PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Wednesday, 17 December 2014

BAB 16 TERTULIS KAU MILIKKU

16
    SELEPAS beberapa bulan menanti akhirnya terjawab juga bila dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UKM. Walaupun turut mendapat peluang ke luar negara, dia terus menolak kerana baginya hujan emas di negara orang, lebih baik kalau berhujan batu di negara sendiri. Walaupun berkeinginan ke negara penuh metropolitan itu, Huda pendamkan dulu kerana satu hari nanti akan kesana juga untuk meneruskan cita-citanya. Buat masa sekarang, biarlah dirasa dulu belajar di negara sendiri.

     Semalam adalah hari terakhirnya menjadi warga kerja Madam Vanny. Sebak di dada melihat wajah murung Nur. Hadiah yang diberikan oleh Nur semalam segera diserahkan kepada Puan Rohayu. Sepasang kain sutera biru terlekat batu-batu kristal yang kecil di permukaan kain itu benar-benar buat Huda menghargai pemberian Nur. Niatnya untuk memakai baju itu semasa ke UKM nanti harus terlaksana. Puan Rohayu juga sudah berjanji akan siapkan segera yang mungkin.

     Begitu juga dengan Madam Vanny yang sudi memberi bonus sebagai tanda terima kasih kerana bekerja dengannya. Baginya bonus itu tak penting, yang paling penting ialah pengalaman yang dia dapat sepanjang bekerja di situ. Sampul putih yang berisi jumlah wang sebanyak lima ribu ringgit masih berada di atas meja kecinya di tepi katil, ditatap sepi. Masih terdengar kata-kata pujuk dari Madam Vanny walaupun berkali-kali menolak.

“Ambillah Huda, ini adalah sebagai tanda terima kasih saya pada awak kerana bekerja di sini. Sebelum ni saya tak pernah bagi bonus pada sesiapa yang bekerja dengan saya kecuali Nur. Bonus ni juga bukan dari saya sahaja, tapi dari Nur dan Dato. Dato berbesar hati dengan jasa awak dapat mengubah kembali Nurnya. Dato memang nak jumpa dengan awak hari ni tapi dia terpaksa bertolak ke Amterdams atas urusan kerja. Dia juga berpesan, jika ada apa-apa masalah, cepat-cepat bagi tahu dia, dia sudi menolong.”

     Huda mengeluh lemah, wajah Dato Zulkifli bermain di mata. Sudah dianggap Huda seperti anaknya dan sudi mengambil Huda menjadi anak angkatnya.Walaupun mengenali insan itu tidak lama, Huda yakin Nur akan lebih bahagia dengan perhatian Dato Zulkifli.

     Huda mengeluh lemah tika wajah Nur, Madam Vanny dan Dato Zulkifli beransur pergi. Akan dikenang insan-insan itu menjadi inspirasi hidupnya.

    Huda menjamah nasi di pinggannya begitu berselera sekali tengah hari itu. Dengan lauk ikan pekasam berserta ikan patin masak tempoyak sudah cukup membangkitkan seleranya. Tak cukup dengan itu dihirup pula kuah yang bersisa di pingan hungga licin.

“Kalau Faridz tengok ni, kompem tak jadi meminang!” Usik Encik Marzuki sambil ketawa kecil melihat Huda hanya menjeling manja.

“Huda dah sedia ke nak tinggalkan umi dengan abah dekat sini.?” Tanya Puan Rohayu sayu tiba-tiba.

“Lambat laun Huda kena pergi jugak.!” Balas Huda juga dengan nada sayu.

“Tak boleh ke Huda belajar dekat-dekat sini aje.? UKM tu jauh sangatlah.! Umi tak sanggup biar Huda pergi jauh- jauh. Sunyi umi duduk rumah ni kalau abah dengan Huzir keluar. Huda pergi lama pulak tu. Paling kurang pun tiga tahun.” Rungut Puan Rohayu sambil menuangkan segelas air kosong kepada suaminya yang sudah selesai makan.

“Cuti Huda balik lah.!” Balas Huda sambil tersenyum kelat. Dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu betapa sedihnya hati bila mahu meninggalkan insan-insan yang menyayanginya. Namun cita-cita dan impiannya harus diteruskan demi untuk orang-orang yang disayanginya juga.

“Biarlah dia pergi, sekurang-kurangnya dapat jugak dia merasa macam mana jauh dari keluarga. Lagi pun Kuala Lumpur tu bukan jauh sangat, tiga ke empat jam saja perjalanan, nanti kalau ada cuti kita pergilah melawat.!” Pujuk Encik Marzuki pada Puan Rohayu yang kelihatan resah.

“Masalahnya anak kita ni mana pernah pergi jauh dari kita bang.!” Bentak Puan Rohayu lemah.

     Encik Marzuki hanya tersenyum sambil menggeleng melihat telatah isterinya. Faham benar dengan kasih isterinya itu pada anak-anak, kalau boleh semua anak-anak perlu berada bawah ketiaknya.

“Sebab tak pernahlah saya nak bagi dia merasa hidup berdikari.!” Encik Marzuki masih dengan pendiriannya. 

“Senang sungguh abang cakap.! Anak kita tu perempuan bang oii! Saya risau kalau dia jatuh sakit atau ditimpa masalah berat. Kita dekat sini dah tentu tak tahu apa yang jadi. Tambah pulak anak dara kita ni bukan mahu bercerita.!”

     Huda mendiamkan diri sahaja mendengar perdebatan antara abah dan ibu tirinya itu. Tak tahu mana satu yang harus disokong, kalau difikir-fikir kedua-dua pendapat ada benarnya. Huda mula mengangkat punggungnya dari kerusi lalu menuju ke sink untuk membersihkan tangan. Deringan telefon memenuhi suasana rumah yang tiba-tiba sepi. Puan Rohayu segera melangkah ke ruang tamu untuk menjawab panggilan sementara Huda pula sibuk mengemaskan meja makan setelah  Encik Marzuki turut bangun menuju ke sofa untuk merehatkan perut yang kekenyangan.

“Huda.. ada panggilan ni!”

“Siapa mi..?” Huda mendapat jawapan dengan senyuman manis ibu tirinya lalu Puan Rohayu terus berlalu semula ke dapur. Huda sudah dapat mengagak siapa di talian. Lalu gagang telefon dirapatkan ke cuping telinganya.

“Assalamualaikum bang.!”

“Waalaikummussalam! Huda, abang nak mintak tolong sikit boleh.?”

“Tolong apa bang? macam serius je!”

“Taklah serius sangat, cuma nak mintak tolong tengok-tengokkan Fini. Abang dekat  KL ni. ada urusan sikit, tiba-tiba saja ayah angkat abang panggil balik. Ada masalah  dekat sini. Tolong ye! masa bertolak tadi, abang tengok dia macam tak sihat, tapi dia kata ok.” Terang Faridz panjang lebar.

     Huda terpaku sejenak mendengar cerita Faridz. Bermacam-macam yang keluar dari kotak fikirannya ketika itu. Sudah lama Faridz tidak menjenguk keluarga angkatnya, seperti ada sesuatu yang tak kena. ‘Aghh.. kenapa tiba-tiba aku jadi macam ni..?’ Bisik hati Huda sendiri. Entah kenapa semenjak bergelar pengerang jantung Faridz Hazmi, dia sudah pandai cemburu dan merajuk. Sudah terbayang-bayang di mata Huda yang Faridz sedang berbual mesra dengan Lisa walaupun wajah Lisa tidak diketahuinya bagaimana.

“Huda, dengar tak apa yang abang cakap ni.?” Sergah Faridz lembut.

     Lamunan Huda terhenti dengan sergahan Faridz.

“Baru sekarang nak cakap? Kenapa tak masa nak balik esok baru cakap?” Huda tiba-tiba beremosi.

“Huda, kenapa ni.? Tiba-tiba marahkan abang. Abang datang sini urusan kerja, tak lebih dari tu. Janganlah fikir yang bukan-bukan pulak!” Pujuk Faridz lembut.

“Fasal Fini jangan risaulah, nanti Huda ajak umi tengokkan dia. Kirim salam kat keluarga angkat abang tu. Okey, assalamualaikum.!” Balas Huda lalu terus mematikan talian.

     Nafasnya turun naik menahan rasa amarah. Baginya Faridz tidak jujur dengannya. Selama ini apa yang Faridz lakukan selalu dikhabarkan padanya dulu, namun bila tiba soal keluarga angkatnya, langsung tidak dikahabarkan terlebih awal, Huda terkilan. ‘Apakah aku yang terlebih mengada-ngada.?’ Tanya hatinya.


     FARIDZ tergamam dengan tindakan Huda tadi. Telefon bimbitnya direnung tanpa berkelip. Terfikir-fikir apa kesalahannya yang menyebabkan Huda berlaku sedemikan rupa. Dicuba mendail nombor telefon bimbit Huda, namun hampa kerana hanya suara voice mail yang kedengaran. Ingin menelefon kembali nombor telefon rumah namun rasa segan pulak. Tiba-tiba baru dia teringat tentang kata-katanya tadi tentang urusan dengan keluarga angkatnya. 

 “Aghh.. sudah pasti dia terfikirkan tentang Lisa.” Faridz cuba menduga. “Kenapa dia harus berfikir sampai ke situ.?” Bisik Faridz sendiri sambil meraup wajahnya. “Masalah jugak dapat kekasih kuat merajuk.” Kata Faridz sendiri.

    Walaupun adakala dia suka dengan sifat Huda begitu, adakalanya juga dia risau jika tidak dapat mengawal. Akhirnya  Faridz sekadar menghantar sms mengharapkan kekasih hatinya itu hilang rajuknya. Matanya masih terpaku di skrin telefon bimbitnya yang memaparkan wajah Huda sedang tersenyum manis sambil menanti balasan sms dari Huda.

     Ketukan di pintu biliknya menghentikan lamunannya. Lain yang dinanti lain pulak yang datang. Faridz mengeluh lemah.

“Papa mengganggu ke.?” Tanya Dato Basri.

“Taklah! Masuklah papa.” Balas Faridz sambil meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lalu mendapatkan tubuh tua itu dan memeluk erat. Sudah lama tidak ketemu insan itu. Semenjak dia ditukarkan ke perak, hanya sekali sahaja dijengah keluarga angkatnya itu, itupun semasa menjemput Affini pulang. Faridz tergamam apabila telefon bimbitnya dicapai oleh Dato Basri. Wajahnya merona merah menahan malu. Bibir merahnya diketap lembut.

Mm..cantik. Pandai anak papa cari. Siapa namanya.?” Puji Dato Basri lantas mengukir senyuman sinis. Sejak tadi diperhatikan anak angkatnya itu seperti ayam berak kapur sedang merenung telefon bimbit di tangan. Pintu bilik yang diketuk beberapa kali langsung tidak didengar.

“Farathul Huda, papa.! Dia masih belajar.” Jawab Faridz lambat-lambat menahan gugup.

“Jaga dia elok-elok, Riz.! Papa tak mahu lihat Riz kecewa lagi. Papa masih lagi rasa bersalah dengan apa yang jadi dulu.” Ujar Dato Basri sambil melepaskan keluhan lemah.

“Janganlah cakap macam tu papa! Saya dah lupakan semua tu. Sekarang Riz nak mulakan hidup baru, harap-harap Lisa juga macam tu. Dalam hati Riz sekarang cuma ada Huda saja.” Kata-kata Faridz itu membuatkan Dato Basri melepaskan keluhan lega sambil mengangguk. Dari sinar mata anak angkatnya itu,jelas terpancar kebenaran apa yang diucapkan. Anak angkatnya itu benar-benar bahagia dengan cinta barunya. Tak sia-sia usahanya memindahkan anak angkatnya itu ke perak.

“Sebenarnya, papa masuk ni cuma nak bagi ini..” Ujar Dato Basri lalu menghulurkan sebuah fail berwarna hitam ke arah Faridz. Diharapkan anak angkatnya itu tidak berkecil hati dengan keputusan yang dibuat selepas ditukarkan ke perak.

     Fail itu dicapai lalu dibuka. Senyumannya melebar tatkala membaca laporan kerja yang terdapat di dalam fail itu. Lupa seketika masalah yang melanda. Usahanya selama ini untuk projek yang sudah sekian lama berjalan akhirnya siap.

“Papa harap Riz tak berkecil hati sebab projek tu papa serahkan pada Lokman. Walau macam manapun, Riz tetap mendapat nama dalam projek tu sebab  projek tu adalah rancangan Riz, Lokman cuma menyambung saja.” Faridz tersenyum lebar. Memang itu projeknya yang pertama namun terpaksa diserahkan kepada anak lelaki Dato Basri iaitu Lokman kerana Dato Basri mengarahkan dia ke Perak untuk uruskan syarikat di sana. Walaupun rasa berat hati, diturutkan juga memandangkan saat itu memang diperlukan ruang untuk melupakan Lisa.

“Riz tak kisah papa, bila tengok semua berjalan lancar, Riz dah rasa puas hati. Ditambah pulak dengan kehadiran Huda, sudah cukup buat Riz bahagia. Riz percaya setiap kejadian ada hikmahnya.”
“Papa bangga dengan Riz. Papa lebih bangga kalau Riz jadi menantu papa, tapi..nampaknya hajad papa tak kesampaian. Hati anak bujang papa ni dah dimiliki orang..” Luah Dato Basri sambil tersenyum tawar.
“Dah tak ada jodoh pa.! Riz terima walau mula-mula dulu agak sukar. Alhamdilillah.. sekarang Riz dah okey pa.”

“Papa harap Riz tidak menaruh dendam pada Lisa. Mungkin masa tu dia masih mentah lagi, tak tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.”

“Papa janganlah risau, Riz tak simpan dendam apa-apa pun pada dia.!”

“Sebelum pulang, singgahlah dulu ke rumah. Mama rindu sangat dengan Riz. Dia tak tahu Riz ada dekat sini, sengaja papa tak kasi tahu. Kalau dia tahu nanti dia datang office ganggu Riz kerja. Faham-faham jelah dengan mama tu, semua anak-anak kena duduk bawah ketiak dia, mungkin sebab tu Lisa tu jadi macam tu!”

     Meledak tawa Faridz mendengar komen Dato Basri tentang ibu angkatnya Datin Normy. Dia akui kata-kata ayah angkatnya itu, semasa dia mahu ditukarkan ke perak dulu, Datin Normylah orang pertama yang membantah. Tidak sanggup berjauhan katanya. Lama juga ibu angkatnya itu tidak bertegur sapa dengannya. Akhirnya ibu angkatnya itu terpaksa akur setelah memikirkan tentang kekecewaan yang ditanggung oleh Faridz.

“Insyaallah pa! Riz tak boleh janji kalau tak dapat tunaikan pemintaan papa tu. Riz minta maaf. Riz cuma...” Faridz tidak dapat teruskan kata-katanya.

“Tak mengapalah Riz, papa faham..” Balas Dato basri sambil menepuk lembut bahu Faridz lantas berlalu pergi melangkah keluar.

     “Sampaikan salam pada mama.!” Jerit Faridz ketika Dato Basri sudah sampai ke pintu biliknya. Ucapan itu dibalas dengan anggukan dan senyuman.

     Bayangan Dato Basri hilang dari pandangan membuatkan hati Faridz kembali ke dunianya. Dicapai telefon bimbitnya, namun masih tiada apa-apa jawapan dari yang dinanti. Ditaip lagi mesej kepada gadisnya agar kekasihnya itu segera membalas.

 
  HUDA termenung panjang di taman mini milik uminya. Kepalanya dilentokkan atas lutut sambil kedua tangannya memeluk kedua belah kakinya.  Huda mengeluh lemah bila telefon bimbitnya berbunyi. Hanya pandang sekali imbas sahaja, kemudian dilentokkan kembali menyambung khayalan. Tidak terasa mahu membaca apatah lagi hendak membalas sms dari Faridz kerana tahu apa yang bakal ditaip oleh lelaki itu.

    Malam itu Huda tidak mahu menyertai keluarganya menonton. Huda hanya habiskan malamnya di dalam bilik sahaja sambil melayari intenet. Sejak petang tadi telefon bimbitnya tak henti-henti berbunyi. Lantas diambil keputusan untuk menutup saja talian agar dapat menjalani harinya dengan tenang tanpa gangguan.

No comments: