17
JAM
9.30 pagi Huda sekeluarga sudah sampai di hadapan villa Ariffah. Suasana
pagi yang nyaman begitu mendera hatinya yang tiba-tiba dilanda rindu pada
satu-satunya lelaki yang menjadi penghuni villa itu. Walaupun tahu lelaki itu
tiada di situ, hatinya dapat merasa setiap desas nafas lelaki itu sentiasa ada
di segenap ruang villa. Turut dirasa dalam jiwanya. Terlalu banyak kenangan
yang dicipta dalam villa itu.
“Masuklah.! Kenapa tak telefon
dulu nak datang? Bolehlah siap-siap apa yang patut.”
Teguran
Mak Miah dari dalam perkarangan villa mengejutkan Huda dari lamunannya.
Terkocoh-kocoh wanita bertubuh gempal itu menghampiri kereta yang dipandu oleh
Encik Marzuki di halaman villa Ariffah. Keluar saja Puan Rohayu dari perut
kereta, dipeluk penuh mesra seperti sudah lama tidak ketemu. Yang sebenarnya
memang dah lama. Sejak majlis tahlil tahun lalu, Puan Rohayu tak berkesempatan
menjenguk villa milik arwah abangnya itu. Manakan tidak, kerja-kerja rumah
semua diuruskan sendiri. Ditambah pula dengan tempahan baju dan langsir
membuatkan masanya sering terisi padat.
“Saja nak buat kejutan.!”
Jawab Puan Rohayu lalu membalas pelukan dan ciuman Mak Miah.
“Kak Miah sihat..?”
“Alhamdulillah.!” jawab Mak
Miah ceria.
“Fini mana Mak Miah.?” Tanya
Huda tiba-tiba mematikan perbualan Mak Miah dan Puan Rohayu.
“Ada kat atas tu, tidur lagi
agaknya.”
“Abang Faridz kata dia tak
sihat sebab tu kami datang nak tengok dia.”
“Masa hari Faridz pergi tu,
memang dia tak sihat. Tapi malam nampak dah okey. Lepas sarapan tadi terus naik
atas berehat. Pergilah naik tengok, mesti dia terkejut tengok Huda.” Ujar Mak
Miah tersenyum mesra.
“Hari ni kita tak payah
masak apa-apa Kak Miah. Saya dah siap masak pagi tadi. Hari ni kita rehat-rehat
aje kat taman sambil berbual.” Sampuk Puan Rohayu sambil menyuakan semua lauk
pauk yang dibawa dari rumah kepada Mak Miah.
HUDA melangkah naik menuju ke bilik
Afini. Poster seulas bibir merah
yang besar jelas kelihatan ditampal di pintu kayu bilik Afini sebagai tanda bilik
itu milik seorang gadis sunti. Tidak pula pada pintu bilik Faridz yang kosong
tanpa apa-apa hiasan. Huda tidak memperdulikan bilik Faridz tapi melangkah laju
menuju ke kamar Afini yang terletak betul-betul di sebelah bilik Faridz.
Tombol pintu bilik Afini dipulas
perlahan. Nasib baik tak berkunci. Huda melangkah perlahan. Susun atur bilik
itu masih sama seperti pertama kali dijejak ke bilik itu tahun lalu. Melihat
sekujur tubuh yang sedang berselimut sedang enak dibuai mimpi, Huda tersenyum simpul.
Terlintas di fikirannya untuk untuk bergurau sementara Affini masih belum
sedar.
Perlahan-lahan Huda bergerak ke katil
Afini seperti lagak seorang pencuri. Dicapai berus pemerah pipi Afini di atas
meja solek yang terletak di tepi katil lalu disuakan ke telinga Afini. Sambil
mata meninjau ke wajah Afini yang sudah mula bergerak, Huda menutup mulutnya
dengan tangan kirinya menahan tawa. Tidak tahan melihat Afini menepis-nepis
telinganya yang kegelian, akhirnya tawanya meletus juga. Afini bangun
terpinga-pinga setelah mendengar tawa yang kuat di tepi telinganya. Terkejut
bukan kepalang melihat sahabatnya berada di sisinya dengan senyuman manis.
“Huda.!” Jerit Afini lalu tubuh itu dipeluk
erat. Senyumannya melebar. Huda berbalas pelukan namun hanya seketika kerana
sedikit kurang selesa berkeadaan begitu. Wajah Afini ditatap sayu.
“Panas badan kau Fini, kau tak sihat ye.?”
Tanya Huda setelah pelukan dilepaskan. Kepala Afini disentuh lembut sambil
menatap wajah pucat di hadapannya.
“Aku dah okey
la.! sikit je ni!” Ujar Affini cuba
menyembunyikan rasa sakitnya.
“Aku datang nak jaga kau. Along kau bagi tau
semalam kau tak sihat. Abah dengan umi pun ada datang nak tengok-tengokkan
kau.”
“Buat susah-susah je. Apalah along ni, malu aku dibuatnya.!” Bentak Afini perlahan.
“Aku bawak kau ke klinik ye.?”
“Tak payahlah.! lagi pun aku dah rasa okey sikit ni.!” Rayu Afini sambil
mengerutkan muka menagih simpati.
“Tapi muka kau nampak pucat sangat, aku
risau.!” Balas Huda menyuarakan kebimbangannya.
“Aku demam biasa je ni.! Kau tunggu kejap ye, aku nak mandi, nanti kita turun.” Pujuk
Afini cuba mengalih topik perbualan.
Huda
mengeluh lemah sambil memerhatikan Afini melangkah ke bilik air. Rasa tidak
puas hati melihat tingkah Afini tadi benar-benar membuat jiwanya tidak
tenteram. Huda bangun dari katil lalu mengemas tempat tidur Afini yang
berselerak. Terkejut juga Huda apabila melihat gumpalan rambut Afini yang
gugur di atas katil begitu banyak. Diraup semua rambut yang melekat lalu
dimasukkan ke dalam bakul sampah yang berada di bucu bilik. Cadar kuning air
yang terbentang dikemas, bantal ditepuk-tepuk lalu disusun di atas katil dan
selimut tebal berwarna putih dilipat dan diletakkan elok di hujung katil.
Setelah begitu berpuas hati, Huda melangkah ke meja solek dan melabuhkan
punggungnya mengadap cermin. Matanya tiba-tiba terpaku pada bingkai gambar yang
terdapat di atas meja tulis Afini. Gambar itu dicapai dan di tenung lama.
hatinya berdetak sayu, bagai manusia dalam gambar itu sedang berada di
hadapannya. Huda tersenyum hambar.
“Hai!
baru berbual semalam takkan dah rindu kot..!”
Sapa Afini ketika keluar dari bilik air. Huda tersentak lalu cepat-cepat
bingkai gambar itu diletakkan semula di tempat asalnya. “Rindu ke.?” Sambung
Affini bertanya sambil mengenakan pakaian di tubuhnya.
“Ada-ada jelah kau ni.!” Huda cuba berdalih.
Pandangan dihalakan keluar. Rasa malu pulak bila berhadapan dengan Afini yang
selamba mengenakan pakaian di hadapannya. Walaupun sesama jenis, Huda tahu
perbuatan Afini itu tetap salah. Ingin ditegur tapi tidak tahu bagaimana.
Takut kalau Afini terasa hati. Mungkin di lain masa akan disuarakan hal itu.
“Aku tau masalah kau. Along ada call semalam cerita fasal kau merajuk. Kesian
dia tau, nak buat kerja pun tak senang, asyik ingat kat kau saja..”
“Aku tak merajuklah.!” Nafi Huda perlahan.
“Ye ke.? Tengok muka pun dah tau. Orang takkan
merajuk kalau bukan dengan orang yang disayang tau.!”
Huda hanya diam membisu sambil wajahnya memandang
ke lantai.
“Kau syak along dengan Lisa kan.?” Duga Afini
perlahan lalu mendekati Huda.
“Mana ada.!” Huda berterusan menafikan.
“Kau tak usah tipulah Huda.! aku tau kau dah
pandai cemburu sekarang ni. Tu tandanya kau dah setuju jadi kakak ipar aku.!”
Afini berterusan mengusik.
Huda tersentak lalu membutangkan mata.
Bibirnya dikebamkan menahan geram melihat Afini galak mengenakannya. Lengan
Afini dicubit lembut.
“Tak taulah Fini. Dia pergi sekejap pun aku
dah fikir yang bukan-bukan. Macam mana nanti aku dan dia berjauhan. Aku nak
tumpu pada pelajaran. Kalau perasaan tu aku tak kawal, macam mana aku nak
belajar.”
“Kau janganlah fikir yang bukan-bukan.
