PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 17 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

17
LEPAS raya aku kembali sibuk untuk uruskan majlis pernikahan aku yang bakal berlangsung tiga hari lagi. Hari ni Fiza akan bergelar isteri orang. Tak sangka nasib aku sama macam dia. Dalam taknak-taknak, aku kena jugak.! Semalam aku call Fiza. Mengekek-ngekek dia ketawakan aku selepas aku ceritakan tentang pernikahan aku pada dia. Dia siap buat cadangan lagi untuk berbesan. Ciss.! Tak boleh pakai punya kawan. Bukan mengurangkan kekusutan, menambahkan lagi, adalah..! Aku sedih sebab tak dapat turut serta dalam majlis pernikahan dia sebab aku pun sibuk nak uruskan majlis aku.

   Menurut emak, nikah tu yang penting. Jadi sepanjang dia dia sana, dia akan rasa tenang dan selamat jika aku pun dah selamat dinikahkan sebab dah ada yang menjaga. Ye ke laki aku nak jaga aku.? Lepas majlis nikah, aku ada masa lagi empat bulan sebelum majlis persandingan. Maknanya aku akan kerja macam biasa dalam tempoh tu. Tapi..takkanlah dia nak duduk sekali dalam rumah sewa aku tu..? Kadang-kadang tak logik betul alasan emak aku tu. Aku tahulah..aku ni satu-satunya anak perempuan dia. Nak harapkan pada abang-abang aku, memang taklah.. Adik-adik aku? Hm..diri mereka sendiri pun emak yang uruskan. Menurut emak dua orang adik aku tu dah berhenti sekolah tingkatan enam atas sebab mereka dah terima tawaran ke UM. Dua-dua ambil jurusan yang sama iaitu jurusan undang-undang.  Nak jadi peguam rupanya adik-adik aku ni. Hm..senanglah aku esok kalau aku buat salah. Dah tentu ada peguam yang nak bela aku.

   Ayah dah janji nak buat besar-besaran majlis persandingan aku nanti. Alasannya sebab aku anak
perempuan satu-satunya yang dia ada. Katanya rugi kalau tak buat besar-besaran sebab katanya anaknya yang ni lain dari yang lain. Apa yang lainnya , aku sendiri tak tahu. Malas nak tanya, takut nanti jawapan yang keluar, menyakitkan hati. Bukan boleh percaya sangat dengan sikap ayah aku tu. Dulu teringin nak jadi loyar kot..sebab tu sekarang hanya mampu jadi loyar buruk je.. 

   Selepas makan malam aku duduk termenung atas beranda sambil menopang dagu. Sesekali aku mengeluh kasar. Aku runsing sebenarnya. Kata-kata Arie tiga hari sebelum raya masih terngiang-ngiang di telinga aku. Dia seakan-akan sedang memberi seribu harapan pada aku sedangkan cuma tinggal berapa hari saja lagi aku akan bergelar isteri kepada Syed Hassan. Selepas Arie pulang tempoh hari, dia langsung tak hubungi aku. Hari raya hari tu pun dia masih menyepi. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kata-kata harapannya itu. Aku pening bila memikirkan.

“Tak baik anak dara mengeluh macam tu..!” Tegur ayah dari belakang.

 Aku pusing mengadap ayah yang sedang melabuhkan punggungnya di anak tangga rendah yang
menghubungkan lantai beranda dengan lantai rumah. Aku terus dapatkan ayah lalu duduk di sebelahnya. Tangan ayah aku peluk erat dan kepala aku lentokkan di bahunya. Rasa tenang sikit bila bahu sasa ayah aku jadikan tempat mengalas kepala aku yang tengah berdenyut sakit.

“Kenapa ni.. Macam tak seronok saja nak jadi isteri orang.?” Tanya ayah perlahan.

“Betul ke apa yang orang buat ni, ayah? Sebenarnya orang masih sayangkan Arie. Orang tak sanggup berpisah dengan dia. Semakin hari semakin kuat perasaan sayang orang dekat dia.” Luah aku pada ayah. Aku tahu ayah tahu tentang aku dan Arie cuma aku tak pernah mengaku. Kali ni biarlah ayah dengar sendiri dari mulut aku yang aku benar-benar sayangkan Arie.

“Habis. Syed macam mana? Takkan Atee nak mintak putus kot..!” Ayah tanya lagi.

Aku tersentak dengan pertanyaan ayah. Tak pernah sekali pun terdetik dalam fikiran aku untuk memutuskan pertunangan dengan tunang aku tu. Walaupun aku belum bersua muka malah belum sekali pernah berbicara, aku masih hormatkan hubungan yang terikat ini.

“Ish.! Ayah ni..! orang bukan sekejam tu. Orang terima dia sebab dia sudi terima orang yang serba kekurangan ni. Orang pun ada perasaan. Takkan orang nak hampakan harapan ayah dan emak pulak. Lagipun kan tinggal berapa hari saja lagi.!” Ayah tersenyum lega.

“Atee tak cuba istikharah?”

“Dah. Tapi masih petunjuknya macam samar-samar..”

“Atee..! ayah bukan nak halang Atee kawan dengan Arie. Cuma ayah tak mahu Atee terlalu ikut perasaan.”

“Ayah! Bukan masalah berkawan atau tidak. Orang kenal Arie dah lama. Sebab tu orang tak boleh lupakan dia. Ayah jangan risaulah..lagipun dia pun dah nak kawin.” Aku jawab perlahan. Ayah pulak ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Kepala aku diusap lembut.

“Atee..Atee..! Memang ayah tak risau fasal Arie tu. Ayah suka Arie. Ayah suka kalau dia jadi suami Atee. Tapi sekarang ni cuba Atee bukakan sedikit ruang untuk kenal dengan bakal suami Atee tu. Ayah yakin, bila Atee dah kenal, ayah yakin Atee akan jatuh hati pada dia.. Ayah yakin cinta Atee pada Syed akan lebih berganda-ganda kalau dah tau siapa dia.”

 Aku mencebik dengar komen ayah.

“Macam mana orang nak kenal dia, kalau dia sendiri tak pernah hubungi Atee.”

“Kalau dia call, Atee nak cakap dengan dia?”

Aku terdiam dengar soalan ayah. Kalau diikutkan, memang aku belum bersedia nak berdepan walaupun bercakap dengan bakal suami aku tu. Tapi bila memikirkan cuma tinggal berapa hari saja lagi aku akan jadi isteri dia, aku harus redha dan harus bersedia dari sekarang.

“Apa yang ayah pandang pada tunang orang tu, sampai ayah puji melangit macam ni. Hebat sangat ke dia? Antara dia dengan Arie, ayah rasa siapa yang paling layak untuk orang?” Aku tanya ayah. Ayah terdiam sejenak. Mungkin sedang berfikir ayat yang paling baik untuk aku dengar.

“Bagi ayah antara Arie dan Syed tak ada beza walau sezarah pun. Pada pendapat ayah, mereka adalah sama. Sama-sama layak untuk Atee. Syed dan Arie bukanlah lelaki yang hebat cuma ada sesuatu pada diri mereka yang tak dapat ayah jelaskan. Mereka lelaki dan ayah lelaki. Sebab itu ayah boleh faham mereka. Dan sebab tu jugalah ayah tak halang Atee berkawan dengan Arie walaupun sedar Atee dah bertunang dengan Syed. Ayah yakin dengan Arie. Dia takkan buat sesuatu yang memalukan keluarganya atau keluarga kita. Dia tahu batas-batas pergaulan. Ayah memang percayakan dia. Samalah macam ayah percayakan Syed.”

   Berkerut-kerut muka aku memikirkan pendapat ayah. Rasa macam tak percaya pulak. Kalau ayah yakin dengan Arie mungkin sebab Arie selalu datang rumah tapi macam mana pulak ayah boleh yakin dengan Syed. Sedangkan Syed baru sekali datang jumpa ayah. Aku betul-betul tak faham dengan sikap ayah.
“Ayah terima dia sebab ayah rasa dia layak untuk anak ayah yang degil ni.” Kata ayah lagi sambil mencubit pipi aku.

“Apa yang ayah nampak, dia tenang dalam apa jua keadaan, berbudi bahasa dan hormat orang tua. Cuba Atee tengok pertuturan keluarga dia masa hari Atee bertunang hari tu. Nampak tertib sangat. Sebab tu dia mudah mesra dengan keluarga kita.”

“Dia selalu datang sini ke ayah.?” Aku tanya sebab ada rasa pelik dalam ayat yang ayah tuturkan.
“Tak selalu..!”

“Habis. Tadi ayah kata dia mudah mesra dengan keluarga kita..?”

“Dia selalu telefon ayah dengan mak. Tanya hal Atee. Apa yang Atee suka dan tak suka.. Sebab tu ayah kata dia dan Arie sama. Ayah tahu kamu kecewa bila dapat tau Arie dah bertunang. Tapi kamu kena tahu, itu bukan kehendak dia. Tu semua dah dirancang oleh atuknya sendiri.”

Aku tersentak. Mulut aku ternganga sedikit. Betul ke apa yang ayah aku ceritakan ni.? Kenapa aku langsung tak tahu tentang ni.? Bila mengingatkan balik apa yang Sarah cakapkan pada aku dulu, aku rasa ada benarnya jugak.

“Mana ayah tahu semua ni?  Orang tak tahu apa-apa pun.!”

“Dia yang cerita sendiri dengan ayah masa mula-mula datang sini dulu. Mula-mula ayah rasa tak selesa sebab tulah bila Syed datang, ayah terus terima Syed. Ayah tak mahu kamu rasa tertekan dengan status Arie bila dah tau dia tu tunang orang.”  Jelas ayah lagi.

 Makin lama aku dengar penjelasan ayah, makin pening kepala aku berfikir. Bila aku nak tanya lagi soalan pada ayah, dia dah bangun lalu pergi dari situ. Dah malas agaknya menjawab soalan aku ni.

   Sebenarnya aku nak tanya, antara Arie dan Syed siapa paling encem dan paling macho. Kalau ayah aku cakap tunang aku lagi encem, pasti aku senyum sampai ke telinga. Sebabnya , bolehlah aku tayang pada Arie nanti betapa kacaknya suami aku kalau nak dibandingkan dengan dia. Biar dia tahu aku pun mampu dapat yang lebih baik dari dia.


  SELESAI istikharah, aku termenung atas katil. Mata aku sukar sekali nak lelap walaupun jam dah tepat ke angka dua pagi. Esok pasti aku terkejar-kejar nak siapkan apa-apa yang patut mengenai majlis pernikahan aku nanti. Kata-kata ayah tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Tiba-tiba lamunanku terhenti dek diganggu oleh deringan bunyi telefon bimbit aku. Nampak macam nombor telefon rumah. Aku jawab salam setelah orang disana memberi salam. Arie? Apahal telefon aku pagi-pagi buta ni. Dah macam tak boleh tunggu esok pulak.!

“Atee..abang ni..!”

Aku dah terkejut beruk. Abang manalah pulak ni..? Setahu aku, cuma along dan angah saja abang yang aku ada. Ni abang sesat mana pulak? Tergaru-garu aku dibuatnya. Paling buat aku terkejut bila mendengar suara si pemanggil.  Tiba-tiba aku teringatkan tunang aku. Masyaallah..macam mana aku boleh lupa yang aku dah bertunang..! Kepala aku ketuk berkali-kali. Gelabah beb..!

“Atee kan?”

Dia tanya untuk kepastian. Aku dah rasa sesak nafas dengar suara dia. Romantik giler.! Tegak bulu roma aku.

Ye-ye..saya. Sorylah..saya tak perasan tadi. Ada apa ye?” Aku dah tergagap-gagap nak menjawab. Sebenarnya aku terkejut sebab suara dia sebijik lembut romantik macam suara Arie. Nasib baik tak sebut nama Arie tadi. Kalau tak, dah sah-sah dia cop aku curang.

“Saja nak berbual, nak dengar suara, nak tanya khabar.. Atee sihat?”

Mm..sihat walafiat.. orang kat sana sihat ke?” Aku tanya balik. Sebenarnya aku tak tau nak tanya apa. Jadi aku ciplak sajalah ayat dia.

“Abang sihat. Kenapa lewat tidur. Nanti hilang seri pengantin” Aku tersengeh malu bila perkataan pengantin kedengaran. Perkataan abang tu lagi buat aku geli telinga.

Mm..baru lepas solat. Mata tak boleh nak lelap lagi. Yang orang kat sana tu kenapa tak tidur lagi?"

"Samalah, baru lepas solat. Memang dah nak tidur tadi, tapi tadi ayah telefon, dia kata Atee sudi nak berbual dengan abang. Sebenarnya abang nak mintak maaf sebab baru sekarang berpeluang dengar suara Atee. Yang sebenarnya abang takut Atee belum sedia nak cakap dengan abang walaupun dah lama abang nak berbual dengan Atee”

 “Saya minta maaf. Bukan tak sudi cuma belum bersedia. Awak jangan marah ye?” Aku malu sebenarnya.. Gatal! hihihi...

“Cik Atee sayang! Tinggal tiga hari saja lagi kita akan bergelar suami isteri. Takkan  nak guna gelaran saya awak..?”

Aku terkedu dengan balasan Syed.

“Habis tu. Saya nak sebut apa?”

“Panggillah abang ke..sayang ke..!”

Ada suara ketawa nakal di hujung talian. Aku mengetap bibir geram. Amboi-amboi..amboi dan amboiii..!

“Perlu ke?” Aku tanya lagi. Sebenarnya aku tahu semua tu, cuma saja buat-buat tanya. Dalam novel yang aku baca, babak macam nilah yang buat aku tersenyum sendiri. Tak sangka aku turut merasa situasi macam tu. Hm..nampaknya impian aku hampir jadi kenyataan. Tak sia-sia aku berangan.

“Memang perlu. Abang tak kira. Start malam ni Atee kena panggil abang dan abang akan panggil Atee dengan gelaran sayang.”

“Opts! Sory sory sory..! Atee akan panggil abang tapi Atee tak suka abang panggil sayang dekat Atee” Cepat-cepat aku bersuara.

“Kenapa? Tak suka?”

“Memang tak suka.! Gelilah. Lagipun belum tentu abang akan sayang Atee sebab kita bukan pernah jumpa. Abang pun tak tahu macam mana rupa Atee yang sebenar.” Balas aku tegas. Dia pulak boleh saja ketawakan aku.

Okey..abang tak panggil sayang tapi Atee kena tahu yang abang memang dah jatuh sayang sejak pertama kali tengok Atee. Abang dah pernah tengok gambar Atee dekat kampung hari tu.. Ayah yang kasi. Tapi Atee tak pernah tengok abang, macam mana Atee boleh terima abang.?”

“Emak kata abang hendsome, sebab tu Atee tak kisah. Atee percayakan emak dan ayah. Kalau dia orang kata bagus untuk Atee, Atee ikut je..!” Aku jauhkan sedikit cik samsung aku dari telinga bila dengar dia ketawa besar. Bangga lah tu orang kata dia handsome.

“Kalau dia orang kata tak hendsome, Atee tak mau la.. macam tu?”

 “Sebelum terima siapa-siapa yang datang, Atee dah jelaskan ciri-ciri suami Atee pada emak dan ayah. Kalau tak hendsome tak mungkin emak dan ayah Atee terima.”

“O..jadi Atee nak yang hendsome jelah?”

“Memang! Kalau tak hendsome, Atee tak ada selera pulak nak tengok. Atee kena berterus terang sebab Atee tak suka berselindung. Atee juga pandang pada harta. Bukan kerana untuk kesenangan diri sendiri, tapi juga untuk anak-anak Atee nanti. Lagi satu Atee nak yang berpelajaran dan ada taraf pendidikan yang tinggi. Ini juga penting untuk baka-baka anak Atee nanti. Dah lah Atee ni cuma tahap SPM je. Kalau dapat suami yang taraf macam Atee, macam mana Atee nak pastikan anak- anak Atee nanti dapat masuk U.”

  Terbahak-bahak aku dengar tunang aku ketawa. Grr..

“Gelaklah puas-puas. Apa yang Atee cakap ni adalah berdasarkan pada isi hati Atee yang sebenarnya. Terus terang Atee cakap yang Atee benar-benar maksudkan apa yang Atee cakap tadi. Terpulanglah pada abang nak menilai macam mana Atee ni yang sebenarnya.” Aku dah rasa emo semacam. Tapi aku kena sabar.

“Atee sayang..! kenapa ni.? Macam marah saja? Sorry..bukan abang sengaja nak ketawakan Atee, cuma abang tak sangka Atee dah merancang jauh sebelum pergi ke alam rumahtangga. Abang bangga sebab dapat Atee yang pandai merancang. Sebenarnya abang pun tak pernah fikir hal tu. Dan yang sebenarnya ayah dan mak dah ceritakan semuanya pada abang apa yang Atee cakap tadi. Sebab tu abang nekad untuk teruskan hubungan ni walau apa pun yang jadi.” Jelas tunang aku panjang lebar. Aku megeluh lega. Tak perlulah lagi aku jelaskan secara terperinci lagi. Rasanya semua sudah selesai. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku harus tanya dia untuk kepastian.

