sambil berjalan perlahan sambil
mencuci mata melihat barang-barang kemas dalam kedai tu. Aku perasan Arie asyik
memandang aku tapi aku buat-buat tak nampak. Malas aku nak tengok dia. Sakit
hati aku masih belum hilang disebabkan insiden
dekat Kinta City tempoh hari.
Dua minit kemudian pekerja tadi datang bersama sekotak barang
kemas berwarna merah lalu diletakkan di hadapan Arie. Aku tak ada mood nak tengok. Bukan aku punya pun.
Mata aku begitu asyik memerhati barang-barang dalam kedai tersebut.
“Awak.. cubalah. Okey
tak.?” Aku dengar suara Arie panggil aku. Aku menoleh pandang dia. Arie
mengangguk lalu tersenyum.
“Hey. tu untuk
tunang awak.! Kenapa orang pulak yang nak cuba.? Tak fasal-fasal melenting tunang awak kalau
dia tau.!”
“Saya suruh awak cuba je..!”
“Taknaklah.!” Aku berkeras sambil menyembunyikan tangan aku
ke belakang.
“Please..kejap je.!. Lagi cepat awak cuba, lagi cepat
kita balik. Selagi awak tak nak cuba, kita akan berkampung dekat sini.”
Ha..ni yang aku
malas ni.! Dia suka sangat memaksa. Amboi-amboi amboi dan amboii..!
main ugut-ugut pulak. Nak tak nak terpaksalah aku ikut.
Hampir tergamam aku
dibuatnya selepas melihat set barang kemas itu. Cantik. Memang cantik. Reka
hiasnya benar-benar menjadi idaman aku. Batu kecil-kecil berwarna biru yang
mengililingi rantai tangan menampakkan ianya mewah. Begitu juga dengan cincin
yang comel terletak kemas dengan sebutir batu berwarna biru. Aku yang dah
semestinya minat pada barang kemas berbatu, semakin teruja. Makin menebal-nebal
cemburu aku pada Sarah. Bertuah sarah sebab dapat Arie.
“Cantik tak.?”
Aku mengangguk. Tak tau nak cakap apa. Rasa sebak pulak
sebab Arie bakal jadi milik orang.
“Takkan angguk je..
Cakaplah sesuatu..!”
“Orang nak cakap apa.? Dah memang benda tu cantik. Kalau
tanya orang buta pun dia akan kata cantik.!” Aku jawab dengan nada sedikit
kasar. Tiba-tiba aku emo semacam. Arie tersenyum melihat kerenah aku yang
tiba-tiba panas. Aku yang dah rasa tak selesa terus keluar dari kedai emas tu
dan berjalan pantas menuju ke kereta. Lima minit kemudian dia sampai sambil
menjinjit sebuah beg kecil. Mesti di dalamnya barang kemas tadi.
“Kenapa ni? Asyik nak marah je? Bulan puasa ni tak baik marah- marah macam ni..! Cuba senyum
sikit. Puasa ke tak ni? Rasanya belum cukup bulan lagikan?”
Teguran dia aku buat-buat tak dengar. Dua kusyen kecil yang
terdapat di bahagian kerusi belakang aku capai. Bangku yang aku duduk, aku
turunkan penyandarnya supaya aku senang nak tidur. Sambil menepuk-nepuk lembut
kusyen kecil tadi, aku rebahkan badan aku sebab aku nak tidur. Aku mengereng
membelakanginya sambil memeluk kusyen yang satu lagi. Aku perasan setiap gerak
geriku diperhatikan dengan senyuman. Mata aku pejam rapat-rapat. Aku nak tidur
sebab kepala aku dah mula rasa sakit sebab kurang tidur. Namun mata aku masih
belum boleh tidur. Mana boleh tidur kalau hati tengah sakit.
“Cuba awak terangkan pada saya, apa masalah awak ni.?” Arie
tanya lembut. Aku masih membisu sambil memejamkan mata. Aku sedaya upaya
keraskan badan aku setelah menyedari wajah Arie benar-benar rapat di
belakangku.
“Atee..!”
Rayunya lagi sambil menarik-narik perlahan lengan baju aku.
Aku berdesit geram sambil menepis tangannya.
“Kenapa marah-marah ni? Saya tak sukalah awak macam ni..!”
Aku membatukan diri. Kusyen kecil yang aku peluk aku letak
di telinga tanda tak mahu dengar dia bercakap. Aku dengar dia mengeluh lemah.
Dah malas nak memujuk kot..! Sejurus selepas kereta mula bergerak, aku terus
tak sedar.
SETELAH lebih sejam perjalanan, akhirnya aku sampai ke kampung
bersama Arie. Dari dalam kereta aku nampak ayah sedang sibuk mengacau dodol
dibantu adik-adik aku. Bayang emak langsung aku tak nampak. Mungkin sibuk di
dapur.
“Masuklah dulu. Rehat-rehat. Awak penatkan..?” Aku pelawa
Arie sebab aku sedar enjin keretanya tidak dimatikan. Rasa bersalah pulak sebab
tidak melayan dia berbual sepanjang perjalanan kerana aku banyak tidur. Malas
nak layan sebab aku rasa sakit hati dengan hal di kedai emas tadi. Cemburu
sebenarnya.. Bila difikir-fikirkan tak patut aku layan dia begitu. Aku dah ada
tunang, jadi tak patut aku terus menyimpan perasaan padanya lagi. Akhirnya aku
redha jika sudah tertulis Arie diciptakan untuk Sarah.
“Tak ajak pun saya tetap nak rehat dekat rumah awak. Penat
tau.! Dari rumah saya terus ke rumah awak, lepas tu datang sini pulak.!” Ujar
Arie tersenyum-senyum.
Aku rasa geram pulak. Baru kejap tadi aku rasa bersalah
sebab tak melayan dia. Bila dia jawab macam tu, hilang rasa bersalah aku tadi.
“Padan muka.! Orang tak ajak dia yang terhegeh-hegeh..!” Aku
balas kasar. Terus aku keluar dari kereta. Arie pulak mematikan enjin keretanya
lalu keluar dan terus mengeluarkan beg pakaian aku dari bonet keretanya.
“Rehatlah dulu..!” Laung ayah sambil mengesat peluh di dahi.
“Baik ayah.” Arie jawab mesra.
“Mak mana ayah.?” Aku pulak tanya.
“Ada kat dapur. Tengah anyam daun palas.” Jawab ayah
sementara tangannya sibuk mengacau.
Beg aku dijinjit lalu diletakkan atas tangga batu dan
ditinggalkan di situ lalu melangkah ke arah ayah. Aku pandang dari jauh melihat
telatah mereka. Akhirnya aku terus mencapai beg pakaian aku tadi dan terus naik
ke atas rumah. Dari tingkap bilik aku perhatikan Arie sudah membuka kemejanya
dan yang tinggal hanyalah singlet putih dan seluar jeans yang sudah dilipat
hingga ke pangkal betisnya yang menampakkan kulitnya yang kuning langsat.
Inilah kali pertama aku lihat dia dalam keadaan begitu. Rasa malu pulak. Tapi
dia tetap nampak segak dan seksi.
Dulu aku selalu pergi berkelah dengan dia dekat air terjun.
Banyak tempat yang kami pergi. Tiap kali mandi Arie tak pernah tayang badan dia
depan aku. Mandi pun mesti pakai baju yang gelap. Katanya aurat lelaki lagi
seksa kalau perempuan tengok. Yelah tu..! Hari ni dia tayang body dia, tak pulak ingat aurat.! Bulan
puasa pulak tu..!
“Biar saya pulak.!” Kata Arie pada ayah aku.
Aku dah tersenyum
lebar. Boleh ke dia buat.? Yang aku tahu dia banyak tolong uminya di dapur. Jadi
tak mustahil kot kalau dia boleh buat kerja mengacau dodol tu. Tapi, boleh
ke..?
“Biasa buat.?” Tanya Ayah.
“Jarang tapi pernah buat..!” Arie jawab sambil mencapai
dayung kayu leper di tangan ayah. Dari tingkap bilik aku tersenyum melihat dia
mengacau dodol. Tak sampai lima minit, peluh sudah merenik di dahinya.
“Kalau dodol tu masin, orang tahulah sebab apa.!” Aku jerit
dari tingkap bilik. Arie mendongak kepala melihat ke arah ku.
“Sebab apa..?” Tanya ayah hairan.
“Ayah tengoklah peluh dia dah nak dekat setimba.!” Balasku
sambil ketawa mengekek.
“Kalau awak teror
sangat, marilah buat.!” Laung Arie geram.
Makin kuat aku
ketawakan dia. Padan muka dia. Nak tunjuk kuat sangat.!
Sedang aku ralit melihat Arie mengacau dodol, mataku teralih
ke jalan. Dua buah kereta berwarna hitam dan merah tiba di halaman rumah.
Wah..meriah nampaknya raya tahun ni. Tak pernah-pernah along dan angah bawak
anak bini dia orang balik beraya di kampung, kali ni mahu pulak bini-bini dia
orang balik. Aku tak kisah sebenarnya, cuma aku tak suka pandangan dia orang
saja. Tahulah kakak-kakak ipar aku tu orang bandar. Kalau ye pun tak payah nak
pandang kolot sangat orang kampung ni.
Mula-mula tadi aku
cadang nak turun ke dapur tolong emak. Tapi bila terpandangkan si kecil dalam
dakapan Kak Seri isteri angah, terus terbantut nak tolong anyam daun palas. Aku
keluar dapatkan anak-anak saudara aku yang empat orang tu. Dah besar rupanya.
Ini adalah kali ke kedua aku dapat lihat dia orang. Tapi yang baby anak angah
tu, memang aku tak pernah tengok. Bila tengok muka tak lawa kakak-kakak ipar,
aku bantutkan rancangan untuk menyentuh pipi anak kecil mereka. Kaki aku
panjangkan langkah ke arah ayah dan Arie. Aku tengok saja emak melayan
anak-anak menantu dia yang baru tiba. Mak rindu sangat cucu-cucu dia, tapi apa
boleh buat, dia hanya boleh berharap.
“Bila sampai..?” Tanya along pada Arie sejurus selepas
bersalam dengan ayah dan Arie. Seketika kemudian, angah pula menyusul.
“Baru je..! Tak
sampai sepuluh minit pun..!” Jawab Arie sambil tersenyum-senyum.
“Mari along buat pulak..!” Kata along perlahan. Agaknya dia
rasa kasihan kot sebab tengok Arie sudah kebasahan peluh di badan. Aku berkerut
kening.
Ait.!! Along pun
mengaku diri along.? Pelik. Macam dah kenal rapat pulak.
“Along ingat tak masa umur kita enam belas tahun dulu.?”
Angah tiba-tiba buka cerita. Bila angah buka cerita, aku dah mula rasa nak
tergelak. Aku pun ingat detik tu. Aku dah terbayang-bayang kawah dodol ayah
terbalik gara-gara along dan angah yang suka main-main masa buat kerja.
“Tak boleh lupalah..!
Masa tu kita pertama kali tolong ayah kacau dodol. Nasib baik dodol dah
nak masak. Kalau tak dah tentu kita yang kena kacau dalam kawah tu.” Balas
along lalu ketawa berdekah-dekah.
“Arie nak tau tak. Atirah ni tak suka makan dodol.”
Tiba-tiba along bersuara selepas reda ketawa.
“Ye ke? Setahu saya,
dia ni semua makan.!” Balas Arie tersenyum-senyum sambil memandang aku. Aku
hadiahkan jelingan tajam. Dia tahulah aku tengah marah.
“Ada sejarah kenapa Ira tak makan dodol.” Angah membalas
sambil tersengeh.
“Pernah sekali tu, masa ayah baru start nak buat dodol, Atirah lari-lari sambil main bunga api. Entah
maca mana kaki dia terlanggar tunggul kayu api dan serta merta dia tersungkur
depan kawah. Paling buat ayah marah bila selipar dia terpelanting masuk dalam
kawah. Nasib baik masa tu ayah baru tuang sikit saja santan. Kalau tak, dah
sah-sah semua kena buang gara-gara selipar jepun dia.” Cerita along lagi.
Hee.. dia orang
ni, sengaja nak malukan aku saja.
“Serasi betul awak dengan selipar jepun ye.!” Ujar Arie
sambil tersenyum nakal.
“Kenapa? Ada cerita lain ke fasal selipar jepun?” Tanya
angah cuba ambil tahu.
Aku menggeleng-geleng kepala sambil pandang wajah Arie.
Harap-harap dia boleh simpan rahsia. Kalau tahu dek abang-abang aku, mahu tujuh
hari tujuh malam cerita ni tak habis-habis diperkatakan.
“Saya kenal dengan dia pun sebab berebut selipar jepun. Masa
tu dekat masjid di bulan puasa. Saya masih ingat masa tu lima belas hari puasa
saya balik kampung sebab nak berbuka puasa dengan keluarga. Dia pulak datang
kampung saya sebab cuti ikut kawan dia balik kampung. Nyaris-nyaris pak imam
nikahkan kita orang malam tu sebab masing-masing tak mahu mengalah..!”
Tersengeh-sengeh Arie bercerita.
Aku mengeluh lemah
mendengar cerita Arie. Abang-abang dan ayah aku pulak dah bantai gelak
guling-guling. Hmm..malam ni siaplah
telinga dengar usikan dia orang. Tu baru abang-abang, belum lagi adik-adik dan
emak aku yang sekepala kaki mengusik.
“Macam manalah agaknya kalau adik kena nikah jugak malam tu ek.?” Angah mula mengusik.
“Saya okey je..! Lagipun pertama kali saya tengok
dia, hati saya dah jatuh cinta” Balas Arie tanpa rasa malu.
Rasa nak tersembul mata aku jegilkan pada dia.
“Atirah nak ke?” Tanya along pulak sambil tersengeh-sengeh
nakal.
“Ish.! Tak
inginlah Mamat Poyo tu.!” Balasku geram sambil menjeling tajam pada Arie. Makin
gamat ketawa mereka pada aku.
“Boleh percaya ka..?”
Sindir ayah aku sambil menjeling sinis.
Aku diam tak kata
apa. Muka Arie aku tak berani nak pandang. Nanti dia perasan yang aku dah rasa
malu dekat dia.
“Hari ni buka puasa dekat sinilah?” Pelawa ayah pada Arie.
Arie pandang aku
minta pendapat. Aku angkat kepala tengok dia lalu senyum sambil mengangguk. Aku
tahu mungkin dia rasa aku kurang selesa jika dia lama-lama di rumah aku. Memang
aku tak selesa pun..tapi dalam diam aku memang berharap dia ada depan aku. Aku
memang rindukan dia.
MALAM tu meriah sungguh suasana berbuka puasa. Kan best kalau tiap-tiap tahun macam ni. Aku
nampak wajah emak dan ayah berseri-seri malam tu.
“Ayah ada dua berita baik nak umumkan malam ni.” Tiba-tiba
suasana gamat tadi menjadi sepi. Aku pandang wajah emak. Wah..berseri-seri.!
“Berita apa ayah. Kita orang nak dapat adik baru ek?” Aku tanya cuba berseloroh.
“Awak..!” Tegur Arie sambil menjeling tajam. Aku terkedu.
Malu pulak bila di tegur macam tu. Ayah dan emak pulak hanya tersengeh pandang
aku.
“Orang gurau jelah!”
Aku tunduk kembali pandang juadah atas meja.
“Berita apa yah..?” Angah aku tanya seperti kurang sabar.
“Along rasa along tau.!” Pantas along menjawab. Matanya
berkalih pada aku sambil tersenyum penuh makna. Kening lebatnya diangkat-angkat
seolah-olah mengejek aku.
“Mm..along memang dah tau tapi ayah kena bagi tau pada semua
juga malam ni. Yang pertama, ayah dah dapat panggilan dari Lembaga Tabung Haji
yang mengatakan ayah dan emak layak ke mekkah tahun ni.” Ayah tenang bersuara.
Tapi aku dah rasa hilang tenang. Mata dan mulut aku dah melopong. Kalau lalat
buat rondaan dah tentu berekor-ekor masuk.
“Wah..tahniah
ayah, mak.!” Ucap angah teruja. Ayah dan emak aku tengok makin berseri-seri
tersenyum lebar.
“Dan yang kedua, majlis nikah Atee pun akan segera
dijalankan dalam tahun ni jugak sebulan sebelum ayah dan emak berangkat.”
Sambung ayah lagi.
Aku dah rasa berpeluh. Muka aku terasa panas. Bila tengok
Arie tersenyum-senyum aku jadi geram. Seronok sangat kot aku bakal jadi bini
orang? Bolehlah dia berkepit dengan Sarah dia pulak lepas ni.!
“Kenapa ayah tak cakap awal-awal?” Aku merungut sambil buat
muka.
“Saja ayah nak buat Atee terkejut. Mula-mula ayah tekejut
jugak. Tak sangka rezeki ayah secepat ni. Bila ayah tanya along, dia pun
bagitahu perkara yang sama. Lagipun tunang Atee pun dah ayah maklumkan. Dia pun
dah balik cuti. Atee jangan risau. Semua ayah dan emak dah uruskan. Seminggu
lepas raya, Atee dan Syed ayah akan nikahkan. Barulah ayah rasa tenang nak
pergi.”
Aku mengeluh kasar. Aku dapat rasa. inilah raya terakhir aku
bergelar anak mak dan ayah. Lepas ni dah tentu aku kena ikut suami aku. Wa..! sedihnya kena berhenti kerja... ‘Mak..orang
takmau kawin..!’
“Habis tu, macam mana..?” Aku tanya pinta kepastian.
“Macam mana lagi..macam tulah..!” Jawab ayah lalu ketawa
berdekah-dekah. Yang lain turut tumpang sekaki. Kakak-kakak ipar dengan anak
saudara aku yang berumur empat lima dan tiga tahun tu pun sama-sama ketawakan
aku.
“Kenapa pulak? Dulu janji lain, sekarang dah lain! Dulu kata
nikah selepas balik mekah, sekarang kena nikah dulu pulak..!” Sudah panjang
muncung aku.
“Tee.. ajal maut tu di tangan tuhan. Mak takut tak sempat
tengok anak perempuan mak kawin.. Manalah tahu entah-entah mak dengan ayah
habis dekat sana ja. Dah mati
kempunan mak dekat sana. Atee tu sajalah anak perempuan yang mak dengan ayah
ada. Boleh la sayang..!”
Tu dia..! mak aku dah start
dah...! Aku sebak. Betul tak cakap aku? Mak aku ni memang pakar memujuk. Bila
difikir-fikirkan, betul jugak apa yang mak cakapkan. Akhirnya aku setuju kalau
itu sudah cukup buat orang tua aku bahagia dan tenang sebelum berangkat pergi.
Aku tengok muka Arie.
Dia tenang saja dengar berita tu. Yelah..apa yang nak dihairankan. Diakan dah
ada Sarah. Dah tentu dia tak hairan kalau aku akan berkahwin dengan tunang aku
tu. Aku tunduk teruskan suapan. Dah tak sanggup tengok muka dia. Nanti aku
menangis. Sedih sangat. Rupanya selama ni dia tak pernah sayangkan aku.
“KAK ATEE..! Abang Arie dah nak
balik ni..!” Laung adik aku dari bawah rumah.
Aku tengok jam dah hampir pukul sebelas malam. Lepas berbuka
puasa hinggalah selesai solat teraweh di masjid, aku langsung tak bercakap
dengan dia. Bukan tak berpeluang, cuma aku sengaja mengelak. Terlalu banyak
yang terlintas dalam fikiran aku sekarang. Dari peristiwa di Kinta City,
seterusnya peristiwa aku bertekak dengan Ayie, bersambung pula dengan kejadian
di kedai emas tadi. Bila dah sampai kampung aku dapat pula berita tentang
majlis pernikahan aku harus dicepatkan. Bertambah-tambahlah kusutnya fikiran
aku sekarang. Macam-macam yang aku rasa masa ni, geram, marah, bengang, sakit
hati, cemburu.. Aku rasa nak menjerit sekuat hati biar lapang sikit. Tapi kalau
aku jerit, nanti dia orang kata aku gila pulak.
“Cepat Atee..dah lewat ni..!” Jerit ayah pulak.
Aku serba salah nak keluar dari bilik. Tapi bila dengar volume ayah dah lain macam, aku gagahkan
juga kaki aku melangkah keluar. Aku nampak Arie sedang berdiri di tepi pintu
keretanya sambil memeluk tubuh.
“Sejuk ke..?” Aku tanya perlahan sambil berdiri di
sebelahnya lalu bersandar di keretanya. Dia mengangguk sambil tersenyum. Aku
melangkah naik semula ke atas rumah lalu sehelai sweter tebal yang selalu aku gunakan aku ambil dan serahkan pada
dia.
“Awak pakai ni.” Aku hulurkan sweter tu pada dia. Dia tak ambil, cuma tengok saja. Akhirnya aku
pakaikan ke tubuhnya.
“Sayang jugak awak dekat saya ye..?” Arie cakap seakan
berbisik.
“Awak saja yang tak tahu..!” Aku balas dengan nada sindir.
Dia tersenyum apabila sweter siap
kemas di badannya. Selepas aku zipkan sweter
tu, aku kembali bersandar di pintu kereta sambil menguis-ngius tanah dengan
hujung selipar yang aku pakai. Aku diam tak tahu nak cakap apa.
“Awak.. saya balik dulu. Nanti dah sampai, saya call awak.”
“Okey. Drive
hati-hati ye..dah malam sangat ni..! Ikutkan hati, orang taknak bagi awak balik
malam ni. Tapi orang sedar, mesti banyak yang perlu awak buat dekat rumah awak.
Baliklah! Kasihan umi awak kena buat semua kerja rumah sorang-sorang.”
“Selamat pengantin Baru..!” Ucap Arie perlahan sambil
mendekatkan mulutnya ke telinga aku. Aku tergamam. Aku pandang muka dia.
Serius. Serta merta air mata aku gugur laju.
“Saya nak jadi orang pertama yang ucapkan kata-kata tu. Saya
nak awak tahu yang saya memang sayangkan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati
saya. Takkan ada insan lain yang mampu berada dalam hati awak selain saya.”
Kata Arie perlahan. Air mata di pipi aku di kesat lembut. Aku hilang kata-kata.
Hanya esakan yang kedengaran. Aku tarik nafas dalam menghilangkan sebak.
“Yakin pada saya. Semua akan kembali sediakala. Hati saya
untuk awak dan hati awak saya punya.!” Arie berbicara lagi.
Aku seakan terbuai dengan kata-katanya hingga lupa sejenak
yang aku bakal menjadi isteri kepada orang yang tak pernah aku kenal. Bila aku
sedar, Arie sudah berada dalam kereta dan sedang menghidupkan enjin keretanya.
“Assalamualaikum..!” Ucap Arie lalu bergerak perlahan
tinggalkan aku di situ.
“Waalaikummussalam..!” Aku jawab perlahan dalam separuh
sedar.
1 comment:
ehh ehh..suspen lak cite ni..enth² arie..ayie..and encik tunang tu orng yng sma ka??hahhaha..btw truskan yng terbaik..>.<
Post a Comment