Perempuan tu dah tak ada dalam hati along aku. Along pun dah lupakan dia. Kat
sana tu, along bukan duduk rumah keluarga angkat kita orang. Along ada
apartment sendiri. Nak pergi jejakkan kaki ke banglo besar tu pun, rasanya
along tak mampu lagi.!”
Huda masih membisu namun bibirnya terukir
senyuman malu dan lega. Nafas ditarik perlahan dan dilepaskan juga dengan
perlahan. Rasa bersalah bersarang dalam jiwanya. Terasa malu pula kerana
bersikap begitu. Mungkin kerana pertama kali bercinta, dia inginkan lebih
perhatian.
“Entahlah. Aku pun tak tahu
nak cakap macam mana. Eh.! Fini, aku tengok rambut kau banyak yang gugur, kau
ada masalah rambut ke.?” Tanya Huda sambil mengalihkan perbualan. Tidak mahu
bercakap mengenai lelaki itu kerana rasa
sakit rindu semakin terasa.
“Err..rambut aku memang ada
masalah. Mungkin sebab aku selalu tukar-tukar syampo kot!” Jawab Afini gugup.
Huda yang tidak mensyaki apa-apa terus saja mengangguk mengiakan apa yang
disampaikan oleh Afini tadi.
“Mm..malam ni kau tidur sini ye? Aku boring la!” pujuk Afini sambil melentukkan kepalanya di bahu Huda.
Huda diam sambil berfikir-fikir lalu
mengangguk setuju sambil tersenyum. Memandangkan Faridz tiada dalam rumah itu,
Huda dengan senang hati menerima pelawaan Afini.
“Eh, jomlah turun. Hari ni umi masak kari kepala ikan merah dengan
ikan kembung kukus cicah air asam, sedap tau.! Tengah hari nanti kita makan.”
Ujar Huda lalu mengiringi Afini turun. Risau sangat pada pandangan matanya
melihat keadaan Afini yang kelihatan lemah dan pucat. Ingin dikhabarkan kepada
Faridz, tapi risau kalau mengganggu sedang bekerja.
“KENAPA pucat sangat ni Fini.? kita ke klinik nak?” Tanya Puan Rohayu
lalu merangkul tubuh anak saudaranya yang tinggi lampai itu lalu dibawa ke
pelukannya. “Panas sangat ni bang, jom kita bawak dia ke hospital teruslah.!”
Cadang Puan Rohayu pada Encik Marzuki. Di wajahnya jelas kerisauan.
“Eh, tak payahlah abah,
umi...! Sikit aje ni. Fini dah makan ubat tadi, kejap lagi eloklah!” Cepat-cepat
Afini mengelak. Semenjak mula rapat dengan keluarga itu, panggilan umi dan
abah sudah menjadi biasa di mulut Afini. Encik Marzuki yang mencadangkannya
agar Afini tidak rasa terasing. Cuma Faridz saja yang masih malu-malu nak
menggunakan gelaran itu.
“Bila along balik?” Tanya Encik
Marzuki serius. Matanya tepat menghala ke wajah pucat Afini.
“Mm.. katanya kalau semua dah selesai, malam esok dia balik.”
“Selalu along ke
sana.?”
“Semenjak balik sini tak
pernah lagi, ni yang pertama kali. Papa kata ada hal fasal projek along yang
terpaksa tertangguh dulu.” Terang Afini sambil melirikkan matanya pada Huda
agar Huda memahami tujuan Faridz ke sana.
“Kalau macam tu, malam ni
Huda temankan Fini dan Mak Miah. Apa-apa hal telefon abah cepat-cepat. Umi
dengan abah kena balik sebab ada orang nak datang ambil tempahan baju. Sebab
dah janji, terpaksalah tunaikan.!” Terang Puan Rohayu sayu bila mengingatkan
perjanjiannya dengan Puan Ramlah mengenai baju yang ditempah padanya dua minggu lalu.
Afini dan Huda sudah melonjak riang
kerana apa yang dirancang tadi berjalan lancar tanpa halangan. Tak perlu lagi
usulkan niat mereka pada orang tua Huda.
“Baru nak suarakan rancangan
tu, dah cik Ayu bagi green light.” Ujar Afini malu-malu.
“Kenapa? Fini boring? Mak Miahkan ada.”
“Mak Miah asyik duduk dalam
bilik aje, bukan nak berbual dengan Fini.!” Runggut Afini manja.
“Mak Miah nak bual apa? Mak
Miah bukan pandai bercakap fasal orang muda.” Sampuk Mak Miah sambil tersenyum
hingga menampakkan gigi palsunya yang tersusun bersih. Puan Rohayu lantas
ketawa kecil.
“Umi risau tegok Fini macam
ni.. Kalau jadi apa-apa macam mana? Kenapa Fini tak ikut along? Tak rindu dekat
keluarga angkat di sana? Mesti dia orang rindu nak jumpa Fini.”
“Malaslah.! Dulu masa mula-mula
balik sini, Fini sedih sangat kena balik sini, tapi bila dah sampai sini rasa
seronok pulak! Yelah.. tempat jatuh lagi dikenang. Lagipun tak ada apa yang
menarik pun dekat rumah mama dengan papa tu..!”
“Kenapa tak suruh along
hantar Fini ke rumah umi je..?”
“Kesian pulak tinggal Mak
Miah sorang-sorang..”
“Eh, Mak Miah pulak jadi
alasan.” Tiba-tiba Mak Miah menyampuk.
“Yelah..! Mak Miahkan dah
tua, kalau jadi apa-apa, siapa yang susah.?”
“Eleh..! bertahun Mak Miah
tinggal sorang-sorang dalam rumah ni, tak ada apa-apa pun.!”
“Tulah..! Along suruh Mak
Miah kawin, Mak Miah tak mau.”
“Ah, tak kuasa Mak Miah!
buat semak kelambu saja.” Tempelak Mak Miah perlahan. Meledak tawa semua yang
berada di situ mendengar omelan Mak Miah.
Di
laman, mereka sekeluarga riang berbual mesra. Sambil makan tangah hari di situ
mereka bercerita. Ada saja topik yang dibualkan. Perasaan Huda ketika itu jadi
tidak tenteram. Melihatkan keadaan Afini yang lemah, Huda rasa risau. Sesekali
dapat dilihat Afini seperti sukar bernafas kerana terpaksa menarik nafas
dalam-dalam sebelum melepaskan. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang
dirahsiakan oleh Afini.
HUDA mengiringi Afini ke bilik sejurus
selepas Encik Marzuki dan Puan Rohayu serta Huzir pulang. Sampai di bilik, Huda
membaringkan Afini yang sudah mula menggigil kesejukan lalu diselimut dan
dipeluk erat.
“Kita ke klinik ye?” Huda
terus memujuk. Namun Afini masih berdegil. Akhirnya Huda tiada pilihan
melainkan terpaksa memberitahu kepada Faridz. Pada mulanya ingin dihubungi
keluarganya. Namun bila difikir-fikirkan tentu Afini akan tetap berdegil
seperti tadi lantas hal itu terpaksa diberitahu Faridz secepat mungkin. Jika
dengan Faridz, mungkin Afini tidak boleh lagi mengelak. Langkah di atur ke
balkoni bersama telefon bimbitnya di tangan setelah pasti Afini benar-benar
tidur. Nama Faridz dicari lalu segera
dihubungi.
“Assalamualaikum abang.!”
Sapa Huda lembut.
“Waalaikummussalam..! sayang
abang ni kenapa? Abang dah jadi tak tentu arah berfikir.!” Balas Faridz lemah.
“Huda mintak maaf bang, Huda
terlalu ikut perasaan. Huda call ni bukan nak cakap hal ni. Huda cuma nak tau
bila abang nak balik.”
“Kenapa.? Dah rindu sangat
ke.?” Tanya Faridz teruja.
“Abang ni..! Orang tanya
betul-betul jawab je lah..!” Rungut Huda geram.
“Okey, sekarang ni kerja tak
habis lagi, tapi insyaallah, kalau cepat habis, abang balik cepat.! kenapa.?”
“Kalau boleh abang balik
cepat ye! Huda risaukan Fini la..! Dia..” Huda tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Sebak di dada sudah tidak dapat ditahan lagi.
“Kenapa dengan Fini.?” Tanya
Faridz tegas setelah tersentak mendengar esakan kecil Huda di hujung talian.
“Huda tak tahu nak cakap. Dia terlalu
berahsia. Tadi abah dengan umi nak bawak ke hospital tapi dia tak mahu. Puas
Huda pujuk tapi dia degil. Pagi tadi badan dia panas sangat, petang ni dia sejuk
menggigil. Sekarang dia tengah tidur. Muka dia pucat sangat. Nak bernafas pun
susah. Abang baliklah cepat..! Tadi masa Huda kemaskan tempat tidur dia, Huda
jumpa rambut dia banyak yang gugur. Huda takut..!” Cerita Huda sambil
teresak-esak.
“Okey-okey.! Nanti abang
usahakan, paling cepat pun tengah malam ni abang sampai.!”
“Jangan lewat sangat ye
abang. Huda takut..!”
“Insyaallah abang cuba. Huda, tolong jaga Fini
untuk abang ye.!”
“Insyaallah..! Hati-hati memandu ye bang.!”
Pesan Huda sebelum menamatkan talian.
Setelah
talian ditamatkan, Huda ingin melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan
diri dan berwuduk. Solat maghrib yang singkat masanya harus di segerakan. Namun
langkahnya terhenti tatkala memandang Afini yang sudah terjaga.
“Aku nak solat, Huda. Tolong bawak aku ke bilik
air, badan aku lemah sangat.!” Kata Afini perlahan.
Tanpa
berkata apa, Huda terus saja mendapatkan Afini dan memapahnya ke bilik air.
Malam itu mereka bersolat berjemaah. Sudah menjadi kebiasaan, selepas solat
maghrib, Huda akan membaca al quran dan kemudian berzikir sementara menanti
masuk waktu isyak. Afini mendengar dan memerhati sahaja perilaku Huda. Dirinya
kagum dengan Huda yang tidak pernah lupakan suruhan yang Esa. Terasa dirinya
begitu jauh beza dengan diri Huda. Malu mula beraja dalam hati. Huda perasan
dirinya diperhatikan lalu tangan Fini yang sejuk diraih dan diramas lembut
sambil memejamkan matanya menyebut kalimah memuji kebesaran Allah. Selesai
berzikir barulah matanya dibuka memandang Afini yang masih merenungnya
.
.
“Selepas solat, banyakkan berzikir. Moga hati
tenang selalu. Minta petunjuk pada Allah agar segala yang kita harapkan
diberkati dan dipermudahkan. Kita di dunia ni sekejap saja. Yang kekal, disana
nanti. Bila-bila masa saja kita akan dijemput semula untuk balik pada si
pencipta. Jadi, sebelum terjadi perkara tu, baik kita beringat dan bersedia. Kadang-kadang
aku dapat rasa, umur aku ni tinggal berapa saat saja lagi. Mungkin ini hari
terakhir kita. Sebab tu kita kena banyakkan beramal kerana itu saja yang perlu
kita bawa ke sana nanti.”
Afini yang sedang mendengar tiba-tiba
mengalirkan air mata. Dipeluk sahabat yang berada di sebelahnya seerat mungkin,
seolah-olah tidak mahu melepaskan.
“Jangan tinggalkan aku Huda.! aku perlukan orang seperti kau dalam hidup aku. Aku tak pernah ada kawan seperti kau. Lain kali aku tak mahu dengar lagi kau cakap fasal mati. Aku takut kehilangan kau, kalau boleh biar aku yang pergi dulu.!” Rintih Afini teresak-esak. Huda tergamam.
“Jangan tinggalkan aku Huda.! aku perlukan orang seperti kau dalam hidup aku. Aku tak pernah ada kawan seperti kau. Lain kali aku tak mahu dengar lagi kau cakap fasal mati. Aku takut kehilangan kau, kalau boleh biar aku yang pergi dulu.!” Rintih Afini teresak-esak. Huda tergamam.
“Hey.! apa ni.? Aku cuma mengingatkan saja,
tak malu.! dah besar-besar pun nak nangis.!” Ejek Huda sambil menyeka air mata
yang membasahi pipi Afini.
“Boleh tak kau janji dengan aku Huda?”
Tiba-tiba Afini bersuara setelah beberapa saat membisu. Huda mengangkat kening
minta penjelasan.
“Apa dia.? Kalau boleh, aku tunaikan. Kalau
tak boleh aku cuba sampai boleh. tapi kalau masih tak boleh jugak, aku mintak
maaf jelah ye, tak dapek den nolong eh.!” Huda cuba berseloroh.
Afini ketawa kecil sambil mengesat air mata yang bersisa.
“Sebelum aku tutup mata, nak sangat aku tengok
kau dan along bahagia. Terimalah dia, Huda.”
Huda tersentak mendengar pemintaan merapu
Afini.
“Hey.! Apa ni.? Kenapa tiba-tiba cakap macam
ni.? Kau sakit ke apa.?” Tanya Huda cemas.
“Aku terlalu sayangkan dia. Aku tak mahu dia
terlepas pada perempuan yang hanya mementingkan dunia. Aku nak kau tolong jaga
along aku kalau aku dah tak ada nanti. Kami cuma dua beradik saja. Aku tak mahu
waris kami menjadi orang yang lalai. Dulu semasa aku di sana, aku banyak buat
salah. Walaupun keluarga angkat kami baik, mereka tak pernah melarang apa yang
kami buat. Nasib baik along tak lama tinggal dengan mereka. Lepas habis SPM,
along melanjutkan pelajarannya ke UKM. Jadi, hidupnya boleh dikatakan teratur. Solat cukup lima waktu, puasa cukup
sebulan , berkawan pulak dengan orang-orang yang boleh dikatakan sempurna adapnya.
Tapi aku tak merasa semua tu, aku sorang-sorang kat rumah tu tanpa sesiapa yang
nak bagi tunjuk ajar. Walaupun dilayan baik, aku tak pernah rasa setenang
sekarang ni. Lepas along putus tunang, aku bersyukur sangat. Dari awal, aku
memang tak berkenankan perempuan tu, apa yang along nampak pada perempuan tu
pun aku tak tau.”
Huda termanggu mendengar cerita Afini.
Tak disangka hidup Afini serumit itu walaupun dilimpahi dengan kemewahan dan
kesenangan. Tiba-tiba ingatannya terlayar pada perjalanan hidup Nur yang hampir
sama walaupun terdapat kelainan. Huda
mengeluh kesal. Nasib baik Faridz cepat membawa Afini pulang. Jika lambat, tak
tahulah apa akan terjadi pada sahabatnya itu.
“Banyak-banyakkan bersabar
Fini. Kadang-kadang kita tak tahu setiap kejadian baik buruk yang berlaku dalam
diri kita mungkin berbeza dan mungkin ada persamaan, cuma terpulang pada diri
kita sendiri bagaimana untuk kita menanganinya. Aku tak sangka hidup kau begitu
sukar sekali walaupun dikelilingi oleh orang yang baik-baik.” Nasihat Huda
setelah melihat Afini sudah reda. Afini menunduk sebak.
“Kau lapar tak? Jom makan.
Tadi kau makan sikit sangat..! Nanti nak makan ubat pulak!” Huda cuba mengubah
perbualan agar Afini tidak lagi dirundum sebak.
“Nantilah..! Aku nak dengar
kau mengaji. Suara kau sedap sangat. Dah macam suara Syarifah Khasif aku
dengar.” Usik Afini.
“Ada-ada jelah kau ni.!” Balas Huda malu-malu.
“Macam mana hubungan korang
berdua dengan keluarga angkat korang sekarang.?” Tanya Huda setelah yakin
Afini kembali ceria.
“Macam biasa, mereka tetap
layan kami dengan baik walaupun hidup berjauhan, sering hubungi bertanya
khabar.”
“Along dengan bekas
tunangnya macam mana pulak.?” Tiba-tiba Huda membuka bicara mengenai Faridz.
Hatinya kurang senang dengan jawapan Afini tadi walaupun tahu keluarga angkat
sahabatnya itu memang berhak mengambil berat soal kehidupan Afini dan Faridz.
“Yang aku tahu,dia orang dah putus. Along pun
dah lama tak ambil tahu fasal perempuan tu. Kau jangan risaulah, aku yakin
along aku tu pecinta setia, takkan tergamak dia nak lukakan perasaan kau.”
“Kalau satu hari perempuan
tu nak kembali pada along semula, macam mana.? Dan macam mana kalau along kau
sudi terima dia kembali.?”
“Oh please..! Akulah orang pertama yang akan menjadi batu
penghalang. Takkan aku biarkan itu terjadi. Cukuplah sekali along kecewa, tak
sanggup lagi aku tengok dia merana kerana perempuan. Sekarang ni pun aku dapat
rasa dia tengah dirundung kecewa dengan sikap kau. Tak patut kau buat macam tu
tau.!”
“Apa hak kita untuk menentang,
Fini. Ini hal yang melibatkan perasaan. Kalau along kau dah suka balik kat
perempuan tu, kita tak boleh buat apa-apa.” Kata Huda perlahan.
“Sebab tu aku nak kau terima
dia cepat-cepat.!” Pangkah Afini pantas.
“Entahlah Fini, aku pun tak
tahu dengan perasaan aku sekarang ni. Bila aku dengar dia ke sana, hati aku
cukup kuat berkata yang dia akan berjumpa dengan perempuan tu.”
“Itulah tandanya kau cemburu.
Cemburu tu penting cuma kita kena pandai-pandai nak gunakannya. Macam aku,
walaupun jauh, aku tetap yakin dengan dia. Tapi andai tertulis aku tak ada
jodoh dengan dia, aku terima dengan lapang hati.”
“Baiknya kau.! beruntung
buah hati kau.”
“Tengok kaki la..!” Balas
Afini terengeh-sengeh.
“Kenapa dengan kaki kau?”
Usik Huda pura-pura tak faham sambil menyelak sedikit kain telekung yang
dipakai oleh Afini. Afini yang terkejut usikan loyar buruk Huda terus saja
mencubit lembut lengan Huda. Ledakan tawa mereka berdua mendamaikan perasaan
Huda yang sedang dalam kerisauan dengan kesihatan Afini.
“Jomlah turun makan, perut
aku dah laparlah.!” Kata Huda sambil menepuk perutnya.
“Pandai tukar topik.!” Ujar
Afini sambil ketawa melihat Huda terkocoh-kocoh bangun.
“Tak solat isyak dulu ke.?” Tanya Afini hairan melihat telatah Huda.
“Nantilah, wuduk aku dah
batal.”
“Kau kentut ek.?” Tanya Afini lalu ketawa mengekek melihat telatah Huda yang kelam kabut menanggalkan telekung.
“Tak lah! aku nak buang air
kejap.” Balas Huda sambil berlari ke pintu bilik air.
MALAM itu
berselera sekali Afini makan bertemankan Huda dan Mak Miah. Banyak sekali
topik yang dibualkan sehingga kadang-kadang meletus tawa yang kuat.
“Dah berapa hari Mak Miah
tak tengok Fini makan berselera macam malam ni, siap bertambah lagi!” Kata Mak
Miah ketika Huda sedang membersihkan pinggan mangkuk di sink. Huda terdiam
mendengar cerita Mak Miah lalu mengalihkan pandangan ke arah Mak Miah di
sebelahnya.
“Budak tu kehilangan sebenarnya.!” Sambung Mak Miah sayu. “Tiap-tiap malam Mak Miah tahu dia menangis, sebab setiap pagi mata dia mesti bengkak. Bila tanya, katanya tak ada apa-apa, cuma kurang tidur katanya. Mak Miah rasa dia sakit, sebab Mak Miah pernah nampak banyak ubat dalam laci meja katil dia. Pernah Mak Miah tanya, dia kata vitamin. Mungkin dia ingat Mak Miah ni orang tua yang tak tahu apa-apa dan boleh diperbodohkan. Mak Miah boleh bezakan mana ubat dan mana vitamin. Cuba Huda korek-korek sikit rahsia dia. Mak Miah risaulah.” Luah Mak Miah sayu. jelas di wajah tua itu terpancar rasa kerisauan.
“Budak tu kehilangan sebenarnya.!” Sambung Mak Miah sayu. “Tiap-tiap malam Mak Miah tahu dia menangis, sebab setiap pagi mata dia mesti bengkak. Bila tanya, katanya tak ada apa-apa, cuma kurang tidur katanya. Mak Miah rasa dia sakit, sebab Mak Miah pernah nampak banyak ubat dalam laci meja katil dia. Pernah Mak Miah tanya, dia kata vitamin. Mungkin dia ingat Mak Miah ni orang tua yang tak tahu apa-apa dan boleh diperbodohkan. Mak Miah boleh bezakan mana ubat dan mana vitamin. Cuba Huda korek-korek sikit rahsia dia. Mak Miah risaulah.” Luah Mak Miah sayu. jelas di wajah tua itu terpancar rasa kerisauan.
Huda
termanggu dan fikirannya bercelaru. Rupa-rupanya apa yang difikirkan sama
dengan Mak Miah. Bila mengingatkan kembali perbualannya dengan Afini tadi, jiwanya kembali tidak tenteram.
“Sebenarnya Huda pun
terfikir macam tu jugak. Mak Miah jangan risau, Huda dah telefon Abang Faridz
tadi, katanya mungkin tengah malam baru dia sampai..” Ujar Huda berbisik sambil
matanya melirik ke arah Afini yang sedang menonton di ruang tamu. Risau
kalau-kalau Affini muncul tiba-tiba dan mendengar perbualannya dengan Mak Miah.
Lantas Mak Miah melepaskan keluhan lega.
SELESAI berjemaah solat isyak Afini
meminta agar Huda bacakan yassin sebelum dia tidur. Huda semakin tidak selesa. Mendengar Huda mengalunkan kalimah suci itu
membuatkan Afini tenang sambil tersenyum. Sesekali matanya berkedip-kedip mahu
pejam tapi ditahan kerana mahu mendengar alunan suara Huda membaca ayat suci.
“Kalau kau mengantuk,
tidurlah dulu. Aku nak habiskan yassin ni kejap.” Ucap Huda perlahan sambil
mengelus rambut Affini dengan lembut.
Lantas diteruskan sehingga mata Afini terlelap.
SEPERTI yang dijanjikan, Faridz tiba di
rumahnya lewat tengah malam. Hampir luruh jantungnya apabila Huda yang
membukakan pintu untuknya. Senyuman Huda di hadapannya memberi penawar mengubat
rasa letihnya memandu jauh. Faridz perasan wajah malu- malu Huda bila ditatap.
“Lama Huda tunggu abang.?”
Tanya Faridz sambil membuka kasutnya lalu masuk ke dalam rumah. Terasa
berbunga-bunga hatinya bila dia disambut oleh Huda. Rasa seperti dah
berumahtangga pulak. Huda hanya tersenyum mendengar soalan Faridz. “Macam mana
dengan dia.?” Soal Faridz mengenai Afini.
“Sekarang dia tengah tidur.” Ujar Huda sayu. Tiba-tiba saja jiwanya sebak.
“Janganlah macam ni, abang pun risau jugak. Kalau Huda macam ni, macam mana abang nak kuat. Mari, kita naik tengok dia.” Ujar Faridz lalu melangkah naik menuju ke bilik adiknya.
“Janganlah macam ni, abang pun risau jugak. Kalau Huda macam ni, macam mana abang nak kuat. Mari, kita naik tengok dia.” Ujar Faridz lalu melangkah naik menuju ke bilik adiknya.
Faridz
mendekati Afini yang sedang lena. Nafas Afini nampak jelas lemah. Disentuh
lembut kepala adiknya dan diusap perlahan. Walaupun suhu badan Afini sudah
kembali normal, hatinya kuat mengatakan yang adiknya itu ada masalah yang
disembunyikan. Dikucup lembut kepala Afini lalu melangkah turun dari katil. Matanya
liar seperti mencari sesuatu dalam bilik itu sambil bercekak pinggang. Pintu
almari empat pintu Afini dibuka. Laci yang tidak berkunci juga dibuka satu
persatu. Faridz bergerak pula ke arah meje tulis Afini. Semua laci ditarik
keluar. Namun tiada apa yang ditemui selain buku dan alat tulis adiknya. Laci meja
tulis Afini juga ditutup semula. Faridz hanya mengeluh kesal. Apabila matanya
terancap pada laci katil, Faridz cuba membuka tapi berkunci. Huda hanya
memerhatikan sahaja tingkah Faridz sambil membetulkan selimut di tubuh Afini.
“Buat masa ni kita tunggu
dia bangun dulu. Kalau panas badannya naik balik, kita terus bawak ke
hospital.” Ujar Faridz lalu melangkah ingin keluar. Namun langkahnya terhenti
lalu menoleh ke arah Huda yang masih setia di sisi Afini.
“Huda nak tidur dah ke?"
“Huda tak boleh tidur selagi
Fini tak bergerak bangun.”
“Abang nak mintak tolong
Huda buatkan kopi untuk abang, bolehkan.?”
Huda tersentak. “Abang tak penat? Nanti susah nak tidur?”
Huda tersentak. “Abang tak penat? Nanti susah nak tidur?”
“Takpe..buat je..!Tapi
jangan pekat sangat.!”
“Mm..kalau Huda buat milo macam mana?” Huda cuba bagi cadangan.
Baginya minum kopi waktu itu tidak sesuai untuk Faridz yang kelihatan penat.
“Mm..bolehlah..! Tapi jangan manis sangat.” Balas Faridz sambil
tersenyum. Sedar akan dia yang dulu Huda pernah memberi nasihat percuma
tentang keburukan minum kopi berlebihan.
Huda
mengangguk laju dan perlahan-lahan Huda bangun lalu mengikut Faridz dari
belakang dan turun menuju ke dapur.
Sementara
menanti Huda menyiapkan air di dapur, Faridz melangkahkan kakinya ke ruang
tamu. Beg kerjanya dicapai dan dibuka lalu mengeluarkan sebahagian kertas kerja
yang siap untuk disemak semula.
“Airnya abang.!” Ujar Huda
sambil meletakkan secawan milo di atas meja kopi di hadapan Faridz yang sedang
membelek kertas kerja yang di bawa pulang.
“Terima kasih.! Huda tak
minum sama?”
“Takpe.. Huda tak haus pun..!” Ujar Huda lalu bangun untuk menuju ke
dapur semula.
“Nak ke mana? temankan abang
kejap, abang takut duduk sorang-sorang kat sini.” Ujar Faridz manja.
“Mengada-ngadalah abang
ni..! kalau takut, naik masuk bilik.” Balas Huda lalu melabuhkan punggungnya di
atas sofa berhadapan dengan Faridz.
“Terima kasih sebab sudi
jaga adik abang. Kalau tak ada Huda tak tahulah abang..”
“Abang janganlah cakap macam
tu, Fini tukan kawan Huda, saudara pulak tu. Kalau bukan Huda sekeluarga
siapa lagi..!”
“Abang ingat Huda dah tak
sudi tolong abang.” Seloroh Faridz
sambil merenung wajah Huda yang sedang menunduk.
Huda hanya membisu sambil menggigit bibir
bawahnya menahan rasa segan bila berhadapan begitu.
“Kerja abang tak siap ke,
sampai bawak balik rumah.?” Tanya Huda cuba mengelak perbualan tadi diteruskan.
“Nakal dia ye, pandai nak
mengelak.!” Bentak Faridz perlahan sambil menjeling manja. Huda hanya tersenyum
malu. “Huda marah abang lagi?”
“Tak ada motif untuk Huda
marah abang.?”
“Habis tu, yang semalam tiba-tiba emo semacam,
kenapa.? Huda buat abang nanar tau.!”
“Saja.. nak bermanja-manja
sikit.! Tak boleh.?”
Faridz
tersenyum lebar sambil menggelengkan kepala. “Kalau nak bermanja, meh duduk kat abang, nanti abang
manja-manjakan.! nak.?” Usik Faridz sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya
seperti mengajak Huda duduk di sebelahnya.
“Teruk betul abang
ni, tak senonoh.!” Tempelak Huda sambil menjeling. Berderai tawa Faridz
melihat telatah Huda.
“Abang..!” Huda menarik nafas
dalam-dalam sebelum meneruskan bicara. “Tadi Mak Miah ada cerita, dia pernah
nampak ubat Fini banyak dalam laci meja katil. Tadi Huda cuba nak tengok
periksa tapi laci tu berkunci. Mak Miah pernah tanya tapi dia kata vitamin. Mak
Miah rasa Fini ada sorokkan sesuatu dari kita semua.”
“Huda tak cuba tanya.?”
“Huda dah cuba tapi dia
nafikan. Tapi dari perbualan Huda selepas solat dengan dia tadi, Huda pun dapat
rasa sesuatu kelainan dalam pertuturan dia.”
“Dia cakap apa.?” Tanya
Faridz hairan sambil mengerutkan wajah. Melihatkan Huda seperti sukar menjawab,
segera ditanya lagi soalan itu. “Huda, terus terang dengan abang, Fini cakap
apa.?” Tanya Faridz lembut.
Huda semakin rasa bersalah, namun diceritakan juga apa yang dibualkan dengan Afini selepas solat maghrib tadi. Selesai Huda bercerita, Faridz tersandar lemah. Mulalah rasa tidak senang terbit dari tangkai hatinya. Berbicara mengenai kematian buat hatinya semakin rasa adiknya sedang menyimpan rahsia yang amat berat sekali.
Huda semakin rasa bersalah, namun diceritakan juga apa yang dibualkan dengan Afini selepas solat maghrib tadi. Selesai Huda bercerita, Faridz tersandar lemah. Mulalah rasa tidak senang terbit dari tangkai hatinya. Berbicara mengenai kematian buat hatinya semakin rasa adiknya sedang menyimpan rahsia yang amat berat sekali.
“Selama ni, dia tak pernah
bagitau apa-apa pada abang ke fasal kesihatan dia?”
“Tak pernah pulak. Tapi
kalau demam biasa tu adalah, tapi nampak macam okey !”
“Huda risau bang. Bila
tengok rambut dia yang gugur atas katil tadi, Huda jadi takut.” Huda mula
teringat Afini yang tiba-tiba bertudung.
“Kita doa-doakan semoga tak
ada apa yang buruk.” Pujuk Faridz setelah melihat wajah Huda penuh kerisauan.
Sebelum
melangkah ke biliknya, sekali lagu Faridz ke bilik Afini. Sentuhan di kepala membuatkan
Afini terjaga. Luas matanya dibuka memandang Faridz berada di sisinya sambil
tersenyum.
“Bila along balik.?” Tanya
Afini lemah.
“Baru sampai je..!” Bohong Faridz sambil tersenyum.
Hatinya sedikit lega melihat adiknya dalam keadaan normal. Tidak seperti yang
diceritakan oleh Huda. Namun jauh di sudut hatinya bimbang tetap ada bila
melihat wajah pucat dihadapannya.
“Kerja along dah siap.? Papa
dengan mama macam mana.?” Tanya Afini lemah.
“Dah! dah siap pun..! papa
sihat tapi mama along tak tau, sebab
along tak balik rumah mama pun. Jumpa papa pun dekat office je..! papa kirim
salam.”
Huda hanya memandang sahaja sambil
tersenyum bangga melihat kasih yang ditunjukkan Faridz pada Afini.
“Okeylah, esok kita sembang ye. Fini nak tidur, along jangan risau okey. Huda ada temankan Fini. Along pergilah rehat.” Ujar Afini sambil tersenyum
manis kepada Huda di sebelahnya.
“Jangan buli pulak buah hati
along tu, kesian dia kena jaga adik along ni.”
“Ishh.! Apa abang ni! ada ke patut cakap dekat Fini macam tu, diakan
tak sihat tu..!” Rungut Huda sambil menjeling.
Melopong mata Afini mendengar gelaran
yang Huda gunakan pada Faridz. “Abang...!” Ejek Afini dengan nada bergurau.
Huda sudah tersenyum malu sambil menggeleng kepala.
“Dah..dah.! Tidur.! Esok ada
benda yang along nak bincangkan.” Bentak Faridz perlahan lalu memberi kucupan
di kepala adiknya.
“Untuk Fini je? Huda?” Tanya Afini sambil mengusik
Huda.
“Hey.! takde insuran betul mulut tu, aku cili karang..!” Bentak Huda geram. Melihatkan Faridz sudah
tersenyum-senyum dijegilkan mata supaya Faridz segera beredar dari bilik itu.
“Abang pergilah keluar, Huda
dah ngantuk ni.” Ujar Huda sambil bangun mengiringi Faridz menuju ke pintu.
“Apa-apa hal panggil abang
cepat..!” Bisik Faridz.
“Okey, abang jangan tidur pengsan pulak! roboh pintu tu nanti Huda
kerjakan.” Pesan Huda perlahan. Faridz galak ketawa.
Pintu
ditutup perlahan selepas Faridz beredar keluar. Langkah diatur menuju ke katil
lalu melabohkan punggungnya di sebelah Afini yang masih tersenyum.
“Aku tak tau pun kau panggil
macam tu dekat along aku .” Afini seperti tidak puas hati.
“Lama dah..! kau yang tak
tahu.” Jawab Huda sinis sambil tersenyum.
“Pandai kau berahsia dengan
aku ek.!.” Balas Affini sambil
menyenggol lengan Huda.
“Kan itu yang kau
harapkan..?”
“Terima kasih Huda. Tapi
selagi kau tak jadi milik mutlak kepada Faridz Hazmi Muhammad Ariff aku takkan
tenang.”
“Dahlah..! dah lewat malam
ni, tidur! kau tu tak sihat lagi.” Ujar Huda lalu mematikan lampu tidur yang
terpasang di tepi katil. Sebelum tidur sempat Huda membaca beberapa ayat yang
sering dibaca sebelum tidur. Kemudian ditiup lembut di ubun kepala Afini,
berharap agar tidur Afini tidak diganggu oleh sesuatu yang sering mengganggu
di saat anak adam kurang bermaya seperti Afini.
Huda
terlalu menjaga tidur Affini sehinggakan dirinya sendiri sukar melelapkan mata.
Akhirnya Huda bangun lalu berwuduk dan membuat solat sunat hajad dan berzikir
sehingga berkumandangnya azan subuh. Seusai solat, Huda melangkah lemah menuju
ke arah Afini yang masih nyenyak tidur. Kepala Afini disentuh perlahan.
Bibirnya tersenyum kerana suhu badan Afini masih dalam keadaan normal. Dalam
firasatnya Afini sudah beransur sihat, lalu dikejutkan Afini agar bangun
menunaikan solat subuh.
Affini
tersenyum lalu bangun dan meninggalkan Huda yang sedang memerhatikannya. Huda
menarik nafas lega kerana melihat Afini menuju ke bilik air tanpa dipapah
seperti semalam. Huda yakin Afini sihat namun di fikirannya kuat berkata
bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Afini.
Huda
bangun lalu mengemaskan tempat tidur. Pergerakannya terhenti seketika apabila
melihat segumpal rambut Afini terdapat di atas bantal dan cadar katil. Hatinya
kembali kurang enak. Segera dikemaskan katil yang berselerak sebelum Afini
keluar dari bilik air. Tidak mahu Afini melihatnya dalam keadaan curiga.
Langkah diatur ke pintu bilik air dan mendekatkan telinga dan mulutnya. Sepi,
langsung tiada kedengaran apa-apa.
“Ni..! aku turun bawah sedia
sarapan, nanti turun tau.!” Jerit Huda.
“Okey..!” Balas Afini
separuh menjerit.
Langkah
diatur ke bawah menuju ke ruang dapur sambil berfikir-fikir apakah menu yang
hendak disediakan sebagai sarapan. Teringat dia dulu Faridz ada menyuarakan
keinginan untuk merasa nasi lemak seperti yang dirasa ketika makan di gerai Mak
Yam. Nasib baiklah semua bahan ada tersedia di dapur, tak perlulah dia ke kedai
untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.
Sejam kemudian, Huda tersenyum lebar ketika
menghidangkan nasi dan sambal yang siap dimasak di atas meja.
“Mm.. sedapnya bau.! pandai
Huda goda abang ye..?” Usik Faridz sambil mendekatkan deria baunya ke arah nasi
lemak dan sambal yang terhidang.
Huda tersenyum malu sambil menarik kerusi
menyuruh agar Faridz duduk. Faridz akur sambil menanti nasi disendukkan
untuknya.
“Kalau macam nilah layanan
Huda pada along, Mak Miah dah tak risau kalau Mak Miah tutup mata sekarang. Mak
Miah yakin hidup long akan terjaga.” Kata Mak Miah sambil membawa sedulang kopi
untuk dihidangkan. Faridz tersentak, tidak disangka pengasuhnya turut berada di
dapur.
“Ada-ada jelah Mak Miah
ni.!” Ujar Huda termalu-malu sambil menghulurkan sepinggan nasi kepada Faridz.
“Fini dah bangun.?” Tanya
Faridz lembut pada Huda yang masih berdiri di sisinya.
“Tadi dah bangun untuk
solat. Huda dah pesan suruh dia turun sarapan, tapi sampai sekarang tak
turun-turun.”
“Dia tidur balik kot.!”
Sampuk Mak Miah.
“Abang makanlah dulu dengan
Mak Miah. Huda naik atas tengokkan dia.” Ujar Huda lalu melangkah laju naik ke
bilik untuk meninjau Afini yang ditinggalkan bersendirian di dalam bilik.
Huda
melangkah laju ke bilik. Masuk saja dalam bilik, kelihatan Afini masih lagi
bertelekung sambil berbaring mengereng mengadap pintu cermin balkoni. Wajahnya
ditutup sedikit dengan telekung yang dipakai.
“Fini.! bangunlah, dah pukul
sembilan, malasnya anak dara ni!” Tegur Huda sambil melangkah ke pintu balkoni
untuk membuka pintu cermin bagi membolehkan udara segar menerjah masuk. Namun
tiada tanda-tanda Afini akan bangun. Tubuh Afini didekati dan digerakkan
perlahan.
“Fini! bangunlah..aku masak
nasi lemak.” Ujar Huda lagi sambil menyelak kain telekung yang menutupi seraut
wajah. Tiba-tiba Huda tepaku. Melihatkan tompokan darah di atas sejadah dan
kain telekung buat Huda rasa takut.
“Abang..! Mak Miah..!.”
Jerit Huda kuat berkali-kali agar kedua-dua menusia yang diseru tadi segera
datang. Tubuh Afini yang kaku dipangku dan dipeluk penuh syahdu. “Bangun Fini!
Jangan takutkan aku..! Please
Ni..bangun….!” Rayu Huda berkali-kali. Namun Afini tetap kaku di dalam
rangkulannya.
“Kenapa Huda.? Ya Allah.!
kenapa ni..?” Sergah Faridz ketika sampai di muka pintu bilik.
“Fini bang..!” Laung Huda
teresak-esak.
“Cepat siap, kita ke hospital
sekarang!” Sergah Faridz sambil membuka ikatan telekung Afini lalu diangkat
tubuh adiknya dan melangkah laju turun ke bawah.
“Cepat Huda, abang tunggu
kat bawah.!” Jerit Faridz ketika melangkah ke tangga.
“Okey-okey.!” Balas Huda
kelam kabut lalu mencapai beg galasnya dan dompet Afini yang terletak di meja
solek. Langkahnya diatur laju menuruni anak tangga.
“Ya Allah, kau lindungi sahabatku dari sebarang keburukan. Sesungguhnya hanya padamu aku berserah, kerana hanya engkau tempat ku mengadu dan kerana engkau tuhanku yang satu ku sembah.” Doa Huda dalam hati. Pelukan dieratkan sambil membisikkan kalimah- kalimah suci ke telinga Afini mengharapkan agar Afini sedar walau untuk seketika.
“Ya Allah, kau lindungi sahabatku dari sebarang keburukan. Sesungguhnya hanya padamu aku berserah, kerana hanya engkau tempat ku mengadu dan kerana engkau tuhanku yang satu ku sembah.” Doa Huda dalam hati. Pelukan dieratkan sambil membisikkan kalimah- kalimah suci ke telinga Afini mengharapkan agar Afini sedar walau untuk seketika.
Afini
disegerakan ke wad kecemasan setelah sampai di hospital. Faridz semakin cemas.
Tak henti-henti Huda memberi kata semangat pada Faridz agar menerima segala
kemungkinan. Faridz pula tak henti-henti menyalahkan dirinya sendiri kerana
lalai dalam tanggungjawabnya terhadap Afini.
“Abang cuai.! Abang tak
pernah tanya apa masalahnya.” Ucap Faridz teresak-esak.
“Sabarlah bang! jangan
salahkan diri. Tak ada siapa yang salah dalam hal ni. Sudah tertulis Afini
jadi begini. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Kita yang sihat berusaha
saja agar Fini dapat teruskan hidupnya.” Huda terus memujuk sambil tangannya
mengusap lembut bahu Faridz.
Bergegas
Huda bangun mendapatkan Puan Rohayu dan Encik Marzuki selepas kelibat mereka
kelihatan di ruang legar wad kecemasan. Serba sikit diceritakan apa yang
berlaku ketika berada di rumah.
“Umi rasa bersalah pulak
sebab tinggalkan dia semalam.”
“Dahlah umi, jangan salahkan
diri pulak. Kita doakan saja agar tak ada apa yang buruk jadi.” Pujuk Huda
sambil memeluk erat tubuh ibu tirinya yang sedang teresak-esak.
Lima
belas minit menanti akhirnya doktor yang merawat keluar. Tergesa-gesa Faridz
melangkah untuk mendapatkan maklumat tentang adiknya.
“Assalamualaikum, saya
Doktor Khusyairy yang bertugas sekarang.”
“Saya Faridz. Macam mana dengan adik saya
dok.?” Tanya Faridz tak sabar-sabar.
“Buat pengetahuan semua,
sekarang ni dia masih tak sedar. Kami masih belum dapat keputusan sebab darahnya
baru saja dibawa ke makmal untuk dianalisis. Tapi dari pemerhatian saya, ada
kemungkinan adik saudara mungkin menghidapi leukimia.” Terang Doktor Khusyairy
tenang.
“Ya Allah.!” Bisik Faridz
perlahan sambil meraup wajahnya yang runsing. Huda dan Puan Rohayu menekup
mulut kerana terkejut dengan berita itu sambil menahan sebak.
“Adakah saudara sudah maklum atau belum tahu
apa-apa mengenai kesihatan adik saudara?"
“Saya tak tahu menahu pun
tentang penyakit dia. Adik saya pun tak pernah ceritakan apa-apa pada saya
tentang kesihatannya cuma dua hari lepas dia mengadu kata demam biasa.”
“Selalu ke dia demam.?”
“Saya tak pasti, tapi apa
yang saya ingat dia selalu mengadu sakit kepala.”
“Tak mengapalah, pihak kami
akan terus memeriksa. Kalau ada apa-apa akan segera kami laporkan.” Ujar Doktor
Khusyairy dan terus berlalu pergi. Faridz terduduk lemah. Tangannya segera
ditekup ke wajah menahan sebak di dada.
“Sabarlah Riz, banyakkan
berdoa. Zaman sekarang bidang perubatan dah canggih, pasti ada cara untuk kita
selamatkan dia.” Pujuk Encik Marzuki sambil menepuk-nepuk bahu Faridz. Di saat
itu dia tahu Faridz memerlukan lebih sokongan dari keluarga agar dapat
meneruskan usaha menyelamatkan Afini.
“Saya cuai Pakcik.!” Ujar
Faridz terus menyalahkan dirinya.
Encik Marzuki hanya menggeleng. “Jangan
terlalu menyalahkan diri. Kita tidak tahu sebab sebenar Afini merahsiakan hal
ni. Pasti dia ada sebab sendiri. Pakcik takut jika Riz berterusan begini, Afini
akan bersedih dan susah hati. Pakcik bimbang kalau penyakitnya akan bertambah
buruk. Sebaiknya Riz terus kena kuat agar Fini tahu dia ada insan yang akan menjaganya.
Riz selaku seorang abang yang bertanggungjawab, harus terus beri dia semangat
untuk teruskan hidup.”
Tinggallah
Faridz dan Huda menanti keputusan yang bakal keluar bila-bila masa sahaja. Jam
dua belas tengah hari tadi Encik Marzuki dan Puan Rohayu terpaksa pulang
memandangkan Encik Marzuki terpaksa masuk kerja dan Huzir yang akan pulang dari
sekolah jam satu setengah nanti.
Menjelang
tengah hari, barulah keputusan sebenar diberitahu. Sah! Afini leukemia. Paling
memeranjatkan dia di peringkat akhir dan berada dalam kritikal. Rupanya sudah
bertahun Afini menghidap penyakit itu. Memandangkan ubat yang diambil selama
ini sudah tidak mampu diterima oleh tubuhnya, Afini akan kerap mengalami demam
panas dan muntah-muntah. Untuk menjalankan rawatan kimo pun pihak doktor tidak
memberi jaminan kerana dalam keadaan Afini yang masih lemah, tiada apa yang
dapat membantu.
“Kita kena tunggu hingga dia
sedar, kalau tidak, kita berserah saja pada takdir.” Ujar Doktor Khusyairy
lembut.
Hampir jam dua petang selepas solat zohor
barulah mereka dikejutkan dengan berita Afini yang sudah mula sedar. Rasa
kesyukuran pada Ilahi tak lepas dari mulut Faridz dan Huda.
“Kenapa Fini tak cakap kat
along awal-awal? dah jadi macam ni kan susah..!” Lembut saja pertuturan Faridz
pada Afini selepas dibenarkan melawat. Melihat wajah adiknya yang lemah, tidak
sanggup rasanya memberi tekanan yang akan mendatangkan kemudaratan.
“Fini tak mau along susah
hati.” Ulas Afini teresak-esak.
“Fini tahu tak, sekarang
hati along lagi susah, along rasa bersalah kerana cuai dalam tanggungjawab yang
papa dan mama bagi pada along.” Bentak Faridz
dalam esakan sambil mengelus jemari halus Afini.
Huda tersentak dengan suara Faridz yang
agak tinggi. “Shh.! Bertenang bang.! Fikir sama keadaan Fini sekarang.!” Pujuk
Huda lembut sambil mengusap bahu Faridz agar Faridz segera bertenang.
Tidak
sanggup melihat keadaan adiknya yang terbaring lesu, cepat-cepat Faridz meluru
keluar.
“Fini mintak maaf, long.!”
Hanya itu yang mampu keluar dari bibir Afini. Rasa bersalah pada abangnya mula
menguasai apabila Faridz hilang di balik pintu wad Afini ditempatkan.
“Dahlah tu Fini! Jangan
menangis lagi. Sekarang kau rehat saja, dengar dan ikut saja nasihat doktor.
Yang lain kau serahkan saja pada aku dan along kau. Tahulah apa yang kami nak
buat.” Pujuk Huda sambil memeluk sahabatnya itu.
“Terima kasih Da! tolong aku
tengok-tengokkan along aku tu, dia tengah marahkan aku tu.”
“Kau jangan risaulah, dia tak marah, cuma
berserabut sikit. Kau rehat ye!”
Huda
dan Faridz pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan mengambil barang-barang
keperluan Afini untuk kegunaan di hospital. Sepanjang perjalanan tiada apa
yang keluar dari mulut mereka untuk dijadikan sebagai topik perbualan. Masing
-masing melayan perasaan sendiri. Sekali terdengar Faridz melepaskan keluhan.
Huda tidak ingin menambahkan sengsara dalam diri Faridz lantas mengambil
keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.
“Huda lapar.?” Tanya Faridz tiba-tiba.
“Huda tak lapar.” Bohong Huda setelah
tersentak mendengar pertanyaan Faridz. Yang sebenarnya perutnya memang
berkeroncong sejak pagi tadi. Nasi lemak yang dimasak tidak sempat dijamah
walau sebutir. Dalam keadaan begitu jika dihidangkan dengan makanan yang paling
sedap di dunia pun, belum tentu boleh terima dek tekaknya.
“Abang tahu Huda lapar. Sejak
pagi tadi abang tak nampak Huda makan pun. Dahlah semalaman tak tidur sebab
kena jaga Fini.”
“Dah tahu kenapa tanya.?”
Balas Huda dengan pertanyaan sambil tersenyum manis.
“Kita balik makan dulu ye.!
Lepas tu boleh Huda tidur kejap. Lepas tu baru kita ke hospital balik..”
Cadangan Faridz Huda jawab dengan senyuman berserta anggukan.
“Hilang sikit rasa runsing abang bila tengok Huda senyum macam ni.”
Cadangan Faridz Huda jawab dengan senyuman berserta anggukan.
“Hilang sikit rasa runsing abang bila tengok Huda senyum macam ni.”
“Habis tu, tengok abang serius
sepanjang hari, Huda nak senyum pun takut.!” Bentak Huda perlahan.
“Abang susah hati.!”
“Takpe! Huda faham. Huda pun
susah hati jugak.!”
“Terima kasih kerana
memahami abang.!”
Senyuman Huda melebar melihat Faridz yang
sudah mula tersenyum.
Usai solat asar, rehat seketika selama satu
jam dan menjamu selera. Huda termenung panjang atas katil milik Afini.
Sekeliling bilik diperhatikan dengan jiwa kosong. Tiba-tiba mata Huda
terpandang pada susunan rak novel yang pada pengiraannya mungkin ada lima puluh
buah novel. Novel ‘Impikan Mentari’ yang berada di bahagian hadapan, ditarik
perlahan. Baru Huda teringat tentang novel yang Faridz pernah suarakan padanya
dulu. Novel itu sudah habis dibaca, dan Huda turut merasa sebak jalan cerita
itu. Namun dia tak pernah menyatakan hal itu pada Faridz. Apa yang dia sedar,
watak hero dalam novel itu amat dikagumi dan berharap agar perasaan sang hero
benar-benar ada pada Faridz. Dan dia baru sedar, patutlah Afini suka sangat
dengan novel tu. Rupa-rupanya penyakit yang dihadapi oleh Izzati, heroin dalam
cerita itu sama dengannya. Hatinya terdetik seketika. Apakah nasib Faridz akan
sama seperti Ikhman? Mohon dalam hati agar dijauhkan. Bila mengingatkan kembali
kata-kata Doktor Khusyairi tadi, hatinya jadi tak senang. Namun jika sudah
tersurat, dia redha dan terima.
HUDA
dan Faridz sudah mula bersiap sedia untuk ke hospital semula. Sempat lagi Mak
Miah bekalkan bubur nasi dan sup kegemaran Afini kerana tahu anak gadis yang
diasuh dulu belum menjamah apa-apa.
“Abang, singgah dulu ke
rumah Huda, boleh.? Huda nak ambil baju sikit.”
“Okey! tapi kenapa tak ambil
baju Fini.? Abang tengok Huda lebih kurang Fini je.!”
“Memanglah sama tapi
takkanlah baju yang ke..! Eh takde apa lah!” Jawab Huda gugup apabila menyedari ketelanjuran bersuara. Rasa malu
yang teramat tak dapat digambarkan. ‘Nasib baik tak sebut tentang baju dan
seluar yang kecik-kecik tu’ Bisik hati Huda sendiri.
Faridz
terpaku sambil berfikir-fikir hingga berkerut mukanya melihat Huda sudah
memalingkan wajah keluar jendela. “Baju yang ke..apa.?” Tanya Faridz hairan.
“Takde apalah.!” Jawab Huda
malu-malu.
Faridz semakin pelik lantas meneruskan
perjalanan ke rumah Encik Marzuki menurut sahaja permintaan kekasihnya itu.
“Apa keputusan abang.?”
Tanya Huda sambil merenung wajah lelaki di sebelahnya yang sedang tenang
memandu setelah keluar dari perkarangan rumah Encik Marzuki.
“Abang tak tahu.! Abang
serba salah kalau tak terima. Tapi kalau terima, macam mana dengan masa depan
abang.” Ulas Faridz dengan nada terkilan. “Kalau Huda berada ditempat abang,
apa yang Huda akan buat?” Soal Faridz tanpa memalingkan wajah pada gadis di
sebelahnya.
“Kalau dah itu menjadi
tanggungjawab Huda pada seorang adik, Huda akan terima.” Ujar Huda tegas.
Faridz tergamam. Melihatkan di wajah Huda
tiada tanda-tanda yang jawapan itu seperti bergurau atau menyindir, Faridz
melepaskan keluhan lemah seperti kurang berpuas hati.
“Bagaimana dengan masa
depan.? Huda tahukan kesan-kesan kalau abang bersetuju, takkan Huda tak dengar
apa yang Doktor Khusyairy cakap tadi?” Tanya Faridz sedikit keras.
“Huda dengar bang! dan Huda
faham apa yang Doktor Khusyairy cakap tadi. Tapi abang kena fikirkan juga tentang
tanggungjawab abang pada Fini. Dia adik abang, adik kandung.! Tak ada orang
lain lagi yang layak melainkan abang. Untuk masa depan Fini, abang kena
setuju!” Ulas Huda sambil mengeluh. teringat semula apa yang dikatakan oleh Doktor
Khusyairy mengenai kaedah yang boleh digunakan untuk menyelamatkan pesakit
leukimia.
“Selain
dari kaedah kimo, cara yang paling berkesan ialah dengan cara pemindahan tulang
sumsum. Biasanya tulang sumsum boleh didapati dari adik beradik si pesakit.
Namun begitu, saya nak ingatkan bahawa terdapat kesan-kesan yang kemungkinan
sukar orang nak terima. Antara kesan-kesan yang akan dihadapi oleh si penderma
dan si penerima ialah kemandulan. Namun jangan risau sebab itu hanya
kemungkinan. Ada sesetengah pesakit dan penderma tidak mengalami kesan begitu.”
“Abang boleh setuju, tapi
macam mana dengan kita..?”
Lamunan Huda terhenti dengan soalan tanpa diduga akan lahir dari mulut Faridz.
Lamunan Huda terhenti dengan soalan tanpa diduga akan lahir dari mulut Faridz.
“Tapi itukan kemungkinan
saja.!” Huda cuba memujuk.
“Kalau betul kemungkinan! tapi kalau
betul-betul macam mana.? Huda nak terima ke abang lagi kalau abang dah tak
sempurna.?” Bentak Faridz kasar.
“Astagfirullahalazim..! mengucap bang, ingat
tuhan.! Saat-saat macam ni tak boleh ke abang berfikir positif sikit. Huda
tahu, susah untuk abang terima, tapi abang kena fikir masa depan Fini jugak.
Mengenai kita, abang janganlah risau. Demi Allah! Huda tak pernah luahkan
perasaan sayang dan cinta Huda pada abang, tapi jauh disudut hati Huda dah mula
menerima abang. Apabila Huda mula terima abang, bererti Huda terima abang
seadanya. Kalau abang hilang kedua belah kaki pun, Huda tetap terima abang.!
Terus terang Huda katakan abang tetap di hati Huda." Ujar Huda kesal
dengan pemikiran Faridz terhadapnya.
Faridz tergamam. Tak disangka Huda menerimanya di saat dia memerlukan
kata-kata semangat seperti itu. Namun bila memikirkan masa hadapan yang bakal
dibina bersama gadis itu, semangatnya mudah goyah.
“Macam mana dengan masa depan kita kalau abang
tak mampu berikan Huda zuriat seperti pasangan-pasangan yang berkahwin
harapkan.?” Tanya Faridz sayu. Dia cuba menebalkan muka bertanya soalan seperti
itu. Niatnya hanya untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari mulut Huda sendiri
walaupun tahu kekasihnya itu ikhlas menerimanya.
“Kenapa abang fikir sampai ke situ pulak.?
Abang tak percayakan Huda ke.? Tolonglah bang..! fikir cara rasional! jangan
jadi seperti orang zaman dahulu berfikir. Sekarang zaman moden, macam-macam
kaedah perubatan boleh kita dapat, antara nak dengan tak aje..! Abang mandul
tak bererti Huda mandul sama. Allah tu maha penyayang, Dia yang menghidupkan
dan Dia juga yang mematikan. Semuanya terserah padaNya. Kita sebagai hamba
hanya harus berusaha, berdoa dan memohon agar apa yang kita rancang dan
usahakan akan diperkenan dan dipermudahkan. Kalau abang masih berfikiran sempit
macam ni, bagaimana kita nak terus hidup bersama.?” Ujar Huda dengan panjang
lebar. Hatinya amat terusik dengan kata-kata kurang semangat Faridz tadi. “Huda
minta maaf kalau kata-kata Huda ni melampau. Bukan niat Huda nak mengajar, Huda
cuma nak abang ingat setiap kejadian tentu ada hikmahnya. Siapa tahu di sebalik
kejadian ni mungkin kita dikurniakan anak kembar ke..entah-entah tiga atau
empat sekali, mana tahu..! Pengorbanan yang abang buat ni akan Allah balas
dengan berlipat ganda.” Pujuk Huda lagi. Bahu Faridz diusap perlahan.
Faridz membisu seribu bahasa. Tidak tahu
apa lagi yang harus didebatkan dengan gadis yang baru dapat keputusan cemerlang
dalam SPM itu. Terasa malu kerana ditegur oleh seorang gadis yang masih mentah
jika nak dibandingkan dengannya yang sudah dewasa.
“Macam ni bang. Huda
cadangkan agar abang terima cadangan tu. Fasal kita, abang tak perlu risau. Kita fikirkan kemudian. Huda janji akan terus setia dengan abang dan Huda harap
abang pun macam tu. Satu yang abang kena ingat, Huda mengaku sayangkan abang
setulus hati Huda. Tolong jangan kecewakan Huda bang.” Sambung Huda lagi ketika
Faridz memberhentikan keretanya di petak pakir kawasan hospital.
Faridz masih berdiam sambil matanya merenung jauh ke hadapan. Walaupun enjin kereta sudah dimatikan mereka masih belum ada hati untuk memboloskan diri dari perut kereta itu. Sambil menarik nafas dalam-dalam, Faridz menoleh ke arah Huda perlahan. Wajah Huda yang mengharap ditatap dalam-dalam sebelum berbicara.
Faridz masih berdiam sambil matanya merenung jauh ke hadapan. Walaupun enjin kereta sudah dimatikan mereka masih belum ada hati untuk memboloskan diri dari perut kereta itu. Sambil menarik nafas dalam-dalam, Faridz menoleh ke arah Huda perlahan. Wajah Huda yang mengharap ditatap dalam-dalam sebelum berbicara.
“Sebenarnya abang takut kalau
kecacatan abang ini akan menyebabkan abang kehilangan Huda. Abang tak sanggup
lagi menderita kerana kehilangan. Abang merayu jangan kecewakan abang.! Abang
boleh jadi gila kalau betul-betul ia terjadi. Abang tak sanggup.!” Ucap Faridz
teresak-esak.
Huda tergamam melihat air mata lelaki di
hadapannya begitu mudah dibazirkan. Jiwanya sebak. Tidak disangka begitu sekali
kebimbangan Faridz dalam perhubungan dengannya. Perlahan-lahan Huda
memberanikan diri menyentuh jemari lelaki dihadapannya itu lantas digenggam
erat agar dapat memberi semangat kepada insan di hadapannya. Faridz tersentak
dengan tidakan spontan Huda lalu membalas genggaman itu dengan lembut.
“Huda janji bang..! tiada siapa yang layak
dalam hidup Huda kecuali abang. Sekali Huda lafazkan, bererti untuk
selama-lamanya. Hanya kematian saja yang memisahkan kita. Huda tahu abang jujur
dan Huda nak abang tahu, Huda juga jujur ikhlas terima abang. Dah tertulis hati
abang milik Huda dan Huda adalah milik abang.” Ucap Huda sambil tersenyum lalu
mengesat air mata yang mengalir di wajah Faridz dan kemudian di wajahnya. “Jom!
Mesti Fini dah lama tunggu!” Gesa Huda perlahan. Faridz tersenyum sambil
mengangguk setuju.
“Kita ke bilik Doktor
Khusyairy dulu.”
Huda yang memahami niat Faridz itu, terus
saja tersenyum dan mengangguk. Genggaman tautan jemari semakin erat. Senyuman
manis di bibir Faridz melegakan hati Huda dan dapat dirasakan masih ada sinar bahagia yang menanti
Afini.
No comments:
Post a Comment