“Atee nak berapa orang anak.?”

Aku ketap bibir dengar dia tanya macam tu. Sebenarnya bab tu aku tak pernah berangan pun.

“Kalau tak cakap hal ni, boleh tak.? Atee belum bersedia nak ada anak.”

Apalah yang dia anggap kalau dia tahu aku tak suka budak-budak.

Ok. Abang faham.”

“Atee nak tanya sesuatu. Abang ke yang masukkan duit dalam akaun Atee?”

“Kenapa baru sekarang tanya?”

“Sebab baru sekarang berpeluang.” Dia ketawa bila aku jawab macam tu.

Okey..abang mengaku abang yang masukkan. Sebenarnya abang masukkan untuk belanja raya. Tak sangka pulak orang tu dapat duit kutu bulan tu. Tapi abang memang niat nak bagi pada Atee. Kenapa? Tak sudi?”

Aku tersenyum sambil menggigit hujung bibir.

“Bukan tak sudi. Cuma Atee rasa belum masanya lagi Atee terima duit abang. Lagipun Atee berkerja. Atee masih mampu sara hidup Atee sekeluarga.”

 “Anggap sajalah hadiah dari abang. Ha..lagi satu, duit hantaran pun abang dah masukkan dalam akaun Atee. Tinggal duit mas kawin saja lagi yang abang tak kasi. Yang tu abang akan bagi sendiri ke tangan Atee pada hari kita nikah nanti.”

“Duit hantaran?” Aku tanya perlahan. Tiba-tiba aku teringatkan tentang sebahagian wang hantaran yang ayah aku serahkan pada aku selepas majlis pertunangan aku dulu. Aku berjalan perlahan ke arah almari baju aku lalu aku keluarkan sebuah album setebal kamus dewan bahasa. Sebenarnya aku tak pernah pun buka album ni atau tanya fasal wang hantaran pada ayah. Mungkin masa tu aku terlalu banyak fikirkan tentang Arie. Perlahan-lahan aku buka dan aku terkejut bila terdapat catitan di situ yang mengatakan jumlah sebenar wang di dalam album itu adalah sepuluh ribu.

“Majlis kita kan dah dekat. Jadi abang tak mahu berhutang sebelum majlis kita berlangsung. Memanglah majlis sanding lambat lagi.”

“Hari tu abang kasi sepuluh k, kali ni abang masuk berapa pulak.?” Aku tanya sebab aku rasa macam tak patut dia masukkan lagi. Ayah aku ni nak kawinkan anak ke atau nak jual anak? Aku ni tahap minah kilang saja, mana layak dapat hantaran macam ni. Macamlah aku ni anak datuk-datuk kaya..

“Lima ribu.”

What.!!?”  Cewah! Aku terkejut versi omputih..!Aku memang terkejut. Nasib baik tak keluar versi jerman. Hampir melompat aku terjun dari katil.

“Atee! Kenapa ni? Tak cukup ke?” Tanya Syed terkejut. Agaknya sebab suara aku kuat sangat kot..

Eh..sory bang..sory..! Bukan tak cukup. Tapi terlebih cukup. Abang! Atee malu tau terima hantaran banyak macam ni. Atee tak sangka ayah letak mahal macam ni. Kalau Atee tahu dah lama  Atee bangkang habis-habisan.” Aku bersuara dengan nada kesal. Memanglah sepatutnya aku senyum kembang setaman, tapi aku rasa tak patut ayah aku letakkan sebanyak itu. Salah aku jugak sebab tak letak harga awal-awal. Memanglah aku ni mata duitan, tapi aku tak sukalah kalau hantaran kawin aku setaraf anak-anak orang hight class.

Eh! Atee jangan salahkan ayah pulak. Ayah tak salah. Sebenarnya ayah cuma letakkan empat ribu sembilan ratus satu saja, mengikut tarikh lahir Atee iaitu 19 hb 4. Tapi umi abang yang bertegas mahu bagi lima belas ribu dan empat ribu sembilan ratus satu tu dijadikan sebagai mas kawin kita.”

Aku semakin tergamam dengar penjelasan tunang aku. Sedikit-sedikit rasa serba salah beransur hilang. Rasa bersalah pulak sebab tuduh ayah yang bukan-bukan.

“Ye ke..? Tapi Atee rasa tak layak lah terima banyak tu. Atee ni biasa-biasa saja. Bukan ada pendidikan tinggi pun. Belajar pun setakat SPM je..! Atee malu.. Nanti orang kampung kata ayah jual anak pulak. Tambah-tambah lagi Atee ni anak perempuan sorang. Atee tak mahu orang kata Atee ni anak manja.”

“Tapi abang tak pandang pun semua tu. Yang abang pentingkan ialah hati mau jujur dan ikhlas. Lagipun umi yang nak buat macam tu. Dia seronok sangat sebab Atee menjadi pilihan abang.”

Aku tersentak. Aku rasa bersalah tiba-tiba. Jujurkah aku dalam hubungan ini. Ikhlaskah aku menerima dia dalam hidup aku. Ditambah pulak dengan layanan baik keluarga dia.

“Abang yakin Atee ni jujur dan ikhlas terima abang?”

“Abang ni manusia biasa saja. Sama macam orang-orang lain yang punya keinginan untuk berpasangan. Pertama kali abang tengok Atee, hati abang tercuit-cuit untuk mengenali hati Atee dengan dekat. Abang tahu mungkin cara abang melamar Atee seperti mendesak dan memaksa. Dan abang tahu Atee memaksa diri untuk terima abang demi rasa hormat, sayang dan sifat lemah pada pujuk rayu emak dan ayah Atee. Abang tak kisah kalau Atee tak ikhlas terima abang. Tapi abang yakin, suatu hari nanti bila kita dah bersatu hati, Atee akan ikhlas dan jujur pada abang.”

Aduhai hati..! Sayunya rasa dihati bila dengar dia cakap macam tu. Aku serba salah. Kedengaran dia seperti lelaki-lelaki idaman aku yang penuh dengan rasa romantik giler. Tak sabar-sabar pulak aku nak kawin. Mak..! aku nak kawin cepat..!

“Abang terlalu mengharap pada suatu yang tak pasti.”

“Kenapa? Atee dah ada yang lain?” Dia tanya aku. Aku rasa inilah masa yang terbaik untuk aku berterus terang. Aku tak mahu isu ini timbul selepas aku dan dia bergelar suami isteri. Aku redha andai dia tidak dapat terima, kerana aku faham. Mana ada orang mahu terima jika tahu orang yang disayang tidak jujur dan ikhlas. Samalah seperti aku yang tidak dapat terima tentang apa yang Arie lakukan pada aku. Walaupun aku dah tahu cerita sebenar dari ayah tadi, aku tetap rasa kecewa. Sepatutnya dia ceritakan awal-awal pada aku.

“Kalau Atee kata ada, abang marah tak.?”

“Marah.”

Aku terkedu. Jawapannya tanpa ragu-ragu.

“Tapi kalau Atee kata Atee ikhlas terima abang, abang percaya tak.?”

“Tak”

 Aku gigit bibir bawah menahan rasa bersalah.

“Kalau Atee kata Atee dah tak ada apa perasaan pada dia, abang percaya tak?”

“Tak.”

“Habis, macam mana Atee nak bagi abang percaya pada Atee kalau abang masih was-was dengan Atee!”

“Lupakan dia”

“Atee akan cuba lupakan dia. Tapi tolong bagi Atee masa. Dan bantuan dari abang amat Atee perlukan untuk Atee lupakan dia.” Aku berterus terang. Kedengaran satu keluhan panjang di hujung talian.

“Istimewa sangat ke dia tu?”

“Terlalu istimewa. Dialah teman, dialah sahabat, dialah musuh, dialah lawan. Dia tempat Atee mengadu kisah duka dan kisah gembira. Dia segala-galanya dalam hidup Atee. Tapi Atee kecewa dengan sikap dia. Dia dah ada yang lebih istimewa dari Atee. Atee redha dan Atee terima kerana memang sudah tertulis dia bukan milik Atee. Atee mengaku Atee masih sayangkan dia, masih harapkan dia. Atee tak sangka dia sanggup kecewakan Atee.” Aku sebak dan aku menangis sambil bercerita. Aku luahkan dan aku ceritakan semuanya tanpa ada satu pun yang tertinggal. Aku mahu bersikap jujur sebelum bergelar isteri pada Syed Hassan.

“Abang mintak maaf kerana terlalu mendesak. Abang tak patut buat Atee macam ni.”

“Abang tak salah. Atee yang salah sebab terlalu mengharap. Tak apalah abang, dah memang nasib Atee macam ni. Atee harap selepas ni abang jangan ungkit lagi kisah dia dan Atee lagi. Abang terima Atee tak?”

“Dah tentu abang terima, sayang! Tapi abang nak tau, adakah Atee masih harapkan dia?”

“Kalau dulu secara jujurnya, memang Atee masih harapkan dia. Tapi sekarang Atee dah ada abang. Buat apa Atee nak harapkan dia lagi.”

“Kalau dia datang merayu nakkan Atee semula?”

“Apa yang Atee boleh buat, melainkan suruh dia balik jelah..!” Ujarku lalu ketawa kecil. Dihujung talian kedengaran dia juga turut ketawa.

“Kalau mak dengan ayah tak suruh Atee bertunang dengan abang, adakah sampai sekarang Atee akan harapkan dia?”

Yup.! Selamanya Atee akan tunggu dia. Dulu, sekarang dan sampai bila-bila.. Tak jumpa di dunia, Atee harap jumpa dia di syurga. Tapi abang jangan risau, Atee sekarang dah nak jadi bini orang, tak patutlah kalau Atee masih harapkan dia lagi.. betul tak.? Dah sah-sah peneman Atee di syurga nanti adalah abang..!”

“Ye..abang faham.. Tapi kalau abang yang berada di tempat dia, Atee nak terima abang tak?”

“Kenapa? Abang dah ada yang lain jugak ke?” Aku terus tanya sebab aku tiba-tiba jadi gelisah. Kalau betul dia dah ada yang lain, malam ni jugak aku mintak cerai.

“Kalau abang kata ada, macam mana?”

Dia balik tanya aku.

“Malam ni jugak Atee bagi balik duit yag abang masukkan sekali dengan duit hantaran sepuluh ribu tu.” Aku dah tak ada selindung-selindung lagi. Baik sound diret. Puas hati.

Eh, janganlah.. Abang gurau saja tadi! Cemburu jugak Atee ni ye..?”

 Dia dah pandai mengusik. Aku tahan tawa agar tidak terburai. Malu aku kalau dia tahu aku dah termalu sendiri.

“Abang. Atee dah mengantuklah. Kita sembang lain kali jelah ye..?”

“Pandai nak mengelak.!”

 Aku ketawa mengekek.

“Oklah. Kalau diikutkan, umi tak kasi abang call Atee malam ni. Katanya hilang seri. Dia kata lepas nikah baru boleh sembang puas-puas. Tapi abang tetap nak jugak sebab abang tak pernah cakap lagi dengan Atee. Nasib baik umi kasi, itupun dia kata boleh sekejap saja”

“Ye ke sekejap? Rasanya kita bersembang dah dekat sejam. Rasa macam nak terbakar telinga Atee ni, tau tak.!” Sekali lagi dia ketawa berdekeh-dekeh.

Oklah, abang cau dulu. Mata abang pun dah rasa berat semacam.”

Okey..assalamualaikum.”

“Walaikummussalam..! mimpi yang indah-indah.. Ingat abang.. I love you!” Aku terkedu tak tau nak jawab apa.

Mm..ok.!” Tu saja yang aku mampu kata. Aku terus matikan talian. Aku duduk termenung atas katil. Album yag berisi wang hantaran, aku pandang sepi. Lalu aku bangun ke arah almari pakaian aku dan album tadi aku simpan. Barang-barang hantaran yang masih digubah cantik pemberian tunang aku dulu, aku keluarkan satu persatu. Aku belek setiap satu. Salah satu yang buat jantung aku berdegup kencang ialah sepasang selipar jepun berwarna pink. Memang cantik gubahannya. Sama cantik dengan gubahan yang emak buat. Bezanya cuma warna sahaja. Aku keluarkan selipar itu dari kotak plastik yang berwarna biru itu. Aku cuba pakai. Memang sesuai dengan kaki aku. Tiba-tiba aku sebak. Aku rasa berdosa sangat. Entah kenapa sewaktu aku berbual dengan tunang aku tadi, aku seakan sedang berbual dengan Arie. Kan bagus kalau dia adalah Arie. Tentu bahagia hidup aku. 

No comments: